disiplin sekolah sksaa

10
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR BIL PERKARA / PERATURAN ISI PENTING 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 PERIBADI Setiap pelajar hendaklah mematuhi undang- undang sekolah setiap masa dan dikehendaki bekerjasama dengan pihak sekolah dan pengawas. Sentiasa berusaha dalam pelajaran dan serta menjaga nama baik sekolah. Sentiasa bersopan santun dan menghormati semua guru dan pekerja sekolah. Sentiasa mengujudkan perasaan berbaik sangka dan amanah sesama rakan. Setiap pelajar dikehendaki menghormati pelawat dan ibu bapa yang datang ke sekolah dan memberi pertolongan kepada mereka ke Pejabat Guru Besar, Penolong Kanan atau Penyelia Petang. Sentiasa melindungi harta benda sekolah dan menjaga kebersihan. Sampah yang bertaburan dimasukkan ke dalam bakul sampah. Lampu- lampu yang terpasang tidak bertunggu hendaklah ditutupkan dan alat-alat perkakas yang terbiar di serahkan pada guru. Sesuatu kemalangan yang berlaku ke atas diri rakan di kawasan sekolah mestilah segera dilaporkan kepada guru bertugas atau mana- mana guru. Mematuhi undang-undang sekolah Berusaha Saling menghormati Menghormati pelawat Harta benda sekolah Kemalangan

Upload: rahimi-wahab

Post on 06-Jul-2015

64 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

disiplin

TRANSCRIPT

Page 1: Disiplin sekolah sksaa

PERATURAN-PERATURANSEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR

BIL PERKARA / PERATURAN ISI PENTING

1

1.1

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

PERIBADI

Setiap pelajar hendaklah mematuhi undang-undang sekolah setiap masa dan dikehendaki bekerjasama dengan pihak sekolah dan pengawas.

Sentiasa berusaha dalam pelajaran dan serta menjaga nama baik sekolah.

Sentiasa bersopan santun dan menghormati semua guru dan pekerja sekolah. Sentiasa mengujudkan perasaan berbaik sangka dan amanah sesama rakan.

Setiap pelajar dikehendaki menghormati pelawat dan ibu bapa yang datang ke sekolah dan memberi pertolongan kepada mereka ke Pejabat Guru Besar, Penolong Kanan atau Penyelia Petang.

Sentiasa melindungi harta benda sekolah dan menjaga kebersihan. Sampah yang bertaburan dimasukkan ke dalam bakul sampah. Lampu-lampu yang terpasang tidak bertunggu hendaklah ditutupkan dan alat-alat perkakas yang terbiar di serahkan pada guru.

Sesuatu kemalangan yang berlaku ke atas diri rakan di kawasan sekolah mestilah segera dilaporkan kepada guru bertugas atau mana-mana guru.

Mematuhi undang-undang

sekolah

Berusaha

Saling menghormati

Menghormatipelawat

Harta benda sekolah

Kemalangan

Page 2: Disiplin sekolah sksaa

1.7

1.8

Jangan menggunakan alamat sekolah bagi surat peribadi. Bagi surat yang menggunakan alamat sekolah, pihak berkuasa sekolah berhak membukanya jika disyaki sesuatu yang tidak diingini.

Sekiranya terjumpa barang-barang berharga atau wang yang bukan hak sendiri, serahkan dengan segera kepada guru bertugas mingguan.

Alamat sekolah

Terjumpabarang

BerperibadiMulia

2

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

KEHADIRAN

Semua pelajar mesti sampai ke sekolah paling lewat pada pukul 7.20 pagi pada setiap hari persekolahan.

Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Bertugas Mingguan atau mana-mana guru.

Semasa proses pembelajaran kelas berjalan, pelajar tidak dibenarkan keluar tanpa sebab kecuali mendapat kebenaran guru yang sedang mengajar.

Hendaklah memberi perhatian penuh kepada pengajaran guru. Tidak dibenarkan mengganggu rakan, bermain atau melakukan perkara yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran kelas.

Kerja-kerja rumah mestilah disempurnakan sebelum hadir ke sekolah.

Masa ketibaan

Keluar kawasansekolah

Keluar kelas

Perhatian danberdisiplin semasabelajar

Kerja rumah

Page 3: Disiplin sekolah sksaa

2.6

2.7

2.8

2.9

2.10

Semasa rehat dan sebelum persekolahan bermula dilarang sama sekali berada di dalam kelas, kecuali mereka yang bertugas dan tidak dibenarkan berkeliaran di hadapan Pejabat Sekolah atau Bilik Guru.

Bila loceng akhir persekolahan dibunyikan atau loceng pertukaran kelas dikehendaki berbaris untuk ke bilik-bilik lain dengan tertib dan berjalan dengan segera ke destinasi yang di tujui.

Pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah mestilah menunjukkan surat akuan doktor atau surat penjaga dengan memberitahu sebab-sebab kepada guru kelas.

Semasa hendak ke sekolah atau pulang dari sekolah tidak dibenarkan berkeliaran tanpa sebab di pekan atau singgah tanpa tujuan,hendaklah pulang ke rumah dengan segera.

Di larang menggunakan beg yang berunsur negatif atau yang berconteng [ unsur rock ].

Masa rehat dan sebelum

persekolahan bermula

Loceng akhir dan pertukaran

kelas

Tidak hadir / surat akuan doktor atau

penjaga

Segera pulang

Beg-beg sekolah

3

3.1

3.2

BILIK DARJAH [ KELAS ]

Pelajar hendaklah bertanggungjawab di atas kelas masing-masing dan menjaga keselamatan perkakas di dalamnya.

Tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Guru, Bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Makmal Sains atau bilik-bilik khas lain tanpa kebenaran guru dan kehadiran guru di dalamnya.

Kebersihan kelas

Bilik terlarang

Page 4: Disiplin sekolah sksaa

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

Tidak dibenarkan tinggal di dalam kelas sebelum persekolahan dimulakan, semasa rehat dan selepas sekolah kecuali dengan kebenaran guru.

Jangan menulis di papan putih, menconteng di dinding atau bermain alatan bilik darjah. Bersihkan papan putih selepas digunakan.

Tingkap dan pintu kelas hendaklah ditutup semasa kelas hendak ditinggalkan atau ketika persekolahan hari itu berakhir.Begitu juga suis-suis lampu dan kipas.

Bangku dan meja yang diduduki mestilah dijaga kebersihannya. Jangan menconteng meja. Contengan mestilah dibersihkan.

Tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran matapelajaran. Keperluan untuk keluar mestilah mendapat kebenaran dari guru matapelajaran dengan membawa 'Pas Kebenaran Keluar'. Seorang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu masa.

Kelas hendaklah dibersihkan setiap hari iaitu lima minit sebelum loceng terakhir persekolahan dibunyikan.

Tinggal di dalam kelas

Papan kapur

Tingkap dan pintu kelas

Kebersihan bangku dan

meja

Kad kebenaran keluar

Bersihkan kelassebelum pulang

Page 5: Disiplin sekolah sksaa

BIL PERKARA / PERATURAN ISI PENTING

4

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

TEMPAT MAKAN

Barang makanan hanya boleh dibeli dari kantin sekolah sahaja.Pelajar dilarang menjual makanan dan membeli makanan dari penjaja di luar kawasan sekolah.

Barang makanan yang dibeli atau bekalan yang dibawa dari rumah hanya boleh dimakan di kawasan kantin sahaja.

Membeli makanan di kantin sekolah hendaklah beratur mengikut tertib dengan tidak bertolak-tolak dan membuat bising.

Sisa makanan dan pembalut mestilah dimasukkan ke dalam bekas sampah yang disediakan.

Pinggan, piring, sudu dan lain-lain lagi kepunyaan pihak kantin tidak boleh dibawa keluar dari kawasan kantin.

Botol-botol dan alat kepunyaan kantin tidak boleh dibawa keluar dari kawasan kantin atau ditaburkan di merata-merata.

Dilarang membeli makanan dan minuman pada masa kelas dijalankan. Pembelian hanya boleh dilakukan sebelum kelas bermula pada waktu pagi, pada waktu rehat atau selepas loceng akhir dibunyikan.

Setelah selesai membeli dan makan,pelajar hendaklah meninggalkan kawasan kantin dengan segera supaya memberi peluang pada

Membeli makanan

Makan di kantin

Beratur di kantin

Sisa makanan

Alatan kantin

Botol,plastik dan alatan kantin

Masa membeli makanan

Meninggalkan kantin

Page 6: Disiplin sekolah sksaa

rakan-rakan yang lain untuk membeli makanan.

Page 7: Disiplin sekolah sksaa

BIL PERKARA / PERATURAN ISI PENTING

5

5.1

5.2

5.3

5.4

5.5

6

6.1

6.2

6.3

6.4

6.5

BASIKAL DAN KESELAMATAN

Dilarang sama sekali menunggang basikal di dalam kawasan sekolah, terutama melalui kawasan yang ditumbuhi rumput atau di kaki lima sekolah. Apabila sampai di pintu pagar sekolah, turun dan sorong basikal ke tempat letak basikal.

Basikal mestilah dilengkapi dengan loceng, lampu, brek dan hendaklah berkunci serta berkeadaan baik.

Basikal mestilah disimpan dan disusun di tempat yang disediakan dalam keadaan berkunci.

Pelajar yang datang ke sekolah dengan menunggang basikal tidak dibenarkan menyimpan basikal di tempat lain selain dari tempat yang disediakan di dalam kawasan sekolah.

Dilarang menunggang bersaing atau menunggang basikal lebih dari seorang semasa ke sekolah atau pulang dari sekolah.

PENGGUNAAN TANDAS

Pelajar hendaklah menggunakan tandas mengikut jantina masing-masing seperti yang ditetapkan.

Tandas yang telah digunakan mestilah ditarik pamnya dengan cermat/dicurah dengan air dan pastikan air ditutup semula.Kebersihan tandas mestilah dijaga rapi. Jangan menconteng dinding tandas dan merosakkan alat-alat di dalamnya.

Jangan membuang kertas, pembalut makanan dan sampah ke dalam tandas, lebih-lebih lagi di dalam lubang tandas.

Semasa berada di dalam tandas, jangan

Dilarang berbasikal

Kelengkapanbasikal

Tempat basikal

Dilarang menyimpan

basikal di tempatlain

Menunggang bersaing

Mengikut jantina

Penggunaan dengan cermat

Kebersihan tandas

Membuang sampah

Peraturan

Page 8: Disiplin sekolah sksaa

7

7.1

7.2

7.3

7.4

8

8.1

8.2

8.3

8.4

8.5

PINJAMAN BUKU TEKS

Buku yang dipinjam mestilah dibalut dan dijaga dengan baik. Buku pinjaman tidak boleh diconteng dan sekiranya hilang atau rosak hendaklah diganti.

Buku pinjaman tidak boleh dipinjamkan kepada rakan dan tidak boleh dijual. Mesti bawa ke sekolah pada tiap-tiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Jangan menghilangkan buku pinjaman dan sekiranya buku yang hilang tidak diganti, pinjaman buku tahun persekolahan berikutnya dan sijil akan ditahan.

Sekiranya terjumpa buku pinjaman, serahkan kepada guru pinjaman buku teks/guru bertugas mingguan atau mana-mana guru.

PAKAIAN

Semua pelajar mestilah berpakaian seragam.

Semasa aktiviti PJK hendaklah berpakaian sukan dan semasa aktiviti Ko-Kurikulum dijalankan hendaklah memakai pakaian yang sesuai.

Semua pelajar tidak dibenarkan memakai selipar atau capal pada masa persekolahan, menjalankan aktiviti sukan atau pergi ke Pusat Sumber atau menghadiri kelas-kelas tambahan.

Semua pelajar tidak dibenarkan memakai barang-barang kemas dan lain-lain barangan yang berharga ke sekolah.

Pelajar dikehendaki sentiasa berpakaian kemas dan bersih. Pelajar lelaki dikehendaki memasukkan baju ke dalam seluar. Butang baju hendaklah dikancing kecuali di bahagian kolar. Pelajar perempuan yang bertudung hendaklah menggunakan pin di kiri dan kanan kepala

Keselamatan buku

dan penjagaan buku teks

Bawa ke sekolah

Sekatan pinjamandan sijil

Terjumpa buku teks

Pakaian seragam

Pakaian PJK dan

Ko-Kurikulum

Pakai kasut

Barang kemas

Pakaian kemas dan

berperaturan

Page 9: Disiplin sekolah sksaa
Page 10: Disiplin sekolah sksaa