laporan akhir siap

48

Click here to load reader

Upload: daaohh

Post on 23-Dec-2015

83 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

dsfcvhnbm,

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Akhir Siap

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Rumah limas merupakan rumah tradisional utama bagi negeri Johor. Rumah ini

banyak dibina di Johor. Perkataan limas itu sendiri mempunyai maksud iaitu berbentuk timba

atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas

seperti piramid. Pembinaan rumah limas ini lebih menitik beratkan aspek-aspek

pengudaraan, pencahayaan, dan keselamatan. Rumah limas ini dibina tinggi daripada aras

tanah untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam rumah ketika musim banjir dan

mengelak haiwan liar naik ke atas rumah ketika waktu malam. Seni bina rumah limas boleh

di golongkan dalam budaya kebendaan. Pengaruh daripada luar banyak mempengaruhi seni

bina rumah limas ini. Antara pengaruh luar tersebut adalah seperti Belanda, British dan

Indonesia.

Di dalam rumah limas ini terdapat beberapa unsur tradisional terutama sekali pada

hiasan kelarai dan alas tiang. Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dikenali serambi

dan di hujung serambi ialah ruang anjung. Rumah limas Johor ini dapat dikenal pasti melalui

bumbung rumahnya iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat

buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjak

langit. Rumah ini juga diperbuat daripada kayu kayan yang tahan lama dan bermutu tinggi

seperti cengal, keranji perak dan meranti. Kayu-kayu bermutu seperti ini dipilih untuk

memastikan rumah limas ini dapat berdiri teguh serta tahan lama untuk diduduki oleh

manusia.

Garis besar rumah limas ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian hadapan,

tengah dan belakang. Pada bahagian hadapan rumah limas ini terdapat tangga yang

mempunyai jumlah anak tangga yang ganjil. Bahagian dalamnya pula berupa pelataran

yang luas. Ruangan ini kebiasaannya dijadikan pusat berkumpul untuk tetamu apabila

diadakan majlis-majlis seperti kenduri, Marhaban dan sebagainya. Bahagian ruang tamu

selalunya akan dijadikan sebagai ruang pamer untuk menunjukkan kepada tetamu akan

kemakmuran pemilik rumah. Ruangan dinding di ruang tamu selalunya akan dihiasi dengan

ukiran bermotif flora yang akan dicat dengan warna-warna keemasan. Ruang bahagian

belakang rumah limas pula selalunya digunakan sebagai dapur.

1

Page 2: Laporan Akhir Siap

Rumah limas ini mempunyai bumbung lima atau limas (atap perisai). Bumbung lima

ialah mempunyai lima atau empat perabung seperti piramid untuk struktur ringkas seperti

pondok wakaf. Sifat yang paling ketara yang terdapat pada rumah limas boleh dilihat pada

struktur binaannya yang didirikan di atas tiang. Rumah juga akan menjadi lebih sejuk akibat

pengudaraan pada semua bahagian rumah. Selain itu, ruang kosong yang terdapat pada

bahagian bawah rumah yang dikenali juga sebagai polong menjadi tempat yang sesuai

untuk menyimpan barang.

Seni bina rumah limas juga dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta

hubungan mereka yang sangat erat dengan persekitaran dan pegangan mereka. Antara

faktor-faktor yang mempengaruhi seni bina rumah limas ialah faktor iklim, agama Islam,

sosial dan alam sekitar. Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah

kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan diasingkan. Rumah limas mempunyai

beberapa bilik yang khusus seperti bilik tidur utama, bilik tidur anak lelaki dan perempuan

serta bilik tidur tetamu. Selain itu, pembahagian rumah kepada rumah ibu, rumah tengah dan

rumah dapur juga merupakan pengaruh sosio agama dalam masyarakat Melayu dahulu

termasuklah masyarakat Melayu Johor. Kewujudan konsep pelan terbuka menyebabkan

wujudnya pelbagai bentuk simbol fizikal pemisah. Zon tetamu biasanya di letakkan pada

bahagian rumah hadapan manakala untuk zon keluarga pula diletakkan pada bahagian

rumah belakang.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Arus kemodenan yang semakin pesat di Malaysia khususnya di Negeri Johor

merupakan sesuatu yang boleh di banggakan kerana terdapat banyak kebaikan yang telah

dibawa hasil daripada pemodenan ini. Terdapat banyak teknologi yang telah dihasilkan untuk

memudahkan kehidupan manusia termasuklah teknologi pembuatan rumah. Dengan adanya

teknologi yang moden ini penghasilan sesuatu produk atau pembangunan dapat dijalankan

dengan mudah dan cepat tanpa berlaku kesilapan serta kesalahan yang serius atau

berulang.

Tradisi pembuatan dan pembinaan rumah limas telah diturunkan secara turun-

temurun daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Namun demikian, peredaran

masa dan zaman yang semakin maju sedikit sebanyak telah berjaya mengubah tradisi ini.

Pengaruh dan arus pemodenan juga telah mengubah corak pemikiran manusia sekarang

yang mahukan keadaan yang serba ringkas dan mudah. Keadaan ini juga telah

menyebabkan arkitekstur rumah limas turut berubah. Dalam pada itu, kesukaran

memperoleh bahan mentah untuk membina rumah limas seperti bekalan kayu menyebabkan

harga kayu menjadi terlalu mahal. Keadaan ini telah mengubah minat masyarakat Johor

2

Page 3: Laporan Akhir Siap

daripada meneruskan tradisi pembinaan rumah limas akibat kesukaran mendapat bahan

mentah selain harganya yang mahal. Selain itu, faktor kemampuan ekonomi dan taraf hidup

yang semakin meningkat turut menyebabkan masyarakat Johor khususnya pada zaman

sekarang berubah untuk tinggal di rumah teres atau di apartment yang jauh lebih sesuai dan

selesa dengan kemampuan ekonomi mereka.

Perubahan juga turut berlaku dalam aspek alat atau keperluan asas serta perkakasan

dan hiasan dalam rumah. Rumah limas menuntut tuan rumah menyediakan meja dan kerusi

di bahagian anjung atau beranda rumah di samping, di ruang makan serta ruang tamu.

Langsir tingkap yang menjadi bahagian paling penting pada rumah limas juga memerlukan

penggunaan jumlah kain yang agak banyak agar dapat dipadankan dengan panjang dan

lebar tingkap yang terdapat pada rumah limas. Selain itu juga, rumah limas mempunyai

ruang tamu khas yang boleh diubahsuai untuk keperluan semasa penghuni yang terdapat di

dalam rumah. Hiasan rumah juga perlu dipelbagaikan mengikut kesesuaian pembahagian

ruang yang terdapat dalam rumah. Perkara ini sudah menjadi suatu kebiasaan bagi pemilik

rumah limas. Namun begitu, berlainan pula dengan masyarakat moden yang menginginkan

sesuatu yang ringkas dan mudah, semua ini tidak menjadi keperluan penting kepada pemilik

rumah kerana tuan rumah berhak menentukan bagaimana keadaan rumah mereka sendiri.

Tambahan pula, kemasukan unsur luar seperti unsur barat, timur dan juga pengaruh

daripada Indonesia dalam membawa imej yang menarik pada hiasan sesebuah rumah telah

mula menarik minat masyarakat moden terhadap aspek hiasan dalaman rumah. Buktinya

semakin ramai masyarakat Johor sendiri mengimpikan dan memasang angan-angan untuk

memilih struktur binaan rumah ala barat yang jauh lebih ringkas dan memerlukan kos yang

lebih rendah berbanding rumah limas. Rumah seperti ini tidak memerlukan penjagaan yang

rapi dan mudah diuruskan.

Dari segi proses pembinaan rumah limas ini, masyarakat Johor tradisional

mempunyai satu sistem pembinaan yang unik dan menarik. Hal ini demikian kerana, mereka

perlu mengikuti beberapa tahap sebelum sesebuah rumah itu dapat didirikan. Proses ini

dimulai dengan tahap yang pertama iaitu tahap persiapan melalui mesyuarat antara suami

dan isteri tentang rumah yang bakal didirikan berdasarkan kemampuan kewangan dan besar

rumah tersebut. Apabila kata sepakat telah dicapai, mereka akan mengadakan upacara

menyembelih haiwan seperti ayam dan kambing untuk tujuan mesyuarat bagi mencari

sumber bahan binaan, tempat yang ingin didirikan, waktu pendirian, pengadaan bahan dan

mencari pembuatnya. Dalam majlis mesyuarat tersebut, majlis bacaan doa selamat akan

diadakan bersama seluruh penduduk kampung. Majlis tersebut selalunya diadakan pada

malam Jumaat.

3

Page 4: Laporan Akhir Siap

Pada tahap yang seterusnya iaitu pembangunan, terdapat tiga bahagian yang perlu

dibangunkan secara berasingan iaitu bahagian bawah, bahagian tengah, dan bahagian atas

rumah. Sebelum proses pembinaan rumah dilangsungkan, terlebih dahulu diadakan upacara

pendirian cagak. Upacara ini ditandai dengan penyembelihan haiwan ternakan seperti

kambing dan lembu, kemudian barulah proses memacak tiang dilakukan. Setelah bahagian

bawah selesai dibuat, proses dilanjutkan dengan pembangunan bahagian tengah rumah.

Kebiasaannya, ketika proses membina bahagian bawah rumah limas, bahan-bahan untuk

membuat bahagian ini juga telah dipersiapkan iaitu dimulai daripada papan untuk lantai,

dinding, daun pintu, jendela dan sebagainya. Walau bagaimanapun proses ini kadang kala

didahulukan dengan membuat bahagian bumbung rumah. Keadaan ini bertujuan agar

bahan-bahan pada bahagian tengah, seperti dinding dan lantai, terlindung daripada hujan

serta panas. Kerja-kerja membina atas rumah limas terdiri daripada pemasangan alang

panjang, pengerap atau alang pelintang, kuda-kuda alang sunan atau tunjuk langit, kasau,

tumbukan kasau, reng dan pemasangan atap. Semua pembinaan rumah limas ini dilakukan

secara gotong-royong dengan masyarakat setempat.

Jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang semua proses tadi

diserahkan kepada kontraktor sepenuhnya. Konsep gotong-royong yang diamalkan oleh

masyarakat tradisional tidak lagi digunakan atas alasan kesuntukan masa, sikap pentingkan

diri sendiri, sibuk dengan urusan seharian dan terlalu mengejar kebendaan. Budaya meterial

dan sekular yang dibawa oleh penjajah dan media pada masa kini juga telah mengancam

amalan bantu-membantu dalam jiwa masyarakat moden sekarang. Hal ini telah terbukti

dengan banyaknya berlaku masalah sosial, keselamatan dan sebagainya akibat kurangnya

semangat kerjasama dan lebih pentingkan diri sendiri. Keadaan ini juga turut menyumbang

kepada perlambakan kawasan-kawasan perumahan. Masyarakat Melayu khususnya pada

zaman sekarang ini terlalu ghairah menjual tanah mereka untuk mendapatkan wang dan

akibat daripada itu, mereka tidak lagi mempunyai tanah dan cenderung untuk memilih rumah

teres sebagai alternatif tempat tinggal. Keadaan ini turut menyumbang kepada perlambakan

kawasan-kawasan perumahan. Selain itu, ketandusan budaya yang semakin ketara dalam

masyarakat setempat telah menjadikan upacara-upacara seperti menyembelih haiwan

sebagai tanda kesyukuran terus dilupakan dan dianggap sebagai khurafat.

4

Page 5: Laporan Akhir Siap

BAB 2

OBJEKTIF PENYELIDIKAN

2.1 OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk menyelidik akan penerimaan rumah limas

dalam kalangan masyarakat moden pada masa kini di Johor. Secara lebih khusus kajian ini

lebih kepada untuk :

a. Menjelaskan penerimaan masyarakat moden terhadap rumah limas ini dalam

arus kemodenan.

b. Mengkaji faktor kemampuan ekonomi masyarakat setempat.

c. Menjelaskan proses-proses dan tahap pembinaan rumah limas.

2.2 SKOP KAJIAN

Kajian penerimaan rumah limas dalam konteks masyarakat moden mempunyai skop

yang agak luas kerana melibatkan aspek persekitaran fizikal dan sosioekonomi masyarakat

setempat. Gambaran keseluruhan penerimaan masyarakat moden terhadap rumah limas

melalui kajian ini hanya melalui perbincangan secara kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui

sumber kedua serta pemerhatian yang dibuat. Dalam penyelidikan ini, kajian ditumpukan

kepada memahami ciri-ciri peralihan yang berlaku ke atas komuniti masyarakat moden

melalui kajian sosioekonomi, pemikiran dan persepsi masyarakat moden terhadap rumah

limas. Kajian penerimaan rumah limas dalam konteks masyarakat moden ini diukur dari dua

zaman iaitu zaman tradisional dan zaman moden untuk melihat samada rekabentuk rumah

limas ini diterima oleh masyarakat moden dan transformasi yang berlaku terhadap reka

bentuk rumah limas.

2.3 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KAJIAN

Kajian penerimaan rumah limas dalam konteks masyarakat moden diharap dapat

menyumbang ke arah memahami dengan lebih terperinci reka bentuk serta seni ukir yang

terdapat pada rumah limas. Reka bentuk dan seni ukir yang terdapat pada rumah limas

mempunyai maksud dan pengertian tertentu yang berkaitan dengan kehidupan seharian

5

Page 6: Laporan Akhir Siap

masyarakat moden sekarang. Ini menunjukkan masyarakat dahulu telah memikirkan sesuatu

semasa membina dan mereka bentuk rumah limas yang membawa pengertian besar dalam

kehidupan seharian masyarakat Melayu dari dahulu kala hingga sekarang yang menjadi

teladan dan warisan yang sepatutnya dihayati. Reka bentuk yang terdapat pada rumah limas

bukanlah sekadar menjadi hiasan yang menceriakan suasana rumah tetapi memberi makna

yang signifikan yang sukar difahami jika tidak diteliti difahami secara serius oleh masyarakat

moden yang sedang dilanda arus pembangunan dan kemodenan yang sangat pesat. Dalam

pembangunan yang sedang pesat ini, entiti rumah limas perlulah dikekalkan untuk menjadi

tatapan generasi akan datang dan menjadi suatu lambang masyarakat Melayu yang penuh

dengan kiasan dalam menterjemahkan sesuatu perkara kepada umum yang memberi impak

yang mendalam apabila difahami. Daripada hasil penyelidikan ini, diharap dapat menjadi

panduan kepada pihak yang terlibat untuk menjaga dan melindungi rumah tradisional Johor

iaitu rumah limas daripada diancam kemusnahan dan kepupusan. Selain itu, melalui kajian

ini dapat merungkaikan situasi sebenar penerimaan masyarakat moden terhadap rumah

limas Johor.

2.4 CADANGAN PENYELIDIKAN

Rumah limas ini sepatutnya diberi perhatian serius oleh kerajaan Negeri Johor untuk memastikan rumah ini terus kekal pembinaannya. Rumah limas ini mampu mengatasi masalah banjir yang kerap melanda Johor saban tahun kerana binaannya yang agak tinggi dari tanah. Pembinaan rumah seperti ini mampu mengurangkan kerugian akibat banjir yang melanda. Rekabentuk rumah limas ini boleh diketengahkan oleh kerajaan Negeri Johor dalam membina projek-projek perumahan di Johor. Pembinaan rumah limas ini juga boleh menggunakan konkrit untuk menjadikan kos pembinaan murah berikutan harga kayu yang menjadi bahan mentah utama pembuatan rumah limas ini mahal di pasaran akibat kesukaran mendapatkannya. Binaan beranda rumah limas ini yang terbuka dan cucur atap yang memanjang merupakan cara kawalan yang baik terhadap pancaran cahaya dan silau matahari. Rekabentuk yang terdapat pada rumah limas ini boleh diadaptasikan pada rekabentuk dan binaan rumah moden pada masa sekarang. Kemungkinaan rumah ini mampu dibeli oleh masyarakat setempat berikutan pembinaannya menggunakan konkrit dan kosnya menjadi murah. Keadaan ini akan memberi nafas baru kepada rumah limas kerana setelah sekian lama dipinggirkan oleh masyarakat moden, barulah maksud seni binanya akan disedari oleh masyarakat moden pada hari ini.

Kerajaan Negeri Johor perlu melakukan usaha dengan lebih giat lagi untuk mempopularkan semula rumah limas kepada orang ramai supaya dapat menerangkan kepada orang ramai tentang rumah limas ini yang menjadi salah satu seni warisan tradisional Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor boleh melaksanakan program-program seperti program merakyatkan seni budaya dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sebagai usaha untuk mempertahankan seni warisan dan kebudayaan negeri daripada hilang dimakan zaman.

6

Page 7: Laporan Akhir Siap

Sesungguhnya budaya, kesenian dan kesusasteraan dalam sesebuah negeri sebenarnya mencerminkan identiti negeri dan masyarakat negeri berkenaan. Oleh itu, keperluan untuk mempertahankan seni bina tradisional rumah limas perlu diberi perhatian yang serius. Langkah drastik perlu diambil untuk memelihara dan memulihara rumah limas dan mengkomersialkannya untuk menjadi tatapan generasi pada masa hadapan. Jangkaan terhadap kewujudan rumah ini pada masa hadapan kelihatan masih lagi kabur memandangkan minat serta kecenderungan generasi kini terhadap rumah limas semakin berkurang dan terpinggir. Oleh itu, program pembudayaan seni warisan perlulah dijalankan dari masa ke masa untuk terus mempromosi rumah limas ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti di peringkat serantau atau global.

2.5 TEORI DAN KONSEP

Rumah Limas merupakan rumah tradisional Melayu bagi negeri Johor. Perkataan limas ini mempunyai maksud tersendiri iaitu berbentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti bentuk piramid. Seni bina rumah limas boleh digolongkan dalam budaya kebendaan dan banyak pengaruh luar mempengaruhi seni bina rumah limas ini. Antara pengaruh luar yang mempengaruhi seni bina rumah ini ialah Belanda, British dan Indonesia.

Daripada catatan awal rumah tradisional, dapatlah dirumuskan bahawa sebuah rumah yang dibina menggunakan cara yang sama sejak beberapa generasi. Ini termasuklah segala pantang larang dan peraturan perlu dipatuhi ketika sebuah rumah itu hendak didirikan. Antara perkara-perkara yang dititik beratkan dalam pembinaan rumah tersebut adalah seperti upacara menaikkan tiang seri dan pemilihan tapak rumah, di mana perlu mengambil kira hari yang bersesuaian dan beralamat baik, orientasi rumah yang sesuai, bahan binaan yang sesuai, malah jampi serapah oleh pawang atau dukun turut digunakan untuk mengelakkan timbul masalah di kemudian hari. Pelaksanaan perkara ini secara tidak langsung berkait rapat dengan nilai-nilai kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu.

Memang terdapat beberapa perbezaan pada rumah tradisional Melayu Johor iaitu rumah limas dengan rumah tradisional Melayu negeri yang lain terutama sekali perbezaan dari segi bentuk tetapi pembinaan struktur utamanya dan bahan-bahan yang digunakan adalah sama. Perbezaan yang jelas antara rumah tradisional Melayu ini adalah dari segi fizikal sahaja iaitu pada reka bentuk dan saiz sesebuah rumah sahaja. Setiap negeri mempunyai rumah tradisional tersendiri dan berbeza bentuknya namun apa yang dapat kita lihat terdapat beberapa persamaan terutama sekali dari segi asas bentuk, adat, kepercayaan dan segala peraturan yang perlu dipatuhi dalam pembinaan sebuah rumah.

Dari sudut psikologi pula, rumah tradisional dapat memberi rasa yang tenteram, aman, suasana harmoni, tempat mengasuh, mengasih dan mendapatkan ketenangan jiwa. Orang Melayu juga menganggap bahawa rumah adalah sebidang tempat yang menjadi milik mereka di muka bumi, justeru itu orang Melayu menganggap mereka yang tidak mempunyai rumah diibaratkan seperti sepohon pokok rendang yang berbunga tetapi tidak berbuah dan tidak mendatangkan sebarang hasil.

7

Page 8: Laporan Akhir Siap

Menurut Munshi Abdullah semasa dalam pelayaran dari Singapura ke negeri Kelantan pada tahun 1838 telah mencatatkan serba sedikit tentang rumah Melayu di beberapa tempat yang dilalui oleh beliau. Antara serba sedikit catatan beliau tentang rumah tradisional Melayu adalah seperti berikut :

"...Syahadan lagi adalah rumah tempat diam

mereka itu semuanya rumah atap ada yang kecil

ada yang besar semuanya rumah di atas darat

Maka terlalu banyak semak-semak di keliling

rumahnya. Sebuah di sini sebuah di sana, ada

yang di hutan ada yang dipantai, ada yang

berpagar ada yang tidak. Masing-masing

dengan sukanya. Demikianlah sepanjang sungai

itu setempat di sana dan lagi terlalu banyak

kotor dibawah rumahnya. Maka tiap-tiap rumah

itu ada limbah di bawahnya.

Maka hal itu adanya."

Menurut catatan Raeborne yang dipetik dari buku 'Chinese Architecture in the Straits settlement and western Malaya' oleh David G.Kohl, M.A berkenaan rumah Melayu menyatakan :

"On the slopes by side of the riverside and the

fields. There are fringes of coconut and fruits

trees, an& among them Malay built their house,

which is off itself a rather peculier structure

the builders takes.six or eight stores.

Depending on the size of the house he intend

to erect. These placed on the- surface of the

ground.Alittle bed having been made for

them to rest upon, then he fells and squares

the require number of hardwood post, cutting

a hole in them at the height required. His flooring .

8

Page 9: Laporan Akhir Siap

to be form the ground, generally about five feet,

and' shapings the tops, so as to leave a small square.

Making the framework of the house complete or

either .form the attap or long strips of bark, the

roof is steep pitchhard and made along saplings.

Across the joints, a covered with lattice of

split -rattan or narrow laths cut from the 'nibung'

plant for the floor.”

Sebelum kedatangan orang-orang Bugis dari Sulawesi ke Negeri Johor, Negeri Johor telah pun mempunyai penduduknya sendiri, kaum bumiputeranya terdiri dari orang-orang asli dan Melayu dari Sumatera. Orang-orang ini tiba setelah berlaku peperangan dengan kerajaan Majapahit dan Sri vijaya yang mengakibatkan orang Sumatera melarikan diri ke Tanah Melayu secara beramai-ramai. Sebab itulah Melayu didalam bahasa Sumatera bererti 'melarikan diri'.

Ini diikuti dengan kedatangan orang Bugis secara beramai-ramai hinggalah ke hari ini menjadikan sebahagian besar penduduk Johor adalah dari keturunan Bugis termasuklah keturunan di raja Johor sendiri. Dengan adanya pengaruh Bugis dalam negeri ini, maka senibina yang lahir juga berbentuk kebugisan sedikit. Elemen-elemen ini seperti mana yang terdapat di gugusan Melayu mempunyai falsafahnya sendiri yang unik. Sebenarnya rumah Melayu Johor iaitu rumah limas berkait rapat dengan keadaan persekitaran seperti landskap dan sebagainya. Tujuannya adalah supaya keadaan rumah dan alam semulajadi akan menjadi lebih harmonis.

Rumah-rumah tradisional Johor boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan kepada adat dan tatatusila penghuni yang berlainan tempat asal dan menetap di Negeri Johor .Ini termasuklah jenis-jenis rumah:

a. Rumah Johor Melaka - ianya lebih mirip kepada konsep rumah Melaka. Ciri yang terpenting yang terdapat pada rumah jenis ini ialah bumbung patah Melaka yang mempunyai dua kecerunan iaitu 60° dan 30° dan mempunyai tebar layar terbuka. Rumah jenis banyak terdapat di utara Negeri Johor iaitu di Muar yang bersempadankan Negeri Melaka.

b. Rumah Johor Bugis - Rumah"jenis ini boleh dikenali dengan bentuknya yang mudah. Hanya sebuah empat segi bujur dan bumbung panjang yang berbentuk ‘V’ terbalik. Rumah jenis ini tidak terdapat di selatan Johor dan hanya boleh didapati di Utara Johor seperti di Muar, Batu Pahat dan Mersing namun kebanyakkan rumah jenis ini hampir pupus.

c. Rumah Johor Belanda - Rumah jenis ini adalah yang paling popular di Negeri Johor. Giri-ciri terpenting yang terdapat pada rumah jenis ini adalah bumbung Belanda Peraknya. Rumah ini didirikan di atas tiang atau alas batu atau konkrit. Terdapat kolong di bawah rumah dan serambi khas empat segi bujur. Rumah jenis ini terdapat dengan banyaknya di Batu Pahat, Muar, Mersing dan Kluang Johor.

9

Page 10: Laporan Akhir Siap

d. Rumah Johor Campuran - Ciri-ciri rumah jenis tidak begitu menonjol dibandingkan dengan rumah jenis lain. Ianya adalah campuran berbagai elemen senibina yang mempunyai berbagai proposi . Falsafahnya mempunyai matlamat yang tepat. Jika di Eropah rumah jenis ini di kategorikan sebagai ‘Ecclectiscism’ .Rumah ini terjadi kerana kaum pendatang tidak mengenal erti seni budaya setempat tetapi ingin menetap di sini. Ianya membawa ciri-ciri yang bercampur aduk.

BAB 3

10

Page 11: Laporan Akhir Siap

KAJIAN LITERATUR

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan menyentuh secara umum kajian berkenaan reka bentuk dan adat dalam pembinaan rumah limas yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu dan penekanan dibuat terhadap terhadap perbincangan berkenaan reka bentuk rumah limas dan penerimaan masyarakat moden terhadap rumah limas yang merangkumi pelbagai aspek samada fizikal atau bukan fizikal berserta faktor yang membuatkan masyarakat moden beralih arah kepada pembinaan rumah batu yang moden. Ini adalah bertujuan untuk memahami pengaruh ukiran dan reka bentuk pada rumah limas serta pemikiran masyarakat moden terhadap rumah limas. Perbincangan ini juga akan melihat apakah kesan yang akan terjadi jika masyarakat moden ini mengabaikan pembinaan rumah limas. Berdasarkan tajuk yang dihasilkan iaitu penerimaan rumah limas dalam konteks masyarakat moden, rumah limas iaitu rumah tradisional negeri Johor semakin dilupakan oleh generasi dan masyarakat moden pada masa sekarang. Masyarakat sekarang lebih berminat membina rumah batu atau konkrit kerana kos murah dan pembinaannya yang mudah dan cepat. Tidak perlu melakukan adat-adat dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk membina rumah seperti yang terjadi dalam pembinaan rumah limas. Masyarakat sekarang menganggap melakukan sesuatu ritual atau adat ketika mendirikan rumah adalah suatu bentuk khurafat dan tahyul. Selain itu, masyarakat sekarang tidak memahami maksud tersirat yang terdapat pada ukiran dan motif seni bina rumah limas dan menganggap hanya sebagai sebuah hiasan. Ukiran dan motif yang dihasilkan pada rumah limas mempunyai maksud tertentu dan bukan dihasilkan mengikut kehendak hati. Banyak maksud tersirat dalam penghasilan ukiran dan motif tersebut.

Berdasarkan daripada kajian lepas, para pengkaji melakukan penyelidikan terhadap rumah tradisional ini adalah untuk memberi pendedahan kepada umum kepentingan dan kegunaan rumah tradisional. Hasil kajian ini juga boleh menjadi titik tolak pihak yang berkenaan untuk melakukan suatu usaha mengekalkan seni warisan yang semakin ditelan zaman ini supaya generasi akan datang mengetahui dan boleh melihat kesenian dan warisan rumah tradisional. Para pengkaji selalunya menerangkan seni reka dan bentuk rumah tradisional ini serta bahan-bahan yang digunakan untuk mendirikan rumah. Kebanyakan dalam penyelidikan berkaitan rumah tradisional yang dilakukan oleh para penyelidik dan pengkaji, bahan utama dalam pembinaan rumah tradisional adalah kayu. Kayu yang digunakan adalah kayu yang bermutu tinggi dan tahan lama seperti cengal, keranji perak dan meranti. Pemilihan kayu bermutu ini adalah untuk memastikan rumah limas ini dapat berdiri teguh dan tahan lama untuk diduduki oleh penghuninya.

11

Page 12: Laporan Akhir Siap

3.2 KAJIAN LEPAS

3.2.1 Definisi Rumah Limas

Kajian mengenai rumah limas telah banyak dijalankan sama ada secara teori atau praktikal. Terdapat banyak kajian tempatan dan luar negara yang menghuraikan secara empirikal aspek fizikal rumah limas. Kebanyakan kajian yang dilakukan oleh pengkaji tersebut adalah berkenaan reka bentuk rumah limas, seni ukir yang terdapat pada rumah limas, adat-adat dalam mendirikan rumah, fungsi dan nilai yang terdapat pada rumah limas di samping mengambil kira arus kemodenan yang sedang pesat yang memungkinkan merubah pemikiran masyarakat moden terhadap rumah limas. Terdapat juga pengkaji yang membuat kajian mengenai landskap rumah limas dengan menumpukan kepada rekabentuk rumah limas serta ukiran yang terdapat pada rumah limas. Selain itu, ada juga pengkaji menekankan aspek pengekalan warisan rumah limas ini supaya tidak terhapus dengan peredaran zaman yang semakin moden.

Rumah limas Johor merupakan sebuah rumah tradisional yang unik. Rumah ini banyak terdapat di negeri Johor. Di negeri Johor, rumah limas ini mempunyai reka bentuk tersendiri mengikut daerah. Contohnya, rumah limas Pontian berbeza sedikit dengan rumah limas Muar dari segi saiz dan reka letak dalaman rumah.

Pembinaan rumah limas ini mempunyai falsafah dan maksud tersendiri. Hanafi bin Abdul Kadir (1991) mengatakan terdapat seribu satu pembongkaran dan persoalan perlu dikaji sedalam-dalamnya untuk mengenal falsafah Melayu purba yang terdapat pada bentuk senibina tradisional rumah Melayu. Keadaan ini wujud berdasarkan kenyataan dan falsafah Melayu yang lebih bersikap praktikal dan bukan seperti falsafah barat yang lebih bersikap teoritikal semata-mata. Semenjak kewujudan bangsa Melayu di dunia, mereka telah mempunyai tempat berlindung yang kemudiaannya di panggil rumah. Bentuk rumah yang mula-mula dibina masih menjadi persoalan yang tidak dapat dirungkai secara tepat sehingga kini. Jika ditinjau dari sudut tertentu terutama dari segi persekitaran, idea orang Melayu membina rumah adalah sama seperti bangsa Negroid iaitu dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di persekitaran mereka seperti kayu dan daun-daun kayu. Ini menunjukkan orang Melayu telah mengadaptasi alam sekitar dalam pembinaan rumah tradisional.

Seterusnya, Yaakub Idrus (1966) memberitahu bahawa asal-usul bangsa Melayu dibawa semenjak dari zaman purba iaitu zaman Hoabinhian, zaman Dongson dan seterusnya hingga menjadi penghuni semenanjung dan kepulauan Nusantara membawa ke zaman ini. Menurutnya lagi (Yaakub, 1966), kebudayaan Melayu adalah berupa sintesis daripada kepercayaan bercorak animisme, Hinduisme dan Islam dan kini telah diresapi kebudayaan barat. Dalam kehidupan orang Melayu seharian terutama yang tinggal di desa-desa, unsur-unsur kepercayaan tersebut jelas terlihat di dalam pantang larang, perubatan tradisional, adat istiadat dan pelbagai acara termasuk penegakan rumah. Segala perlakuan budaya Melayu tradisional berlangsung di dalam rumah bermula sejak seseorang dari dalam kandungan membawalah ke alam dewasa dan seterusnya ke hari kematian.

12

Page 13: Laporan Akhir Siap

Pendapat Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (1991) mengatakan bahawa pemahaman terhadap sejarah senibina rumah tradisional merupakan kesinambungan yang berterusan dengan sejarah kemajuan masyarakat Melayu. Rumah tradisional Melayu adalah hasil turun temurun yang tidak dapat dipisahkan dengan alam kehidupan masyarakat sesuatu bangsa dan rumah tradisional Melayu itu sendiri adalah pengekalan budaya tradisi yang diwarisi sejak dahulu lagi. Perkataan tradisi membawa makna sesuatu kebiasaan yang dilakukan dengan cara yang sama oleh beberapa generasi tanpa banyak perubahan dengan kata lain sesuatu yang menjadi adat dan budaya sesuatu bangsa. Sesebuah rumah tradisional dapat diertikan sebagai sesebuah rumah yang dibina dan digunakan dengan cara yang sama sejak beberapa generasi dengan kata mudah ianya merupakan peraturan tidak bertulis.

Dari segi pengudaraan menurut Zulfikri (2004), rumah limas ini mempunyai bentuk panggung, atap berbentuk limasan, mempunyai lantai yang bertingkat-tingkat yang disebut dengan kekijing dan memiliki tata ruang yang salah satunya berupa ruang pagar tenggalung yang merupakan ruang hadapan limas dimana pada ruangan ini bahagian fasade bangunan tiada jendela dan antara kedua pntu masuk diberi dinding yang biasanya terdiri dari kisi-kisi kayu dengan ukiran tembus. Dari kekijing pertama ke kekijing kedua, ada penyekat seperti dinding yang dapat diangkat keatas seperti pintu dan dapat difungsikan sebagai platform yang disebut kiyam. Keadaan tersebut cukup efektif untuk memperoleh penghawaan atau angin sebagai satu sarana proses penggantian udara panas oleh udara yang lebih dingin yang berpotensi besar untuk mencapai termal kenyamanan. Suatu kondisi udara dengan suhu tertentu, gerakan udara dengan kecepatan tertentu dimana komposisi ketiga-tiganya mampu menghasilkan penguapan yang seimbang. Menurut Zulfikri (2004) lagi, iklim tropika adalah suatu iklim dimana suhu panas adalah masalah utama dimana pada hampir keseluruhan waktu dalam satu bangunan bertugas mendinginkan rumah daripada kehangatan matahari dan suhu.

Reka bentuk rumah tradisional Melayu mempunyai banyak elemen dalam pembinaannya. Menurut pendapat Abdullah Sani Ahmad, Jamil Abu Bakar dan Fawazul Khair Ibrahim (2006), rumah tradisional Melayu bukan sahaja sekadar bangunan tempat berlindung tetapi dianggap sebagai simbol kepada struktur anggota manusia. Ini disebabkan oleh kepercayan Melayu tentang semangat yang ada dalam setiap elemen alam. Pembinaan rumah tradisional Melayu mempunyai perkaitan rapat dengan persekitarannya. Elemen-elemen semulajadi didapati sesuai dengan kedudukannya dengan ruang kawasan rumah. Elemen-elemen seni yang terukir di dinding dan bahagian-bahagian rumah lain mempunyai maksud dan gambaran terhadap dunia persekitarannya. Kesemua ukiran yang dilakukan memberi perlambangan yang berkait rapat dengan sejarah Melayu, keadaan persekitaran dan kepercayaan masyarakat Melayu.

Dari segi pemuliharaan rumah tradisional Melayu, menurut Ruslinda binti Karya, usaha pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia perlu dilakukan dalam apa cara sekalipun dari semasa ke semasa agar generasi akan datang dapat berpeluang untuk melihat dan menikmatinya dalam bentuk sedia ada sebagaimana ia di bina ratusan tahun dahulu. Usaha pemuliharaan merupakan satu langkah bijak bagi memastikan sesebuah bangunan samada bangunan warisan atau bangunan bersejarah dipulih dan diberikan nafas baru serta dimanfaatkan dengan sebaiknya. Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah pada dasarnya merupakan satu tugasan yang amat sukar. Terdapat akta-akta yang mengawal bangunan bersejarah terutama jika ia telah berumur melebihi 100 tahun. Akta-akta ini perlu digubal bagi memastikan bangunan-bangunan tersebut dipulihara daripada

13

Page 14: Laporan Akhir Siap

dirosakkan atau diubah dengan sewenang-wenangnya. Sekiranya bangunan-bangunan ini dibiarkan begitu sahaja, maka akhirnya rumah tersebut menjadi usang dan roboh.

Dari segi seni ukir, Kamarul Azam bin Selamat (1991) mengatakan bahawa seni ukir berperanan untuk memberi keselesaan dari segi kenyamanan ruang kepada penghuni rumah tersebut. Antara contoh seni ukir adalah kerawang yang terletak diatas tingkap. Dengan perletakan kerawang-kerawang atas tingkap dan pintu secara tidak langsung ia berfungsi sebagai liang-liang untuk pengudaraan. Pengukir Melayu menghasilkan karya yang mempunyai nilai-nilai seni lebih dari nilai asasnya iaitu kegunaan. Ukiran kayu tradisional ini adalah cermin kepada cara pengolahan orang Melayu dalam seni terhadap kepekaan mereka terhadap unsur-unsur semulajadi.

Tinjauan literatur yang telah dilakukan pada awal bab sangat relevan dengan penelitian yang akan dilakukan, kerana selain dapat digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan penelitian serta untuk mengetahui sejauh manakah hasil penelitian literatur tersebut dapat menjawab pelbagai rumusan masalah dan tujuan yang dikemukakan dalam penelitian.

BAB 4

14

Page 15: Laporan Akhir Siap

KAEDAH PENYELIDIKAN

4.1 PENGENALAN

Sebagai konteks dalam kajian ini, satu lokasi kajian ditetapkan dan dikenal pasti di

mana akan mencirikan huraian kawasan kajian dan rasional kawasan kajian yang dipilih bagi

menggambarkan kesesuaian dengan matlamat kajian bagi menilai penerimaan rumah limas

dalam konteks masyarakat moden. Bahagian ini juga akan membincangkan mengenai

senario semasa pemikiran masyarakat moden terhadap rumah limas ini dari segi reka

bentuk dan ukiran. Berdasarkan objektif kajian yang dibentuk, bahagian ini juga akan

menjelaskan metod kajian yang diguna pakai dalam menjurus kepada kajian penerimaan

masyarakat moden terhadap rumah limas dan impaknya terhadap situasi rumah limas yang

berada di arus kemodenan pembangunan di Johor. Pada bahagian awalnya akan

menghuraikan keseluruhan kaedah penyelidikan yang digunakan, reka bentuk sampel,

prosedur pengumpulan data dan teknik yang diguna pakai pada peringkat analisis kajian.

Bahagian seterusnya ditunjukkan carta aliran kajian beserta penerangannya.

4.2 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang dipilih ada dua iaitu di daerah Johor Bahru yang terletak di

negeri Johor serta di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok yang berada di jajahan

Bachok, Kelantan. Daerah Johor Bahru merupakan satu daerah metropolitan yang terletak di

selatan negeri Johor dengan mempunyai keluasan 1 816 km persegi dan merupakan

bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Bandaraya ini juga

merupakan ibu negeri Johor dan merupakan pintu masuk utama ke negara Singapura. Rajah

menunjukkan peta daerah Johor Bahru di dalam negeri Johor dan letakkan kawasan kajian.

15

Page 16: Laporan Akhir Siap

Rajah 4.1 Peta Daerah Johor Bahru

Universiti Malaysia Kelantan adalah sebuah institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di

Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terdapat 3 kampus

yang ada dalam Universiti Malaysia Kelantan iaitu Kampus Kota yang terletak di Pengkalan

Chepa, Kampus Bachok dan Kampus Jeli. Tumpuan kajian lebih terarah di Kampus Bachok

yang terletak di jajahan Bachok, Kelantan. Jajahan Bachok yang mempunyai keluasan

sebanyak 279.51 km persegi dan merupakan jajahan yang menjadi kawasan induk bagi

Universiti Malaysia Kelantan. Rajah menunjukkan peta jajahan Bachok dan letakkan

kawasan kajian iaitu Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok.

16

Page 17: Laporan Akhir Siap

Rajah 4.2 Peta Jajahan Bachok

17

Page 18: Laporan Akhir Siap

Rajah 4.3 Peta Universiti Malaysia Kelantan Dalam Jajahan Bchok

Berdasarkan pemilihan kawasan kajian iaitu daerah Johor Bahru dan Universiti

Malaysia Kelantan Kampus Bachok adalah bersandarkan kepada pertimbangan beberapa

kriteria antaranya lokasi serta proses dan aktiviti pembangunan yang terdapat di sekitar

kawasan Johor Baharu yang memungkinkan memberi ancaman kepada pembinaan rumah

limas serta menguji pengetahuan dan penerimaan warga Universiti Malaysia Kelantan

Kampus Bachok terhadap rumah limas.

18

Page 19: Laporan Akhir Siap

4.3 KAEDAH PENYELIDIKAN

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi

merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Perancangan dan pemilihan metodologi perlu

dibuat dengan teliti dan sebaik mungkin bagi memastikan data yang di kumpul bersesuaian

dengan objektif kajian yang ingin dicapai. Penyelidik akan menyentuhbeberapa aspek

tentang kaedahyang digunakan dalam kajian ini. Aspek-aspek ini merangkumi reka bentuk

kajian, pengumpulan data dan maklumat, pengamatan di lapangan, instrumen kajian dan

analisis data.

4.3.1 Reka Bentuk Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif. Dalam kaedah ini,

data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif merupakan kajian yang

berbentuk kajian tinjauan. Menurut Mohd Majid (2000), penyelidikan deskriptif merupakan

penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang

berlaku. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penerimaan masyarakat moden terhadap

rumah limas dan impaknya terhadap rumah limas. Kajian ini menggunakan instrumen soal

selidik. Satu set borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan bagi mengumpul data

dan maklumat terhadap responden yang dipilih dalam kalangan warga Universiti Malaysia

Kelantan Kampus Bachok.

4.3.2 Pengumpulan Data dan Maklumat

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data boleh digunakan dalam sesuatu

penyelidikan. Sekaran (2003) menyatakan bahawa data boleh dikumpulkan dalam berbagai-

bagai kaedah, mengikut latar kajian berbeza-beza. Antaranya adalah dengan menggunakan

kaedah temu ramah, soal selidik, pemerhatian dan juga motivasi. Instrumen borang kaji

selidik digunakan untuk mengumpul data dan maklumat di dalam kajian ini. Item-item kaji

selidik dicadangkan adalah hasil adaptasi dari kajian-kajian yang lalu mengikut kesesuaian

konteks kajian semasa.

Pengumpulan data dan maklumat kajian dilaksanakan melalui dua cara. Pertama,

melalui pengumpulan data di perpustakaan atau sumber-sumber sekunder dan kedua

melalui penyelidikan kajian di lapangan (sumber primer). Sebelum kajian lapangan

dilaksanakan, pengumpulan data dan maklumat banyak melibatkan penyelidikan

perpustakaan di mana maklumat yang diperoleh adalah melalui kajian-kajian lepas, laporan

19

Page 20: Laporan Akhir Siap

dan bahan-bahan lain yang berkaitan. Pengumpulan data dan maklumat yang diperoleh

daripada jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan adalah terdiri daripada Yayasan

Warisan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Rujukan

daripada data dan maklumat yang diperoleh adalah bertujuan untuk memberi gambaran

fenomena atau permasalahan yang dikaji. Selain itu, tinjauan dan pengumpulan data

sekunder ini penting dalam membantu mendapatkan maklumat untuk merangka kerangka

konsep kajian yang dilakukan agar menjadi panduan untuk mencapai objektif yang

ditetapkan.

Bagi pengumpulan data primer, ia melibatkan data-data atau maklumat yang

diperoleh terus dari kawasan kajian lapangan menerusi borang kaji selidik yang diberi

kepada responden. Selain itu, teknik yang digunakan bagi mendapatkan data ialah secara

tinjauan dan pemerhatian. Melalui tinjauan menggunakan soal selidik, penyediaan borang

soal selidik dilakukan dan disebarkan kepada sampel kajian. Kaedah pemerhatian juga

dilakukan terutama di kawasan kajian bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar

mengenai persekitaran rumah limas serta situasi yang dihadapi oleh masyarakat moden

terhadap pembangunan yang sedang pesat membangun. Data primer ini penting bagi tujuan

untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Data primer dilihat dapat memberi gambaran

yang lebih jelas kepada penyelidik berkenaan keadaan dan situasi sebenar dalam kawasan

kajian.

4.3.3 Pengamatan di Lapangan

Bagi mengukuhkan kajian penyelidikan yang dilakukan, pengkaji melakukan kajian

secara pengamatan di lapangan. Menurut Neuman et al. (2006), kaedah tinjauan atau

pengamatan di lapangan merupakan proses untuk penerangan terperinci berhubung sesuatu

fenomena yang berlaku, bertujuan untuk menggunakan data bagi membuktikan situasi dan

amalan yang wujud. Dalam kajian ini, pengamatan di lapangan adalah untuk mendapatkan

maklumat berkaitan persekitaran semasa kawasan kajian khususnya rumah limas di

kawasan kajian, mencatat keadaan persekitaran serta merakam gambar di kawasan

berkaitan. Pengamatan yang dilakukan bertujuan untuk melihat keadaan persekitaran rumah

limas dan pengetahuan responden yang terlibat tentang rumah limas. Gambar foto kawasan

persekitaran rumah limas diambil dijadikan sebagai bukti penyelidikan. Di samping itu juga,

kaedah ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat terkini secara terus dari kawasan

yang dikaji. Data dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu melengkapkan kajian

terutamanya di dalam perbincangan dan rumusan berkaitan dengan reka bentuk rumah

20

Page 21: Laporan Akhir Siap

limas serta usaha untuk mengekalkan rumah limas supaya terus wujud untuk menjadi

tatapan generasi akan datang.

4.3.4 Reka Bentuk Soalan Kaji Selidik

Borang soalan kaji selidik dibentuk dengan bertujuan untuk memenuhi kehendak

kajian terutama dalam mendapatkan maklumat untuk menjawab persoalan kajian serta

mencapai objektif yang ditetapkan. Isi kandungan dan penyusunan soalan diambil kira dalam

menyenaraikan soalan yang perlu dimuatkan dalam borang kaji selidik. Soalan yang disusun

untuk mengukur permasalahan kajian haruslah tepat dan tidak mengelirukan responden.

Soalan-soalan dalam borang kaji selidik ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu berbentuk

soalan tertutup dan soalan terbuka, tetapi soalan yang diajukan adalah lebih banyak dalam

bentuk tertutup. Borang soal selidik ditunjukkan di Lampiran A.

Dalam membentuk skala untuk soal selidik, dua jenis skala digunakan iaitu skala

nominal dan ordinal. Skala nominal ialah untuk mengklasifikasikan data misalnya bagi

menentukan umur dan maklumat-maklumat tertentu responden. Ini membolehkan mereka

dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan. Soalan yang ingin mendapatkan pandangan dan

pendirian responden dibentuk menggunakan skala ordinal. Skala ordinal menyediakan dua

jenis jawapan iaitu berbentuk dikotomi dan likert. Bentuk dikotomi terdiri daripada soalan

berbentuk dwipilihan iaitu (1) Tidak dan (2) Ya. Soalan berskala likert menyediakan jawapan

dalam lima jenis respon dengan (1) amat tidak setuju; (2) tidak setuju; (3) tidak pasti; (4)

setuju; (5) sangat bersetuju. Ia lebih digunakan kepada soalan-soalan pemboleh ubah

kualitatif iaitu pemboleh ubah yang nilainya bukan berbentuk angka.

Maklumat yang dikumpul melalui temu bual menggunakan borang kaji selidik

merangkumi perkara-perkara yang telah ditetapkan kepada empat bahagian. Pembahagian

soalan kaji selidik ini kepada beberapa bahagian adalah untuk memudahkan responden dan

memastikan borang soalan kaji selidik terarah kepada tujuan dan skop kajian. Bahagian

pertama soalan kaji selidik adalah melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan profil

responden seperti umur, jantina, bangsa, agama, taraf perkahwinan, tahap pendidikan diri,

negeri, kategori tempat tinggal dan pekerjaan. Ini adalah merupakan perkara asas yang

perlu ada dalam borang soal selidik.

Bahagian kedua pula lebih terarah kepada pemahaman responden mengenai rumah

limas serta faktor-faktor yang membuatkan masyarakat moden sekarang kurang berminat

membina dan memiliki rumah limas. Bahagian ketiga adalah bahagian yang berkaitan

dengan pengetahuan responden yang terdiri daripada warga Universiti Malaysia Kelantan

21

Page 22: Laporan Akhir Siap

terhadap rumah limas. Bahagian terakhir adalah bahagian yang berkaitan dengan pendapat

dan pandangan responden terhadap perkara yang berkaitan rumah limas.

• Bahagian A. Demografi responden

• Bahagian B. Pemahaman responden

• Bahagian C. Pengetahuan tentang rumah limas

• Bahagian D. Persepsi mengenai rumah limas

4.4 ANALISIS DATA

Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif. Data yang diperoleh

daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS) dengan teknik-teknik statistik berbentuk deskriptif dan inferensi.

Penggunaan statistik membolehkan sifat data sesuatu populasi dikaji serta membantu dalam

membuat kesimpulan terhadap makna yang ada pada data yang diperoleh. Teknik statistik

deskriptif digunakan bertujuan untuk menghuraikan gambaran umum berkaitan latar

belakang responden. Analisis ini dapat membantu dalam memerihal profil responden seperti

umur, jantina, bangsa, agama, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, negeri, kategori tempat

tinggal ,pekerjaan dan sebagainya melalui taburan frekuensi dan peratusan. Di samping

analisis deskriptif, analisis inferensi juga dilakukan bagi melihat kekuatan elemen yang

mempengaruhi sosioekonomi responden. Analisis ini membantu dalam membuat

perbincangan yang mendalam berkaitan penerimaan rumah limas terhadap responden

kajian.

22

Page 23: Laporan Akhir Siap

BAB 5

ANALISIS DATA

5.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang soal selidik berhubung dengan penerimaan rumah

limas dalam konteks masyarakat moden. Melalui soal selidik ini kita dapat mengetahui

respons yang diberi oleh responden tentang kajian yang sedang dilakukan ini. Maklumat

yang diperolehi akan memperkukuhkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji untuk menilai

persepsi yang ditunjukkkan oleh responden. Melalui borang soal selidik ini, analisa

dibahagikan kepada tiga iaitu; (i) maklumat responden berkenaan latar belakang responden

dan maklumat pekerjaan responden; (ii) persepsi responden berkenaan penerimaan rumah

limas dalam konteks masyarakat moden; dan (iii) kefahaman responden mengenai rumah

limas. Bahagian (iii) adalah bahagian terakhir yang mana merupakan penilaian yang dibuat

berdasarkan kefahaman dan pengetahuan responden terhadap rumah limas. Kesemua

maklumat yang diperolehi adalah daripada 30 responden yang berada di sekitar Universiti

Malaysia Kelantan.

5.2 MAKLUMAT RESPONDEN

Analisis profil responden adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang

dikemukakan kepada responden kajian dalam Bahagian A, B C dan D soalan kaji selidik

yang dapat dilihat di dalam Lampiran A. Analisis deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan

akan digunakan untuk menganalisis data profil responden dan analisis ini dapat dilihat dalam

bentuk rajah yang mudah difahami serta disokong dengan penerangan yang disertakan.

Hasil analisis bahagian ini akan menggambarkan keseluruhan aspek demografi responden.

5.2.1 Umur

Rajah 5.1 mempamerkan taburan umur responden bagi kawasan kajian. Rata-rata

responden yang terlibat dalam kajian ini adalah berumur 22 tahun manakala hanya sedikit

sahaja responden yang berumur 23 tahun. Berdasarkan rajah tersebut, didapati majoriti

responden adalah berumur 22 tahun iaitu 73 peratus dan di ikuti responden berumur 23 tahun

dengan peratusan sebanyak 27 peratus. Penemuan kajian ini menunjukkan, penyelidik

23

Page 24: Laporan Akhir Siap

memilih responden yang berumur lingkungan 20-an untuk mengetahui pemahaman responden

berkaitan rumah limas.

73%

27%

Umur

22 23

.Rajah 5.1 Umur Responden

5.2.2 Jantina, Bangsa dan Agama Responden

Rajah 5.2 mempamerkan jantina responden di kawasan kajian. Jumlah lelaki dan

perempuan adalah setara dan masing-masing membawa peratusan 50 peratus.

50%50%

Jantina

LelakiPerempuan

Rajah 5.2 Jantina responden

24

Page 25: Laporan Akhir Siap

Rajah 5.3 pula mempamerkan bangsa responden. Responden paling ramai adalah daripada bangsa Melayu iaitu seramai 15 orang yang mewakili 50 peratus, bangsa Cina 8 orang mewakili 27 peratus, bangsa India 5 orang mewakili 17 peratus dan lain-lain seramai 2 orang mewakili 6 peratus.

50%

27%

17%

7%

Bangsa

MelayuCinaIndiaLain-lain

Rajah 5.3 Bangsa responden

Bagi rajah 5.4 pula menunjukkan agama responden. Responden beragama Islam adalah seramai 15 orang iaitu 50 peratus daripada keseluruhan responden, di ikuti agama Buddha seramai 7 orang iaitu 23 peratus, Hindu seramai 5 orang iaitu 17 peratus dan Kristian seramai 3 orang iaitu 10 peratus daripada keseluruhan responden.

50%

23%

17%

10%

Agama

IslamBuddhaHinduKristian

Rajah 5.4 Agama Responden

25

Page 26: Laporan Akhir Siap

5.2.3 Taraf Perkahwinan Responden

Keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah berstatus bujang.

5.2.4 Tahap Pendidikan Responden

Keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini sudah mencapai tahap pendidikan di peringkat universiti. Ada dalam kalangan mereka masih sedang mengikuti pengajian di universiti.

5.2.5 Negeri Responden

Rajah 5.5 mempamerkan taburan negeri asal responden yang di soal selidik. Berdasarkan rajah tersebut, didapati majoriti negeri asal responden adalah Johor sebanyak 10 orang, di ikuti Selangor 4 orang, Kelantan dan Sabah, masing-masing seramai 3 orang. Bagi responden dari Terengganu, Perak dan Pahang masing-masing mempunyai 2 orang responden dan di ikuti dengan Pulau Pinang, Sarawak, Melaka dan Kedah iaitu masing-masing mempunyai hanya 1 responden. Pemilihan responden ini adalah secara rawak iaitu tidak mengkhusus kepada satu negeri sahaja. Pemilihan secara rawak ini adalah bertujuan untuk meminta pendapat dan pemahaman responden tentang rumah limas.

33%

10%7%3%7%

10%

3%

13%

7%3% 3%

Negeri

JohorKelantanTerengganuPulau PinangPerakSabahSarawakSelangorPahang MelakaKedah

Rajah 5.5 Negeri Asal Responden

5.2.6 Kategori Tempat Tinggal

Rajah 5.6 mempamerkan kategori tempat tinggal responden. Berdasarkan rajah tersebut didapati majoriti responden tinggal di luar bandar iaitu seramai 15 orang iaitu 50 peratus, di ikuti bandar seramai 10 orang iaitu 33 peratus dan lain-lain seramai 5 orang iaitu 17 peratus daripada 30 orang responden. Kebanyakan responden adalah luar bandar, di

26

Page 27: Laporan Akhir Siap

ikuti bandar dan lain-lain kategori tempat tinggal. Lain-lain ini adalah untuk responden yang tinggal di pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak.

33%

50%

17%

Kategori Tempat Tinggal

BandarLuar bandarLain-lain

Rajah 5.6 Kategori Tempat Tinggal

5.2.7 Pekerjaan

Keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar Universiti Malaysia Kelantan.

5.2.8 Bahan Mentah

Rajah 5.7 mempamerkan pendapat responden mengenai penggunaan bahan mentah dalam pembinaan rumah limas. Berdasarkan rajah tersebut, responden yang memilih bahan mentah kayu adalah seramai 11 orang iaitu 37 peratus, batu seramai 10 orang iaitu 33 peratus dan lain-lain seramai 9 orang iaitu 30 peratus. Respon yang diterima ini menunjukkan responden kurang pasti bahan yang digunakan dalam pembinaan rumah. Responden yang berasal dari Johor mengetahui pembinaan rumah limas tetapi responden dari negeri lain tidak berapa pasti penggunaan bahan mentah dalam pembinaan rumah limas.

27

Page 28: Laporan Akhir Siap

37%

33%

30%

Bahan Mentah

KayuBatuLain-lain

Rajah 5.7 Bahan Mentah

5.2.9 Pengaruh seni ukir rumah limas

Rajah 5.8 mempamerkan pendapat responden mengenai pengaruh seni ukir rumah limas. Berdasarkan rajah tersebut, responden yang memilih pengaruh Islam seramai 15 orang iaitu, pengaruh Hindu seramai 2 orang iaitu, pengaruh Barat 6 orang iaitu dan lain-lain seramai 7 orang iaitu . Ini merupakan pendapat peribadi responden dan pelbagai pilihan telah dibuat oleh responden. Bagi responden yang memilih pengaruh lain-lain, responden menganggap pengaruh daripada China dan Indonesia terdapat pada seni ukir rumah limas.

50%

7%

20%

23%

Pengaruh Seni Ukir

IslamHinduBaratLain-lain

Rajah 5.8 Pengaruh Seni Ukir

28

Page 29: Laporan Akhir Siap

5.2.10 Motif rumah limas

Rajah 5.9 mempamerkan pendapat responden mengenai motif yang terdapat pada rumah limas. Berdasarkan rajah tersebut, responden yang memilih motif alam adalah seramai 5 orang iaitu 17 peratus, motif kaligrafi seramai 5 orang iaitu 17 peratus, motif tumbuhan 10 orang iaitu 33 peratus, motif haiwan seramai 7 orang iaitu 23 peratus dan lain-lain seramai 3 orang iaitu 10 peratus. Ini merupakan pendapat peribadi responden dan pelbagai pilihan telah dibuat oleh responden. Bagi responden yang memilih pengaruh lain-lain, responden memilih motif patung. Responden ini menganggap rumah limas ini mempunyai pengaruh Hindu dan menjadikan motif patung sebagai latar utama.

17%

17%

33%

23%

10%

Motif Rumah Limas

AlamKaligrafiTumbuhanHaiwanLain-lain

Rajah 5.9 Motif rumah limas

5.2.11 Jenis Ukiran

Rajah 5.10 mempamerkan pendapat responden mengenai jenis ukiran yang terdapat pada rumah limas. Berdasarkan rajah tersebut, responden yang memilih motif ukiran papan tebuk adalah seramai 17 orang iaitu 57 peratus, dan ukiran timbul seramai 13 orang iaitu 43 peratus.

29

Page 30: Laporan Akhir Siap

57%

43%

Jenis Ukiran

Papan TebukUkiran Timbul

Rajah 5.10 Jenis Ukiran rumah Limas

5.2.12 Bentuk Ukiran

Rajah 5.11 mempamerkan pendapat responden mengenai bentuk ukiran yang terdapat pada rumah limas. Berdasarkan rajah tersebut, responden yang memilih bentuk ukiran silang adalah seramai 14 orang iaitu 47 peratus, bentuk ukiran huruf seramai 14 orang iaitu 47 peratus dan bentuk ukiran Larit seramai 2 orang iaitu 6 peratus.

Silang

Huruf

Larit

Bentuk Ukiran

Rajah 5.11 Bentuk Ukiran Rumah Limas

30

Page 31: Laporan Akhir Siap

5.2.13 Jenis Kayu

Rajah 5.12 mempamerkan pendapat responden mengenai jenis kayu yang digunakan pada rumah limas. Berdasarkan rajah tersebut, responden yang memilih jenis kayu Cengal adalah seramai 20 orang iaitu 86 peratus dan jenis kayu Meranti seramai 10 orang iaitu 14 peratus.

86%

14%

Jenis Kayu

CengalMeranti

Rajah 5.12 Jenis Kayu yang digunakan dalam pembinaan rumah limas

5.2.14 Jumlah Anak Tangga

Rajah 5.13 mempamerkan pendapat responden mengenai jumlah anak tangga yang terdapat pada rumah limas. Hanya dua pilihan jumlah anak tangga yang diberi oleh penyelidik kepada responden. Berdasarkan rajah tersebut, responden yang memilih jumlah anak tangga ganjil adalah seramai 13 orang iaitu 43 peratus dan jumlah anak tangga genap seramai 17 orang iaitu 57 peratus. Mengikut kajian yang dilakukan oleh penyelidik, jumlah anak tangga yang terdapat pada rumah limas adalah ganjil dan ini menunjukkan ada dalam kalangan responden tidak mengetahui jumlah sebenar anak tangga yang terdapat pada rumah limas.

31

Page 32: Laporan Akhir Siap

57%

43%

Jumlah Anak Tangga

GenapGanjil

Rajah 5.13 Jumlah anak tangga rumah limas

5.2.15 Bilangan Bilik

Rajah 5.14 mempamerkan pendapat responden mengenai bilangan bilik yang terdapat pada rumah limas. Berdasarkan rajah tersebut, responden yang memilih bilangan bilik sebanyak 4 buah adalah seramai 9 orang iaitu 30 peratus, bilangan bilik sebanyak 3 buah seramai 8 orang iaitu 27 peratus, bilangan bilik 5 buah seramai 7 orang iaitu 23 peratus dan lain-lain seramai 6 orang iaitu 20 peratus. Responden yang memilih jawapan lain-lain memilih bilangan bilik yang tidak terdapat pada senarai yang disediakan oleh penyelidik.

30%

27%

23%

20%

Bilangan Bilik

435Lain-lain

Rajah 5.14 Bilangan Bilik Rumah Limas

32

Page 33: Laporan Akhir Siap

5.2.16 Faktor kurangnya minat generasi sekarang terhadap pembinaan Rumah Limas Johor

Jadual 5.1 mempamerkan faktor kurangnya minat generasi sekarang terhadap pembinaan rumah limas Johor. Faktor kurangnya minat generasi sekarang terhadap rumah limas diklasifikasikan kepada lima faktor iaitu kos pembinaan Rumah Limas Johor yang tinggi dan mahal, kesukaran mendapatkan bahan mentah iaitu kayu yang berkualiti tinggi, pengaruh arus kemodenan mengubah pemikiran generasi sekarang yang lebih mahukan keadaan yang ringkas dan mudah, terlalu banyak pantang larang dan adat dalam mendirikan Rumah Limas dan generasi sekarang menginginkan rumah ala kebaratan yang ringkas dan mudah. Pengkategorian ini dinilai kepada lima aspek iaitu tidak setuju, kurang setuju, agak setuju setuju dan sangat setuju. Bagi faktor kos pembinaan Rumah Limas Johor yang tinggi dan mahal peratus tertinggi dicatat bagi kategori ‘Sangat Setuju’ iaitu peratus manakala bagi kategori ‘Setuju’ mencatatkan peratus sebanyak peratus. Dari hasil yang diperoleh menunjukkan rata-rata responden bersependapat bahawa kos pembinaan rumah tradisional ini tinggi dan mahal. Responden beranggapan bahawa rumah tradisional ini terlalu banyak bahan dan ukiran yang perlu di bentuk menjadikan kosnya adalah tinggi berbanding membuat rumah batu.

Bagi faktor kesukaran mendapatkan bahan mentah iaitu kayu yang berkualiti tinggi peratusan tertinggi dicatat bagi kategori ‘Sangat Setuju’ di mana peratus yang dicatat adalah sebanyak peratus, diikuti dengan kategori ‘Setuju’ sebanyak peratus dan di ikuti agak setuju sebanyak peratus. Bagi faktor pengaruh arus kemodenan mengubah pemikiran generasi sekarang yang lebih mahukan keadaan yang ringkas dan mudah, peratusan tertinggi di catat bagi kategori ‘Setuju’ iaitu sebanyak peratus, ‘Sangat Setuju’ sebanyak peratus dan di ikuti ‘Agak Setuju’ sebanyak peratus. Seterusnya, bagi faktor terlalu banyak pantang larang dan adat dalam mendirikan Rumah Limas peratus tertinggi dicatatkan bagi kategori ‘Setuju’ dan `Sangat Setuju` di mana mencatat jumlah peratus masing-masing sebanyak peratus diikuti dengan kategori ‘Agak Setuju’ yang mencatat peratus sebanyak peratus, manakala bagi kategori ‘Kurang Setuju’ mencatat jumlah peratus sebanyak peratus. Bagi faktor generasi sekarang menginginkan rumah ala kebaratan yang ringkas dan mudah, peratusan tertinggi dicatat pada kategori ‘Sangat Setuju’ iaitu sebanyak peratus, di ikuti ‘Setuju’ sebanyak peratus dan kategori ‘Agak Setuju’ sebanyak peratus.

33

Page 34: Laporan Akhir Siap

Jadual 5.1 Faktor kurangnya minat generasi sekarang terhadap pembinaan Rumah Limas Johor

Faktor-faktor Tidak Setuju

Kurang Setuju

Agak Setuju

Setuju Sangat Setuju

% % % % %Kos pembinaan Rumah Limas Johor yang tinggi dan mahal.

- - - 43 57

Kesukaran mendapatkan bahan mentah iaitu kayu yang berkualiti tinggi.

- - 17 33 50

Pengaruh arus kemodenan mengubah pemikiran generasi sekarang yang lebih mahukan keadaan yang ringkas dan mudah.

- - 23 43 34

Terlalu banyak pantang larang dan adat dalam mendirikan Rumah Limas.

- 17 17 33 33

Generasi sekarang menginginkan rumah ala kebaratan yang ringkas dan mudah..

- - 23 27 50

Bagi soal selidik mengenai pengetahuan tentang rumah limas, majoriti responden tidak mengetahui tentang rumah limas. Peratusan yang dibawa responden ini adalah sangat besar iaitu 67 peratus dan responden yang tahu tentang rumah limas adalah seramai 37 peratus. Responden yang mengetahui tentang rumah limas ini kesemuanya berasal daripada Johor. Seperti yang diketahui, rumah limas ini banyak terdapat di Johor dn memudahkan responden dari Johor memberi penjelasan secara ringkas tentang rumah limas. Bagi responden yang lain pula, mereka tidak dapat memberi penjelasan tentang rumah limas kerana tidak mengetahui rumah limas ini. Responden terbabit memberi alasan bahawa mereka tidak mendapat maklumat tentang rumah limas ini. Keseluruhan responden ini mengatakan minat untuk mengetahui secara mendalam tentang rumah limas.

34

Page 35: Laporan Akhir Siap

5.3 KESIMPULAN

Bab ini telah menerangkan secara terperinci hasil analisis penerimaan rumah limas dalam konteks masyarakat moden. Melalui hasil analisis ini, kebanyakan responden masih tidak mengetahui keberadaan rumah limas. Ini menunjukkan maklumat berkaitan rumah limas tidak sampai kepada responden. Ini adalh satu keadaan yang merugikan kerana rumah limas adalah rumah warisan negara kita dan menunjukkan identiti negara Malaysia. Langkah-langkah pengekalan perlu dilakukan untuk menjamin keberadaan rumah limas ini. Dengan adanya rumah tradisional seperti ini akan menarik minat pelancong datang ke Malaysia untuk melihat panorama dan warisan Malaysia. Pelancong yang datang ke Malaysia ingin melihat warisan dan keunikan negara kita. Jika warisan ini tiada, kemungkinan bilangan pelancong yang datang ke Malaysia akan merosot. Pengekalan rumah tradisional ini akan menjamin kedatangan pelancong ke Malaysia kerana pelancong yang datang ke Malaysia ingin melihat seni warisan dan tradisi masyarakat Malaysia.

35

Page 36: Laporan Akhir Siap

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

Anda diminta mengisi ruang jawapan yang disediakan. Sila jawab semua soalan.

Berikut adalah borang soal selidik berkaitan dengan penerimaan rumah limas dalam

konteks masyarakat moden. Sasaran utama borang soal selidik ini adalah untuk

pelajar-pelajar dan warga kerja Kampus Bachok, Universiti Malaysia Kelantan. Pelajar

sebagai responden dikehendaki mengisi maklumat bagi tujuan pengumpulan dan

analisa data. Diharap para responden dapat memberi kerjasama yang baik dan

menjawab dengan seikhlasnya. Di atas kerjasama yang diberikan saya dahului dengan

ribuan terima kasih.

Bahagian A – Maklumat Responden

1. Umur : __________ Tahun

2. Jantina : Lelaki

Perempuan

3. Bangsa : Melayu India

Cina Lain-lain (Nyatakan_________)

4. Agama : ________________

5. Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Bujang

6. Tahap Pendidikan : Tidak Bersekolah

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Universiti

36

Page 37: Laporan Akhir Siap

7. Negeri : Sila rujuk kod Negeri (____)

8. Kategori tempat tinggal : Bandar

Luar Bandar

Lain-lain

9. Pekerjaan : Penjawat Awam

Swasta

Bekerja sendiri

Pelajar

Tidak bekerja

BAHAGIAN B – PEMAHAMAN TENTANG RUMAH LIMAS

1. Bahan mentah utama rumah limas : Kayu

Batu

Lain-lain (nyatakan)_______________

2. Pengaruh seniukir rumah limas : Islam

Hindu

Buddha

Barat

Lain-lain (nyatakan)_______________

37

KOD NEGERI

1. Johor 8. Perlis2. Kedah 9. Pulau Pinang3. Kelantan 10. Sabah4. Melaka 11. Sarawak5. Negeri Sembilan 12. Selangor6. Pahang 13. Terengganu7. Perak 14.Wil.Persekutuan

Page 38: Laporan Akhir Siap

3. Motif-motif rumah limas : Alam Semulajadi

Kaligrafi

Tumbuh-tumbuhan

Haiwan

Lain-lain (nyatakan)

________________

4. Jenis-jenis seni ukir : Papan tebuk

Ukiran Timbul

Lain-lain (nyatakan)___________

5. Bentuk-bentuk ukiran : Bentuk silang

Bentuk huruf

Bentuk larit

Lain-lain (nyatakan)___________

Bahagian C-Pengetahuan rumah limas

1. Jenis kayu yang digunakan : Cengal

Meranti

Lain-lain (nyatakan)___________

2. Jumlah anak tangga : Ganjil

Genap

3. Bilangan bilik : 4

3

5

Lain-lain (nyatakan)___________

38

Page 39: Laporan Akhir Siap

Bahagian D - Persepsi Mengenai Rumah Limas

ARAHAN : SILA TANDAKAN ( / ) MENGIKUT GRED1 - tidak setuju 2 - kurang setuju 3 - agak setuju 4 - setuju 5 - sangat setuju

BIL Faktor kurangnya minat generasi sekarang terhadap pembinaan Rumah Limas Johor.

1 2 3 4 5

1 Kos pembinaan Rumah Limas Johor yang tinggi dan mahal.

2 Kesukaran mendapatkan bahan mentah iaitu kayu yang berkualiti tinggi.

3 Pengaruh arus kemodenan mengubah pemikiran generasi sekarang yang lebih mahukan keadaan yang ringkas dan mudah.

4 Terlalu banyak pantang larang dan adat dalam mendirikan Rumah Limas.

5 Generasi sekarang menginginkan rumah ala kebaratan yang ringkas dan mudah.

6. Adakah anda mengetahui dan mengenali apa itu Rumah Limas Johor ?

Ya ( ) Tidak ( )

i. Jika jawapan anda ya, sila terangkan serba sedikit tentang rumah limas?.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

7. Adakah anda berminat ingin mengetahui lebih mendalam seni bina Rumah Limas Johor? Sila nyatakan alasan anda.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Terima Kasih Kerana Meluangkan Masa Menjawab Soalan-Soalan Yang Disediakan

39

Page 40: Laporan Akhir Siap

LAMPIRAN B

40

Page 41: Laporan Akhir Siap

41

Page 42: Laporan Akhir Siap

42

Page 43: Laporan Akhir Siap

43

Page 44: Laporan Akhir Siap

44

Page 45: Laporan Akhir Siap

45

Page 46: Laporan Akhir Siap

46

Page 47: Laporan Akhir Siap

RUJUKAN

Abdullah Sani Ahmad, Jamil Abu Bakar, & Fawazul Khair Ibrahim. (2006). Kajian Elemen Rekabentuk Landskap Melayu. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Bashri Sulaiman, Shuhana Shamsuddin, Sharifah Lily Norbienna, & Markarius Anwar. (2007). konsep Baru Model Bandaraya/Bandar Berasaskan Kepada Rupabentuk Bandar Traditional. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman. (1991). Perkembangan Bumbung Rumah Tradisional Melayu Kelantan Dan Terengganu. Shah Alam: Institut Teknologi Mara.

Danoe Iswanto, (2007). Kajian Terhadap Struktur Rangka Atap Kayu Rumah Tahan Gempa Bantuan P2KP. Jurnal Ilmiah Perancangan Kota Dan Pemukiman, 10-21.

Erika Yuni Astuti, & F.X. Teddy Badai Samodra. (2008). Tanggap Lingkungan Pelestarian Pusaka Tampang Arsitektur Kolonial. Seminar Nasional Peran Arsitektur Perkotaan Dalam Mewujudkan Kota Tropis (pp. 1-4). Semarang : Gedung Prof Soedarto.

Hanafi Bin Abdul Kadir. (1991). Pengaruh Adat Dan Kebudayaan Di Dalam Pmbinaan Dan Senibina Tradisional Melayu di Johor . Shah Alam: Institut Teknologi Mara.

Kamarul Azam Bin Selamat. (1991). Seni Ukir Dalam Rekabentuk Senibina Tradisional Melayu Johor . Shah Alam: Institut Teknologi Mara.

Ruslinda Binti Karya. (n.d.). Penyesuaiangunaan Semula Rumah Tradisional Melayu Rumah Tok Su di Kampung Warisan Alor Star. Jitra: Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Yaakub Idrus. (1966). Rumah Melayu Negeri Sembilan: Latar Budaya. RUmah Tradisional Negeri Sembilan: Satu Analisis Seni Bina Melayu, 1-21.

Yaakub Idrus. (1966). Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Rumah Tradisional Negeri Sembilan: Satu Analisis Seni Bina Melayu, 22-38.

Zulfikri. (2004). Efektifitas Bukaan Pintu Pada Rumah Tradisional Limas Palembang Terhadap Pengendalian Temperatur Udara Dalam Ruangan. Semarang: Universitas Diponegoro Semarang.

47