elemen dalam pedagogi bestari

3
ELEMEN DALAM PEDAGOGI BESTARI 1)PENGAJARAN DIREKTIF Pembelajaran secara direktif bermaksud murid!murid belajar melalui "eneran#an tentan# k$nse" % kema&iran $le& #uru dan diikuti $le& ujian kefa&aman dan lati&an 'an# dibuat den#an bimbin#an #uru( $nt$& strate#i!strate#i "en#ajaran 'an# b$le& di#unakan $le& #uru iala& kulia& dan lati&!tubi( *a#i elemen "embelajaran secara mediatif "ula murid!murid diajar $le& #uru untuk men#a"likasikan "en#eta&uan untuk men'elesaikan masala& membuat ke"utusan men#enal"asti andaian dan menilai kebenaran andaian ke"utusan dan &i"$tesis( $nt$&!c$nt$& akti+iti "en#ajaran 'an# b$le& di#unakan $le& #uru dalam "endekatan mediatif iala& se"erti "enaakulan dialektual "emer$le&an k$nse" "embentukan k$nse" lati&an inkuiri dan "erbincan#an terbuka( ,) PENGAJARAN GENERATIF Dalam strate#i #eneratif #uru akan men##alakkan murid menjanakan idea!idea kritis dan kreatif( -trate#i ini membantu murid!murid men'elesaikan masala& secara kritis dan kreatif den#an men##unakan idea!idea 'an# asli dan unik( $nt$&! c$nt$& akti+iti sumban#saran 'an# b$le& di#unakan $le& #uru iala& se"erti "emetaan minda "emikiran lateral dan kreatif( Dalam "endekatan "emer&atian murid!murid diajar men#ikuti "erbuatan #uru atau mem$delkan "erlakua sesuatu kema&iran( $nt$& akti+iti "en#ajaran dan "embelajaran 'an# b$le& di#unakan $le& #uru dalam kaeda& "emer&atian iala& tunjuk cara( .ntuk strate#i 'an# seterusn'a #uru b$le& men##unakan kaeda& k$ntekstual 'an# men#aitkan ba&an "en#ajaran dan "embelajaran ke"ada situasi dunia 'an# sebenarn'a( Kaeda& ini mem$ti+asikan murid!murid untuk membuat kaitan antara ilmu "en#eta&uan den#an "en#a"likasiann'a ke"ada ke&idu"an mereka seba#ai a&li keluar#a dan rak'at( /)PENGAJARAN K0NTEK-T.A Pembelajaran k$ntekstual "entin# kerana ia men#aitkan "embelajaran ke"ada realiti ke&idu"an( Jenis "embelajaran lain 'an# b$le& dikaitkan ke"ada "embelajaran k$ntekstual iala& "embelajaran 2eks"erential2 "en#alaman &idu" sebenar "embelajaran akti+iti dan "embelajaran ber"usatkan murid( Pembelajaran ini mementin#kan "en'elesaian masala&( Ia memberikan "en#akuan ba&a3a situasi "en#ajaran dan "embelajaran b$le& berlaku ju#a di dalam ruma& dan mas'arakat( Ia men#ajar murid untuk memantau dan men#ara& "embelajaran sendiri su"a'a mereka lebi& berdikari( Prinsi"!"rinsi" "entin# dalam "embelajaran k$ntekstual

Upload: ubaidillah-yusof

Post on 05-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

ELEMEN DALAM PEDAGOGI BESTARI

1)PENGAJARAN DIREKTIF

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru. Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penaakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

2) PENGAJARAN GENERATIF

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakua sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.

3)PENGAJARAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran eksperential, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari. Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.

4) PENGAJARAN METAKOGNITIF

Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang prosespembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid

5) PENGAJARAN KONTEKS LUAR

Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut kumpulan.

6) KAJIAN MASA DEPAN

Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakuka sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan? Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagitumbuhan hijau di dunia?

7) PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF

endekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang beprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

8) PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF

Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.