edu3083 sem 7

18
1 Fazilah Razali (830209135030) 1.0 PENDAHULUAN Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi. Guru adalah seseorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati dalam masyarakat. Walaubagaimana pun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu salah laku seks, penyalahgunaan dadah, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya. Dan kes-kes atau isu-isu yang diperkatakan makin bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walupun ianya berpunca daripada individu tertentu yang bergelar cikgu atau guru. Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web (artikata.com), isu adalah sesuatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan) untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin kebenarannya. 1.1 Kod etika Dalam kamus dewan, etika membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip moral.

Upload: fazilah-razali

Post on 17-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Fazilah Razali (830209135030)

PENDAHULUAN

Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi. Guru adalah seseorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati dalam masyarakat. Walaubagaimana pun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu salah laku seks,penyalahgunaan dadah, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya. Dan kes-kes atau isu-isu yang diperkatakan makin bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walupun ianyaberpunca daripada individu tertentu yang bergelar cikgu atau guru. Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web (artikata.com), isu adalah sesuatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan) untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin kebenarannya.Kod etika

Dalam kamus dewan, etika membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yangmemerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalambidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya)sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi yang baik dan berjaya. Begitu juga dengan isu etika guru bukanlah cerita baru yang menghiasi dada akhbar dan kini sering dibicarakan di kaca televisyen. Profesion perguruan hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah laku guru tersiar di kaca televisyen, menjadi topik perbincangan pihak tertentu dan menghiasi dada-dada akhbar. Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara. Ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang mulia pada pandangan masyarakat. Berikut merupakan antara isu ponteng yang kini semakin menular dikalangan guru. Isu ini telah melanggar peraturan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Menurut kamus Oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, seni bina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi yang baik dan berjayaDefinisi ketidakpatuhan

Ketidakpatuhan bermaksud tidak mengikut perintah atau arahan dalam mana-mana kod etika. Guru tidak harus berkelakuan begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati.

Teori-teori kepimpinan

Teori Pilihan telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang dilahirkan di Cleveland, Ohaio, California pada 11 Mei 1925. Idea-idea Teori Pilihan mula diaplikasikan oleh beliau dalam tahun 1966 dalam sistem pendidikan di California. Teori pilihan membincangkan bagaimana seseorang individu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman dunia kualiti,keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identity Berjaya dan identity gagal. Tegas Glasser (2000), teori ini menerangkan bahawa setiap individu sebenarnya memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang diinginkan termasuklah bersedih. Psikologi kawalan luaran banyak mengganggu kita memilih apa yang diinginkan. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif. Tambah beliau, masalah manusia berpunca daripada keperluan asas yang tidak dipenuhi. Semua tindakan manusia adalah dipandu oleh keperluan asas (basic needs). Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan keinginan Psikologi dan fisiologi individu.

Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi keinginan menyayangi, disayangi inginkan penghargaan, kebebasan dan kegembiraan. Aspek menyayangi dan disayangi merangkumi keperluan kasih sayang, keintiman, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan dan orang di sekelilng. Inginkan penghargaan meliputi keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang lain. Rasa ingin bebas yang dimaksudkan oleh teori ini adalah berkeinginan memilih apa yang wajar untuk dirinya dan cenderung untuk membuat keputusan tentang kemahuan mereka dalam hidup. Manakala keperluan keseronokan adalah keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan berekreasi. Namun keperluan aspek psikologi tidak cukup sekiranya tiada aspek fisiologi yang merujuk kelangsungan hidup termasuklah individu itu berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat. Teori Pilihan memberi penekanan kepada tanggungjawab individu dan menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan realiti yang sebenar.

SENARIO DI SEKOLAH

Profesion perguruan hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah laku guru tersiar di kaca televisyen, menjadi topik perbincangan pihak tertentu dan menghiasi dada-dada akhbar. Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara. Ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang mulia pada pandangan masyarakat. Berikut merupakan antara isu ponteng yang kini semakin menular dikalangan guru. Isu ini telah melanggar peraturan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugas sampingan seperti hadir mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri. Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah.

a)Ponteng sekolah

Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan sebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik.

b) Ponteng kelas

Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat masuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dan sebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam akademik.

c)Ponteng tugasan

Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.

Pelaksanaan kod etika di peringkat sekolah

Bagi merealisasikan pelaksanaan kod etika di peringkat sekolah, beberapa langkah telah di ambil bagi mengatasi masalah yang timbul seperti memupuk semangat guru dalam memartabatkan profesion keguruan, memupuk dan menyemai minat dan keyakinan guru terhadap etika dalam komunikasi terhadap murid khususnya di sekolah. Guru-guru yang telah mendapat latihan ikhtisas diminta mengadaptasikan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mereka dan di jadikan sebagai fasilitator kepada murid-murid. Oleh yang demikian etika profesion keguruan dapat memberikan impak yang maksimum kepada pelajar-pelajar. Walau bagaimanapun terdapat juga masalah-masalah yang akan timbul dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di mana guru berhadapan dengan masalah disiplin murid, tetapi biasanya lebih banyak diperolehi kebaikan dari kelemahan dalam penyampaian ilmu khususnya di peringkat sekolah. Ianya timbul di setiap peringkat daripada pelajar mahupun guru.

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.

Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Qs. an-Nisaa [4]: 58).

Isu-isu ketidakpatuhan kod etika

Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan komitmen terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun demi setahun. Merujuk kepada berita-berita semasa, banyak isu-isu yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika profesion perguruan sekarang ini. Antara isu-isu hangat tersebut ialah yang di petik dari sumber MyMetro iaitu:

Guru mendera murid hingga mati (April 2011).

Guru disyaki rogol murid (9 Mei 2011)

Cikgu terlampau - Cikgu cabul 12 murid (Februari 2011)

Guru kena rotan dan dipenjara 36 tahun - Bersalah rogol murid 11 tahun (November 2010)

Ditampar guru - Lima dakwa ditampar guru (Mac 2011)

Sumber-sumber lain:

Guru mendera pelajar (laporan wartawan MAT SMKTPG News, 24 Jun 2008).

Guru rogol murid ditahan polis (Kosmo-5 Julai 2010).

Guru dituduh rogol pelajar (31 Disember 2007).

Guru ditahan memiliki dadah (6 April-Bernama).

Guru disiplin tampar murid lewat ke sekolah (Berita Harian Online:28 Oktober 2009).

Guru agama cabul 4 pelajar (Utusan Malaysia Online:13 Februari 2010).

Guru ditahan mengedar dadah (Berita Harian Online:20 Februari 2010).

Sikap guru tidak bertanggungjawab

Menghasut guru lain supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas.

Mengambil cuti rehat disaat perkhidmatannya diperlukan.

Berjudi

Di sabitkan kesalahan jenayah atau mahkamah syariah.

Melakukan gangguan seksual

Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri.

Mengemukan sijil sakit palsu.

Guru ingkar perintah

Membantah atau melawan pihak atasan.

Membawa keluar fail sulit atau penting tanpa pengetahuan pihak sekolah.

Pergi keluar negara tanpa kelulusan ketua jabatan.

Masih tidak menghadirkan diri walaupun di arahkan semasa cuti.

Tiada penampilan seorang guru

Pakaian guru lelaki:

Tidak memakai tali leher kemas dan teratur

Memakai baju berlengan panjang yang dilipat.

Memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan tugas rasmi.

Tidak memakai stokin.

Pakaian guru perempuan:

Memakai pakaian kurang sopan dengan memakai baju tidak berlengan dan skirt pendek.

Memakai pakaian bukan pakaian kebangsaan seperti jubah dan pakaian tradisional.

Memakai aksesori diri yang melampau.

Memakai barang kemas yang melampau.

Rambut

Rambut melebihi kolar baju (guru lelaki)

Rambut tidak terurus atau diikat jika panjang (guru perempuan)

Rambut berbau

Tidak memakai tanda atau tag nama.

CADANGAN ATAU CARA MENANGANI ISU

Pihak Pentadbir

Perbincangan - Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru yang sering ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagi mengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti ini tidak akan berulang di kemudian hari.

Surat Tunjuk Sebab - Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut.

Merujuk Kepada Lembaga Tatatertib - Namun demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah tersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.Pihak Guru

Kembali Kepada Pegangan Agama - Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Memotivasikan diri sendiri / Mengubah sikap - Apabila guru berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, dan tidak berupaya menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka amat penting bagi seorang guru mempunyai kekuatan dalaman yang kuat untuk membantu menaikkan semangat diri bagi menghadapi masalah tertentu.

Menghadiri sesi kaunseling secara sukarela - Seandainya jika masalah yang di hadapi masih berpanjangan, adalah lebih baik guru tersebut menghadiri sesi kaunseling dalam mencari jalan keluar yang terbaik

PENUTUP / RUMUSAN

Secara keseluruhnnya dapatlah dirumuskan bahawa semua individu dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai, pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan meninggalkan kesan terhadap dirinya dan banyak pihak lain. Kebebasannya untuk membuat pilihan dan keputusan menyebabkannya gagal menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul lantaran gangguan psikologi kawalan luaran yang menghalangnya dari membuat keputusan yang terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta kerana beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi.

Kesimpulannya, selaku seorang guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Guru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana mereka berada. Oleh itu, guru haruslah jelas tentang kod etika dan akauntabiliti keguruan. Mengikut pengertian Kamus Dewan (2005) etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawab guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap murid tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru juga haruslah mempunyai inisiatif untuk mendalami kod etika keguruan.

REFLEKSI

Tugasan KKP EDU3108 Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru adalah tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih PPG Prasekolah Semester 7. Tugasan ini bertujuan untuk mengasah asas kepimpinan dan profesionalisme seorang guru dalam menempuh cabaran dalam profesion perguruan. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu para guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisa maklumat untuk di persembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti. Bagi melaksanakan tugasan ini saya membuat bacaan daripada pelbagai sumber seperti internet, buku, dan surat khabar. Bacaan dibuat untuk pencarian maklumat tentang isu yang berkaitan dengan guru di mana saya telah memilih tiga isu iaitu isu guru ponteng sekolah, guru ingkar perintah dan sikap guru yang tidak bertanggungjawab. Penyelidikan dibuat berdasarkan isu dengan melihat kepada aspek-aspek yang dilanggari, faktor penyebab dan kesan-kesan kepada pihak terbabit. Oleh yang demikian penilaian dibuat secara kritis bagi menghuraikan setiap aspek yang diselidik bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang disebut.

Sewaktu menjalankan proses pencarian maklumat saya berhadapan dengan pelbagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman sesawang dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan lain. Selain itu, masalah untuk membahagikan masa untuk tugasan ini dan komitmen terhadap perkara yang lain juga menggusarkan saya terutamanya ketika tarikh untuk menghantar tugasan semakin hampir. Situasi ini telah mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan betul dan menyedarkan saya untuk menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin. Berdasarkan tugasan ini saya telah mempelajari kaedah untuk membuat penyelidikan dokumen. Kaedah yang saya gunakan adalah dengan mencari isu-isu terkiniyang berkaitan dengan guru melalui pelbagai sumber. Melalui maklumat yang diperolehi, saya juga dapat menganalisis secara kritis dan kreatif. Menurut Sperry (1970), di mana ia menghuraikan otak manusia yang menggunakan otak kirinya adalah berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Selain itu, dapatan baru hasil kajian saintifik yang dilakukan tentang keajaiban otak manusia menyimpan pelbagai maklumat, kuasa berfikir dan perkembangan pelbagai kecerdasan turut mempengaruhi pengajaran kemahiran berfikir (Abd Rahim,1999).

Seterusnya saya dapat membincangkan isu secara kritikal iaitu mencari jalan penyelesaian kepada isu terbabit dengan membuat cadangan futuristik berdasarkan data yang diperolehi. Ini amat berguna apabila saya menjadi guru kelak keranajika saya menghadapi isu yang serupa, saya mengetahui kaedah penyelesaian bagi menangani sesuatu isu dan saya juga dapat mengelak daripada menjadi punca isu tersebut. Melalui tugasan ini saya melihat isu berkaitan guru adalah isu yang sering dipaparkan di media massa sama ada bercetak ataupun elektronik. Guru adalah profesion yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan tidak hairanlah sekiranya berlaku isu berkaitan guru mendapat liputan yang meluas dari media massa. Berkemungkinan isu berkaitan guru dijadikan sebagai modal untuk melariskan jualan surat khabar kerana rata-rata masyarakat bermaklumat mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan media yang senang dicapai adalah melalui surat khabar. Saya mengaitkan tugasan ini dengan diri saya di mana saya mendapati saya perlu menghayati profesion keguruan dengan bersungguh dengan mendalami ilmu melalui budaya membaca, menyelidik dan menulis. Dengan cara demikian saya mendapat banyak pengetahuan seterusnya dapat meningkatkan asas kepimpinan dan profesionalisme sebagai seorang guru. Secara keseluruhan refleksi, guru perlu memahami dengan mendalam konsep etika, akauntabiliti dan integriti bagi mencapai asas kepimpinan dan profesionalisme yang jitu dan kukuh bagi menghadapi cabaran semasa. Guru perlu mengambil tindakan yang mana difikirkan baik bagi mencari jalan peningkatan profesionalisme dan membuat sempadan bagi sesuatu yang tidak baik seperti peribahasa menyebut buang yang keruh, ambil yangjernih.

Tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini membuka peluang kepada saya untuk menjalani pelbagai jenis langkah-langkah untuk menyiapkan kerja. Antaranya ialah menjalankan kolaborasi dengan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk meneroka isu ini. Unsur TMK yang diterapkan di dalam tugasan ini memberi ruang kepada saya untuk mencorak cara pengajaran saya pada masa akan datang. Selain itu, tidak pernah terdetik di hati saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu-isu keguruan yang wujud di arena pendidikan tanah air. Namun, tugasan ini menggalakkan saya untuk mendalami isu yang ada di peringkat sekolah. Tingkah laku yang pada sesetangah pihak dianggap biasa namun jika dari aspek kod etika keguruan guru tidak seharusnya melakukan perkara sebegitu. Berdasarkan tugasan ini juga saya mendapat banyak maklumat selain menjaga tingkah laku sebagai seorang guru. Guru juga harus mementingkan keadaan murid dan masyarakat di sekeliling.BIBLIOGRAFI:

Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995).Psikologi Pendidikan 1:Pertumbuhan Dan Perkembangan.Petaling Jaya :Logman.

Comer,R,:&Gould,E.(2011).Psychology around us.New Jersey:John Wiley &Sons,Inc.

Eysenck,M.W.:& Flanagan,C.(2000).Psychology for AS level.East Sussex:Psychology Press Ltd.

Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia: Untuk Diploma Pendidikan.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Miltenberger,R ( 2008 ). Behavior modification:Principal and procedures.(4 ed). PasificGrove CA:Brooks & Cole Publishing.

Papalia,D.E,:Olds,S.W.:& Feldman,R.D.(2004).Human development.(9 ed).Boston:McGraw-Hill.

Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip( 2001),Pembangunan Sahsiah KKD 2063, Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Harian Metro, 10 Mei 2011.

Kosmo, 5 Julai2010.

Utusan Malaysia,2010.

http://www.artikata.com/arti-331194-isu.html.

www.bacaanonline.com/pdf/maksud-pembangunan sahsiah-guru-html

www.bacaanonline.com/pdf/isu-pembangunan sahsiah-guru-html

www.bacaanonline.com/pdf/definisi-teori-pembangunan sahsiah-guru-html

www.bacaanonline.com/pdf/definisi-pembangunan sahsiah-guru-html