power point pkb 3104 ppg

44
PKB 3104 KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Oleh : CIK SITI FATIMAH SALLEH Jabatan Pendidikan Khas

Upload: adow-blakow

Post on 02-Jun-2015

4.637 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Power point pkb 3104 ppg

PKB 3104

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Oleh :

CIK SITI FATIMAH SALLEHJabatan Pendidikan Khas

Page 2: Power point pkb 3104 ppg

PKB 3104 : KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Pengenalan kepada Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

1. Teori : Bahasa dan Komunikasi

2. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

3. Kemahiran Lisan

4. Kemahiran Membaca

5. Kemahiran Menulis

6.Kajian Sukatan dalam Huraian Sukatan Pelajaran

7. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Page 3: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1 : Teori:Bahasa & Komunikasi

Pengenalan Kepada Bahasa Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satu sama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Page 4: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori:Bahasa & Komunikasi

Definisi dan Konsep Bahasa Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut: ”Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu.” (Reed, C.A., 1994)

”Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.” (Simanjuntak, 1978) ”Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.” (Bloom, 1988)

Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and that which is symbolized…”

Page 5: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Komponen Bahasa Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan. Komponen bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen kandungan terdiri daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalam komponen penggunaan. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan bahasa interaksi. 1.2.1 Bentuk bahasa Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut.

Page 6: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Komponen Bahasa

1.2.2 Kandungan Bahasa Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat. 1.2.3 Fungsi Bahasa Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan.

Page 7: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Penguasaan Tatabahasa

Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan ‘grammar’. Perkataan ‘grammar’ ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang memberi gambaran makna “suatu seni bacaan dan penulisan”. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa.

Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namun secara mudahnya dapatlah ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukannya dan proses penyusunannya dalam bentuk ayat (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham, 1987).

Page 8: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Dalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalah pembelajaran, ternyata ianya merupakan suatu masalah yang sangat rumit dan membelenggu kehidupan mereka. Ciri-ciri kemahiran bahasa dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputi ketidakupayaan memperolehi bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa ekspresif.

Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran termasuklah ;i. Mengingat kembali perkataanii. Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai maknaiii. Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrakiv. Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa)v. Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahamivi. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan

pendengar yang berbezavii. Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksisviii.Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.

Page 9: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Jenis Bahasa

Bahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasa

penglahiran / ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses

berbahasa seseorang. Bagi individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi

penguasaan kedua-dua jenis bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah pembelajaran ianya

merupakan suatu masalah yang amat merumitkan.

1. Penerimaan / Reseptif

Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan ‘Bahasa Penerimaan’

(Reseptive Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai ‘Reseptive Aphasia’. Gangguan

ini berlaku kerana masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan pendengaran dan sukar

mengaitkan makna perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami oleh kanak-kanak bermasalah

pembelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam bahasa reseptif ini.

Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut arahan,

bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk konsep,

memahami jenaka atau ‘gestures’ dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan.

Page 10: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

2. Penglahiran / Ekspresif

Proses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan ‘Bahasa

Penglahiran’ (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai

‘Expressive Aphasia’. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah ‘Dysnomia’ atau ‘Anomia’ iaitu

kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama objek; dan ‘Apraxia’

iaitu kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan kerana gangguan saraf untuk

motor alat artikulasi.

Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaan

kata, memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencari

perkataan untuk digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan dan

menyusun perkataan-perkataan menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan dan

penulisan.

Page 11: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-murid bermasalah pembelajaran memerlukan bahasa untuk mereka dapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup bermasyarakat. Malangnya mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspek berbahasa menjadikan kehidupan mereka agak janggal pada pandangan masyarat sekeliling. Masalah mereka tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu diberikan intervensi bahasa agar mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupan bermasyarakat.

Page 12: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

1. Masalah Bahasa dan Linguistik

Dalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanak bermasalah pembelajaran, masalah utama yang timbul ialah kesukaran dalam memahami arahan, masalah dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran, masalah dalam amalan bersosial dan juga melibatkan masalah dalam bacaan, ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok atau komponen berikut;

i. Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk ”drink”.

Page 13: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi

ii. Morfologi

Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).

iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

Page 14: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi

iv. Semantik

Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tida berupaya memahami makna perkataan.

v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam

konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

Page 15: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi

2. Masalah Artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar difahami atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:

i. penggantian ii. pengguguraniii. pengubahan, daniv. penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”, dan ” wabbit” untuk “rabbit”. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

Page 16: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU.Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi

Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah”

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti “bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”.

Page 17: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk1 :Teori : Bahasa & Komunikasi

3. Masalah Kefasihan dan Rentak

Gangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

Page 18: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

Tahap Perkembangan Bahasa jenijenis

pendekatan

Jenis-jenis Pendekatan

Jenis-jenis Pendekatan

Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa

FonologiMorfologiSintaksisSemantikPragmatik

- Induktif- Deduktif- Cerakinan- Eklektik / Gabungan

- Sedikit kepada banyak- Mudah kepada sukar- Konkrit kepada abstrak- Pelbagai situasi- Pelbagai media

Teori-Teori Pemerolehan Bahasa

Teori KognitifTeori Behavioris Teori Mentalis Teori Interaksionis

BAHASA

Page 19: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut UmurRajah 1. Tahap Perkembangan/Penguasaan Bahasa Kanak-kanak Normal

Umur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa

3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.

12 bulan ( 1 tahun ) Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan ini melambangkan keseluruhanayat yang hendak dikatakan.

18 bulan ( 11/2 tahun )

Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang kuasai lebih kurang 300 patah perkataan.

24 bulan - 36 bulan( 2 tahun - 3 tahun )

Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak- kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.

Page 20: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

36 bulan - 48 bulan( 3 tahun - 4 tahun )

Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.

48 bulan - 60 bulan( 4 tahun - 5 tahun )

Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.

5 tahun - 6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.

Page 21: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

6 tahun – 7 tahun

Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.

8 tahun – 10 tahun

Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

10 tahun – 12 tahun

Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan.

( Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language Arts )

Page 22: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

Teori-teori Pemerolehan Bahasa

1. Teori Behavioris

Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu; Rangsangan --------------- tindak balas

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

Page 23: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

2. Teori Mentalis

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya

rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; daniv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

v. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;

vi. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan

vii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Page 24: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

3. Teori Kognitif

Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.

Page 25: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

Jenis-jenis Pendekatan

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat jenis pendekatgan iaitu:

i. pendekatan induktifii. pendekatan deduktifiii. pendekatan eklektik, dan iv. pendekatan komunikatif

Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.

Page 26: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

1.Pendekatan Induktif

Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahamannya.

Page 27: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

2.Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.

Page 28: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

Aspek Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif

1. Andaian

2. Cara

3. Peranan Guru

4. Peranan pelajar

Satu penyusunan awal (advanced organiser) amat berguna kepada pelajar

Generalisasi Contoh

Sebagai pembentang dan penghurai jawapan

Sebagai penerima jawapan yang agak pasif

Pelajar memperolehi manfaat jika menemui jawapan sendiri

Contoh Generalisasi

Sebagai pendorong dan pengarah dalam pencarian jawapan

Sebagai pencari jawapan yang aktif

Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut:

Page 29: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

3. Pendekatan Cerakinan

Pendekatan ini berdasarkan prinsip ’analisis; yang mendahulukan unsur-unsur besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil. Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut pendekatan ini mungkin dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itu kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan itu dicerakinkan pula menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya :

Langkah 1 : Mengenalkan ayat : ’Ali ada baju baru’

Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada baju baruLangkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru]

Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru]

Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]

Page 30: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

4. Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

Kesimpulan Contoh Generalisasi

Page 31: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi

Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar.

Contoh: membantu ayah di kebun.

Page 32: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru

Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar

kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran

mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

Page 33: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus

Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat

meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya

Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan

untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

Page 34: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

Pengenalan Kepada Kemahiran Lisan

• Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. • Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. • Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

Page 35: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

Definisi dan konsep lisan

• Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan. • Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik. • Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu.

Page 36: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

Jenis kemahiran lisan

Berdasarkan definisi mendengar di atas, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran lisan melibatkan tiga jenis atau perkara yang penting iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

Page 37: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

Penilaian Bahasa Lisan

• Kemahiran mendengar dan bertutur atau lisan adalah kemahiran asas bahasa. Oleh itu penilaian kemahiran lisan sangat penting dalam pengajaran bahasa untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar pelajar supaya guru dapat merancang strategi pengajarannya dengan lebih berkesan. Ujian lisan adalah kompleks dan agak rumit untuk dilaksanakan berbanding dengan ujian-ujian bahasa yang lain.

• Dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, kemahiran yang terdapat di dalamnya boleh dinilai secara formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah, penilaian lisan biasanya menekankan kapada penguasaan sesuatu aspek kemahiran tertentu sama ada kemahiran mendengar atau bertutur. Manakala pada peringkat yang lebih tinggi, penilaian lisan sama ada mendengar atau bertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal.

• Dalam konteks pendidikan khas, ujian lisan boleh dijalankan dalam kedua-dua bentuk ini. Kaedahnya mungkin lebih spesifik dengan mengambil kira jenis ketidakupayaan murid khas itu sendiri.

Page 38: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

• Pelbagai jenis ujian lisan boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas atau terapis pertuturan seperti ujian lisan (pendengaran), ujian lisan (pertuturan) dan ujian lisan (pemahaman). Kebiasaannya ujian-ujian kemahiran lisan ini boleh terbina dalam jenis atau dikenali sebagai Ujian Diagnostik Lisan.

• Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilaksanakan terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran ialah seperti:

a. mendengar dan mengecam bunyi b. mendengar untuk mendiskriminasi butiranc. mendengar dan memadand. melaksanakan arahane. mendengar untuk mendapatkan maklumatf. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataang. memaham maksud ayath. mendengar dan menulis, dan sebagainya.

Page 39: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, ujian kemahiran mendengar boleh dilaksanakan dalam bentuk soal jawab. Walaupun ujian bentuk ini sukar bagi guru memberi penilaian tetapi sekurang-kurangnya guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya.

• Contoh ujian mendengar (Kamarudin Hj. Husin, 1990).

Kemahiran : Mendengar dan mengenal objek dengan perkataanIsi : Nama benda-benda dalam kelasBahan : Sehelai kertas dipenuhi dengan gambar-gambar benda di dalam kelasProsedur : 1. Murid diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar benda yang terdapat dalam kelas (misalnya pen, pensel, pembaris, bakul sampah, dan sebagainya) 2. Guru menyebut nama benda-benda itu dan murid-murid diminta menunjuk atau menandakan benda-benda tersebut di kertas bergambar tersebut.

Page 40: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

• Matlamat menguji kemahiran bertutur juga adalah untuk membantu guru merancang strategi pembelajaran yang akan digunakannya. Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiran bertutur pelajarnya adalah seperti berikut:

a. bertutur berdasarkan gambar b. bercerita berdasarkan gambar bersiri c. mendengar dan bercakap d. melaporkan peristiwa yang dialami e. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.

Page 41: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

Pengenalan Kepada Membaca

Selain berkomunikasi secara lisan manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Oleh itu, kemahiran membaca penting bagi membolehkan seseorang memahami mesej yang hendak disampaikan kepadanya melalui hasil penulisan orang lain.

Definisi bacaan “Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang bercorak kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan.(Charles Frie 1963) “Membaca adalah satu psikolinguistik. Ia merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. (Frank Smith 1971) “Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis ................. mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut dengan pengalaman yang sedia ada.” (Prof. Atan Long 1976)

Daripada definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa membaca merupakan beberapa proses yang kompleks iaitu gabungan beberapa proses seperti proses sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental.

Page 42: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

Page 43: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

Page 44: Power point pkb 3104 ppg

KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca