etika en.nazri edited

40
Langkah Berkesan Yang Boleh Dilakukan Di Sekolah Untuk Melahirkan Pelajar Yang Bersifat Patriotik. Pengenalan Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, mutakhir ini, semangat patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai- nilai patriotisme dan menghayatinya. Konsep Patriotisme Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang 1

Upload: qifuat-liamsi

Post on 29-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etika en.nazri Edited

Langkah Berkesan Yang Boleh Dilakukan Di Sekolah Untuk Melahirkan Pelajar

Yang Bersifat Patriotik.

Pengenalan

Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara

sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan

tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan

kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, mutakhir ini, semangat

patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan

pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar

dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar,

penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap

terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara

jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak

memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya.

Konsep Patriotisme

Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud

fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau

country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan

yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan

sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk

mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan

(memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan

dan Oxford English Dictionary). Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan

akan melakukan apa saja demi untuknya .

1

Page 2: Etika en.nazri Edited

Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang

menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni.

Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat

terhadap tingkahlaku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan

kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot

apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan

kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi: 2003).

Walaupun patriotisme adakalanya diseiringkan dan disamakan dengan

nasionalisme, tetapi kedua-duanya mempunyai kelainan (Saifuddin Abdullah: 2002).

Haruslah dinyatakan secara jelas bahawa disebabkan ciri-ciri, sifat nasionalisme itu

sendiri adalah berbagai-bagai, manakala fenomena nasionalisme pula boleh muncul

dengan rupa bentuk yang sama sekali berlainan, atas sebab dan faktor yang juga

berbeza, maka menyamakan konsep patriotisme dengan nasionalisme adalah satu

langkah yang kurang tepat dari segi keilmuannya (Mohamed Mustafa Ishak: 2000).

Menurut Doob (1964), perbezaan antara nasionalisme dan patriotisme, nasionalisme

ialah ideologi tentang kelebihan bangsa sendiri dan berkait rapat dengan unsur-unsur

ras, bahasa dan adat. Manakala patriotisme ialah sentimen cintakan negara dan berkait

rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-

undang daripada dicerobohi oleh kuasa asing.

Jika ditinjau sejarah perkembangan patriotisme, ia telah lama wujud seiring

dengan kewujudan manusia itu sendiri. Bagi Awang Had Salleh (1995), sejarah

patriotisme telah lama wujud dalam peradaban manusia sejak manusia yang

sebelumnya hidup berkomuniti kecil terasing atau terpencil mulai memasuki

penghidupan dalam komuniti lebih besar berlandaskan dua kesan iaitu:

1. wujudnya daerah bumi.

2. mempertahankan identiti bangsa

2

Page 3: Etika en.nazri Edited

Di Malaysia, sejarah kebangkitan bangsa daripada belenggu penjajahan untuk

membentuk negara yang bebas merdeka dan memperlihatkan perjuangan sesuatu

bangsa yang penuh dengan semangat patriotisme. Semangat patriotisme yang

ditunjukkan oleh generasi terdahulu sanggup berkorban demi mempertahankan negara

adalah contoh yang patut dihidupkan sepanjang masa. Pengkaji sejarah melihat

semangat patriotisme di Malaysia bermula sejak Zaman Melaka dan menyemarak pada

abad ke 17 (Abdul Latif Abu Bakar: 1996).

Secara umumnya patriotisme bersifat motivasi, rasional, harapan dan

pembaharuan semula, kelangsungan hidup, rela berkorban, organisasi kesukarelaan,

kenegaraan dan cinta negara. Maka, dalam konteks negara Malaysia, patriotisme yang

ingin diterapkan adalah mempunyai nilai-nilai berikut:

Berbangga sebagai rakyat Malaysia

- berakhlak dan berbudi pekerti mulia

- menghormati raja dan pemimpin negara

- menghormati lambang-lambang negara

(seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara)

- menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

- menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

2. Bersemangat setia negara - cintakan bangsa dan negara

- taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

- sedia berkorban untuk bangsa dan negara

- bertanggungjawab kepada bangsa dan negara

- berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

- peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

3

Page 4: Etika en.nazri Edited

3. Bersemangat kekitaan

- bersatupadu dan berharmoni

- bertolak ansur dan bertoleransi

- bekerjasama dan tolong-menolong

- hormat-menghormati

- bersefahaman dan bermuafakat

- muhibah

4. Berdisplin

- mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

- mematuhi peraturan dan undang-undang

- berkelakuan sopan dan bertatasusila

- bertanggungjawab

- bertindak dengan wajar

- bersifat amanah dan jujur

- berlaku adil dan bertimbang rasa

5. Berusaha dan produktif

- rajin dan gigih

- berdikari

- sentiasa mempertingkatkan usaha

- tabah menghadapi cabaran

- menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara

Nilai-nilai patriotisme ini telah diterima dan digunapakai oleh Kementerian Pendidikan

4

Page 5: Etika en.nazri Edited

Senario Patriotisme Di Malaysia

Mutakhir ini, didapati keterlibatan remaja atau pelajar sekolah dalam jenayah

adalah akibat lunturnya nilai-nilai patriotisme. Kurangnya semangat patriotik di kalangan

generasi muda hari ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sebahagian

daripada mereka lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak berfaedah, seperti terlibat

dalam budaya hedonisme (mementingkan hiburan atau keseronokan) kerana jiwa

mereka kosong dari segi nilai dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.

Hal ini mungkin disebabkan salah satu faktornya, iaitu kurangnya pendedahan terhadap

patriotisme yang diterima atau jika banyak pun, kurang berkesan Kemungkinan juga ia

disebabkan amalan patrioisme yang diamalkan oleh para pelajar berbeza dengan nilai-

nilai patriotisme yang ingin diserapkan kepada mereka.

Umumnya, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa semangat patriotisme

di kalangan pelajar khususnya bukan Melayu adalah rendah berbanding pelajar Melayu.

Jika dilihat dari segi bilangan kaum yang menyertai PALAPES dalam tahun 2002,

bilangan pelajar Melayu yang menganggotai PALAPES ialah seramai 856 orang

(93.4%), Cina 27 orang (3%), India 3 orang (0.3%) dan Iban 30 orang (3.3%). Dan

kemungkinan besar peratusan yang sama dalam Kadet Tentera di peringkat sekolah

(Siti Azizah Abod: 2002). Berdasarkan kajian Ibrahim Saad (1980) pula, menunjukkan

tahap patriotisme di kalangan pelajar bukan Melayu rendah. Adakah ini menunjukkan

tahap kesedaran patriotisme di kalangan pelajar bukan Melayu rendah.

Di Malaysia, kebanyakan kajian bersifat menilai matapelajaran tertentu seperti

Sejarah atau Kajian Tempatan dalam menerapkan nilai-nilai patriotisme. Begitu juga,

kajian yang ada tertumpu kepada aspek penerapan dan pengajaran nilai-nilai

patriotisme oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Rizal Uzir:

2002).

Zahara Aziz (1985) telah menjalankan kajian di kalangan responden lepasan

sekolah menengah dalam lingkungan umur 19-21 tahun. Hasil kajian mendapati

5

Page 6: Etika en.nazri Edited

pendidikan sivik gagal memainkan peranan untuk memberi pengetahuan dan nilai serta

perasaan kebanggaan kepada negara di kalangan generasi muda. Beliau menegaskan

bahawa faktor pengajaran yang lemah di sekolah mempengaruhi penerimaan dan

gerak balas pelajar-pelajar kepada mata pelajaran sivik.

Kajian yang dibuat oleh Rizal Uzir (2002) pula menyentuh mengenai nilai-nilai

kewarganegaraan di kalangan pelajar tingkatan enam. Kajian beliau melihat

pengetahuan, sikap dan tanggapan pelajar terhadap konsep dan nilai-nilai

kewarganegaraan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa setelah 13 tahun

mengalami proses pendidikan di sekolah, pemahaman dan penghayatan pelajar

terhadap nilai-nilai kewarganegaraan masih lagi longgar dan berada pada tahap

sederhana.

Kajian yang dibuat oleh Haminah Suhaibo (1999) mengenai kefahaman dan

amalan unsur patriotisme melalui matapelajaran sejarah yang dijalankan ke atas pelajar

sekolah menegah atas, menunjukkan sebahagian besar pelajar memahami unsur-unsur

patriotisme kecuali aspek lambang-lambang negara, berani dan sanggup

mempertahankan negara, peka terhadap masalah dan isu negara dan muhibah.

Manakala dari segi amalan, pelajar kurang mengamalkan amalan ketaatan kepada

pemimpin dan negara, sebahagian besar unsur disiplin dan melibatkan diri dalam usaha

pembangunan negara.

Kajian telah menunjukkan bahawa muda mudi di negara-negara Barat yang

meninggalkan sekolah sangat kurang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang

diperlukan bagi seseorang warganegara yang mengetahui bagaimana untuk

mempertahankan hak siviknya dalam negara .

6

Page 7: Etika en.nazri Edited

Halangan dan Cabaran Dalam Penyemaian Patriotisme di Malaysia

Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha menyemai dan menyubur

semangat patriotisme di kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia

terdiri dari pelbagai kaum atau masyarakat majmuk.

Pertama ialah nilai-nilai individualisme. Sikap ini merujuk kepada mementingkan

diri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Mereka yang

mengamalkan sikap ini akan berusaha agar diri mereka didahulukan dari kepentingan

negara jika berlaku sesuatu hal seperti negara mengalami kegawatan ekonomi atau

berada dalam peperangan, maka mereka akan melarikan diri ke negara lain. Sikap ini

semakin merebak dalam masyarakat yang boleh ditandai melalui perkembangan sikap

‘individu autonomi' atau individu berdaulat.

Kedua ialah, era globalisasi dan liberalisme. Era globaliasi dan liberalisme

merujuk kepada negara tanpa sempadan, perdagangan bebas, kemasukan budaya

asing dengan mudah dan sebagainya. Situasi ini akan melahirkan masyarakat yang

bebas, mudah terpengaruh dengan budaya asing yang negatif, ekonomi negara

dikuasai oleh syarikat multinasional dan sektor pelaburan dimonopoli oleh negara maju.

Akibatnya, kedaulatan negara akan tergugat dan masyarakat akan terikut dengan

budaya asing dan seterusnya, semangat cintakan negara akan terkubur. Inilah yang

dibimbangi oleh Perdana Menteri iaitu globalisasi menyebabkan negara menjadi hanya

sebuah daerah dunia, dan pada ketika itu sukar untuk memupuk semangat patriotisme

pada sebuah negara yang tidak wujud lagi.

Ketiga ialah sikap prasangka. Ia merupakan tindakan menyangka dahulu

berasaskan generalisasi-generalisasi umum (steriotaip) tanpa bukti yang kukuh dan

biasanya merupakan sangkaan buruk. Jika ini telah menjadi steriotaip, ia akan sukar

diubah walaupun ada bukti untuk menafikannya. Sebagi contoh, jika masyarakat bukan

Melayu menganggap Malaysia adalah tanah air bagi masyarkat Melayu dan bukan

Melayu sebagai pendatang, maka ia akan menyebabkan semangat patriotisme itu sukar

7

Page 8: Etika en.nazri Edited

untuk disemai dalam diri masyarakat bukan Melayu. Ini ditambah lagi dengan

masyarakat berbilang kaum di mana sifat prasangka antara kaum masih lagi dijiwai oleh

rakyat

Keempat ialah sentimen perkauman, Ia merupakan sikap mementingkan

kumpulan etnik sendiri. Fenomena ini wujud dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di

mana setiap kumpulan etnik akan mementingkan kumpulannya sahaja. Ini ditambah

lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman, perbezaan sosio-ekonomi di kalangan

kaum dan perbezaan budaya pula ditonjolkan dalam setiap kehidupan. Keadaan ini

akan membawa kepada perjuangan kepentingan kaum dari kepentingan negara. Dalam

masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan, isu patriotisme lebih mencabar

kerana unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi jiwa dan idealisme

seseorang. Ini kerana mereka akan menjaga survival diri dan kelompoknya sahaja

tanpa mengutamakan kepentingan bangsa dan negara.

Langkah-Langkah Berkesan Yang Boleh Dilakukan Di Sekolah Untuk Melahirkan

Pelajar Yang Bersifat Patriotik:

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotisme penting dalam

ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam

atau luar negara. Kerajaan perlu menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana

patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa

bermaruah. Justeru, beberapa aspek perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.

Pertamanya melalui pendidikan. Semangat patriotisme ini mampu disuburkan

melalui pendidikan sejarah, sivik dan kenegaraan Malaysia. Perbincangannya perlu

diperluaskan lagi dengan menekankan kepada perkembangan dan sumbangan tokoh-

tokoh dalam membebaskan tanah air dari penjajahan dan membangunkan negara.

Sebagai contoh, para pelajar perlu didedahkan dengan lebih serius sejarah perjuangan

menentang penjajah dan penceroboh seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Datuk

Sagor, Tengku Menteri (Ngah lbrahim), Long Jaafar, Leftenan Adnan Saidi, Panglima

8

Page 9: Etika en.nazri Edited

Salleh Selempang Merah, Syed Syeikh al-Hadi dan Datuk Onn Jaafar untuk melahirkan

semangat patriotisme untuk anak bangsa kini.

Kor Setia Negara juga perlu diwujudkan di setiap sekolah dan Institut Pengajian

Tinggi (IPT) kerana ia boleh digunakan sebagai landasan untuk memperkenalkan asas-

asas patriotisme dan memperkukuhkan Program Khidmat Negara dalam jangka

panjang. Manakala aktiviti ko-kurikulum daripada peringkat sekolah hingga IPT juga

harus menerapkan unsur-unsur patriotisme dalam setiap program dan agenda.

Kedua menerusi kegiatan belia. Ini boleh dilakukan melalui program Rakan

Muda dan yang utamanya golongan belia bukan Melayu digalakkan menyertai pasukan

tentera dan polis serta lain-lain pertubuhan yang bersifat patriotik. Berdasarkan statistik,

sehingga kini daripada lebih 51,000 anggota Pasukan Simpanan Angkatan Tentera

(sukarelawan), hanya 8.8 peratus Cina, 6.6 peratus India dan 6.6 peratus lagi lain-lain

kaum. Melalui seminar atau kursus perhimpunan patriotik belia, proses pembangunan

negara dan seumpamanya perlu disemarakkan lagi agar program yang dianjurkan

dapat menusuk ke dalam kalbu sehingga menggerakkan jiwa golongan belia

menghayati semangat patriotisme ini

Generasi muda juga wajib menguasai ilmu pengetahuan dan mendapat

pendidikan sempurna yang merangkumi aspek kerohanian, mental dan adab, meliputi

disiplin ilmu aqli dan naqli.

Ketiganya melalui media massa, sama ada bercetak atau elektronik yang perlu

digerakkan bagi membangkit dan memekarkan semangat patriotisme. Ini boleh

dilakukan dengan menerbitkan komik, cerpen dan filem yang berbentuk patriotik. Filem-

filem seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenen Adnan perlu diperbanyakkan.

Media elektonik pula perlu selalu menyiarkan lagu-lagu patriotik, menerbitkan

dokumentari tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan meyebar-luaskan semangat

patriotisme dalam rancangan yang diterbitkan.

Keempat melalui kegiatan sukan, seni dan budaya. Pembangunan sukan

khususnya sukan popular seperti bola sepak, badminton, hoki, olahraga dan

9

Page 10: Etika en.nazri Edited

sebagainya perlu mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana patriotisme

dan menyatukan rakyat dengan cara yang cukup mudah dan berkesan. Pencapaian

tinggi atlet dan pasukan kebangsaan di peringkat Asia dan dunia sangat penting untuk

memulih kembali imej dan rasa bangga diri rakyat Malaysia terhadap negara. Begitu

juga dengan seni dan budaya perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa bagi

melahirkan semangat cintakan budaya Malaysia dan seterusnya membendung budaya

asing yang tidak sesuai dengan budaya tempatan.

Kelima ialah usaha pihak kerajaan dan NGO. Pihak kerajaan perlu

menguatkuasakan peraturan yang mewajbkan ketua jabatan dan majikan memberi

pelepasan kepada kakitangan mengikuti pasukan dan pertubuhan bersifat patriotik.

Program-program yang berbentuk patriotisme perlu disemarakkan lagi seperti Bulan

Kemerdekaan, mengibarkan Jalur Gemilang dan sebagainya. Di pihak NGO pula, perlu

dipergiatkan lagi aktiviti kesukarelaan seperti membantu mangsa bencana alam atau

peperangan baik di dalam negeri mahupun luar negeri.

Kesimpulan

Agenda patriotisme perlu disemarakkan di kalangan rakyat Malaysia dan bukan

hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab

mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu

dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan

kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi

kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki

penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan

bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati.

10

Page 11: Etika en.nazri Edited

Keistimewaan-Keistimewaan Yang Ada Pada Seseorang Penduduk Yang Patriotik

a.       Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan hanya mampu diketahui melalui

perlakuan yang dizahirkan. Ianya perlu dipupuk dan disemai dalam kalangan generasi

muda seawal di bangku sekolah. Mereka perlu dididik dengan semangat cintakan

negara melalui pemahaman sejarah Negara dan bangsa Malaysia. Seterusnya

mengenali dan memahami perjuangan tokoh-tokoh Negara yang memperjuangkan

kemerdekaan tanah air satu masa dahulu. Ia dapat dilakukan melalui pembacaan,

pendidikan dan penghayatan terhadap sejarah. Antara keistimewaan penduduk yang

berjiwa patriotik, sudah tentu mereka akan berbangga sebagairakyat Malaysia yang

tercinta. Mereka akan mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah tanah air

yang telah dipelajari.

b.      Bersemangat Setia Negara

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita pastilah sudah mengetahui prinsip-prinsip asas

rukun negara kita. Salah satu daripada prinsip-prinsip tersebut ialah “Kesetiaan kepada

raja dan Negara”. Kesetiaan terhadap negara merupakan satu ciri  penting di dalam

memastikan kelahiran masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik. Setiap rakyat

Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Selepas mencapai

kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja telah diteruskan tetapi beberapa pindaan

telah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen daan

kemerdekaan. Raja berpelembagaan tidak seperti raja berkuasa mutlak iaitu

memerintah dengan kuasa terbatas. Meskipun kedudukan institusi raja pada hari ini

berbeza daripada zaman kegemilangannya namun langkah menjaga dan memelihara

daripada lenyapnya institusi ini harus dipuji. Yang di-Pertuan Agung masih kekal

kedudukannya sebagai ketua negara dan perlu dihormati sebagai simbol perpaduan

11

Page 12: Etika en.nazri Edited

rakyat Malaysia. Bersemangat setia kepada negara bukanlah hanya mentaati sultan,

raja atau pemimpin sebaliknya setiap warganegara Malaysia haruslah mempunyai satu

semangat sedia mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir yang

boleh mengugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakatnya. Saranan Tun Dr.

Mahathir agar rakyat bukan bumiputera turut serta dalam pasukan keselamatan adalah

satu langkah bijak bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat di

negara ini kerana sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman

musuh.Ini dapat menjelaskan lagi tugas dan peranan sebagai rakyat Malaysia seperti

slogan ‘Negara Kita adalah Tanggungjawab Kita”. Dengan menghayati perkara-perkara

tersebut, maka lahirlah warganegara yang bersemangat setia negara dan inilah salah

satu keistimewaan penduduk yang patriotik.

c.      Berdisiplin

Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme merupakan seorang yang berdisiplin.

Bererti warganegara Malaysia yang patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang

mahupun perlembagaan negara pastinya seorang penduduk yang patriotik, berdisiplin

dan bertanggungjawab. Kesediaan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah

amat penting kerana tanpa undang-undang negara akan berada di dalam keadaan

kacau-bilau. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan

perpaduan di kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk

mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Kesan daripada itu, semangat

patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat merupakan

tunjang lahirnya semangat cintakan negara. Dalam konteks membentuk perpaduan di

kalangan rakyat perlu ada sifat-sifat seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan

berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia menuntut kesemua rakyatnya

memahami tuntutan setiap kaum dari aspek agama, budaya dan bahasa yang berbeza

melalui perlakuan tingkahlaku dan juga pertuturan.

12

Page 13: Etika en.nazri Edited

d.       Berusaha dan Produktif

Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang setanding dengan

negara maju di dunia melalui Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir

bin Muhammad. Untuk mencapai ke tahap negara maju menjelang tahun 2020, rakyat

Malaysia perlulah mengamalkan sikap suka berdikari, berdaya saing, tabah, proaktif

dan produktif. Untuk mempercepatkan proses ini, Malaysia memerlukan warganegara

yang berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, bermaruah,  sanggup berkorban,

melakukan anjakan paradigama terhadap sikap dan nilai daripada hanya

mengharapkan bantuan atau sokongan daripada pihak kerajaan. Sertasetiap

warganegara perlu mengamalkan sikap-sikap positif dan inovatif dalam melahirkan

sesuatu yang baru melalui proses Research and Development (R&D) dan penggunaan

kemudahan Information and Communication in Technology (ICT) yang canggih.

Dengan mengamalkan sikap-sikap ini, akan wujud perasaaan patriotisme yang jitu di

kalangan penduduk Malaysia. Keistimewaan yang wujud daripada pengamalan ini,

lahirlah individu atau penduduk yang sentiasa berusaha dan produktif.

Tun Dr. Mahathir sering mengingatkan rakyat Malaysia agar  sentiasa bekerja kuat

demi untuk memartabatkan maruah negara:

“Mereka dari negara maju sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai

pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding

dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka,

bahawa walaupun negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah. Bilakah kita akan

sedar bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita bekerja dan

bekerja dengan rajin, buka sebagai hamba kepada upahan tetapi kerana

tanggungjawab dan kesayangan kepada kebebasan dan maruah kita.”

13

Page 14: Etika en.nazri Edited

e.       Berilmu / Peka terhadap isu-isu dalam dan luar negeri

Agama Islam memandang tinggi kedudukan orang yang berilmu. Allah S.W.T telah

berfirman dalam surah al-Mujahadah ayat 11:

“Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan diberikan ilmu di kalangan

kamu”.

Penduduk yang patriotik merupakan mereka yang berilmu pengetahuan.Bermaksud,

penduduk yang patriotik bukan hanya sebagai penerima atau pengguna ilmu dari luar

tetapi dalam waktu yang sama juga menjadi penyumbang kepada perbendaharaan ilmu

dunia. Menuntut ilmu bagi tujuan mempertahankan dan mengukuhkan ummah adalah

suatu jihad yang amat digalakkan. Tanpa ilmu pengetahuan, masyarakat Malaysia tidak

akan dapat mempertahankan diri dari pencerobohan musuh. Tanpa ilmu pengetahuan,

pemimpin negara tidak akan dapat menguruskan negara dengan baik. Maka, mereka

yang bersifat patriotik adalah penduduk yang berilmu ataupun peka terhadap isu-isu

dalam mahupun luar negeri.

14

Page 15: Etika en.nazri Edited

PRINSIP RUKUN NEGARA MEMBENTUK JATI DIRI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan

Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada

31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk

membentuk keperbadian rakyat Negara ini

sebagai bangsa Malaysia. Prinsip Rukun Negara

menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa

dan agama di Negara ini. Rukun Negara yang

mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan

Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan

Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan

Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah resipi kejayaan Negara

dalam menyatupadukan rakyat. Namun persoalannya, sejauh manakah prinsip Rukun

Negara dapat membentuk jati diri didalam jiwa pelajar-pelajar di Malaysia?

Masalah gejala sosial dikalangan pelajar-pelajar semakin meningkat sejak

kebelakangan ini. Ini berpunca daripada kurangnya penghayatan terhadap Rukun

Negara. Bagi mengingatkan pelajar-pelajar pentingnya prinsip Rukun Negara

dipertahankan, kerajaan melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara dan

menubuhkan Kelab Rukun Negara di setiap sekolah. Semangat Rukun Negara yang

tersemadi dalam sanubari rakyat sejak lebih 35 tahun dahulu perlu terus dikekalkan.

Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang lebih

menghormati kaum-kaum lain. Malah boleh mewujudkan perasaan hormat-

menghormati dan tolak ansur yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan

perpaduan di negara yang didiami rakyat berbilang kaum dan agama.

15

Page 16: Etika en.nazri Edited

Rukun Negara tidak seharusnya ditinggalkan usang dalam lipatan buku sekolah lama...

Selain itu, pelajar-pelajar dapat melahirkan jati diri yang tinggi melalui

penghayatan Rukun Negara. Pelajar yang patuh pada prinsip Rukun Negara akan

sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan. Dengan

ini mereka dapat mengelakan diri daripada terpengaruh dengan budaya Barat atau

budaya Hedonisme seperti terlalu berteraskan hiburan yang melampau, pergaulan

bebas tanpa batas, dan hilang amalan berbudi Bahasa. Melalui penghayatan Rukun

Negara juga, kita dapat mendorong dan mengamalkan budaya serta tabiat hormat

menghormati, tolong menolong, kasih sayang dan amanah dikalangan pelajar-pelajar.

Hasilnya, kita dapat mewujudkan warga Malaysia yang harmoni di samping Negara

yang aman dan damai. Hal ini amat bersesuaian dengan prinsip kelima Rukun Negara

iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang menggalakan rakyat sentiasa bersikap baik dan

mempunyai nilai ketimuran yang murni.

Namun demikian, wujud anasir-anasir yang tersebar dibeberapa laman sosial

dan blog yang cuba mempengaruhi pelajar-pelajar supaya hilang penghayatan dan

kepercayaan terhadap lima prinsip Rukun Negara kita. Sebagai contoh, satublog yang

suatu ketika hangat diperkatakan ramai, menghina Almarhum Sultan Johor jelas

16

Page 17: Etika en.nazri Edited

melanggar lima prinsip Rukun Negara yang pastinya blogger tersebut di zaman

persekolahannya pernah melafazkan lima prinsip tersebut.

Secara ringkasnya, prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat

dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ia mesti difahami

dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakyat

di negara ini dari bangku sekolah lagi.

Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan

bahawa asas kehidupan beragama adalah penting dalam kehidupan rakyat di Negara

kita.

Dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama

rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

Sebagai contoh, program-program keagamaan disetiap sekolah yang wajib

dilaksanakan pada setiap tahun seperti Majlis Tadarus Al-Quran, sambutan Hari

Kebesaran Islam yang melibatkan secara langsung pelajar-pelajar menyertainya. Selain

itu, Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh guru-guru j-QAF juga dapat memupuk

semangat jati diri pelajar supaya tidak terpesong kearah jalan yang negatif.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan

Negara mempunyai kaitan yang rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan

sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Perkara 32 Perlembagaan

Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua

negara.

Antara contoh yang dapat dilihat seperti wujudnya Pogram Latihan Khidmat

Negara (PLKN) yang melibatkan pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga Biro Tata

Negara (BTN) bagi mahasiswa universiti luar dan dalam negara . Hal ini dapat

dibuktikan melalui sistem pendidikan yang diterapkan kedalam modul-modul kepada

pelatih-pelatih berunsurkan ketahanan dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi

17

Page 18: Etika en.nazri Edited

kancah kehidupan yang berasaskan prinsip Rukun Negara. Melalui program ini,

lahirnya lapisan generasi muda yang terlibat dalam mempertahankan negara seperti

tentera, polis dan sebagainya.

Ketiga, prinsip Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali

sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud

ketinggian dan keagungan undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri. Keluhuran

Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang

tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang

disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Misalnya, diperingkat sekolah telah wujud badan-badan yang mendidik pelajar

supaya memartabatkan disiplin. Diantaranya ialah Badan Pengawas Sekolah ( BPS )

yang mana terdapat pelajar dipilih bagi membantu pihak sekolah menjaga disiplin

pelajar-pelajar lain. Oleh yang demikian, lahirlah generasi yang menitik beratkan disiplin

dalam diri mereka seterusnya dapat membentuk jati diri yang sempurna.

Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai

undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,

tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen

penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-

undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara

tanpa sebarang diskriminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat

dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina

sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai moral dan akhlak masyarakat.

Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat

18

Page 19: Etika en.nazri Edited

sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan

tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai murni.

Sifat nilai-nilai murni dan amalan dituntut seperti amanah, tanggung jawab, ikhlas

dan sebagainya banyak ditekankan oleh pihak sekolah dan kerajaan melalui

pembelajaran dan pengajaran serta kempen-kempen yang dianjurkan seperti kempen

“Jagalah Alam Sekitar” dan “Kempen Anti Rasuah”. Melalui program seumpama ini,

semangat jati diri yang tinggi dapat dipupuk dan dibina dalam jiwa pelajar-pelajar

sehingga dewasa.

Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai `internal cohesion' atau

kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme dalam

kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih

relevan untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat walaupun masih wujud

anasir negatif yang cuba memudarkan semangat lapisan generasi muda zaman

sekarang terhadap prinsip ini. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun

Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia dan Pendidikan seperti

disarankan kerajaan.

19

Page 20: Etika en.nazri Edited

GURU SEBAGAI MODEL YANG BOLEH DIBANGGAKAN

Melalui soalan nombor empat “guru sebagai model dan bincangkan perkara-perkara yang boleh dibanggakan” bagi menjawab soalan ini lima soalan asas telah dirangka khusus bagi kehendak soalan diatas. Soalannya adalah seperti berikut

1. Siapakah guru ?

2. siapakah dia yang layak menjadi guru ?

3. Apakah perananguru ?

4. Apakah yang dikatakan Profesion guru ?

5. Guru sebagai Model dan Profesion yang boleh dibanggakan ?

Melalui kerangka soalan yang pertama siapakah guru dari sudut bahasa dan pandangan tokoh pendidikan mengenai perkataan “GURU”. Perkataan secara asasnya berasal dari perkataan Sanskrit lama yang digabungkan dari dua kosa kata yang berlainan iaitu kalimat ‘GU’ dan ‘RU’.

Dua perkataan ini memberi makna yang berbeza .Untuk perkataan‘GU’membawa maksud “kejahilan ilmu yang dialami oleh manusia” manakala ‘RU’pula membawa maksud “Pengetahuan yang menghilangkan kejahilan”. Bila kedua-dua perkataan ini digabungkan maka ianya menjadi kalimat “GURU”yang memberi maksud “orang yang menghilangkan kejahilan ilmu dengan menyampaikan ilmu pengetahuan”. Guru jika diterjemahkan dalam bahasa inggeris ianya memberi maksud “TEACHER”maksud teacher melalui kamus oxford ialah “A ‘teacher’ is a person who delivers an educational program, assesses student participation in an educational program” bermaksud orang yang menjalankan aktiviti pendidikan dan menilai penyertaan pelajar didalam aktiviti pembelajaran.

Dalam Bahasa Arab perkataan guru ialah ‘ , المؤدب, المربى Setiap perkataan tadi .’المعلمmembawa maksud yang berlainan tapi sama dari sudut tugas iaitu memberi atau menyampaikan ilmu dan maklumat. Manakala guru juga dipanggil dengan istilah‘Ulama”oleh bangsa Arab iaitu orang yang berilmu. Manakala mengikut kaca mata islam menurut Ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘anhu katanya:

“ الله خشية العلم إنما الحديث، بكثرة العلم ”ليس

20

Page 21: Etika en.nazri Edited

Maksudnya:

( Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada Allah. – Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185 )

Setelah diberi maksud guru pada bahasa secara umum maka, persoalan yang kedua

dibawa iaitu siapakah dia yang layak menjadi guru ?

Sebelum individu itu digelar sebagai pendidik, paling tidak bagi individu haruslah menpunyai peribadi yang unggul dan mempunyai daya pandang jauh yang melangkaui zaman. Pengetahuan dan mahir dalam praktikal dan mampu merealisasi pelbagai jenis teori pembelajaran . Bakal guru juga perlu dilatih dalam melaksana pelbagai pembelajaran induktif dan deduktif secara berkesan.maka dalam hal ini guru perlu diberikan pengiktirafan yang selayaknya .

Sebenarnya amanah mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang guru, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )

Maka dalam hal ini guru perlu ada ketabahan hati dan bertindak secara produktif dalam menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan , rajin dan tekun menjalani kewajiban, kreatif dalam memberi galakan kepada murid-murid atas kebolehan dan kemajuan dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau pemberangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam Guru, m.s: 2-4)

Melalui kerangka soalan yang ketiga pula perbincangan diteruskan dengan persoalan “apakah peranan guru secara umumnya dalam pendidikan ?”

Peranan guru dalam pendidikan-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan NegaraBarangkali ada orang mengatakan bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar, memberi arahan dan menyediakan soalan periksa. Jika ini peranan seorang guru maka ianya terlalu kolot, maksudnya guru itu bukanlah pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan pendidik tidak terhad kepada menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi mendidik, mengasah bakat Jadi inilah sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )Demikian itu pentingnya amanah guru dan menjadi harapan rakyat Malaysia, maka keperluan penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan tersusun. Pendapat ini ada

21

Page 22: Etika en.nazri Edited

betul dan ada silapnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 )

Para guru adalah anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan pencapaian sekolah. Antara peranan-peranan guru ialah:

1. Sebagai tenaga pengajar yang menolah aktiviti pengajaran bersumberkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan dalam situasi bilik darjah mengikut perancangan dan strategi pengajaran yang bertepatan.

2. Sebagai peransang pembelajaran dengan memberikan galakan kepada murid-murid untuk mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.

3. Sebagai konduktor bilik darjah sepertimana menyusun rutin bilik darjah, menetapkan corak penyusunan meja-kerusi dan peralatan bagi melahirkan keadaan pengajaran dan pembelajaran yang bertepatan.

4. Sebagai pengasuh kepada murid-murid, untuk memelihara keselamatan dan kebajikan mereka. Tugasan ini akan mendorong murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.

5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab memelihara disiplin para pelajar serta membantu mereka membudayakan sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat.

6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru dijadikan ikutan teladan kepada murid. Nilai positif yang dipersembahkan oleh guru di sekolah dapat diharmonikan dalam.diri pelajar.

7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.

8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan aktiviti sekolah.

9. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )

22

Page 23: Etika en.nazri Edited

Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s: 18 )

Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak harus ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).

Dengan demikian, amanah mereka tidak sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus . Tugas mereka adalah untuk mendidik para pelajar dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelektual.

Dalam sistem pembelajaran termasukcara komunikasi, kognitif, afektif dan social. Unsur-unsur pengetahuan yang perlu digarapkan dalam kurikulum di sekolah pula adalah berbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )

Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata’ala berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )

GURU SEBAGAI PEMIMPIN – buku jejak2 MS 103 – Metodologi Kepimpinan

Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya .

Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai

23

Page 24: Etika en.nazri Edited

pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )

Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).

Dalam teori pelaksanaan kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. Ini bermakna bukan setakat ‘qiadah’ atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan ‘qudwah’ iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu ‘uswahatun’. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita tunduk dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mengingkari tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwah dan uswatun hasanah.

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mendidik murid-muridnya agar arif tentang baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan haram. Guru terus berperanan mendorong mereka untuk mendapat keredaan Allah.

Soalan nombor empat pula membincangkan tentang apakah yang dikatakan profesion guru ? maka disini secara umum menbincangkan secara umum mengenai Guru sebagai profesion atau kerjaya secara menyeluruh. GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA

Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini. ( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).

Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini

24

Page 25: Etika en.nazri Edited

amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al.( 1993 ) dalam karya mereka yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )

Adapun pada peranan guru dapat dinilai sebagai pemboleh ubah terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kegemilangan pendidikannya. Melalui dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak menunjukkan bahawa wujud korelasi positif tinggi di antara tahap akademik pelajar dengan peranan guru di dalam kelas. Maka, permehatian yang sewajarnya harus diberikan kepada guru-guru disebabkan sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).

Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).

Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘ profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.

25

Page 26: Etika en.nazri Edited

Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai “ knowledge worker” dalam era revolusi maklumat abad ke-21.

Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)

Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai

Tiga Ciri Kemahiran Professional Guru iaitu:

i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi

ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi

iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun.

Guru yang professional juga perlulah menguasai teknik dan kemahiran menggunakan teknologi maklumat. Ini disebabkan profesion pendidikan sentiasa bergerak kehadapan dan mengalami perubahan mengikut peredaran zaman.

Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )

26

Page 27: Etika en.nazri Edited

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Berdasarkan pemerhatian secara umum tentang profesionalisme guru, kita dapat memberikan kesimpulan bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran ,waras dalam tindakan dan pengetahuan pedagogi serta maklum mengenai kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional. Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )

Terus kepada kerangka soalan yang kelima Guru sebagai Model dan Profesion yang boleh dibanggakan ?

Secara umumnya profesion perguruan merupakan satu pekerjaan yang amat dimuliakan. Guru bukan sekadar yang mengajar didalam kelas dan memenuhi proses pelajaran dan pembelajaran didalam kelas sahaja tetapi membabitkan ketamadunan sesebuah bangsa mahupun maju mundur sesebuah negara itu. Guru merupakan satu pekerjaan tertua didunia dan tercatat didalam sejarah-sejarah dunia mengenai guru dan pembinaan tamadun secara menyeluruh. Seperti mana yang kita kenali tamadun-tamadun besar dunia sebagai contoh tamadun Rom, Mesir, China dan Parsi yang pasti setiap tamadun ini ada mencatatkan tentang penglibatan guru dalam membina peradaban dunia seperti mana seorang individu pendidik yang berpengaruh dalam perkembangan peradaban tamadun china iaitu Kung Fu Tze pengasas falsafah confucianisme. Kung Fu Tze hidup pada zaman Dinasti Zhou (1027-256 s.m), zaman menjadi kacau-bilau dan kurang bermoral.

Oleh itu, Confucius pun mendidik orang ramai mengikut prinsip-prinsip dan ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Ajaran dan teorinya sebar luas keseluruh China oleh anak muridnya dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Antara kandungan kitab falsafah Kung Fu Tze Ajaran Confucius dimuatkan dalam kitab Lun Yu (Analects) yang disusun oleh anak-anak muridnya.

Kitab Analects banyak mengandungi order sosiopolitik yang normatif,perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Itu sedikit sebanyak mengenai seorang guru yang berjaya mengangkat sebuah peradapan yang penuh dengan masalah moral dan korupsi dari kalangan para pembesar china pada zaman itu. Sama juga dengan kebangkitan tamadun-tamadun dunia yang lain penglibatan guru tidak terlepas dalam catatan sejarah dunia .

27

Page 28: Etika en.nazri Edited

Jadi profesion guru bukanlah satu pekerjaan yang ketinggalan zaman tetapi tetapi satu pekerjaan yang mulia dan bernilai disisi umat manusia sepanjang perjalanan zaman dan merupakan tulang belakang bagi setiap kemajuan sesebuah negara itu. Maka profesion sebagai pendidik adalah satu kebanggaan bagi sesiapa yang mengalasnya tanggungjawab sebagai guru ini kerana kerana guru merupakan peribadi yang mampu membina sebuah tamadun melangkaui masa dan zaman.

28

Page 29: Etika en.nazri Edited

Rujukan

1. Abdul Latiff Abu Bakar. 1996. Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff

Abu Bakar dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Kuala

Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

2. Ahmad Fawzi Mohd. Basri. 2002. Patriotisme dan Ketahanan Nasional: Suatu

Pandangan tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja

dibentangkan di Kongres Patriotisme Negara, di Institut Latihan keselamatan

Sosial KWSP, anjuran Biro Tatanegara dan Universiti Utara malaysia, Bangi

pada 22 - 28 Oktober 2002.

3. Awang Had Salleh. 1995. Patriotisme dan Globalisme Alam Konteks Pergerakan

Bahasa dan Sastera Kebangsaan. Kertas kerja yang dibentang di Persidangan

Hari Sastera pada 26-28 May 1995.Melaka.

4. Fahda Nur A. Kamar. 1995. Semangat Patriotisme di Kalangan Remaja. Dewan

Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Laman Web Internet :

- http://belajarmengarang.blogspot.com/2012/05/contoh-karangan-spm-

kepentingan-rakyat.html

- http://anizyn.blogspot.com/2010/10/rukun-negara-sebagai-etika-falsafah-

dan.html

- http://whawz.blogspot.com/2008/07/peranan-rukun-negara-dapat-

membentuk.html

- https://guruselamanya.wordpress.com/2011/02/18/kepentingan-menghayati-

rukun-negara-2/

- http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2010/01/rukun-negara-sejauh-mana-kita.html

- http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/isu-kenegaran-rukun-negara.html

29

Page 30: Etika en.nazri Edited

30