tajuk 3(edited)

60
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK TAJUK 3 TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK 3.1 SINOPSIS Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Ramai ahli psikologi yang terkenal telah menjalankan kajian, tinjauan dan eksperimen terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dan telah mengemukakan berbagai-bagai teori pembelajaran yang membawa kesan pesat terhadap kurikulum matematik masa kini. Bab ini juga akan mengemukakan secara ringkas beberapa teori pembelajaran yang memberi sumbangan besar dalam pendidikan matematik. Kita akan meninjau secara dasarnya teori behavioris, konstruktivis dan humanistik agar kita dapat memanfaatkannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita juga akan membincangkan implikasi teori teori pembelajaran terhadap proses pembelajaran dan pengajaran matematik dalam bilik darjah. 3.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat: 1. Menghuraikan konsep penting dalam teori-teori pembelajaran yang memperkukuhkan pengetahuan pedagogi. 52

Upload: yusranpkg

Post on 21-May-2017

256 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 3 TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK

3.1 SINOPSIS

Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan

menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah.

Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata

pelajaran yang membosankan. Ramai ahli psikologi yang terkenal telah

menjalankan kajian, tinjauan dan eksperimen terhadap pengajaran dan

pembelajaran matematik dan telah mengemukakan berbagai-bagai teori

pembelajaran yang membawa kesan pesat terhadap kurikulum matematik

masa kini. Bab ini juga akan mengemukakan secara ringkas beberapa

teori pembelajaran yang memberi sumbangan besar dalam pendidikan

matematik. Kita akan meninjau secara dasarnya teori behavioris,

konstruktivis dan humanistik agar kita dapat memanfaatkannya dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kita juga akan membincangkan implikasi

teori –teori pembelajaran terhadap proses pembelajaran dan pengajaran

matematik dalam bilik darjah.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat:

1. Menghuraikan konsep penting dalam teori-teori pembelajaran yang

memperkukuhkan pengetahuan pedagogi.

2. Menghuraikan teori pembelajaran Behavioris, Kognitif, Konstruktivis

dan Humanistik .

3. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pelaziman klasik dan pelaziman

operan dan implikasinya kepada pembelajaran ”programmed”.

4. Menganalisis teori Behavioris dan merumuskan implikasi teori

Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik.

52

Page 2: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

6. Menjelaskan prinsip-prinsip teori pembelajaran kontruktivis serta

implikasinya kepada proses pembelajaran dan pengajaran

7. Membanding dan membeza antara pembelajaran kognitif dan

konstruktivis

8. Menjelaskan prinsip-prinsip teori pembelajaran humanistik serta

implikasinya dalam pembelajaran matematik.

3.3 KERANGKA TAJUK

53

Teori –teori PembelajaranTeoriBehaviorisPelazimanKlasikIvan PavlovJ.B WatsonPelazimanOperanB.F. SkinnerE.L.ThorndikeTeoriHumanistikAbraham MaslowCarl RogersTeori Kognitif/KonstruktivisJean PiagetWolfgang Kohler

Page 3: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

3.4 KANDUNGAN

TEORI PEMBELAJARAN

Satu alat yang boleh digunakan untuk memahami proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih mendalam adalah melalui teori. Teori boleh

diertikan sebagai satu set prinsip dan definisi (Kerlinger, 1986, as cited

in Noriati, Boon &Sharifah Fakhriah, 2009). Berbekalkan fahaman yang

mendalam tentang satu-satu teori, maka individu mampu menghasilkan

satu cara penyelesaian yang baru yang kreatif dan berinovasi semasa

menghadapi masalah sesuatu fenomena.

Pembelajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan

pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang

akan mengakibatkan perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran,

nilai dan pandangan seseorang individu (Ormrod,1995). Oleh itu,

bagaimana kita boleh mengaitkan teori dengan pembelajaran?

Bagaimana pula teori pembelajaran boleh membantu kita sebagai individu

atau sebagai guru,khasnya? Sebenarnya, teori pembelajaran ialah

penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar (Noriati, Boon &

Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran berusaha untuk

menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara

menyelesaikan masalah pembelajaran. Ahli-ahli psikologi pendidikan telah

mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa

teori.

Aktiviti 3.4Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki

membuat catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori

pembelajaran serta hasil penemuannya. Kemudian anda harus

memberikan komen terhadap hasil penemuan tokoh berkenaan.

54

Page 4: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Tokoh Ujikaji Hasil Dapatan

Komen

Burrhus F. Skinner(1904 –

1990)

Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan.

Ivan PetrovichPavlov

(1849 - 1936)

Melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng.(konsep rangsangan dan gerakbalas)

Abraham Maslow( 1908- 1970)

Hirarki keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi, keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri.

Jean Piaget(1896- 1980)

Kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif.

Lev Vygotsky( 1896- 1934)

Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.

55

Page 5: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

3.4.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh

diperhatikan(secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap

perubahan tersebut. Teori ini diwakili dengan perkataan Rangsangan-

Gerak balas (R-G). Perkaitan antara Rangsangan, Organisma dan

Gerakbalas boleh diringkaskan seperti di bawah.

Rajah 3.1: Kesan rangsangan kepada organisma dan gerakbalas yang diperhatikan

Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :-

i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh

rangsangan(R) dari persekitaran,

ii. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikan

iii. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku

iv. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas

berlaku dalam masa yang dekat

v. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris

vi. Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.

Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan ialah

i. loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran

waktu, rehatatau balik.

ii. cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru

iii. individu yang fobia selepas mengalami kejadian yang menakutkan

iv. sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun

tidak lucu.

56

Rangsangan(R) Organisma Gerakbalas

(G)

Page 6: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Rajah 3.2 Tokoh-tokoh teori behavioris(Sumber: Noriati, Boon, dan Sharifah Fakriah, 2009, p 49)

AKTIVITI 3.4.1(1)

Berdasarkan Input 2 di atas cuba anda perhatikan rangsangan yang diberikan dan apa pula gerakbalas anda terhadap rangsangsan ini? Mengapa anda bertindak sedemikian?(Rangsangan, R) Apa Gerakbalas, G anda?

(Rangsangan, R) Apa G anda?

57

IvanPavlovJ.B.WatsonB.FSkinner?

Page 7: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TEORI PELAZIMAN KLASIK

Ivan Pavlov (1849- 1936)

Berbangsa Rusia, Belajar fisiologi di Universiti Leibzig, Jerman.

Pemenang Hadiah Nobel: Fisiologi Pencernaan

Rajah 3.3 Eksperimen pelaziman klasik Pavlov

Nama Pavlov memang sinonim dengan gambar di atas. Apa sebenarnya

konsep dan eksperimen yang diperkenalkan oleh Pavlov?

.

Cuba perhatikan Rajah 3.3 sebelum kita pergi lebih lanjut tentang

Pelaziman KlasikPavlov.

58

Page 8: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Rajah 3.4 Konsep-konsep penting dalam pelaziman klasik

Konsep-konsep penting dalam Pelaziman Klasik

Rangsangan nuetralSemua objek, perkara atau peristiwa yang tidak ada hubungan langsung

dengan diri kita, oleh itu tiada respon dari kita.

Rangsangan semulajadiSemua objek, perkara atau peristiwa yang ada hubungan semulajadi,

maka respon semula jadi akan diberikan.

Rangsangan terlazimRangsangan yang terhasil apabila rangsangan nuetral digabungkan

dengan rangsangan semulajadi untuk menghasilkan gerakbalas yang

serupa dengan rangasangan semulajadi.

59

Page 9: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Gerakbalas semulajadi (juga dikenali gerakbalas pantulan)Dimiliki olehsemua organisma yang mempunyai siatem saraf. Contoh, air

liur yang meleleh apabila melihat makanan yang enak, kelipan mata

apabila terdapat gangguan.

Gerakbalas terlazimGerakbalas yang berlaku hasil dari rangsangan terlazim

Teori PavlovMenurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.

Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.

Rangsangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak

balas. Minda manusia adalah seperti ‘kotak hitam’ yang tidak boleh

dibuka; yang hanya boleh kita perhatikan ialah rangsangan yang masuk

dan gerak balas atau respons yang keluar sebagai reaksi kepada

rangsangan. Contohnya ramai orang akan berasa takut bila berada di atas

kerusi dalam bilik doktor gigi walaupun ubat bius dapat menghilangkan

kesakitan anda. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan

kesakitan dikenali sebagai “pelaziman klasik”. Pelaziman klasik (classical

conditioning) ialah sejenis pembelajaran yang berlaku apabila organism

dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral

dengan rangsangan semulajadi.Pavlov melakukan eksperimen dengan

anjingnya seperti rajah di bawah.

60

Page 10: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Penerangan rajah dan eksperimen Pavlov

Gambar 1 (Before Conditioning):Makanan ialah rangangan semula jadi (unconditioned stimulus). Organisma akan memberi gerak balas semulajadi (unconditioned response) kepada rangsangansemulajadi

Gambar 2 (Before Conditioning):Loceng (bell) ialah Rangsangan neutral (Nuetral stimulus). Tiada

sebarang gerakbalas atau reaksi dari organisma.

Gambar 3 (During Conditioning): Apabila loceng (rangsangan neutral) digabungkan dengan makanan

(rangsangansemulajadi),ia akan menghasilkan gerak balas semulajadi.

Gerakbalas atau reaksi ini adalah sama seperti apabila hanya makanan

(rangsangan semulajadi diberikan). Kombinasi loceng dan makanan diberi

berulang kali kepada anjing untuk mendapatkan gerakbalas yang sama.

61

Page 11: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Gambar 4 (After Conditioning):Hanya loceng dibunyikan (tanpa makanan) tetapi tetap mendapat respon

atau reaksi yang sama. Kini, loceng berfungsi sebagai rangsangan terlazim (conditioned stimulus) dan reaksi anjing ialah gerak balas terlazim (conditioned response)

Oleh itu, pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila organisma

dapat mengaitkan dua rangsangan, iaitu rangsangan neutral dengan

rangsangan semula jadi. Menurut pelopor teori ini, manusia juga

mempamerkan tingkah laku ini. Oleh itu, pembentukan tingkah laku

pembelajaran di bilik darjah boleh dilakukan melalui kombinasi

rangsangan yang diberikan oleh guru. Contohnya bunyi loceng yang

diberikan berulang kali telah menyebabkan semua murid di sekolah

mengetahui bunyi loceng menandakan pertukaran waktu, rehat atau balik.

Terdapat 3 tingkah laku yang boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman

Klasi:-

Penghapusan (extinction)Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (conditioned stimulus)

diberikan berulang kali tanpa rangsangan semula jadi (unconditioned

stimulus). Dalam erti kata ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa

makanan. Penghapusan melibatkan proses melemahkan gerak balas

terlazim dengan meniadakan rangsangan semulajadi. Contohnya

perasaan takut terhadap guru mata pelajaran dan guru matematik boleh

dikurangkan sekiranya murid tersebut mendapat guru matematik yang

memahami kelemahannya, pandai menggunakan strategi dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

GeneralisasiGeneralisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan terlazim

dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anjing

62

Page 12: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

akan tetap melelehkan air liur sekiranya anjing tersebut mendengar bunyi

wisel yang hampir sama dengan bunyi loceng. Hal ini kerana telah berlaku

pemindahan pembelajaran (Noriati, Boon &Sharifah Fakhriah, 2009).

DiskriminasiDiskriminasi berlaku apabila organisma hanya memberi respons atau

gerak balas tertentu sahaja. Contohnya, anjing tidak akan memberi

gerakbalas kepada bunyi lain selain dari bunyi loceng. Bunyi-bunyi selain

dari bunyi loceng adalah rangsangan neutral.

Teori Pelaziman Klasik J.B Watson (1878-1956).

Watson percaya semua perbezaan tingkah laku individu adalah

disebabkan oleh perbezaan pengalaman pembelajaran. Beliau juga

membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara pelaziman

klasik. Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku

manusia yang dapat dikawal dan diramal). Beliau pernah berkata,

“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my own specified

world to bring them up in and I'll guarantee to take any one at random and

train him to become any type of specialist I might select - doctor, lawyer,

artist, merchant-chief and, yes, even beggar man and thief, regardless of

his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and the race of his

ancestors”. (Watson, 1924, as cited in Classical Conditioning, n.d)

63

Page 13: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Watson terkenal dengan eksperimennya bersama seorang bayi berumur

11 bulan yang diberi nama “Little Albert”. Seperti gambarajah di atas,

Albert diberi bermain dengan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert

tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada tikus ini, malah boleh

bermain dengannya. Namun, beberapa saat selepas memperkenalkan

tikus putih tersebut, Watson mengetuk penukul pada palang besi yang

tergantung di belakang Albert. Bunyi hentaman tersebut menyebabkan

bayi berkenaan menangis dengan kuat. Kejadian tikus bersama ketukan

penukul ini diulangi sebanyak 7 kali selama 7 minggu berturut-turut dan

setiap kali Albert akan menangis ketakutan. Akhirnya, Albert akan terus

menangis apabila melihat tikus putih, walaupun tidak dirirngi oleh bunyi

ketukan penukul.

Watson telah membuktikan bahawa Little Albert telah mengaitkan tikus

putih dengan bunyi hentaman yang menakutkan. Malah bayi berkenaan

juga menunjukkan rasa takut terhadap apa-apa sahaja yang berbulu dan

berwarna putih (generalisasi). Di samping itu, Watson juga menunjukkan

perkaitan antara pelaziman klasik dengan fobia. Pemerhatian ke atas

Little Albert 10 hari selepas pelaziman menunjukkan rasa takut yang

berkurangan (penghapusan), namun rasa takut ini berkekalan selepas

64

Page 14: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

sebulan. Watson juga mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga

reaksi emosi yang asas iaitu rasa takut, marah dan sayang.

Oleh itu, dalam bilik darjah, guru boleh memastikan pembentukan emosi

positif di kalangan pelajarnya. Suasana bilik darjah yang mesra, adil, dan

berdisiplin dapat membentuk persekitaran psikososial yang positif, yang

seterusnya mempengaruhi emosi murid.

AKTIVITI 3.4.1 (2)

1. Tahukah anda mengapa seekor gajah yang besar boleh kekal terikat

pada sebatang pokok yang kecil sedangkan gajah berkenaan

mempunyai tenaga yang mencukupi mengheret beberapa batang balak

sekaligus?

2. Cuba anda baca kembali eksperimen yang dilakukan oleh Watson

terhadap Little Albert. Bolehkah anda kenal pasti yang mana ialah

rangsangan semulajadi (unconditioned stimulus), gerakbalas

semulajadi (unconditioned response), rangsangan neutral yang

kemudian menjadi rangsangan terlazim (conditioned stimulus) dan

gerakbalas terlazim (conditioned response)?

TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

Teori Pelaziman Operan (Operant Conditioning) merupakan satu bentuk

pembelajaranyang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan

gerakbalas. Perkaitan ini boleh diperkuatkan atau diperlemahkan melalui

peneguhan atau dendaan. Teori iniperkenalkan oleh B.F. Skinner.

65

Page 15: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

E.L. Thorndike (1987-1949)

Ujikaji yang dilakukan oleh Thorndike adalah yang berhubung dengan

hubungan atau ‘connection’ antara rangsangan dengan gerakbalas yang

akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku tersebut menyeronokkan atau

memuaskan. Sila buat rujukan tentang eksperimen Thorndike dengan seekor kucing yang cuba melepaskan diri dari sangkarnya.

Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dan gerakbalas

akan menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Dalam hal ini,

masa yang diambil oleh kucing untuk melepaskan diri dari kurungan

menjadi semakin singkat apabila terdapat makanan (ganjaran) selepas ia

berjaya melepaskan diri. Berdasarkan ini, Thorndike telah

memperkenalkan Tiga Hukum Pembelajaran:-

a) Hukum KesanSesuatu gerak balas yang dikuti dengan kesan yang menyeronokkan dan

memuaskan akan menyebabkan gerak balas tersebut diulang. Namun,

sekiranya berlaku kesan yang tidak memuaskan, maka gerak balas tidak

akan diulangkan. Secara ringkasnya,

=

=

Rajah 3.8: Hukum Kesan

66

Rangsangan positif

Gerak balas

Gerak balas

diulangi

Rangsangan

Gerak balas

Gerak balas tidak

diulangi

Page 16: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Dengan kata lain, Hukum Kesan mengatakan bahawa guru hendaklah

menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa

berjaya. Sekiranya guru tidak kedekut dengan pujian, murid akan berasa

puas hati dan gembira.

b) Hukum LatihanHukum Latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses

membuat dan mengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang

dipelajari tidak dipelajari atau diulangi. Oleh itu, hubungan R-G yang

positif boleh diperkukuhkan sekiranya dibuat berulang kali. Sebaliknya,

hubungan R-G akan menjadi lemah jika tidak diulangi.Dalam situasi bilik

darjah pula, hukum ini menggalakkan guru-guru memberi latihan dalam

pelbagai bentuk, latihtubi dan mengaplikasikan kemahiran dengan lebih

kerap.

c) Hukum KesediaanHukum ini memberi perhatian kepada kesediaan organisma dari segi

kognitif (pengetahuan lepas), afektif (perasaan, kecenderungan dan

minat) dan psikomotor (fizikal). Bagi Thorndike, sekiranya tiada

persediaan yang mencukupi ia akan membawa kepada kekecewaan..

Contohnya,

Murid bersedia, guru bimbing dengan baik → kesan positif pada

murid, pembelajaran berlaku

Murid bersedia, tiada bimbingan dari sesiapa → kesan negatif

pada murid, pembelajaran tidak berjaya

Murid belum bersedia, dipaksa untuk belajar → kesan

mengecewakan, pembelajaran tidak berjaya.

Oleh itu, mengikut hukum ini, guru perlu memastikan murid ada kesediaan

yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti

pembelajaran. Murid boleh mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan

67

Page 17: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

mencapai kejayaan sekiranya perkara yang dipelajari selaras dengan

keupayaan mereka.

Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner (1904- 1990)

Salah sebuah dari buku Skinner yang popular ialah Walden II, sebuah

fiksyen tentang prinsip behaviorisnya. Pelaziman operan menekankan

hasil kesan-akibat yang membawa kepada sama ada tingkah laku baharu,

tingkah laku lama diteruskan atau diulanginya atau sebaliknya.Bagi

pelopor pelaziman operan, kesan-akibat mempunyai perkaitan rapat

dengan ganjaran dan hukuman. Oleh itu, tingkah laku baharu yang diingini

boleh dibentuk melalui ganjaran dan peneguhan atau hukuman dan

dendaan. Skinner sependapat dengan Pavlov tetapi menyatakan bahawa

perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan

membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.

Skinner merumuskan pelaziman operannya seperti Rajah 3.9

68

Aktiviti 3.4.1 (3)

Berdasarkan pendapat Thorndike, berikan satu contoh topik matematik di

mana guru boleh mengaplikasikan Hukum Kesan, Hukum Latihan dan

Hukum Kesediaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah.

Page 18: Tajuk 3(Edited)

Peristiwaawal

Kesan-akibat Tingkahlaku

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Jadual 3.1: Pembelajaran dan perubahan tingkah laku

Peristiwa Awal(Antecedents)

Rangsangan luaran yang menyebabkan kita untuk bertindak.

Tingkah laku(Behavior)

Untuk ahli behavioris, tingkah laku dibahagikan kepada dua kategori, yang diingini atau yang tidak diingini. Ahli Behavioris juga berpendapat, persepsi ialah segala-galanya. Contoh, keinginan seorang guru supaya pelajarnya menyiapkan kerja rumah bukan keinginan seorang pelajar berkenaan untuk berbuat demikian.

Kesan akibat(Consequences)

Kesan dan akibat ialah motivasi yang akan menentukan sama ada meningkatkan atau menurunkan kemungkinan sesuatu gerak balas berulang semula.

Skinner membuktikan teori peneguhannya dengan ”Peti Skinner”. Rajah di

bawah menunjukkan Peti Skinner.

69

Rajah 3.5 Pembelajaran Behavioris mengikut SkinnerDiterjemahkan dari Behavioural, (n.d). p.2.

Page 19: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Rajah 3.6 Peti Skinner

Dalam ujikajinya, Skinner memastikan tikus hanya akan mendapat

makanan apabila tuil (lever) suis ditekan. Tikus akan melakukan cuba-jaya

(trial and error), menghidu dan mencari-cari sehingga tertekan suis, lampu

terpasang dan akhirnya mendapat makanan (ganjaran). Selepas itu,

Skinner juga mengenakan kejutan elektrik (fungsi ‘shock grid’ dalam

gambarajah) apabila suis ditekan. Ringkasan uji kaji Peti Skinner boleh

diperhatikan dalam Jadual 3.2.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali.

Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat

negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran,

hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong

seseorang murid itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan.

Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan

hukuman atau denda.

70

Page 20: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Jadual 3.2 Contoh ringkasan uji kaji dalam Peti Skinner

Tingkah laku Awal

Tingkah laku/

Tindakan

Kesan Tindakan

Teknik Kesan Tingkah

LakuRawak Tertekan tuil

suisMakanan

keluarPeneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis

Makanan keluar

Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan tuilsuis-lampumenyala

Makanan tidak

keluar

Penguhanpositif

Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis-kejutan

elektrik

Makanan tidak keluar

Peneguhannegatif

Tidakditeruskan

Terlazim Menekan tuilsuis-kejutan

elektrik

Makanan tidak

keluar

Hukuman Tidakditeruskan

Sumber: Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009, p.58

Konsep Peneguhan dan Hukuman mengikut Skinner

Jadual 3.3 : Konsep peneguhan dan hukuman mengikut Skinner

Konsep Jenis Penerangan Contoh

Peneguhan Positif Kemungkinantingkah lakuditeruskan apabilatingkah laku diikutidengan rangsanganyang menyenangkan(ganjaran)

Murid menyiapkan tugasanmengikut masa yang ditetapkan,guru memuji. Pujian guru akanmenyebabkan muridmeneruskan usahacemerlangnya

Negatif Kemungkinantingkah laku akandiulangi apabilarangsangan yangtidak menyenangkanditiadakan

Guru sering menegur seorangmurid yang tidak berpakaiankemas. Akhirnya, muridmenjaga kebersihan

71

Page 21: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

dirinya danguru tidak lagi berleter danmengkritik murid berkenaan.Murid mengekalkankekemasan dirinya.

Hukuman Beri Kemungkinantingkah lakudiulangi berkurangapabila rangsangdiberikan.

Murid ditangkap merokok disekolah oleh itu dia dirotan.

Tarik Kemungkinantingkah lakudiulangi berkuranghasil darirangsangan yangselesa ditarik balik

Murid didapati tidakmenyiapkan kerja rumah, olehitu dia tidak dibenarkan untukkeluar berehat.

Di samping Jadual 3.3 di atas, Skinner telah memperincikan Peneguhan

Positif danmembahagikan lagi kepada kategori mengikut Jadual 3.4

Jadual 3.4 Jadual peneguhan positif

Peneguhan Jenis Contoh

Berterusan Guru beri ganjaran bagi setiap langkah murid semasa membuat aktiviti sehingga murid selesai

Berkala nisbah tetap

Berdasarkan isikandungan

Bagi setiap 5 soalan, murid dapat menjawab dengan betul, satu token akan diberikan. Token boleh ditukar dengan aktiviti atau benda yang disukai

Berkala NisbahBerubah

Untuk menjawab soalan guru, murid perlu mengangkat tangan. Peluang untuk menjawab soalan tidak dapat dijangka.

Berkala Selang Masa

Berdasarkanmasa

Murid menghadapi ujian pada setiap akhir bulan

72

Page 22: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TetapBerkala Selang

BerubahMurid tidak tahu bila guru akan memberi ujian pop.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

1. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,

Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan

dengan jelas

Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh

dicapai

2. Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran

Objektif hendaklah khusus

3. Buat analisis tugasan

Pastikan tugasan yang diberi sesuai dengan kemampuan murid

Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya

mudah difahami

4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat

Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari

mudah kepada sukar.

5. Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai

Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan

tingkahlaku

Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai

6. Aplikasi Hukum Kesediaan

Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada

Sediakan situasi yang merangsangkan

Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi murid

7. Aplikasi Hukum Latihan

Banyakkan pengulangan dan latih tubi

Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai

73

Page 23: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

8. Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat

Adakan aktiviti pengukuhan

Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai

9. Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai

Amalan rutin belajar

Amalan rutin keceriaan

Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

KesimpulanPrinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli psikologi

Behaviorisme adalah praktikal dan berkesan sekiranya guru

menggunakan dengan merancangnya terlebih dahulu terutama prinsip

peneguhan positif dan negatif yang dikemukakan oleh Skinner. Tetapi

guru mesti merancang bentuk peneguhan positif yang sesuai. Ini

termasuklah apakah aktiviti sesuai yang hendak diberi peneguhan positif.

Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

1. Guru hendaklah menetapkan hasil pembelajaran atau standard

pembelajaran yang spesifik dan dinyatakan dengan jelas atau bersifat

eksplisit. (mestilah boleh diukur, realistik dan boleh dicapai)

74

Aktiviti 3.4.1 (4)

Berdasarkan Teori Pelaziman Operan yang dikemukakan oleh

Skinner, huraikan cara guru boleh mengaplikasikan prinsip

peneguhan positif dan dua cara guru boleh mengaplikasikan prinsip

peneguhan negatif dalam pengajaran matematik.

Page 24: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

2. Sediakan langkah-langkah pengajaran secara berperingkat-peringkat.

Mulakan daripada yang mudah membawa kepada yang sukar. Pastikan

murid-murid sudah mahir isi pengetahuan serta kemahiran awal sebelum

berpindah kepada tajuk yang lain.

3. Guru perlu mengaplikasikan teknik peneguhan yang sesuai. Misalnya

peneguhan positif seperti pujian, penghargaan dan tunjukkan kasih

sayang. Apabila guru memberikan pujian dan dorongan murid-murid akan

timbul rasa minat untuk belajar dan membantu guru mengawal tingkah

laku murid dalam bilik darjah.

4. Guru perlu bijak mengaitkan isi pelajaran yang baharu dengan

pengetahuan sedia ada murid supaya murid lebih faham menjadikan

pembelajaran murid lebih bermakna dan berkesan.Rangsangan dan

memupuk rasa ingin tahu murid perlu diberi perhatian oleh guru. Dalam

masa yang sama aplikasi kaedah pengajaran kontekstual elok diberi

penekanan di mana sesuai.

5. Ada baiknya guru mengaplikasi hukum latihan. Sesuatu kemahiran dan

pengetahuan yang ingin disampaikan kepada murid perlu diberikan latihan

yang cukup dan latih tubi yang berterusan. Ini akan menggalakkan

berlakunya pemindahan pembelajaran.

6. Guru juga boleh mengamalkan prinsip hukum kesan dan akibat. Misalnya

memberikan ganjaran kepada tingkah laku yang baik dan hukuman

kepada tingkah laku yang tidak diingini. Sehubungan dengan itu maka

guru bolehlah menguruskan bilik darjah dengan berkesan dengan

menyisipkan amalan rutin bilik darjah dan dinamika kumpulan secara lebih

terancang.

3.4.2 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVIS

Ada banyak pandangan tentang cara manusia belajar dan

memperoleh pengetahuan. Anda sudah belajar tentang teori

pembelajaran behavioris yang didokong oleh ahli psikologi seperti

75

Page 25: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Skinner, Pavlov, dan Thorndike. Manakala teori pembelajaran kognitif pula

dipelopori oleh Piaget. Bertitik tolak daripada pandangan teori

pembelajaran kognitif ini maka lahirlah satu lagi pandangan tentang cara

manusia belajar iaitu konstruktivisme.

Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir

secara kritis dan kreatif, menaakul, menganalisis, membentuk konsep,

menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitivis

merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada

kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt,

Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina

sendiri secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap

secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya.

Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan

sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya.

Ciri-ciri PembelajaranKognitif

76

Page 26: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Teori Kognitif Jean Piaget:

Beliau merupakan ahli psikologi bangsa Swiss yang meyakini bahawa

perkembangan mental setiap peribadi melewati empat tahap iaitu:

Rajah 3.7 :TahapPerkembanganKognitifmenurut Jean Piaget

77

Tahap perkembangan kognitif (Jean Piaget)

Page 27: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

1. Tahap sensori motor (0-2 tahun) – Pada tahap ini anak-anak

mengembangkan konsep pada dasarnya melalui interaksi dengan dunia

fiksyen

2. Tahap pra-operasi (2-7 tahun) – Pada tahap ini anak sudah mulai

untuk menyatakan idea, tetapi idea tersebut masih sangat tergantung

pada persepsi. Pada tahap ini anak telah mulai menggunakan simbol,

belajar untuk membezakan antara kata atau istilah dengan objek yang

diwakili oleh kata atau istilah tersebut.

3. Tahap operasi konkrit (7-12 tahun) – Pada tahap ini anak

mengembangkan konsep dengan menggunakan  benda-benda konkrit

untuk menyelidiki  hubungan dan model-model idea abstrak. Bahasa

merupakan alat yang sangat penting untuk menyatakan dan mengingat

konsep-konsep. Pada tahap ini anak sudah mulai berfikir secara logik,

berfikir logik. Ini terjadi sebagai akibat adanya kegiatan anak

memanipulasikan benda-benda konkrit.

4. Tahap operasi formal (12 dewasa) – Kanak-kanak sudah mulai

mampu berfikir secara abstrak, dia dapat menyusun hipotesis dari hal-

hal yang abstrak menjadi dunia realiti dan tidak terlalu bergantung pada

benda-benda konkrit.

Piaget menekankan bahawa proses belajar merupakan suatu asimilasi dan akomodasi informasi ke dalam struktur mental. Asimilasi adalah

proses terpadunya informasi dan pengalaman baru ke dalam struktur

mental. Akomodasi adalah perubahan fikiran sebagai suatu akibat

adanya informasi dan pengalaman baru, mereka secara aktif mencuba.

Sebagai contoh dalam operasi penjumlahan, kanak-kanak memahami 5 +

3 = 8 dengan memanipulasi benda-benda konkrit yang telah dikenalinya.

78

Page 28: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Teori Kognitif Jerome S. Bruner:

Jerome S. Bruner adalah seorang ahli psikologi kognitif. Bruner

menyatakan proses belajar daripada hasil belajar. Oleh sebab itu,

menurut Jerome S. Bruner kaedah belajar merupakan faktor yang

menentukan dalam pembelajaran dibandingkan dengan pemerolehan

sesuatu kemampuan khusus. Kaedah yang digunakan oleh Jerome S.

Bruner adalah penemuan melibatkan kegiatan mengorganisasikan

kembali pelajaran yang telah dikuasai oleh seorang kanak-kanak.

Kegiatan ini berguna bagi kanak-kanak tersebut untuk menemukan suatu

pola atau ‘keteraturan’ yang bersifat umum terhadap situasi atau masalah

baru yang sedang dihadapinya. Jerome S. Bruner yakin bahawa dalam

mempelajari matematik seorang kanak-kanak perlu secara langsung

bahan-bahan manipulatif. Bahan-bahan manipulatif merupakan benda

konkrit yang dirancang khusus untuk memahami suatu konsep matematik.

Selain daripada itu, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih

dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan

oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isikandungan

matapelajaran dan kemahiran tertentu.

Teori Pembelajaran Kognitif:

Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara

manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kank-kanak,

remajad anseterusnya alam dewasa. Menurut Gagne (1970),

pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang

rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada

pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut:

79

Page 29: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

i) Pembelajarani syarat

Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah.Ia

lebih merupakan perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh

kebiasaan. Misalnya, apabila loceng berbunyi pukul 7.30 pagi, semua

muridakan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan mereka akan terus

berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk. Ini

merupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal

fikiran.

ii) Pembelajaran rangsangan gerakbalas

Pembelajaran rangsangan gerakbalas bergantung kepada proses

peneguhan. Ini bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi

tingkahlaku yang diingati.

iii) Rangkaian

Rangkaian merupakan satu siri tingkahlaku yang berkaitan antara satu

sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya,

ketika menyambut bola dalam permainan tennis, pemain hendaklah

berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayunkan

raket dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik.

Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.

iv) Pertalian berbahasa

Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini

berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang

dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Misalnya, apabila

melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola.

80

Page 30: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

v) Pembelajaran diskriminasi

Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerakbalas

yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam

kelas, murid dapat membezakan antara fakta yang kurang penting dengan

fakta yang penting.

vi) Pembelajaran Konsep

Ini berlaku apabila murid bertindakbalas kepada benda-benda sebagai

satu kelas atau kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan

bentuk akan menggolongkan kuning, merah, biru, putih, hitam dan hijau

sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai

bentuk.

vii) Pembelajaran hukum

Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan

pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya,

murid mempelajari bahawa apabila air membeku, isipadunya bertambah.

Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah.

Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk

membentuk hukum.

viii) Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia

melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum. Gagne telah

menggunakan urutan-urutan penyelesaian masalah sebagaimana yang

dicadangkan oleh John Dewey. Urutan langkah-langkah itu adalah seperti

berikut:

a) mengenal masalah

b) mencari maklumat

81

Page 31: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

c) membuat hipotesis

d) menguji hipotesis

e) membuat rumusan

Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif dalam Pembelajaran Matematik

1. Merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan bermakna

2. Menyediakan berbagai ABM dan Resos untuk pembentukan konsep

yang betul

3. Perkaitan hendaklah dibuat antara konsep konkrit dengan konsep

abstrak

4. Kandungan harus diatur mengikut tahap:

i. Dari mudah ke kompleks

ii. Dari umum ke specifik

iii. Dari konkrit ke abstrak

iv. Dari pengetahuan atau pengalaman sedia ada ke

pengetahuan baru

v. Dari pengalaman berasaskan persekitaran terdekat

kepada pengalaman atau situasi yang belum dialami

dalam persekitaran yang lebih jauh.

5. Pembelajaran dirancang berasaskan pola (patterns), bukan bahagian-

bahagian (parts).

6. Berikan satu overviu kursus dan hubungan antara tajuk-tajuk

berkenaan

7. Pengajaran bukan secara langkah demi langkah; latih tubi; or

penerangan arbitrari oleh guru

82

Page 32: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

KONSEP KONSTRUKTIVISME

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh

dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba

sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut

pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha

murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan

asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental

yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan

dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang

wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid

adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai

satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap

persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru

harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.

Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan

sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru

tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli

konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang

bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada.

83

Page 33: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Rajah 3.8: Konsep Kontruktivisme

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONTRUKTIVIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan

pendekatan berpusatkan murid tentunya peranan murid dan guru akan

berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah perlu diubah supaya sesuai

dan dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme. Antara implikasi

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran:

1. Guru mungkin akan berperanan sebagai murid atau penyelidik.

Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid

membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan

memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai

kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain.

84

Page 34: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

2. Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai

pandangan mereka.

3. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid

mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh

belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.

4. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada

kehidupan seharian mereka

5. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk

penyelesaian, menganalisis, meramal, menerka dan membuat

hipotesis.

6. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan

antara idea-idea yang telah dijanakan.

7. Menggalak pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan

tertentu.

8. Murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber

pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segala-

galanya.

9. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri

sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses

makluamt dan menyelesaikan masalah.

10.Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.

Perbincangan itu akan dapat membantu murid mengukuhkan atau

mengubah idea mereka.

85

Page 35: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

11.Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal untuk menolong

mereka menjana idea dan pengetahuan.

86

Aktiviti 3.2.4

(a) “Kontruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran

berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia

belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu

membina pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan

daripada orang lain” (McBrien & Brandt, 1997)

Huraikan lima kelebihan pendekatan konstruktivisme di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sehingga ia

boleh menggalakkan percambahan pemikiran kreatif dan kritis

dalam kalangan murid.

(b) Berdasarkan pendekatan konstruktivisme, huraikan dengan

menggunakan gambarajah bagaimana murid anda memperolehi

rumus bagi isipadu kuboid iaitu :

Isipadu kuboid = Panjang x Lebar x Tinggi

Page 36: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Banding beza Pembelajaran Tradisional dan Konstruktivisme:

Bilik Darjah Tradisional Bilik Darjah Konstruktivis

Pengetahuan dipindahkan

sedikit demi sedikit dalam

urutan yang sistematik

Melibatkan murid bekerja

secara individu di tempat

duduk masing-masing.

Guru membuat

pembentangan/penerangan di

depan dan murid dengar

dengan diam

Guru memberi satu contoh

penyelesaian murid membuat

latihan berulang dengan

meniru penyelesaian guru

Dalam penyoalan, guru

memberi maklumbalas positif

kepada jawapan betul dan

mengabaikan jawapab salah

Mengambilkira perbezaan gaya

pembelajaran murid

Hands-on, berpusatkan murid,

bahan manipulatif digunakan

Aktiviti ‘open-ended’

membolehkan murid

menyelesaikannya pada kadar

mereka sendiri

Jawapan diterima tanpa

penilaian (judgement) dan

membuat kesilapan diduga dan

diterima

Kerja kumpulan atau

pembelajaran koperatif

membolehkan pelajar belajar

dari satu sama lain

Rutin bilik darjah berasaskan

konstruktivism

Perkembangan/pembelajaran

konsep dan kemahiran adalah

perlahan tetapi kukuh

Pelbagai strategi penyelesaian

masalah digalakkan

Melibatkan kemahiran berfikir,

berkongsi pemikiran dan

pengembangan stategi

penyelesaian masalah

Naluri ingin tahu, penyoalan dan

penerokaan digalakkan

87

Page 37: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

3.4.3 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

Teori Pembelajaran Humanistik

Pendekatan humanistik melihat murid sebagai insan berpotensi,

bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Bagi

humanistik, manusia dilihat sebagai makhluk yang istimewa dan

mempunyai keupayaan yang berbeza dengan haiwan. Teori Humanistik

percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi,

minatdan nilai, dengan itu individu itu harus dilihat sebagai satu

entiti.Pendekatan humanistik terhadap pendidikan menekankan keunikan

setiap individu dengan mengiktiraf persepsi, pengalaman dan pendekatan

terhadap pembelajaran yang berbeza. Ini bererti pendekatan ini memberi

tumpuan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan

kesedaran kendiri murid.

Apakah objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik?

Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne

dan Berliner,1991).

i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada

orang lain.

ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas

pembelajaran dan perkara yang dipelajari.

iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.

iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta

penerokaan.

v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.

88

Page 38: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Apakah prinsip-prinsip pendekatan pembelajaran humanistik? Gagne dan

Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistik

seperti berikut:

1. Murid akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara

yang ingindiketahui oleh mereka.

2. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki

banyak pengetahuan.

3. Penilaian kendiri hasil kerja murid merupakan penilaian yang lebih

bermakna,namun murid perlu mencapai tahap pencapaian yang

ditetapkan.

4. Perasaan adalah sama penting dengan fakta.

5. Murid belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam

seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta

nyaman.

Antara tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham

Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan lain-lain. Dua tokoh utama bagi

pendekatan pembelajaran humanistik ialah Carl Rogers danAbraham

Maslow. Kita meninjau secara ringkas pandangan kedua-dua tokoh ini.

Carl Rogers

Carl Rogers (1902-1989) dilahirkan di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat.

Beliauterkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien

serta psikoterapiyang bukan bersifat mengarah. Pada mulanya beliau

89

Page 39: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

belajar teologi dan kemudiannya beralih kepada psikologi klinikal serta

psikologi pendidikan.Carl Rogers berpendapat bahawa manusia pada

dasarnya adalah baik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai

potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika dijurus ke arah yang betul akan

berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani.

Bagi Rogers, insan yang sempurna memiliki kualiti berikut:

i. Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat

anggapan yang betul tentang pengalamannya.

ii. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada

hari ini bukan semalam atau esok.

iii. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu

yang tepat

iv. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas

tindakan sendiri.

v. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang

khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.

Dalam pembelajaran, Rogers memberi penekanan kepada

hubungan personel antara guru sebagai fasilitator dengan murid. Oleh itu

teori humanistik mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid. Prinsip

umum pembelajaran bagi Rogers adalah:

Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita

hanya dapat membimbing pembelajarannya.

Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia

merasakan dirinya terancam dan sebaliknya akan menjadi tenang

jika tiada ancaman.

Bagi Rogers, pembelajaran berkesan akan terhasil jika murid berasa

tenang dan bebasdaripada ancaman serta perbezaan individu dan

90

Page 40: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

pengalaman murid diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang

sewajarnya. Rogers menyarankan agar menerima semua murid sebagai

individu yang memiliki potensi dan yang sedang berkembang. Dalam

pendidikan Rogers terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman

(experiental learning). Menurut Rogers semua insan mempunyai daya dan

keinginan yang tinggi untuk belajar. Kegagalan untuk belajar bukan

kerana ketidakupayaan murid tetapi puncanya suasana pembelajaran

yang kurang sesuai.

Dalam menyediakan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar,

guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran, membekalkan sumber

pembelajaran yang sesuai, mengimbangkan komponen intelektual dan

emosi berkaitan dengan pembelajaran, dan berkongsi perasaan dan idea

dengan mereka.

Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua bentuk.

1. Pembelajaran Kognitif

2. Pembelajaran pengalaman

Pembelajaran Kognitif dianggap kurang bermakna kerana melibatkan

pembelajaran matapelajaran akademik semata-mata. Melibatkan proses

belajar di dalam bilik darjah, membaca dan membincang tentang

pengalaman dan hasil kerja orang lain. Pembelajaran pengalaman

melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran jenis inimengambil kira

keperluan dan kehendak murid. Oleh itu pembelajaran pengalaman

melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri

dan mempunyai kesan jangka panjang. Pembelajaran pengalaman

merupakan belajar melalui proses membuat. Murid terlibat secara aktif

dalam pembelajaran, yang merangkumi merancang, membuat kajian,

menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dan kesan yang

memberangsangkan. Melalui proses ini murid meneroka, mencari jalan

91

Page 41: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

penyelesaian, membuat uji kaji, kajian dan sebagainya. Melalui proses

membuat sendiri, dalam kumpulan terutamanya, murid akan belajar

bekerjasama, berfikir, merancang, menghayati nilai, dan memupuk sikap

yang baik. Secara langsung murid belajar mengambil tanggungjawab ke

atas pembelajaran sendiri.

Abraham Harold Maslow (1908-1970)

Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di

Amerika Syarikat.Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal

dengan Hirarki Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga

1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun

1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik.Maslow

telah menghasilkan dengan teori perkembangan manusia terutamanya

teori keperluan. Maslow mengutarakan pemeringkatan keperluan manusia

yang perlu dipenuhi sebelum manusia mencapai potensi diri.

Rajah 3.9: Hirarki keperluan Maslow

Hiraki Keperluan Maslow

92

Keperluan Perkembangan

Page 42: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Menurut Hiraki Keperluan oleh Maslow, keperluan manusia boleh disusun

mengikut satu hierarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti

dengan keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri, kognitif, estetik dan

berakhir dengan penyempurnaan kendiri. Keperluan yang paling asas

sekali bagi manusia ialah memenuhi keperluan fisiologi terlebih dahulu.

Jika tidak seseorang itu akan berasa kurang selesa dan bimbang.

Apabila keperluan fisiologi dipenuhi, seseorang itu akan memberi

tumpuan kepadamemenuhi keperluan keselamatan dan perlindungan.

Seterusnya bagi memenuhi keperluan untuk kasih sayang dan dipunyai.

Termasuk dalam keperluan ini adalah keperluan untuk berkawan,

sokongan keluarga, keahlian kumpulan tertentu dan perhubungan yang

intim.Peringkat seterusnya bagi memenuhi aras keempat iaitu keperluan

penghargaan diri dimana seseorang itu berusaha bagi mendapatkan

pengiktirafan orang lain yang dimanifestasi dalam bentuk penerimaan,

prestij, status, kompetensi, keyakinan diri dan sebagainya.

Individu akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi

kecenderungannya dalam akademik atau seni estetik yang diminatinya.

Peringkat akhir adalah keperluan penyempurnaan kendiri yang melibatkan

keinginan berterusan untuk memaksimumkan potensi diri, umpamanya

cuba merealisasikan bakat dan kebolehan agar menjadi individu yang

menyeluruh dan sempurna.Keseluruhannya menurut Maslow keperluan

fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu

bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru,

memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar

diriuntuk melakukan yang terbaik.

Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian

iaitu keperluan kekurangan (deficiency needs) dan keperluan perkembangan (being / growth needs). Keperluan kekurangan perlu

dipenuhi peringkat demi peringkat sebelum berusaha untuk memenuhi

93

Page 43: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

keperluan perkembangan. Sekiranya keperluan kekurangan belum

dapatdipenuhi, menurut Maslow keperluan perkembangan tidak akan

bermakna. Apabila keperluan kekurangan telah dipenuhi, seseorang itu

tidak bermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan bergerak ke hirarki

yang lebih tinggi. Berbeza dengankeperluan perkembangan, seseorang

itu tidak akan jemu memenuhinya dan terus berusaha untuk

mengembangkan lagi minat dan kecenderungannya dalam akademik atau

seni estetik yang dicapainya. Ini seterusnya membawa kepada

penyempurnaan kendiri, iaitu mencapai potensi yang menyeluruh. Apakah

Implikasi Teori Keperluan Maslow dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Matematik?

Seorang guru, perlu memberi perhatian agar murid dapat belajar dengan

baik berdasarkan hirarki keperluan.

1. Memastikan keperluan fisiologi murid telah dipenuhi, seperti makan

minum,waktu rehat, cahaya dan pengudaraan bilik darjah yang

baik.

2. Memastikan keselamatan terjamin, seperti keadaan fizikal bilik

darjah, tiada ancaman buli, peraturan dan rutin harian yang sesuai,

wujudnya semangat setiakawan dan dinamika kumpulan.

3. Sentiasa yakin bahawa setiap murid adalah insan yang ada

potensi. Layani murid secara individu.

4. Tugasan yang diberi biarlah sesuai dengan keupayaan murid

supaya muridberjaya membuatnya. Kejayaan murid akan

menimbulkan rasa berjaya dan meningkatkan harga diri murid. Beri

peneguhan dan pengiktirafan bagi hasil kerja murid. Setelah kita

mengenali dan memahami Pendekatan Humanistik, dapatkah anda

fikirkan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran

matematik?

94

Page 44: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Implikasi Pendekatan Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik

Secara umum dapatlah disenaraikan secara ringkas implikasi Pendekatan

Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran:

1. Fokus pengajaran adalah kepada murid dan bukannya subjek.

Dalam memberi pengajaran subjek tertentu, utamakan murid dan

kemudiannya pada matapelajaran.

2. Melayan murid sebagai insan kemudian barulah melayani mereka

sebagaimurid.

3. Menerima setiap murid tanpa syarat. Layani perbezaan individu

mengikut potensi dan keupayaan masing-masing.

4. Membantu murid menentukan matlamat yang realistik.

5. Sentiasa melibatkan murid dalam aktiviti kumpulan, seperti

pembelajarankoperatif. Ini dapat membina hubungan sosial dan

kemahiran emosi.

6. Guru sebagai fasilitator bagi aktiviti kumpulan.

7. Untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik kepada

murid, guruhendaklah menjadi dirinya teladan.

8. Sentiasa memberi ganjaran kepada gerak balas murid.

9. Isi pelajaran yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan aras

pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan murid.

10. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari hendaklah

ditentukan oleh murid. Ini bagi meningkatkan motivasi murid.

11.Perancangan pengajaran perlu mengambil kira minat,

kecenderungan, kesediaan belajar dan perbezaan individu.

12. Aktiviti/ program pemulihan dapat membentuk konsep kendiri yang

positif bagi murid yang lemah.

13. Perasaan dan amalan saling hormat-menghormati dapat

membantu pembelajaran berkesan.

95

Page 45: Tajuk 3(Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

14. Percaya bahawa semua murid boleh belajar jika tempoh masa

mempelajarinya mencukupi.

96