kerangka oumm3203.doc

30
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2013 OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS NO. MATRIKULASI : 751007115183-001 NO. KAD PENGNEALAN : 751007-11-5183 NO. TELEFON : +6019-4461973 E-MEL : [email protected]

Upload: weljain-rafiena

Post on 01-Dec-2015

1.000 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

OUM3203...

TRANSCRIPT

Page 1: Kerangka OUMM3203.doc

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2013

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI : 751007115183-001

NO. KAD PENGNEALAN : 751007-11-5183

NO. TELEFON : +6019-4461973

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

TERENGGANU

Page 2: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN

(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan.

Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan.

Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat

APENDIKS.

1

Page 3: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Rasuah 3

1.2 Sejarah Rasuah 4

1.3 Punca berlakunya Rasuah 5

2.0 Kandungan

2.1 Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah 6

2.2 Analisa Undang-undang terhadap Amalan Rasuah 7-8

2.3 Analisa Etika terhadap Amalan Rasuah

2.3.1 Teori Eternal Law (Undang-undang Kekal Abadi) 7

2.3.2 Teori Utilitarianism (Kemudahan) 7

2.3.3 Teori Universalism 7-8

2.3.4 Teori Distributive Justice (Adil Pembahagi) 8-13

2.3.5 Teori Personal Liberty (Kebebasan Peribadi)

3.0 Kesimpulan

3.1 Evolusi Perubahan 14

3.2 Cadangan 14-15

4.0 Rujukan 16

2

Page 4: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

PENGENALAN

Definisi Rasuah

Menentukan tindakan rasuah. Menggunakan pendekatan ekonomi, undang-undang dan

etika, menganalisis isu rasuah untuk meyakinkan menunjukkan kedudukannya dari sudut

moral pandangan.

 

                Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.                 Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:                 Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.                 Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :                “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.                 Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

3

Page 5: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

                “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                    (al-Baqarah : 188)

4

Page 6: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

Sejarah Rasuah

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang

terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama

yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara

berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang

diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

                “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana

dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

                “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah

serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan

keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan

sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

5

Page 7: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

Punca Berlakunya Rasuah Secara Umum

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah

rasuah. Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa

sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana

lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada qadha’ dan qadar Allah s.w.t. Secara

terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap:

1. Tamak dan haloba.

2. Dengki dan khianat.

3. Sombong dan Takabbur.

4. Suka berbuat yang haram.

5. Tiada keberkatan Hidup

6. Nafsu serakah.

7. Gila Kuasa.

8. Menafikan hak orang lain.

9. Ingin menunjuk-nunjuk.

10. Zalim dan kasar.

Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan

Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar

kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai

material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam

yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak

mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah,

penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman,

penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan

kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

6

Page 8: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima

suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan

ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini

menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang

terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.

Allah swt telah berfirman:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu

dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi

rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari

harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya.”

(Surah Al-Baqarah: ayat 188)

2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara

hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya,

akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.

3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu

keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak

yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang

dalam jenayah rasuah.

Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala

“etika” pula ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and

making judgments about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in

Public Service).

4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara

nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama

mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu,

7

Page 9: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong

kehidupannya.

5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga.

kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang

didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu

untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me-

nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang

takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.

7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya

akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan

penyalahgunaan kuasa.

8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya

tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri,

boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan –

perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh

pegawai dan kakitangannya.

Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan

pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan

sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a)       Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu

bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan

juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori

“Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka

mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”.

Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya

8

Page 10: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang

lemah keperibadiannya.

b)       Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah

menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap

menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c)       Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi

memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-

hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan

sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan

penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan

tanpa disedari.

d)       Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan

pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek

pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga

akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk

mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan

para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan

berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat

keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,

mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal

atau lambat  menyiapkan projek dan sebagainya.

e)       Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti

kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk

mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul

kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

9

Page 11: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

ANALISA EKONOMI TERHADAP AMALAN RASUAH

10

Page 12: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

ANALISA UNDANG-UNDANG TERHADAP AMALAN RASUAH

11

Page 13: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

ANALISA ETIKA TERHADAP AMALAN RASUAH

2.3.1 Teori Utilitarianism

Perkataan Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud

“berguna”. Teori Utilitarianisme menegaskan kita supaya sentiasa bertindak untuk

menghasilkan kebaikan dan keseronokan yang maksima kepada bilangan orang yang

sebanyak mungkin. Dalam kata lain, sesuatu tindakan adalah bermoral apabila ia

menghasilkan kegembiraan atau keseronokan yang semaksima kepada semaksima orang

ramai. Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Konsep

Utilitarianisme mengutarakan bahawa perbuatan yang menghasilkan kebaikan yang

maksimum kepada sebanyak mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi. Mereka

memandang akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh

pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).

Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati

oleh seramai mungkin faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu'

dan 'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada

kebaikan yang lebih besar. Teori ini mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau

komoditi sains. Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan

manusia dengan mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum.

Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara.

Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga

memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam

Islam. Berjanji dengan golongan 'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas

dilarang di dalam banyak ayat Al Quran. Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan

semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut

zaman dan tempat).

(contoh: huraian berkaitan serangan Geogia ke atas Abhazia)

- Peperangan yang dicetuskan oleh pihak Georgia adalah tidak bermoral kerana

tindakanini menghasilkan implikasi yang buruk kepada banyak pihak.

12

Page 14: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

- Peperangan ini mengakibatkan kematian yang melibatkan askar-askar dan rakyat-

rakyat. Nyawa yang tidak berdosa seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak

turutmenjadi pengorbanan peperangan tersebut. Peperangan juga menyebabkan mereka

kehilangan ahli keluarga yang tersayang dan merosakkan kebanyakan rumah tangga

yang bahagia.

- Tambahan pula, penggunaan bom yang mengandungi bahan kimia

menyebabkan pencemaran alam sekitar dari segi udara dan air yang membolehkan

seseorang mendapat penyakit barah.

- Hal ini juga meyebabkan kerosakan terhadap bangunan-bangunan di negara yangterlibat

dalam peperangan tersebut. Kos yang tinggi terpaksa dibelanjakan untuk menjalankan

pekerjaan pemulihan bangunan-bangunan tersebut.

13

Page 15: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

2.3.2 Teori Duty / Deontologis

Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang

tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap

jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat

kerja berkenaan.

Contoh huraian…

Pada penulis teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar

pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat

peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam

kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah

suatu yang perlu dinilai semula. Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut

arahan programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini

dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi

apabila si ibu atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi

solat dan sebagainya).

14

Page 16: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

2.3.3 Teori Keperibadian Mulia

Teori Keperibadian Mulia menekan kepada perlunya

manusia memilikikeperibadian mulia sebelum dapat memahami fungsi dan autoriti peraturan. Teoriini

berkait rapat dengan sifat-sifat seseorang insan yang bermoral. Ia dapatdidefinisikan sebagai suatu kualiti

yang terbaik dan istimewa. Maka, kita bolehmenyatakan bahawa etika mempunyai hubung kait yang

baik dengan keperibadianmulia atau sifat perangai atau ciri-ciri watak yang mulia. Teori ini

merangkumikehidupan baik sesama ahli masyarakat, iaitu Eudaimonia dan ia tidakmenggalakkan

perbuatan yang hanya memberikan keseronokan sementara,seperti kekayaan, kekuasaan atau

keseronokan fizikal.

Contoh huraian…

Pengeboman di Niroshima dan Nagasaki bukan sahaja menyebabkan kemusnahanharta benda

manusia, ia juga mengakibatkan kematian penduduk yang tidakberdosa. Di samping itu, bom atom

mempunyai kuasa pemusnah yang amatserius. Hal ini jelas menunjukkan peperangan membawa lebih

banyak keburukandaripada kebaikan, terutamanya peperangan akan menyebabkan pengorbananrakyat

jelata dan menyebabkan keadaan sesebuah negara menjadi huru-hara. Disamping, ia juga akan

menyebabkan rakyat kehilangan tempat perlindungan danahli keluarga mereka. Selain itu, peperangan

juga akan merosotkan ekonomisesebuah negara kerana tiada orang mahu melabur di negara yang

berkeadaanhuru-hara. Jadi, peperangan dianggap tidak wajar dan tidak bermoral.

15

Page 17: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

2.3.4 Teori Kemoralan Sosial

Teori Kemoralan Sosial ini berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri

daripada tatahukum, tatasusila, tatatertib dan peraturan masyarakat ini biasanya

diamalkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang.

Peraturan masyarakat berkaitan dengan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati,

kasih sayang, kebersihan, saling membantu, bekerjasama, kesyukuran dan semangat

bermasyarakat. Kewujudan pantang larang adalah untuk menjaga kerukunan sosial.

Selain itu, keputusan yang berasaskan teori ini tidak akan menjejaskan keamanan dan

keharmonian masyarakat. Masyarakat perlu hidup bermasyarakat untuk memenuhi

keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing.

(Contoh huraian bab peperangan)

Dalam kod kemoralan sejagat, peperangan merupakan sesuatu tindakan yang

tidak bermoral kerana kedaulatan antara negara yang berperang terancam dan

kemudahan seperti bekalan air dan pendidikan akan terjejas. Tertib dan tatasusila

masyarakat antara negara tidak dapat dipelihara, masyarakat tidak dapat

memajukan negara. Di samping itu, mereka tidak dapat menjalani kehidupan

mereka seperti biasa kerana menghadapi tekanan dan takut peperangan akan

berlaku lagi.

 Tindakan mereka dalam membuat keputusan untuk peperangan adalah tidak

bermoral kerana umat manusia harus bekerjasama untuk memastikan keadaan

tenteram terus wujud demi kebaikan dan kepentingan manusia. Peperangan

dianggap tidak bermoral kerana mengganggu kemerdekaaan dan kedaulatan

sesebuah negara untuk meluaskan kuasa dan tanah jajahan negara. Pengorbanan

tentera-tentera akan menjadi sia-sia kerana melakukan perbuatan yang tidak diterima oleh

kod kemoralan sejagat iaitu untuk menjaga keamanan antara masyarakat antarabangsa.

Jadi, peperangan dianggap tidak wajar dan dibantah di bawah Teori Kemoralan Sosial.

16

Page 18: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

2.3.5 Teori Keperibadian Mulia

Teori ini mengetengahkan bahawa manusia harus mengamalkan nilai-nilai murni

sehingga menjadi satu kebiasaan bagi dirinya.

Contoh huraian:

- Tindakan Georgia yang menyerang republik Ossetia Selatan dan Abkhazia demi

kepentingan sendirinya dianggap tidak bermoral kerana Georgia telah tidak 

mengamalkan kesederhanaan dari segi sikap, tingkah laku dan sifat-sifat lain yang

melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Sebagai contohnya, Georgia

mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah melalui peperangan yang

menjejeskan keharmonian masyarakat sedangkan perundingan juga merupakan satu

alternatif yang baik.

- Dalam kes ini, tindakan Georgia yang melampaui batasan telah menyebabkan

 pengorbanan askar-askar dan rakyat sehingga menjejeskan kedamaian dan keharmonian

masyarakat.

- Dari sudut yang lain, serangan Georgia terhadap republik Ossetia Selatan dan

Abkhazia telah memusnahkan harta benda di dunia ini, seperti kehilangan tempat tinggal

dan kerosakan hasil tanaman. Keharmonian masyarakat terjejas apabila rakyat terpaksa

hidup dalam keadaan penderitaan.

17

Page 19: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

KESIMPULAN

3.1 Menilai Perubahan

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan

melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,

tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu

rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik

pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis

kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,

maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang

sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka

pemberian rasuah telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan

manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan

pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan

masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat

dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh  menghancurkan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan

sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan

amalan rasuah yang tidak terbendung.

18

Page 20: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

3.2 Cadangan

Antara langkah  mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk

membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada

rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat

diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada

sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

 

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik

sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik  benci rasuah akan membesar

menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan

hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

 

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar

masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras

dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan

berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang

bakal diterima.

 

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan

dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses

temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan  supaya tidak membebankan orang

ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus

dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk

mempercepatkan  proses.

19

Page 21: Kerangka OUMM3203.doc

OUMM3203

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nota kuliah.

Capaian-capaian Internet.

20