drama tiang.ppt

21
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Upload: yan0654548845

Post on 17-Dec-2015

264 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

  • Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anaknya iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan Shahrul meminta tolong Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kerana cuti sudah tamat.Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya ( Jumaat ) kerana terus ke laut untuk menangkap ikan. Namun anak-anaknya sering mengirimkan wang bulanan supaya tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jirannya kerana tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan berpakaian seksi dimarahi oleh Sabariah supaya menukar sebelum bertemu ibunya.Sikap mereka ditegur juga oleh Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah memulangkan kembali wang yang dikirim oleh anak-anaknya. Namun Sabariah memarahi ibunya kerana masih mengharapkan bapanya akan selamat. Dalam kekecohan, Wahid dan Senin mengambil kesempatan mencuri barangan mangsa tsunami. Pak Jumaat akhirnya dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja untuk menemani ibunya ke balai. Atas tolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat.Anak-anak Jimah yang lain memohon maaf kepada Sani. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu dan bersyukur mempunyai Man Bnegap walaupun hanya cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama ketika sunyi dan berduka. Pemikiran Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap bapanya serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

  • TEMAKesetiaan isteri dan kasih sayang dan anak-anak terhadap ketua keluarga serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak

  • PERSOALANPersoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagiPersoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluargaPersoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorangPersoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumatPersoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup

  • LATARLATAR MASASiang,tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosakPagi,semasa Man mencuci kereta Abang SabriSenja di rumah Jimah

  • LATAR TEMPATDi tepi pantai,Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah lautRumah Jimah semasa sabariah memarahi salmahAnak tangga rumah Jimah semasa sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknyaLondon.ipoh,kuala lumpur

  • LATAR MASYARAKATMasyarakat yang prihatinMasyarakat yang berpendidikanMasyarakat yang mementingkan kerjayaMasyarakat yang menhormati orang yang lebih tuaMasyarakat yang bekerja sebagai nelayan

  • WATAK UTAMAJimah.isteri kepada jumaat .ibu kandung kepada sabri,sabariah,salmah,dan shahrul.ibu angkat kepada sani.seorang yang setia dan penyayang.seorang yang berjimat cermatSeorang yang bertanggungjawab dan pemaaf

  • WATAK SAMPINGANSaniMerupakan anak angkat jimah dan dianggap sebagai anak bongsu kepada jimahBerumur 28 tahunSuami kepada wan maliniBertugas sebai doktor Anak yang taatSeorang yang bertanggungjawab

  • Sabri

    anak sulung Jimahpenyabar.Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka belum ditemui

  • sabariahGraduan ekonomi bekerja di London . Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan. Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

  • shahrul

    Anak ketigaSeorang akauntan di Kuala LumpurMementingkan kerjayanya dengan meminta untuk pulang setelah waktu cuti sudah habis.Berselisihan faham dengan Sani. Shahrul suka menyindir Sani.

  • salmahSeorang pereka fesyenSeorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang dengan memakai skirtLebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampong atas urusan pekerjaan.

  • Wan maliniIsteri SaniBanyak menolong Sani menjaga Jimah. Dia turut berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

  • GAYA BAHASABahasa Arab :Assalamualaikum,Insya-AllahBahasa Inggeris:businesswoman,managerSimile: Laut ibarat sebuah kilangPeribahasa: sudah naik angin, merendah diri

  • NILAINilai kasih sayang kepada suamiNilai kesetiaan seorang isteri kepada suamiNilai hormat menghormati orang yang lebih tuaNilai nasihat menasihatiNilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa

  • PENGAJARANKita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan memberikan pendidikan kepada anak-anakKita perlu bersyukur dengan apa yang kita milikiKita perlu berjimat cermat dalam berbelanjaKita mestilah menghormati orang tua

  • SOALAN PEMAHAMANBerapa lamakah Pak Jumaat hilang di laut?Mengapakah Pak Man tidak ke laut semasa hari kejadian tsunami?