edu 3106 implikasi kepelbagaian sosio.docx

12
EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO Pengenalan. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum bumiputera dimana 14.50 juta orang adalah kaum melayu manakala 3.15 juta orang adalah kaum bumiputera bukan melayu seperti kadazan, dayak,iban, dusun dan lain-lain lagi. Kaum Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan kaum india seramai 1.95 juta orang dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya boleh didefinisikan sebagai hubungan

Upload: reygnna-meiy-dy-k

Post on 09-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO

Pengenalan.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai

budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding

negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan

keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan,

kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang

diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.

Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi

Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum bumiputera dimana

14.50 juta orang adalah kaum melayu manakala 3.15 juta orang adalah kaum

bumiputera bukan melayu seperti kadazan, dayak,iban, dusun dan lain-lain lagi. Kaum

Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan kaum india seramai 1.95 juta orang

dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang.

Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan

kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi

Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula

ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara

hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya

boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya

dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.

Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya

menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu

masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak dan

pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi

meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah SWT.

Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai pelbagai

kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta permintaan

Page 2: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan elemen terpenting

dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka wujudlah Rukun Negara. Rukun

Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan perpaduan pelbagai

kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1963 yang mampu

mengugat kemerdekaan negara pada masa itu. Pada era yang makin mencabar ini,

perpaduan turut menjadi isu yang hangat setelah pemimpin-pemimpin kaum mula

membangkitkan isu-isu sensitif dan mencabar hak keistimewaan Kaum Bumiputera

yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Oleh hal demikian, satu

pendekatan perlu di ambil bagi mengelakkan perpecahan kaum dan peristiwa berdarah

berulang kembali.

Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan perpaduan

sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak

melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kaum

di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan

di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai

penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang

seharusnya menjadi amalan setiap rakyatMalaysia. Ia bukan satu dasar baru yang

terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia

merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk

mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan

dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu

memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam

sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. 1Malaysia menekankan

sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima

keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan

saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Page 3: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

Definisi sosiobudaya

Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih

dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-

budaya? Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan

(daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan

buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal –

hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia

bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua – dua perkataan ini

dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa

yang menggerakkan jiwa.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan

sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi

(cara berfikir dan berkelakuan).

Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam

laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budaya-

islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang

berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan

kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk

memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan

pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan,

keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas

sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau

memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi

ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam

dan lain – lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai

anggota masyarakat.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat

Page 4: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang

lebih besar.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada

sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat

pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru,

murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan

konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana,

sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai

murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di

peringkat sekolah.

1. Guru.

Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan

semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan

mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan

kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan

kaum.

Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara

hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut

Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa

seseorang.

Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas

sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan

dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga

perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang

berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang

Page 5: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang

sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi

pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam

kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana

percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid.

Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya

mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh,

murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai

pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru

perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau

idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang

boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan

sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman

mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru

juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan

pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep

1Malaysia.

Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysiayang

bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid

daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid

lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan

kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan

pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan

mereka.

Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan

dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu

difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat

dioptimumkan dan lebih berkesan.

Page 6: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

2. Murid.

Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid

mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan

persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam

kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup

mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-

rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara

mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.

Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas

ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek

di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan

lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan

murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain.

Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan

sosial.

Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas

untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan

perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan

dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas.

Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan

agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.

Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian,

agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara

kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses

pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya

antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk menanam

semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi

Page 7: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara

kaum akan terjalin.

Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah

didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai

contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya

yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap

perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid

bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.

3. Sekolah

Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti

oleh murid. Kepelbagaian sosio – budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri

daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah

jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan

teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam

masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira

latar sosio-budaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa

mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan

pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti

yang dirancang oleh pihak sekolah.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut

selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah

satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan

dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan

sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam

bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan

di kalangan murid.

Page 8: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di

sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama

lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.

Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat

awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan

bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan

integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia

akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.

4. Kurikulum Tersirat

Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif,

kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat

pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan

formal dan interaksi di sekolah.

Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan

warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat.

Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti

berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri

seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan

secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru

mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan

sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam

persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna

terhadap amalan hidup murid

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi

negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti

menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap

kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal

Page 9: EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO.docx

pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan

memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke

arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya

masyarakat setempat.