e - tajuk 2 edited

5
Prinsip Perakaunan KBSM Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 19 TAJUK 2 : KLASIFIKASI AKAUN : ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA DAN AKAUN KONTRA (a) Definisi Akaun Kontra Akaun kontra ialah akaun yang akan mengurangkan nilai dalam akaun induk. Contoh akaun induk ialah Akaun-akaun Aset Bukan Semasa, Akaun Penghutang, Akaun Pemiutang, Akaun Belian, Akaun Jualan dan Akaun Modal. Akaun kontra bertujuan untuk memberi nilai bersih bagi akaun-akaun tersebut. Contoh Akaun-akaun Kontra Akaun Susut Nilai Terkumpul Akaun Peruntukan Hutang Ragu Akaun Pulangan Belian Akaun Pulangan Jualan Akaun Diskaun Diterima Akaun Diskaun Diberi Akaun Ambilan (b) Akaun Kontra mengikut pengelasan akaun Padanan Akaun Kontra dengan Aset, Liabiliti, Modal, Hasil dan Belanja ialah: Susut nilai terkumpul mengurangkan Aset Bukan Semasa Peruntukan hutang ragu mengurangkan penghutang Pulangan belian mengurangkan belian Pulangan jualan mengurangkan jualan Diskaun diterima mengurangkan belian Diskaun diberi mengurangkan jualan Akaun Ambilan mengurangkan modal Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: Mendefinisikan Akaun Kontra. Menyenaraikan akaun-akaun kontra. Memadankan akaun kontra mengikut jenis akaun. 2.6 Akaun Kontra

Upload: mohd-firdaus-muhamad-hanafi

Post on 15-Jun-2015

674 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: e - TAJUK 2 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 19

TAJUK 2 : KLASIFIKASI AKAUN : ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA DAN AKAUN KONTRA

(a) Definisi Akaun Kontra Akaun kontra ialah akaun yang akan mengurangkan nilai dalam akaun induk.

Contoh akaun induk ialah Akaun-akaun Aset Bukan Semasa, Akaun

Penghutang, Akaun Pemiutang, Akaun Belian, Akaun Jualan dan Akaun

Modal. Akaun kontra bertujuan untuk memberi nilai bersih bagi akaun-akaun

tersebut.

Contoh Akaun-akaun Kontra

• Akaun Susut Nilai Terkumpul

• Akaun Peruntukan Hutang Ragu

• Akaun Pulangan Belian

• Akaun Pulangan Jualan

• Akaun Diskaun Diterima

• Akaun Diskaun Diberi

• Akaun Ambilan

(b) Akaun Kontra mengikut pengelasan akaun Padanan Akaun Kontra dengan Aset, Liabiliti, Modal, Hasil dan Belanja ialah:

• Susut nilai terkumpul mengurangkan Aset Bukan Semasa

• Peruntukan hutang ragu mengurangkan penghutang

• Pulangan belian mengurangkan belian

• Pulangan jualan mengurangkan jualan

• Diskaun diterima mengurangkan belian

• Diskaun diberi mengurangkan jualan

• Akaun Ambilan mengurangkan modal

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Mendefinisikan Akaun Kontra.

• Menyenaraikan akaun-akaun kontra.

• Memadankan akaun kontra mengikut jenis akaun.

2.6 Akaun Kontra

Page 2: e - TAJUK 2 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 20

Contoh :

Perniagaan Intan Baiduri

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Julai 2009 (Petikan)

Jualan 15 000

(-) Pulangan Jualan 200

14 800

(-) Diskaun diberi 300

Jualan Bersih 14 500

Tolak : Kos Jualan

Stok awal 4 500

Belian 12 000

(-) Pulangan Belian 400

11 600

(-) Diskaun diterima 200

Belian bersih 11 400

Perniagaan Intan Baiduri

Kunci Kira-Kira pada 31 Julai 2009 (Petikan)

Aset Bukan Semasa

Kenderaan 50 000

(-) Susut Nilai Terkumpul 5 000

45 000

Aset Semasa

Penghutang 4 500

(-) Peruntukan Hutang Ragu 100

4 400

Page 3: e - TAJUK 2 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 21

(a) Definisi Carta Akaun Carta akaun adalah penyenaraian tajuk dan nombor akaun secara sistematik

yang digunakan dalam sistem perakaunan berkomputer sesebuah

perniagaan. Carta akaun juga digunakan untuk tujuan perekodan dalam lejar

am. Sehubungan dengan itu, dalam carta akaun, pengelasan akaun disusun

mengikut jenis akaun seperti aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

Carta akaun akan berubah mengikut jenis perniagaan yang dipilih.

Carta akaun boleh dibina sama ada dengan menggunakan sistem

penomboran atau abjad sahaja ataupun kedua-dua angka dan abjad (alpha-

numeric), bergantung kepada spesifikasi sistem.

Contohnya, sistem kod mungkin menetapkan nombor 9000 – 9999

untuk item belanja, nombor 1000 – 1999 untuk item aset dan nombor 2000 –

2999 untuk item liabiliti seperti di bawah:

Belanja

KOD ITEM

9000 Perbelanjaan

9001 Sewa

9002 Kadar bayaran

Aset

KOD ITEM

1000 Aset

1001 Tunai

1002 Penghutang

1003 Kenderaan

2.7 Carta Akaun

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Mendefinisikan carta akaun.

• Menjelaskan kegunaan carta akaun.

• Menyediakan jadual carta akaun.

Page 4: e - TAJUK 2 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 22

Liabiliti

KOD ITEM

2000 Liabiliti

2001 Pemiutang

2002 Overdraf bank

2003 Gaji terakru

(b) Fungsi Carta Akaun Carta Akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk menukar nama,

menambah akaun dan memberikan maklumat tambahan kepada akaun yang

ditambah. Bagi sistem perakaunan berkomputer penyediaan carta akaun

adalah perlu untuk membolehkan komputer mengenalpasti akaun.

(c) Penyediaan Carta Akaun Langkah-langkah penyediaan Carta Akaun:

i) Kenal pasti semua akaun berdasarkan urus niaga yang perlu direkod

mengikut pengelasan akaun iaitu aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil,

belanja dan akaun kontra.

ii) Bandingkan senarai akaun tersebut dengan senarai akaun yang

terdapat dalam perisian perakaunan.

iii) Beri perhatian pada nama akaun, klasifikasi akaun serta maklumat

tambahan lain seperti jenis akaun dan subklasifikasi akaun.

iv) Masukkan maklumat Carta Akaun yang telah dirangka dalam perisian

perakaunan.

(d) Inventori Inventori merujuk kepada semua item yang menjadi barang niaga sesebuah

perniagaan. Bagi perniagaan perkilangan, inventori terdiri daripada inventori

bahan mentah, inventori kerja dalam proses dan inventori barang siap.

Dua sistem yang digunakan untuk menilai inventori adalah:

(i) Sistem Inventori Berkala

(ii) Sistem Inventori Berterusan

Sistem Inventori Berkala tidak menyimpan rekod yang terperinci untuk

mengesan semua inventori yang diterima dan dikeluarkan. Kuantiti dan nilai

inventori pada akhir suatu tempoh ditentukan dengan membuat pengiraan

Page 5: e - TAJUK 2 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 23

fizikal. Sistem ini biasanya digunakan oleh perniagaan barangan runcit

yang barang niaganya berharga rendah.

Sistem Inventori Berterusan menyimpan rekod yang terperinci untuk

mengesan semua inventori yang diterima dan yang dikeluarkan. Setiap

pergerakan inventori direkod dengan menggunakan Buku Rekod Inventori atau Kad Lejar Stok. Dengan sistem ini, kuantiti dan nilai stok dalam

perniagaan boleh dipastikan pada bila-bila masa sahaja dengan merujuk

kepada rekod inventori yang disimpan.

LATIHAN

1. Nyatakan maksud akaun kontra dan senaraikan beberapa contoh akaun ini?

2. Nyatakan maksud carta akaun yang diguna dalam perakaunan berkomputer?

3. Sediakan carta akaun menggunakan maklumat berikut:

Modal

Belian dan jualan

Hutang lapuk

Kenderaan (kos)

Gaji

Iklan

Penghutang

Pemiutang

Bank

Tunai

Stok 1 Januari 2009

Pulangan

Angkutan masuk

Peruntukan hutang ragu

Susut nilai Terkumpul Van

Insurans

4. Nyatakan perbezaan antara sistem inventori berkala dengan sistem inventori

berterusan.