drama hikayat awang kamaruddin

10
BABAK SATU-LATAR BELAKANG. WATAK-WATAK Lamang Labai- Faiz Saadun Anggayan Damit- Saad Hj Abib Dang Kasuma- Mamai Guang Dang Kumala- Norizan Ridzuan Orang Kampung- Nazurah Hamdan, Hazeemah Hazzah, Hidayah Ahmad dan Janatul Hj Rahman JALAN CERITA Dalam babak ini, para pelakon akan melakonkan bagaimana Lamang Labai memukau Dang Kasuma dan menbawa lari Dang Kasuma ke Bukit Sinarubai dan Anggayan Damit berlawan dengan Lamang Labai untuk menpertahankan haknya sebagai tunang Dang Kasuma. Akhirnya Anggayan Damit meninggal dunia. Sebelum ajalnya, Anggayan Damit telah berwasiat bahawa jika sekiranya Lamang Labai mendapat anak lelaki dinamakan Awang Kamaruddin sempena nama timangannya semasa dia berguru dan jikalau perempuan dinamakan dengan nama Dang Kumala sempena nama adiknya. Manakala Adik Anggayan iaitu Dang Kumala juga meminta bunuh kepada Lamang Labai kerana berasa sedih atas kematian abangnya. Akhirnya Lamang Labai telah berkahwin dengan Dang Kasuma dan mendapat seorang anak lelaki dinamakan Awang Kamaruddin dan seorang perempuan dinamakan Dang Kumala mengikut wasiat Anggayan Damit. (BAB INI AKAN DI CERITAKAN MELALUI SYAIR DAN WATAKNYA- WATAKNYA DILAKONKAN TANPA BUNYI).

Upload: janatul-hj-rahman

Post on 25-Jun-2015

396 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SKRIP DRAMA MILIK BLOK 2 BAHASA MELAYU, MAKTAB DULI PMAMB, 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Drama Hikayat Awang Kamaruddin

BABAK SATU-LATAR BELAKANG.

WATAK-WATAK

Lamang Labai- Faiz Saadun

Anggayan Damit- Saad Hj Abib

Dang Kasuma- Mamai Guang

Dang Kumala- Norizan Ridzuan

Orang Kampung- Nazurah Hamdan, Hazeemah Hazzah, Hidayah Ahmad dan Janatul Hj Rahman

JALAN CERITA

Dalam babak ini, para pelakon akan melakonkan bagaimana Lamang Labai memukau Dang Kasuma dan menbawa lari Dang Kasuma ke Bukit Sinarubai dan Anggayan Damit berlawan dengan Lamang Labai untuk menpertahankan haknya sebagai tunang Dang Kasuma. Akhirnya Anggayan Damit meninggal dunia. Sebelum ajalnya, Anggayan Damit telah berwasiat bahawa jika sekiranya Lamang Labai mendapat anak lelaki dinamakan Awang Kamaruddin sempena nama timangannya semasa dia berguru dan jikalau perempuan dinamakan dengan nama Dang Kumala sempena nama adiknya. Manakala Adik Anggayan iaitu Dang Kumala juga meminta bunuh kepada Lamang Labai kerana berasa sedih atas kematian abangnya. Akhirnya Lamang Labai telah berkahwin dengan Dang Kasuma dan mendapat seorang anak lelaki dinamakan Awang Kamaruddin dan seorang perempuan dinamakan Dang Kumala mengikut wasiat Anggayan Damit. (BAB INI AKAN DI CERITAKAN MELALUI SYAIR DAN WATAKNYA- WATAKNYA DILAKONKAN TANPA BUNYI).

BABAK DUA-PENGEMBARAAN

Page 2: Drama Hikayat Awang Kamaruddin

WATAK-WATAK

Awang Kamaruddin- Saad Hj Abib

Dang Kasuma- Mamai Guang

Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti- Faiz Saadun

Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa- Hazeemah Hazzah

Dang Siti NorAlam- Norizan Ridzuan

Tuan Puteri Si Raksasa- Hidayah Ahmad

Awang Bujang Laila Bungsu- Janatul Hj Rahman

Awang Sukaim- Nazurah Hamdan

JALAN CERITA

Mengisahkan Awang Kamaruddin sudah besar dan berguru dengan Raja Jin Tujuh Seperadian di Bukit Si Guntang mengikut wasiat ayahnya. Semasa dia berguru itu Awang Kamaruddin menggunakan kesaktian yang dipelajarinya. Dia telah melihat dalam kesaktiannya bahawa di Negeri sebelah mempunyai seorang puteri yang sangat cantik yang bakal melansungkan perkahwinannya. Jadi Awang Kamaruddin mempunyai suatu akal untuk menguji kesaktian dan kehandalannya dalam ilmu persilatannya dengan beradu tenaga dengan tunangan Tuan Puteri tersebut.

DIALOG

(BUKIT SINARUBAI)

Awang Kamaruddin(SAAD): (semasa melihat dalam kesaktian) “lawa hantap jua bini-bini anee..adoiiii~ mu akuu tedapat bagus jua nee..” (memikir-mikir rancangannya)

NARATOR(Nazurah)-Selepas itu Awang Kamaruddin pun berjumpa ibunya dan adiknya meminta izin.

Awang Kamaruddin(Saad): “ohhh babu akuu aneee behajat basar nee bu,” (terkidum-kidum)

Dang Kasuma(Mamai) : “adeyh ada ada saja jua ko anee.. hemm.. lai apakan ko minta anee..? cubatah bagitauu sadangtah kan terkidum-kidum penuh makna anee.. bagitauu tia babumu anee..”

Awang Kamaruddin(Saad): “Inda bu macam ani ku ni kan ke negeri jawa mengaga dangankusanak.”

Dang kasuma(Mamai) : “Ya Allah Ya Rabbi!! jangan tah di aga ia atu Wang, tauu ju ko udah bertunang jua ia atuu. Adang-adang tah banyak lagi bini-bini lain yang lawa. Si Dang Siti Noralam atuu kan ko simpan dimana?”

Awang Kamaruddin(Saad): “Inda bu aku kan kesana atu yang banarnya kan beradu tenaga dengan tunanganya atu.. kata orang ia nda dapat di alahkan? Pakej bah bu.. 2 dalam satu.. heheh..mun pahamm bisai babu anee..”

Dang Kasuma(Mamai): “bah manasaja tah ko tuu wang.. babu anee nda pulang kan menghalang.. tapi asal saja ko selamat!! Amin~”

***********************************************************************************************

Page 3: Drama Hikayat Awang Kamaruddin

NARATOR(Nazurah)-Lalu Awang kamaruddin pun meminta menyatakan hasratnya untuk mengembara ke Tanah Jawa kepada adiknya, Dang Kumala. Setelah itu pergi ke negeri Jawa dengan menggunakkan Ajung Si Lancang Kuning si naga sakti bersama Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu dengan menbawa barang peninggalan ayahnya seperti Langir yang ditapakan selama Sembilan tahun, Sembilan bulan Sembilan hari yang tinggal sehari lagi pertapaannya, senjatanya iaitu Keris Aluk Sembilan, Pedang Sulindayan dan Lembing Tujuh Sekambaran. Setelah sampai di Negeri Jawa, mereka terus naik ke Anjung milik Raja Muda Indera Bungsu yang terkejut dengan kedatangan mendadak Awang Kamaruddin, Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bungsu yang merupakan sepupunya.

(NEGERI JAWA)

Raja Muda Indera Bungsu(Faiz)- (riak muka terkejut) “dui dungsanak! Kau rupanya yang dating anee.. terkajut ku eyh~”

Awang Kamaruddin(Saad)- “awuu .. tiba-tiba rindu tia ku kan Negeri Jawa anee.. eyh~ mana adikkmu Tuan Puteri??”

NARATOR(Nazurah)- Maka selajur terkidum Si Bujang Laila Bongsu .. seakan mengerti hajat Awang Kamaruddin, seraya berkata

Raja Muda Indera Bungsu(Faiz)- “ada ya tuu di biliknya.. agatah ko jumpa..”

NARATOR(Nazurah)-selepas mendengar kata-kata Raja Muda Indera Bungsu, Awang Kamaruddin terus sahaja berlalu menuju ke bilik Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, adik kepada Raja Muda Indera Bungsu. Awang Kamaruddin meminta izin untuk berjumpa dengan meniru suara Raja Muda Indera Bungsu supaya Tuan Puteri Bungsu Kumala Jawa akan mengizinkannya masuk.

Tuan Puteri Bungsu Kumala Jawa(Hazeemah)- (bercakap dengan diri sendiri) “nda salahku atu macam suara abangku.. hemm.. baik tah ku suruh ea masukk.”.(diam dan bersedia membuka pintu sambil merapikan diri) “Bah masuktah kak kemari”

NARATOR(Nazurah)- Awang Kamaruddin pun masuk kedalam .. apabila TPBKJ meliat yang masuk atu lelaki yang tidak dikenalinya dan bukannya abangnya Raja Muda Indera Bungsu membuatkan dia terkejut.

Tuan Puteri Bungsu Kumala Jawa(Hazeemah)- ADUH? Siapa kian kamu anee?? Suka-suka hati masuk menyubuh anee..(terus pengsan)

NARATOR(Nazurah)- Lalu, Awang Kamaruddin pun membacakan ilmu pengasihnya kepada Tuan Puteri yang sedang pengsan tersebut. Apabila Tuan Puteri Bungsu Kumala Jawa tersedar dia terus sahaja berasa malu terhadap Awang Kamaruddin dan jatuh kasih padanya. Mereka berdua berbual dan saling berkenalan sesame sendiri sehinggakan tidak menyedari bahawa masa berlalu begitu pandas dan ayam jantan berkokok menandakan waktu pagi.

********************************************************************************************

NARATOR(Nazurah)- Sementara di Negeri Tanjung Keinderaan, Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti dapat merasakan yang tunangnya iaitu Tuan Puetri Bungsu Kumala Jawa telah dikacau orang. Lalu dia meminta izin pulang kenegeri jawa kepada gurunya Tuan Puteri SiRaksasa sedangkan pertapaannya hanya tinggal tujuh hari lagi akan tamat. Setelah dia meminta izin, Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti telah menukarkan dirinya sebagai lalat kuning dan pulang keistananya di Negeri Tanjung Keinderaan.

Hari perkahwinan tiba, Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti telah datang membawa rombongan perkahwinananya ke Negeri Jawa. Bonda Raja Muda Indera Bungsu telah meminta Awang Kamaruddin untuk mengiringi pengantin lelaki bagi melaksanakan Majlis perkahwinan Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti dan Tuan Puteri Bungsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin memegang tangan Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti untuk menapakkan tangan kanannya kepada ubun-ubun kepala Tuan Puteri Bungsu Baginda Indera Sakti,

Page 4: Drama Hikayat Awang Kamaruddin

tetapi Awang Kamaruddin sengaja tidak menyampaikan tangan Tuan Pemagat ke kepala Tuan Puteri sebaliknya dia sendiri yang menapakkan tangannya dengan meletakkan tangannya dibawah tangan Tuan Pemagat. Kemudian Awang Kamaruddin juga mensengajakan mendudukkan Tuan Pemagat di sebelah kiri manakala dia duduk di sebelah kiri. Kedua-dua perkara tersebut telah menaikkan api kemarahan Tuan Pemagat yang semakin membara. Sehinggakan:

Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti(Faiz)- (marah yang membuak-buak) “HEYYY!! GILA KO PAKAH!! KO ANEE SENGAJA KAH KAN MERABUT BINIKU??”

Awang Kamaruddin(Saad)-“ Awuu andangnya akuu berhajat kan menggatas bunga yang kembang di tapak tangan bigar di hujung jari milikmu aa~ “

Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti(Faiz)-“Jahat benar fikiran mu anee macamtah nada lagi ada bini-bini lain di dunia anee..”

NARATOR(Nazurah)-Maka tercetuslah sebuah perperangan diantara Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti dan Awang Kamaruddin. Disebabkan Raja Muda takut peperangan tersebut akan merosakkan harta benda Istana, dia telah menyuruh mereka untuk berperang di luar Istana.

Awang Kamaruddin(Saad)-“banar tah jua kata dangsanak atuu.. maritah kita berpindah bekelai ditampat lain..”

Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti(Faiz)- “bah lakas tah dangsanak.. jangantahkan membuang-buang waktu lagii.. maritah!! ndaku sabar-sabar kan beradu tenaga nee!!.”

NARATOR(Nazurah)-Dalam pertarungan tersebut Awang Kamaruddin telah meninta pertolongan sepupunya dengan hanya menghentak kakinya dan membuatkan adiknya Dang Kumala telah merasa Gerak lalu terbang menjadi burung ke Negeri Jawa. Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti telah tewas ditangan Awang Kamaruddin dengan menggunakan anak batu pertapaan yang merupakan sebuah tempat terletaknya nyawa Tuan Pemagat dan disimpan oleh Tuan Puteri Si Raksasa. Dimana batu tersebut yang di curi oleh Dang Kumala. Tetapi akhirnya Tuan Pemagat Bungsu Baginda Indera Sakti dan semua tenteranya telah dihidupkan semula oleh Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin telah mengahwini Tuan Puteri Bungsu Kumala Jawa.

BABAK 3- JANJI

NARATOR(Nazurah)- Dalam babak ini menceritakan mengenai Awang Kamaruddin pulang ke Bukit Sinarubai bersama Isterinya. Selepas sebulan kepulangannya, Awang Kamaruddin telah teringat akan pertunangannya dengan sepupunya yang bernama Dang Siti NorAlam yang berasal dari Bukit Surau. Dang Siti NorAlam adalah seorang yang sangat hodoh dan berhingus pada masa kecilnya. Jadi, Awang Kamaruddin ingin menunaikan janjinya itu.

Awang Kamaruddin(Saad)- (gugup dan tergagap-gagap) “b-b-bu, akuu anee yang banarnya kann..kan..kann menghasil penyuruhan babu selama anee.. anuu.. akuu anee kan menyuruh babu membaritauu si dayang di Bukit Surau..(tersenyum malu) kan kahwintahku nee sama d dangankusanak Dang Siti NorAlam.. “

Dang Kasuma(Mamai) - “sukurtah..bagus udah tuu.. udah ko tanyakan binimu si Dayang Bongsu Kumala Jawa?? Jangan ko kan suka-suka hati lai..”.

Awang Kamaruddin(Saad)- “atuu udah ku uruskan tuu bu, akuu anee kan mennunggu babu saja.. hantati tia perusuh ke Bukit Surau bu”

NARATOR(Nazurah)- Awang Kamaruddin penuh menharap supaya Dang Siti NorAlam akan setuju mengahwininya. Dang Kasuma telah menyuruh Awang Mataram dan Awang Abdul Mumin untuk pergi ke Bukit Surau dan mengkhabarkan mengenai niat murni Awang Kamaruddin untuk memperisterikan Dang Siti NorAlam. Tetapi

Page 5: Drama Hikayat Awang Kamaruddin

sayangnya, Dang Siti NorAlam diKhabarkan melarikan diri ke Hulu Jawa kerana merasa kecewa atas perkahwinan Awang Kamaruddin dan rasa terhina akibat cacian Awang Kamaruddin lemparkan kepadanya ketika kecil kerana dia Hodoh dan Berhingus. Oleh kerana itu, Awang Kamaruddin, Awang Sukaim iaitu abang kepada Dang Siti NorAlam dan Awang Bujang Laila Bungsu serta Tuan Puteri Bungsu Kumala Jawa turut sama mengembara untuk menyelamatkan Dang Siri NorAlam yang meminta bunuh pada Tuan Puteri SiRaksasa.

Tuan Puteri SiRaksasa(Hidayah)-(terkejut dan marah) “Heyy sapa kamuu anee suka-suka hati datang ke Panggau Gading Sembilan Ringkatku anee aa??.. kurang Asam!! Dasar tiada bersopan!! Apakah gerangan kamu semua menyamak di Istanaku anee??”

Awang Kamaruddin(Saad)- “maaftah!! Kami anee bukannya apa.. kan betanya saja.. ada kita tenampak Dangkusanak Dang Siti NorAlam??”

Tuan Puteri SiRaksasa(Hidayah)- “eyh~ mana ada!!”

NARATOR(Nazurah)- Tuan Puteri SiRaksasa tidak mengakui bahawasanya Dang Siti NorAlam ada menjumpainya dan meminta telan. Awang Kamaruddin lebih-lebih lagi tidak mempercayai akan kata-kata Tuan Puteri SiRaksasa kerana muka Tuan Puteri SiRaksasa serupa dengan muka Dang Siti NorAlam.

Awang Kamaruddin(Saad)-(Sinis) “HaHH!!! Akuu tidak percaya!! Masakan muka Dangankusanak buleh sama mcm mukamu?? Anehh jua tuu?? Bah cani saja.. mun tejumpa kadidia bagitauu saja kami.. akuu menghaga walau dimana pun jua”

Tuan Puteri SiRaksasa(Hidayah)- “awuu deyh~ memajal jua kediakauu anee~ sangal mulutku”

NARATOR(Nazurah)- Awang Kamaruddin menunjukkan riaksi berputus asa tetapi pada hakikatnya kedidia ingin membuat tipu helah untuk memperdaya Tyan Puteri SiRaksasa. Jadi..

Awang Kamaruddin(Saad)- “eyh~ satu lagii.. lupa tiaku nahh.. sekiranya kauu ada jumpa dangankusanak kedidia anee pelikk sikit..mun ada di Negeri Jawa basar tia badan c dayangku aee..

NARATOR(Nazurah)- belum sempat Awang Kamaruddin bercakap tiba-tiba Tuan Puteri SiRaksasa telah membesarkan dirinya dan membuat Awang Kamaruddin kembang bulu.

Awang Kamaruddin(Saad)- “tapi kalauu kedidia di Negeri Timur pandai tia mendamiti badanya menjadi kecil

Tuan Puteri SiRaksasa(Hidayah)- “adeyh~ banyak macam jua ko anee wang!! Macam apa usulmu aa..”

NARATOR(Nazurah)- Tuan Puteri SiRaksasa telah mendamiti badannya lalu Awang Kamaruddin mengambil kesempatan tersebut untuk membelah badan Tuan Puteri SiRaksasa semasa badannya menjadi kecil damiti dengan menggunakan Pedang Sulindayan menjadi dua pengal. Sepanggal daripada badanya dibuang ke Laut dan menjadi Naga berkepala tujuh dan sepenggal lagi dibuang ke hutan lalu menjelma menjadi Harimau Jantan yang Garang!!. Akhirnya, Awang Kamaruddin Berjaya menyelamatkan Dang Siti NorAlam dengan menjelmakan semula tompokkan putih pada bantal Tuan Puteri SiRaksasa dengan minyak Si Lompat Pagar dan Berjaya memujuk Dang Siti NorAlam pulang sengan ilmu kesaktiannya.

Awang Kamaruddin(Saad)- (senyum terkisum-kidum sambil membacakan ilmu pengasihnya)“Dayang maritah kitani mulih ke Negeri Timur. Mari sayang buah hati pengarang jantung.. intan payungg.. adikkku manisss”

Dang Siti NorAlam(Norizan)- (marah) “malasku ingauuuu!!! Ko siapa kan memujuk-mujukk akuu anee.. ko kawin jua udah.. akuu anee apa jua ganya.. hodoh beringus.. mihir..”

Awang Kamaruddin(Saad)- “saying buah hati, nda lagii ko atuu mihir, dimataku anee kauu tah tatap cantikk.. lawa..comell..(menyanyi) kau yang baik sopan santunmu paling comel dihatiku!!”

Page 6: Drama Hikayat Awang Kamaruddin

BABAK AKHIR

NARATOR(NAZURAH)-Dang Siti NorAlam berkahwin dengan Awang Kamaruddin di Panggau Penganggunan dalam istana bukit sinarubai. Mereka bertiga hidup bahagia. Tuan Puteri Bungsu Kumala Jawa bersama Awang Kamaruddin mendapat seorang anak lelaki yang dinamakan Awang Amir Shamshu. Manakala, Dang Siti Noralam dan Awang Kamaruddin tidak menperolehi anak.

Adiknya pula, iaitu Dang Kumala telah berkahwin dengan Raja Muda Indrea Bungsu dan mendapat seorang anak perempuan dinamakan Dang Dara Daun Lirik.

Akhirnya apabila Awang Kamaruddin dan Dang Kumala sudah tua mereka pun pergi bertapa. Awang Kamaruddin bertapa di Danau di Hulu Banjarmasin manakala adiknya, Dang Kumala bertapa di sepohon Pulayi Manang di Kuala Sungai Baram.

Page 7: Drama Hikayat Awang Kamaruddin

MAKTAB DULI PENGIRAN MUDA AL-MUHDATEE BILLAH

BAHASA MELAYU

AKTIVITI DRAMA

Tajuk

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Pensyarah

Faridah Binti Abdul Hamid

Pengarah

Nazurah Binti Hamdan BE 10

Ahli

Mohd Saaduddin bin Hj Awg Abib BE 10Muhd Faiz bin Shadun BE 19

Noor Hazimah Binti Hazah BE 9Norizan binti Mohd Ridzuan BE 8NurHidayah binti Ahmad BE 18

Mamai Guang BE 16NurJanatul Majidah Binti Haji Abdul Rahman BE 6

PENULIS SKRIP

NurHidayah binti Ahmad BE 18

Di Ubah Suai oleh:

NurJanatul Majidah Binti Haji Abdul Rahman BE 6