document(10)

6
BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN SPM 2004 Soalan 4 (a) Nyatakan lima ciri wang yang baik [5 markah] Contoh jawapan: (a) Ciri-ciri wang ialah (i) Diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran (ii) Penawaran terhad untuk menjamin kestabilan nilai. (iii) Tahan lama tidak mudah rosak. (iv) Mudah dibawa iaitu wang adalah ringan dan bersaiz kecil dan mudah dibawa dari satu tempat ke tempat lain. (v) Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil untuk memudahkan urus niaga seperti 10 sen dan 5 sen. (vi) Kestabilan nilai, iaitu nilainya tidak mudah berubah dalam jangka pendek atau panjang. SPM 2005 Soalan 4 (b) Gambar 3 menunjukkan iklan komputer daripada Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.

Upload: guna

Post on 11-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

Page 1: Document(10)

BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

SPM 2004

Soalan 4

(a) Nyatakan lima ciri wang yang baik [5 markah]

Contoh jawapan:(a) Ciri-ciri wang ialah

(i) Diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran(ii) Penawaran terhad untuk menjamin kestabilan nilai.(iii) Tahan lama tidak mudah rosak.(iv) Mudah dibawa iaitu wang adalah ringan dan bersaiz kecil dan mudah dibawa

dari satu tempat ke tempat lain.(v) Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil untuk memudahkan urus

niaga seperti 10 sen dan 5 sen.(vi) Kestabilan nilai, iaitu nilainya tidak mudah berubah dalam jangka pendek

atau panjang.

SPM 2005

Soalan 4

(b) Gambar 3 menunjukkan iklan komputer daripada Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.

Page 2: Document(10)

Terangkan fungsi wang dalam iklan itu. [4 markah]

Contoh jawapan:(b) Fungsi wang dalam iklan:

(i) Sebagai unit ukuran nilai, iaitu harga tunai komputer ialah RM2 800. Harga itu dinyatakan dalam bentuk Ringgit Malaysia dan sen.

(ii) Sebagai alat bayaran tertunda yang membolehkan bayaran komputer dilakukan secara ansuran, iaitu RM25 seminggu.

(c) Gambar 4 adalah perbualan antara seorang anak dengan bapanya.

Terangkan cara bank pusat mengawal keadaan ekonomi seperti yang dinyatakan dalam perbualan itu. [12 markah]

Contoh jawapan:(c) Cara bank pusat mengawal inflasi ialah

(i) Menaikkan kadar rizab tunai, kemampuan bank memberi pinjaman berkurang, jumlah pinjaman berkurang, kuasa beli berkurang, permintaan berkurang, inflasi diatasi.

(ii) Menaikkan kadar rizab berkanun, kemampuan bank memberi pinjamanberkurang, jumlah pinjaman berkurang, kuasa beli berkurang, permintaan berkurang, inflasi diatasi.

Page 3: Document(10)

(iii) Menaikkan kadar faedah pinjaman, kos pinjaman meningkat, jumlah pinjaman berkurang, kuasa beli berkurang, permintaan berkurang, inflasi diatasi

(iv) Menjual surat jaminan kerajaan, penawaran wang dalam pasaran berkurang, kuasa beli berkurang, permintaan berkurang, inflasi diatasi

(v) Mengetatkan syarat sewa beli seperti memendekkan tempoh bayar balik,pinjaman sewa beli berkurang, kuasa beli berkurang, permintaan berkurang, inflasi dapat diatasi

SPM 2006

Soalan 3

(b) Maklumat berikut merujuk kepada situasi ekonomi sebuah negara.

Huraikan empat cara bank pusat mengawal situasi ekonomi negara tersebut. [12 markah]

Contoh jawapan:(b) Empat cara bank pusat mengawal kemelesetan ekonomi ialah (i) Menurunkan kadar rizab tunai Kemampuan bank untuk memberi pinjaman meningkat, jumlah pinjaman

meningkat, kuasa beli meningkat, permintaan meningkat, kemelesetan diatasi. (ii) Menurunkan kadar rizab berkanun Kemampuan bank untuk memberi pinjaman kepada masyarakat meningkat, jumlah pinjaman akan meningkat, kuasa beli meningkat, permintaan barang dan perkhidmatan akan meningkat, kemelesetan dapat diatasi (iii) Membeli surat jaminan kerajaan Penawaran wang dalam pasaran bertambah, kuasa beli pengguna akan meningkat, permintaan barang dan perkhidmatan akan meningkat, kemelesetan

dapat diatasi. (iv) Melonggarkan syarat sewa beli Langkah ini meningkatkan kemampuan masyarakat untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli barang dan perkhidmatan. Kesannya permintaan untuk barang dan perkhidmatan akan meningkat. Penawaran wang dalam pasaran bertambah. (v) Menurunkan kadar faedah

Kos pinjaman berkurang, jumlah pinjaman bertambah, kuasa beli meningkat, permintaan meningkat, kemelesetan dapat diatasi

(c) Jelaskan kemudahan overdraf yang disediakan oleh bank perdagangan. [4 markah]

Contoh jawapan:Kemudahan overdraf ialah

1. Diberikan kepada pemegang akaun semasa sahaja. 2. Membolehkan seseorang pelanggan bank mengeluarkan wang melebihi

jumlah deposit yang ada dalam akaun semasa si bank berkenaan. 3. Overdraf dikenakan faedah ke atas jumlah wang yang telah dikeluarkan

mengikut bilangan hari wang tersebut digunakan.4. Boleh mengeluarkan wang dengan menggunakan cek atau kad juruwang.

Stok barangan berlebihanKadar pengangguran meningkat

Page 4: Document(10)

Soalan 4

(a) Huraikan tiga jenis simpanan yang disediakan oleh bank perdagangan. [9 markah]

Contoh jawapan:(a) Tiga jenis simpanan yang disediakan oleh bank perdagangan ialah (i) Deposit tabungan / Akaun simpanan wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. pemegang akaun menerima Buku Akaun Simpanan. kadar faedah diberi lebih rendah daripada pemegang akaun simpanan tetap. (ii) Deposit semasa / Akaun semasa pelanggan diberikan buku cek. pelanggan boleh membuat pembayaran menggunakan cek. tiada faedah diberikan sebaliknya pelanggan dikenakan caj perkhidmatan. pelanggan boleh memohon kemudahan overdraf. (iii) Deposit tetap / Akaun simpanan tetap

simpanan dalam suatu tempoh tertentu seperti 3, 6, 9, 12, 15 bulan. kadar faedah diberi mengikut tempoh matang. kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan.

SPM 2007

Soalan 4

(b) Terangkan dua sumbangan institusi kewangan bukan bank kepada pembangunan ekonomi negara. [4 markah]

Contoh jawapan:Sumbangannya ialah1. Menggalakkan pelaburan dengan melaksanakan projek pelaburan contohnya hartanah2. Menggembleng tabungan untuk dipinjamkan bagi mengurangkan pergantungan kepada sumber kewangan luar negara3. Meningkatkan guna tenaga dengan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan4. Mengurangkan pinjaman luar negara, dengan ini dapat mengurangkan aliran keluarwang5. Membantu menstabilkan ekonomi dengan membeli surat jaminan kerajaan semasa infalasi atau menjualnya semasa kemelesetan ekonomi

Page 5: Document(10)

SPM 2008

Soalan 4

(a) Huraikan tiga jenis wang yang terdapat dalam ekonomi. [9 markah]

Contoh jawapan:Tiga jenis wang:1. Wang kertas Dikeluarkan oleh Bank Negara Wang sah Wang tanda Sandarannya emas2. Wang syiling Dikeluarkan oleh Bank Negara Wang sah Wang tanda Dibuat daripada logam3. Deposit semasa Boleh menggunakan cek Dikeluarkan oleh bank perdagangan Bukan wang sah

(b) Gambar 4 dan gambar 5 berkaitan dengan urus niaga barang.

Gambar 4 Gambar 5

(i) Jelaskan apakah sistem urus niaga dalam Gambar 4 dan Gambar 5? [2 markah]

Contoh jawapan:Gambar 4 – Sistem WangGambar 5 – Sistem Barter

Page 6: Document(10)

(ii) Jelaskan tiga kebaikan urus niaga dalam Gambar 4 berbanding Gambar 5. (3 markah)

Contoh jawapan:Tiga kebaikan:1. Alat pengukur nilaiWang dapat menilai harga sesuatu barang contoh sebuah beg berharga RM 502. Alat bayaran tertundaNilai wang lebih stabil dan tahan lama3. Alat perantaraan pertukaranWang diterima umum sebagai alat pertukaran4. Alat simpanan nilaiNilai wang stabil dan tahan lama

(c) Bank Pusat telah menurunkan kadar rizab tunai dan rizab berkanun.(i) Jelaskan maksud rizab tunai dan rizab berkanun. (2 markah)

Contoh jawapan:Rizab tunai ialah simpanan tunai bank perdagangan yang disimpan di bank perdagangan/diambil dari deposit pelanggan

Rizab berkanun ialah simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat yang diambil dari deposit pelanggan/dalam bentuk surat jaminan kerajaan(ii) Jelaskan tiga kesan perubahan kadar rizab tersebut kepada bank perdagangan.

(3 markah)

Contoh jawapan:Tiga kesan:1. Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman bertambah2. Jumlah pinjaman bertambah3. Keuntungan bank bertambah

(d) Jelaskan dua persamaan dan dua perbezaan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). (6 markah)

Contoh jawapan:Dua persamaan:1. BSN dan KWSP menggalakkan tabungan2. BSN dan KWSP memberi pulangan/ganjaran 3. BSN dan KWSP adalah sumber pinjaman dalam negeri4. BSN dan KWSP melaksanakan projek pelaburan

Dua perbezaan:1. BSN menerima deposit/simpanan daripada orang ramai tetapi KWSP daripada golongan pekerja sahaja.2. Pulangan BSN ialah faedah tetapi pulangan KWSP ialah dividen3. BSN memberi pinjaman kepada orang ramai tetapi KWSP kepada pencarum sahaja.4. Penyimpan wang di BSN boleh keluarkan wang bila-bila masa tetapi di KWSP dengan syarat tertentu