bbm 3104 nota (1)

16
1 BBM 3104 BMK Kuliah 2- M2 Ciri BMK Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunkasi Universiti Putra Malaysia

Upload: jabatan-pelajaran-sabah

Post on 08-Jul-2015

1.870 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bbm 3104   nota (1)

1

BBM 3104 BMKKuliah 2- M2 Ciri BMK

Dr. Zaitul Azma Zainon HamzahJabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunkasi

Universiti Putra Malaysia

Page 2: Bbm 3104   nota (1)

2

Pengenalan

Penggantian Bahasa Melayu Kuno oleh Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Bahasa Melayu mengalami banyak penambahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan tulisan yang seterusnya membentuk ciri bahasa itu sendiri.

Page 3: Bbm 3104   nota (1)

3

Kebudayaan Islam

Batu bersurat yang menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi: Pekan, Pahang (1020M).Wilayah Phanrang, Champa (1039M).Bandar Seri Begawan, Brunei (1048M).

Bahasa Arab dengan kaligrafi niski (popular di India pada pertengahan abad ke-13):Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297M).

Page 4: Bbm 3104   nota (1)

4

Contoh lain - BMK pada Batu bersurat Abad ke-14 Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis

dalam huruf India yang mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.

c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu ketika itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul hasil kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Page 5: Bbm 3104   nota (1)

5

Bahasa Melayu klasik dalam bentuk tulisan mula pesat pada abad ke-14 dan seterusnya

Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

- Zaman kerajaan Melaka.

- Zaman kerajaan Acheh.

- Zaman kerajaan Johor-Riau. Antara tokoh-tokoh penulis zaman Acheh

yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Page 6: Bbm 3104   nota (1)

6

Ciri Bahasa Melayu Klasik – Sistem Tulisan, Kosa Kata dan Tatabahasa

1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang, yang kini tidak digunakan lagi.

Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun".

Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

Page 7: Bbm 3104   nota (1)

7

2. Struktur ayat Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan

beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja.

Sebagai contoh:Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada

berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik. Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat

kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh: Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka (HHT).

Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

Page 8: Bbm 3104   nota (1)

8

3. Bentuk pasif

Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh:

Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim …

Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas…

Page 9: Bbm 3104   nota (1)

9

4. Penggunaan Partikel atau Kata Penegas ‘lah’ dan ‘pun’

Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’.

Contoh: adapun, bertitahlah, berebutlah dsb.

- “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55).

- Batu pun habis berpelantingan.

- Syahbandar pun turunlah.

Page 10: Bbm 3104   nota (1)

10

5. Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasik

Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini.

Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll.

Sanskrit: dosa, pahala, raja dll. Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu

manikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.

Page 11: Bbm 3104   nota (1)

11

Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.(khamis, zakat, syarat…)

Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll.

Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat.

Page 12: Bbm 3104   nota (1)

12

6. Bahasa Istana

Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.Contoh: ‘sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb.

Disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.

Page 13: Bbm 3104   nota (1)

13

7. Penggunaan Kiasan, Perbandingan serta Penggunaan Laras Bahasa Puisi

Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.

Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama.

Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Page 14: Bbm 3104   nota (1)

14

8. Morfologi

Penggunaan imbuhan. Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno

digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’.

Contoh berlepas, diperbuat.

Page 15: Bbm 3104   nota (1)

15

Peranan BMK

Peranan kebudayaan – memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam.

Peranan Kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum.

Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara.

Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang.

Page 16: Bbm 3104   nota (1)

16

Latihan:

a. Nyatakan ciri BMK

b. Peranan BMK

Sekian, terima kasih.