e4161_sistemkomputer_unit7.doc

15
PENGURUSAN E4161/UNIT 7/1 OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami konsep Pengurusan Fail OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :- Menerangkan objektif pengurusan fail. Menghuraikan konsep dan rekabentuk direktori fail. Memahami organisasi ingatan sekunder . RNS/PSP/2001 UNIT 7

Upload: awe-sky

Post on 15-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/1

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :

Mengetahui dan memahami konsep Pengurusan Fail

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-

Menerangkan objektif pengurusan fail.

Menghuraikan konsep dan rekabentuk

direktori fail.

Memahami organisasi ingatan sekunder .

RNS/PSP/2001

UNIT 7

Page 2: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

INPUT

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/2

7.1 PENGURUSAN SISTEM FAIL.

Komoditi utama bagi satu sistem komputer adalah maklumat. Aturcara sistem, penterjemah, utiliti, pengawal dan kerja pengguna sama ada ianya di dalam bentuk aturcara sumber, kod objek atau gabungan data, semuanya adalah sebahagian dari keseluruhan maklumat yang perlu diproses dan disimpan oleh sistem komputer.

Secara fizikalnya semua maklumat ini disimpan di dalam storan sebagai satu jujukan bit. Sistem pengoperasian memudahkan penggunaan dan penyimpanan maklumat tersebut dengan menggabungkan ke semua bit yang berkaitan membentuk apa yang dinamakan sebagai ‘fail’ yang boleh dicamkan dengan menggunakan satu nama tertentu.

Pengurusan fail adalah satu tugas sistem pengoperasian yang utama.

7.2 Objektif Pengurusan Fail.

Membenarkan fail dicipta dan dipadam. Membenarkan fail dibaca dan ditulis. Menyediakan pengurusan ruang ingatan sekunder (di

luar pengetahuan pengguna). Merujuk fail dengan nama simbolik. (pengguna tidak

perlu tahu kedudukan fizikal fail) Melindungi fail daripada kecacatan system. Membenarkan perkongsian fail tetapi juga melindungi

fail daripada dicapai oleh penggu na yang tidak berkenaan.

Transmisi di antara ingatan utama dan sekunder.

RNS/PSP/2001

Page 3: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/3

7.3 KONSEP DAN REKABENTUK

7.3.1 Direktori Fail

Masalah yang utama dalam pengurusan fail adalah untuk memetakan nama fail kepada lokasi fizikalnya dalam peranti fail. Penyelesaian bagi masalah ini dapat dicapai dengan menggunakan direktori fail.

Terdapat tiga jenis direktori :1. satu paras2. dua paras 3. multi-paras

Tiap-tiap pengguna akan disediakan dengan satu direktori fail pengguna (DFP).

Maklumat-maklumat yang disimpan dalam DFP ialah :1. nama-nama fail2. lokasi fizikal fail di dalam peranti fail3. jenis-jenis fail4. maklumat-maklumat pemeliharaan5. maklumat-maklumat pentadbiran (masa terakhir fail

dikemaskinikan)

Direktori Satu Paras

Bagi sistem yang menggunakan direktori satu paras hanya terdapat satu direktori sahaja di dalam sistem. Semua fail fail yang terdapat di dalam sistem berada di dalam direktori ini. Jadi struktur data bagi menyimpan maklumat mengenai satu fail dapat dibuat dengan mudah. Misalnya seperti yang ditunjukkan di Rajah 7.1.

Bait 1 8 3 2 18

Nama Fail

Kod Pengguna SambunganNombor Cakera

RNS/PSP/2001

Page 4: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/4

Rajah 7.1 : Masukan Bagi Satu Fail

Direktori Dua Paras

Bagi satu sistem fail yang menggunakan penyusunan direktori dua paras, cara yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.1 di atas tidak boleh digunakan. Contoh direktori dua paras ialah Dec Sistem.

ROSLINA

INTAN

FAIZ DAT 1 Fail DAT 1

ROSADI

AISAH

SHIMA

Direktori Induk Direktori Pengguna

Rajah 7.2 : Direktori Dua Paras

Direktori Multi-Paras

Bagi satu sistem yang menggunakan penyusunan direktori multi-paras entri bagi satu direktori mesti mengandungi maklumat bagi menentukan samada entri tersebut adalah satu fail atau satu direktori. Contoh bagi direktori multi-paras ialah Unix dan Multics.

D1

A B C

RNS/PSP/2001

Page 5: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/5

a b c d

D E

Direktori

e f g hFail

Rajah 7.3 : Direktori Multi-Paras

7.3.2Peranti Fail Fail disimpan dengan menggunakan storan bantuan. Storan bantuan yang boleh menyimpan fail dikenali sebagai peranti fail. Beberapa contoh peranti fail ialah pita bermagnet, cakera floppi, cakera lembut dan drum. Dalam peranti fail, terutamanya peranti bait seperti pita bermagnet, fail disimpan sebagai gabungan bait-bait tersebut secara berturutan dimulakan dengan satu pemula fail.

Fail A Fail B Fail C

Rajah 7.4 : Fail Di dalam Pita Bermagnet

Menyimpan fail dengan cara ini adalah mudah tetapi boleh menimbulkan banyak masalah terutama apabila fail tersebut berkembang yang menyebabkan fail itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain akibat dari ruang yang ada sudah tidak mencukupi.

Cara yang lebih baik ialah dengan memecahkan fail kepada blok-blok yang sama saiznya tetapi tidak semestinya berturutan. Semua blok diberikan nombor yang teratur dan saiz satu blok yang baik adalah di antara 512 bait sehingga 2K bait. Cara ini hanya boleh digunakan bagi peranti blok, misalnya cakera keras atau cakera floppi.

RNS/PSP/2001

Page 6: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/6

Terdapat satu masalah penggunaan blok iaitu untuk mengendalikan maklumat mengenai blok yang masih belum digunakan.

Dua cara bagi mengatasi masalah ini :1. Menggunakan satu atau beberapa blok bagi menyimpan

nombor blok yang masih kosong.2. Menggunakan peta bit, iaitu dengan menggunakan satu bit

bagi menandakan sama ada satu blok itu kosong atau telah digunakan (blok yang telah diguna boleh ditanda dengan 1 dan blok yang kosong boleh ditanda dengan 0), jadi satu cakera dengan n blok memerlukan satu peta yang mengandungi n bit.

7.3.3 Storan Fail

Satu fail biasanya menggunakan lebih daripada satu blok storan bantuan. Ini bererti beberapa blok perlu dirantaikan untuk membentuk satu fail. Tiga cara yang boleh digunakan :

Blok Berpaut Peta Fail Indeks Blok

7.3.4 Blok Berpaut

Penggunaan blok berpaut bermakna setiap blok yang digunakan untuk membentuk satu fail dihubungkan antara satu dengan lain dengan menggunakan satu penunjuk. Penunjuk bagi fail tersebut dalam DFP akan dihubungkan kepada blok pertama di dalam suatu rantaian.

Masalah bagi cara ini ialah banyaknya capaian cakera yangperlu dilakukan bagi mencari akhir fail seperti hendak menghapuskan fail, perlukan maklumat yang jelas mengenai kedudukan awal dan akhir fail.

RNS/PSP/2001

Page 7: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/7

DFP

Hujung blokBlok fail

Rajah 7.5 : Blok Berpaut

7.4 Organisasi Ingatan Sekunder

Peta Fail

Penggunaan cara ini adalah hubungan di antara blok-blok yang membentuk fail direkodkan dengan menggunakan peta fail yang biasanya dikenali sebagai jadual penyediaan fail (JPF). Penunjuk bagi fail di dalam DFP akan dihubungkan kepada lokasi di dalam peta fail yang mewakili blok pertama yang digunakan untuk membentuk fail tersebut. Blok akhir dinyatakan dengan menggunakan penunjuk kosong.

012 6

3 8

4DFP 5

6 578 0

Peta Fail

Rajah 7.6 : Peta Fail

RNS/PSP/2001

Page 8: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/8

Indeks Blok

Cara yang ketiga adalah menghubungkan semua blok yang digunakan kepada indeks blok. Penunjuk fail dalam DFP akan dihubungkan kepada indeks blok tersebut.

0

DFP

Indeks Blok Blok Fail

Rajah 7.7 : Indeks Blok

Kebaikan cara ini ialah pencapaian fail tidak perlu dibuat secara berjujukan. Tetapi masalah yang dihadapi ialah banyaknya ruang ingatan yang perlu digunakan untuk menyimpan indeks blok tersebut.

Struktur Inode

Inode berada di dalam keadaan statik di dalam cakera dan kernel akan

menyimpannya di dalam ingatan utama apabila fail itu perlu digunakan bagi sesuatu proses semasa. Inode cakera ini mengandungi maklumat-maklumat berikut :

1. identiti tuanpunya fail2. jenis fail3. Kebenaran capaian fail4. Masa fail dicapai5. Bilangan pautan fail6. Jadual kandungan alamat cakera bagi fail7. Saiz fail

RNS/PSP/2001

Page 9: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/9

Inode ingatan utama pula mengandungi maklumat-maklumat tambahan yang berikut :1. status inode2. nombor peranti logikal bagi sistem fail yang menyimpan fail

berkenaan.3. Nombor inode4. Penunjuk kepada inode lain5. Bilangan rujukan

Bila satu proses mencipta fail baru, kernel akan mengumpukannya kepada inode yang tidak digunakan. Semua inode ini disimpan di dalam jadual inode. Selain dari itu, kernel juga mempunyai dua struktur data lagi, iaitu jadual fail dan jadual penghurai fail pengguna. Jadual fail ini adalah struktur kernel yang global, tetapi jadual penghurai fail pengguna disediakan bagi setiap proses. Bila satu proses membuka atau mencipta fail, kernel akan menyediakan entri bagi setiap jadual yang sepadan dengan nilai inode fail berkenaan.

Apabila satu capaian dibuat kepada satu-satu fail ia akan menggunakan nama lintasan bagi fail tersebut. Disebabkan kernel bekerja dengan menggunakan inode bagi fail maka kernel akan menukar nama lintasan ini kepada inode yang sepadan dengannya.

RNS/PSP/2001

Page 10: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/10

AKTIVITI 7

Pastikan anda menjawab semua soalan untuk menguji kefahaman anda……

7.1 Senaraikan 7 Objektif Pengurusan Fail.

7.2 Nyatakan tiga jenis direktori fail.

7.3 Senaraikan maklumat-maklumat yang disimpan oleh dalam

DFP

RNS/PSP/2001

Page 11: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/11

MAKLUMBALAS 7

Sudah menjawab semua soalan…..?. mari lihat jawapannya di

sini….

Maklumbalas

7.1 7 Objektif Pengurusan Faili. Membenarkan fail dicipta dan dipadam.ii. Membenarkan fail dibaca dan ditulis.iii. Menyediakan pengurusan ruang ingatan sekunder

(di luar pengetahuan pengguna).iv. Merujuk fail dengan nama simbolik. (pengguna

tidak perlu tahu kedudukan fizikal fail)v. Melindungi fail daripada kecacatan system.vi. Membenarkan perkongsian fail tetapi juga

melindungi fail daripada dicapai oleh pengguna yang tidak berkenaan.

vii. Transmisi di antara ingatan utama dan sekunder.

7.2 3 jenis direktori fail

i. satu paras

ii. dua paras

iii. multi-paras

7.3 Maklumat-maklumat yang disimpan dalam DFP ialah

1. nama-nama fail2. lokasi fizikal fail di dalam peranti fail3. jenis-jenis fail4. maklumat-maklumat pemeliharaan5. maklumat-maklumat pentadbiran (masa terakhir fail

dikemaskinikan)

RNS/PSP/2001

Page 12: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/12

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian

kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang

disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Semoga anda maju jaya.

SOALAN 7-1

a) Berikan penerangan mengenai Direktori multi-paras.

b) Lukiskan rajah direktori multi-paras.

SOALAN 7-2

a) Lukiskan kedua-dua organisasi ingatan sekunder.

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

RNS/PSP/2001

Adakah anda telah mencuba dahulu?.Jika “SUDAH”, sila semak jawapan anda.

Page 13: E4161_SistemKomputer_UNIT7.DOC

PENGURUSAN E4161/UNIT 7/13

i. Rujuk nota anda.

ii. Rajah direktori multi-paras.

D1

A B C

a b c d

D E

Direktori

e f g hFail

iii. Rujuk nota anda.

RNS/PSP/2001