edu group work

8
Persatuan: OBJEKTIF: 1. Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah. 2. Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat 3. Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru. 4. Mengisi masa terluang murid. 5. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 6. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 7. Pelajar-pelajar dapat hormat-menghormati antara satu sama lain. Gotong-royong: Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat antara satu smaa yang lain. Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Kebaikan Dapat memupuk semangat silaturahim dalam kalangan pelajar Dapat bertolak ansur antara satu sama lain Dapat mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar Dapat menjamin semangat bersatu padu di kalangan sekolah Dapat berkomunikasi dan dapat pelbagai cadangan yang datang dari pelajar pelbagai kaum Dapat memudahkan kerja yang kita lakukan.

Upload: tan-benny

Post on 15-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

EDU 3063

TRANSCRIPT

Persatuan:OBJEKTIF:1. Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.2. Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat3. Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.4. Mengisi masa terluang murid.5. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.6. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.7. Pelajar-pelajar dapat hormat-menghormati antara satu sama lain.

Gotong-royong:Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela.Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat antara satu smaa yang lain. Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih.Kebaikan Dapat memupuk semangat silaturahim dalam kalangan pelajar Dapat bertolak ansur antara satu sama lain Dapat mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar Dapat menjamin semangat bersatu padu di kalangan sekolah Dapat berkomunikasi dan dapat pelbagai cadangan yang datang dari pelajar pelbagai kaum Dapat memudahkan kerja yang kita lakukan.Kelemahan Mewujudkan situasi tidak bekerjasama kerana kesusahan berkomunikasi antara bangsa-bangsa yang lainPenambahbaikkan Pembahagaian kumpulan-kumpulan untuk menjalani aktivit-aktiviti masing-masing dengan susun atur yang terancangLawatanProses pembelajaran bukan sahaja berlaku semsa pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Guru boleh mengadakan lawatan sambal belajar bagi memberi peluang kepada murid memgkaji, menganalisis dan membuat perbandingan. Dengan ini, pelajar-pelajar mempunyai cadangan dan pandangan masing-masing.Kebaikan Dapat menambah ilmu pengetahuan murid Dapat mengenali keistimewaan pelbagai kaum seperti melawat ke kilang baju kebaya yang merupakan tradisional orang Melayu Dapat cara bagaimana mengendalikan sesuatu organisasi seperti AJK yang dilantik ke lawatan Dapat mengenali kawan yang berlainan dan dapat menukarkan pandangan masing-masingKelemahan Tidak dapat mewujudkan semangat berpasukan dengan sepasukan kawan yang terdiri daripada bangsa yang samaPenambahbaikkan Guru atau AJK perlu membahagikan kumpulan sebelum pergi ke lawatan untuk menjamin satu kumpulan terdiri daripada pelbagai kaumSenamrobikSenamrobik adalah satu bentuk metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan penggunan oksigen.Kebaikan Dapat memperkenalkan banyak kawan-kawan yang berbangsa lain. Dapat bersenam, berkawan dan berkomunikasi bersama-sama dengan mempunyai objektif yang sama. Dapat badan yang cergas dan otak yang cerdas.Kelemahan Pelajar-pelajar hanya membuat senaman secara masing-masing dan tidak mampu berkawan. Terdapat murid yang malas atau tidak bekerjasama. Mereka tidak melakukan senaman senamrobik dan hanya berdiri di sana sahaja.Penambahbaikkan Merancangkan senamanrobik dengan menjalani activiti secara berkumpulan dan kumpulan ini terdiri daripada kaum yang lain. Dalam sesi senamrobik patut masukkan unsur pelbagai kaum seperti muzik yang digunakan terdiri daripada muzik Cina, Melayu dan lain-lain.Jejak SejarahSekadar membuat tekaan, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya.

Kebaikan Bekerja secara berkumpulan dan bekerja sambil belajar dengan objektive yang sama. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat berkomunikasi antara satu sama yang lain dan menyampaikan cadangan-cadangan yang berlainan.Kelemahan Pelajar-pelajar hanya mengekalkan sikap mementingkan diri sendiri dan tidak berkongsi dengan pengetahuan atau cadangan masing-masing.

Penambahbaikkan Cikgu-cikgu hendaklah membahagikan kumpulan dengan bangsa yang lain. Selain itu, menyuruh setiap kumpulan menyediakan laporan selepas berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.Pertukaran pelajar antara negara Program pertukaran pelajar ialah program yang memerlukan penghantaran pelajat yang terplikh ke luar negara yang mereka minati serta menerima pelajar dari luar negara ke sekolah berkenaan.Program pertukaran pelajar bukan sahaja popular di universiti malah di peringkat sekolah juga.Kebaikan Dapat mengalami cara-cara kehidupan dan pengalaman yang lain. Dapat memahami kaum dan adat yang berlainan dengan kawan-kawan yang berbidang kaum. Dapat berkawan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Program ini juga mengajari generasi muda untuk pandai berfikir dan lebih dinamik dalam menyesuaiakn diri. Budaya hedonistik di negara-negara Barat yang kerap menjadi tujuan utama destinasi untuk Program Pertukaran Pelajar dapat meracuni minda pelajar pelajar untuk ikut terjerumus dalam gaya hidup bebas yang bertentangan dengan ukhuwah Islam. Hal ini akan meranapkan maruah dan identiti bangsa sebagai negara yang bermoral dan bertatasusila tinggi. Kelemahan Pelik dan masih tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan dan alam sekitar yang masih baru. Dengan ini, malu untuk pelajar-pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Pelajar pula akan seperti kacang lupa akan kulitnya jika mereka tidak mempunyai semangat nasionalisme. Mereka akan terkena oleh keseronokan hidup di negeri orang dan melupakan negaranya sendiri. Ini merupakan salah satu bentuk imperialisme Barat untuk menjejaskan apresiasi generasi muda negara-negara di Asia.Penambahbaikkan Memperkenalkan kawan-kawan di tempat-tempat tersebut sebelum penukaran. PerayaanPerayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.Kebaikan Dengan bangsa-bangsa yang berlainan di kalangan persekolahan, oleh itu pelajar-pelajar dapat mengalami budaya dan adat secara masing-masing. Dengan ini, dapatlah hormat-menghormati antara satu sama yang lain.Kelemahan Pelajar-pelajar beranggapan memahami adat dan budaya masing-masing adalah sesuatu yang membazirkan masa.Penambahbaikkan Cikgu-cikgu mesti menyuruhkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam activiti-activiti yang berkaitan dengan perayaan-perayaan yang berlainan.TarianMalaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat Melayu, India, Cina dan lain-lain. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, kathak, bhrata natyam, singa, kipas,ngajat dan sumazau.Kebaikan Dapat berkawan dengan belajar tarian tradisional dari kaum masing-masing dan dapat mengajar dan memberi cadangan yang berlainan apabila belajar. Dapat belajar tarian tradisional pelbagai kaum dengan bersungguh-sungguh. Tarian merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang terhadap kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak menghidupkan suasana aktif pembelajaran. Tarian menggalakkan interaksi di antara murid dan guru menyebabkan pembelajaran lebih menyeronokkanKelemahan Tidak mahu menerima atau belajar dari yang lain. Berasa tidak ada minat terhadap tarian tradisional kaum lain dan beranggapan ini akan menggunakan masa yang banyak untuk belajarnya.Penambahbaikkan Mengadakan sesi perbincangkan. Dengan ini, dapatlah semua pelajar memberi cadangan dan pandangan masing-masing. Pembahagian sesi belajar dengan baik. Sebagai contoh, dua jam untuk satu jenis permainan tradisional dan dua jam selepasnya bertukar kepada tarian lain agar pelajar tidak berasa bosan.