tajuk 8 - e-dagang (aplikasi antara organisasi)

Upload: mizlolz

Post on 31-Oct-2015

449 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e dagang aplikasi antara organisasi

TRANSCRIPT

Slide 1

Tajuk 8 E-dagang:aplikasi antara organisasiKos pembelianPengurusan iventoriKitaran masaAsimilasi teknologiPenyesuaian teknologiPembelian barang-barang atau servis untuk organisasi yang besar akan melibatkan beberapa proses: Pembeli harus mencari pembekal yang dapat mengeluarkan produk yang dikehendaki dan menepati jumlah penghantaran, kualiti dan harga yang telah di tetapkan. Proses ini melibatkan pertuturan informasi supaya produk yang di bekalkan menepati spesifikasi yang di kehendaki. Kebanyakan informasi mungkin juga sulit, jika ia berkaitan dengan proses pengeluaran atau mereka cipta produk.

Apabila contoh produk telah di luluskan, pembeli akan menghantar purchase order untuk menyatakan kuantiti produk yang di kehendaki. Seterusnya, sebelum proses penghantaran produk berlaku, pembeli akan di maklumkan terlebih dahulu oleh pembekal berserta dengan invois untuk produk yang dihantar. Bahagian accounting akan memadankan invois dengan purchase order.

Kos pembelianKebanyakan syarikat perlu menghentikan sementara pengeluaran produk bagi menjamin kestabilan stok. Syarikat perlu menyimpan sesetengah stok yang mendapat sambutan bagi menjamin kelancaran pengeluaran produk. Sebagai contoh, pengeluaran produk yang mengambil masa yang lama untuk sampai kepada pembeli, semakin banyak mereka perlu menyimpan stok sebagai persediaan jika berlaku kesilapan dan semakin lambat proses yang terlibat jika berlaku perubahan dalam permintaan. Pengurusan barangan stok dan produk yang kemas membolehkan servis yang baik dapat diberikan untuk pelanggan dan boleh menjimatkan kos yang lebih rendah.

Pengurusan iventoriKitaran masa merupakan jumlah masa yang diambil untuk membina produk/barangan yang telah tersedia untuk dijual.Semakin lama masa yang di ambil, boleh diatasi dengan adanya hubungan koordinasi yang rapat antara pembekal dengan pelanggan. Masa yang singkat dapat menghasilkan pengawalan kualiti yang baik kerana masa yang diambil untuk pengujian produk dan kadar kerosakan. Jika masa yang biasa untuk mengeluarkan produk boleh dikurangkan daripada 8jam kepada 6jam, fixed costs per unit are lower since less time is needed.

Kitaran masaPenggunaan komputer yang pertama di gunakan di dalam bidang ketenteraan dan sains, bukan untuk commerce. Dalam tahun 1960, Bank of America merupakan bank yang pertama yang menggunakan teknologi Electronic Recording Machine Accounting (ERMA). Awal tahun 1970, para pengkaji mendapati IT memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah syarikat.

Asimilasi teknologiElectronic Recording Machine Accounting (ERMA). Mereka mendapati 4 fasa yang terlibat dalam penghasilan teknologi baru dan 3 penghalang yang boleh menghalang proses di atas daripada berlaku

Fasa 1, Technology Identification and Investment . Ia boleh di tafsirkan sebagai permulaan kepada perancangan sesebuah teknologi, melabur dalam teknologi tersebut, dan permulaan kepada projek teknologi tersebut. Fasa ini lebih berteraskan kepada eksperimen.Fokus perancangan dalam fasa 1 mesti di hasilkan di antara pengenalan teknologi dan sumber manusia. Resolusi masalah teknologi jangka pendek sangat kritikal, pengalaman terlalu terhad, pemikiran secara logik mengenai implikasi teknologi selalunya tidak stabil. Pihak pengurusan (personal) hanya mahukan pengalaman dan selalunya memerlukan latihan khusus.

Fasa 2, Technology Learning and Adaptation. Apabila teknologi membuktikan kegunaannya, proses ini perlu di sesuaikan dengan teknologi yang di sebutkan pada fasa 1 di mana pada peringkat ini lebih ramai pengguna terlibat bagi memastikan faedah dan implikasi teknologi.Jika pendekatan terlalu konservatif, teknologi tidak akan berkembang. Sebaliknya bergantung kepada komunikasi yang baik dan kesanggupan penyesuaiaan bagi faedah pengguna. Hal ini sama risikonya. Designer mungkin menggunakan lebih masa dan upaya dalam menonjolkan yang baru dalam produk yang tak berakhir. Perancangan dalam tahap ini adalah susah, kerana inovasi mendahului penapisan design secara berturut-turut. Dalam fasa perancangan harus ada fokus strategi yang kukuh. Kepercayaan asas boleh menjadi potensi kepada pengguna supaya berhati-hati dalam teknologi yang baru dan mendorong imaginasi pengguna bagaimana mencari cara untuk menggunakannya.

Fasa 3, Rationalisation and Management Control adalah untuk membimbing design dan implimentasi. Peranan pengguna dan sokongan staf menjadikan boleh diramalkan manakala kemajuan dalam pembaharuan dan pengubahsuaian adalah lembab.Keadaan yang tidak berkembang dalam fasa ini boleh menyebabkan kelekaan dengan kawalan terhadap pengembangan keberkesanan. Kawalan yang keras dapat menggalakkan galakan yang secara diam-diam dalam projek fasa 1. Terlalu banyak penekanan dalam skala ekonomi akan membunuh projek, walaupun selepas pelaburan yang bersungguh-sungguh. Akhir sekali, bahaya yang tidak di duga mungkin akan di lihat di akhir pembinaan dan projek itu akan di bekukan apabila kemudahan terhad.

Fasa 4, pengaliran teknologi yang tersebar luas (Maturity/Widespread Transfer) di kenalpasti berdasarkan penyerapan dalam teknologi melalui organisasi. Selalunya, pembahagian secara penyerahan dalam teknologi kepada lain-lain orang yang berkerjasama. Ia juga boleh memberi makna pengambilan teknologi kepada pesaing. Dalam fasa ini, tidak akan sampai kerana perubahan persekitaran teknologi boleh menggantikan kepesatan teknologi daripada ia di ambil sepenuhnya. Perancangan dalam fasa ini memberikan perhatian terhadap pengurusan di mana teknologi boleh di gunakan dan berapa banyak kos untuk melaksanakannya. Beberapa teknologi tak akan dijumpai dalam fasa 4, kerana ia di gantikan dengan cepat tahap terbaru iaitu 3 teknologi daripada bahagian yang lain dalam organisasi.

Organisasi boleh menjangkakan untuk mengalami gelombang fasa, seperti teknologi- teknologi yang meninggalkan perubahan fasa akan di gantikan dengan eksperimen yang baru. Contohnya, awal tahun 1990, batch data processing (like payroll) oleh sesuatu majikan untuk kebanyakan syarikat adalah dalam fasa 4; perubahan data elektronik (EDI) untuk pengawalan belian dan inventori dalam fasa 3 dan internet adalah baru sahaja bermula untuk bergerak dari fasa 1 ke fasa 2. Perubahan kurun, kemajuan dalam teknologi mengukuhkan perniagaan pemprosesan data dalam fasa 4. Manakala Internet-based electronic commerce adalah bergerak dalam fasa 2 apabila syarikat menjelajahi berkemungkinan dan pelanggan menjadi biasa kepada keuntungan, risiko dan had kepada sistem tersebut. (companies explore possibilities dan customers become accustomed to the benefits, risks, and limitation of the system)

Penyesuaian teknologipenggunaKepelbagaianPilihan DimaklumPerkhidmatan PelangganTransaksi dan Aliran KerjaPERKHIDMATAN PELANGGANPenjualan boleh berlaku dengan pelbagai cara. Perkhidmatan pelanggan sekarang boleh secara lansung mahupun tidak langsung. Syarikat penjualan yang mengamalkan penjualan terus perlu meningkatkan serta menambah pekerja sekiranya mempunyai pelanggan yang ramai. Ini bertujuan bagi melancarkan urusan jual-beli. Manakala bagi perniagaan internet perlu meluaskan perniagaan tanpa mengeluarkan sebarang kos cuma memerlukan kos penghantaran barangan sahaja.Internet juga boleh membuat organisasi jualan secara tradisional, penjualan secara katalog dan pengiklanan yang lebih cekap. Tempahan secara elektronik boleh memaparkan lebih informasi dan kegunaannya berbanding dengan katalog kertas. Penjualan terus secara online boleh merendahkan pembelian semula dan meningkatkan kebolehan untuk menjual barang tambahan. Contohnya setiap pembelian di kilang yang besar, hanya perlu duduk di komputer, membuka laman web, dan mencari pembekal secara online. Pembekal yang kecil dengan penjualan yang terhad kini membolehkan pembeli hanya melayari laman web dengan mudah sama seperti syarikat yang besar. Sama juga seperti penjual menjual kepada berjuta-juta pengguna yang sedang berkerja di rumah mahupun di pejabat dengan mudah secara online.

KEPELBAGAIAN / VARIETY Pembeli di laman web beruntung kerana tanpa meninggalkan rumah atau pejabat,pengguna boleh mengakses ribuan laman web untuk mengetahui berita terkini dan pelbagai acara lain. Pemilihan yang sangat banyak tidak terhad kepada produk dan servis yang boleh di hantar secara digital. Laman web yang menjual elektronik pengguna, alatan perkebunan, alatan pejabat dan lain-lain juga menawarkan pilihan yang lebih banyak di internet. Sebagai contoh, sebuah kedai buku yang menawarkan pelbagai jenis buku memerlukan pengguna mencari sendiri tajuk buku yang di kehendaki atau membuat pesanan melalui telefon. Sebaliknya, Jika pengguna ingin mendapatkan secara online, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci untuk mengenalpasti jenis buku yang mereka mahu, memilih laman web yang mengadakan promosi dengan mudah, dan maklumat yang diperlukan. Pengguna boleh menyelesaikan pemilihan dan proses pembelian, seterusnya mendapatkan tempahan mereka dalam beberapa hari kemudian.PILIHAN DIMAKLUMKANHarapan agar peluang yang lebih besar terhadap terbukanya pasaran elektronik, sesuai dan untuk mendapatkan maklumat. Pembelian yang memerlukan banyak bajet untuk pencarian latar belakang atau perbandingan yang besar terhadap tawaran, menjadi lebih senang apabila masalah dapat dikurangkan dan mudah di dapati.

Contohnya, membeli kereta adalah salah satu contoh kepada kebanyakkan kebiasaannya. Ini melibatkan pemilihan sesetengah keputusan dan model untuk kereta, mencubanya dengan aksesori yang berbeza, penampilan, memilih kewangan ( sama ada untuk mengurangkan atau membeli dan bagaimana untuk mendapatkan harga yang berpatutan), pembelian atau polisi insurans dan berunding dengan harga yang berpatutan. Mengumpulkan segala informasi yang di perlukan untuk membuat keputusan boleh mengambil masa yang panjang. Sebelum itu, kebanyakan pelanggan akan melawat ke bilik pameran jika mereka kekurangan informasi.

Melalui internet, pembeli kini boleh melihat model kereta yang berbeza dan membaca segala informasi kereta tersebut dan bagaimana persembahan kereta itu. Bersama dengan gambar kereta dan gambaran, pelanggan boleh mengakses kereta baru dan menggunakan harga kereta untuk di bandingkan harganya nelalui penjual di internetSelepas membuat keputusan terhadap model kereta tersebut, pengguna boleh menandakan kehendak mereka terhadap warna dalaman, dan luaran kereta, memilih sama ada model kereta 4 atau 2 pintu. Sesetengah perkara seperti sistem suara, power window dan kos juga boleh di pilih. Akhir sekali, pelanggan boleh memasukkan informasi diri mereka supaya senang untuk di hubungi termasuk alamat. Permintaan pengguna akan diserahkan secara automatik kepada penjual berhampiran dengan alamat pembeli. Penjual akan penghubungi pelanggan untuk menetapkan harga. Walaupun kelebihan yang di tawarkan oleh online shopping, banyak pelanggan hari ini masih risau tentang perniagaan internet. Mereka amat prihatin tentang memelihara hak peribadi dan keselamatan informasi credit mereka. Selain itu, ramai yang tidak mempunyai komputer, atau mendapati sangat susah untuk menggunakannya oleh itu, ramai yang memilih pengalaman sendiri untuk membeli belah dan memilih produk yang mereka boleh lihat, rasa dan cuba. Sesetengah pelanggan bimbang syarikat menawarkan informasi yang salah, kegagalan penghantaran barangan, dan menyediakan barangan yang tidak bagus seperti barangan yang di jual di kedai. Oleh sebab itu, membeli-belah barangan di kedai menjadi jalan utama pelanggan membeli barang untuk tahun-tahun yang akan datang.

TRANSAKSI / ALIRAN KERJA 4 model fasa yang di perkenalkan boleh di gunakan sebagai panduan untuk mencari contoh untuk pengguna dan contoh untuk perniagaan, bersama dengan penyambung teknologi dan sokongan yang di perlukan. 1. Prepurchase DiscoveryIni merupakan satu proses untuk mencari satu set produk yang berupaya untuk memenuhi permintaan pengguna. Kepada pengguna, ini bermakna mereka boleh mengetahui apa yang mereka mahu dan mencari siapa penjualnya. Pada pembekal, ini bermakna mereka perlu memberitahu pelanggan tentang produk dan servis yang di tawarkan.

2. Selection and CommitmentKetika fasa ini pembeli memilih pembekal dan produk berdasarkan perbandingan yang telah di buat. Fasa ini termasuk perundingan dengan penjual untuk harga yang sesuai, availability, dan tarikh penghantaran. Bagi pembekal, ini bermakna strategi meletakkan harga termasuk diskaun, speacial features dan servis istimewa. Ini bermakna pembekal harus mnyediakan informasi tentang kedapatan dan informasi penghantaran.

3. Purchase ConsummationIni merupakan fasa merangkumi perjalanan informasi dan dokumen yang berkaitan tentang pembelian dan pembayaran secara elektronik yang memudahkan pembayaran kepada proses pembelian.Bagi pengguna, ini sangat mudah; menerima barang dan membayar kepada mereka. Invois dan resit dokumen pembelian di integrasikan ke dalam sistem akaun pembeli.

4. Postpurchase InteractionDalam fasa terakhir ini meliputi servis pelanggan dan galakan untuk menerima aduan pelanggan, menerima kembali produk yang dihantar dan juga kerosakan produk. Pengguna juga memerlukan pemasangan tambahan, penyelenggaraan atau servis percubaan. Produk yang kompleks mungkin memerlukan penulisan teknikal, selalunya dibuat dalam beberapa bahasa.Bagi pembekal, setiap pengurusan individu harus dikawal untuk mendapatkan kesimpulan yang berjaya, termasuk tempoh pembayaran. Usaha pemasaran tambahan membolehkan fokus kepada pembinaan kesetiaan brand, atau penjualan. Pembekal mungkin mahu mengekalkan personal lines dalam komunikasi.SEKIAN, TERIMA KASIH.