keratan akhbar edited

20
http://batrisyiahakim.com/2010/08/keratan-akhbar-bayi-ditinggalkan- depan-rumah.html

Upload: norimahsue

Post on 24-Jun-2015

682 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keratan Akhbar Edited

http://batrisyiahakim.com/2010/08/keratan-akhbar-bayi-ditinggalkan-depan-rumah.html

Page 2: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Koleksi Berita Buang Bayi (ke 29 pd 20/9/2010)

Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen

13. Bayi seperti ini tidak didaftar di Pejabat Pendaftaran. Adapun yang didaftarkan tahun lepas, bilangan bayi Melayu luar nikah adalah seramai lebih dari 17,000 orang !!, purata setiap negeri lebih 1000 orang !! Dan 5 lalu lalu berjumlah hampir 80,000 bayi Melayu-

luar-nikah !!

Page 3: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur

KUBANG PASU 19 Sept. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat menerima nasib malang apabila dibuang ibunya sendiri di belakang pintu dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di sini, semalam.

Tidak cukup dengan itu, seorang gadis dipercayai ibu bayi berkenaan telah berpura-pura kononnya ‘menemui’ seorang bayi di belakang rumah tersebut kira-kira pukul 8 malam semalam.

Difahamkan, bayi tersebut dibuang ibunya sendiri yang merupakan seorang penuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini.

Gadis tersebut yang berusia 20 tahun, dikatakan melahirkan bayi tersebut di rumahnya namun bertindak membuang bayinya di belakang rumah itu bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui ramai.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusoff memberitahu, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, hasil siasatan, polis kemudian menahan seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun pada pukul 9 malam bagi membantu siasatan.

“Pelajar terbabit ditahan di kawasan berhampiran dan dia ketika ini menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Ibrahim berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

ARKIB : 15/09/2010

Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan

15/09/2010 9:12pm

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

IPOH 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini.

Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dalam keadaan sihat dan dibawa ke Klinik Kesihatan Sungkai untuk pemeriksaan lanjut. – Utusan

Menyambut 10 Malam Terakhir Ramadan

Page 4: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Keluarga sambut raya terkejut dengan penemuan bayi

15/09/2010 9:10pmOleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 15 Sept. – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Salor dekat sini terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan ditinggalkan di beranda rumah keluarga itu, hari ini.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu ditemui oleh Mohssin Sheikh Mohammad, 50, selepas diberitahu oleh anak saudaranya berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi itu kira-kira pukul 8 pagi.

Mohssin yang pulang bercuti di rumah keluarganya di kampung berkata, sebaik sahaja dimaklumkan, dia terus membuka pintu dan mendapati bayi perempuan yang diselimut dengan kain lampin serta tuala itu diletakkan di atas beranda rumahnya. – Utusan.

ARKIB : 15/09/2010

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

15/09/2010 9:11pmOleh SOPI SAMAILE

SIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah.

Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi.

Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hingga 10 malam. – Utusan

Page 5: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Gambar baby yang dibuang di tiang papan tanda, Astagfirullahazim….Ogos 29, 2010

oleh syahrilkadir

* gambar Jidin Giding

Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam

Ketika ditemui kira-kira pukul 5.30 petang itu, bayi malang yang dibaluti dengan kain batik tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24 jam

apalagi nak dikata…

KOLEKSI BERITA KE 24 pada 27/8/2010

Sepasang suami isteri yang baru pulang dari solat terawih menemui seorang bayi perempuan yang berusia seminggu ditinggal didepan rumah pasangan tersebut.

sumber dari berita harian

Kejadian berlaku kira pukul 11 malam. Bayi yang seberat 1.4.kilo itu lengkap berbalut dengan lampin dan selimut. Lapuran bayi dibuat di pejabat polis berdekatan di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai Tengah semalam.

Page 6: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

JOHOR BAHRU 22 Julai – Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai, gejala buang bayi terus berlaku.

Terbaru pagi ini, seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini.

Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu menghampirinya.

Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu, dia memberanikan diri membuka beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalamnya.

Bayi malang yang ditemui pukul 6.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan.

“Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah beg berhampiran hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 bagi membantu siasatan.

Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Page 7: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun

(Lelaki Melayu 19 tahun & wanita Melayu 15 tahun).

MELAKA 17 Jun – Akibat menyembunyi dan menanam bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 12 Mei lalu, seorang remaja, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Muhamad Faizal Ismail turut menggenakan denda RM8,000 kepada Muhammad Safiuddin, 19, selepas remaja lelaki itu dan pasangannya, seorang pesalah juvenil berusia 15 tahun mengekalkan pengakuan bersalah mereka atas tuduhan tersebut.

Muhamad Faizal yang membuat keputusan di kamarnya turut mengarahkan remaja perempuan itu membayar jaminan bon sebanyak RM2,000. Pesalah juvenil terbabit turut dikenakan syarat wajib berada di rumah sebelum pukul 6 petang selama dua tahun dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali selama dua tahun.

Ketika pertama kali didakwa di mahkamah pada 18 Mei lalu, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam mayat bayi itu di tepi sebatang sungai di Taman Melaka Baru di sini. Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara pukul 12 dan pukul 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 dan 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor memberitahu, keputusan menjatuhkan hukuman penjara maksimum itu dibuat memandangkan kes tersebut adalah berat.

Ujarnya, Muhamad Faizal menyatakan hukuman setimpal yang dijatuhkan bukan hanya untuk pesalah semata-mata tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada masyarakat tentang kesalahan serius yang dilakukan itu.

Kata pendakwa raya itu lagi, ini kerana pada pandangan Muhamad Faizal, kedua-dua tertuduh bukan sahaja melakukan hubungan seks tanpa nikah malah menyembunyikan kelahiran bayi mereka dan secara tidak langsung menyebabkan bayi itu meninggal dunia.

Sementara itu, sebelum hukuman dijatuhkan, Farah Wahida menghujahkan bahawa perbuatan kedua-dua tertuduh bukan sahaja memberi impak negatif kepada masyarakat malah lebih teruk lagi, kedua-dua tertuduh mempunyai rancangan untuk membuang bayi mereka.

”Kedua-dua mereka telah merancang untuk membuang bayi itu dengan bukti lokasi bayi ditanam jauh daripada orang ramai termasuk sebuah peralatan cangkul yang digunakan untuk menggali lubang,” katanya.

Turut hadir dalam prosiding tertutup itu ialah dua penasihat dari Mahkamah Juvenil iaitu Rizal Abdullah dan Zainon Mohd. Ali yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Page 8: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi

MELAKA 18 Mei – Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini.

Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh. Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah.

”Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,” katanya.

Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar.

”Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,” katanya.

Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing. Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu. Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.

Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit.

TERTUDUH (menutup muka) hadir di Mahkamah Majistret, Melaka semalam atas tuduhan menyembunyikan kelahiran bayi.

Page 9: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Remaja tanam bayi

MUHAMMAD Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara mengebumikannya, di Alor Gajah, Melaka, 18 Mei. – Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

Oleh Rizanizam Abdul [email protected]

MELAKA 17 Mei – Bagaikan bermusim, gejala buang bayi kini seperti tiada penghujungnya.Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah.Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir.Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya.Yang mengejutkan, dia adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.Mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.Difahamkan, sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang cukup sifat itu masih hidup tetapi dipercayai meninggal dunia sebelum ditanam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu kepada remaja perempuan terbabit selepas pulang dari tempat kerjanya pada Rabu lalu.“Wanita berusia lingkungan 30-an itu terkejut apabila mendapati anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan,” katanya di sini hari ini.Tambahnya, doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja perempuan yang masih bersekolah itu baru sahaja melahirkan seorang bayi.“Terperanjat dengan kata-kata doktor itu, ibunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang hari yang sama,” katanya.Susulan daripada itu, Mohd. Adnan memberitahu, polis menahan teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang merupakan penuntut sebuah pusat pengajian tinggi di Terengganu.Tambahnya, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu, polis pergi ke lokasi tempat mayat bayi tersebut ditanam pada pukul 4 pagi keesokan harinya.“Polis kemudian menemui mayat bayi yang ditanam sedalam 0.8 meter di tebing sebatang sungai sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.“Siasatan mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala,” katanya.Berikutan itu, polis menahan pasangan terbabit di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok.

Page 10: Keratan Akhbar Edited

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Lagi mayat bayi ditemui

Oleh ANGELINA [email protected]

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.

Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang. Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung atas air.

Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi lelaki.

“Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.

Zainal Rashid berkata, siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam yang lalu kerana masih bertali pusat.

Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung.

Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang.

“Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan arus ketika itu deras,” katanya.

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang, Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.

Page 11: Keratan Akhbar Edited

Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis

SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau.

Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.

Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini.

Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi.

“Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.

“Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Melayu.

“Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya.

“Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui,” katanya.

Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Mayat bayi ditemui dalam longkang

Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang, semalam.

Page 12: Keratan Akhbar Edited

KUCHING 6 Mac – Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini, kini muncul lagi kes yang sama.

Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.

Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini.

“Ketika ditemui, keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah. Ia dibalut dengan sehelai kain tuala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kock Keong berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi

SEGAMAT 1 Mac – Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini.

Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada Khamis lalu. Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, wanita itu ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi tersebut.

Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita.

Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi.

Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki, dipercayai dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.

ARKIB : 23/02/2010

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah

Page 13: Keratan Akhbar Edited

13/02/2010 3:02pmAZRAN FITRI RAHIM [email protected]

KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja Majlis Daerah Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar. – Utusan

Bayi lelaki baru lahir ditemui

MERSING 21 Mac  – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, bayi malang itu ditemui seorang pengunjung yang baru tiba di pantai itu untuk berkelah pada pukul 10.30 pagi.

”Polis yakin bayi itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat dan tubuhnya masih berdarah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, bayi yang kelihatan sihat itu dipercayai berketurunan Melayu. Dia kini dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan   Gunting

Page 14: Keratan Akhbar Edited

09/02/2010 pada 11:39 pm · Dikirim dalam Isu Semasa, Kekejaman Terhadap Bayi

Tindakan mencurigakan dua lelaki yang membawa cangkul dan memecut laju motosikal melalui jalan tanah merah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di Lorong Perusahaan Maju Lapan, berdekatan Juru Autocity, di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, penjenayah berkenaan boleh dikatakan ‘baik hati’ apabila meletakkan ubat anti semut, gunting selain membungkus bayi berkenaan menggunakan kain lampin.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum ditanam di belakang sebuah kilang.

Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu disedari orang ramai selepas mendapati dua lelaki menunggang motosikal jenis MZ 125 dalam keadaan mencurigakan melalui jalan tanah merah itu.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tidak diketahui bangsa itu didakwa membawa cangkul dan menunggang motosikal dalam keadaan laju.

“Apabila orang ramai ke tempat dua lelaki terbabit dipercayai menanam sesuatu, mereka menemui mayat seorang bayi lelaki dengan separuh badannya dari paras leher ke bawah tertanam.

“Berdasarkan fizikalnya, bayi ini cukup sifat dan berambut nipis, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, bayi itu sudah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119 atau balai polis berhampiran.  ~~myMetro

Mayat bayi dalam tong sampah

Oleh HAMIMAH [email protected]

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

Page 15: Keratan Akhbar Edited

SUNGAI PETANI 14 Mei – Sungguh kejam. Gejala buang bayi kini kembali berulang. Kali ini, mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil.

Seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai mengandung anak luar nikah sanggup menyembunyikan bayi lelakinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan di bawah katil di rumahnya, sebelum ditemui polis malam tadi.

Bayi lelaki yang cukup sifat seberat dua kilogram itu dipercayai dilahirkan pagi Sabtu lalu dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, dekat sini.

Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di sini itu kemudian meninggalkan mayat bayi tersebut di bawah katil tanpa pengetahuan sesiapa.

Dia kemudian meminta bantuan saudaranya menghantar ke hospital kerana mendakwa ‘sakit perut’.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kejadian itu hanya disedari oleh pegawai perubatan Hospital Sik yang merawatnya dan mengesan tali pusat bayi masih tertinggal dalam rahim wanita berkenaan.

Menurutnya, wanita itu dikatakan tidak mahu memaklumkan kejadian tersebut kerana khuatir dimarahi oleh ahli keluarganya.

“Curiga dengan tindakan wanita itu, pegawai perubatan hospital kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.

“Polis yang memeriksa rumah wanita itu menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat dibungkus dengan tuala dan diletakkan bawah katil,” katanya.

Kejadian buang bayi sebelum ini berlaku di Perak pada Isnin lalu apabila mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di Masjid Simpang Lima, Kerian bersama wang tunai RM150 untuk urusan pengkebumian.

Sementara itu, Hashim memberitahu, ketika ditemui, bayi tersebut dalam keadaan hampir reput dan berbau busuk.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala wanita berkenaan ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut kerana mengalami pendarahan dalaman.