edu3093.docx

19
1.0 LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMBANTU MURID YANG PENDIDIKAN KHAS Pendidikan merupakan agenda utama bagi sesebuah negara untuk terus membangun dan mencapai kemajuan. Justeru, setiap negara memerlukan sistem pendidikan yang baik yang mampu memberikan pendidikan kepada semua. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan terutama termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermula dari peringkat pra- sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke tahap pengajian tinggi perlu dititikberatkan. Menyedari hal ini, Malaysia tidak ketinggalan untuk turut sama mengangkat pendidikan berbentuk Pendidikan khas ke tahap yang sama dengan kurikulum standard masa kini. Bukti keseriusan pihak kementerian dalam menterjemahkan kesungguhan pelaksanaanya ialah apabila Akta Pendidikan Khas telah turut sama termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Antara kandungan akta ini ialah menyatakan bahawa guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan sususan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Umumnya, pendidikan khas adalah pendidikan yang direka cipta dan dirancang untuk kanak-kanak istemewa. Mereka ini memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak- kanak yang luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas,

Upload: li-ai-lau

Post on 10-Feb-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: edu3093.docx

1.0 LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMBANTU MURID YANG PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan merupakan agenda utama bagi sesebuah negara untuk terus membangun dan

mencapai kemajuan. Justeru, setiap negara memerlukan sistem pendidikan yang baik yang

mampu memberikan pendidikan kepada semua. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan

bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan terutama termasuklah kanak-kanak berkeperluan

khas iaitu bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke

tahap pengajian tinggi perlu dititikberatkan. Menyedari hal ini, Malaysia tidak ketinggalan untuk

turut sama mengangkat pendidikan berbentuk Pendidikan khas ke tahap yang sama dengan

kurikulum standard masa kini. Bukti keseriusan pihak kementerian dalam menterjemahkan

kesungguhan pelaksanaanya ialah apabila Akta Pendidikan Khas telah turut sama termaktub

dalam Akta Pendidikan 1996. Antara kandungan akta ini ialah menyatakan bahawa guru-guru

boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan

sususan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat

pendidikan khas.

Umumnya, pendidikan khas adalah pendidikan yang direka cipta dan dirancang untuk kanak-

kanak istemewa. Mereka ini memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi

memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran

yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang luar biasa dan

memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta kemudahan-

kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986).

Bidang pendidikan khas ini diperkukuh dengan berpandukan falsafah pendidikan khas itu sendiri

iaitu menyatakan bahawa pendidikan khas adalah satu usaha yang berterusan untuk

menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran,

berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta

menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan

produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2005).

Pelajar bermasalah pembelajaran didapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan

pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan.

Page 2: edu3093.docx

Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu pengajaran secara langsung

dan strategi pengajaran.

1.1 Pengajaran secara Langsung

Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu

menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran

hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah.

Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu

butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan

pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

1.2 Strategi Pengajaran

Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan.

Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam

menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus

dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya

melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan

pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah

dan sebagainya.

1.3 Pilihan Penempatan Pendidikan

Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan

salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah

pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap,

pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan yang

biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran, antaranya:

Page 3: edu3093.docx

1.4 Bilik Darjah Biasa

Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang sama.

Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang

lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk

memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah

pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian

kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.

1.5 Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat

Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar pelajar

bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan

atau mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan

pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat

pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah

pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.

1.6 Bilik Sumber

Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber

untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran.

Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber

membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang

spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di

sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat

bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina

pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik

sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran

pelajar.

Page 4: edu3093.docx

1.7 Bilik Darjah Berasingan

Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan

tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang

mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri

daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah

pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu

kelas. Kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat

mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang

ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa

memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran.

Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding

kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah

pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

1.8 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam

pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah

pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah

laku. Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah

seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu,

penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa

penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah

pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan

Page 5: edu3093.docx

2.0 STRATEGI YANG BERKESAN UNTUK MENGURUS EMOSI

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan

penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era

globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga

pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang

pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke

semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa

berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan

semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada

risiko tinggi untuk mengalami masalah emosi.

Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan yang dilapor oleh Noor Hamizah Abu

Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati

bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau

stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan

itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.

Masalah emosi di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan

oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, masalah emosi di kalangan guru dilaporkan

meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan

berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan

daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah emosi di

kalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani

sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani, masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan

permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubungkait rapat dengan gangguan emosi,

perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada

melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).

Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah emosi di kalangan guru seharusnya diambil

perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya diatasi dengan cara yang palign sesuai dan

berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala

Page 6: edu3093.docx

isu pendidikan agar dapat mengawal emosi. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan

stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan emosi memberikan kesan negatif kepada

kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan

bidang pendidikan negara.

Masalah emosi dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

2.1 Kenal pasti reaksi emosional

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani masalah

emosi dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak

bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara

yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi

dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu

ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang

menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau.

Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya,

hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2.2 Komitmen sosial

Apabila berhadapan dengan masalah emosi, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di

sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

2.3 Kehidupan fizikal

Masalah emosi menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus

tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan

memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru

menangani masalah emosi. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan

dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada

senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara

beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Page 7: edu3093.docx

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam

masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu.

Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini

termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta

banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti

merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

2.4 Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan

mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth

Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan

terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan

maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun

menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi

maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.

Sekiranya masalah emosi dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik.

Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang

terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui

punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan

berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa

dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca

kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak

realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan

mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Page 8: edu3093.docx

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi

terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)

b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)

c) Motivasi Kendiri (self-motivation)

d) Empati

e) Kemahiran Sosial (social skills)

f) Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk

mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih

keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai

kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan

mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar

ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru

yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara

perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri

dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri

boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk

memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila

menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang

lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut

pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan

keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati

boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu

perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang

boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama

Page 9: edu3093.docx

dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah

memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya

kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social

skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang

mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir

dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin.

Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar

runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama

dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah

dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan

daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan

pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip

yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan

ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.

Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental

dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya

kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu

pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru

dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam

memperolehi kejayaan.

Page 10: edu3093.docx

3.0 SEJAUHMANAKAH GURU BERSEDIA MENANGANI CABARAN DALAM JURANG

PERBEZAAN DIGITAL

Di tengah dunia 4G yang bergerak cepat, teknologi menimbulkan impak yang amat besar dalam

institusi kehidupan keluarga. Hampir 70 peratus keluarga di dunia setuju bahawa teknologi

membantu anggota-angggota keluarga mereka untuk dapat terus saling berhubung, namun

terdapat impak yang negatif tanpa kita sedari. Misalnya saat menghabiskan masa bersama-sama

sebagai satu keluarga, hampir setengah dari jumlah orang tua mengatakan bahawa perhatian

keluarga mereka teralih kepada teknologi. Senario ini berlaku kepada keluarga dengan kedua

orang tua yang bekerja, dimana lebih dari setengah jumlah mereka mengakui bahawa dengan

adanya telefon bimbit dan teknologi komputer mereka menjadi terlalu obses dengan pekerjaan

dimana pada mereka dengan hanya mengangkat telefon mereka juga dapat meluangkan masa

bersama keluarga di rumah atau dimana mereka berada sekalipun. Pada pandangan mereka, tidak

bersua muka pun, sekurang-kurangnya dapat bercakap dengan keluarga pun itu sudah memadai.

Dalam era globalisasi masa kini, teknologi sememangnya memainkan peranan yang sangat

penting dalam kehidupan seharian kita. Malah, tanpanya, individu itu akan digelar kolot, buta

teknologi dan paling menyedihkan kehidupan mereka menjadi serba kekurangan dan

menyukarkan rutin harian mereka. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi

memastikan bidang teknologi dalam pendidikan ini terus menjadi rutin harian masyarakat

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.

Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses

untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan

dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Oleh itu, teknologi akan berubah

apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-

sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang

boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan

sehariaan.

Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan lagi. Boleh

dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama ada dalam bidang

Page 11: edu3093.docx

pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya. Namun, sejauh manakah teknologi

maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai

bahan mengajar di kelas.

Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa mesra

pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di sekolah dan

sebagainya. Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan

kurang menepati citarasa guru serta murid di sekolah. Ada kalanya terlalu canggih sehingga

sukar dipelajari dan digunakan di sekolah.

Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk

menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah

diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan

gambar  atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan

kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas.Namun, ianya

bersifat statik dan berpusatkan guru.

Sebagai contoh, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan

perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai.Cuma ianya

perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan

kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.

Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah untuk

disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah.Tentulah keadaan ini

menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya.Selain itu, perisian

dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh negara.Justeru,

kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-

murid.Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang

dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran mereka.

Page 12: edu3093.docx

Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang,

mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah.Sebagai

guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid

mereka.Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.

Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT terutamanya

komputer.Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan ICT sejak

sekolah rendah supaya mereka sudah biasa dengannya.Apabila mereka sudah terbiasa sejak kecil

dan dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke pusat

pengajian tinggi dan alam pekerjaan.

Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu menjadi

mudah.Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh serta dikongsi

dengan mudah melalui softcopy.Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel atau salinan

dalam cakera keras. Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan

bahan inovasi ini. Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

Kelemahan yang mungkin berlaku didalam bilik darjah adalah walaupun bahan pengajaran

berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada proses pembelajaran dalam

kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana bahan berasaskan ICT

memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor, kebarangkalian untuk

peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia boleh menjejaskan kelancaran

pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran.

Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam bilik

darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir daripada

kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer merupakan

sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu

menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu

mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.

Page 13: edu3093.docx

Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur permainan, hiburan

dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid pada

peringkat umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka

akan mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan

pembelajaran mereka.

Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman sebenar

kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai simulasi,

contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak mampu

memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan

dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar. Jika pembelajaran menggunakan

komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid belajar secara pasif dengan hanya duduk di

hadapan komputer. Komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid mungkin

tidak berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan perisian komputer tanpa

menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini sudah tentu

menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.

Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT, mereka akan

mula mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran. Bahan sedia ada akan hanya diubah

mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran kreatif dan kritis guru

dalam menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalah pelbagai,

bukan hanya tertumpu pada ICT semata-mata.

Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak pelbagai.

Jika dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan tersendiri dan

tidak harus dibuang begitu sahaja.  

Pendidikan pada hari ini menuntut agar guru melengkapi diri mereka dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana menggunakan ICT adalah trend masa kini dan akan

datang. Seiring dengan itu guru-guru perlu berupaya menangani perkembangan dalam ICT yang

berlaku dengan pantas,dimana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa muncul.

Page 14: edu3093.docx

Memandangkan guru-guru kini berhadapan dengan impak ICT terhadap pedagogi mereka,maka

seharusnya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT yang mantap bagi membantu

mereka menangani impak tersebut. Kesedaran,komitmen serta kerjasama bagi memaksimumkan

keberkesanan pengintergrasikan ICT dalam bilik darjah.

Integrasi ICT dalam bilik darjah merupakan perkara yang penting memerlukan sokongan serta

usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,guru ,murid dans emua pihak

sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru

perlu cepat menguasai ilmu dan ketranpilan ICT untuk diterapkan didalam proses pengajaran dan

Pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi,pelan

pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras

utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus  dilihat sebagaii satu peluang untuk

memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran.

Selain itu dengan adanya integrsi ICT dalam blik darjah guru harus berhati-hati dalam melaksana

pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran

masa dan tenaga ,menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus kea

rah penyalahgunaan kemudaham ICT.