emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

38
EMM 333 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU TUGASAN SEMESTER MEI 2014 KOD KURSUS : EMM 333 NAMA KURSUS : KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : NORMAH BTI MOHAMAD NO. MATRIK : E30209120155 NAMA FASILITATOR AKADEMIK : ENCIK SYED HASAN BIN SYED ABDUL RAHMAN PUSAT PEMBELAJARAN : MICOST @ RUMAH MEDIA , MITC, MELAKA

Upload: cahaya-adah-ii

Post on 23-Jun-2015

1.207 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

EMM 333 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU

TUGASAN

SEMESTER MEI 2014

KOD KURSUS : EMM 333

NAMA KURSUS : KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : NORMAH BTI MOHAMAD

NO. MATRIK : E30209120155

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

:ENCIK SYED HASAN BIN SYED ABDUL RAHMAN

PUSAT PEMBELAJARAN

: MICOST @ RUMAH MEDIA , MITC, MELAKA

Page 2: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A MUKA SURAT

1. Tujuan dan Rasional Kajian 3-42. Rumusan penyelidik tentang jadual 3 4-63. Pandangan Jadual 3 6-9

3.1. Skor Min Secara Keseluruhan bagi Semua Pemboleh Ubah3.2. Tahap Pembacaan Murid terhadap Elemen Sastera3.3. Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam P&P Seni Bahasa3.4. Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR3.5. Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam

Pembelajaran Seni Bahasa3.6. Pandangan Guru terhadap Pelaksanaan Seni Bahasa dalam

Sistem KSSR

4. Huraikan rumusan penyelidik Jadual 4 9-11

BAHAGIAN B

1. Pengenalan 122. Bagaimana Mempertingkatkan Kemahiran Berfikir 13-143. Aktiviti Penyelesaian Masalah 14-164. Kesimpulan 17-18

BAHAGIAN C

Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH ) 19-30

LAMPIRAN

RUJUKAN

Page 3: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

BAHAGIAN A

Baca artikel yang bertajuk “Kepelbagaian Kaedah penyoalan Lisan dalam Pengajaran Guru

Bahasa Melayu : Kaedah Pemerhatian ”, oleh Zamri Mahmod dan Nor Razah Lim.

a) Nyatakan tujuan dan rasional kajian.

b) Apakah rumusan penyelidik tentang jadual 3, halaman 57?

c) Apakah pandangan anda tentang jadual 3 ? – tumpukan perhatian kepada kemahiran

penyoalan nombor 6, 7, 8, 10 dan 11 yang agak rendah kekerapan.

d) Huraikan rumusan penyelidik tentang jadual 4, halaman 58. Sejauh manakah keadaan

ini wujud di sekolah anda ? Beri sebab,

1.0 TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN

Artikel bertajuk “Kepelbagaian kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa

Melayu : Kaedah Pemerhatian” yang ditulis oleh Zamri Mahmod dan Nor Razah Lim. Setiap

artikel yang ditulis pasti ada tujuan dan rasionalnya. Begitulah juga dengan artikel ini bertujuan

untuk mengetahui kaedah penyolan lisan yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ketika

mengajar di sekolah. Penggunaan soalan merupakan salah satucara menyampaikan kandungan

pelajaran kepad para pelajarnya. Soalan-solalan yan g dikemukan berppontensiAspek yang

dikaji ialah kekerapan soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&

P), aras kognitif soalan, komponen kemahiran penyoalan dan lingkaran soalan. Penulis telah

memilih dua orang guru berpengalaman mengajar lebih 10 tahun sebagai peserta kajian. Penulis

telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul data dan di analisis menggunakan

statistic deskriptif. Dapatan kajian menun jukkan bahawa guru bahasa Melayu lebih tertumpu

pada soalan aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi. Lingkaran soalan

yang digunakan oleh guru bahasa Melayu lebih tertumpu pada lingkaran individu dan

masyarakat, tetapi kurang pada lingkaran soalan yang berkaitan negara atau global. Pelajar

kurang diberi peluang untuk berfikir kerana guru lebih suka menggunakan aras penyoalan di

dalam bilik darjah. Implikasi kajian ialah apabila soalan aras tinggi kurang digunakan semasa P

& P, budaya berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terbatas.

Page 4: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Kaedah menggunakan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan

pelajaran kepada pelajar. Soalan yang dikemukakan berpotensi untuk membantu pelajar

mencapai keupayaan kognitif optimum. Seterusnya kaedah ini dapat mendedahkan pelajar

menggunakan pengetahuan sedia ada dan memnamdingkan maklumat yang diperolehi dan

seterusnya dapat menyelesaikan masalah. Pelajar dapat bertindak secara aktif dan bukannnya

bertindak secara pasif dalam proses pembelajaran mereka.

Menurut Omardin 1999 , penggunaan soalan di dalam kelas merupakan salah satu cara

guru menyampaikan pengajaran yang popular dan merupakan salah satu cara yang paling mudah

untuk dilaksanakan. Kemahiran menyoal sebahagian daripada kemahiran komunikasi lisan.

Menurut M. Mojibur 2010, kemahiran komunikasi lisan dapat mengukur keupayaan dan

kebolehan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan baik atau sebaliknya. Ini bermakna ia

dapat menggalakkan interaksi guru dan pelajar dengan berkesan. Soalan yang dikemukan dapat

mencungkil pengetahuan pelajar dan mengukuhkan pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Tegasnya , seorang guru yang mahir ialah penyoal yang berkesan keran beliau dapat

menggunakan soalan-soalan yang membimbing para pelajar memberikan idea yang jelas,

mengembangkan potensi berfikir, serta dapat menggerakkan daya imaginasi pelajar.

2.0 RUMUSAN PENYELIDIK TENTANG JADUAL 3

Antara hasil rumusan kajian penulis yang dibuat dapat dilihat di dalam jadual 3 yang

bertajuk “Kekerapan Penggunaan Kemahiran Penyoalan Guru” . Sebanyak 80 soalan yang

telah dikemukan oleh guru 1 dan hasilnya 97.5 peratus merupakan soalan yang jelas, ringkas

dan tepat cara penyoalannya dan dapat difahami setrusnya boleg dijawab oleh pelajar beliau.

Secara keseluruhan, Guru 1 menggunakan ayat-ayat yang mudah untuk mendapat respon yang

segera darpada pelajar. Hampir 85 peratus soalan yang dikemukan oleh Guru 1 ialah soalan

yang mempunyai cirri-ciri tunggal ataupun lebih daripada satu idea. Sepenjang pemerhatian

Page 5: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

yang dilakukan oleh pengkaji, Seterunya sebanyak 78.7 peratus kaedah penyoalan telah

dilakukan oleh Guru 1 iaitu menyebarkan soalan yang diajukan kepada seluruh kelas dahulu

sebelum memanggil nama-nama tertentu untuk menjawab soalan beliau. Semasa mengemukan

soalan juga Guru 1 telah menggunakan kemahiran hentian sebanyak 67.5 peratus untuk

memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang jawapan bagi soalan beliau. Guru 1 juga

melayani jawapan pelajar dengan baik sebanyak 67.5 peratus dengan memberikan pujian atau

motivai kepada pelajar yang menjawab.

Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 81.2 peratus soalan telah dijawab oleh

pelajar apabila Guru 1 memanggil nama mereka untuk menjawab soalan. Sepanjang

pemerhatian pengkaji, Guru 1 memanggil kampir separuh daripada jumlah pelajar yang ada

sama ada lelaki atau perempuan. Guru1 juga kerap memberikan soalan kepada pelejar yang

lemah atau yang tidak menumpukan perhatian untuk menarik perhatian mereka terhadap

pelajaran. Guru 1 juga sangat kurang menggunakan kemahiran penyoalan yang menggalakkan

pelajar menyoal sama ada kepada guru mahupun pelajar sekelas. Sepanjang pemerhataian yang

dilakukan, hanya 2.5 peratus sahaja berlaku situasi tersebut. Guru 1 menguasai aktiviti

penyoalan dengan banyak bertanya solan kepada pelajar yang mendengar pembentangan atau

kepada ahli pembentangan tajuk pelajaran pada hari tersebut. Oleh sebab Guru 1 lebih banayak

mengemuka soalan, pelajar juga tidak diberi peluang untuk bertanya kepada pelajar lain yang

melakukan sesi pembentangan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman serta pandangan

mereka terhadap tajuk pelajaran. Walaupun terdapat usaha guru menggalakkan pelajar bertanya

seperti ‘ Ada tak yang kamu tak faham ? Ada apa-apa pertanyaan? Guru 1 seolah-olah tidak

Berjaya membangkitkan ransangan untuk menanyakan soalan kepada pelajar.

Sebaliknya daripada 73 soalan yang dikemukan oleh Guru 2 pula, 98.6 peratus

merupakan soalan yang jelas dan tepat serta dapat difahami oleh pelajar beliau. Ayat-ayat Tanya

yang diajauakn mudah dan ringkas. Sama seperti Guru 1 , Guru 2 juga menggunakan kemahiran

penyoalan fokus kepada satu idea atau lebih semasa mengemukan solan, iaitu sebanyak 83.5

peratus. Guru 2 juga menyebarkan soalan kepada seleuru kelas , iaitu sebanyak 77.7 peratus.

Dan guru melakukan hentian yang sepatutnya untuk memberi peluang kepada pelajar untuk

memikirkan jawapan yang tepat. Guru 1 dan Guru 2 menggunakan kaedah yang sama ketika

memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan –soalan mereka.

Page 6: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Secara keseluruhan kajian, walaupun terdapat kumpulan pelajar yang melakukan

pembentangan, aspek kemahiran yang dinyatakan, iaatu memberi petunjuk, mencungkil fikiran

dan menggalakkan pelajar menyoal tidak dilaksanakan dengan baik oleh kedua-dua guru Bahasa

Melayu. Guru-guru Bahasa Melayu ini juga lebih banyak menguasai penggunaan soalan semasa

P&P guru Bahasa Melayu. Guru lebih banayak menyoal untuk menguji pengetahuan dan

kefahaman kumpulan pembentang dan pelajar yang mendengar.

3.0 APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG JADUAL 3?

Hasil dari dapatan kajian mengenai kekerapan penggunaan kemahiran penyoalan guru

yang ditujukkan di dalam jadual 3 telah menjelaskan kita bahawa terdapat banyak kemahiran

menyoal yang telah dilakukan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Berdasarkan secara keseluruhan kajian didapati guru Bahasa Melayu lebih banyak

mengemukakan soalan yang menumpukan tajuk yang dipelajari. Peratusan bagi lingkaran soalan

yang berkisar pada tajuk ialah 81.4 peratus. Ini menunjukkan bahawa antara kedua-duanya (guru

dan tajuk) tidak menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Begitu juga lingkaran soalan yang

mengaitkan tajuk dan individu. Peratusan bagi lingkaran soalan individu ialah 9.9 peratus dan

lingkaran soalan persekitaran ialah 3.24 peratus. Kedua-dua guru mengemukakan jumlah soalan

yang sedikit yang memfokuskan lingkaran soalan individu dan persekitaran. Lingkaran soalan

individu dan persekitaran lebih banyak ditanya pada tajuk rumusan berbanding dengan tajuk

Komsas. Secara keseluruhan, penggunaan penyoalan dalam kalangan guru yang dikaji adalah

pada tahap yang sangat kerap. Tidak terdapat perbezaan yang ketara antara guru yang dikaji

dengan kekerapan penggunaan penyoalan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Dapatan

ini berbeza dengan dapatan Waheedawati (2003) yang mendapati terdapat perbezaan min yang

signifikan antara kekerapan penggunaan penyoalan guru dengan tempoh pengalaman mengajar

guru.

Page 7: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Berdasarkan dapatan tersebut juga, pengkaji telah mengenal pasti sebab-sebab yang

mempengaruhi penggunaan penyoalan dalam kalangan guru tersebut. Kajian ini mendapati

kedua-dua guru banyak mengajukan soalan kepada pelajar-pelajar sepanjang sesi P&P. Guru-

guru kerap bertanya soalan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan dan kefahaman tentang

tajuk yang dipelajari. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan Roselan (2001) yang mendapati

guru mengemukakan banyak soalan kerana semakin banyak reaksi pelajar diperoleh, semakin

jelas akan status kefahaman pelajar tentang kandungan pelajaran. Pengkaji mendapati sepanjang

pemerhatian, soalan-soalan lebih banyak dikemukakan dalam tajuk Komponen Kesusasteraan

Komsas berbanding tajuk Rumusan. Hal ini kerana dalam tajuk Komsas, penggunaan lebih kerap

soalan yang diajukan oleh guru adalah untuk menguji daya ingatan dan kefahaman pelajar.

Soalan- soalan yang menguji daya ingatan dan kefahaman pelajar dalam tajuk Komsas memang

mendapat reaksi yang positif dan lebih banyak.

Selain daripada itu, pelajar- pelajar juga telah bersedia dengan nota masing-masing dan

kertas pembentangan di papan putih. Pelajar boleh merujuk nota dan kertas pembentangan yang

ditampal untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan guru. Kajian juga mendapati guru-

guru yang dikaji menguasai aktiviti penyoalan dalam sesi P&P. Hanya 4.7 peratus aktiviti yang

menggalakkan pelajar menyoal dan 2.6 peratus pelajar menyoal di dalam kelas. Keadaan ini

tidak mencapai tujuan soalan dan penyoalan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (2002) yang menggalakkan penglibatan yang aktif dalam P&P dan perkongsiaan idea

antara guru dan pelajar. Pengkaji mendapati walaupun guru sudah menggalakkan pelajar

bertanya, respon yang diberikan oleh pelajar sangat kurang. Guru-guru didapati hanya

menggalakkan pelajar menyoal dengan soalan seperti “Ada apa-apa pertanyaan?” (Guru2) atau

“Ada apa-apa soalan kepada pembentang?” (Guru 2). Pelajar tidak mengambil bahagian yang

aktif walaupun guru sudah memberikan ruang kepada mereka untuk berienteraksi lisan. Dapatan

kajian yang memperlihatkan penglibatan pelajar yang kurang ini sama dengan dapatan Seman

(2005) yang mendapati interaksi lisan berlaku apabila pelajar menjawab soalan guru ataupun

apabila diarahkan oleh guru.

Kajian Waheedawati (2003) mendapati pola interaksi pelajar-pelajar atau pelajar-guru

juga sangat kurang berlaku. Kajian juga mendapati guru Bahasa Melayu jarang meminta pelajar

bertanya kepada pelajar yang lain walaupun terdapat kumpulan pelajar yang membuat

Page 8: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

pembentangan tentang tajuk pada hari tersebut. Aktiviti penyoalan lebih banyak dikawal oleh

guru BM. Dapatan kajian juga telah menunjukkan terdapat beberapa komponen kemahiran

penyoalan yang terabai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ketara. Dapatan ini

sama dengan dapatan kajian Waheedawati (2003), Muhundhan (2002) dan Maimunah (1997)

yang menunjukkan aktiviti penyoalan guru lebih dikuasai oleh guru. Beberapa komponen

kemahiran penyoalan ini kurang diberikan penekanan oleh peserta kajian. Dapatan kajian

menunjukkan komponen kemahiran penyoalan yang ketara terabai ialah menggalakkan pelajar

menyoal, pelajar menyoal, memberi petunjuk dan mencungkil fikiran. Sepanjang pemerhatian

yang dilakukan, hanya terdapat dua soalan yang dikemukakan oleh pelajar terhadap guru Bahasa

Melayu (peserta kajian ini). Walaupun pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar pintar,

nampaknya guru-guru Bahasa Melayu tidak mengambil peluang yang sebaik-baiknya untuk

mencungkil fikiran pelajar dan pelajar-pelajar ini sangat kurang bersoal jawab dengan guru atau

dengan pelajar yang lain.

Dalam hal ini, guru cuba untuk mencungkil fikiran pelajar untuk mendapatkan jawapan

yang lebih terpeinci dan meluas, jika mendapati jawapan pelajar masih tidak menepati kehendak

guru. Sebagai contoh soalan yang mencungkil fikiran pelajar hanya berbentuk pendek sahaja

seperti ‘contohnya?’, ‘Yang kedua ialah?’, ‘contoh lain?’ dan ‘keperitan perang?’ Dapatan ini

selaras dengan dapatan Muhundhan (2002) yang menunjukkan guru hanya menggunakan soalan

yang berbentuk ‘apa’ dan soalan yang mengkehendaki jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Hal ini

menyebabkan guru tidak mencungkil fikiran pelajar sepenuhnya dan ditambah lagi dengan latar

belakang pelajar yang berpencapaian rendah. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai latar

belakang akademik yang cemerlang, soalan-soalan beraras tinggi kurang diajukan menyebabkan

jawapan yang memerlukan aras pemikiran yang tinggi tidak diperoleh daripada pelajar. Soalan-

soalan guru hanya tertumpu pada bentuk ‘Huraikan’ atau ‘Berikan contoh’. Jawapan ini boleh

diberikan oleh pelajar dengan merujuk nota atau menggunakan daya ingatan mereka sahaja.

Soalan lisan berbentuk penilaian seperti ‘Berikan pendapat anda’ sangat kurang diajukan kepada

pelajar khususnya dalam tajuk Komsas. Dalam kajian ini, guru mengunakan kemahiran

penyoalan untuk mencungkil fikiran pelajar, pelajar akan memberikan respon yang lebih kepada

soalan guru terutamanya pada soalan yang beraras kognitif tinggi. Kesimpulannya, kemahiran

penyoalan yang terabai oleh guru Bahasa Melayu di dalam kelas turut ditemui dalam kajian ini.

Guru Bahasa Melayu kurang menggunakan kemahiran penyoalan seperti kemahiran memberi

Page 9: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

petunjuk, mencungkil fikiran menggalakkan pelajar menyoal atau pelajar menyoal. Hal ini akan

memberi kesan kepada pelajar seperti pelajar tidak menggunakan kemahiran berfikir secara

optimum, pelajar tidak mendapat kemahiran mengemukakan soalan kepada guru atau rakan-

rakan dan pelajar akan mengambil sikap berdiam diri kerana bimbang , tidak yakin diri dan

malu.

4.0 HURAIKAN RUMUSAN PENYELIDIK TENTANG JADUAL 4. SEJAUH

MANAKAH KEADAAN INI WUJUD DISEKOLAH ANDA ? BERI SEBAB.

Rumusan penyelidik hasil darpada dapatan kajian kali ini dapat dilihat didalam jadual 4

yang menerangkan ‘ Kekerapan Penggunaan Enam Aras Soaln Kognitif Bloom dan Bnetuk

Soalan Wilen oleh Guru Bahasa Melayu’. Daripada 80 soalan yang diajukan oleh Guru 1,

sebanyak 33 soalan iaitu 41.3 peratus terdiri daripada soalan aras pengetahuan, iaitu soalan

bertumpu atau berpusat. Soalan-soalan pada aras ini hanya untuk melihat daya ingatan pelajar

terhadap tajuk yang dipelajari dalam Komsas seperti nama watak, peristiwa dan sebagainya.

Guru 1 telah mengemukakan soalan aras kefahaman sebanyak 30 soalan iaitu bersamaan 37.5

peratus . Seterusnya 7 soalan bersamaan 8.8 peratus berbentuk aplikasi. Soalan aras aplikasi

banyak dilihat apabila guru meminta pelajar menuliskan isi-isi rumusan yang telah digariskan

oleh pelajar di papan putih. Guru 1 juga telah menggunakan bentuk soalan bercapah atau aras

tingi. Sebanyak enam soalan aras analisis bersamaan 7.5 peratus, tiga soalan sintesis

bersamaan 3.8 peratus dan dua soalan penilaian bersamaan 2.5 peratus telah dikemukakan oleh

Guru 1.

Seterusnya hasil dapatan kajian telah mendapati Guru 2 pula telah mengemukakan

sebanyak 21 soalan aras pengetahuan bersamaan 28.7 peratus daripada keseluruhan 73 solan

yang dikemukakan kepada pelajar. Sama seperti guru 1, soalan pada aras ini dikemukan oleh

Guru 2 kepada pelajar untuk menguji daya ingatan pelajar terhadap fakta yang telah dipelajari

oleh mereka seperti watak, perwatakan atau latar peristiwa dalam Komsa. Sebanyak 27 soalan

aras kefahaman bersamaan 36.9 peratus dan tujuh soalan aras aplikasi bersamaan 9.6 peratus

Page 10: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

telah dikemukakan oleh Guru 2. Guru 2 juga telah mengemukakan soalan bercapah atau aras

tinggi. Sebanyak enam soalan arasanalisis bersamaan 8.2 peratus, satu soalan aras sintensis

dan 4 soalan aras penilaian bersamaan 5.5 peratus telah dikemukakan oleh Guru 2.

Berdasarkan hasil dapatan kajian kedua-dua guru ini, didapati kedua-dua peserta kajian

lebih banyak menggunakakan soalan bertumpu, iaitu aras pengetahuan dan kefahaman. Soalan-

soalan bercapah atau pada ars tinggi sangat kurang diajukan kepada pelajar oleh kedua-dua orang

guru. Secara keseluruhan, tidak terdapat perbezaan yang sangat besar dalam menggunakan aras

soalan kognitif Bloom atau bentuk soalan yang dikemukan oleh kedua-dua peserta kajian.

Sejak akhir-akhir ini banyak persoalan dikemukakan oleh ibu bapa dan masyarakat

tentang sejauh manakah masalah ini berlaku di sekolah- sekolah dan apakah sebab –sebab

keadaan ini berlaku. Banyak faktor yang menyebabkan ini berlaku antaranya faktor dalaman

dan luaran. Faktor pertama yang dapat kita lihat ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar melayu

mengambil sikap sambil lewa. Mereka seolah – olah sudah pandai kerana bahasa Melayu

bahasa ibunda. Penerangan dan maklumat yang diberi tidak di buat ulangkaji. Masalah timbul

apabila tiba hari ujian dan peperiksaan. Bagi pelajar bukan Melayu pula mereka menganggap

bahasa Melayu tidak penting dan sangat susah untuk difahami. Perkara ini tersemat di dalam

fikiran mereka kerana kurangnya pendedahan tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu

dalam kehidupan seharian. Sikap pelajar juga agak malas dan tidak bersungguh- sungguh

membuat latihan yang diberikan . Sikap meniru latihan daripada rakan-rakan akan

menambahkan kesulitan dalam menguadai subjek bahasa Melayu. Sikap malu bertanya kepada

guru tentang sesuatu yang tidak difahami turut menyumbang kepada permasalahan ini.

Faktor seterusnya yang menyumbang ialah persekitaran kehidupan pelajar sendiri. Jika

diambil sejarah pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar-pelajar ini hanya didedahkan dengan

penggunaan Bahasa Melayu hanya dalam subjek Bahasa Melayu. Kebanayakan sebjek sekolah

rendah di SRJKC atau SRJKT seperti Matematik, Sains dan Pendidikan Moral menggunakan

bahasa ibinda mereka iaitu bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Guru-gurubertutur dengan

menggunakan bahasa Cina semasa proses P&P kerana bahasa ini lebih mudah difahami oleh

pelajar-pelajar. Selain itu hamper 95 % percakapan atau pertuturan mereka di sekolah

Page 11: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

menggunakan bahasa Cina atau Tamil. Justeru itu jelas bahawa persekitaran amat

mempengaruhi kelemahan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar berbangsa

Cina atau India .

Selain itu faktor media masa iaitu media cetak dan media elektronik. Kerancuan bahasa

banyak berlaku. Ini kerana sikap penulis dan penerbit yang mementingkan keuntungan.

Penggunaan bahasa pasar , bahasa yang bercampur dengan bahasa lain yang memudahkan

mereka faham apabila membacanya. Hasilnya pelajar menggunaka bahasa yang salah dalam

pembelajaran bahasa Melayu. Dewasa kini masalah kerancuan bahasa yang teruk di kalangan

pelajar ialah penggunaan bahasa SMS. Singkatan dalam perkataan dilakukan bukan sahaja

dalam terlefon tetapi dalam menjawab soalan. Guru hanya mampu memberi nasihat dan

peringatan tetapi pihak-pihak lain seperti keluarga , masyarakat dan pihak berkuasa juga harus

membantu menagani masalah.

Seterusnya sikap guru sebagai pendidik yang harus berubah. Guru hendaklah

mempunyai sikap dan prinsip mementingkan peningkatan ilmu sepanjang hayat. Dalam dunia

globalisasi kini penambahbaikan kaedah pedagogi dan teknik kemahiran belajar dan mengajar

sentiasa dipertingkatkan. Ini menggelakkan pelajar cepat bosan dan memandang rendah

kreabiliti seorang guru. Penggunaan bahan yang terkini dan pemahan isu-isu semasa yang

menarik akan menimbulkan minat dan menguji minda mereka.

Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan kaedah penyolan merupaka proses yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Dapatan merumuskan guru-

guru kerap menggunakan penyoalan, mengaplikasikan kemahiran penyoalan, aras soalan dan

lingkaran soalan. Namun, terdapat juga penggunaan aspek-aspek kemahiran penyoalan, aras

soalan dan lingkaran terabai dan kurang diberikan penekanan oleh guru-guru. Dapatan kajian

yang dihuraikan memberikan implikasi dalam beberapa aspek dalam aktiviti penyoalan lisan

guru semasa proses P&P. Saranan yang dikemukan juga harus diberi perhatian agar

peningkatan dalam memperkasakan pengajaran guru dan mengembangkan pemikiran pelajar

supaya pembelajaran mereka menjadi lebih bermakna serta meningkatkan kecermelangan

mereka dalam pencapaian Bahasa Melayu.

Page 12: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

BAHAGIAN B

“Fokus pengajaran kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-

langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak “mampu” untuk

berinteraksi dengan murid”.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan penulis ? Bincangkan dengan merujuk kepada sekolah

anda.

1.0 PENGENALAN

Proses penilaian dan pentaksiran sentiasa berlaku melalui proses pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat

berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita, Stufflebeam

(1971). Penilaian juga boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk

menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai. Pentaksiran pula adalah

suatu proses meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang

diperolehi seseorang individu. Pengajaran berfokuskan peperiksaan menjadi isu penting pada

masa kini. Hasil dari data kajian yang diperolehi melalui soal selidik, pemerhatian dan temu

bual jelas menunjukkan guru – guru sentiasa memberi fokus kepada peperiksaan. Oleh sebab

itu, dalan pengajaran bahasa Melayu didapati guru-guru juga menggunakan format peperiksaan

semasa menjalankan aktiviti ataupun semasa menyediakan latihan. Fokus kepada peperiksaan

menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas

sehingga guru-guru tidak “ mampu” untuk berinteraksi dengan murid. Kaedah pengajaran yang

berfokus kepada peperiksaan memberi implikasi kepada suasana pengajaran dan pembelajaran

pada hari ini contoh aktiviti tidak banyak dapat dijalankan, latihan sentiasa berdasarkan format

peperiksaan, penglibatan murid terbatas, dan murid yang lemah tidak menerima hasil

pembelajaran.

Page 13: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Kita terlebih dahulu memahami makna kata sebenar ‘ berorientasikan peperiksaan’ atau

exam-oriented. Kerana ramai yang menganggap apabila ada sahaja peperiksaan, dan pelajar

tekun belajar menghafal buku maka itulah berorientasikan peperiksaan. Pada pandangan saya,

peperiksaan adalah satu keperluan dalam sistem pendidikan mana-mana negara untuk mengukur

tahap pencapian pendidikan yang melibatkan dasar-dasar serta belanjawan negara. Tanpa

adanya peperiksaan, maka adalah sukar malah mungkin juga mustahil untuk kita mengetahui

sejauh mana tahap pencapaian anak-anak di sekolah terutamanya ketika mana kita mahu

membentuk ‘ benchmark’ kepada sekolah lain.

Pada pandangan saya fokus pengajaran kepada peperiksaan bukan penyebab utama guru-

guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru

tidak mampu berinteraksi dengan murid. Ini kerana setiap individu yang lahir berbeza antara

satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu asalah unik dan tidak ada seratus-peratus

sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007),

perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan

yang sama dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat . Oleh

itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh

mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan

teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah

mengikut subjek .

Sekolah merupakan intitusi pelajaran yang mengasah bakat dan kemahiran pelajar. Oleh

kerana masa pengajaran yang panjang dan silibus yang luas dan adanya ujian dan peperiksaan

adalah tidak mencukupi bagi guru untuk menilai kefahaman murid secara terperinci mahupun

keseluruhan. Justeru itu pihak kerajaan telah melakukan kajian dan perubahan dalam sistem

pentaksiran pelajar berasakan sekolah (PBS) yang dapat menilai dari masa ke semasa. PBS

merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan

pentaksirnnya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (LPM 2010).

Page 14: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Fokus kepada peperiksaan bukan isu utama pelajar dan guru kurang berinteraksi dengan

murid. Ini kerana pembelajaran yang menyeronokan dalam konteks pengajaran bhasa , unsure

humor akan menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Guru perlu

mengunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu, pengunaan grafik seperti kartun

dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada murid.

Pandangan Yahya (2012), mengaitkan humor dengan kelucuan yang boleh meneybabkan

sesorang menjadi seronok apabila mendengarnya. Pengajaran Bahasa Melayu tidak boleh hanya

menekankan kepada penguasaan isi kandungan semata-mata untuk peperiksaan. Menurut

Shafee et al (2011), amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran

yang menyeronokkan dan lebih berkesan.

Selain itu, pembelajaran yang menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan bahan

bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.

Hal ini disokong oleh Yahya dan Dayang Raini (2011). Menggunakan aplikasi computer

secara interatif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran

menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca. Kesmpilannya kreativiti guru mampu

memberi kesan terhadap pembelajaran di bilik darjah.

Antara sebab yang menyebabkan kurang interaksi guru dan pelajar ialah tingkah laku

bermasalah pelajar seperti hiperaktif, kelakuan nakal serta menggangu rakan ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah disiplin yang sering menjadi isu dalam

kalangan guru-guru di sekolah. Dalam era globalisasi kini, murid-murid mendapat pengaruh

daripada pelbagai saluran sama ada siaran televisyen mahupun melayari internet yang

memungkinkan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Oleh itu guru di sekolah tidak

relevan untuk menggunakan set peraturan yang autokratik dan tegas dengan cara memaksa,

megherdik, meninggikan suara ataupun menggunakan bahasa yang kasar untuk mendisiplinkan

murid. Sebaliknya guru perlu mewujudkan hubungan yang lebih akrab dengan murid-murid.

Salah satu caranya melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Unsur didik hibur

yang diterapkan dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris adalah

satu langkah bijak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 15: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

BAHAGIAN C

Sediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)- mengajar salah satu aspek kemahiran

membaca, menulis, mendengar atau bertutur.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Kelas : 1 Berlian

Hari : Jumaat

Tarikh : 11 Julai 2014

Masa : 9.15-10.15 pagi

Bilangan Pelajar : 30 orang

Tema : Hidup Selamat

Tajuk : Kata Adjektif Warna

Lampu Isyarat

Fokus Utama: Standard Kandungan

3.4 Menulis imlak dengan tepat.

Standard Pembelajaran

3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi

suku kata terbuka dan tertutup dengan tepat.

Page 16: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Fokus Sampingan : Standard Kandungan

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul

mengikut konteks.

Standard Pembelajaran

5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan

betul mengikut konteks.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-

(i) menyatakan lima kata adjektif warna.

(ii) menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Seni Visual, Nilai – Sayangi Keluarga,

KBT : KB- Mengenal pasti. dan KP -Verbal – Lingustik.

Kemahiran bahasa : Mendengar : pantun yang ditayangkan.

Bertutur : Tanya – jawab secara bertatasusila.

Membaca : Ayat-ayat kata adjektif yang ditunjukkan. Menulis

Jawapan dengan kata adjektif yang betul.

Sistem Bahasa : Kosa Kata :

Tatabahasa : KataHubung , Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Kata Nama Khas

Pengisian Kurikulum : Ilmu- Pendidikan Moral & Muzik. Nilai : Kasih sayang,

keberanian

KBT : Verval Lingustik, visul ruang, kinestik, kbkk, didik hibur.

Media : Komputer, lembaran kerja, gambar kemalangan, lirik lagu

Pengetahuan Sedia Ada : Murid menaiki kenderaan seperti kereta, motorsikal, basikal,

bas, van lain-lain.

Page 17: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Langkah/

Masa

Isi

Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set Induksi

(5 minit)

1.1 Murid

menonton

video

kempen

keselamatan

jalan raya.

1. Guru menayangkan

video kempen

keselamatan jalan

raya.

2. Guru bersoal jawab

dengan murid.

Contoh soalan:

Apakah langkah

keselamatan yang

diambil semasa

menaiki kereta atau

motorsikal?

3. Guru masukkkan

tajuk hari ini iaitu

Tema :Hidup Selamat

Tajuk : Kata

Adjektif Warna

Lampu Isyarat

1. Murid melihat

tayangan video.

2. Murid menjawab

tali pinggang keledar,

topi keledar,

mematuhi lampu

isyarat dan peraturan

jalan raya, tidak

menggunakan telefon

bimbit dan lain-lain.

Strategi/ Teknik:

pemerhatian dan

soal jawab

Sumber

pengajaran:

Tayangan video

Penglibatan

murid yang aktif

Page 18: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

Langkah 1

(8 minit)

Gambar-

gambar

kemalangan

jalan raya di

Malaysia.

1.Guru

menayangkan

Power Point di

hadapan kelas.

2. Guru menyoal

pelajar :

a. Apa yang kamu

lihat?

b. Apa yang berlaku

kepada pemandu

itu?

c. Mengapa perkara

ini berlaku?

d. Apa perasaan

kamu jika berlaku

kepada keluarga

kamu?

e. Guru mengaitkan

peristiwa dengan

1. Murid memberi

perhatian.

2. Murid

memerhatikan paparan

power point tentang

gambar-gambar

kemalangan jalan raya.

Murid menjawab

pemandu cedera, patah

, luka dan berdarah,

kereta rosak

meninggal.

Pandu laju ,

melanggar peraturan

jalan raya, mabuk .

Sedih, takut ,cacat,

kereta rosak, banyak

guna duit.

Strategi/ Teknik:

Pemerhatian dan

sumbangsaran

pelajar

Sumber

pengajaran:

Slaid Power Point

Sikap

Murid:Ketelitian,

sifat ingin tahu,

takut, sedih dan

berhati-hati

Penglibatan

murid yang aktif

Page 19: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

pelajaran hari ini.

f. Kita mesti patuhi

peraturan jalan raya

terutama sekali

patuhi lampu

isyarat.

Guru bertanya lagi

ingat tak pesan

ibu…? Jika

kemana-mana kita

mesti berhati-hati.

Bukan sahaja

pemandu kenderaan

yang perlu

berwaspada, pejalan

kaki pun mesti

berhati-hati. Cuba

kamu nyanyikan

lagu “Pesan Ibu”.

Murid menyanyikan

lagu “Pesan Ibu”

bersama –sama.

Langkah 2

(5 minit)

Melihat

contoh-contoh

lampu isyarat.

1.Guru

menunjukkan

gambar-gambar

lampu isyarat.

2. Guru bertanya :

a. Di manakah

1.Murid memerhatikan

gambar lampu isyarat.

2. Murid menjawab :

a. Di simpang jalan.

Strategi/ Teknik:

Pemerhatian dan

pengetahuan

sedia ada

Sumber

pengajaran:

Page 20: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

terdapatnya lampu

isyarat?

b. Berapakah warna

lampu isyarat?

c. Apakah warna-

warna lampu

isyarat?

3. Guru memberi

penerangan tentang

warna merah

bermaksud …..

(berhenti)

Guru minta murid

cuba eja merah.

Warna kuning

bermaksud ……..

bersedia berhenti.

Guru minta murid

cuba eja kuning.

Warna hijau

bermaksud…….

Kereta jalan

Guru minta murid

eja hijau.

b. Lampu isyarat ada

tiga warna.

c. Merah, kuning, dan

hijau.

Murid memberi

respon- berhenti.

Murid eja –merah

Murid memberi respon

– bersedia berhenti

Murid eja – kuning

Murid memberi

respon- jalan

Murid eja - hijau

Gambar

Sikap

Murid:Ketelitian

Penglibatan

murid yang aktif

Langkah Membaca ayat 1.Guru meminta 1. Murid membaca Nilai dan sikap

Page 21: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

3

(10minit)

Langkah

tunggal dan

ayat majmuk

dalam petikan

pantun yang

dipaparkan.

murid bersama-

sama membaca

pantun yang

disediakan.

Pantun jalan raya

Merah putih si

bunga raya,

Dipetik gadis untuk

disemat,

Hati-hati di jalan

raya,

Biar lambat asal

selamat.

Berbaju hijau ke

rumah Manan,

Berjalan kaki

dengan pantas,

Pandang ke kiri

dan ke kanan,

Tiada kenderaan

baru melintas.

2. Guru bertanya

kepada murid

‘Siapa boleh

tunjukkan kata

bersama-sama guru.

Murid ulangi bacaan

pantun tanpa guru.

murid:

Bekerjasama,

sifat ingin tahu,

ketelitian dan

kekemasan

KG: kemahiran

belajar-

membuat

pemerhatian,

meulis.

- kemahiran

berfikir –

menjana idea.

KBT: belajar

menulis,

mengingat.

-teori kecerdasan

pelbagai-

interpersonal.

Page 22: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

4

(10 minit)

Langkah

Melengkapkan

ayat dengan

kata adjektif

warna.

Murid

adjektif warna yang

terdapat dalam

pantun ini’.

1. Guru memberi

penerangan dan

arahan latihan

melengkapkan ayat.

2. Guru meminta

murid yang tahu

jawapan ke hadapan

untuk menaip

jawapan.

1. Guru meminta

murid duduk dalam

kumpulan yang

telah ditetapkan.

2. Murid datang ke

depan, tunjuk kata

adjektif warna dan eja.

Ulangi dengan murid

yang lain sehingga

selesai.

1.Murid yang tahu

jawapan ke hadapan

untuk menjawab.

2. Murid- murid

membaca soalan yang

telah dilengkapi

dengan jawapan .

KG: kemahiran

belajar dalam

kumpulan ,

-merancang dan

menguruskan

aktiviti dan

bekerjasama

dalam kumpulan.

KBT:

konstruktivisme-

meneroka.

Nilai:

bekerjasama,

teliti

Page 23: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

5

(10 minit)

lengkapkan

latihan bertulis

(B3 DB1 E2)

dan kolaj

‘lampu isyarat’

2. guru meminta

murid menjawab

soalan lembaran

kerja yang perlu

dilengkapkan

dengan kata adjektif

‘warna’.

Contoh soalan di

lampiran.

3. Guru meminta

pelajar selesai

menjawab membuat

lampu isyarat

menggunakan

kepingan kertas

yang telah

disediakan.

1. Murid dalam

kumpulan berbincang

untuk menjawab

dengan betul.

2. Selesai menjawab

dilembaran kerja murid

–murid bekerjasama

membuat kolaj lampu

isyarat.

Ilmu: pendidikan

seni visual,

matematik

BSPP: lembaran

kerja , kertas

warna

Penutup

(3 minit)

Mempamerkan

hasil kerja dan

membuat

rumusan.

1. Guru bertanya

secara kelas:

Apa pelajaran yang

kamu pelajari hari

ini?

2. Guru memuji

1. Murid menjawab

warna , kita mesti

berhati-hati di jalan

raya, patuhi lampu

isyarat.

2. Murid bertepuk

KG:

-kemahiran

belajar menilai

maklumat

-kemahiran

berfikir.

Nilai : kasih

Page 24: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

hasil kerja murid

pandai atau bagus.

3. Guru meminta

murid menyayikan

sekali lagi lagu

“Pesan Ibu” secara

kelas .

tangan sambil mengeja

warna merah, kuning,

hijau.

3. Muird menyanyi

bersama-sama dengan

aksi.

sayang, berhati-

hati, gembira

LATIHAN PENGAYAAN :

Page 25: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

1. Isi manggis berwarna

2. Kenderaan hendaklah berhenti apabila

lampu isyarat berwarna

3. Warna dan dan

ialah warna kegemaran ibu saya.

Page 26: Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

4. Adik bersongkok

pada Hari Raya.

5. Bunga kebangsaan kita bunga raya

berwarna .