enkulturasi siap anta

Upload: biruviolet

Post on 13-Jul-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IDEU 1102 ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI PERBANDINGAN SEMESTER 1 SESI 2011/2012

LATIHAN ILMIAH ENKULTURASI

OLEH :SITI NOOR ROHANIZA HABARI IEJ 090067

JABATAN DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

1

ENKULTURASIEnkulturasi dari segi bahasa bermaksud pembudayaan. Manakala dari perspektif disiplin ilmu antropologi dan sosiologi pula, definisi enkulturasi yang mula-mula dikemukakan ialah daripada Redfield, Linton dan Herskovits (1936) : Acculturation comprehends these phenomena which result when groups of individuals having different cultures come into continous first-hand contact, with subsequent changes in the original cultural patters of either or both groups. Koentjaraningrat (1996: 145-147) pula mentakrifkan enkulturasi sebagai satu proses belajar dan menyesuaikan alam fikiran serta sikap terhadap adat, sistem norma serta semua peraturan yang terdapat dalam kebudayaan seseorang. Proses ini telah dimulai sejak awal kehidupan, iaitu di dalam lingkungan keluarga, kemudian dalam lingkungan yang semakin lama semakin meluas. Pada awalnya, seorang anak kecil mulai belajar dengan cara meniru tingkah laku orang-orang yang berada disekelilingnya dan lama-kelamaannya menjadi pola yang mantap, kemudian norma yang mengatur tingkah lakunya dibudayakan. Selain dalam lingkungan keluarga, norma-norma tersebut juga dipelajari daripada pengalamannya sepanjang bergaul dengan sesama masyarakat dan turut dipelajari secara formal melalui proses persekolahan. Menurut Clyde Kulkckhohn, enkulturasi merupakan proses kebudayaan dan berkaitan dengan sistem nilai budaya dalam kebudayaan dari semua kebudayaan yang ada di dunia. Herskovits pula menyatakan enkulturasi berasal daripada pengalaman yang dipelajari yang memberikan cirri khas atau yang membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain di mana manusia mengambil pelajaran daripada setiap pengalaman hidupnya. Proses enkulturasi bersifat kompleks dan berlaku secara berterusan. Namun proses tersebut berlaku secara berbeza-beza pada pelbagai tahap dalam lingkaran kehidupan seseorang. Enkulturasi berlaku secara agak terpaksa pada

2

tempoh awal kanak-kanak, namun setelah menginjak ke alam dewasa manusia akan mempelajari proses tersebut dalam keadaan yang sedar (faham) serta lebih matang untuk menilai samada mahu menerima ataupun menolak nilai-nilai dan norma-norma masyarakatnya. Contoh medium atau alat enkulturasi ialah pendidikan. Selain itu, enkulturasi adalah suatu proses sosial melalui mana manusia sebagai makhluk yang bernalar, punya daya refleksi dan inteligensia, belajar memahami dan mengadaptasi pola fikiran, pengetahuan, dan kebudayaan sekelompok manusia lain. Definisi sederhananya adalah, Enculturation refers to the process of learning a culture consisting in socially distributed and shared knowledge manifested in those perceptions, understandings, feelings, intentions, and orientations that inform and shape the imagination and pragmatics of social life (Peter-Poole, 2002). Akhirnya, menurut Hansen enkulturasi merangkumi proses kejayaan kemahiran bertingkah-laku, pengetahuan tentang standard-standard budaya dan kod-kod perlambangan seperti bahasa dan seni, motivasi yang disokong oleh kebudayaan, kebiasaan menjawab, ideologi dan sikap-sikap.

3

BIBLIOGRAFI : Noran Fauziah Yaakub (1987) , Pengantar Sosiologi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Joseph S.Roucek dan Roland L.Warren (1979) , Sosiologi Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka T.O Ihromi (2006) , Pokok-Pokon Antropologi Budaya. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia

E-Book: Pengantar Antropologi, Bab 4 : Dinamika Kebudayaan, https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:nZX0zsVC0TYJ:elearning.gunadarma.ac.id/doc modul/pengantar_antropologi/bab4Laman Web : http://lzamzami.multiply.com/

4