bil 10/2011 edisi oktober tahniah103.8.163.254/document/upload/ahymsjfmsf7nrcfvs3np… ·  ·...

16
Bil 10/2011 Edisi OKTOBER

Upload: phamhanh

Post on 19-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Bil 10/2011 Edisi OKTOBERTahniahWarga Lembaga Pertubuhan Peladang ingin merakamkan

setinggi-tinggi TAHNIAH kepada

EN. KAMALRUL BADRI BIN MAT ALI

di atas pelantikan sebagai

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)berkuatkuasa pada 4 Oktober 2011

Page 2: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Perkhidmatan Kejenteraan Ladang Oleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)

Aspirasi negara dilihamkan dalam wawasan 2020

antaranya ialah untuk mencapai taraf sebuah negara maju. Untuk itu, kemajuan sains dan teknologi amat dititikberatkan. Dasar Sains dan Teknologi (S&T) negara telah menekankan penggunaan jentera untuk digunakan dalam sektor pertanian. Institusi penyelidikan seperti RRIM,PORIM, MARDI dan Universiti Putra Malaysia telah mengakui kepentingan sumbangan jentera terhadap pertumbuhan akitiviti pertanian.

Kini, sektor pertanian di Malaysia telah berubah kearah pemodenan dan pengkomersialan untuk mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan produktiviti buruh dan tanah. Kemampanan industri pertanian di Malaysia sangat bergantung kepada kebolehan untuk mengoptimakan penggunaan sumber dan infra struktur pertanian yang sedia ada melalui aplikasi mekanisasi dan automasi ladang. Penggunaan jentera akan dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. Sebagai contohnya negara luar seperti Amerika Syarikat dan Jepun telah

Oleh : Mohd. Shahabudin bin Ismail, Bahagian Kejuruteraan, Ibu Pejabat.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Page 3: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

membuat polisi mengenai jentera dan teknologi pertanian bagi mengatasi masalah tenaga buruh dan telah dapat meningkatkan produktiviti pertanian mereka.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan kejenteraan ladang LPP di wujudkan selaras dengan usaha kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian melalui penggunaan jentera agar dapat menyumbang kepada peningkatan keluasan dan produktiviti ke atas tanah yang di usahakan. Pada peringkat awal , dasar kejenteraan LPP adalah melalui pembekalan jentera pertanian khususnya kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi menyediakan perkhidmatan kepada peladang.

Walaubagaimanapun, perlaksanaan program ini telah di susun semula mengikut keperluan. Perkhidmatan kejenteraan ladang disediakan kepada para petani melalui Pusat Kejenteraan Ladang (PKL) yang di tubuhkan pada tahun 1980. Lanjutan daripada itu Pusat Mekanisasi Peladang (PMP) telah ditubuhkan pada tahun 1982 dengan pinjaman dari Asia Development Bank (ADB) untuk membeli jentera baru dan membina bangunan PMP.

Semua jentera-jentera dibawah PKL kemudiannya diserah untuk diuruskan oleh PMP.

PMP menyediakan perkhidmatan secara sewaan atau upah bagi setiap perkhidmatan yang dibekalkan seperti membajak,menuai padi, pembaikan dan penyelenggaraan jentera serta pengangkutan hasil pertanian. Bagi menyediakan perkhidmatan kejenteraan ladang ini, maka LPP telah menubuhkan 17 buah PKL di seluruh Malaysia. Selaras dengan perubahan dasar kementerian, maka pihak LPP telah memutuskan untuk menyerahkan PMP kepada setiap negeri. Ia akan diuruskan oleh oleh PP. Penyerahan pengurusan PMP yang di kendalikan oleh LPP kepada PPN telah dilaksanakan pada bulan januari 1996. Oleh itu operasi dan pengurusan pusat ini di kendalikan sepenuhnya oleh PPN dan dikenali sebagai PPN Jentera.

Ini berketepatan dengan matlamat LPP iaitu memenuhi 40% keperluan perkhidmatan kejenteraan ladang khususnya di kawasan luar jelapang padi. Aktiviti-aktiviti utama yang terdapat di PPN Jentera seperti Membajak, menuai padi, pembaikan dan penyelenggaraan jentera serta mengangkut hasil-hasil pertanian.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Page 4: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Berikut adalah senarai PPN Jentera yang terdapat di seluruh Malaysia seperti di bawah :

BIL NEGERI PPN JENTERA AKTIVITI UTAMA

1 PERLIS Perlis Membajak,Menuai dan Pembaikan jentera pertanian.

2

KEDAH

Asun Menuai dan Pembaikan jentera pertanian.

Pendang Menuai dan Pembaikan jentera pertanian.

3 PULAU PINANG Pulau Pinang Membajak,Menuai,Mengangkut danBengkel

4

PERAK

Perak Utara Membajak,Menuai,Mengangkut dan Pembaikan jentera pertanian.

Perak Tengah Membajak dan Pembaikan jentera pertanian.

Hilir Perak Membajak dan Pembaikan jentera pertanian.

5 SELANGOR Selangor Membajak,Menuai,Mengangkut dan Pembaikan jentera pertanian.

6 N.SEMBILAN Kuala Pilah Membajak,Menuai,Mengangkut dan Pembaikan jentera pertanian.

7 MELAKA Ayer Keroh Membajak,Mengangkut,Bengkel

8 PAHANG Pekan/Rompin Membajak,Menuai,Mengangkut dan Pembaikan jentera pertanian.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Page 5: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

BIL NEGERI PPN JENTERA AKTIVITI UTAMA

9

TERENGGANU

K.Terengganu Membajak,Menuai dan Pembaikan jentera pertanian.

Besut Membajak,Menuai,Mengangkut dan Pembaikan jentera pertanian.

10 KELANTAN Kota Bharu Membajak,Menuai dan Pembaikan jentera pertanian.

11 JOHOR Pagoh Membajak dan Pembaikan jentera pertanian.

12

SABAH

Papar Membajak,Menuai dan Pembaikan jentera pertanian.

Kota Belut Membajak,Menuai dan Pembaikan jentera pertanian.

Objektif utama kejenteraan ladang adalah memberi perkhidmatan yang kompetitif dan berkesan di dalam kawasan operasi. Walaubagaimanapun PPN turut memberi perkhidmatan di luar kawasan pengendalian yang memerlukan perkhidmatan apabila permintaan kawasan lain berkurangan. Langkah ini bertujuan untuk mencapai operasi optimum jentera. Sehingga kini, PPN jentera telah mempunyai sebanyak 737 buah traktor dan 220 buah jentuai di seluruh negara.

PPN Jentera bertindak sebagai penimbal harga sewa jentera. Kadar sewa jentera milik PPN menjadi lebih murah berbanding dengan pihak swasta. Oleh yang demikian pemilik-pemilik

jentera swasta tidak boleh menaikkan kadar sewa jentera mengikut sewenang-wenangnya. Kadar upah perkhidmatan yang dikenakan oleh PPN Jentera sejak tahun 1996 hanya meningkat secara minimum iaitu di antara 4.3% hingga 9.2% , malah sebahagian PPN Jentera masih mengekalkan kadar upah pembajakan dan penuaian pada kadar harga yang lama. Terdapat perbezaan kadar upah PPN Jentera dan swasta iaitu antara RM5 hingga RM20 mengikut negeri masing-masing. Oleh itu, ia dapat menjimatkan kos operasi para petani.

PPN Jentera juga dapat mengenalpasti kesesuaian jentera dan peralatan. Pemilihan jentera dan peralatan perlu sesuai dengan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Page 6: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

keadaan sawah. Selain daripada itu PPN Jentera juga menjadi peneroka kawasan terbiar dan bermasalah bagi kerja-kerja penyediaan tanah atau menuai padi. Pihak swasta tidak berminat kerana kos jentera begitu tinggi ke kawasan bermasalah tersebut.Sehingga kini kebanyakan perkhidmatan kejenteraan ladang adalah melalui projek-projek berkelompok PPK. Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan supaya ianya dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik.

Selain daripada itu juga, PPN Jentera banyak membuka peluang perkerjaan kepada penduduk setempat. Kebanyakan jawatan di PPN Jentera seperti operator jentera, mekanik, apparantis, penyelia ladang, pemandu, kerani dan sebagainya adalah terdiri daripada para belia. Dianggarkan kini hampir 500 orang pekerja bernaung di bawah PPN dalam bahagian mekanisasi.

Secara keseluruhannya penggunaan jentera dalam bidang pertanian amat penting. Sebagai contoh dalam industri padi jentera digunakan bagi aktiviti pembajakan, penuaian dan pengairan. Penggunaan jentera dalam aktiviti penyelenggaraan tanaman (membaja dan meracun) dan menabur terus adalah sederhana. Manakala tahap penggunaan jentera dalam aktiviti perataan tanah,menabur kapur dan memotong jerami adalah rendah. Sebilangan PPN Jentera telah menyediakan keperluan

teknologi tersebut, diantaranya menabur kapur menggunakan ‘lime sowel’, pembajakan akhir menggunakan ‘paddy harrow’ bagi meratakan sawah untuk taburan benih dan pemotongan jerami bagi memudahkan kerja-kerja penyediakan tanah untuk mengelakkan pembakaran terbuka. Sebagai kesimpulannya, perkhidmatan kejenteraan ladang merupakan salah satu cabang penting dalam bidang pertanian. Untuk mencapai taraf perindustrian dan pertambahan penduduk, perkhidmatan kejenteraan akan dapat membantu oleh itu, penjimatkan masa serta kos dalam meningkatkan hasil pertanian. Sehubungan itu perkhidmatan kejenteraan yang cekap, berkesan, menyeluruh dan pada kadar upah yang berpatutan adalah penting bagi menjamin aktiviti pengeluaran tanaman berjalan dengan lancar bagi petani-petani kecil yang tidak mampu membeli dan memiliki jentera dan peralatan berkaitan.

Pertambahan populasi negara menyebabkan keperluan terhadap pertanian semakin meningkat. Negara tidak lagi boleh bergantung harap pada bekalan export semata-mata. Justeru, bidang kejenteraan perlu dipertingkatkan untuk membantu memindahkan pengeluaran hasil disamping mentransformasikan sektor pertanian negara.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Page 7: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Berbeza dengan kewangan konvesional, kewangan Islam ditadbir oleh hukum-hukum syariah yang melarang urusniaga yang berasaskan riba ’ (Faedah). Urusniaga kewangan islam juga perlu berlandaskan aktiviti perdagangan dan perniagaan sebenar yang menjana pulangan yang halal dan berpatutan

Dasar pembiayaan secara islam yang berkonsepkan Bai-Inah telah diluluskan oleh Lembaga pada 20 Disember 2010 bagi menggantikan dasar yang sedia ada. Ianya merupakan sumber dana bagi membiayai projek-projek pembangunan PP dalam bentuk pembiayaan bagi projek PP.

OBJEKTIF PEMBIAYAAN

Menyediakan kemudahan pembiayaan bagi projek dan aktiviti ekonomi PP yang berdaya maju tetapi tidak layak mendapat kemudahan pinjaman bank.

Dasar pembiayaan secara islam “bai al

-inah ’’ kumpulanwang pembiayaan pertubuhan peladang merupakan pembiayaan Islam berdasarkan kepada prinsip-prinsip syariah yang jelas dalam memenuhi keperluan kewangan Pertubuhan Peladang yang berurusan dengan lembaga Pertubhan Peladang secara adil, saksama, amanah dan jujur di samping memastikan pengagihan yang saksama.

K3P Memenuhi Keperluan Kewangan Islam

• Menyediakankemudahanpembiayaan yang mudah.

• Kaedah permodalan semula secaraberterusan bagi membolehkan usaha – usaha penerusan projek melalui pembiayaan daripada LPP kepada PP.

• Pembiayaan sementara (bridgingfinance) untuk membantu PPmembayar pendahuluan operasi perniagaan dan juga sebagai corporate financekepadaPPyangmenjalankanperkhidmatan sosio – ekonomi.

TUJUAN PEMBIAYAAN

Membiayai projek dan aktiviti seperti dibawah seksyen 6 (1) (a) ingá (m), Akta 109, Akta PP 1973 (tertakluk kepada keutamaan dalam Rancangan Malaysia).Mempercepatkan usaha memajukan kegiatan PP bagi menjadikan PP sebagai institusi perniagaan dan pusat ekonomi diluar bandar.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Page 8: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

KEBAIKAN PEMBIAYAAN SECARA ISLAM BAI AL-INAH KUMPULAN WANG PEMBIAYAAN PP

• Perlaksanaanmengikuthukumsyariah.

• Keuntungantidakmelibatkanfaedah.

• Memenuhirukunjualbeliyangsah.

• Melaluisighah(IjabdanQabul)

• Mematuhisekysen6(1)(a)sehingga(m)Akta109–aktivitidan projek.

• MematuhipolisidanproseduryangditetapkanolehLPP

• Kadarkeuntunganyangmunasabah

• Mudahdilaksanakan

• Tiadacagaran

TEMPOH PEMBIAYAAN

Bayaran balik pembiayaan bergantung kepada jenis projek atau aktiviti yang dipohon. Tempoh minima pinjaman ialah 6 bulan dan maksima 60 bulan (5 tahun).

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

Page 9: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

DASAR PEMBIAYAAN SECARA ISLAM

Dasar pembiayaan secara Islam seperti objektif, skop, had pembiayaan, kuasa meluluskan pembiayaan, tempoh pembiayaan, ahli Jawatankuasa dan lain –lain dibawah dasar Pembiayaan K3P asal masih terus dikekalkan kecuali beberapa perkara yang dibuat penambahbaikan seperti berikut :

• Bayaran wang proses diturunkan kepada RM50/setiap permohonan.

• Kadar keuntungan ditetapkan serendah 2 % hingga 4 % setahun.

• HadmaksimumpembiayaanditetapkanpadaRM5juta.

IBRA’ (REBAT) ATAS PEMBIAYAAN

Jawatankuasa K3P Ibu Pejabat berasaskan budibicara boleh menimbang rebat tidak kurang daripada 1 % ke atas baki pembiayaan kepada PP yang membayar balik pembiayaan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Page 10: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

DOKUMEN PERMOHONAN

Setiap permohonan perlu disertakan dokumen-dokumen berkaitan yang ditetapkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang sperti berikut:

• Borangperihalprojek

• CabutanMinitMesyuaratPembiayaanLPPNegeri

• Salinanresitbayaranproses

• CabutanMinitMesyuaratAgung/AJP

• Kertas Kerja (Prestasi lepas projek,Aliran tunai projek & Penyata kewangan terkini)

• SuratkelulusanHadKuasaPinjamanLuar

PENUTUP

Melalui pembiayaan kewangan secara islam “Bai Al-Inah” ini , akan dapat membantu Pertubuhan Peladang dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan kegiatan ekonomi serta dapat meningkatkan pembangunan Pertubuhan Peladang dalam Sektor Pertanian. Adalah menjadi harapan LPP untuk meningkatkan kemudahan bagi memudahkan PP menjalankan aktiviti pertanian.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Page 11: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Ibu Tunggal UsahawanLaksa TerengganuPerniagaan dalam Islam adalah

satu bidang kerja yang penting dan dimuliakan. Perkataan Usahawan mula diperkenalkan pada tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru.

Dari aspek keusahawanan Islam, status kerja tidak menjadi ukuran, selama mana usaha yang dilakukan adalah halal. Setiap perniagaan yang dijalankan mempunyai matlamat agar perniagaan ini terus maju dan berdaya saing serta dapat mengubah masa depan. Adalah menjadi harapan para usahawan untuk mengorak langkah dengan lebih bergaya bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah setimpal dengan titik peluh yang dikeluarkan. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan dalam membangunan perniagaan.

Di Dungun Terengganu, seorang ibu tunggal telah mengusahakan projek Pemprosesan laksa. Berbekalkan semangat dan minat yang mendalam, beliau mengambil keputusan untuk membuka perniagaan pemprosesan. Perusahaan Memproses Laksa Terengganu ini diusahakan oleh Puan Latifah binti Ismail yang menetap di kampung Padang Jambu, Dungun. Beliau telah mengusahakan projek ini sejak tahun 2008, bersama suaminya AllahyarhamTuanHajiMohd.AminbinHajiAhmadmerupakanseorang pesara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang pernah berkhidmat di LPP Negeri Terengganu. Jika dahulunya

beliau mengusahakan projek pemprosesan laksa ini bersama suaminya, kini beliau mengusahakan projek ini dengan dibantu oleh 2 orang anaknya.

PPK Dungun yang melantik seorang anggota LPP di PPK iaitu Encik Mazlan bin Muda selaku Pengurus Projek Usahawan telah memberi peluang kepada Puan Latifah untuk membesarkan perniagaannya. Memandangkan Puan Latifah adalah seorang ahli PPK yang aktif, pihak pengurusan bersetuju untuk membantu beliau. Puan Latifah merupakan salah seorang usahawan peladang wanita yang gigih, melalui bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Dungun. LPP telah meluluskan pinjaman berjumlah RM 20,000.00 pada tahun 2008 untuk beliau membesarkan perusahaan pemprosesan laksa di bawah Skim Pembangunan Usahawan Peladang (PUP). Pinjaman ini beliau gunakan untuk penyediaan infrastruktur iaitu bangunan dan sebahagian dari mesin memproses laksa.

Laksa keluaran Puan Latifah ini mempunyai kualiti dan mutu yang tinggi kerana beliau meggunakan beras bermutu yang diimport dari Vietnam, dimana laksa yang dihasilkan bewarna putih bersih dan tidak mudah patah, ia adalah berkualiti dan mempunyai rasa yang enak. Permintaan terhadap laksa keluarannya adalah tinggi. Pelanggan adalah terdiri daripada pengusaha restoran dan Pasar Besar Dungun disamping sentiasa mendapat tempahan dari individu. Hasil kerja yang bermututinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkan imej sesorang usahawan. Beliau lebih selesa untuk menolak tempahan sekiranya kualiti bahan yang dikehendaki adalah tidak menepati kehendak.

Oleh : PPK Dungun

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Page 12: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Sehingga kini, beliau telah memiliki mesin yang mempunyai keupayaan untuk memproses 300 – 400 kilogram laksa sehari. Akan tetapi disebabkan tenaga kerja dan modal yang tidak mencukupi beliau hanya mampu untuk memproses 60 kilogram sehari bergantung pada permintaan. Pendapatan yang beliau perolehi boleh mencecah sehingga RM 2,000.00 sebulan. Adalah menjadi adat perniagaan, untung rugi tidak menentu. Menjadi kebiasaan, tempahan beliau akan meningkat pada musim cuti dan perayaan. Pada musim sebegini beliau akan bersedia untuk menambah kapasiti pengeluaran supaya tidak mengecewakan pelanggan. Tempahan bahan mentah akan dilakukan dengan lebih awal sebagai persediaan untuk menerima tempahan.

Puan Latifah seorang yang tidak lokek ilmunya. Sebagai seorang yang prihatin dan berfikiran positif, Beliau bolehberkongsi resepi kepada sesiapa yang bertanya seperti contoh ‘bagaimana memproses laksa’. Atas sikap sebeginilah yang membolehkan beliau tidak putus dengan rezeki. Laksa beras Terengganu merupakan sejenis makanan yang popular di Negeri Terengganu yang diperbuat menggunakan beras bermutu. Biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah iaitu kuah merah dan kuah putih. Kuah putih bisanya dibuat dengan menggunakan santan yang dimasak sekejap sahaja, dan dicampurkan dengan lada hitam,bawang dan isi ikan. Manakala kuah merah pulah disediakan dengan rempah yang menghasilkan warna kuning. Kelazatan laksa Terengganu memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Tidak sah sekiranya melancong ke Terengganu jika tidak mencuba makanan popular ini. Keenakan rasanya amat mengamit selera.

Sungguhpun demikian, pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Puan Latifah. Kenaikan harga barangan mentah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan beliau semakin risau denga harga jualan. Beliau perlu menjaga kualti

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Page 13: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

pengeluaran laksa yang dibuat untuk meyakinkan pelanggan. Ibu tunggal yang sentiasa berdikari ini perlu meneruskan hasil titik peluh yang beliau usahakan bersama arwah suaminya tidak terkubur. Sebagai usahawan, beliau tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dan sanggup bangunan semula walaupun pernah mengalami kegagalan.

Beliau sentiasa bersedia untuk belajar, tekun berusaha dan tidak pernah mengalah. Dari aspek pemasaran, beliau dibantu oleh PPK Dungun untuk mempromosikan produknya, Selain itu beliau memasarkan sendiri ke restoran-restoran berhampiran. Semua aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan kenderaan sendiri. Beliau perlu memastikan bekalan yang dihantar ke kedai-kedai adalah mencukupi. Sifat seperti ini akan membantu

Puan Latifah meluaskan pasaran produknya disamping dapat menjimatkan tenaga buruh. Generasi kini mungkin kurang lagi berminat meneruskan aktiviti sebegini, mereka lebih selesa untuk berhujrah ke luar bandar mencari rezeki. Akan tetapi bagi puan Latifah, inilah punca pendapatan beliau untuk menyara kehidupan keluarga selain mendapat bantuan daripada kerajaan.

Puan Latifah sentiasa berdoa agar pernigaannya semakin maju dan mendapat tempat untuk bersaing dengan usahawan lain. Beliau berazam untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan meluaskan pasaran. Demi mencari rezeki beliau akan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi contoh kepada anak-anak beliau dan generasi muda akan datang. Semoga beliau dapat meneruskan perniagaan dan menjadi usahawan yang lebih kompetitif.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Page 14: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

1 Oktober 2011

Perasmian Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh dan “ MoA Bersama Rakyat

Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin telah merasmikan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani dan program ”MoA bersama Rakyat” di Pagoh, Muar, Johor. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan dan Ketua Pengarah LPP, YangHormatDato’HajiArpanShahbinSatu.

10 Oktober 2011

Majlis Anugerah Stokis Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi Peringkat Zon Sabah Tahun 2011

Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shahbin Satu telah merasmikan Majlis Anugerah Stokis Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi Peringkat Zon Sabah Tahun 2011 bertempatdiThePacificSuteraHarbour,KotaKinabalu,Sabah.

Oleh : Wahyudi bin Baharudin, LPP Ibu Pejabat.

11 Oktober 2011

MesyuaratJawatankuasaSearchCommitteeLPPbil.1/2011

KetuaPengarahLPP,YangHormatDato’HajiArpanShahbinSatu telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Search CommitteeLPPbil.1/2011 bertempat di bilikKasturi,Aras 3,LPP Ibu Pejabat.

12 Oktober 2011

MajlisPerasmianHALFEST2011

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa bin Muhamed telah merasmikan HAFEST 2011 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, PusatDagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Majlis turutdihadiri oleh Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ hajiArpan Shah bin Satu.

PROGRAM TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Page 15: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

24 Oktober 2011

Majlis Pelancaran Kelab My Agrosis Uitm Kedah

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Noh binHajiOmarturutdisertaiolehPengerusiLPP,YangBahagiaDato’ZainalbinDahalandanKetuaPengarahLPP,YangHormatDato’ Haji Arpan Shah bin Satu. Majlis diadakan di DewanPerdanan Universiti Teknologi Malaysia (Uitm) Merbok, Kedah.

29 Oktober 2011

Majlis Perasmian Perayaan Hari Peladang, Penternak danNelayan Peringkat Negeri Melaka tahun 2011

Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan telah menghadiriMajlisPerasmianPerayaanHariPeladang,Penternakdan Nelayan Peringkat Negeri Melaka tahun 2011 bertempat di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.

31 Oktober 2011

Lawatan Kerja ke Projek Nangka

Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan telah membuatlawatankerjakePPKMarandanPPKChenor.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

Page 16: Bil 10/2011 Edisi OKTOBER Tahniah103.8.163.254/document/upload/AhyMSjfmSf7NrcfVs3np… ·  · 2017-05-16mengurangkan penggunaan tenaga buruh di ladang. ... Berikut adalah senarai

Bil 10/2011 Edisi OKTOBERTahniahWarga Lembaga Pertubuhan Peladang ingin merakamkan

setinggi-tinggi TAHNIAH kepada

EN. KAMALRUL BADRI BIN MAT ALI

di atas pelantikan sebagai

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)berkuatkuasa pada 4 Oktober 2011

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Md. Zahari bin Abdullah

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C, Pusat Bandar Damansara,50460 Kuala Lumpur.

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanWahyudi bin BaharudinAdnan bin IsmailShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ LahIr PeLadang ProgresIf ”