falsafah pendidikan barat

87
SENARIO DAN IMPLIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA PELAJAR: NUR EZATULFISAH BINTI MOHAMED(900617-03-5160) NORAZIDAWATI BINTI MOHD NAYAN(900602-07-5688) INTAN MAISYARAH BINTI ABDULL AZIZ(900321-07-5294) MOHAMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL(900306-02-6347) PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN HAJAH MAHANEE BINTI MAHMOOD

Upload: azidawa

Post on 28-Jun-2015

3.354 views

Category:

Documents


52 download

TRANSCRIPT

Page 1: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

SENARIO DAN IMPLIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI

MALAYSIAPELAJAR:

NUR EZATULFISAH BINTI MOHAMED(900617-03-5160)

NORAZIDAWATI BINTI MOHD NAYAN(900602-07-5688)

INTAN MAISYARAH BINTI ABDULL AZIZ(900321-07-5294)

MOHAMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL(900306-02-6347)

PENSYARAH PEMBIMBING:

PUAN HAJAH MAHANEE BINTI MAHMOOD

Page 2: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

FALSAFAH PENDIDIKANTRADISIONAL BARATFALSAFAH PENDIDIKANTRADISIONAL BARAT

FALSAFAH PENDIDIKANMODEN BARAT

FALSAFAH PENDIDIKANMODEN BARAT

perenialismeperenialisme

esensialismeesensialisme

eksistentialismeeksistentialisme

realismerealisme

idealismeidealisme

progresivismeprogresivismerekonstruktivismerekonstruktivisme

pragmatismepragmatisme

Page 3: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Terdapat 4 aspek yang diberi penumpuan dalam setiap falsafah yang dikemukakan iaitu :

TUMPUAN

Jenis Kurikulum

Peranan Murid Kaedah

Mengajar

Peranan Guru

Page 4: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 5: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan falsafah moden.

Falsafah pendidikan tradisional barat terdiri daripada:

Perenialisme Esensialisme

Realisme Idealisme

PENGENALAN

Page 6: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 7: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Berpunca daripada realisme.Perenialisme berasal daripada perkataan perennial yang bermaksud ‘tidak berubah’.Ahli perenialisme berpendapat bahawa ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial.Pendidikan seharusnya berfokus kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah seperti unsur rasionaliti yang sepatutnya disemai sejak di bangku sekolah lagi.

KONSEP

Page 8: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

PANDANGAN TOKOHRobert Maynard (1936)

Beliau menegaskan bahawa:

“Pendidikan mengandungi pengajaran. Pengajaran mengandungi pengetahuan. Pengetahuan ialah kebenaran. Kebenaran adalah sama di mana-mana jua pun. Sepatutnya pendidikan adalah sama di mana-mana.”

Page 9: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

MATLAMAT

Pendidikan bertujuan untuk memupuk kelakuan moral pelajar.

Pendidikan juga bertujuan untuk memberi pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi serta tidak mempunyai had masa.

Sekolah bertanggungjawab menyediakan anak-anak muda yang boleh menghadapi cabaran yang timbul dalam kehidupan mereka kelak.

Page 10: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN1. JENIS KURIKULUM

Memberikan penumpuan terhadap mata pelajaran kritikal.Antara mata pelajaran kritikal ialah bahasa, matematik, sains dan seni.Mata pelajaran kritikal diberi tumpuan kerana ia mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia.Mata pelajaran kritikal akan memberi peluang kepada murid memperolehi ilmu yang penting dalam kehidupan mereka.

Mendisiplinkan pelajar.Menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M, iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai kemahiran asas.Dianggap sebagai pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam bidang pendidikan.Bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada pelajar secara individu atau berkumpulan.

2. PERANAN GURU

Page 11: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan oleh guru tanpa menanya sebarang soalan.Guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan melayan sebarang pertanyaan murid.

Bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh.Cuba memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing.Menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh guru.

3. KAEDAH MENGAJAR

4. PERANAN MURID

Page 12: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 13: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Falsafah realisme mengkaji tentang objektif wujudnya dunia dan segala makhluknya dan hubungannya antara satu sama lain.Pada peringkat awal falsafah ini diperkenalkan berlaku sedikit percanggahan dalam kalangan pengikut-pengikutnya tentang kepercayaan wujud umum iaitu tentang benda-benda yang dapat diperhatikan dan dibuktikan kewujudannya.Kesannya, pengikut-pengikut falsafah ini berpecah kepada 2 kumpulan iaitu :

realisme rational

realisme natural atau sainsFahaman realisme rational pula terbahagi kepada 2 iaitu :

realisme klasik

Realisme agama

KONSEP

Page 14: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

sambungan…

Dalam realisme rational, pengaruh agama masih terkandung di dalamnya dan antara tokoh-tokohnya ialah Robert Hutchins dan Mortimer Adler.Fahaman realisme natural pula berkembang di Eropah sejak bidang sains di negara ini berkembang iaitu dalam kurun ke-15 dan kurun ke-16 dahulu.Fahaman ini membawa pengikutnya kepada pendidikan sekular manakala kebenaran wahyu disingkirkan kewujudan nabi-nabi yang menyampaikan wahyu mula diragui.

Page 15: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

MATLAMAT

Pendidikan sebagai alat menghasilkan kehendak asasi manusia.

Pendidikan yang menolong manusis supaya berkebolehan dan berpenaakulan yang tepat.

Menjadikan individu sebagai seorang yang ‘tolerant and well adjusted person’ dan harmoni dari segi rohani dan jasmani.

Page 16: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

PANDANGAN TOKOHRadelais (1495 – 1553)

Beliau merupakan seorang doktor dan sarjana yang berasal dari Perancis.

Bagi aspek kaedah mengajar, beliau telah mengecam ‘Verbalism’ iaitu aliran pengajaran yang mengutamakan banyak kata-kata dan istilah yang diajar dalam bahasa Latin dengan tanpa memahami maksud sebenarnya.

Beliau hanya menghendaki seseorang itu belajar menggunakan pengamatannya dan mengerjakannya sendiri.

Dalam mempelajarai ilmu falak, seseorang itu perlu keluar pada waktu malam untuk memerhatikan perjalanan bintang-bintang supaya mendapat pengetahuan yang lebih tepat di samping membacanya dari buku-buku.

Page 17: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Francis bacon (1561 – 1626)Beliau merupakan ahli falsafah Inggeris yang terkenal.

Beliau menggalakkan seseorang itu berfikir secara induktif.

Maksudnya, seseorang itu perlu menggunakan pancainderanya dalam mempelajari alam supaya dapat membawa kita kepada realiti yang sebenarnya.

Setelah penelitian dibuat menggunakan pancaindera, seseorang itu akan mampu untuk membuat kesimpulan am tentang sifat-sifat dan undang-undang alam.

Maka, jelaslah bahawa dasar pendidikan Bacon berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang dilalui seseorang.

Page 18: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

John amos comenius (1592 – 1670)

Dasar pendidikannya dikemukakan dalam bukunya yang berjudul ‘Didactica Magna’.

Antara dasar pendidikannya ialah :menarik perhatian kanak-kanak supaya meminati dan suka kepada pelajaran yang diberikan.

aktiviti murid-murid hendaklah menyelidiki dan mengalami sesuatu perkara itu dengan sendirinya.

merasakan atau mengamalkan apa yang dipelajari.

menjalankan pengajaran secara klasikal – murid membaca secara bergilir-gilir sementara murid-murid lain menyemak memperbetulkan kesilapan jika ada.

mengkehendaki supaya kelas berbentuk demonstrasi – terdiri daripada seorang ketua yang dipilih oleh ahli-ahli kelas itu sendiri.

Page 19: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN1. JENIS KURIKULUM

Mengikut Aristotle, kurikulum adalah mengikut perkembangan kanak-kanak.Mengutamakan pelajaran asas misalnya, menulis dan membaca.Aristotle juga telah menekankan kurikulum yang berikut :

kanak-kanak : membaca dan menulisRemaja : ilmu hisab, geografi, astronomi, muzik,

sastera24 tahun ke atas : mata pelajaran yang bercorak

‘sophisticated intellectual diciplines’ seperti fizik,biologi, psikologi, metafizika dan logika.

Page 20: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

2. PERANAN GURU

Guru perlu mahir dalam bidang disiplin yang terdapat dalam sejarah, ilmu alam, bahasa hisab, dan sebagainya.Guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang teruji dan berkebolehan memberikan ilmu itu kepada muridnya.

3. KAEDAH MENGAJAR

Memberikan pengajaran yang menyenangkan iaitu pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.Menyampaikan pengajaran dengan bersungguh-sungguh.Guru perlu selalu memberi pujian kepada murid dan tidak memukul atau memarahinya.

4. PERANAN MURID

Melakukan pengamatan tentang apa yang dipelajari dan mengejakannya sendiri.Berfikir secara induktif – mempelajari alam dengan pancaindera.Membuat perbandingan, pemerhatian, dan penyelidikan tentang sesuatu kenyataan.

Page 21: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 22: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Idealisme ialah sistem falsafah yang tertua sekali dalam masyarakat kebudayaan Barat.Banyak mengkaji tentang idea, roh, akal, keadaan dunia yang nyata dan yang tidak nyata.

KONSEP

Page 23: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

PANDANGAN TOKOH

Plato (427-347 s.m)Mengikut beliau manusia mempunyai pengetahuan yang sifatnya harus dibezakan iaitu pengetahuan yang berlaku khas dan pengetahuan yang berlaku umum.

Dunia idea ialah dunia yang sempurna dengan idea-ideanya. Contoh, segi tiga yang sempurna dengan sifat kesegitigaannya.

Dunia pengamatan hanya bayangan dari yang sempurna, sebab itulah sifat-sifatnya tidak sempurna.

Page 24: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

G.W.F. Hegel (1770-1831)Pandangan beliau boleh dianggap sebagai puncak idealisme.

Beliau cuba terangkan hal di dunia ini melalui yang mutlak.

Roh itu ialah idea dan fungsinya sama dengan berfikir.

Manusia sedar akan dirinya dan fikiran manusia itu adalah merupakan pancaran diri idea mutlak.

George Berkeley (1685-1753)Mengikut beliau perbuatan dosa adalah datangnya daripada falsafah yang salah iaitu daripada Materialisme.

Berley mengatakan “Hanya akal atau jiwa sahaja yang benar. Tuhan adalah wujud dan anda serta saya juga wujud. Objek adalah nyata tetapi ia hanya bebas dari pemerasaan akal”.

Tidak ada sesuatu pun dalam dunia ini kecuali ‘infinite spirit’.

Page 25: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Leibniz (1646-1716)Menurut beliau manusia mempunyai fizikal dan mental yang berbeza.

Beliau memikirkan bahawa ‘physical bodies’ adalah terdiri daripada kumpulan-kumpulan ‘monad’(atom) dan jiwa manusia adalah ‘monad’.

Kant (1724-1804)Akal mempunyai struktur yang tersendiri dan ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada strukturnya.

Ilmu pengetahuan boleh didapati melalui pengalaman dan hasil tindakan akal terhadap pemikiran.

Disebut sebagai Fenomenalisme (pengetahuan terhad kepada fenomena).

Page 26: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Menolong pelajar menjadi seorang yang baik dan lengkap.

TUJUAN

Page 27: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, berbudi pekerti mulia dan pandai sesuaikan diri.

MATLAMAT

Page 28: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN

1. JENIS KURIKULUM

Mata pelajaran hisab dianggap pelajaran yang mencari kebenaran, sains, bahasa serta akhlak yang dianggap berdisplin tinggi.

2. PERANAN GURU

menguatkan dan membina kebudayaan yang baik terhadap pelajaran.

Page 29: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

3. KAEDAH MENGAJAR

Menggunakan kaedah berpusatkan muridMementingkan penyelidikan sendiri murid-murid. (murid mencari kebenaran sendiri, guru sebagai panduan)

4. PERANAN MURID

Murid perlu menimba ilmu sendiri.Guru hanya tempat untuk merujuk sahaja.

Page 30: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 31: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Falsafah esensialisme mula memainkan peranannya dalam bidang pendidikan di barat bermula tahun 1930-an.\

Pandangan pendidikan ahli-ahli falsafah ini berasaskan kepada fahaman idealisme dan fahaman realisme.

Pelopor bagi falsafah ini ialah William C.Bagley dari Amerika Syarikat.

Tokoh-tokoh falsafah esensialisme terdiri daripada Thomas Briggs, Frederick Breed, dan Isaac L.Kandel, Rass Funney dan William Brickman.

Falsafah esensialisme menjadi semakin penting sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah selepas tahun 1957.

Page 32: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

KONSEPFalsafah esensialisme menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang agar dapat menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Perubahan dari semasa ke semasa boleh berlaku terhadap perkara-perkara asas itu.

Esensialisme bersifat praktikal dan pragmatik.

Page 33: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

MATLAMAT

Maklumat dalam bentuk fakta perlu dipelajari, dihayati, dan disimpan oleh setiap pelajar serta mereka perlu mempunyai penghayatan budaya.

Buktinya, ahli-ahli falsafah ini yang terdiri daripada James B. Conant dan Hyman George Rickover berpendapat bahawa telah menjadi fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Nilai-nilai ini dapat dibaiki untuk menjadi insan yang lebih sempurna bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat.

Melalui latihan intelek dan mental supaya dapat membentuk personaliti dan mental ke suatu tahap yang sempurna.

Page 34: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

PANDANGAN TOKOH

Thomas briggs

Falsafah essensialisme mengamalkan 4 prinsip dasar seperti berikut :

Prinsip 1 – pembelajaran melibatkan kerja bersungguh-sungguh dan penggunaan.

Prinsip 2 – daya usaha dalam pendidikan adalah bergantung kepada guru daripada bergantung kepada murid.

Prinsip 3 – pemusatan proses pendidikan ialah penyerapan bahan pengajaran yang ditentukan.

Page 35: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN1. JENIS KURIKULUM

Ahli-ahli esensialisme menyarankan supaya kurikulum sekolah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat.Bahan-bahan pelajaran disediakan secara rapi dan logikal.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai.Kriteria kenaikan darjah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian dalam peperiksaan.Di peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira wajib diikuti dengan mata pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing.Terdapat juga mata pelajaran sampingan seperti pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik.Jika tiada peruntukan, mata pelajaran sampingan tersebut akan dikeluarkan daripada senarai mata pelajaran wajib.

Page 36: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Sambungan..

Di sekolah menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus diperkembangkan dan diikuti mata pelajaran wajib seperti arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi.Terdapat juga mata pelajaran sampingan iaitu pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik.Diperkenalkan mata pelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah iaitu aktiviti kokurikulum.Ahli-ahli essensialisme menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cendekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan.

Page 37: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Guru disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam proses P&P bilik darjah.Guru bertanggungjawab membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar dapat hidup dalam suasana bermasyarakat.Guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.Sehubungan itu, guru perlu mempunyai kelayakan akademik yang sesuai, emosinya stabil, dan memahami psikologi perkembangan kanak-kanak.

2. PERANAN GURU

Pendekatan didaktik ditegaskan.Amalan pengajaran yang perlu ada pada guru ialah:

i. Mengamalkan sikap pimpinan demokratik.ii. Mengambil inisatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar.iii. Kreatif dalam membentuk iklim yang kondusif untuk aktiviti

P&P.

iv. Mahir menggunakan teknik peneguhan iaitu ganjaran dan denda.

3. KAEDAH MENGAJAR

Page 38: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Pencapaian dalam bidang akademik dapat diperoleh dengan berkesan bergantung kepada kerajinan dan tumpuan pelajar itu sendiri.Minat tidak menjadi kunci kejayaan dalam pembelajaran.Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguh hasil bimbingan guru secara terus-menerus.

4. PERANAN MURID

Page 39: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 40: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

KONSEP

Secara semulajadi, ciri manusia bersifat sejagat dan tidak berubah-ubah.

Penekanan diberi kepada perkara-perkara. asas.

Mengkaji tentang idea, roh, akal, keadaan dunia yang nyata dan yang tidak nyata.

Menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang agar menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Mengajar ilmu dan nilai bersifat sejagat dan abadi.

Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja.

Melahirkan pelajar yang bertanggung-jawab, berbudi pekerti mulia dan pandai sesuaikan diri.

Supaya dapat membentuk personaliti dan mental ke suatu tahap yang sempurna.

Perenialisme Esensialisme Idealisme Realisme

MATLAMAT

PENDIDIKAN

Mazhab

Aspek

Page 41: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN

Bidang kemanusiaan dan kesusasteraan.

Penyampai ilmu yang pakar.

Didaktik

Penerima ilmu bersifat pasif.

Kemahiran asas 3M

Menyampai ilmu yang mahir.

Didaktif

Penerima ilmu bersifat pasif.

Mata pelajaran hisab untuk mencari kebenaran

Pembina kebudayaan yang baik terhadap pelajaran.

Berpusatkan murid.

Perlu rajin dalam mencari ilmu.

3M untuk sk rendahmembaca dan menulis untuk sk menengah.

Bertanggungjawab membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan.

Pendekatan didaktik

Haruslah rajin dalam mencari ilmu.

Perenialisme Esensialisme Idealisme Realisme Mazhab

Aspek

kurikulum

Peranan guru

Kaedah mengajar

Peranan murid

Page 42: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 43: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Falsafah pendidikan moden barat pula terbahagi kepada :

Progresivisme

Eksistentialisme

Rekonstruktivisme

Pragmatisme

Page 44: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 45: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Progresivisme berasal daripada daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme.

Falsafah naturalisme dipelopori oleh Jean J.Rousseau, Heinrich Pestalozzi, dan Freidrich Froebel semasa Zaman Reformasi (1712-1860).

Falsafah pragmatisme pula dipelopori oleh John Dewey, William H. Kilpatrik, Boyd H. Bode dan Harold V. Rugg.

Page 46: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Ahli falsafah progresivisme berpendapat bahawa ilmu itu bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini sahaja dan tidak dianggap benar buat selama-lamanya.Berdasarkan itu, individu yang berpendidikan ditakrifkan sebagai seorang yang celik akal bagi membolehkannya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan.

KONSEP

Page 47: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

PANDANGAN TOKOH

Jean J. Rousseau (1712-1778)

Kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain putih, dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekitarnya. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi, yang berasaskan daripada falsafah pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya.

Untuk membentuk manusia yang ideal, kita harus melaksanakan pendidikan bercorak naturalisme.

Kedudukan orang dewasa dengan kanak-kanak adalah berlainan. Oleh itu, di dalam aspek pendidikan, kedua-dua kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan.

Page 48: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Menyediakan golongan murid yang berupaya mengakomodasi sebarang perubahan dalam kehidupan.

Seseorang yang berpendidikan perlulah berkebolehan mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul.

MATLAMAT

Page 49: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN1. JENIS KURIKULUM

Kebebasan diberikan kepada anak murid dalam memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari.

Bertujuan memastikan bahawa mereka akan mempelajari apa yang diminati.

Kesannya, akan wujud pembelajaran yang berkesan dan seterusnya dapat memaksimumkan kebolehan dan potensi diri.

John Dewey berpendapat bahawa pendidikan sekolah sebahagian dari kehidupan pelajar iaitu memperoleh ilmu pengetahuan dan belajar bekerja dan hidup bermasyarakat.

Memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah bagi memupuk kemahiran daya cipta pelajar.

Page 50: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

2. PERANAN GURU

Guru berperanan sebagai pembimbing dan membantu anak murid menangani masalah dalam persekitaran mereka.

Guru yang berkesan akan membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperoleh ilmu pengetahuan melalui usaha sendiri.

Guru juga perlu mengalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik serta menggunakan pengalaman untuk mendapatkan ilmu.

Page 51: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

3. KAEDAH MENGAJAR

Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah.

Pengalaman langsung dengan persekitaran. Contohnya, kerja lapangan dan lawatan membantu murid mengaitkan pembelajaran dengan isu-isu sosial. politik, dan ekonomi.

Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip "membuat sambil belajar".

Kerja makmal dan eksperimen yang menyediakan peluang untuk meneroka alam sekeliling.

Page 52: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

4. PERANAN MURID

Teori Pembelajaran Semula Jadi yang berasaskan kepada falsafah pendidikan Rousseau telah menekankan hasil pembelajaran sesorang dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya.

Ahli-ahli progresivisme berpendapat segala aktiviti P&P dirancang berdasarkan minat, keperluan, dan kebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh itu, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek, penyelesaian masalah dan ujikaji.

Tugas murid adalah mencari keterangan masing-masing yang tersendiri bagi menjelaskan fenomena yang diberi oleh guru.

Page 53: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 54: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

KONSEPBerfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia.Manusia dianggap sebagai lahir tanpa sebarang tujuan.Ahli ekstentialisme melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja.Seseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat.Seseorang individu sepatutnya membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang auditori luar.

Page 55: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN

1. JENIS KURIKULUM

Kurikulum ekstentialisme tidak mempunyai mata pelajaran khusus kerana murid-murid bertanggungjawab atas pendidikan masing-masing.Namun, terdapat matapelajaran yang dianggap relevan iaitu matapelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, drama dan kesusasteraan.

Walaupun matlamat pendidikan tidak digariskan, falsafah ini tetap mempunyai tumpuan yang tersendiri.

Tumpuan mazhab eksistentialisme juga tertumpu kepada empat aspek iaitu:

Page 56: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan supaya anak murid mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi.

2. PERANAN GURU

3. KAEDAH MENGAJAR

Kaedah mengajar berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid.

Peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran secara mendalam.

4. PERANAN MURID

Murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan

Page 57: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 58: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Berasal dari bahasa Greek iaitu pragma yang bermakna kerja (work) serta bertindak.Paragmatisme ialah satu kaedah untuk menyelesaikan dan menilai sesuatu masalah yang bersifat intelek.Mengikut teori pragmatisme, aktiviti intelek dan cara kita berfalsafah adalah bertujuan untuk menghapuskan kesusahan yang timbul dalam mencuba pengalaman. Jadi kita akan membuat tindakan.Teori ini terikat dengan fakta yang konkrit dan meninjau kebenaran melalui hasilnya.Tidak menentang akan idea teologi.Sejauh mana benarnya sesuatu kebenaran itu bergantung kepada perhubungannya dengan kebenaran yang lain yang mesti diterima.Sesuatu idea itu dikatakan benar sekiranya ia memberi keuntungan kepada kehidupan manusia.

KONSEP

Page 59: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Seorang ahli falsafah inggeris yang terkenal.

Falsafah pragmatisme ialah humanisme dan menegaskan bahawa manusia ialah ukuran semua benda.

Membuat satu teori yang memerlukan pengetahuan kajihayat dan sains sosial bagi mengetahui proses yang berlaku dalam manusia dan kemudian cuba menggunakan pengetahuan itu sebagai panduan untuk mengarahkan penggunaan aktiviti intelek manusia kepada sosial yang kini

Menurut Dewey, apa-apa yang menyumbang kepada pengalaman kita ialah interaksi di antara organisme dengan alam sekitarnya. Ada kalanya sesuatu yang berlaku itu tidak dapat bertindak. Maka terjadilah pemikiran sebagai satu jalan untuk mengatasi situasi yang mengganggu itu dan cuba membuat hipotesis terhadap perbuatan yang akan datang.

PANDANGAN TOKOHFerdinand C.S. Schilier (1864-1937)

John Dewey (1859-1952)

Page 60: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Menerapkan pendidikan kajihayat dan sains sosial untuk intelek manusia.

Pendidikan bertujuan melatih murid supaya dapat menyelesaikan masalah hidup di dunia ini.

Supaya murid lebih mengetahui apa yang berlaku dalam negara sendiri berbanding negara lain.

Melahirkan murid yang berdisiplin.

Pendidikan juga bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran

MATLAMAT

Page 61: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN1. JENIS KURIKULUM

2. PERANAN GURU

Memberikan tumpuan terhadap matapelajaran kajihayat dan sains sosial.

Matapelajaran tersebut boleh membantu seseorang mengetahui proses yang berlaku pada manusia untuk mengarahkan penggunaan aktiviti intelek manusia kepada sosial.

Melatih disiplin murid.

Mengajar murid bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah.

Membantu murid dalam menyesuaikan diri tanpa mengira apa jua keadaan.

Page 62: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

3. KAEDAH MENGAJAR

4. PERANAN MURID

Menggunakan kaedah menyelesaikan masalah supaya murid-murid tahu cara untuk menyelesaikan masalah mereka apabila menghadapinya.

Mengembangkan kaedah-kaedah untuk mengatasi masalah kepada murid.

Memberi pendekatan tentang alam sekeliling kepada murid-murid supaya murid dapat menyesuaikan diri.

Bertanggungjawab serta berusaha bersungguh-sungguh.

Menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru supaya senang untuk menyelesaikan masalah.

Berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.

Page 63: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 64: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

KONSEP

Menurut ahli rekonstruktivisme, sekolah dianggap sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia.

Sekolah merupakan satu landasan yang amat sesuai di mana suatu masyarakat baru boleh dibentuk.

Goerge CountsPengalaman ialah hasil interaksi antara manusia organisme dengan material dan sosial persekitaran.

Pendidikan yang bercorak progressive lebih mementingkan kaedah-kaedah dalam pendidikan daripada matlamat yang hendak dicapai dalam pendidikan.

Page 65: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Untuk mengenalpasti masalah sosial yang menjejaskan pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya.

TUJUAN

Page 66: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.

MATLAMAT

Page 67: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN1. JENIS KURIKULUM

Terdiri daripada bidang sains sosial seperti kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan di samping isu-isu tempatan & antarabangsa.

2. PERANAN GURU

Guru hendaklah bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan.Guru perlu lebih kreatif & inovatif dalam pembelajaran & pengajaran bilik darjah.

Page 68: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

3. KAEDAH MENGAJAR

Menggunakan kaedah berpusatkan murid.Murid diajar kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan simulasi.

4. PERANAN MURID

Berdasarkan kaedah mengajar yang digunakan oleh guru, murid-murid perlu mengambil bahagian secara aktif supaya matlamat pendidikan tercapai.Murid hendaklah berani mencuba serta sanggup mengubah paradigma lama

Page 69: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 70: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

KONSEP

Manusia berupaya menyesuaikan diri terhadap perubahan.

Manusia bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Satu kaedah untuk menyelesaikan dan menilai sesuatu masalah yang bersifat intelek.

Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.

Menghasilkan manusia yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.

Melatih murid supaya dapat menyelesaikan masalah hidup di dunia dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Mengasaskan corak budaya baru.

Progresivisme Eksistentialisme Pragmatisme Rekonstruktivisme

MATLAMAT

PENDIDIKAN

Mazhab

Aspek

Page 71: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TUMPUAN

Bebas memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari

Pembimbing dan pengurus

Induktif

Mencari ilmu dan bersifat aktif

Bidang estetik dan falsafah.

Pemangkin ilmu.

Berpusatkan murid.

Penerima ilmu yang bersifat aktif.

Mata pelajaran kajihayat dan sains sosial.

Mengajar murid menyelesaikan masalah.

Menyelesaikan masalah

Menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru.

Bidang sains sosial

Sebagai agen perubahan

Berpusatkan murid

Berani mencuba dan bersifat aktif.

Progresivisme Eksistentialisme Pragmatisme Rekonstruktivisme Mazhab

Aspek

kurikulum

Peranan guru

Kaedah mengajarKaedah mengajar

Peranan murid

Page 72: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Page 73: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Implikasi falsafah Perenialisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

Kurikulum pendidikan di Malaysia juga menerapkan matapelajaran bahasa, matematik, sains dan seni seperti yang ditekankan dalam falsafah perenialisme.

Di Malaysia, guru bertangungjawab melatih pelajar menggunakan kaedah 3M terutamanya bagi sekolah rendah. Kelas pemulihan juga disediakan bagi murid-murid yang lemah.

Guru juga berperanan mendisiplinkan pelajar. Perkara ini juga termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru bahawa unsur-unsur disiplin sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 74: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Selaras dengan falsafah perenialisme, murid-murid perlu bertanggungjawab serta berusaha bersungguh-sungguh.

Nilai bertanggungjawab juga terdapat pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah terhadap Tuhan, negara, masyarakat dan diri sendiri.

Di Malaysia, murid-murid digalakkan mencari seberapa banyak ilmu supaya dapat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan iaitu manusia yang mempunyai ciri-ciri mencintai ilmu, gemar membaca dan menyebarkan ilmu.

sambungan…

Page 75: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Implikasi falsafah Realisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

Mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular Melayu semasa penjajahan British adalah bercorak pendidikan sekular seperti Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.

Pelaksanaan kelas yang berbentuk demonstrasi di mana ketua kelas dipilih oleh ahli-ahli dalam kelas tersebut.

Wujudnya mata pelajaran Sains yang memerlukan pelajarnya menggunakan pancaindera dan membuat kesimpulan tentang sifat-sifat serta undang-undang alam.

Semua murid Islam diwajibkan mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam manakala murid-murid bukan Islam diberi Pendidikan Moral dan Etika supaya mereka dapat mengamalkan apa yang dipelajari.

Page 76: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Implikasi falsafah Idealisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

• Dengan adanya pengajaran hisab di barat, wujudnya juga pengajaran tersebut di Malaysia yang dikenali sebagai mata pelajaran Matematik.

• Sama juga seperti mata pelajaran lain seperti sains dan bahasa, serta akhlak sentiasa diterapkan oleh guru-guru sewaktu proses p&p.

• Bagi penerapan akhlak yang lebih mendalam, telah diwujudkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.

• Guru akan membantu pelajar dalam menimba ilmu di samping mengamalkan kaedah berpusatkan murid.

• Guru turut bekerja keras untuk mencapai matlamat pendidikan.• Pelajar perlu memberi perhatian kepada proses p&p supaya

mendapat ilmu dengan baik, berlainan dengan pendidikan barat yang menyerahkan tanggungjawab menimba ilmu kepada murid semata-mata.

Page 77: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Implikasi falsafah Essensialisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

Guru di Malaysia perlu mempunyai perkerti dan moral yang mulia untuk membentuk peribadi pelajar yang dididiknya.

Hal ini kerana, guru merupakan ‘role model’ yang utama kepada pelajarnya kerana sebahagian besar masa pelajar itu dihabiskan di sekolah.

Dalam sistem pendidikan Malaysia, semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi penekanan dalam menguasai kemahiran 3M selaras dengan kandungan kurikulum yang terdapat dalam falsafah essensialisme.

Pelajar yang berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran dimasukkan ke dalam program pemulihan dan penggayaan supaya dapat menguasai kemahiran 3M sama seperti pelajar-pelajar lain.

Page 78: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Guru dalam bidang pendidikan di Malaysia mengamalkan sikap pimpinan demokratik.

Situasi ini dapat dilihat melalui peluang yang diberikan kepada pelajar dalam membuat pemilihan ketua darjah dan jawatan- jawatan lain

Pelajar juga diberi kesempatan dalam membuat keputusan mereka sendiri selagi tidak mendatangkan keburukan.

Kesannya, pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar dapat hidup dalam suasana bermasyarakat.

sambungan…

Page 79: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Kenaikan darjah di sekolah rendah dan menengah rendah adalah secara automatik.

Murid-murid pada akhir Tahun 6 dikehendaki menduduki Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dan keputusannya akan menentukan penempatan murid-murid sama ada di Sekolah Menengah Akademik atau Sekolah Menengah Lanjutan.

Pelaksanaan rancangan kokurikulum melalui aktiviti-aktiviti beruniform, kelab, persatuan, sukan, permainan dan olahraga.

sambungan…

Page 80: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Guru menunjukkan kreativiti mereka dalam membentuk iklim P&P yang menarik, pelajar diberi peluang melahirkan perasaan dan idea melalui pertuturan, tulisan,lukisan, muzik, tarian dan lakonan.

Wujudnya sekolah-sekolah vokasional yang menawarkan kursus-kursus seperti Perdagangan, Pertanian, Pertukangan dan Sains Rumahtangga. Akhir kepada kursus ini ialah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM).

sambungan…

Page 81: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Implikasi falsafah Progresivisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

Falsafah Pendidikan telah digubal untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan terhadap keharmonian masyarakat dan negara bagi menghadapi perubahan dalam kehidupan.

Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral supaya kanak-kanak memperoleh pengalaman asas hidup dari alam sekeliling atau persekitarannya melalui perhubungannya dengan manusia lain, unsur-unsur alam, dan Tuhan.-tujuan: mencapai pembinaan sikap, watak, dan peribadi yang sempurna.

Page 82: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Kandungan dan strategi pengajaran-pengajaran dalam KBSM mementingkan beberapa perkara yang selaras dengan falsafah progresivisme ini. Antaranya:

• Membolehkan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi dalam semua situasi hidup.

• Memberi penekanan kepada kemahiran menyelesaikan masalah dalam semua aspek kehidupan.

• Mewujudkan mata pelajaran Kemahiran Hidup.

sambungan…

Page 83: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Implikasi falsafah Eksistentialisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

Peranan guru yang ditekankan pada falsafah eksistentialisme juga telah memberi kesan terhadap pendidikan di Malaysia iaitu guru berperanan menyediakan peluang pendidikan supaya anak murid mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi. Di Malaysia, guru-guru dikehendaki menerepkan kelima-lima aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial supaya para pelajar seimbang dalam segala aspek untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan mereka.

Di Malaysia, guru disarankan supaya menjalankan aktiviti-aktiviti kepada para pelajar. Aktiviti yang dijalankan juga berpandukan sukatan pelajaran yang telah disediakan.

Selaras dengan falsafah ekstentialisme, murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif melalui komponen kokurikulum yang dijalankan di semua sekolah agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan. Melalui aktiviti yang disertai, mereka akan lebih cemerlang dalam semua bidang.

Page 84: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Implikasi falsafah Pragmatisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Pendidikan sains di negara kita iaitu sains biasa telah ditukar kepada rampaian sains Malaysia. Ini bertujuan supaya murid yang diajar itu lebih mengenali apa yang berlaku dalam negara sendiri daripada negara lain.

Pendidikan sains sosial dan kajihayat dijalankan di Malaysia supaya intelek para pelajar lebih berkembang.

Peranan guru yang ditekankan pada falsafah pragmatisme juga telah memberi kesan terhadap pendidikan di Malaysia iaitu guru berperanan penting dalam melahirkan murid yang berdisiplin.

Tugas guru di sekolah juga perlu mengajar murid bagaimana menyelesaikan masalah.

Page 85: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Kaedah pendidikan di Malaysia yang menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling selaras dengan falsafah pragmatisme iaitu mengajar murid bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Jadi, bimbingan dan kaunseling yang disediakan di setiap sekolah dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka.

Selaras dengan falsafah pragmatisme, murid-murid perlu bertanggungjawab serta berusaha bersungguh-sungguh. Nilai bertanggungjawab juga terdapat pada Falsafah Pendidikan Negara iaitu bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah terhadapTuhan Negara, masyarakat dan diri sendiri.

sambungan…

Page 86: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Implikasi falsafah Rekonstruktivisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

Di Malaysia, guru-guru telah menerapkan semangat patriotik terhadap pelajar berteraskan matlamat negara untuk mencapai matlamat 1 Malaysia.

Wujud juga sekolah integrasi untuk mengelakkan masalah sosial budaya.

Dengan kewujudan jenis kurikulum bidang sains sosial seperti kajian sosial, mata pelajaran kajian sosial telah diwujudkan dalam sukatan pelajaran di IPT di Malaysia,contoh di IPG.

Sekolah rendah & menengah seperti, kajian tempatan, geografi dan lain-lain.

Guru mementingkan kaedah-kaedah pengajaran dan matlamat pendidikan.

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah kreatif dan inovatif, maka lahirlah berbagai-bagai jenis alat bantu mengajar yang dihasilkan.

Page 87: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT