bil 10 / 2009 edisi oktober -...

16
Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER Sesiapa Pun Boleh Berjaya Coklat Buatan Tangan Pertanian Menjana Ekonomi Negara Ternakan Burung Walit PPK Pekan * * * * Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Upload: duongngoc

Post on 03-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBERBil 10 / 2009 Edisi OKTOBER

Sesiapa Pun Boleh BerjayaCoklat Buatan TanganPertanian Menjana Ekonomi NegaraTernakan Burung Walit PPK Pekan

****

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Page 2: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

Beri ta Transformasi Pertanian

2 Lahir Peladang Progresi f

Beri ta Transformasi Pertanian

2 Lahir Peladang Progresi f

SIAPA yang tidak kenal dengan En. Jamaluddin bin Awang di Pertubuhan

Peladang Kawasan Sg Manik/ Labu Kubong, Teluk Intan, Perak. Seorang penternak kambing yang berjaya dengan pelbagai jenis baka kambing. Berumur dalam lingkungan 50 an. Beliau adalah salah seorang ahli PPK yang menceburi bidang ternakan. Beliau adalah usahawan kelahiran Sungai Tungku Teluk Intan, Perak yang merupakan anak jati kampung ini.

Projek ternakan ini dilakukan diatas tanah milik beliau sendiri yang berkeluasan 10 ekar secara feedlot dan lepas. Beliau mendapatkan khidmat nasihat daripada PPK Sg Manik/Labu Kubong dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menternak kambing dan lembu.

Antara baka kambing yang diternak beliau adalah jenis baka jamnafari, boer dan kambing biri – biri. Beliau kini mempunyai 2 kandang induk, terdapat lebih kurang 180 ekor yang diternak oleh beliau. Modal permulaan yang di keluarkannya untuk menjalankan projek ini adalah sebanyak RM 50000.00.

Pada masa sekarang, beliau didalam proses untuk memperbesarkan lagi projek ternakan kambing tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan kambing beliau bunting dan sedikit masa lagi ternakan beliau akan melahirkan anak-anak kambing. Kandang yang lama masih lagi boleh digunakan tetapi tempat yang terhad. Ini juga bagi mengelakkan kambing jantan menggangu anak-anak kambing.

SESIAPA PUN BOLEH BERJAYA

Oleh : Muhammad Zuhaidi Bin Yahya (PPK Sg Manik/ Labu Kubong)

SESIAPA PUN BOLEH BERJAYA

Page 3: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 3

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 3

Kini, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah memperuntukan sebanyak RM32,300.00 untuk pembesaran kandang kambing yang bersaiz 30 x 50 kaki. Beliau bersyukur dan berterima kasih kerana pihak LPP sanggup memberikan peruntukan yang telah dimintanya bagi menjayakan projek ini.

Disamping itu, beliau juga telah menanam rumput napier dan lain-lain rumput untuk mengurangkan kos pembelanjaan bagi ternakan. Di samping itu, beliau dapat mengenal pasti apakah jenis-jenis rumput yang sesuai dimakan oleh kambing-kambingnya. Selain rumput, kambing juga harus diberi makan palet, untuk mempercepatkan tumbesaran kambing tersebut. Beliau juga menggajikan 2 orang pekerja untuk membantu beliau mengendalikan projek ini. Kadang kala beliau tidak berkesempatan

untuk melakukan rutin kerja harian. Untuk makluman, beliau merupakan seorang usahawan yang bergiat aktif dengan PPK. Selain menternak, beliau juga mengusahakan sawah padi. Ini adalah serba sedikit punca pendapatan beliau dan keluarga. Di PPK ini, beliau telah menyandang jawatan Ketua Pojek Mini Estet (MEP), Perwakilan Unit dan Timbalan Ketua Unit. Semasa ketiadaan beliau, tugas ini akan di ambil alih oleh isteri beliau, Puan. Jamaliah bt. Khalid serta 3 orang anak beliau yang lain.

Selain kambing, beliau juga ada menternak lembu sebanyak 20 ekor dan juga ayam belanda untuk dijual kepada sesiapa yang berminat untuk menternak ayam belanda. Begitulah rutin harian beliau bersama-sama ternakan yang senantiasa mendampingi beliau. Dari segi pemasaran pula En. Jamaluddin biasanya akan lebih cenderung kepada

Page 4: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

Beri ta Transformasi Pertanian

4 Lahir Peladang Progresi fLahir Peladang Progresi f4

Beri ta Transformasi Pertanian

permintaan dari pelanggan khususnya bagi Majlis Korban dan Akikah. Selebihnya beliau akan memasarkan sendiri hasil ternakan beliau dengan dibantu oleh isteri dan anak – anak. Beliau lebih banyak mengutamakan jualan daging kambing yang segar untuk dipasarkan tetapi ada juga orang perseorangan yang datang untuk membeli ternakan yang masih hidup untuk diternak.

Dengan ternakan kambing, beliau dapat meraih keuntungan dalam lingkungan RM30,900.00 setahun mengikut pusingan. Sikap gigih dan kesungguhan yang dimiliki oleh

beliau harus dicontohi oleh golongan muda pada masa kini. Walaupun sudah berusia, tetapi masih bersemangat untuk mencapai impian sebagai usahawan yang berjaya.

Harapan beliau di masa hadapan adalah dapat memasarkan lebih banyak daging kambing segar tempatan kerana mengikut jangkaan, Malaysia masih lagi ketinggalan ke belakang didalam pemasaran keluar negara. Berikutan bekalan daging kambing masih lagi berada di tahap yang rendah untuk di eksport keluar negara.

Page 5: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 5

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 5

Coklat Buatan TanganOleh :Ruzilawati Binti Ruslan (PPK Hutan Melintang)

P ENGELUARAN makanan yang berkonsepkan Industri Kecil Sederhana

(IKS) kini semakin berkembang luas dengan wujudnya begitu banyak permintaan khususnya terhadap jenis makanan ringan yang segera dimakan dan sebahagiannya membantu dari segi kesihatan. Kaum Bumiputera yang terlibat dalam industri makanan ini semakin ramai dari masa ke semasa disebabkan masyarakat kini lebih mementingkan dan memilih jenis makanan yang halal dan menyihatkan.

Jika dibuat kajian hanya segelintir sahaja masyarakat melayu yang berani menceburkan diri dalam bidang pembuatan bahan makanan yang berasaskan coklat buatan tangan yang memberi kesihatan, malah sesetengah orang berpendapat coklat buatan tangan yang diusahakan orang melayu khususnya tidak dapat menandingi coklat buatan luar negara. Namun tanggapan berkenaan sama sekali tidak benar apabila coklat buatan Langkawi semakin hari semakin digemari dan terkenal serata dunia.

Memang tidak dinafi kan bahawa coklat adalah makanan dan snek yang sangat terkenal di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa, malah sesiapa sahaja menggemarinya. Namun begitu, coklat dianggap sebagai makanan ringan yang enak tetapi tidak memberi khasiat. Tetapi hakikatnya adalah salah. Coklat adalah makanan yang penuh dengan khasiat dan membantu dalam kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh nilai pemakanan bagi coklat putih dan coklat susu iaitu (Kandungan Zat 8oz segelas).

Sumber : Persatuan Pengilang Coklat Coklat merupakan makanan yang memberi sumber tenaga dan mudah dibawa kemana sahaja dan ianya sering dijadikan makanan dalam pelbagai aktiviti lasak seperti perkhemahan, mendaki gunung dan sebagainya. Justeru itu, usahawan En. Nor Hazazi b. Muhammad Alimuddin anak jati Perak berasal dari Kuala Kangsar dengan tekad yang kuat

ZAT COKLAT PUTIH COKLAT SUSU

Kalori

Protein gms

168

8.5

205

7.0

Page 6: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f6

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f6

menjadikan industri coklat sebagai sesuatu yang menguntungkan dengan membina sebuah perniagaan yang diberi gelaran Sri Ayu Enterprise. Malah coklat beliau dikenali sebagai coklat buatan tangan yang dijamin kebersihannya dan halal tanpa menggunakan sebarang bahan kimia yang menggugat kesihatan. Pada awalnya beliau mengusahakan produk coklat ini secara kecil-kecilan dengan modal permulaan sebanyak RM 10,000.00. Hari demi hari perniagaan beliau semakin meningkat maju dan kini beliau mempunyai pelbagai jenis produk coklat dan dibantu oleh seramai 5 orang pekerja yang digaji secara tetap. Antara jenis produk coklat buatan tangan beliau ialah :-

• Coklat strawberi• Coklat kismis• Coklat prune/orange• Coklat buah pala• Coklat mint• Coklat nenas• Coklat salutan kelapa• Coklat salutan gepang• Coklat berinti badam• Coklat berinti gajus• Coklat emping jagung dan bertih beras

Beliau merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Perak dan beliau menyewa sebuah Kuarters LPP di PPK Hutan Melintang yang telah diubahsuai sebagai tempat pemprosesan dan pembungkusan coklat buatan tangan. Pada awal pembabitan beliau di dalam sektor ini pada sekitar tahun 2004 beliau hanya memiliki sebuah bangunan pemprosesan berukuran 20 x 70 meter persegi. Rumah pemprosesan yang dilengkapi dengan peralatan seperti dapur dan periuk untuk mencairkan coklat serta acu-acu menjadikan pengeluarannya lebih mudah dihasilkan, menjimatkan masa dan menjimatkan kos. Dengan penggunaan peralatan dan pekerja yang ramai penghasilan coklat buatan tangan lebih terurus dan dapat memenuhi permintaan mengikut masa yang ditetapkan. Kerja-kerja harian yang dilakukan ialah seperti mencairkan dan memblok coklat, mengacu coklat, membalut dan membungkus coklat.

Kerja-kerja penyediaan bahan-bahan dan seterusnya penghasilan sesuatu produk coklat sentiasa dibawah penjagaan dan pemerhatian beliau sendiri bagi tujuan memastikan kesemua produk yang dihasilkan sentiasa pada tahap berkualiti. Pemantauan perlu dibuat dengan

Page 7: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 7

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 7

teliti dan rapi bagi memastikan citarasa produk dan kualiti berjaya dikekalkan. Ini untuk memastikan keyakinan kuat pelanggan terhadap produk dan seterusnya permintaan menggalakkan di pasaran. Beliau mengusahakan projek tersebut sendiri dan menjadikan PPK Hutan Melintang sebagai rujukan selain agensi lain seperti FAMA, Lembaga Koko Malaysia (LKM), Jabatan Pertanian dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. LKM turut membantu dari segi pembekalan bahan seperti blok-blok coklat. Kemahiran diperolehi dari kursus-kursus yang disertai seperti :-

• Kursus Asas Membuat Coklat Buatan Tangan anjuran LKM• Kursus Persijilan Halal• Kursus GHP (Kawalan mutu makanan yang baik) anjuran MARDI• Kursus Asas Perniagaan anjuran Kerajaan Negeri Perak

Kelebihan dan keistimewaan sebagai ahli PPK tidak dipersia-siakan. Sebagai ahli PPK beliau telah memanfaatkan kelebihan yang ada dimana beliau sentiasa terlibat dalam program

IKS anjuran PPK. PPK membantu dari segi mempromosikan produk melalui ekspo-ekspo antaranya anjuran LPP sendiri iaitu Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Negeri Perak juga peringkat kebangsaan. Selain itu ekspo-ekspo anjuran agensi-agensi dan sekolah-sekolah juga turut disertai. Malah seringkali PPK menjadikan produk coklat buatan tangan beliau sebagai hamper atau hadiah-hadiah cenderahati kepada pelawat, pegawai-pegawai LPP dan individu-individu luar melalui majlis anjuran PPK sendiri atau mana-mana majlis luar. Pada tahun 2008 Syarikat Sri Ayu Enterprise telah berjaya menghasilkan RM 10,500.00 isipadu perniagaan setahun. Beliau berharap perniagaan ini akan lebih berkembang maju dan dapat menambah produktiviti yang lebih berkualiti. Beliau juga berharap pihak-pihak tertentu dapat tampil membantu usahawan-usahawan seperti ini bagi mengembangkan isipadu perniagaan tidak kira dari segi pemasaran, khidmat nasihat atau segala bentuk bantuan sekalipun.

Page 8: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

8 Lahir Peladang Progresi f

Beri ta Transformasi Pertanian

PERTANIAN MENJANA EKONOMI NEGARA

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f8

Oleh : Muhammad Zuhaidi Bin Yahya (PPK Sg Manik/ Labu Kubong)

Maaruf b. Kidam dan Arbain b. Tahir, mereka adalah 2 orang veteran yang

telah menceburi bidang pertanian sejak dahulu lagi. Berkat kesabaran dan sungguhan yang membuak-buak mereka berdua ini kini gigih mengusahakan projek ternakan ayam. Begitulah ikatan persahabatan yang terbina setelah kian lamanya. Kini mereka berdua amat berbangga kerana dapat menjulang nama Kampung Pengkalan Ara, Parit 5/7R Teluk Intan, Perak dengan Projek Ternakan Ayam Pedaging Sistem Tertutup dimana tempat mereka mencari rezeki.

Mereka berdua juga adalah merupakan ahli PPK Sg.Manik/Labu Kubong Teluk Intan, Perak yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk memohon bantuan daripada LPP bagi menjalankan ternakan ayam pedaging. Berkat dari kesabaran menunggu bantuan dan sikap gigih yang tidak pernah putus asa,

akhirnya Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) meluluskan permohonan mereka dalam bentuk grant dibawah Projek Pembangunan Manusia Asas Komuditi (PMAK). Ini telah membuatkan mereka berdua bertambah yakin bahawa LPP benar-benar mengambil berat tentang mereka bagi menjalankan projek ini, dengan suntikan modal yang berjumlah RM 55,000.00.

Bermula daripada saat itu mereka berdua berazam untuk mencapai hasrat yang terpendam selama ini untuk menjalankan projek ternakan ayam. Bagi menambahkan lagi pengetahuan untuk projek ini, mereka berdua telah menjalani kursus yang dianjurkan Syarikat Pertanian Pertiwi (CP) yang di kelolai oleh PPK Sg.Manik/Labu Kubong.

Projek ini diselia oleh pengurus projek iaitu Muhammad Zuhaidi Bin Yahya yang mengawal segala aktiviti ahli dengan pihak

Page 9: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

http: / /www.lpp.gov.myhttp: / /www.lpp.gov.my

9Lahir Peladang Progresi f

PPK Sg Manik/Labu Kubong termasuklah untuk memberi khidmat nasihat. Tidak kurang juga membuat temujanji bagi ahli untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan juga bekalan vaksin. Mereka berbangga kerana pihak PPK senantiasa menjalankan tugas dan prihatin terhadap mereka berdua.

Tahun 2002 adalah tahun pertama mereka menjalankan projek ternakan ayam pedaging yang kini telah mencecah 7 tahun. Reban yang dibina berkapasiti 10,500 ekor boleh mengeluarkan hasil kira – kira 22 sehingga 26

m/t bagi setiap pusingan. Kini mereka mampu tersenyum kerana mereka telah mencapai 34 pusingan terkumpul pada kadar 3 hingga 6 pusingan setahun. Begitu tabahnya hati kedua-dua mereka ini menempuh cabaran yang dihadapi pada setiap pusingan. Mereka juga tidak meminta belas kasihan tetapi memadai untuk menjayakan projek ini.

Rutin harian yang di lakukan oleh mereka berdua adalah memberi makan untuk ternakan mengikut masa yang telah di tetapkan iaitu pada setiap pagi dan petang. Ini adalah untuk mempercepatkan tumbesaran ayam sebelum

Page 10: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

10 Lahir Peladang Progresi f

Beri ta Transformasi PertanianBeri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f10

ayam tersebut mencapai berat yang dikehendaki oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut di berikan kepada ayam-ayamnya. Bagi melicinkan perjalanan kerja-kerja ini, mereka telah mengambil 2 orang pekerja yang terdiri daripada anak kampung ini untuk membantu mereka menjaga ternakan. Pekerja tersebut akan dibayar gaji yang berpatutan berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari itu.

Selain itu, Ayam akan diberi suntikan vaksin anti-penyakit bagi membolehkan ayam-ayamnya terhindar daripada penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan ternakan. Bagi ayam yang berpenyakit, ternakan ini akan dikurungkan pada satu bahagian untuk menghindarkan daripada penyakit dari terus merebak.

Mengikut pengalaman mereka berdua, cabaran yang paling amat berat sekali adalah sekitar tahun 2005, ini adalah kerana negara kita telah dilanda selesema burung. Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat negara yang berasa takut untuk membeli ayam daging. Mereka bersyukur kerana ada pihak khasnya kerajaan yang senantiasa perihatin terhadap mereka bagi menyawal wabak ini dari terus merebak. Malahan pada tahun tersebut jualan ayam daging berkurangan sedikit dan ini serba sedikit menjejaskan kewangan projek tersebut. Berkat kesabaran, masalah ini mampu diatasi. Mereka berdua juga bertuah kerana mempunyai keluarga yang senantiasa menyokong dari belakang.

Dari segi pemasaran pula, ayam akan dibekalkan kepada pelanggan tetap sahaja

Page 11: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

11Lahir Peladang Progresi f

http: / /www.lpp.gov.myhttp: / /www.lpp.gov.my

disekitar Teluk Intan yang memerlukan bekalan ayam hidup. Kadang kala mereka terpaksa membeli bekalan daripada luar untuk menampung permintaan daripada pelanggan. Justeru itu, mereka berharap suatu hari nanti projek ini akan dikembangkan dan kapasiti pengeluaran dapat di tingkatkan.

Selain daripada hasil jualan ayam, mereka juga telah menerima insentif ternakan daripada Syarikat Pertanian Pertiwi (CP) dan juga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Ini membolehkan mereka mengikat kontrak dengan Syarikat Pertanian Pertiwi (CP) didalam aktiviti pemasaran bagi melancarkan proses untuk di pasarkan

Sikap gigih dan usaha yang tinggi seperti mereka seharusnya dicontohi oleh golongan muda masa kini kerana sememangnya projek ini memberi pulangan yang lumayan disamping mencapai hasrat kerajaan untuk menjana ekonomi negara. Tidak kurang pulang pengalaman yang akan didapati daripada projek yang dilaksana. Justeru itu mereka berdua berharap golongan muda dapat mengambil iktibar dan contoh daripada usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan didalam memajukan industri ternakan ayam pedaging secara tertutup.

Page 12: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f12 Lahir Peladang Progresi f12

TERNAKAN BURUNG WALIT PPK PEKAN

PENUAIAN sarang burung walit dari gua-gua secara komersial telah dijalankan sejak lebih

100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil penuaian pertama adalah dari Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878. Di Malaysia, terdapat dua spesis burung walit iaitu Collocalia sp dan Aerodramus sp yang diternak. Sedekad kebelakangan ini, banyak pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam ternakan burung walit ini. Ianya dapat dilihat dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan dan mesra haiwan terhadap populasi burung walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. Spesis dan bilangan burung walit telah berkembang dan berhijrah dari dalam gua-gua dan kini mula bermigrasi ke kawasan-kawasan bandar dan menghuni bangunan-bangunan terbiar seperti tempat asalnya. Semenjak itu, industri burung walit ini telah berkembang dengan pesat.

Burung walit berada di dalam kategori Order Apodiformes yang bermaksud tiada berkaki dan tidak berupaya di tanah. Burung walit mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Burung ini cekap berterbangan di udara (areal ability) dan saiz burung walit adalah kecil. Ukuran panjangnya adalah 13sm dan yang terkecil bersaiz 7.5sm. Burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak cerok-cerok bukit dan gua. Ia membiak di dalam gua atau premis yang berkeadaan seakan-akan gua. Sesetengah spesis ini menggunakan ekolokasi (echolocation) seumpama kelawar, untuk terbang (navigate) dalam gelap.

Atas nasihat Lembaga Pertubuhan Peladang, Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan telah mengorak langkah didalam mengenal

Page 13: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 13

http: / /www.lpp.gov.my

burung walit khasnya sarang burung untuk di komersialkan. Projek sarang burung walit ini di terajui sendiri oleh PPK Pekan. Ia di ketuai oleh En Nor Fadzli Bin Haji Hasan sebagai Pengurus Besar PPK Pekan didalam merencanakan projek ini sejak tahun 2007 lagi.

Projek yang berkeluasan 56 x 92 x 21 kaki yang dibina di atas tapak PPK yang meliputi sebuah bangunan 2 tingkat untuk sarang burung walit. Projek ini dibantu oleh 3 orang pekerja yang diambil untuk memastikan

kelesaan burung-burung walit ini untuk bersarang di bangunan tersebut. Modal yang telah dikeluarkan oleh PPK Pekan untuk memulakan projek ini adalah sebanyak RM 322,000.00. PPK Pekan juga meminta nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pengusaha Walit Tempatan, A&Z Construction dan Perunding Mustafar bagi mengukuhkan lagi projek ini. Tidak kurang pula, beberapa pegawai daripada PPK Pekan yang dihantar berkursus bagi mendalami perusahaan Burung walit ini dengan lebih cekap dan mantap lagi.

Page 14: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f14

Sarang burung walit berharga dan diterokai kerana ianya mengandungi sedikit sahaja bulu atau bahan yang tidak boleh dimakan. Tuaian berjuta-juta ringgit dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada beberapa buah premis penternakan burung walit. Buat masa kini PPK Pekan masih lagi didalam proses membiak dan menambahkan lagi bilangan burung-burung walit.

Keistimewaan yang terdapat pada bangunan yang menempatkan burung walit ini adalah burung-burung dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan habitat yang tertentu. Sarang burung walit adalah sarang burung yang paling dikagumi. Sarangnya tidak berliku-liku, berwarna-warni atau menawan. Sarang burung walit ialah ia dijadikan ramuan asas sup sarang burung di merata dunia.

Di bangunan ini juga menempatkan sistem bunyi yang di pasang didalam bangunan yang senantiasa berbunyi, bagi memanggil burung walit datang untuk bersarang. PPK juga akan memastikan pintu-pintu utama untuk masuk kedalam bangunan ini tertutup. Ini adalah kerana ia dapat mengawal musuh yang tidak dikehendaki masuk dan memakan burung walit serta merosakkan sarang-sarang burung. Semua perkara-perkara ini perlu di ambil perhatian kerana apabila sarang-sarang ini dirosakkan, burung-burung akan lari dan mencari perlindungan di tempat lain.

Makanan asas burung walit adalah serangga yang ditangkap semasa ia berterbangan. Burung-burung ini akan terbang pantas sambil mengkilas serta menembusi ruang udara di antara liku-liku jalan dan rumah serta

Page 15: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 15

dinding, mencelah antara ruang kecil dan terus terbang keawan. Pada masa yang sama, ia akan mengeluarkan kicauan yang bernada tinggi (high pitched).

Kaedah pemasaran yang diguna pakai buat masa sekarang adalah melalui jualan borong di mana PPK menuai sarang burung tersebut sendiri dan menjualnya kepada pemborong. Jika terdapat pelanggan – pelanggan yang berminat boleh terus ke PPK Pekan bagi mendapatkan sarang burung walit. Kaedah yang diguna pakai sedia ada adalah kerana ia melibatkan proses yang rumit didalam memasarkan sarang burung walit ini. PPK Pekan masih lagi mencari

kaedah yang terbaik untuk mencari pasaran yang terbaik agar sarang burung walit ini dapat diperkenalkan di seluruh Malaysia khasnya kepada usahawan yang benar-benar berminat dengan industri ini.

Harapan yang besar adalah projek ini dapat di perbesarkan lagi serta dapat dijadikan pemangkin kepada PPK yang lain. Bagi sesiapa yang berminat dengan sarang burung ini bolehlah datang ke Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan, KM 10, Tanah Putih, 26600 Pekan , Pahang atau menghubungi En Nor Fadzli Bin Haji Hasan di talian 09-4269422.

Page 16: Bil 10 / 2009 Edisi OKTOBER - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/AaDaDMNDn8vTqF4l3S8MCxreTp8suXvb.pdf · oleh pembeli. Campuran ubat anti-stress ke dalam air minuman turut

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f16

Tahniah

KEPADA

(KETUA PENGARAH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG)DIATAS

PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN JOHAN SETIA MAHKOTA ( J.S.M)

OLEHSERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG XIII,

AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

PADA8 Oktober 2009.

Puan Hajah Mariam Mas Binti Yaacob

TahniahTahniahTahniahTahniahTahniahTahniah

KEPADAPuan Hajah Mariam Mas Binti YaacobKEPADAPuan Hajah Mariam Mas Binti YaacobKEPADA

Grafi k/IllustratorKamaruzzan bin Hanif

PenaungPuan Hajah Mariam Mas binti Yaacob

PenasihatHaji Arpan Shah bin Satu

Haji Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosmina binti Ishak

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafl i

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my