slide lestari

Upload: siti-salbiah-misni

Post on 17-Jul-2015

171 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR: MASALAH DAN CABARAN YANG DIHADAPI DALAM USAHA MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN BERTERUSANKumpulan 5Nama ahliNURUL AIN BINTI JOYANEE NORFARINA BINTI NAZARUDDIN NUR HARTINI BINTI AHMAD

No. MatrikD20081033303 D20081033398 D20081033425

NURUL NOR ASHIKIN BINTI MAT JUNI SITI SALBIAH BINTI MISNI

D20081033468 D20081033489

PENGENALAN Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia secara rasmi telah diperkenalkan pada tahun 1996 dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) bermatlamat untuk membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi institusi pengajian tinggi seperti Maktab Perguruan, subjek Pendidikan Alam Sekitar mula dilaksanakan sejak tahun 1998 Namun, masih terdapat masalah dan cabaran yang dihadapi dalam usaha merealisasikan pembangunan berterusan melalui Pendidikan Alam Sekitar.

Masalah-masalah yang dihadapi Pendidikan alam sekitar tidak di spesifik kan - Tidak ada mata pelajaran khusus atau spesifik mengenai pendidikan alam sekitar terutama dalam kurikulum peringkat menengah. - Sebagai contoh, pendidikan alam sekitar biofizikal diletakkan dalam aliran sains, manakala aspek budaya dan sosial dikategorikan dalam aliran kemanusiaan.

Sistem pendidikan negara tidak menunjukkan galakan positif terhadap pendidikan alam sekitar. - Mata pelajaran geografi, hanya menjadi subjek teras sahaja ( wajib untuk tingkatan 1 hingga 3 sahaja) - Di tingkatan 4 dan 5, subjek ini menjadi subjek elektif dan tidak banyak sekolah yang memilih subjek ini sebagai mata pelajaran elektif yang ditawarkan.

Pendidikan alam sekitar tidak disepadukan dalam semua bidang kokurikulum. - Hanya badan beruniform sahaja yang paling banyak usaha penyepaduan pendidikan alam sekitar dilaksanakan. - Sukan dan permainan kurang melaksanakan penyepaduan ini, kerana lebih fokus kepada kemahiran dan teknik berkaitan aktiviti yang dijalankan.

Kegagalan Pelajar menghayati nilai-nilai alam sekitar - Kegagalan pelajar menghayati nilai-nilai alam sekitar disebabkan kesukaran menguasai konsep asas alam sekitar yang abstrak. - Menggunakan teknik penghafalan tetapi tidak memahami dan lebih menghayati konsep asas alam sekitar.

Kurangnya Penawaran Kursus Berkaitan Alam Sekitar di Peringkat Ijazah.

Abu Bakar Yang (2010), kepentingan pendidikan alam sekitar adalah untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan.

Di peringkat pendidikan tinggi, sebilangan kursus yang menawarkan mata pelajaran alam sekitar bukanlah mata pelajaran wajib dan kebanyakannya diajar di peringkat akhir kursus, contoh: - Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam & Struktur dan Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam & Sekitaran di UKM. - Penawaran kursus tidak secara menyeluruh.

- Tahun empat di mana 10 kursus wajib

ada memberi penekanan kepada alam sekitar dan pembangunan lestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Hasil pembelajaran berkaitan alam sekitar dan pembangunan lestari untuk tahun satu, dua & tiga hanya melibatkan 1-2 kursus.

Cabaran Merealisasikan Pendidikan Alam SekitarPenyertaan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

CABARAN

Sekolah dan IPT di Malaysia

Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia Pendidikan Alam Sekitar dijadikan kurikulum sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) & kolej. Pelajar & pendidik perlu memberikan komitmen untuk bertanggungjawab dalam melestarikan alam sekitar Koordinasi yang baik antara pendidik dan pelajar mampu memberikan hasil yang berkualiti terhadap alam sekitar

Guru yg komited sahaja dapat menyemai & memelihara nilai & membantu pelajar untuk menghidupkan nilai menghargai alam sekitar Kurikulum pendidikan negara hanya berfokus kepada aspek teoritikal & penggayaan ilmu yg hanya dihayati pd pemikiran & percakapan sahaja & tidak berterusan. Sikap sambil lewa pelajar & pendidik serta kurang memberikan sambutan terhadap program-program yang dianjurkan (gotongroyong, kitar semula)

Jabatan Alam Sekitar Mengukuhkan usaha dalam menghadapi cabaran dalam pemantauan & penguatkuasaan dalam kegiatan di bawah bidang kuasanya seperti pembalakan haram, penyeludupan hidupan liar dan pelepasan asap berlebihan Mempersiapkan strategi & pelan tindakan pengurusan alam sekitar & risiko bencana yg lebih efektif & efisien untuk menghadapi ketidaktentuan cuaca disebabkan kesan pemanasan global & pencemaran lain. Kos yang tinggi bagi peruntukan pembangunan untuk melestarikan alam sekitar walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak.

Penyertaan Badan bukan kerajaan (NGO) sokongan dan penyertaan badan bukan kerajaan (NGO) kurang menggalakkan haruslah mengadakan kempen secara berterusan dengan melibatkan semua lapisan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar sekolah sahaja memanfaatkan kemudahan teknologi yang sedia ada dengan mewujudkan laman sesawang

Mentaliti Masyarakat masih berada di tahap rendah beranggapan bahawa Pendidikan Alam Sekitar tidak penting pendekatan yang lebih berkesan harus dilakukan bagi memberi kesedaran kepada golongan masyarakat akan kepentingan Pendidikan Alam Sekitar

USAHA MEREALISASIKAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SECARA BERTERUSAN

SEKOLAH RENDAHSEKOLAH MENENGAH

TINDAKANBADAN KERAJAAN

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

PUSAT PENGAJIAN TINGGIKOMUNITI/ MASYARAKAT

NGO

MASYARAKAT -IBU BAPA -INDIVIDU

KELAB PENCINTA ALAM (KPA)

Kelab Pencinta Alam (KPA) telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos 1991 dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau Malaysia Nature Society (MNS). KPA berperanan dalam menjaga, memahami dan memastikan penglibatan pelajar sekolah terhadap aktiviti yang berkaitan dgn alam sekitar

Tumpuan aktiviti adalah ke atas projekprojek tempatan: Mengenal pasti masalah di persekitaran mereka. Mendapatkan maklumat yang perlu. Memikir dan membina tindakantindakan alternatif yang sesuai. Melaksanakan penyelesaian.

Program Kitar Semula yang dilaksanakan oleh Kelab Pencinta Alam (KPA) SMK. USJ 8 yang berjaya mengumpul sebanyak 784 kg bahan buangan.

JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) Jabatan Alam Sekitar adalah agensi utama yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan mencegah pencemaran alam sekitar dengan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling sejak diwartakan pada 1974. Jabatan Alam Sekitar telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti promosi kesedaran alam sekitar bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.

Antara program yang dirancang ialah Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar yang dilancarkan pada 27 Januari 2005. Aktiviti-aktiviti kesedaran yang dijalankan : Kem Kesedaran Alam Sekitar, Projek Wira Alam, Program Kitar Semula Pertandingan bertema alam sekitar Aspek-aspek ini akan diambil kira untuk penilaian bagi pemilihan penganugerahan Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar.

Kem Kesedaran Alam Sekitar

Aktiviti Merentas Hutan untuk melihat habitat tumbuhtumbuhan dalam Kem Kesedaran Alam Sekitar pelajarpelajar Sek. Men. Keb. Seafield, Sek. Men. Keb. Bandar Baru Sungai Buloh dan Sek. Men. Keb. Sri Garing, Rawang di Kem Lembah Genting, Batang Kali, Hulu Selangor

Kempen Melalui Penerbitan Majalah Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga melaksanakan kempen melalui penerbitan majalah iaitu Majalah Era Hijau untuk memberi kesedaran berkaitan alam sekitar kepada masyarakat. Majalah Era Hijau diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk Jabatan Alam sekitar setiap tiga bulan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga menerbitkan bahan pendidikan yang bertemakan alam sekitar seperti Perlindungan Udara, Air, Marin, dan Buangan Terjadual.

Majalah Era Hijau yang diterbitkan oleh UPM untuk Jabatan Alam Sekitar

KERAJAAN NEGERI Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada 6 Julai 2009 (Hari Sabtu) - dapat menjimatkan lebih 1 juta beg plastik dalam masa empat bulan. Program ini kemudian dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1 Jan 2010. Pada tahun 2011, Pulau Pinang mengorak langkah dengan memperkenal kempen 'Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma'.

KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menganjurkan kempen "Cintailah Sungai Kita" sejak tahun 1993. Matlamat kempen - mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai. Selain program pendidikan dan kesedaran yang berterusan, kempen ini melibatkan Program Pembersihan Sungai, Pengindahan Sungai, Pemulihan Pencemaran, Program Sungai Angkat dan Pendidikan yang mensasar individu, badan korporat dan sektor awam.

Program Sungai Angkat anjuran SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang di Sungai Chelak, Kampung Iboi, Baling, Kedah Darul Aman

JABATAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR (JPAS) Jabatan Perlindungan Alam Sekitar adalah sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1998 di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Memainkan peranan yang penting dalam memastikan supaya dimensi alam sekitar disepadukan sepenuhnya ke dalam perancangan, pelaksanaan dan kawalan aktivitiaktiviti pembangunan dan pengeksploitasian sumber-sumber asli.

JPAS ini juga menjalankan tanggungjawab penyelarasan dalam menangani pelbagai isu dan masalah alam sekitar di peringkat sektor menerusi pendekatan strategik yang bersepadu serta pengwujudakan kerjasama dan perkongsian pintar antara jabatan. JPAS juga memainkan peranan yang penting dalam menasihati Kerajaan Negeri menerusi Majlis Perlindungan Alam Sekitar mengenai tindakantindakan yang wajar untuk menangani isu-isu alam sekitar semasa yang kritikal serta tindakantindakan dan strategi untuk meningkatkan pengurusan alam sekitar di Sabah.

Program Pendidikan Alam Sekitar Pra Sekolah (JPAS)

Murid-murid Prasekolah SK Likas diberikan pendidikan berkaitan alam sekitar oleh Kakitangan JPAS bertujuan untuk melahirkan generasi akan datang yang menghargai alam sekitar

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif merangka satu program baru iaitu Rakan Alam Sekitar. Matlamat - meningkatkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat di setiap kawasan Parlimen dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta membantu membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan dan mencemarkan alam sekitar.

Pogram RAS melibatkan penduduk setempat termasuklah generasi muda dan dewasa, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pihak-pihak industri atau swasta tempatan. Ia juga merupakan satu program yang dijalankan mengikut kawasan Parlimen. Rakan Alam Sekitar adalah saluran yang tepat untuk meningkatkan keberkesanan aduan kerana dengan penglibatan masyarakat tindakan yang segera dapat diambil sewajarnya oleh agensi kerajaan yang berkenaan.

Pelajar SK Ledang dan komuniti setempat yang terlibat di dalam aktiviti pengumpulan dan kitar semula buangan elektrik dan elektronik (ewaste) sempena Program Rakan Alam Sekitar bagi Parlimen Ledang pada 10 Julai 2010.

PERSATUAN PENCINTA ALAM SEKITAR (MNS) Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau Malaysian Nature Society (MNS) merupakan sebuah badan dan persatuan alam sekitar yang dipercayai tertua di Malaysia, Asia dan salah satu tertua di dunia. Peranan: Bergiat aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar . Menguruskan pusat kajian alam sekitar seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNSBOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

MNS juga telah menerbitkan dua buah majalah berbahasa Inggeris untuk memberi pendidikan berkaitan alam sekitar kepada masyarakat melalui pembacaan.Malaysian Naturalist

Malayan Nature Journal

TABUNG ALAM MALAYSIA (WWF - MALAYSIA) Tabung Alam Malaysia atau The World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) telah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar antaranya kepentingan sungai, hutan dan udara yang segar. Peranan: Menyuarakan pendapat tentang kepentingan penggunaan alatan yang mesra alam misalnya peti sejuk bebas CFC dan pendingin udara bebas CFC. menyarankan pembangunan yang mesra alam seperti menanam pokok-pokok di atas bumbung bangunan dan ruang-ruang kosong.

Program Earth Hour yang dianjurkan oleh World Wildlife Fund Of Nature (WWF) merupakan sebuah program yang berkaitan dengan isu pemanasan global. Program ini merupakan simbolik menutup lampu selama sejam untuk menunjuk langkah kecil seperti menutup lampu sebagai usaha untuk menangani isu pemanasan global.

Warga kampus USM menutup lampu selama satu jam bagi menyokong kempen Earth Hour

SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada tahun 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh manusia.

Program Kesedaran Alam Sekitar Program ini disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tg. Malim. Program ini dikelolakan oleh JPS Daerah Manjung dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan pengisian ceramah yang berkaitan dengan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan sungai. Para peserta juga diberi penerangan tentang kaedah pemantauan kualiti air sungai secara biologi dan juga secara kimia.

IBU BAPA 7 langkah utama: menanam sikap membuang sampah di tempat yang betul. amalan mengasingkan sampah mengikut jenis seperti kertas, plastik botol kaca dan sisa makanan juga boleh dibudayakan daripada rumah. ibu bapa perlu mengadakan ruang di halaman rumah untuk menanam tanaman seperti pokok bunga, sayuran dan buah-buahan.

Aktiviti rekreasi alam sekitar juga perlu diperbanyakkan dan amalan membeli belah di pusat membeli belah perlu dikurangkan. menerapkan amalan penjimatan tenaga elektrik dan air dalam diri anak-anak di rumah. aktiviti mengemas rumah, mencuci kereta dan membersihkan halaman perlu dijadikan budaya di dalam sesebuah keluarga mendidik anak-anak cintai kebersihan. memberi pendedahan kepada anak-anak dengan maklumat mengenai isu alam sekitar yang berlaku.

INDIVIDU Menyokong badan-badan atau individu yang memperjuangkan isu alam sekitar. Menjadi ejen penyedar masyarakat menyebarkan mesej-mesej dan risalah mengenai isu alam sekitar kepada kawan-kawan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), mel elektronik (email), blog, rangkaian sosial seperti Friendster, Facebook, Yahoo! Messenger, Twitter dan lainlain. Memelihara alam sekitar dari rumah sendiri.

Kesimpulan Alam sekitar merupakan khazanah yang tidak ternilai Kerosakan alam sekitar pada masa ini, mendatangkan masalah & impak yang negatif terhadap manusia & hidupan lain Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar semakin meningkat, akan tetapi kesedaran tersebut masih belum mencapai peringkat realistik. Program transformasi kerajaan, akan terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, memperkayakan pengalaman serta bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam menyumbang kepada alam sekitar yang terpelihara di samping pembangunan terancang.

C I N T A I L A H A L A M S E K I T A R