edu 3104

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUSRI 2013 NAMA GURU PELATIH : TAJUK KURSUS : PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU3104) SEMESTER : SATU (2) TARIKH MULA : 10 Februari 2014 TARIKH HANTAR : 07 Mac 2014 1. Hasil Pembelajaran Kursus 1.1 Menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah sekolah rendah 1.2 Mengaplikasi pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik darjah 1.3 Menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan memilih pendekatan- pendekatan dalam menanganinya. 1.4 Menghuraikan permasalahan pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid-murid berkeperluan khas. 1.5 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik darjah. 1.6 Menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2 ,3, 4 dan 5 2. Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat:- 2.1 Menghasilkan skrip forum mengenai peranan guru dalam pengurusan bilik darjah dan pengurusan disiplin bilik darjah. 2.2 Melaksanakan sesi forum berdasarkan skrip forum yang dihasilkan. 2.3 Menghasilkan laporan mengenai pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas. 3. Tugasan Projek (100%) 3.1 Penghasilan skrip forum (Tugasan kumpulan - 20%) Berdasarkan topik peranan guru dalam bilik darjah dan pengurusan disiplin bilik darjah berikut; Hubungan guru-murid, Modifikasi tingkah laku Skinner, Disiplin Asertif Canter Akibat Logikal Dreikurs (Dreikurs Logical Consequences, Pengurusan Kelompok Kounin, Terapi Realiti dan “Pastoral care”

Upload: xiao-wei

Post on 26-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

    TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUSRI 2013

    NAMA GURU PELATIH :

    TAJUK KURSUS : PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU3104)

    SEMESTER : SATU (2)

    TARIKH MULA : 10 Februari 2014

    TARIKH HANTAR : 07 Mac 2014

    1. Hasil Pembelajaran Kursus

    1.1 Menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah sekolah rendah 1.2 Mengaplikasi pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik darjah 1.3 Menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan memilih pendekatan-

    pendekatan dalam menanganinya. 1.4 Menghuraikan permasalahan pengurusan bilik darjah yang melibatkan

    murid-murid berkeperluan khas. 1.5 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik

    darjah. 1.6 Menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang

    berkesan.

    Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2 ,3, 4 dan 5

    2. Objektif Kerja Kursus

    Pelajar dapat:-

    2.1 Menghasilkan skrip forum mengenai peranan guru dalam pengurusan bilik darjah dan pengurusan disiplin bilik darjah.

    2.2 Melaksanakan sesi forum berdasarkan skrip forum yang dihasilkan. 2.3 Menghasilkan laporan mengenai pengurusan bilik darjah yang

    melibatkan murid berkeperluan khas.

    3. Tugasan Projek (100%)

    3.1 Penghasilan skrip forum (Tugasan kumpulan - 20%)

    Berdasarkan topik peranan guru dalam bilik darjah dan pengurusan disiplin bilik darjah berikut; Hubungan guru-murid, Modifikasi tingkah laku Skinner, Disiplin Asertif Canter Akibat Logikal Dreikurs (Dreikurs Logical Consequences, Pengurusan Kelompok Kounin, Terapi Realiti dan Pastoral care

  • Anda dikehendaki menghasilkan skrip forum yang lengkap dan jelas mengenai topik di atas. . 3.2 Pelaksanaan Sesi Forum (Tugasan Kumpulan - 30%)

    Berdasarkan skrip forum yang telah dihasilkan tersebut, anda

    dikehendaki melaksanakan sesi forum. setiap kumpulan dikehendaki memilih tiga orang ahli panel yang akan

    menjhelaskan topik yang dipilih dan seorang moderator.

    3.3 Laporan pengurusan bilik darjah melibatkan murid berkeperluan khas. (Tugasan Individu 50%)

    Anda dikehendaki menjelaskan ciri-ciri murid pendidikan khas

    (disleksia, autistik, perkembangan lewat, hiperaktif, pintar cerdas dan berbakat)

    Seterusnya anda dikehendaki membuat pemerhatian pengurusan pelajar berkeperluan khas di salah sebuah sekolah Pendidikan Khas yang dipilih.

    Sediakan senarai semak mengenai aspek pengurusan bilik darjah yang akan diperhatikan.

    Sediakan laporan pemerhatian anda.

    4. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

    4.1 Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan 4.2 Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

    Font Arial Saiz huruf ialah 12 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format A.P.A Lampiran. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan

    digagalkan kerja kursus. Tugasan ini membawa markah 100 % Muka depan tugasan mengandungi

    o Nama Pelatih o Angka giliran o No. Kad Pengenalan o Program o Pensyarah Pembimbing o Tarikh Hantar

    4.3 Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

  • Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

    Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.

    Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa,

    kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

    Penulisan mengandungi unsur-unsur aplikasi kemahiran berfikir. Penulisan refleksi yang mempunyai unsur-unsur pemikiran reflektif

    5. Kriteria Pentaksiran

    Tugasan ini akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

    Disediakan oleh Disemak oleh

    ( DOTI BIN ASING ) ( CHANDRAN VENGADASAMY ) Pensyarah Penggubal Tarikh : 24 Januari 2014 Tarikh : 24 Januari 2014 Disahkan oleh ( JULIANA DUMPIL ) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan Tarikh : 24 Januari 2014

  • KRITERIA PEMARKAHAN (Rubrik) EDU3104 : PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

  • SKALA KRITERIA

    Amat Cemerlang

    (90 -100)

    Liputan dan Kandungan Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci Skop literatur luas dan komprehensif dipilih dan sesuai. Hubungkait

    idea jelas ditunjukkan Kualiti Reviu

    Reviu kritikal yang sangat baik Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap. Kemahiran berfikir digunakan dengan amat baik dalam penulisan Unsur-unsur pemikiran reflektif amat jelas dalam penulisan refleksi

    Organisasi Susunatur terbaik, logikal dan koheren. Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan contoh-

    contoh sesuai, penerangan dan huraian tambahan Menggunakan illustrasi yang menarik dan berkesan dalam

    menjelaskan konsep Menghgurai fakta dengan kritis

    Kualiti Sumber Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder

    Cemerlang (75 89)

    Liputan & Kandungan Liputan kandungan relevan dan sangat mencukupi Skop literatur yang luas dipilih dan digunakan dengan sesuai .

    Perhubungan idea yang jelas . Kualiti Reviu

    Reviu kritikal yang baik Analisis idea tepat dan padat Kemahiran berfikir digunakan dengan baik dalam penulisan Terdapat unsur-unsur pemikiran reflektif dalam penulisan refleksi

    Organisasi Susun atur baik dengan kesilapan yang sedikit/minima Idea dikembang dengan baik dan mengandungi fakta atau

    contoh mencukupi untuk menyokong hujah Kualiti Sumber

    Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik dengan sedikit kesilapan .

    Mempunyai lebih daripada mencukupi bahan sumber utama dan sekunder

    Kepujian (60-74)

    Liputan & Kandungan Liputan kandungan relevan dan baik Jumlah tinjauan literatur relevan memuaskan. Perhubungan idea

    agak jelas . Kualiti Reviu

    Reviu kritikal agak baik : Analisis idea agak tepat dan mendalam . Kemahiran berfikir diselitkan dalam penulisan Refleksi yang ditulis mempunyai unsur-unsur pemikiran refleksi

  • Organisasi Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan Idea dikembang dengan agak baik dan mengandungi

    fakta/contoh sokongan yang agak mencukupi. Kualiti Sumber

    Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi baik Mengandungi jumlah bahan sumber utama dan sekunder yang

    mencukupi

    Lulus (50 59)

    Liputan & Kandungan Liputan kandungan mencukupi dan relevan Hanya bilangan kecil literatur dipilih dan digunakan. Sebahagian

    perhubungan idea jelas. Kualiti Reviu

    Reviu kritikal mencukupi Analisis idea mencukupi . Kemahiran berfikir digunakan dalam penulisan tetapi agak terhad

    Organisasi Susun atur memuaskan dengan beberapa kesilapan signifikan Beberapa idea dikembang dengan sokongan fakta/ contoh-

    contoh Kualiti Sumber

    Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi agak baik dengan beberapa kesilapan

    Mempunyai bilangan bahan sumber yang tidak mencukupi

    Gagal (0-49)

    Liputan & Kandungan Liputan kandungan tidak mencukupi dan tidak relevan Perhubungan idea tidak jelas .

    Kualiti Reviu Sedikit atau tiada reviu kritikal Analisis idea tidak logikal dan tidak menyakinkan Tidak terdapat langsung penggunaan kemahiran berfikir dalam

    penulisan Organisasi

    Susun atur lemah dengan kesilapan yang nyata Idea dikembang secara lemah dengan sedikit atau tiada huraian

    tambahan Kualiti Sumber

    Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi lemah. Kekurangan bahan sumber utama dan sekunder