perbandingan sistem ekonomi islam dan sistem ekonomi kapitalis

Download Perbandingan Sistem Ekonomi Islam dan Sistem Ekonomi Kapitalis

If you can't read please download the document

Post on 31-Oct-2014

37 views

Category:

Education

16 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perkongsian yang tidak seberapa... Maaf jika ada kekurangan.. ^_^

TRANSCRIPT

  • 1. Perbandingan Sistem Ekonomi Islam dan Sistem Ekonomi Barat (Kapitalis) Norainah binti Rahmatullah D20071029575 Norizan Bte Hassan D20071029606

2. PENGENALAN 3. Kebanyakan negara pada masa kini menggunakan pelbagai sistem ekonomi yang direka oleh manusia sebagai salah satu proses ekonomi negara mereka. Sistem Ekonomi Islam merupakan Sistem Ekonomi yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah sehingga kini hanya diguna pakai oleh beberapa negara. Sistem Ekonomi Barat pula didominasi oleh kuasakuasa besar seperti negara Amerika dan China yang mengamalkan sistem Ekonomi Kapitalis dan Sosialis. Akan tetapi, sistem ekonomi barat ini juga yang sedang menuju ke arah kemusnahan ekonomi negara tersebut disebabkan ciri-ciri ekonomi itu sendiri. 4. SEJARAH SISTEM EKONOMI ISLAM 5. Sistem yang berlandaskan akidah Islam dan menjadi sebahagian daripada akidah Islam. Sistem ini telah digunakan sejak zaman Rasulullah S.A.W dalam menguruskan ekonomi negara pada ketika itu. Sistem ini bukan ciptaan manusia dan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang sudah pasti memberi kesempurnaan dalam ekonomi jika sesebuah negara mengamalkannya. Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taymiyah (1262-1328 Masehi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masehi). 6. SEJARAH SISTEM EKONOMI KAPITALIS 7. Dikenali juga sebagai ekonomi Laissez faire atau pasaran bebas. Dipelopori oleh Adam Smith melalui bukunya The Wealth of Nations. Mengamalkan konsep invisible hand. Iaitu melakukan sesuatu perkerjaan yang pada zahirnya nampak mulia, tetapi sebenarnya orang itu melakukannya untuk mendapat untung bagi dirinya sendiri Tokoh lain yang terlibat adalah seperti David Ricardo (1772-1823), J.S. Mills (1806-1873), Irving Fisher (18671947), John Maynard Keynes (18831946) dan banyak lagi. 8. PERBANDINGAN ANTARA SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS 9. MOTIF 10. Sistem Ekonomi Islam Sistem ini bukan hanya bermotifkan keuntungan semata-mata. Sistem ini juga bermotifkan kebajikan masyarakat. Mengutamakan pahala maksimum bukannya kepuasan maksimum. Percaya bahawa setiap manusia itu diperuntukkan rezkinya oleh Tuhan 11. Sistem Ekonomi Kapitalis Sistem ini sangat mengutamakan keuntungan individu. Individu berhak untuk memperolehi keuntungan semaksimum yang boleh untuk mencapai kepuasan masing-masing. Pengguna dikatakan sebagai raja Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh orangorang tertentu 12. PEMILIKAN HARTA 13. Sistem Ekonomi Islam Terdapat 3 jenis pemilikan harta dalam sistem ini iaitu : i) Hak Milik Umum: meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri-industri berat. ii) Hak Milik Negara meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syarie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. iii)Hak Milik Individu: selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syarie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syarie juga. 14. Setiap individu boleh memiliki harta tetapi mereka hanyalah merupakan pemegang amanah Allah. Harta tersebut perlulah dikendalikan dengan baik. Islam mengiktiraf prinsip hak milik individu. 15. Ini boleh dibuktikan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya. (Surah Al-Israk : Ayat 34) 16. Sistem Ekonomi Kapitalis Individu dalam ekonomi adalah bebas memiliki sebarang harta persendirian. Individu bebas mengagihkan atau menggunakan harta mereka tanpa halangan dari pihak lain. Inidividu juga bebas mencari harta kekayaan semaksimum yang boleh untuk memenuhi kepuasan mereka. 17. PERANAN PENGGUNA DAN PENGELUAR 18. Sistem Ekonomi Islam Pengguna berhak memenuhi segala kemahuan dan kehendak mereka selagi kehendaknya tidak menyalahi batas yang ditentukan. Pengeluar juga bebas mengeluarkan barangan yang dipilih asalkan barangan itu selaras dengan tuntutan syariat Islam. Barang-barang keperluan asas yang penting perlu diutamakan 19. Sistem Ekonomi Kapitalis Pengguna dianggap sebagai raja dalam pasaran. Ini berikutan corak peruntukan sumber ekonomi ditentukan oleh bentuk permintaan pengguna. Pengeluar akan mengeluarkan barangan berdasarkan jumlah permintaan pengguna yang tertinggi sahaja. 20. PERANAN KERAJAAN 21. Sistem Ekonomi Islam Islam membenarkan peranan kerajaan dalam ekonomi negara. Campur tangan kerajaan adalah sangat penting bagi melindungi kebajikan masyarakat dan kerajaan perlu mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan oleh pengeluar. Kerajaan berupaya memainkan peranan dengan membantu masyarakat terutamanya masyarakat yang miskin dalam memenuhi keperluan asas harian mereka. 22. Ibn Qayyim juga menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan oleh individu jika individu menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat yang lebih besar. 23. Sistem Ekonomi Kapitalis Dalam sistem ini, peranan kerajaan adalah tidak diperlukan sama sekali. Semua keputusan ekonomi dibuat oleh pengguna dan pengeluar. Kerajaan hanya memainkan peranan yang sangat kecil iaitu hanya bertanggungjawab menjaga keselamatan negara melalui undang-undang. 24. AGIHAN PENDAPATAN 25. Sistem Ekonomi Islam Pengagihan pendapatan yang dijalankan adalah bersifat adil. Ini dilakukan dengan kerajaan akan membantu golongan yang berpendapatan rendah memeperolehi keperluan. Manakala bagi golongan berpendapat tinggi pula perlu membayar zakat untuk membantu golongan berpendapatan rendah. 26. Sistem Kapitalis Agihan pendapatan di bawah sistem ini adalah tidak saksama. Jurang antara golongan kaya dan golongan miskin terus meluas. Ini terjadi kerana setiap individu hanyalah mementingkan keuntungan diri sematamata apabila berurusan dalam pasaran ekonomi. 27. PENUTUP Sistem Ekonomi Islam adalah sistem yang bukan ciptaan manusia dan merupakan sistem yang sempurna. Bagi sistem ekonomi kapitalis, walaupun sistem ini mempunyai kebaikan, sistem ini juga mempunyai kelemahan yang lebih banyak daripada kebaikan. Penggunaan sistem ekonomi Islam dalam sesebuah negara akan dapat mewujudkan suasana ekonomi negara yang lebih teratur dan aman dengan panduan daripada Al-Quran dan AsSunnah.

Recommended

View more >