paper work batik

20
1. Penghargaan Selembar penghargaan kami tujukan kepada pihak kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengkaji serta memperlihatkan khazanah tamadun melayu yang amat berharga ini kepada semua masyarakat terutamanya kami golongon muda yang akan meneruskan usaha murni mengekalkan budaya dan seni tanah air. Seterusnya ucapan perhargaan kepada teman-teman seperjuangan yang telah banyak memberi semangat kepada kami dalam menyiapkan kajian ini. Tidak cukup dengan itu, tanpa segan silu menghulurkan tangan dengan hati yang ikhlas membantu kami mengumpul maklumat serta berkongsi pendapan yang bernas dalam memastikan kajian ini lebih mantap supaya dapat membuka minda dan hati masyarakat kini bertapa pentingnya memelihara khazanah warisan Negara ini. Pohon sirih pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Kalungan budi junjungan kasih menjadi kenangan sepanjang zaman

Upload: kasri-aziz

Post on 01-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

cerita batik

TRANSCRIPT

1. Penghargaan

Pohon sirih pohon selasihTumbuh merimbun di hujung lamanKalungan budi junjungan kasihmenjadi kenangan sepanjang zaman

Selembar penghargaan kami tujukan kepada pihak kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengkaji serta memperlihatkan khazanah tamadun melayu yang amat berharga ini kepada semua masyarakat terutamanya kami golongon muda yang akan meneruskan usaha murni mengekalkan budaya dan seni tanah air.Seterusnya ucapan perhargaan kepada teman-teman seperjuangan yang telah banyak memberi semangat kepada kami dalam menyiapkan kajian ini. Tidak cukup dengan itu, tanpa segan silu menghulurkan tangan dengan hati yang ikhlas membantu kami mengumpul maklumat serta berkongsi pendapan yang bernas dalam memastikan kajian ini lebih mantap supaya dapat membuka minda dan hati masyarakat kini bertapa pentingnya memelihara khazanah warisan Negara ini.Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada penasihat kami iaitu Puan Mumtazah kerana telah memberi tunjuk ajar serta nasihat yang amat berguna dalam melaksanakan kajian ini. Juga kepada bonda dan ayahanda kami yang tanpa henti memberi semangat dan dorongan kepada kami dalam menyiapkan kerja kursus ini.

2. Pengenalan

Tamadun Melayu memiliki seribu satu keunikan yang tersendiri berbanding tamadun yang lain. Bangsa Melayu yang sememangnya terkenal dengan kelembutan dan kehalusan seni telah mengangkat martabat Kajian Ketamadunan ini, kami dengan bangganya memilih pakaian tradisional melayu iaitu kain batik. Kain batik merupakan satu lambang pakaian tradisi bangsa melayu selain songket. Seperti songket, kain batik memiliki motif-motif yang unik dan teknik-teknik pembuatan yang tersendiri. Namun kini batik bukan sahaja diperagakan oleh masyarakat melayu sahaja tetapi kain batik ini juga telah menarik perhatian pelbagai etnik lain seperti baba nyonya, india serta cina. Malahan pakaian warisan ini juga telah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia.Yang lebih membanggakan, selari dengan arus kemajuan dan pembangunan Negara, seni warisan batik ini tidak luput ditelan zaman malah pelbagai wadah telah dilaksanakan oleh kementerian Kebudayaan dan warisan serta badan-badan NGO tempatan untuk memartabatkan lagi harta Negara yang tidak ternilai ini. Dan kini, kita diperlihatkan pelbagai barangan perhiasan yang berasaskan seni gaya batik seperti kasut, buah tangan dan banyak lagi aksesori-aksesori wanita dan lelaki.Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga telah mewajibkan agar kakitangan awam memakai pakaian berunsurkan batik sebagai pakaian rasmi pada hari khamis. Malah setiap penuntut sekolah berasrama juga diwajibkan memiliki sepasang pakaian batik sebagai pakaian rasmi sekolah. Dan ini jelas memperlihatkan usaha kerajaan untuk memelihara khazanah turun-temurun ini yang melambangkan identiti Melayu yang tidak sama sekali pupus di muka bumi ini.

3. Sejarah Batik

4. Penghasilan Batik

Seiring perkembangan semasa, batik di Malaysia turut berkembang dari pelbagai aspek terutama dari segi penggunaan peralatan, fabrik, bahan pewarna, motif atau corak dan teknik pembuatannya.

4.1. Peralatan Membuat Batik

4.1.1. Kain Putih

Kain jenis kapas dan berukuran sama dengan saiz pemidang.

4.1.2. Bahan lacquer

Sejenis campuran bahan thinner dan emulsion yang dimasukkan ke dalam Funnel Pen untuk melukis corak pada skrin. Bahan ini akan bertindak seperti lilin iaitu menghalang bahan pewarna daripada meresap di bahagian-bahagian yang telah ditutup dcngan lacquer.

4.1.3. Skrin

Diperbuat daripada bingkai kayu yang berukuran 50 inci lebar x 90 inci panjang. Kain jenis poliester digunakan sebagai kain pemidang. Di atas kain pemidang inilah motif dan rekacorak batik dilukis. Setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja. Kadang-kadang 5 atau 6 skrin diperlukan untuk menghasilkan sehelai kain batik cetak sutera saring.

4.1.4. Sekuji

Alat yang digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin. Ia diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya.

4.1.5. Funnel Pen

Sejenis alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong (kon). Ia digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin.

4.1.6. Meja pengecap

Digunakan sebagai alas untuk kerja-kerja mencetak. Saiznya dibuat sama mengikut saiz bingkai skrin.

4.1.7. Kuali/bekas

Untuk merendam dan membersihkan kain.

4.1.8. Pengukus

Digunakan untuk proses Pengewapan iaitu proses mengekalkan cetakan warna pada kain.

4.2. Bahan-Bahan Pewarna

Pewarna dihasilkan daripada sumber asli seperti dedaun, bunga-bungaan, buah-buahan (beri), akar tumbuh-tumbuhan, serangga, karang-karangan serta mineral.

4.2.1. Bahan PewarnaJenis Reactivc dan Pigment dye.

4.3. Jenis-jenis Fabrik

4.3.1. Satin Creppaling mahal memberikan efek sutera satin di satu permukaan kain dan efek crepe di sebelah permukaan lagi satu. Kedua-dua belah muka kain boleh dipakai utk dibuat baju.

4.3.2. Crepkedua mahal. Kain sejuk, nipis, lembut beralun tapi tak perlu kain alas.

4.3.3. Scifonseperti crepe tapi lebih nipis, kadangkala perlu alas jika warna lembut.

4.3.4. Jacquardkain sutera bercorak timbul. Kain lembut beralun tak perlu alas.

4.3.5. Sutera Satinseperti jacquard tapi tanpa/sedikit corak timbul.

4.3.6. Satinlicin berkilat.

4.3.7. Rayonseperti sutera tapi kain agak keras. Harganya agak murah kerana kualiti kain yang agak rendah.

4.3.8. Fujiseperti cotton, tapi sedikit berkilat. Amat selesa untuk pakaian santai tapi tidak sesuai untuk pakaian kerja atau menghadiri majlis.

4.4. Jenis-jenis Corak atau Motif

Motif-motif yang sering menjadi tumpuan rekacorak hiasan kain batik adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan, bunga, unggas dan corak-corak moden yang abstrak.

4.5. Teknik-teknik Membuat Batik

Sehingga kini terdapat beberapa teknik pembuatan batik di Malaysia iatu teknik blok, conteng, stensil atau cetakan, canting dan teknik resis tanpa menggunakan lilin iaitu tritik dan ikat celup. Setiap teknik pembatikan akan menghasilkan motif batik yang berbeza. Hanya terdapat dalam versi Melayu sahaja.

4.5.1. Blok

Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.

4.5.2. Stensil atau Cetakan (Print)

Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.4.5.3. Canting atau Conteng

Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif.

4.5.4. Pelangi

Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna pada kain

4.6. Proses Membuat Batik

i. Funnel Pen yang diisi dengan bahan lacquer digunakan untuk membentuk corak dan motif / batik, dalam bentuk stensil skrin, di atas , kain pemidang skrin. Bahagian yang ingin dicetak dengan sesuatu warna tertentu akan dibiarkan kosong dan bebas daripada bahan lacquer.

ii. Setelah kesemua skrin yang diperlukan siap, sehelai kain putih dibentangkan di atas permukaan meja mencetak. Kain hendaklah tegang dan rata supaya warna dapat dicetak dengan rata.

iii. Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi

iv. Sedikit bahan pewarna dituangkan pada bahagian hujung skrin dan dengan menggunakan alat sekuji bahan pewarna dapat disapukan dengan licin dan rata. Proses cetakan saring ini dilakukan berulang kali menggunakan skrin yang berasingan untuk warna dan corak yang berasingan.

v. Kain-kain yang telah siap dicetak akan dijemur sehingga kering dan seterusnya proses Pengewapan akan dilakukan pada kain supaya warnaanya tidak mudah luntur atau pudar.

vi. Selepas itu kain-kain direndam dan dibersihkan di dalam air panas suam yang bercampur Bio-Soft (bahan pelembut), untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan kain.vii. Akhirnya,kain dijemur sehingga kering.

5. Penggunaan Batik

Kain Batik merupakan warisan yang amat istimewa selain kain songket. Keunikan motif dan cara penggayaannya amat luas sekali.

Pada zaman ini, selari dengan usaha kerajaan dalam memartabatkan warisan kain batik, penggunaan batik telah dipelbagaikan lagi. Kini kain batik bukan sahaja didandani oleh golongan wanita yang telah berusia, tetapi kaum lelaki serta anak muda juga meminati warisan turun temurun ini. Tambahan lagi Kementerian Kebudayaan juga menyarankan supaya Batik menjadi pakaian rasmi pada hari khamis serta mewajibkan pelajar-pelajar yang bersekolah di asrama memiliki sepasang Baju Batik sebagai pakaian rasmi sekolah.

Selain itu, penggunaan kain batik ini juga telah diperluaskan dengan rekaan-rekaan aksesori wanita seperti bag tangan, kasut, serta pelbagai rekaan kreatif buah tangan sebagai simbolik identiti Malaysia seperti keychain.

6. Usaha-usaha Memartabatkan Kesenian Warisan Batik7. Rumusan8. Rujukanhttp://www.kraftangan.gov.my/en/craft-information-2/craft-category/textile/batik-making/batik-skrin/proses-pembuatan-alatan-batik-skrin/http://www.jmm.gov.my/ms/teknik-teknik-pembatikan-di-malaysiahttp://secretofart.blogspot.com/2011/02/jenis-kain-batik.html9. Lampiran