dokumen pertandingan inovasi ipg lestari 2014 (1) (1) (1)

Upload: newrain

Post on 19-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pertandingan Inovasi IPG Lestari

TRANSCRIPT

  • 1

    PERTANDINGAN INOVASI IPG LESTARI 2014 1.0 PENDAHULUAN

    Pertandingan Inovasi IPG Lestari 2014 bertujuan untuk meningkatkan budaya inovasi dalam aktiviti kelestarian yang boleh menyumbangkan kebaikan kepada warga IPG dan komuniti setempat.

    2.0 OBJEKTIF:

    i. Melahirkan warga kampus/komuniti yang berfikiran kreatif dan inovatif

    dalam menghasilkan inovasi lestari. ii. Memperkenalkan sistem dan cara kerja baharu serta menjana

    kecemerlangan warga kampus/komuniti melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan lestari.

    iii. Memupuk kerjasama dalam kalangan warga kampus/komuniti serta

    mengeratkan perhubungan warga kampus dan komuniti. iv. Memperoleh warga kampus/komuniti menghasilkan satu inovasi

    (sosial/sistem/ produk) yang berkualiti dan meningkatkan amalan budaya hidup kelestarian.

    3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

    3.1 Syarat-syarat umum penyertaan pertandingan adalah seperti berikut: i. Penyertaan adalah dibuka kepada semua warga IPG Kampus.

    ii. Setiap IPG Kampus diwajibkan menghantar sekurang-

    kurangnya satu penyertaan dan tidak melebihi dua (2) penyertaan bagi mewakili setiap kategori.

    iii. Setiap penyertaan perlu berdasarkan mana-mana satu atau gabungan daripada sembilan (9) tema IPG Lestari iaitu :

    Pembuangan sampah

    Pengangkutan/mobiliti

    Perubahan Iklim

    Hidup Sihat

    Tenaga

    Kawasan Kampus

    Air

    Alam sekitar dan biodiversiti

    Local Agenda 21

  • 2

    iv. Setiap permohonan perlu disertakan dengan borang penyertaan

    yang boleh dimuat turun dari laman mikro IPG Lestari (Eco-IPG) di www.eco-institutes.wwf.org.my dan dilaman web IPGM KPM

    http://www.moe.gov.my/ipgm

    v. Tarikh tutup pertandingan adalah 23 Jun 2014 (sila rujuk pada tarikh-tarikh penting)

    vi. Kertas konsep Projek Inovasi perlu diemelkan kepada

    secretariat IPGM KPM:

    Cik Yusalina Yusof [email protected] Encik Muhammad Ibrahim [email protected]

    vii. Laporan pelaksanaan projek boleh ditulis dalam Bahasa Melayu

    atau Bahasa Inggeris.

    viii. Kos perbelanjaan penyertaan adalah dibawah tanggungan sendiri.

    ix. Penilaian oleh panel penilai pertandingan adalah berdasarkan kepada program/aktiviti/ ciptaan tahun semasa bermula Januari 2014 sehinggan Jun 2014. Penyediaan laporan pertandingan Inovasi IPG Lestari 2014 adalah dalam tempoh tersebut.

    3.2 Kategori

    i. Kategori Inovasi Sosial :

    Maksimum tujuh (7) orang peserta termasuk dua (2) orang pensyarah/staf. Minimum bilangan pelajar dalam setiap pasukan adalah tiga (3) orang.

    ii. Kategori Inovasi Sistem :

    Maksimum tiga (3) orang peserta termasuk seorang (1) pensyarah/staf.

    iii. Kategori Inovasi Produk :

    Maksimum tiga (3) orang peserta termasuk seorang (1) pensyarah/staf.

    3.3 Keaslian

    Penerangan mengenai keaslian ialah: i. Keaslian inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asal

  • 3

    ii. Adaptasi inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian idea sedia ada.

    iii. Inovasi atau mana-mana bahagian dalam inovasi juga mestilah

    tidak melanggar sebarang undang-undang atau hak, termasuk dan tidak terhad kepada hak privasi, hak harta intelek, hak cipta, hak moral, cap dagangan, atau nama perniagaan, atau mana-mana pihak ketiga.

    3.4 Konsep

    i. Inovasi mestilah berkisar tentang amalan lestari yang dilaksanakan

    di peringkat kampus/komuniti berdasarkan salah satu daripada 9 tema dan/atau 4 tunggak IPG Lestari.

    ii. Perincian konsep bagi setiap kategori:

    (a) Kategori Inovasi Sosial

    Inovasi sosial ialah sebarang konsep, idea, strategi yang dapat memenuhi dan meningkatkan keperluan sosial dalam semua bentuk (kesihatan, ekonomi, pendidikan, kualiti kehidupan) di samping penglibatan dan pengintegrasian terhadap amalan kelestarian.

    (b) Kategori inovasi sistem

    Inovasi sistem ialah proses yang berupaya menambahbaik atau membawa transformasi kepada amalan sedia ada.

    (c) Kategori inovasi produk

    Inovasi produk ialah alat atau bahan yang boleh menambahbaikkan amalan sedia ada.

    3.5 Tuntutan Hak Cipta

    i. Semua karya penyertaan adalah hak milik penganjur

    ii. Setiap karya mestilah tidak pernah diterbit dan dipaparkan di dalam semua bentuk media dan tidak pernah dipertandingkan dalam sebarang pertandingan yang diadakan di dalam atau di luar Malaysia.

  • 4

    iii. Peserta hendaklah memastikan keaslian karya adalah terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak cipta karya tersebut.

    iv. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggunakan karya penyertaan dan mendaftarkannya sebagai harta intelek penganjur.

    v. Pihak penganjur juga mempunyai hak untuk mengubah suai karya penyertaan.

    3.6 Pengadilan Penghakiman

    i. Setiap hasil inovasi akan dinilai berdasarkan keaslian ,

    konsep dan kreativiti oleh panel penilai yang dilantik oleh pihak penganjur mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

    ii. Kriteria penilaian bagi setiap kategori adalah seperti di Lampiran 2.

    iii. Panel penilai yang dilantik terdiri daripada pihak profesional

    luar dan keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

    4.0 JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN

    Bil Aktiviti Tarikh

    1

    Penghebahan maklumat pertandingan dan

    Pengedaran Garis Panduan Pertandingan Inovasi

    IPG Lestari Tahun 2014

    20 Jan

    2014

    2

    Penerimaan Borang Pengesahan Penyertaan

    bersama kertas konsep Pertandingan Inovasi IPG

    Lestari Tahun 2014 bagi semua kategori

    17 Mac

    2014

    3

    Penerimaan Laporan Inovasi bagi semua kategori

    oleh urusetia Pertandingan Inovasi IPG Lestari

    Tahun 2014

    23 Jun

    2014

  • 5

    4

    Konvensyen Pertandingan Inovasi IPG Lestari

    - Pembentangan Pertandingan Inovasi IPG Lestari Tahun 2014

    - Mesyuarat Panel Pertandingan Inovasi IPG Lestari Tahun 2014 bagi perakuan pemenang

    - Pameran Hasil Inovasi

    25 - 26

    Ogos 2014

    5.0 TATACARA PERMOHONAN

    Permohonan bagi semua kategori pertandingan yang disertai oleh IPGK hendaklah melalui Pengarah IPGK yang diselaraskan oleh Penyelaras IPG LESTARI. Semua penyertaan dari setiap organisasi yang dicalonkan di peringkat IPGK mesti menyediakan dokumen berikut :-

    i. Borang Penyertaan

    Borang Penyertaan ( Lampiran 1) yang telah diisi perlu diserahkan kepada Penyelaras IPG Lestari kampus masing-masing.

    ii. Laporan Projek Inovasi hendaklah disediakan dalam satu (3) salinan

    hard copy dan satu (1) salinan soft copy yang perlu dihantar kepada urus setia pertandingan dengan menggunakan Format Penulisan Laporan (Lampiran 3) dan mengisi Senarai Semak Permohonan Pertandingan (Lampiran 4). Permohonan perlu dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 23 Jun 2014 di alamat berikut.:-

    Urusetia Pertandingan Inovasi ECO IPG Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, EB 3, Blok 2200 Jalan Persiaran APEC, Cyber 6 63000 Cyberjaya, Selangor

    ( u:p En Muhammad bin Ibrahim/ Cik Yusalina binti Yusof)

  • 6

    Lampiran 1

    BORANG PENYERTAAN

    PERTANDINGAN INOVASI IPG LESTARI

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    1. Nama Ketua Kumpulan

    2 No Telefon Bimbit

    3 Alamat E-mel

    4 Nama Ahli Kumpulan

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    5. Bilangan Pensyarah Orang

    6. Bilangan Pelajar Orang

    7.

    Kategori Sosial Sistem Produk

    8. Tema

    9. Tajuk Projek

    10.

    Nama dan

    alamat IPG

    Nombor Siri (Untuk kegunaan urus setia):

    Untuk rekod Urusetia

    Tarikh Terima :.............................................

    Nama penerima:................................................................

  • 7

    Lampiran 2

    Kategori Kriteria Penilaian

    Sosial 1. Kiteria penilaian 1: kreativiti (keaslian/adaptasi) (20%) 2. Kriteria Penilaian 2: Signifikan (40%)

    Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi impak dalam memenuhi dan meningkatkan keperluan sosial dalam semua bentuk (kesihatan, ekonomi, pendidikan, kualiti kehidupan) warga kampus/komuniti.

    3. Kriteria Penilaian 3: Kecekapan (40%)

    Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri kecekapan iaitu yang dapat menyumbang kepada penjimatan masa, kecekapan/penjimatan kos, sumber tenaga dan peningkatan penglibatan dalam amalan kelestarian. (Semua bukti-bukti perlu disertakan)

    Sistem 1. Kriteria penilaian 1: kreativiti (keaslian/adaptasi) (20%) 2. Kriteria Penilaian 2 : Tahap Pelaksanaan (30%)

    Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat melepasi percubaan.

    3. Kriteria Penilaian 3 : Kebolehgunaan(20%)

    Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri kebolehgunaan dan terdapat bukti inovasi diguna pakai oleh agensi-agensi lain seperti berikut :

    i. Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan ii. Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut

    keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi. 4. Kriteria Penilaian 4 : Signifikan (30%)

    Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat

  • 8

    bukti yang nyata inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan proses yang berupaya menambahbaik atau membawa transformasi kepada amalan sedia ada. (Semua bukti-bukti perlu disertakan)

    Produk 1. Kriteria penilaian 1: Kreativiti (keaslian/adaptasi)(20%) 2. Kriteria Penilaian 2 : Tahap Pelaksanaan (20%)

    Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang dihasilkan sama ada telah berjaya dilaksanakan.

    3. Kriteria Penilaian 3 : Kebolehgunaan(30%) Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri kebolehgunaan dan terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai oleh agensi-agensi lain seperti berikut : i. Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan ii. Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut

    keperluan setempat.

    4. Kriteria Penilaian 4 : Kecekapan(30%)

    Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri kecekapan iaitu yang dapat menyumbang kepada :

    i. Penjimatan Masa ii. Kecekapan/Penjimatan kos iii. Peningkatan Produktiviti iv. Mesra pengguna (user-friendly).

    (Semua bukti-bukti perlu disertakan)

  • 9

    Lampiran 3

    FORMAT LAPORAN PERTANDINGAN INOVASI IPG LESTARI

    1.1 PENGENALAN 1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF

    1.2.1 Ringkasan bagi inovasi yang telah disediakan 1.3 LATAR BELAKANG KUMPULAN

    7.3.1 Profil ringkas kumpulan dan IPG yang diwakili 7.3.2 Carta organisasi kumpulan

    1.4 TUJUAN INOVASI

    1.4.1 Rasional 1.4.2 Objektif

    1.5 SASARAN

    1.5.1 Lokasi 1.5.2 Kumpulan sasaran

    1.6 HURAIAN BUTIRAN INOVASI YANG DIHASILKAN

    1.6.1 Pengenalan Mengenai Inovasi 1.6.2 Tarikh mula dilaksanakan 1.6.3 Huraian secara terperinci mengenai ciri-ciri inovasi 1.6.4 Lain-lain penerangan seperti:

    - butir-butir mengenai perubahan yang telah dicapai - bagaimana inovasi dilaksanakan - kos yang dilibatkan - bahan bukti yang menyokong pelaksanaan inovasi

    1.7 NILAI TAMBAH (ADDED-VALUE)

    1.7.1 Kecekapan/penjimatan kos dari inovasi yang telah dilaksanakan 1.7.2 Penjimatan sumber manusia 1.7.3 Penjimatan Masa 1.7.4 Pengurangan proses kerja/ pusingan kerja 1.7.5 Peningkatan kecekapan

    1.8 IMPAK INOVASI

    1.8.1 Peningkatan faedah kepada warga kampus/ komuniti 1.8.2 Peningkatan tahap kepuasan warga kampus/ komuniti

    1.9 PENGIKTIRAFAN

    1.9.1 Sijil / Surat penghargaan atau pengiktirafan daripada mana-mana pihak berkaitan

  • 10

    1.10 CIRI-CIRI KELEBIHAN INOVASI

    1.10.1 Penglibatan komuniti dan Agensi Luar 1.10.2 Lain-lain yang berkaitan

    1.11 RUMUSAN

    Ringkasan mengenai kelebihan ciri-ciri inovasi dan hujah-hujah mengapa inovasi berkenaan wajar dipertimbangkan untuk memenangi Pertandingan Inovasi IPG Lestari 2014.

  • 11

    Lampiran 4

    SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN PERTANDINGAN INOVASI IPG LESTARI 2014

    Saya dengan ini mengesahkan bahawa perkara-perkara tersebut telah dipatuhi di dalam mengemukan borang permohonan Pertandingan. (Sila tandakan bagi yang berkenaan) :-

    Menyertakan borang permohonan Pertandingan Inovasi IPG Lestari di Lampiran 1 yang telah ditandatangani oleh Pengarah/ Penyelaras;

    Menyertakan tiga salinan Laporan Inovasi IPG Lestari berdasarkan format di Lampiran 3 dalam bentuk hardcopy;

    Menyertakan salinan softcopy Laporan Inovasi IPG Lestari dalam bentuk PDF;

    _______________ ______________________ Tarikh (Tandatangan Penyelaras)

    Nama: Jawatan: Cap Jabatan: