strategi pembangunan lestari

34
Strategi Pembangunan Lestari - Mengurangkan Kadar Hakisan di Zon Pinggir Pantai. Pembangunan lestari adalah satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan keadaan asal (sustainable development) sesuatu sumber di sesebuah kawasan agar dapat dinikmati secara berterusan oleh generasi kini dan akan datang. Justeru itu adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan secara saintifik dan sistematik mestilah dilaksanakan di zon pinggir pantai khususnya dalam konteks mengawal kadar hakisan yang semakin giat berlaku. Strategi pembangunan bagi mengurangkan kadar hakisan ini boleh dilakukan melalui tiga langkah penting. Pertama, langkah perundangan, ke dua amalan pengurusan yang cekap dan ke tiga kempen kesedaran. Langkah perundangan melibatkan perlaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan. Dalam konteks ini pemusnahan hutan bakau boleh dicegah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ada misalnya

Upload: habel-lee

Post on 28-Jun-2015

3.267 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

Strategi Pembangunan Lestari - Mengurangkan Kadar Hakisan di Zon Pinggir Pantai. 

Pembangunan lestari adalah satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan keadaan asal (sustainable development) sesuatu sumber di sesebuah kawasan agar dapat dinikmati secara berterusan oleh generasi kini dan akan datang. Justeru itu adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan secara saintifik dan sistematik mestilah dilaksanakan di zon pinggir pantai khususnya dalam konteks mengawal kadar hakisan yang semakin giat berlaku. Strategi pembangunan bagi mengurangkan kadar hakisan ini boleh dilakukan melalui tiga langkah penting. 

Pertama, langkah perundangan, ke dua amalan pengurusan yang cekap dan ke tiga kempen kesedaran. Langkah perundangan melibatkan perlaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan. Dalam konteks ini pemusnahan hutan bakau boleh dicegah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ada misalnya Akta Perhutanan Negara 1984. Kawasan hutan bakau digazetkan sebagai hutan simpan kekal dan saiz hutan simpan ini mesti diperluaskan bagi setiap negeri di Malaysia. Peristiharan hutan bakau sebagai kawasan hutan simpan perlindungan, yang kini lebih dikenali sebagai “wetland sanctuary” seperti taman negara Endau – Rompin akan mengelakkannya dari sebarang bentuk pencerobohan.

Page 2: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

Dengan melindungi hutan bakau maka secara langsung kadar hakisan pantai boleh dikawal secara semulajadi. Selain daripada hutan bakau, tumbuhan hutan pantai yang lain seperti pokok rhu, pokok nipah, pokok jaras, pokok gelam juga perlu dilindungi oleh undang-undang kerana pokok-pokok tersebut juga amat berfungsi mengekang hakisan angin. Amalan pengurusan sumber yang cekap juga boleh membantu mengelakkan kadar hakisan pantai. Misalnya dalam konteks penebangan hutan bakau. Bagi kawasan hutan bakau yang dibenarkan sebagai “kawasan usaha - hasilan” mestilah diuruskan secara sistem tebangan memilih dan diharamkan sama sekali sistem tebang - bersih. Pokok-pokok yang benar-benar matang sahaja yang dibenarkan di tebang dan mengikut kadar pusingan tebangan antara 25 hingga 30 tahun sekali. Ini memberikan peluang kepada proses tumbesaran secukupnya kepada pokok-pokok yang lebih muda. Tunggul dan sisa penebangan pula akan dibiarkan reput dalam kawasan hutan tersebut bagi menggalakkan pertumbuhan anak benih yang baru berlaku, dan jika dalam tempoh dua tahun didapati tidak berlaku pertumbuhan benih maka program penanaman semula pokok bakau mestilah dijalankan segera dengan menanam pokok bakau yang bernilai tinggi dari spesis Rhizophora Apiculata agar sistem paya bakau dapat terus berfungsi seperti keadaan asal khususnya dalam konteks mengawal hakisan pantai. Pada amnya kaedah kawalan hakisan pantai boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu melalui kaedah

Page 3: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

penyuburan pantai dan juga kaedah kawalan struktur. Kaedah penyuburan pantai melibatkan usaha-uasha penanaman tumbuh-tumbuhan seperti pokok rhu dan rumput di atas pantai atau bukit pasir (diun) agar wujud satu lapisan perlindungan daripada agen–agen hakisan. Pokok rhu amat sesuai ditanam bukan sahaja untuk mengekang hakisan angin tetapi juga sebagai mencantikkan lagi kawasan pantai manakala system akar rumput pula boleh mengikat dan mengukuhkan butiran pasir ditepi pantai. Kaedah ini boleh dikelaskan sebagai kawalan biologi. 

Manakala kaedah kawalan struktur pula melibatkan aspek kejuruteraan pantai. Antaranya seperti pembinaan benteng konkrit, aspalt, batu, pancang kayu, guni pasir termasuklah “Groin dan Gabion”. Groin ialah struktur yang pendek diperbuat daripada konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke laut bersudut tepat dengan garis pantai bertujuan untuk memerangkap enapan pasir yang di bawa oleh ombak dan juga arus pesisir pantai. Manakala Gabion ialah sangkar dawai logam berbentuk empat segi bujur yang diisi dengan batu kerikil dan diletakkan di zon ombak pecah. Dengan itu tenaga ombak tidak seratus peratus menghempas pantai sebaliknya akan ditahan dan diserap oleh gabion berkenaan sebelum tiba ke pantai. Selain daripada penggunaan sangkar dawai dan kerikil, gabion juga boleh diperbuat daripada tayar-tayar buruk yang diikat antara satu sama lain dan direntangkan di zon ombak pecah. Fungsinya sama, iaitu untuk menahan dan menyerap

Page 4: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

tenaga hempasan ombak agar tidak terus tiba ke pantai. Penggunaan tayar-tayar buruk boleh bertindak sebagai tukun-tukun tiruan yang kelak menjadi tempat pembiakan/habitat ikan. Bagi kawasan yang agak serius kadar hakisannya maka pembinaan benteng konkrit atau ketulan-ketulan batu yang besar boleh diletakkan di tepi-tepi pantai berkenaan bagi mengurangkan kesan hempasan ombak ke atas pantai. Sebagai contoh sekitar hotel Primula di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu dan di pantai pelabuhan Kuantan di Pahang. Langkah kawalan pantai yang berkesan seharusnya dilengkapi dengan aspek kesedaran terhadap semua lapisan masyarakat. Zon pinggir pantai tidak seharusnya dinilai daripada aspek ekonomi semata-mata. Nilai-nilai biologi dan estetikanya mestilah dijaga. Justeru setiap projek pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah diadunkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Pengusaha harus menyedari pemeliharaan dan pemuliharaan merupakan satu kos yang mesti dibayar. Justeru itu kajian EIA (Environment Impact Assesment) mestilah dilakukan dan dipatuhi sepenuhnya sebelum semasa dan selepas projek dilaksanakan. Masyarakat umum mesti sentiasa disedarkan melalui kempen,program usaha sama/gotong royong, pendidikan alam sekitar khususnya menerusi media massa dan pendidikan formal di sekolah. 

Page 5: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

PEMBANGUNAN EKONOMI - KEGIATAN PERHUTANAN DAN PEMBALAKAN 1.0. JENIS-JENIS HUTAN DAN TABURANNYA 

1.1. HUTAN HUJAN TROPIKA 

i. terdapat di kawsan khatul istiwa- juga dikenali sebagai hutan hujan ii. sentiasa berkeadaan malar hijau sepanjang tahun iii. profil hutannya kanopi berlapis-lapis boleh dibahagikan kepada empat- atas, (50-40m), kedua (25-40), tengah (15-25m), bawah 9semak samun, dan pokok rehek. iv. Faunanaya terdiri daripada pelbagai hadupan liar- kelwalar, burung, keluang tupai, harimau musang, badak dll 

1.2. HUTAN MONSUN TROPIKA i. terletak di garislintang 10°U-30°U dan 10°S-30°S ii. meluruhkan daun pada musim kemarau iii. pokok tumbuh seragam/sejenis iv. kanopi juga berlapis-lapis v. hutan daun buluh vi. profil tiga lapis iaitu lapisan atas (20-30m),kedua (5-20m), bawah (paku pakis, palma rumput)vii. faunanya terdiridaripada gajah,harimau musang, beruang dll 

1.3. PADANG RUMPUT HAWA SEDERHANA i. terletak 3°u-45°u dan 30°s-45°s 

Page 6: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

ii. tumbuhan berkayu jarang tumbuh di lembah sungai iii. dua jenis padang rumput- padang rumput yang pendek dan padang rumput yang panjang iv. padang rumput utama ialah steppe, prairie dan pampas v. hidupan liar terdiri daripada kuda, kambing, marmot, tupai, hamster dll vi. dipengaruhi oleh empat musim- ,usim panas dan musim bunga-menghijau dan pada musim luruh/gugur-kekuningan 

1.4. HUTAN KONIFER i. terletak di 40°u-60°u ii. bersifat monospesesies – satu atau dua jenis spesies sahaja iii. bersifat malar hijau, berkayu lembut, kuit tebal, batang lurs, saiz besar dan tinggi iv. mencapai ketinggian 40m v. profil hutan selapis sahaja ketinggian seragam dan jarang ditumbuhi pokok di bawah vi. hidupan liar seperti karibu, musk, serigala, chipmink dll 

2.0. SUMBANGAN/KEPENTINGAN SUMBER PERHUTANAN 

2.1. JENIS-JENIS HASIL HUTAN 

Page 7: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

i. Sumber kayu balak- meranti, cengal, jati, merbau ii. Sumber rotan/buluh iii. Sumber perubatan/ minyak wangi- akat kayu, daun bunga iv. Sumber makanan- buah, daun contoh salak, petai kelubi dll v. Tempat rekreasi/hutan lipur vi. Daging binatang- rusa, pelanduk dll 

2.2. SUMBANGAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI 

i. sumber hasil perkayuan kepada sesbuah negara- sumber kayu umtuk dalam negara atau luar negara ii. pembangunan sektor pelancongan-eko pelancongan-hutan simpan, hutan lipur, air terjun dll iii. membantu memajukan industri yang berasaskan kayu-perabot, pembinaan, pengangkutan iv. mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor- kilang pemprosesan kayu, kilang perabot, pemandu lori dll 

2.3. KEPENTINGAN KEPADA PERSEKITARAN FIZIKAL 

i. habitat kepada pelbagai hidupan liar ii. menghalang hakisan tanah iii. mengawal keseimbangan kitar hidrologi iv. mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro 

Page 8: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

v. mengekalkan kelempaban udara vi. menyederhanakan suhu sekitar 

3.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERHUTANAN DI MALAYSIA i. malaysia kaya dengan pelbagai jenis pokok kayu keras- meranti, cengal dll ii. permintaan yang tinggi terhadap kayu keras tropika – dari jepun iii. rangkaian jalan raya dan jalan keretapi yang baik untuk mrngangkut hasil kayu balak ke pelabuhan iv. langkah penghutanan semula kerajaan menjamin bekalan kayu balak berterusan v. teknologi pembalakan yang moden seperti menggunakan mesin gergaji, jentera penarik, helikopter 

4.0. FAKTOR-FAKTOR PENYAHUTANAN DI MALAYSIA i. kebakaran huatan secara semula jadi pada musim kemarau ii. bencana alam- gempa bumi, letusan gunung berapi iii. pembinaan empangan hidro elektrik iv. pembalakan yang tak terkawal v. akktiviti pertanian pindah vi. pembukaan tanah baru untuk pertanian ladang oleh kerajaan vii. pembinaan infratstruktur dan pembangunan banadar 

Page 9: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

5.0. KESAN-KESAN PENYAHHUTANAN 

i. kepupusan pelbagai spesies flora dan fauna ii. memusnahkan habitat semila jadi haiwan-haiwan iii. memusnahkan edaran nutrien dalam eko sistem hutan-rantaian dan nurien tanah akan hilang kerana air larian permukaan iv. mengubah cuaca dunia- peningkatan suhu v. kesan ke atas geomormologi- proses hakisan, luluhawa, gerakan jisim vi. kitaran hidrogi tidak stabil-mengurangkan jumlah hujan,mengurangkan kadar susupan paras air dalam tanah –menjejaskan bekalan air kepada sungai vii. kekurangan sumber makanan kepada manusia khususnya masyarakat orang asli viii. kegiatan eknomi terjejas- industri prabot, kayu, kraftangan kerana kekurangan sumber kayu ix. rantaian makanan terjejas- kekurangan humus- tanah tidak subur-menjejaskan aktiviti pertanian x. bekalan oksigen kepada manusia terjejas-meningkatkan kandungan gas karbon dioksida alam udara- kesan rumah hijau-kepanansan xi. bekalan air kepada penduduk terjejas-simpanan air bawah tanah berkurang-empangan terjejas 

6.0. LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HUTAN/MEWUJUDKAN PERHUTANAN LESTARI 

A. MAKSUD PEMELIHARAAN : usaha-usaha menjaga,

Page 10: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

memelihara, melindungi sumber-sumber alam supaya kewujudannya berterusan seperti hutan simpan kekal B. MAKSUD PEMULIHARAAN: usaha-usaha melastarikan bekalan, mewujudkan sumber-sumber melalui pemeliharaan, baik pulih sumber-sumber yang telah digunakan supaya tidak pupus contoh penghutanan semula C. MAKSUD PERHUTANAN LESTARI: sistem perhutanan yang berteusan yang mengandungi amalan-amalan yang boleh menghaslkan sumber-sumber hutan berkualiti tinggi , mengawal pengeluaran sumber hutan untuk jangka panjang untuk generasi akan datang 

6.1. LANGKAH PERUNDANGAN i. dasar perhutanan negara 1978- mewujudkan hutan simpan dan taman negara ii. akta perhutanan negara 1984- larangan yang berkaitan dalam kawasan hutan simpan kekal-memasuki, menebang, memotong, mencari , mengambil ,membersih, menceroboh dll iii. denda dan penjara sehingga rm50000 atau dua tahun penjara kepoada sesiapa yang ingkar iv. akta perlindungan hidupan liar 1976- mamstikan sepesies hidupan liar tidak pupus 

6.2. LANGKAH PENGURUSAN 

Page 11: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

i. sistem penebangan terpilih- sistem sebaya malaya(MUS), sistem pengurusan tebngan memilih (SMS)-kaedah penebangan sistematik dan berjadual ii. kaedah sivilkultur- pemulihan hutan melalui ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan iii. penghutanan semula kawsan hutan yang tlah ditebang iv. penyelidikan dan pembangunan- frim, upm menjalankan penyelidikan menjamin program perladangan hutan 

6.3. KEMPEN/PENDIDIKAN ALAM SEKITAR i. pendidikan alam sekitar peringkat rendah, menengah, maktab dan universiti dalam kurikulum formal contoh dalam mata peljaran geografi ii. kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar seperti cintai hutan kita oleh kerajaan atau NGO contoh sahabat alam malaysia iii. kempen menanam semula pokok , pameran, ceramah pada hari perhutanan sedunia

INDUSTRI ASAS TANI 

Pengenalan 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi

Page 12: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

penekanan kepada pembangunan Industri Asas Tani bagi menambahkan pendapatan masyarakat pertanian melalui pembangunan aktiviti-aktiviti nilai tambah kepada hasilan pertanian. 

Teras Dasar RMK-9 

Bagi merealisasikan pembangunan Industri Asas Tani tersebut, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan telah menggariskan lima (5) Teras Dasar seperti berikut: 

•Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar; •Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk; •Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global; •Meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan; dan •Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan. 

Objektif Dan Strategi 

Objektif-objektif utama yang telah ditetapkan dalam pembangunan Industri Asas Tani adalah seperti berikut: 

•Membangun dan mengembangkan aktiviti pemprosesan dan kepelbagaian produk; •Memperkukuhkan kualiti produk bagi menembusi

Page 13: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

pasaran dan rangkaian global; dan •Meningkatkan pendapatan usahawan, petani, penternak dan nelayan. 

Bagi mencapai objektif-objektif ini, tujuh (7) strategi utama telah digariskan iaitu: 

•Latihan Pembangunan Usahawan dan Teknikal (Modal Insan); •Peningkatan Infrastruktur dan Peralatan; •Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan Produk; •Mendapatkan Persijilan dan Jaminan Kualiti; •Penjenamaan; •Mengadakan Pembiayaan yang Mencukupi; dan •Mengembangkan Ruang Pemasaran dan Promosi. Pengklasan Produk-Produk Industri Asas Tani Produk-produk yang dikenalpasti mempunyai potensi pasaran dan mampu dikeluarkan oleh Usahawan Industri Asas Tani adalah seperti berikut: 

Produk Berasaskan Tanaman 

•Snek: cip ubi kayu, pisang, nangka, nanas •Sejuk beku: karipap, pau, martabak •Minuman: soya, teh, chrysanthemum •Jus buah-buahan tropika •Produk herba: tongkat ali, misai kucing •Sediaan gula: gula tebu, enau, madu lebah •Mee/ Mihun •Sos: cili, nanas, tomato 

Page 14: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

•Sup: Cendawan •Jeruk •Produk kelapa 

Produk beras Produk Berasaskan Ikan 

•Fish paste •Shrimp paste •Lain-lain sediaan ikan •Emulsified product •Preserve and fermented •Fish fillet •Snek •Makanan dalam tin •Agar-agar •Rumpai laut Produk Berasaskan Ternakan 

•Pemprosesan dan pengawetan daging dan produk daging 

◦Produk emulsi (naget, burger, bebola daging/ayam dan sosej) ◦Produk ditinkan ( kari ayam dan daging ◦Sate, serunding dan kebab •Produk-produk tenusu ◦Ais krim, yogurt, keju, mentega dan susu cair •Produk sos termasuk ekstrak perisa seperti ◦Monosodium glutamate ◦Kiub ayam dan sup ayam 

Page 15: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

•Produk-produk lain 

◦Sarang burung, kaya dan produk telur 

Pencapaian Bagi Tahun 2005 - 2007 

Secara umumnya, Program-program pembangunan Usahawan Industri Asas Tani yang dijalankan oleh Kementerian ini diadakan melalui dua (2) program utama iaitu: 

•Program Pembangunan usahawan Industri Asas Tani Jabatan/Agensi; dan •Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan. Program pembangunan Usahawan Industri Asas Tani telah dilancarkan pada Ogos 2006 dan telah menetapkan seramai 10,000 usahawan baru dan naik taraf akan dilahirkan menjelang tahun 2010. Usahawan naik taraf bermakna pendapatan mereka melebihi RM2,000 sebulan. Di antara 2005 - 2007 seramai 12,562 usahawan telah dibangunkan iaitu 6,060 usahawa melalui program-program di peringkat Jabatan/Agensi dan 6,502 usahawan Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan.

Page 16: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK 

Latarbelakang 

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. 

Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan ddikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun. 

Rasional 

Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 22,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta. 

Page 17: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 jjuta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan. Ini akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan. 

Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan kkependudukan sebanyak 2.5%* bagi jangkamasa 1981- 1985. 

Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi 15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2% daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan bagi jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:- 

Jangkamasa Kadar Pertumbuhan ---------- ----------------- 

Page 18: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

1957 - 1960 2.8% 1960 - 1870 2.6% 1970 - 1980 2.3% 1980 - 1985 2.5% 

Perbandingan antara jangkamasa di atas menunjukkan bbahawa kadar pertumbuhan sekarang ini adalah lebih tinggi sedikit dari kadar pertumbuhan bagi 11970 - 1980. 

Ini adalah disebabkan oleh kadar kesuburan yang llebih tinggi dalam tahun lima puluhan dan enam puluhan dan bertambahnya jumlah wanita-wanita muda yang mencapai umur perkahwinan. Walaubagaimana pun berdasarkan kepada arahaliran pertumbuhan penduduk sekarang, adalah dijangkakan bahawa kependudukan Malaysia akan mencapai jumlah kesetabilan dalam linkungan 39 juta orang dalam tahun 2150. 

Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Development Report) yang diterbitkan oleh Bank Dunia dalam bulan Julai 1983, penduduk Malaysia akan dijangka menjadi 33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini dibuat berdasarkan kepada kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0% setahun (1980-2000) atas andaian kadar kesuburan yang berkurangan secara sederhana. Laporan ini selanjutnya menunjukkan penduduk Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta dalam tahun 1990 dan mencapai jumlah 21 juta dalam tahun 2000. 

Page 19: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari dengan matlamat penduduk 70 juta sekarang yang dijangka dicapai dalam tahun 2100. Ini bermakna kependudukan iaitu kadar kesuburan dan kadar kasar kelahiran perlu dipertingkatkan dengan sewajarnya. 

Perlu dijelaskan bahawa kajian kependudukan memerlukan pengetahuan mengenai arahaliran perkembangan masa lepas dan masa kini. Ketetapan unjuran besar bergantong kepada kefahaman yang mendalam terhadap fakta-fakta dinamik kependudukan pada pada keseluruhannya, terutama mengenai pola-pola kesuburan, kematian dan kekeluargaan. 

Strategi Pelaksanaan 

Untuk mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta, beberapa alternatif telah dikaji seperti yang berikut:- 

i. Sekiranya JKK*(jumlah kadar kesuburan) sekarang iaitu sebanyak 4 dibiarkan turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1 mata setiap 5 tahun sehingga ia sampai ke paras penggantian, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2100 (iaitu dalam tempuh 115 tahun) dan penduduk akan stabil pada atau dalam lingkungan 73 juta. 

ii. Sekiranya JKK sekarang iaitu sebanyak 4 dapat dikekalkan, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan

Page 20: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

tahun 2045 (iaitu 70 tahun). 

iii. Sekiranya JKK sekarang diturunkan kepada 3 dan seterusnya dikekalkan kepada paras tersebut, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan 2085 (iaitu dalam 100 tahun). 

iv. Sekiranya JKK dinaikkan kepada 5 dan terus dikekalkan pada paras ini, maka matlamat penduduk akan dicapai dalam dalam lingkungan tahun 2031 (dalam 50 tahun). 

v. Tempoh yang paling cepat sekali matlamat ini akan dicapai ialah dalam tahun 2010, (atau dalam 30 tahun) jika sekiranya JKK ditingkatkan kepada 10 dan seterusnya dikekalkan pada paras sekarang. 

vi. Sekiranya JKK dibiarkan meningkat kepada 5.2 dalam tahun 2000 dari 4.0 (1980) dan kemudiannya dibiarkan menurun ke paras penggantian maka matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2070 dan akan stabil pada 79 juta. 

vii. Tempoh masa yang paling lama untuk mencapai 70 juta ialah dengan membiarkan aliran sekarang menurun dan meningkat secara pusingan sehingga mencapai paras penggantian. Matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2125 iaitu dalam 135-140 tahun dan penduduk akan stabil pada 73 juta. 

Page 21: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

Salah satu daripada masalah utama, dalam membuat unjuran berasaskan kepada andaian JKK yang malar ialah, sungguhpun jumlah penduduk secara teorinya boleh mencapai 70 juta, pertumbuhan kependudukan tidak akan berhenti pada jumlah tersebut tetapi akan terus bertambah. Jadi langkah-langkah yang wajar dan perlu diberi pertimbangan adalah alternatif yang pertama iaitu memperlambatkan JKK sekarang supaya penggantian penduduk di paras kesuburan boleh dilewatkan selama kira-kira 40 tahun daripada tahun 2030 kepada tahun 2070. Dengan cara ini, saiz kependudukan yang muktamat bagi Malaysia dijangka akan mencapai jumlah kira-kira 73 juta dalam tahun 2150, di mana 70 juta kependudukan akan tercapai dalam lingkungan tahun 2100. 

Alternatif ini juga akan mempastikan kadar pertumbuhan kependudukan tahunan adalah rendah daripada kadar pertumbuhan keluaran negara supaya usaha-usaha pembangunan tidak terjejas oleh pertumbuhan kependudukan. 

Jangkamasa untuk mencapai matlamat ini adalah mencukupi untuk memberi masa kepada pembangunan sosial dan ekonomi dari segi kepadatan penduduk, taburan penduduk, sumber keluaran dan alam melebihi 70 juta. 

Jumlah 70 juta ini dianggap optima selepas mengambilkira faktor-faktor dinamik kependudukan

Page 22: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

berasaskan saiz tanah dan sumber-sumber yang ada. 

Pencapaian Dasar Sehingga 1990 

Berasaskan kepada data-data semasa, jumlah kadar kesuburan telah menurun daripada 3.8 bagi setiap wanita dalam tahun 1981 kepada 3.6 dalam tahun 1990. Laluan pertumbuhan penduduk ini adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1. Pertumbuhan penduduk negara pula mencatitkan penambahan daripada 13.8 juta dalam tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada keseluruhannya, tren ini adalah selaras dengan matlamat Dasar ini. Walaubagaimanapun, penurunan kadar kesuburan ini adalah berbeza di antara kumpulan-kumpulan ethnik negara ini. Jumlah kadar kesuburan Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi matlamat, iaitu 4.3, berbanding dengan jumlah kadar kesuburan Cina dan India yang kini menghampiri paras penggantian. 

RAJAH 1 

Laluan Pertumbuhan Penduduk ke Arah 

Pencapaian Matlamat 70 Juta Penduduk 

-------------------------------------------- 

Tahun Jumlah Kadar Pertumbuhan Kesuburan Penduduk (Juta) 

Page 23: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

1990 3.6 17.6 2000 3.5 22.3 2010 3.3 27.7 2020 3.1 33.6 2030 2.9 39.8 2040 2.7 46.0 2050 2.5 51.9 2060 2.3 57.5 2070 2.05 62.1 2080 2.05 65.8 2090 2.05 68.7 2100 2.05 70.8 

Dari segi penyelarasan perlaksanaan Dasar ini pula, pada keseluruhannya faktor-faktor kependudukan mengikut matlamat Dasar ini telah dapat diambilkira dan diintegrasikan di peringkat perancangan sektor-sektor pembangunan. Ini dihasilkan menerusi kerjasama yang rapi dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. 

Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah menyatukan strategi-strategi dan objektif-objektifnya dengan Dasar Kependudukan Negara dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatannya. Bagi tempoh 1984-1989, Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan kesihatan untuk penduduk negara yang telah bertambah. 

Pencapaian ini dapat ditinjau melalui kadar kematian

Page 24: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

kasar yang telah menurun daripada 12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6 dalam tahun 1989. Kadar kematian bayi pula telah menurun daripada 75.5 setiap 1,000 kelahiran kepada 13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara kadar kematian ibu bersalin mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap kelahiran dalam tahun 1988, berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970. Akibat daripada penurunan kadar kematian ini, jangka hayat penduduk negara telah meningkat daripada 55.8 tahun (1957) kepada 68.8 tahun (1989) bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita. 

Bagi sektor pendidikan pula, faktor-faktor kependudukan telah digunakan sejak tahun 1984 bagi menganggarkan bilangan murid-murid yang akan memasuki Darjah 1, bilangan bilik darjah dan guru, bilangan yang akan menamatkan persekolahan dan menyertai pasaran buruh serta taburan keciciran mengikut jantina dan umur. Selain daripada itu, aspek-aspek kependudukan juga telah diperkenalkan di dalam kurikulum-kurikulum persekolahan menerusi mata-mata pelajaran seperti Alam dan Manusia, Kemahiran Hidup, Ilmu Alam dan Statistiks. 

Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang-bidang kependudukan dan kekeluargaan, LPPKN juga telah menghasilkan beberapa usaha kajian dan penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini menyediakan sumber rujukan dan input yang penting kepada perancangan, pengawasan dan penilaian

Page 25: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

pencapaian perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara. 

Di bawah program Pembangunan Keluarga pula, pencapaian yang diperolehi sehingga kini adalah pada keseluruhannya memuaskan. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah perkhidmatan perancang keluarga yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan keluarga melalui amalan penjarakan kelahiran yang lebih baik. Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), seramai 380,621 penerima baru perancang keluarga telah didaftarkan. Ini merupakan penambahan sebanyak 19.3% berbanding dengan pencapaian di bawah Rancangan Malaysia Keempat (1991-1995). 

Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus satu program kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan. 

Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentigan peranan institusi keluarga, LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kaunseling keluarga yang merangkumi perkara-perkara seperti perkahwinan, penjagaan anak dan keibubapaan. Pada

Page 26: STRATEGI PEMBANGUNAN LESTARI

awal bulan Mac, 1990, Lembaga ini dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat telah melancarkan Kempen Keluarga Bahagia di peringkat seluruh negara. Kemuncak kempen ini yang telah mendapat sambutan baik di kalangan orang ramai ialah pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan pada 11 November, 1990. Perayaan ini yang akan diadakan setiap tahun pada tarikh berkenaan merupakan satu pengiktirafan rasmi oleh pihak Kerajaan mengenai pentingnya institusi keluarga di dalam proses pembangunan negara. Pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan juga meletakkan Malaysia di antara negara yang pertama yang menetapkan satu hari yang khusus untuk merayakan institusi keluarga. 

Pihak LPPKN kini sedang berusaha untuk memantapkan lagi perlaksanaan program Pembangunan Keluarga di masa-masa akan datang. Dalam hubungan ini keutamaan ditumpukan kepada usaha menyelaraskan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang dijalankan oleh pelbagai agensi ke arah pencapaian matlamat pengekalan dan pengukuhan institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat.