work ethics

23
FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT OUMM 3203 PROFESSIONAL ETHICS

Upload: nursaudah-saidsalleh

Post on 08-Aug-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: work ethics

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

OUMM 3203

PROFESSIONAL ETHICS

KHAIROL AZWAN BIN ARIS810628045437001

Page 2: work ethics

1.0  PENGENALAN

Kehidupan manusia di dunia ini adalah berdasarkan kepada etika yang diamalkan

dalam kehidupan mereka bagi menentukan kejayaan dalam hidup seseorang. Individu yang

beretika akan melahirkan masyarakat, bangsa dan negara yang beretika. Masyarakat yang

beretika adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada falsafah moral dan etika untuk

menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara.  Penghayatan kepada falsafah moral dan

etika dan seterusnya mengamalkannya adalah penting kerana kemajuan dari segi material

semata-mata akan menyebabkan sesebuah masyarakat dan negara itu pincang.

Selain etika yang diterapkan dalam diri individu, etika dalam bentuk kolektif juga

perlu diamalkan dalam sesebuah organisasi. Perkara ini bagi menjamin keberlangsungan

sesebuah organisasi. Jika sesebuah organisasi mempunyai sekumpulan pekerja yang

mengamalkan etika profesional, maka tidak ada alasan untuk organisasi tersebut memperoleh

kejayaan dan seterusnya memberikan keuntungan bukan sahaja kepada organisasi tersebut,

malah kepada bangsa dan negara

Negara kita semestinya mempunyai rakyat yang mengamalkan etika dan budaya yang

positif dan unik yang membantu menaikkan industri pelancongan negara. Menurut Pengurus

Besar  Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014, Nor Yahati Awang Sehingga September

2013 yang lalu, Malaysia menerima  kedatangan 46 juta orang dan daripada jumlah berkenaan

23 juta orang adalah pelancong. Ia menjadikan negara mencatatkan kemasukan 25,032,708

pelancong asing, berbanding 24,714,324 pelancong asing yang direkodkan pada tahun

sebelumnya .

Kepentingan etika profesional juga dapat dilihat melalui aspirasi mantan Perdana

Menteri ke empat Tun Doktor Mahathir Mohamad dalam Wawasan 2020. Pada cabaran yang

ketujuh untuk membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang, sebuah

sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan

rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang

mantap.  Wawasan 2020 bertujuan mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju

berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru negara-negara maju yang lain.  Kemajuan yang

dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna mengikut acuan budaya tersendiri masyarakat

kita dan tidak hanya diukur daripada sudut pembangunan materialistik sahaja.  Oleh itu,

dalam gagasan ini kerajaan bertekad untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna

berlandaskan kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi. 

Page 3: work ethics

2.0  DEFINISI

Kajian berkenaan etika telah lama menjadi perbahasan ilmuan. Sebelum melangkah

kepada perbincangan yang lebih mendalam berkaitan etika, adalah lebih baik untuk kita

menyusuri definisi etika.

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) mendefinisikan etika sebagai prinsip moral

atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan . White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu cabang falsafah yang

berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia.   Pendekatan

secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui

rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.  Menurut Sahakian et.al. (1993), etika

berasal daripada bahasa Greek kuno iaitu ethos yang bermaksud “falsafah moral”.  Etika

merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan

baik. .  Salah satu aspek utama etika ialah kehidupan yang baik, iaitu kehidupan yang bernilai

atau memuaskan.  Pencarian summum bonum atau “kebaikan yang terbaik” merupakan salah

satu isu utama dalam etika. 

           Kesimpulannya etika ialah prinsip-prinsip tingkah laku yang akan menentukan

tindakan yang diambil oleh seseorang individu itu boleh diterima daripada segi moral atau

sebaliknya.  Setiap individu perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh setiap anggota

masyarakat di sekelilingnya.  Individu yang tidak mempunyai etika akan menyebabkan

wujudnya konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak bertanggungjawab, cuai dalam

tugas dan sebagainya.

2.1  Etika Profesional

Bagi mendalami maksud etika profesional, maka kita hendaklah mengetahui pula apa

yang dimaksudkan dengan profesional. Profesional bermaksud keupayaan dan kecekapan

dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan dan kepakaran. 

Etika professional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang

profesional.  Menurut Mohd Janib Johari (2001), etika profesional merupakan satu alat

kawalan sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan organisasi dan masyarakat

mengawasi dan menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.  Secara ringkasnya, etika

profesional boleh disimpulkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti

moral, profesional dan nilai seseorang individu atau sesebuah organisasi.

Page 4: work ethics

            Dalam sesuatu profesion, etika profesional dijadikan sebagai panduan oleh setiap

kakitangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.  Etika tersebut mesti dipatuhi

untuk memastikan tiada sebarang masalah atau konflik sosial seperti jenayah ketika

menjalankan tanggungjawab. 

Kesimpulannya, etika profesional merupakan penentukur dan garis panduan yang

bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin, kualiti dan produktiviti seseorang kakitangan

dalam sesebuah organisasi.  Etika profesional memberi penekanan terhadap semua aspek yang

berkaitan dengan peraturan, peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion. Oleh itu,

prinsip etika ini perlu difahami dan diaplikasikan oleh setiap anggota masyarakat dalam apa

juga perkara yang dilakukan.

Page 5: work ethics

3.0  FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI ETIKA INDIVIDU

Terdapat beberapa faktor yang mencorakkan etika seseorang.  Faktor-faktor tersebut

adalah pengaruh ahli keluarga dan rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip

moral dan faktor keadaan atau situasi.   

3.1  Pengaruh Keluarga

Seseorang individu akan mula membentuk etika dalam diri mereka sejak zaman

kanak-kanak melalui perbuatan meniru atau mencontohi perilaku ibu bapa mereka.  Pada

waktu itu, peranan ibubapa dan ahli keluarga yang lain amat besar dalam mempengaruhi

pembentukan etika kanak-kanak tersebut. Sekiranya ibubapa dan ahli keluarga banyak

menunjukkan etika dan tingkahlaku yang baik, maka kanak-kanak tersebut akan membentuk

nilai dan etika yang baik. Namun sebaliknya jika kanak-kanak tersebut membesar dalam

suasana yang tidak beretika maka hasilnya lahirlah individu yang tidak beretika.

3.2  Pengaruh Rakan

Apabila kanak-kanak telah mula bersekolah, mereka akan dipengaruhi pula oleh rakan

sebaya. Faktor pengaruh rakan merupakan salah satu faktor yang kuat mempengaruhi

pembentukan etika seseorang individu. Ini adalah disebabkan mereka bertemu dan bergaul

sesama mereka untuk tempoh enam ke lapan jam hampir setiap hari  Mereka akan

menunjukkan etika yang baik sekiranya bergaul dengan rakan sebaya yang baik dan begitulah

juga sebaliknya mereka akan menunjukkan etika yang negatif jika bergaul dengan rakan yang

tidak beretika.

3.3  Pengalaman Hidup

Pelbagai pengalaman yang dihadapi dalam kehidupan seseorang. Pengalaman tersebut

juga akan sedikit sebanyak mempengaruhi etikanya. Pengalaman tersebut samaada

pengalaman yang menggembirakan atau menyedihkan, positif atau negatif akan membentuk

kehidupan dan prinsip etika seseorang. Pengalaman ini akan membantu mematangkan

seseorang untuk menjalani kehidupan mendatang.

3.4  Nilai Peribadi dan Prinsip Moral

Kedudukan dan status seseorang dalam sesebuah masyarakat juga akan menentukan

etika seseorang.  Contohnya jika seseorang individu lebih mengutamakan keluarga, maka nilai

Page 6: work ethics

peribadinya pasti berbeza dengan seseorang yang lebih mengutamakan kedudukan pangkat

dan kewangan yang secara mudahnya akan bertindak berdasarkan kepentingan peribadi tanpa

mengira implikasinya terhadap individu lain.

3.5  Faktor Situasi

Etika seseorang individu juga boleh dipengaruhi oleh faktor situasi kehidupan yang

dilaluinya. Walaupun sesuatu perilaku itu tidak beretika, tetapi faktor situasi boleh

menyebabkan  seseorang melanggar etika tersebut.  Contohnya seseorang ibu tidak mungkin

akan membiarkn anaknya dalam kesusahan dan kelaparan, tetapi dalam situasi tertentu

seperti tekanan emosi dan kedaifan boleh menyebabkan si ibu mengabaikan tanggungjawab

terhadap anaknya.

Page 7: work ethics

4.0  TIGA FAKTOR YANG MEMBENTUK ETIKA INDIVIDU

Daripada beberapa faktor yang mempengaruhi etika yang telah disebutkan di atas, tiga

faktor yang dianggap paling penting dalam mempengaruhi etika seseorang yang akan

diterangkan dengan lebih jelas ialah faktor pengaruh keluarga, faktor pengaruh rakan sebaya

dan factor situasi.

 4.1  Pengaruh Keluarga

Ibubapa dan ahli kelurga merupakan perkara pertama yang dikenali oleh seorang bayi

dan kanak-kanak. Oleh itu keluarga memainkan peranan yang sangat besar dalam

mempengaruhi etika dalam diri seseorang. Perkara ini adalah disebabkan kanak-kanak amat

cepat belajar dan salah satu cara mereka belajar adalah dengan cara meniru perlakuan orang

sekeliling mereka.

Menurut Prof. Madya Dr. Mastura Badzis, Pengarah Pusat Penyelidikan

Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris, pernah

menyatakan hakikat yang perlu kita tahu daripada fakta oleh pakar perkembangan dan

psikologi kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun pertama adalah peringkat paling utama

dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat  atau tahap

umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80

—85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang

kanak-kanak dan melaui peringkat perkembangan otak yang paling pesat. Justeru boleh

dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-

kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Sebagaimana yang kita ketahui kanak-kanak di bawah usia 6 tahun biasanya

menghabiskan masa mereka bersama keluarga. Ahli keluargalah merupakan kumpulan

individu yang paling hampir dengan kanak-kanak semasa mereka membesar. Oleh itu setiap

ahli dalam sesebuah keluarga mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap pembentukan

etika kanak-kanak.  Segala kelakuan dan perbuatan yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga

terutamanya ibu bapa akan ditiru dan diamalkan oleh kanak-kanak kerana meniru merupakan

cara mereka belajar pada usia awal tersebut. 

Disebabkan itu, ahli keluarga terutama ibubapa mesti menyedari hakikat ini. Mereka

mesti berusaha menanamkan etika yang positif dalam diri kanak-kanak dengan cara

Page 8: work ethics

menunjukkan dan mengamalkan etika yang positif dalam kehidupan sehariaan mereka.

Perkara ini amat penting kerana sekiranya ibu bapa mempunyai etika yang positif, maka

kanak-kanak tersebut akan meniru dan mengamalkan etika positif tersebut.  Ibu bapa yang

mengamalkan gaya hidup yang positif seperti menghormati orang lain, akan membina diri

individu yang beretika, menghormati orang lain dan menjadi seorang warganegara yang

berguna.

Tetapi sekiranya ibu bapa kanak-kanak tersebut mengamalkan etika yang negatif,

maka kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan membesar dengan perilaku dan etika

yang negatif.   Contohnya, seorang bapa yang sering mengeluarkan kata-kata yang kurang

sopan akan menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah baik dan kanak-kanak tersebut

akan menjadikan tabiat bercakap kurang sopan sebagai etika dalam kehidupannya.  Oleh itu,

ibu bapa sepatutnya menjadi seorang idola dan contoh terbaik kepada anak-anaknya dengan

mengamalkan perilaku yang beretika.

            Berdasarkan pengamatan dan pengalaman dalam bidang kerjaya dan rumahtangga,

amat jelas diihat kesan pendidikan daripada zaman kanak-kanak akan membentuk seseorang

individu. Bagi pengalaman peribadi saya sendiri yang mempunyai adik beradik lelaki yang

ramai dan hanya mempunyai seorang kakak menyebabkan ibubapa saya menunjukkan segala

tugasan perlu dibuat secara bersama tanpa membezakan tugasan kepada anak lelaki atau

perempuan. Hasilnya kami berlima beradik mampu menguruskan segala kerja rumah daripada

mengemas, membasuh pinggan mangkuk, membersihkan rumah sehinggalah kepada

memasak tanpa sebarang masalah berbanding dengan rakan-rakan yang tidak didedahkan

dengan kerja-kerja rumah tersebut.

Selain itu, saya juga mempunyai hobi membaca.. Ini disebabkan sejak saya kecil, saya

sering melihat ibu dan bapa saya sering mempunyai buku di tangan mereka. Daripada

pengamatan saya terhadap tabiat kedua ibubapa menyebabkan saya juga mempunyai hobi

yang sama. Namun begitu seiring dengan perkembangan teknologi terkini,saya masih lagi

suka membaca tetapi bahan bacaan saya sekarang adalah yang dimuatturun daripada perisisan

telefon pintar. Oleh kerana telefon pintar yang sering berada di tangan menggantikan buku,

maka saya melihat anak saya lebih gemar bermain dengan telefon pintar atau tablet

berbanding dengan memegang buku yang dibelikan untuknya.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi, pengaruh keluarga sangat membawa kesan yang

besar dalam membentuk etika yang baik untuk kehidupan seseorang.

Page 9: work ethics

4.2  Pengaruh Rakan

Selain daripada faktor latarbelakang keluarga, faktor rakan sebaya juga merupakan

faktor yang besar yang dapat mempengaruhi proses pembentukan etika.  Pengaruh keluarga

akan berkurangan apabila kanak-kanak meningkat remaja.  Oleh kerana pada umur sebegini,

kebanyakan remaja sudah mempunyai ramai kawan bahkan sesetengah mereka menjadi amat

rapat dengan kawan berbanding dengan keluarga sendiri

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun

kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama. Kumpulan rakan sebaya ini

mempunyai peranan yang besar dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang

memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.

Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti

ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah.

Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah

laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg,

1995). Selain dipengaruhi, mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990).  Oleh

kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan rakan sebaya amat penting, seseorang remaja

akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpuan tertentu samaada ia positif

ataupun negatif.  Contohnya, sekiranya rakan-rakan dalam sesebuah kumpulan rakan sebaya

tersebut mempunyai standard etika yang tinggi seperti mementingkan disiplin diri dan

pelajaran maka individu-individu dalam kumpulan tersebut juga akan menerima standard

etika tersebut.

            Pengaruh rakan sebaya juga boleh mewujudkan tabiat yang negatif seperti ponteng

kelas, vandalisme, merokok dan mungkin juga perbuatan jenayah sosial.  Golongan remaja

biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.   Kebiasaannya,

golongan remaja yang melakukan salahlaku akan melakukannya secara berkumpulan. 

Mereka belum mencapai tahap umur yang matang untuk menilai sesuatu perbuatan dan hanya

ingin menurut kata hati sendiri.Apabila mereka berkumpul sesama mereka, maka akan

timbullah pelbagai idea untuk melakukan sesuatu yang baru tanpa mengambilkira kesalahan

di sisi undang-undang.

Mengikut pengalaman saya sendiri ketika bersekolah dan tinggal di asrama, saya

adalah individu yang amat berlainan semasa bersama keluarga dan rakan sebaya. Ibubapa dan

Page 10: work ethics

keluarga telah membentuk diri saya menjadi seorang anak yang beretika, tetapi dengan rakan

sebaya di asrama saya suka melakukan aktiviti yang negatif yang biasa dilakukan oleh pelajar

di asrama seperti keluar ke bandar tanpa pengetahuan warden. Walaupun mengetahui perkara

tersebut adalah salah, tetapi bersama dengan rakan sebaya, kami merasa bangga sekiranya

dapat melakukan perkara tersebut.

Begitu juga dengan tabiat merokok yang sukar untuk dihentikan, walaupun bapa saya

bukan seorang perokok, saya mempelajarinya daripada rakan sebaya ketika di alam remaja.

Sehingga kini walaupun pelbagai cubaan untuk berhenti daripada tabiat yang saya sendiri

mengakui sebagai tabiat yang buruk, ia adalah amat sukar sekali kerana kini saya bersama-

sama pula dengan rakan sekerja yang mempunyai tabiat yang sama.

Oleh itu, terbukti pengaruh daripada rakan sebaya juga merupakan faktor yang kuat

yang yang akan mencorak sikap, tingkah laku dan etika individu terutamanya mereka yang

berasal daripada keluarga bermasalah.

4.3  Faktor Situasi

Situasi merujuk kepada keadaan, suasana dan kedudukan sesuatu perkara. Situasi

boleh mempengaruhi etika pula bermaksud keadaan hidup seseorang akan boleh memberi

kesan kepada etika hidup yang diamalkan terutama ketika berdepan dengan sesuatu masalah

atau dilema dalam kehidupan. Kadangkala seseorang secara tidak sengaja berada dalam

situasi yang memerlukan mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan yang baik.

Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai masalah kewangan menipu dalam akaun

tuntutan mereka kerana mempunyai masalah beban kewangan pada ketika itu. Walaupun

keadaan ini tidak memberi justifikasi yang tepat kepada ketidakjujurannya, namun ianya perlu

dalam konteks memberi kefahaman mengapa seseorang boleh bertindak secara tidak beretika

sekiranya mereka berada di dalam situasi tertentu seperti berada di dalam dilemma atau

tertekan dengan masalah di tempat kerja atau di rumah.

Sepertimana yang kita maklum, baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita

seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan yang menyayat

hati akibat menjadi mangsa pengabaian ibu sendiri. Secara fitrah dan logiknya, semua ibu

menghendaki yang terbaik untuk anak mereka dan akan berusaha semampu yang mungkin

untuk melindungi anak mereka. Semua manusia akan mengakui ibu mana yang tidak

Page 11: work ethics

sayangkan anak. Namun, daripada kes ini, kita tidak dapat menerima hakikat perbuatan kejam

seorang ibu yang sanggup meninggalkan anak dalam keadaan tidak terurus dari segi makan

dan pakainya. Secara logiknya kita semua tidak mampu untuk memberi alasan mengapa si ibu

sanggup memperlakukan anaknya sedemikian. Namun, sekiranya ditinjau dari aspek

psikologi, situasi yang dialami ibu remaja tersebut memungkinkan dia bertindak sedemikian.

Apabila diceraikan oleh suami, dan terpaksa menjaga anak istimewa yang memerlukan

penjagaan rapi seorang diri mungkin menyebabkan ibu hilang kewarasan akal lantas bertindak

mengabaikan anaknya. Ini jelas dilihat keadaan remaja tersebut sebelum ini yang kelihatan

baik dan terurus sebelum berlakunya perceraian tersebut.

Melalui pengalaman saya sendiri ketika bertugas di Sierra Leone Afrika Barat, situasi

negara itu yang belum stabil dari aspek ekonomi dan keselamatan, menjadikan saya seorang

yang lebih bersyukur dan lebih berani dalam menjalani kehidupan sekarang. Melihat kepada

keadaan mereka yang amat sukar meneruskan kehidupan kerana sumber makanan yang terhad

dan tidak mampu dimiliki, menjadikan saya seorang yang mudah menawarkan bantuan dan

amat sensitif terhadap mereka yang serba kekurangan.

Di negara tersebut juga saya melihat salahlaku rasuah berlaku di mana-mana sahaja. Ia

menjadi satu kemestian apabila hendak berurusan dengan pihak berkuasa. Saya melihat

perkara tersebut seolah-olah bukanlah satu kesalahan kerana pihak berkuasa sendiri yang

melakukan salhlaku tersebut. Walaupun saya amat membenci rasuah dan tahu ia perbuatan

yang tidak beretika, pada beberapa ketika saya terpaksa juga memberi rasuah terutama ketika

berurusan di lapangan terbang bagi memudahkan urusan penerbangan saya untuk pulang ke

Malaysia atau untuk memasuki negara tersebut.

Maka, boleh disimpulkan di sini bahawa situasi yang dialami oeh seseorang pada masa

tertentu, boleh menjadikan seseorang itu lebih beretika atau terpaksa memilih cara yang tidak

beretika untuk kepentingan dirinya.

Page 12: work ethics

5.0  UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN UNTUK PILIHAN MORAL

Setiap orang akan sentiasa bebas untuk memilih agar menjadi seseorang yang beretika

atau tidak. Maka , untuk memastikan semua orang mesti memilih cara hidup yang beretika, ia

tidak boleh hanya bergantung kepada kekuatan dalaman seseorang . Oleh itu, undang-undang

diperukan bagi menjadi panduan kepada pilihan hidup yang lebih bermoral.

Undang-undang merupakan satu set peraturan yang konsisten dan digubal oleh

masyarakat untuk mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published), diterima

(generally accepted) dan dikuatkuasakan (enforced).  Secara ringkasnya, undang-undang

adalah set peraturan yang dibina oleh masyarakat untuk menguasai atau mengawal kelakuan

di dalam sesebuah masyarakat.  Undang-undang akan mengatur perjalanan hidup manusia

tanpa mengira pangkat, warna kulit, agama, ideologi politik dan sebagainya agar perjalanan

hidup mereka seiring dengan norma yang dibenarkan dan diterimapakai oleh masyarakat .

Di negara kita, badan kehakiman yang menjaga undang-undang terletak di hirarki

yang tinggi dalam negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga melafazkan ikrar untuk patuh

kepada undang-undang dan perlembagaan dalam ikrar kita.Ini membuktikan undang-undang

mengawal dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dan rakyatnya.  Selain

daripada itu, undang-undang juga berperanan sebagai agen keamanan dan kesejahteraaan. 

Undang-undang mesti dilaksanakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat daripada

melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai.  Individu

yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan

perbuatan mereka.  Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada si

pelaku dan orang ramai.  Oleh yang demikian, hak-hak dan kebebasan setiap individu akan

terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan poitik yang stabil dapat

diwujudkan.

Inilah kepentingan undang-undang yang boleh kita lihat yang dapat menjadikannya

sebagai panduan untuk pilihan moral.  Ini bermaksud seseorang individu di dalam sesebuah

masyarakat perlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan dengan dilema etika. 

             Sebagai contoh, setiap individu yang tinggal di dalam negara Malaysia tertakluk di

bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang bertujuan untuk melindungi rahsia

keselamatan negara.  Ketika tugasan ini sedang disiapkan, negara digemparkan dengan kes

berkenaan seorang diplomat yang didakwa membocorkan dokumen tidak sah berhubung

Page 13: work ethics

jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab

Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa

telah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan

tegas terhadap penjawat awam yang didapati membocorkan rahsia-rahsia kerajaan.

Selain itu, kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat terutama

ketika musim perayaan. Salah satu faktornya adalah keadaan pemandu yang tidak mematuhi

etika di jalanraya. Rekod mencatatkan angka kematian kemalangan jalan raya di Malaysia

adalah yang tertinggi di dunia, iaitu 19 kematian setiap hari. Oleh itu, kerajaan terus

mengambil serius tentang perkara ini dengan melipatgandakan usaha dalam menangani kes

ini, antaranya melaksanakan penggunaan kamera AES pada kawasan yang sering menjadi

lokasi kemalangan. Saman akan dikeluarkan bagi mereka yang melanggar had laju yang

ditetapkan dan tindakan yang lebih tegas akan dikenakan. Saya sendiri pernah menerima

saman berkaitan had laju. Disebabkan itu, saya menjadi lebih berhati-hati dan memastikan

saya sentiasa mematuhi etika di jalan raya.

Page 14: work ethics

6.0 KESIMPULAN

Dalam kehidupan kita di dunia ini, sudah pasti menyebabkan kita akan bekerja dan

berkomunikasi sesama manusia. Oleh itu, bagi mengekalkan komunikasi dan perhubungan

yang baik maka semua manusia perlu berpegang kepada cara hidup beretika. Etika

merupakan prinsip moral atau akhlak yang mesti menjadi pegangan setiap individu. Etika

yang baik akan membina seorang individu mulia dan berintegriti mempunyai sifat-sifat terpuji

dan siasah diri yang unggul walau di mana sahaja dia berada kerana nilai etika telah

membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak- tanduknya. Perkara ini seterusnya akan

membawa kejayaan kepada dirinya sendiri seterusnya kejayaan kepada masyarakat dan

negara.

Selain etika yang membentuk peribadi seseorang individu, bagi sesebuah organisasi, ia

memerlukan setiap anggota dalam organisasi tersebut mempunyai etika professional. Ia

merujuk kepada nilai dan etika yang diperlukan dalam bidang professional. Pegangan kepada

etika inilah yang akan memastikan seseorang menjalankan tugas yang telah diamanahkan

mengikut peraturan yang digariskan bagi menjayakan kelangsungan organisasi tersebut.

Pekerja yang mempunyai etika kerja yang baik pastinya akan memberi keuntungan kepada

semua.

 Namun begitu etika tidak datang begitu sahaja Ia bukan satu perkara yang

dianugerahkan kepada seseorang sejak ia lahir. Tetapi etika perlu dipuuk melalui didikan

samaada formal atau tidak. Etika juga akan berubah bergantung kepada beberapa faktor.

Antara factor yang mempengaruhi etika yang dibincangkan dalam tugasan ini adalah faktor

ahli keluarga dan rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip moral serta

faktor keadaan atau situasi.

Dalam tugasan ini, saya telah memfokuskan tiga faktor utama yang mempengaruhi

etika seseorang individu. Peranan ibubapa dan ahli keluarga merupakan faktor yang paling

utama kerana pada peringkat awal umur seseorang itulah paling banyak perkara yang

dipelajari hingga menjadikan ia tabiat bagi seseorang. Jika keluarga mengamalkan nilai dan

etika yang positif, maka sudah pasti individu yang terbentuk daripada keluarga tersebut akan

mengamalkan etika yang baik sepanjang kehidupan mereka dan begitulah jika sebaliknya.

Faktor pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam

membentuk etika seseorang. Ini disebabkan apabila kanak-kanak beralih ke alam remaja,

maka kebanyakan masa mereka dihabiskan bersama rakan sebaya mereka. Di sinilah rakan

Page 15: work ethics

sebaya mengambil peranan yang besar dalam menentukan standard etika yang diamalkan.

Jika mereka bersama dengan rakan sebaya yang menamalkan etika yang baik, sudah pasti

akan melahirkan individu yang beretika. Faktor seterusnya yang mempengaruhi etika ialah

situasi atau keadaan seseorang. Perkara ini biasanya berlaku apabila seseorang terjerat dalam

situasi yang memerlukannya membuat pilihan yang beretika atau tidak untuk kepentingan diri

sendiri.

Oleh kerana banyak faktor luaran yang mempengaruhi etika seseorang, maka undang-

undang diperlukan sebagai satu dorongan agar manusia sentiasa memilih cara hidup yang

beretika. Undang-undang akan memastika setiap individu akan mematuhi nilai etika pada

setiap masa dan dalam jua keadaan. Oleh itu sekiranya berlaku perlanggaran etika, maka

sudah pastilah tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar etika

tersebut.

Sebagai kesimpulannya, semua orang mesti mengamalkan etika yang baik pada setiap

masa kerana ia merupakan satu kemestian bagi menjamin kesejahteraan negara. Adalah

menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan amalan etika yang baik sejak dari kanak-

kanak hinggalah akhir hayatnya agar menajdikan masyarakat Malaysia terutamanya sebuah

negara yang dipandang tinggi bukan sahaja kerana pencapaian kemajuan malah boleh

dicontohi kerana rakyatnya mengamalkan etika hidup yang mulia.

(3635 patah perkataan)

Page 16: work ethics

RUJUKAN

1. Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok.  (2011).  Professional Ethics.  Selangor Darul

Ehsan: 

2. OUM.

3. Mohd Jabib Johari.  (2001).  Etika Profesional.  Johor:  Universiti Teknologi Malaysia.

4. Sahakin et.al.  (1993).  Ideas of the Great Philosophers.  Pg31.  Barnes and Noble

Books.

5. White, T.I (1993).  Busines Ethics:  A philosophical Readar.  New York:  MacMiller

Pub. Co.

6. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. http://sdnsukamerang2.blogspot.com/p/pendidikan-anak-diperingkat-awal-umur.html

8. http://zahirzainudin.blogspot.com/

9. http://eprints.utm.my/10118/1/JURNAL_MASTER.pdf

10. ews.abnxcess.com/bm/2013/12