peranan pibg untuk membantu menangani disiplin di sekolah

Upload: nor-haiza

Post on 08-Jul-2015

1.533 views

Category:

Documents


32 download

DESCRIPTION

PERANAN PIBG MENANGANI MASALAH DISIPLIN

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH

ETD 2123 Penglibatan Ibu Bapa dan Guru Dalam PIBG

Tugasan Kumpulan

Peranan PIBG Untuk Membantu Menangani Disiplin Di Sekolah

Ahli Kumpulan : Nor Haiza Binti Burhanuddin (3092004331) Nurul Afzan Binti Muhammad (3092010481) Nur Izzati Binti Junus (3092010241) Kohort 10 Group 3

Apakah maksud disiplin? Disiplin dapat didefinisikan sebagai

kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan di luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, (Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Jenis-jenis masalah disiplinMasalah disiplin pelajar merujuk kepada salah laku yang melanggar peraturan dan undangundang sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Antaranya ialah : Vandalisme Merokok di kawasan sekolah Ponteng sekolah Buli Gaduh Mencuri

Kenapa berlaku masalah ini? Persekitaran sekolah dan keadaan bilik darjah

yang tidak menarik mampu mendatangkan masalah disiplin kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang

membosankan dan sukar difahami menyebabkan pelajar cepat bosan di dalam kelas dan menganggu rakan yang lain. Perbezaan sosio-ekonomi antara pelajar yang

berkedudukan tinggi dan rendah mendatangkan kepada kes-kes buli dan tekanan perasaan.

Hubungan antara pelajar dan guru yang kurang

baik akan menyebabkan pelajar berkelakuan negatif seperti takut, kecewa dan memberontak. Sikap kesukuan dan berpuak-puak yang masih

ada dikalangan masyarakat sehingga menyebabkan pergaduhan antara kaum atau sesama bangsa. Pengaruh media massa, rakan sebaya dan

kurang didikan agama serta layanan daripada ibu bapa turut mendorong kepada masaah disiplin.

Peranan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)1) Menjadikan isu-isu pelajar sebagai salah

satu agenda perbincangan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. KPM telah mengeluarkan surat dengan

menyatakan bahawa masalah disiplin murid menjadi agenda tetap dalam setiap mesyuarat PIBG. Surat tersebut mencadangkan agar PIBG

menubuhkan satu jawatankuasa kecil khas yang

i) Mengkaji perancangan dan strategi pihak sekolah yang sedia ada bagi menangani masalah salah laku. ii) Menyediakan pelan tindakan yang selari dengan perancangan sekolah. iii) Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya salah laku di sekolah berkenaan. iv) Mengatur strategi untuk mengatasi masalah dengan kerjasama ibu bapa murid yang terlibat. v) Melaporkan keberkesanan pendekatan yang diambil dalam mesyuarat PIBG.(semua tindakan haruslah berlandaskan kepada PeraturanPeraturan Pendidikan (PIBG) 1998)

2) Menyediakan sejumlah peruntukkan wang

sebagai membantu sekolah dalam melaksanakan program pemantapan disiplin pelajar.

Seperti Kursus Kepimpinan Pelajar, Kem Kokurikulum dan Hari Anugerah Cemerlang. Menghulurkan sumbangan bagi memantapkan lagi pembangunan di sekolah untuk menyediakan iklim sekolah yang ceria dan kondusif bagi mengalakkan pelajar datang ke sekolah seterusnya pelajar lebih berminat

3) Mengenalpasti ahli yang berkebolahan

dalam bidang-bidang tertentu untuk membantu sekolah.

Contohnya ceramah motivasi yang dianjurkan memilih penceramahnya yang merupakan waris kepada pelajar sekolah tersebut. Dengan penglibatan dari kalangan waris pelajar sendiri, penghayatan dan pendekatan yang hendak disampaikan akan lebih bermakna.

4) Mengenalpasti pasukan yang boleh

bertindak menangani masalah disiplin. Mengenalpasti pasukan yang boleh bertindak

menangani masalah disiplin seperti kes-kes ponteng pelajar yang terdiri dari Pejabat Pelajaran Daerah, Polis, Agensi Dadah Kebangsaan, Rela, ahli jawatankuasa PIBG dan pihak sekolah. Operasi pencegahan hendaklah dilakukan

secara bersama di tempat-tempat yang dikenalpasti.

5) Menyokong aktiviti sekolah dan melibatkan

diri dengan aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Permuafakatan, Hari Guru dan Hari Keluarga. Ibu bapa dapat datang ke sekolah untuk

berbincang dengan guru mengenai kekuatan dan kelemahan anak mereka. Juga dapat memberikan pandangan mengenai

cara pengurusan sekolah dan masalah disiplin pelajar.

6) PIBG membantu mengawasi disiplin murid

Bertujuan untuk ibu bapa melatih anak-anak mengikut peraturan dan arahan sekolah yang ditetapkan. Dimana-mana jua ibu bapa dan penjaga menjadi pembentuk kepada tingkah laku anak-anak supaya membawa kepada keperibadian yang sempurna dan masa depan yang terjamin.

7) Dakwah dan kesedaran sivik

Setiap agama ada panduan tersendiri. Maka ibu bapa dan penjaga dapat membentuk anakanak mereka mengikut nilai dan ajaran agama masing-masing.Dengan didikan agama dan kasih sayang sejak anak dilahirkan, sahsiah diri akan terbentuk dan melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

8) Penggunaan masa lapang pelajar dengan

berfaedah

Ibu bapa dan penjaga perlu mengetahui masa lapang anak/jagaan mereka dan mengawasi agar dapat digunakan kepada perkara-perkara yang baik.Menggalakkan anak/jagaan melibatkan diri kepada aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar yang sihat untuk menghindarkan diri dari kegiatan yang tidak diingini.

9) PIBG sebagai pembantu guru dalam

mengawal masalah disiplin

Kini, ramai guru mendapat ancaman dari pelajar yang bertingkahlaku bermasalah. Ini menyebabkan guru tertekan dan berasa tidak selamat.

Maka ibu bapa/penjaga perlu memberi sokongan untuk mengawal disiplin pelajar serta membuat tindakan yang sepatutnya terhadap anak/jagaan yang bertindak salah bukan menafikan kesalahan anak/jagaan sendiri.

Menangani masalah disiplin untuk ibu bapaMengikut rencana bertajuk Expert calls for new

rules in parenting playbook : Modern discipline failing, terdapat beberapa cadangan kepada ibu bapa untuk menangani masalah disiplin. Iaitu : Time-out : merupakan satu hukuman dimana anak yang berkelakuan salah ditempatkan di dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain apaapa.Menggunakan angka 1-2-3 : ibu bapa menghitung 1,2,3 sebagai arahan untuk berhenti sesuatu tindakan.

i.

ii.

iii. Menarik balik keistimewaan yang diberikan :

contoh pemberian handphone akan ditarik balik sekiranya masih melakukan perbuatan yang tidak diingini.iv. Membiarkan anak-anak memilih : beri anak-

anak membuat pilihan apa yang dikehendakinya atau memilih masa untuk membuat sesuatu yang disuruh. Namun ibubapa tetap berkuasa dalam hal ini.v.

Membiarkan anak-anak dengan kelakuannya : contoh bergaduh sesama adik beradik, ibubapa perlu biarkan tapi perlu mengawasinya.

Tidak semua cadangan tersebut boleh

membentuk disiplin anak/jagaan. Ada pendapat mengatakan lebih baik menerima akibat atas sesuatu tingkah laku yang tidak diingini sekiranya ibu bapa telah menegur kesalahan anak secara positif. Dengan ini, adalah lebih baik ibu bapa

menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kehendak dan kesesuaian keluarga sendiri.

Kesimpulan Tugas menangani disiplin murid adalah

sangat mencabar. Justeru, PIBG perlulah sentiasa menyedari bahawa pentingnya unsur kebijaksanaan dalam membantu menangani masalah disiplin dengan berlandaskan undang-undang dan pekeliling-pekeling yang sedia ada. Kerjasama dan komitmen semua guru serta

hubungan baik dengan ibu bapa dan masyarakat amat diperlukan dalam menjayakan setiap usaha bagi menangani

SEKIAN, TERIMA KASIH.