exam sn yr6 sk1 ppt

Upload: lulivaixora

Post on 14-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

BAHAGIAN B (20 Markah)

1. Seorang penternak udang telah merekodkan pengeluaran udang dalam masa enam bulan untuk kedua-dua kolamnya iaitu Kolam A dan Kolam B. Kedua-dua kolam udang ini diberikan kuantiti makanan yang sama banyak. Jisim keseluruhan udang bagi kedua-dua kolam itu dicatatkan seperti di bawah.

a) Berdasarkan pemerhatian di atas, tuliskan dua sebab (inferens) mengenai perbezaan pengeluaran udang di dalam kolam A dan B.

Inferens 1 : (1 markah)Inferens 2 : (1 markah)

b) Nyatakan satu pemerhatian lain bagi menyokong mana-mana inferens di (a). .................................................................................................................................................................................................................(1 markah)

c) Saiz udang juga bergantung kepada bilangan udang yang terdapat di sesebuah kolam.

Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan hipotesis bagi pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas...(1 markah)

2. Sekumpulan murid ingin menghasilkan nyalaan mentol yang paling cerah dalam kelasnya. Oleh itu, mereka menyediakan dua litar elektrik P dan Q untuk memastikan faktor-faktor yang mempengaruhi kecerahan mentol. Hasil penyiasatan tentang kecerahan nyalaan mentol direkod dan ditunjukkan dalam jadual di bawah.

CerahLebih cerah

Rajah 1a) Berdasarkan penyiasatan ini, ramalkan kecerahan mentol jika bilangan sel kering pada litar Q ditambah menjadi 4 sel kering.

.(1 markah)b) Apakah tujuan bagi penyiasatan ini?..(1 markah)c) Nyatakan corak bagi kecerahan mentol litar P dan Q..(1 markah)d) Berikan satu maklumat daripada penyiasatan di atas..(1 markah)3. Suatu hari Leha ingin menghasilkan ikan masin di rumahnya. Bagaimanapun beliau sengaja mengubah jisim garam bagi kedua-dua ikan Sepat tersebut. Kedua-duanya dijemur di bawah sinaran terik matahari. Selepas ikan kering Leha ingin melihat ikan manakah yang tahan lama. Berikut adalah maklumat yang di kumpulkan oleh Leha.

Rajah 2

IkanJisim garam (g)Masa ketahanan ikan (hari)

P20015

Q40030

a) Berdasarkan penyiasatan tersebut, berikan sebab (inferens) bagi ketahanan ikan P dan Q selepas di keringkan.

.(1 markah)b) Pada hari ke 15, Leha telah memasak dan memakan ikan P dan dia telah dimasukkan ke hospital kerana sakit perut. Berikan sebab (inferens) mengapakah perkara ini boleh berlaku?

..(1 markah)

c) Ramalkan masa ketahanan ikan jika jisim garam adalah 300g?

.(1 markah)d) Nyatakan apakah pembolehubah yang di tetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini?

.(1 markah)4. Adrina berasa sangat hairan apabila memerhatikan bulan pada waktu malam. Oleh itu dia membuat keputusan untuk merekodkan bentuk-bentuk bulan yang diperhatikannya selama sebulan. Catatan dan lakaran Adrina adalah seperti berikut.

Rajah 3

a) Apakah tujuan bagi penyiasatan ini?..(1 markah)

b) Berikan hipotesis berdasarkan apa yang di ubah (pembolehubah dimanipulasikan) dengan apa yang di perhatikan (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini.

..(1 markah)c) Nyatakan, apakah yang di ubah (pembolehubah dimanipulasikan)?.(1 markah)d) Berikan satu kesimpulan bagi penyiasatan ini...(1 markah)

5.Dalam Rajah 4, John menjalankan eksperimen menggunakan tiga buah silinder yang berlainan ketinggian dan luas tapak yang sama di atas sekeping papan.

Rajah 4a) Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya papan itu di condongkan?..(1 markah)b) Apakah tujuan penyiasatan ini?..(1 markah)c) Nyatakan hubungan di antara pembolehubah dimanipulasikan (yang diubah) dengan pembolehubah bergerak balas (yang diperhatikan) dalam penyiasatan ini?..(1 markah)d) Apakah yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas)?..(1 markah)

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

. (PN. NORENAFIDAH MAT TARMIDI) (PN. AN ANZAH HASSAN) (EN. BAHARUM SHAH ABDULLASSAN) KETUA PANITIA SAINS GPK PENTADBIRAN GURU BESAR