disiplin akademik sains politik di universiti kebangsaan...

15
Akademika 66 (Januari) 2005: 91 - 105 Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia Political Science Academic Discipline in Universiti Kebangsaan Malaysia P. RAMASAMY ABSTRAK Selama hampir kira-kira dua dekad, program sains politik telah disusun atur mengikut subjek utama dan elektif atau pilihan dengan berdasarkan struktur Jabatan. Walau bagaimanapun, selesainya usaha penstrukturan semula Fakulti pada tahun 2001, struktur Jabatan telah digantikan dengan Program. Melewati perubahan dari segi pentadbiran ini, secara keseluruhannya boleh dikatakan bahawa sungguhpun program sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat sambutan ramai, namun program ini terus dihantui masalah tertentu berkaitan epistemologinya. Penekanan yang kuat terhadap empirisisme hasil banyak pengaruh akademia Amerika Syarikat, terus-menerus mengkesampingkan peranan teori dan falsafah yang lebih besar dalam konteks melatih pelajar di peringkat pra dan pasca siswazah. Sungguhpun kerelevenan program ini boleh dilihat dari segi perkembangannya ke dalam pelbagai sub- bidang seperti hubungan antarabangsa, politik ekonomi antarabangsa dan kajian strategik dan keselamatan, tumpuan yang diberikan akhir-akhir ini terhadap pendekatan multidisiplin telah menimbulkan masalah dalam konteks memperkukuhkan disiplin utama itu sendiri. ABSTRACT For nearly two decades or so, the political science programme organized on the basis of core and elective subjects had the benefit of the departmental structure. However, with the completion of administrative re-structuring in 2001, the departmental structure came to be replaced by a programme. Beyond the administrative changes, the political science programme as whole in Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) despite its popularity, continues to be marred by certain epistemological problems. The heavy emphasis on empiricism very much influenced by the American academia continues to negate the larger role of theory and philosophy in terms of training and equipping students both at the undergraduate and graduate levels. While the relevance of the programme can be seen in its expansion into various sub-fields such as international relations, international political economy and strategic and security studies, the recent emphasis on multi-disciplinary approach poses problems in terms of strengthening the core discipline as such.

Upload: dinhphuc

Post on 05-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

91Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan MalaysiaAkademika 66 (Januari) 2005: 91 - 105

Disiplin Akademik Sains Politik di UniversitiKebangsaan Malaysia

Political Science Academic Discipline in UniversitiKebangsaan Malaysia

P. RAMASAMY

ABSTRAK

Selama hampir kira-kira dua dekad, program sains politik telah disusun aturmengikut subjek utama dan elektif atau pilihan dengan berdasarkan strukturJabatan. Walau bagaimanapun, selesainya usaha penstrukturan semula Fakultipada tahun 2001, struktur Jabatan telah digantikan dengan Program. Melewatiperubahan dari segi pentadbiran ini, secara keseluruhannya boleh dikatakanbahawa sungguhpun program sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) mendapat sambutan ramai, namun program ini terus dihantui masalahtertentu berkaitan epistemologinya. Penekanan yang kuat terhadap empirisismehasil banyak pengaruh akademia Amerika Syarikat, terus-menerusmengkesampingkan peranan teori dan falsafah yang lebih besar dalam konteksmelatih pelajar di peringkat pra dan pasca siswazah. Sungguhpun kerelevenanprogram ini boleh dilihat dari segi perkembangannya ke dalam pelbagai sub-bidang seperti hubungan antarabangsa, politik ekonomi antarabangsa dankajian strategik dan keselamatan, tumpuan yang diberikan akhir-akhir initerhadap pendekatan multidisiplin telah menimbulkan masalah dalam konteksmemperkukuhkan disiplin utama itu sendiri.

ABSTRACT

For nearly two decades or so, the political science programme organized onthe basis of core and elective subjects had the benefit of the departmentalstructure. However, with the completion of administrative re-structuring in 2001,the departmental structure came to be replaced by a programme. Beyond theadministrative changes, the political science programme as whole in UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) despite its popularity, continues to be marred bycertain epistemological problems. The heavy emphasis on empiricism very muchinfluenced by the American academia continues to negate the larger role oftheory and philosophy in terms of training and equipping students both at theundergraduate and graduate levels. While the relevance of the programme canbe seen in its expansion into various sub-fields such as international relations,international political economy and strategic and security studies, the recentemphasis on multi-disciplinary approach poses problems in terms ofstrengthening the core discipline as such.

Page 2: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

92 Akademika 66

PENGENALAN

Penilaian ke atas disiplin sains sosial, kurikulum, perkembangan sertakerelevanannya terhadap dunia kontemporari walaupun dilihat sebagai suatuperkara yang tidak mustahil, namun ia adalah satu perkara yang sukar dilakukan.Walaupun terdapat kepelbagaian disiplin dalam sains sosial di kebanyakaninstitusi pengajian tinggi, tetapi mereka masih berkongsi objektif yang samadari segi kandungan kursus serta misinya. Malah, pertumbuhan dan perkem-bangan disiplin sains sosial banyak bergantung kepada kepelbagaian faktor.Selaras dengan itu, faktor-faktor seperti pengaruh asing, sifat semulajadi sejarahperkembangan, rasional di sebalik pertumbuhan universiti, dan hubungan antarakerajaan dengan universiti juga mempengaruhi laluan atau arah perkembangandisiplin sains sosial. Menurut perspektif Positivis, disiplin sosial sains tidaksetanding kuasa sains semulajadi. Walau bagaimanapun, perkembangan semasayang berkaitan dengan budaya telah menawarkan satu peranan bebas kepadadisiplin sains sosial dalam usaha membentuk idea, perbincangan dan pengaruhdalam pembinaan bangsa. Walaupun perbandingan dibuat terhadap sains sosialdi negara-negara yang berbeza, pendekatan perbandingan ini mungkinmendatangkan masalah dari segi tindakan mengenalpasti aspek sejarah dankontemporar sains sosial di negara-negara berkaitan. Walaupun pengaruh luarmerupakan penentu kepada sifat semulajadi sains sosial, tetapi faktor sejarah,politik dan ekonomi dalam dunia global semasa lazimnya menjadi penentukepada sifat semulajadi sains politik sesebuah negara (Gordon 1991; Ramasamy1983).

Makalah ini berusaha meneliti sifat semulajadi disiplin sains politik yangdianggap sebagai satu komponen dalam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSK) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lebih tepat lagi, ia bertujuanmenjejaki secara ringkas perkembangan disiplin ini di UKM dan menentukansejauh mana disiplin ini serta kursus-kursus di bawahnya menyumbang kepadabidang ilmu pengetahuan. Selain itu, makalah ini cuba menganalisis kesanperubahan pentadbiran ke atas disiplin dan bakal cabaran masa depan yangakan dihadapi oleh disiplin tersebut. Makalah ini menghujah bahawa statusepistemologi disiplin sains politik akan bergantung kepada pelbagai faktor.Walaupun perubahan pentadbiran dan akademik adalah penting, kerelevanankontemporar disiplin ini akan bergantung kepada bagaimana kita mendekatiatau menjawab persoalan tentang ilmu pengetahuan, sejauh mana kebebasanyang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah danakhirnya soalan sama ada program tersebut menyumbang kepada pemahamanterhadap masalah global kontemporar. Walaupun adalah sukar untukmempengaruhi perubahan besar dari segi politik dalam konteks memberi autoritiyang lebih kepada pihak universiti, para pegawai universiti seharusnya bertindakdi dalam kekangan tersebut untuk memastikan bahawa disiplin akademik tidakterhalang oleh kriteria birokrasi yang berlebihan supaya pihak akademik dan

Page 3: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

93Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia

pelajar dapat menyalurkan input yang penting ke dalam usaha memperbaikikualiti kandungan kursus disiplin-disiplin akademik.

PERKEMBANGAN SAINS POLITIK

Impian untuk mewujudkan sebuah universiti di Malaysia yang menjadikanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah direalisasi dengan pembentukanUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970. Terdapat seramai192 orang pelajar yang diterima masuk ke dalam fakulti-fakulti pengajian sains,sastera dan Islam semasa pengambilan pertama universiti. Sejak daripada tarikhtersebut, UKM telah mengalami perkembangan dan sehingga hari ini terdapat12 buah fakulti, 4 buah pusat akademik, dan 3 buah institusi telah ditubuhkan.Kesemua fakulti kecuali Fakulti Perubatan terletak di kampus utama universitidi Bangi, Selangor. Sebelum penstrukturan dilaksanakan pada tahun 2001,pengajian sains sosial terbahagi kepada 3 buah fakulti iaitu Fakulti SainsKemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa (FPB) danFakulti Sains Pembangunan (FSP) (Shaharir 1994). Ketiga-tiga Fakulti tersebuttelah diperlembagakan menjadi enam pusat pengajian di bawah naungan/payungsebuah Fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)semasa penstrukturan semula dijalankan. Enam buah pusat tersebut adalah PusatPengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL), Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraandan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Pusat Pengajian Media dan Komunikasi(PPMK), Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (PPPPM), PusatPengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS) dan Pusat Pengajian SosialPembangunan dan Persekitaran (PPSPP) (UKM 2004).

Jabatan Sains Politik yang ditubuhkan di UKM pada bulan Februari 1976telah menjadi antara satu bahagian dalam FSKK. Berikutan dengan penstrukturansemula pada tahun 2001, Jabatan telah dikonstruksi semula sebagai sebuahprogram yang ditawarkan oleh PPSPS. Objektif disiplin sains politik adalah untukmelahirkan individu yang berfikiran kritikal dan analitikal, yang mampumemperoleh pekerjaan sebagai pentadbir, guru, pengkaji, ahli politik, pensyarah,dan diplomat (UKM 1999). Sepanjang tiga dekad lepas, perkembangan kurikulumsains politik banyak bergantung pada kehadiran pensyarah-pensyarah/tenagapengajar yang berkualiti. Pada awal pembentukan Jabatan ini, kebanyakanpensyarah hanya mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana. Pada awal tahun-tahun1980an pula, dengan berbekalkan sejumlah 12 orang pensyarah iaitu 2 orangpensyarah yang berkelayakan PhD dan 10 orang pensyarah yang memegangIjazah Sarjana, Jabatan Sains Politik telah menawarkan 10 buah kursus dalamdua semester. Bersesuaian dengan program Ijazah Sarjana Muda yangmengambil masa 4 tahun, kursus-kursus yang ditawarkan adalah Pengantar SainsPolitik, Pengantar Pentadbiran Awam dan Politik, Pengantar PolitikPerbandingan, Pemikiran Politik Melayu, Sistem Politik Arab, Isu-isu dalam

Page 4: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

94 Akademika 66

Pertahanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Perubahan Politik, PenyelesaianKonflik dan Ekonomi Antarabangsa, Politik dan Masyarakat, Pengantar PolitikMalaysia, Falsafah Politik, Pengantar Hubungan Antarabangsa, Politik DuniaKetiga, Analisis Dasar Awam, Kerajaan dan Politik Kesatuan Soviet, Isu-isuPolitik Malaysia dan Politik Hubungan Utara-Selatan (UKM 1985).

Kurikulum sains politik adalah berasaskan kursus wajib dan kursus elektif.Semasa semester pertama dan kedua, sekurang-kurangnya semasa tahun pertamadan tahun kedua pengajian, pelajar diwajibkan mengambil beberapa kursus wajibseperti (Pengantar Sains Politik, Pengantar Pentadbiran Awam, Pengantar PolitikPerbandingan, Pengantar Politik Malaysia dan Falsafah Politik). Apabila pelajarberjaya menyempurnakan atau lulus dalam kursus-kursus teras tersebut, barulahmereka dibenarkan mengambil kursus-kursus elektif dalam tahun ketiga dankeempat pengajian mereka. Penggubalan kursus-kursus teras atau wajib iniadalah untuk menyediakan pendedahan kepada para pelajar dalam bidang sainspolitik. Pelajar yang tidak lulus dalam kursus teras dipercayai tidak mungkinlulus kursus elektif yang mereka ambil. Kursus teras adalah lebih bersifat konsepdan teori, manakala kursus elektif bersifat empirikal. Maka, satu kombinasikursus teras dan elektif akan mempastikan pelajar menguasai asas-asaspengetahuan sains politik setelah mereka menyempurnakan pengajian mereka.Selain itu, para pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Politik juga diwajibkanmenyempurnakan sebuah tesis setebal kira-kira 100 muka surat dan berdasarkanpenyelidikan sebelum mereka dapat menyempurnakan program pengajianmereka secara sepenuhnya (UKM 1985).

UKM adalah satu-satunya universiti yang memiliki Jabatan Sains Politik diseluruh negara. Dengan peningkatan pengambilan kakitangan tambahan(khususnya mereka yang dihantar melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana danPhD di luar negara), Program ini dapat berkembang secara sepenuhnya. Selarasdengan perkembangan yang menjadikan UKM satu daya tarikan kepada bakalpelajar dan pengambilan kakitangan baru, maka kursus-kursus baru telahdiperkenalkan untuk memperlengkapkan kursus-kursus yang lama sepertiEkonomi Politik Malaysia, Politik Asia Selatan, Pemikiran Politik Asian, danTeori Politik Radikal. Kursus-kursus ini telah diperkenalkan bukan semata-mata akibat kemasukan tenaga pengajar baru, tetapi juga disebabkan wujudnyakesedaran bahawa kurikulum politik seharusnya diperluaskan untuk memper-kenalkan kursus dalam kajian wilayah dan ekonomi politik. Maka, pada peng-hujung tahun-tahun 1990-an, bilangan pensyarah di Jabatan ini telah ditambahkepada 14 (4 orang pensyarah berkelayakan PhD dan 10 orang pensyarahberkelayakan Ijazah Sarjana). Jabatan ini juga menerima bantuan daripadaseramai lapan orang tutor bagi menguruskan kelas-kelas yang besar. Peluasankurikulum juga berlaku pada tempoh ini iaitu, sebelum Jabatan ini mengalamipenstrukturan semula pada tahun 2001. Kursus baru yang diperkenalkan adalahPengantar Kaedah Penyelidikan, Analisis Risiko Politik, Kerajaan Tempatandan Politik, Reformasi Pentadbiran di Malaysia, Politik Asia Timur, dan

Page 5: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

95Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia

Pemikiran Politik Islam. Malah, dalam sepanjang tempoh ini juga pelajardibenarkan untuk mendaftar dan mengikuti kursus-kursus yang berada di luardisiplin, khususnya bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan sub-bidang politikdan pentadbiran politik dan pengurusan organisasi (UKM 1977).

Di awal tahun 2000, pembangunan sains politik dipengaruhi oleh perubahanpentadbiran dan akademik. Pembesaran FSSK dengan enam buah pusat pengajiantelah mengakibatkan penurunan kedudukan atau status Program Sains Politik.Penurunan gred dari segi pentadbiran menyaksikan disiplin sains sosial dandisiplin-disiplin yang lain dilembagakan sebagai program di bawah pusat-pusatpengajian yang relevan. Sistem atau struktur pentadbiran jabatan yang sebelum-nya menyediakan ruang bersuara bagi pelbagai disiplin dalam hal-hal berkaitanpengurusan dan peluasan program akademik masing-masing telah dihapuskan.Dalam pada itu, seiring dengan arahan Kerajaan untuk meningkatkan bekalanguna tenaga dalam pasaran kerja, pihak universiti telah mengurangkan tempohpengajian program akademik kedua-dua aliran sains dan sains sosial daripadaempat tahun menjadi tiga tahun. Walaupun paksaan penerimaan perubahanpenstrukturan melibatkan aspek pentadbiran, tetapi pelaksanaannya sememang-nya telah menghindar objektif mengorganisasi semula disiplin sains sosial untukmembenarkan pembangunan pendekatan antara disiplin dalam pengajaran danpenyelidikan.

Berikutan penstrukturan semula, beberapa kursus baru telah ditambahkepada Program Sains Politik seperti Transformasi Politik Dunia, Demokrasidan Masyarakat Sivil, Ideologi Islam dan Barat, Organisasi dan Pentadbiran(governance), Politik Sabah dan Sarawak, Politik Amerika Syarikat, dan PolitikEropah. Terdapat dua faktor mustahak yang menyumbang kepada pengenalankursus-kursus ini. Faktor pertama adalah berkaitan dengan peluasan programini dari segi penyertaan kakitangan pengajar baru dan kedua, berkaitan denganbertambahnya kesedaran bahawa Program Sains Politik perlu memperkenalkankursus-kursus baru yang mendedahkan pelajar kepada perkembangan ekonomipolitik global. Walau bagaimanapun, peluasan program ini telah diperleng-kapkan dengan keputusan Fakulti untuk mewajibkan para pelajar mengambilkursus-kursus yang berada di peringkat Fakulti dan Pusat Pengajian. Kursus-kursus seperti Teknologi Maklumat dan Pengantar Falsafah ditawarkan diperingkat Fakulti manakala Masyarakat dan Politik Malaysia, dan BudayaSejarah Rantau ditawarkan di peringkat Pusat Pengajian (UKM 2000).

Dalam jangka masa dua dekad perkembangan disiplin sains politik, sejumlahbesar pelajar telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda. Jabatan inihanya mempunyai sejumlah kecil pelajar di peringkat Ijazah, iaitu di peringkatIjazah Sarjana dan Doktor Falsafah (DFal atau PhD). Kekurangan tenagapengajar yang berpengalaman serta berkelayakan tinggi khususnya yangmemiliki ijazah PhD telah menghalang perluasan pengajian di peringkat IjazahSarjana. Walau bagaimanapun, di penghujung tahun-tahun 1990an, pengambilanpelajar Ijazah Sarjana telah meningkat secara mendadak. Beberapa faktor

Page 6: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

96 Akademika 66

dikenalpasti menyumbang kepada perkembangan tersebut. Pertama, pengenalanprogram Ijazah Sarjana yang terdiri daripada kombinasi kerja kursus dan projekpenyelidikan telah menarik perhatian para pelajar tempatan dan luar negeri.Kedua, krisis ekonomi yang berlaku pada penghujung tahun-tahun 1990anmenyebabkan ramai pelajar mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan dalammasa yang singkat. Maka, mereka telah mengambil keputusan melanjutkanpengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana bertujuan meningkatkan kemahiranmereka supaya lebih berdaya saing. Ketiga, dengan kemasukan beberapapensyarah berkelayakan PhD, pengambilan pelajar untuk peringkat PhD bukanlagi satu masalah besar sebagaimana dihadapi pada awal-awal perkembanganJabatan ini. Keempat, program sains politik sememangnya terbukti menarik dikalangan pelajar berbanding dengan disiplin-disiplin sains sosial yang lain.Perubahan dramatik dalam bidang politik dan ekonomi di peringkat nasionaldan global telah mewujudkan satu keperluan bagi seseorang pelajar memahamipolitik, teori politik, politik perbandingan, hubungan antarabangsa dan kursus-kursus yang berkaitan. Pada masa kini, Program Sains Politik telah memiliki80 orang pelajar Ijazah Sarjana yang bukan sahaja berasal daripada Malaysiamalah daripada negara-negara luar.

Kursus Ijazah Sarjana terdiri daripada tujuh kursus teras atau wajib danlima kursus elektif. Untuk melayakkan seseorang dikurniakan Ijazah Sarjana,seseorang pelajar harus mengambil kesemua kursus teras/wajib dan enam unitkursus elektif (iaitu sejumlah dua kursus elektif). Yang pentingnya, merekaharus menyempurnakan sebuah projek penyelidikan dalam bentuk tesis yangdiberi nilai 6 unit. Kursus-kursus teras/wajib yang ditawarkan adalah MetodologiSains Politik, Teori Sains Politik, Falsafah dan Ideologi Politik, Politik Antara-bangsa, Ekonomi Politik, Politik Perbandingan dan Teori Politik Malaysia.Manakala kursus-kursus elektif yang ditawarkan adalah Dasar dan PentadbiranAwam, Globalisasi dan Pentadbiran (governance), Politik Gender, Teori Politikdan Pentadbiran Islam, dan Analisis Risiko Politik. Pembahagian kursus-kursuskepada teras dan elektif adalah bertujuan memberikan pendedahan maksimumkepada pelajar dalam pelbagai sub-bidang politik dan juga memperkayakanpengetahuan empiri mereka. Bagi pelajar yang memilih pengajian Ijazah Sarjanaberbentuk penyelidikan, mereka diwajib menyerahkan tesis yang berasaskankerja empirikal yang mencukupi sebelum dihantar kepada pemeriksa luar untukdinilai. Syarat yang sama juga dikenakan kepada mereka yang ingin memohonmengikuti pengajian di peringkat PhD. Mereka diwajib menjalankanpenyelidikan yang mendalam dan tesis yang dihasilkan hendaklah dihantar untukpemeriksaan secara teliti dan kritikal oleh dua orang pemeriksa luar yang dilantikoleh pihak universiti (UKM 2004).

Pengajaran sains politik dan kursus-kursus dalam pelbagai sub-disiplinnyabukanlah dimonopoli oleh Program Sains Politik. Walaupun kursus-kursus terasdiajar di bawah Program ini, tetapi kursus-kursus yang berkaitan ditawarkanoleh unit-unit lain di bawah Fakulti yang sama atau ditawarkan di bawah jaringan

Page 7: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

97Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia

kerjasama akademik antara Fakulti dengan institusi-institusi Kerajaan. Sebagaicontohnya, Program Sejarah di dalam Pusat Pengajian yang sama jugamenawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang sains politik sepertiSejarah Hubungan Luar Malaysia, Sejarah Pembentukan Bangsa dan SejarahKesultanan Melayu, yang ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Manakala, di peringkat Ijazah Sarjana, terdapat beberapa kursus sepertiPembentukan Bangsa Malaysia, Hubungan Antarabangsa dan Migrasi Malaysia,Buruh dan Masyarakat Malaysia. Sementara kursus-kursus sarjana sepertiHubungan Antarabangsa Kontemporar, Globalisasi dan Isu-isu KeselamatanAntarabangsa, Isu-isu Keselamatan Malaysia, Isu-isu Keselamatan Asia Pasifik,Pengurusan Krisis, Evolusi Strategi Pemikiran ditawarkan di bawah ProgramPengajian Strategi juga di bawah Pusat Pengajian yang sama. Begitu juga dengankursus-kursus yang ditawarkan oleh Program Antropologi dan Sosiologi, yangberada dalam Pusat Pengajian yang lain, seperti Pembentukan Negara Bangsadan Identiti, dan Hubungan Etnik. Malah, program Ijazah Sarjana dalam strategidan diplomasi juga ditawarkan melalui kerjasama antara UKM dan InstitutDiplomasi dan Hubungan Luar (IDHL) manakala kerjasama antara UKM danKolej Pertahanan telah menyediakan kursus-kursus yang berkaitan denganhubungan antarabangsa dan ekonomi politik antarabangsa. (UKM 2004).

EPISTEMOLOGI SAINS POLITIK

Program Sains Politik yang wujud di UKM akan mencecah umur tiga dekadmenjelang tahun 2006. Ia masih merupakan program yang paling digemari dandibangun secara sepenuhnya berbanding dengan di universiti-universiti yanglain walaupun mengalami tindakan penstrukturan semula. Selain daripadapencapaian pembangunan yang mengkagumkan, pihak universiti seharusnyamengambil usaha menilai aspek epistemologi program tersebut dan bagaimanaia dapat menyumbang kepada perlanjutan pengetahuan dari segi teori danpraktik.Walaupun kita mendapati bahawa program sains politik yang ditawarkanoleh negara-negara maju lebih mendalam dari segi kursus yang ditawarkan danmempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan, program sains politik di UKM

secara berbanding adalah masih baru. Sememangnya, perkembangan asaldisiplin tersebut di universiti pada peringkat awal banyak ditentukan olehkurikulum yang digunakan oleh beberapa universiti di Amerika Syarikat. Halini selaras dengan penyataan bahawa “sains” politik sememangnya dihasilkanoleh para akademia Amerika Syarikat. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa sifatsemulajadi program sains politik lebih bias kepada penerokaan pengetahuanempirikal berbanding dengan orientasi teoritikal mahupun falsafah. Namunbegitu, sifat program yang lebih menjurus kepada orientasi empirikal tidakmenghalangnya daripada mengambilkira dan menerokai teori dan konsep sainspolitik. Umpamanya, beberapa kursus teras program tersebut adalah lebihmenjurus kepada usaha membantu pelajar memahami pelbagai teori dan konsep

Page 8: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

98 Akademika 66

supaya mereka mampu memahami bahan-bahan empirikal yang disediakan olehkursus-kursus elektif (Riggs 2000).

Selain itu, pihak pengkritik program ini kerap terlepas pandang fakta bahawamasih terdapat dimensi teoritikal yang terkandung dalam kursus elektif yangbersifat empirikal. Kursus elektif tentang politik perbandingan dan hubunganantarabangsa menyediakan ruang tertentu untuk penjelasan teori dan konsepsebelum memberi tumpuan kepada kajian kes empirikal. Walau bagaimanapun,keberkesanan perbincangan teoritikal dan konseptual tidak dapat diabaikan.Namun, keberkesanan perbincangan tersebut banyak bergantung kepada sejauhmana penguasaan para pensyarah terhadap teori dan sejauh mana mereka mampumenunjukkan hubungan penting di antara dimensi teori dan empiri. Sekiranyapara pensyarah cenderung mengelakkan diri daripada mengkontekstual bahan-bahan kursus mereka, maka tentunya tindakan ini akan menimbulkan masalahtertentu. Perbincangan ini tidak mengatakan bahawa program sains politik yangditawarkan adalah sempurna. Program yang ditawarkan sememangnya masihjauh daripada sempurna walaupun terdapat percubaan untuk memperbaiki kualitiprogram tersebut dari semasa ke semasa secara berterusan. Ulasan dan penilaianyang dijalankan oleh program ini dari semasa ke semasa jelas menggambarkanpenyataan bahawa pelajar sains politik di peringkat ijazah sarjana muda danjuga ijazah sarjana tidak berupaya memahami teori dan konsep dari segikegunaannya dalam konteks yang lebih luas di dunia empirikal. Esei pelajar,kertas projek dan disertasi telah menunjukkan satu tanda yang menyedihkantentang wujudnya jurang di antara aspek teoritikal dan falsafah.

Sememangnya kita tidak boleh menyalahkan program tersebut secaraseratus peratus dalam hal ini. Namun, adalah sukar untuk mengambil pendekatanyang bersifat jangka panjang bagi memperbetulkan situasi tersebut kecualidengan kehadiran para pensyarah yang berkelayakan yang sememangnyamenguasai teori-teori sains politik. Program ini selalu berusaha membawa masukkakitangan baru yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang untukmenguatkan program ini. Namun begitu, usaha ini tidak begitu berjaya.Kekurangan insentif material dan halangan birokrasi kerap merumitkan keadaan.Universiti sebagai sebuah institusi awam sememangnya tidak mampu untukbersaing dengan sektor swasta yang jauh lebih menarik dari segi bekalan materialyang terbaik. Malah, tempoh masa panjang yang diperlukan untuk membolehkanseseorang dilantik ke jawatan yang lebih tinggi adalah aspek yang kurangmenarik bagi bakal pensyarah. Kehilangan struktur Jabatan dalam keadaantertentu telah membekukan pengambilan pensyarah dengan ramai. Hal ini keranaprogram tersebut telah kehilangan suara yang dapat mewakili jawatankuasapembuat keputusan. Program ini akan terus diabaikan seandainya tiadapengambilan kakitangan berkelayakan PhD. dilakukan dalam masa yangterdekat.

Masalah kekurangan orientasi teoritikal (sejenis orientasi normatif) di dalamprogram sains politik dan di dalam sains sosial secara am adalah berkaitan dengan

Page 9: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

99Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia

masalah mentakrifkan maksud pengetahuan dan bagaimana untuk menimbapengetahuan. Dengan berbekalkan pengaruh daripada Amerika Syarikat,orientasi pengetahuan di kedua-dua bidang sains dan sains sosial selalumengambil pendekatan yang lebih berorientasikan positivis. Dalam perkataanlain, orientasi falsafah yang mengatakan bahawa pengetahuan seharusnyaditentukan berlandaskan asas hubungan sebab-akibat secara semulajadimempengaruhi disiplin sains politik supaya lebih awal memberi perhatian kepadarealiti empirikal. Dengan tumpuan yang diberikan oleh para positivis tradisionalkepada apa yang dapat dilihat dan diteliti dalam realiti, maka penggunaan teoridan konsep selalunya diguna untuk membantu orientasi empirikal ini secarakhusus. Penggunaan tersebut bukan semata-mata untuk mengkaitkan teoridengan empiri, tetapi untuk membantu kefahaman empirikal. Disebabkanpengaruh kuat Amerika Syarikat dalam sains sosial, program sains sosial diUKM telah sedikit sebanyak menghalang usaha menentukan pilihan alternatifdalam usaha menimba ilmu. Hal ini tidaklah bermakna pengetahuan yangdiperolehi tradisi positivis itu bukan pengetahuan, tetapi para pelajar danpensyarah harus sekurang-kurangnya peka kepada pelbagai alternatifparadigmatik dalam penimbaan epistemologikal (Gordon 1991:21-305).

Sistem pendidikan di Malaysia secara am dan sistem persekolahan tinggisecara khusus, juga boleh dipertanggungjawab bagi kekurangan kreativiti danimaginasi di kalangan pelajar yang memasuki universiti dan institusi pengajiantinggi yang lain. Penekanan yang diberi kepada keputusan peperiksaan, tindakanmengarahkan pelajar ke dalam aliran sastera dan sains dalam usia yang terlaluawal dan struktur kurikulum yang ketat telah menghalang perkembanganpemikiran inovatif dan imaginatif pelajar dalam pelbagai mata pelajaran. Jadi,apabila pelajar-pelajar ini memasuki universiti tempatan, mereka cenderunguntuk mengelak daripada mengambil mata pelajaran dan kursus yangmemerlukan pemikiran kreatif. Biasanya, kursus bersifat teoritikal dan falsafahakan dielakkan ataupun mereka menunjukkan minat yang rendah terhadapmenerima sesetengah cabaran epistemologi. Sama ada seseorang itumembincang disiplin sains politik mahupun disiplin yang lain, terdapatperkongsian pendapat bahawa para pelajar menunjukkan kecenderungan yangkurang dari segi membangunkan minat dalam perbincangan teoritikal. Soalanduniawi yang sering dibangkitkan oleh pelajar adalah: apakah relevansi teorikepada orientasi khusus mereka?

Usaha memperbaiki kualiti kakitangan pengajar, pengenalan lebih banyakkursus yang berbentuk teoritikal dan pembaikan am ke atas kurikulum bolehmemperbaiki status epistemologi disiplin tersebut sehingga tahap tertentu.Namun begitu, sesebuah anjakan paradigma perlukan pemikiran yang holistik.Sebuah pemikiran yang memerlukan pembaikan kualitatif ke atas kurikulum diuniversiti dan sekolah dan yang paling penting adalah sebuah penilaian kritikalyang menyeluruh ke atas program akademik yang sedia ada, sifat semulajadipengaruh asing dan orientasi tertentu para pensyarah. Sesetengah sarjana yang

Page 10: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

100 Akademika 66

mempunyai pemikiran yang kritis akan bergerak ke tahap tertentu denganmeletakkan masalah-masalah orientasi dan intelektual di universiti-universitisebagai kesan merebaknya sejenis pemikiran orientalis. Berkaitan dengan ini,mendiang Edward Said (1978) telah banyak menulis tentang orientalisme danbagaimana penyerapan idea kuasa-kuasa hegemoni tanpa sikap kritis lazimnyaakan mengarah kepada satu keadaan “kurungan akademik” antara para sarjanadan pelajar dalam negara-negara bekas jajahan. Ini tidak bermaksud Saidmenolak fahaman orientalisme sepenuhnya. Namun, beliau memberi amaranbahawa tanpa pembangunan pemikiran kritikal dan tanpa adanya perbincanganke atas perkara yang berkenaan dengan pengetahuan akan menyebabkankebebasan yang dimenangi dalam ruang politik hilang dalam jangka masasingkat atau kemudiannya (Turner 1994).

Dalam dunia pembangunan khususnya dalam negara-negara bekas jajahan,subjek berkaitan dengan pemperibumian pengetahuan (indigenisation ofknowledge) telah diketengahkan dari semasa ke semasa. Walaupun padakebanyakan masa, konsep pemperibumian tidak dijelaskan secara terang, masihterdapat faedah menimbulkan konsep yang amat penting ini. Dalam kata lain,konsep pemperibumian telah dibangkitkan secara am untuk mempastikanbahawa pengajaran dan propaganda pengetahuan sama ada di bidang sainsmahupun sains sosial bergerak selaras dengan keutamaan politik, sosial, ekonomidan budaya negara-negara bekas jajahan. Terdapat hujah mengatakan bahawaaplikasi konsep dan idea yang dihasilkan secara tidak kritis mungkin tidakrelevan atau bersesuaian dengan laluan pembangunan negara membangun.Pemperibumian mungkin wujud di universiti-universiti tempatan, tetapi masihbelum dibangunkan secara sistematik (Alatas, Syed Farid 2000). Di peringkatprogram sains politik secara tidak langsung, pengajaran politik Malaysia,penggunaan teori dan konsep untuk menjelaskan fenomena politik Malaysiamungkin boleh ditafsirkan sebagai penggunaan pendekatan pemperibumianpengetahuan. Walau bagaimanapun, di luar batasan ini, pemperibumian tidakbergerak secara berkesan seperti yang dijangkakan oleh sekumpulan sarjanayang berfikiran secara kritikal dan nasionalistik. Kuasa yang dikenakan olehhegemoni intelektual Barat, pemikiran terkurung para sarjana dan pelajar,kekurangan daya politik dan pengenaan kekangan-kekangan ke atas politik,sosial, dan ekonomi oleh neo-liberalisme pada kebelakangan ini telah bertindakmencegah apa yang boleh dikonsepkan secara popular sebagai pemperibumianpengetahuan. Disiplin sains politik tidak berbeza daripada disiplin lain di semuauniversiti di dalam negara (Alatas, Syed Husin 1974).

PERUBAHAN PENTADBIRAN

Perubahan pentadbiran merupakan suatu yang normal di kebanyakan universiti.Ia dijalankan dengan tujuan memperbaiki perjalanan dan pencapaian Fakulti,

Page 11: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

101Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia

Jabatan dan Program. Maka, sehubungan ini adalah tidak bernas berfikiranbahawa pentadbiran tidak memberi kesan kepada hal akademik berkaitan denganpembaikan akademik dan intelektual dalam pelbagai disiplin, sama ada dalambidang sains ataupun sains sosial. Seperti yang dinyatakan di awal makalah ini,UKM merupakan satu-satunya universiti di seluruh negara yang berupayamenjadikan Jabatan Sains Politik memiliki struktur pentadbiran yang berasinganberbanding dengan disiplin akademik yang lain. Walau bagaimanapun, akibatproses penstrukturan semula yang dijalankan pada tahun 2001, disiplin sainspolitik telah kehilangan struktur pentadbiran berasingannya akibat kemasukan-nya ke dalam Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi yang baru dibentukyang berkongsikan sebuah struktur pentadbiran yang sama. Walaupunpenstrukturan pada asasnya bersifat pentadbiran, namun ia telah memberi kesankepada disiplin tersebut dari segi autonominya di dalam semua aspek FSKK.

Walaupun pelaksanaan penstrukturan semula telah mendekatkan disiplinseperti pengajian sejarah, politik dan strategi dari segi pentadbiran, tetapi didapatibahawa integrasi pengetahuan adalah sesuatu yang tidak begitu jelas. Penekananyang berterusan untuk bergerak ke arah pendekatan bersepadu dalam sains sosial,walaupun terdapat faedahnya, tetapi telah dibantutkan oleh beberapa faktor.Kurangnya panduan daripada pihak universiti, kurangnya juga pengkonsep-tualan mengenai apa yang menjadikan sebuah pendekatan sains sosial sebagaiyang bersepadu, bentuk pemikiran tradisional para pensyarah, dan kursus-kursusteras disiplin yang sedia ada telah mencegah apa yang dianggap sebagaipendekatan inter-disiplin yang longgar dalam sains sosial. Terdapat juga salahfaham di kalangan golongan individu tertentu bahawa aliran ke arah pendekatanmultidisiplin akan menyebabkan dalam jangka masa panjang disiplin tradisionalditutup. Sesuatu pendekatan multidisiplin tidak seharusnya menjadi sesuatu yangmenggantikan pendekatan disiplin yang sedia ada. Pendekatan itu sebaliknya,seharusnya menjadi sesuatu yang digunakan untuk memahami realiti politik,sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam persekitaran kita. Maka, tanpakehadiran dan penerusan kursus-kursus yang berasaskan disiplin, adalah sukaruntuk mempertahankan pendekatan multidisiplin. Malah, secara nyata asaskewujudan pendekatan multidisiplin adalah didasarkan kepada kursus-kursusyang berasaskan disiplin tradisional. Oleh itu, adalah amat penting bagi pihakuniversiti memahami perkara ini sebelum bercakap tentang perlunya pendekatanmultidisiplin. Ini boleh dilihat seterusnya dalam pengenalan kursus-kursusberasaskan empirikal dalam kajian wilayah, politik perbandingan danantarabangsa yang berkehendakkan para saintis sosial daripada disiplin yangberbeza supaya mengambil pendekatan yang komprehensif berdasarkanpengetahuan tertentu yang lebih khusus daripada disiplin masing-masing.

Usaha mengembangkan program pengajian kawasan di dalam FSKK perluditerima dan digalakkan. Program pengajian kawasan memerlukan perhatianmultidisiplin. Dalam erti kata lain, ia memerlukan usaha menyepadukankakitangan daripada pelbagai disiplin untuk mengajar dan menjalankan

Page 12: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

102 Akademika 66

penyelidikan. Walau bagaimanapun, adalah tidak jitu untuk mengatakan bahawaprogram pengajian kawasan boleh wujud tanpa kehadiran pelbagai disiplin terastradisional. Adalah amat mustahak bagi pihak universiti menyedari perkara ini.Cadangan membentuk sebuah pusat baru dalam kajian kawasan dan antara-bangsa bagi menyatukan disiplin sains sosial tradisional seperti sains politikdan sejarah mungkin bukan merupakan satu tindakan yang betul. Walaupunpusat yang berbeza mungkin adalah sebuah idea yang baik, tetapi usaha perludilakukan bagi memastikan disiplin teras tradisional tidak dilemahkan dalamproses penstrukturan tersebut. Ini bermakna, setiap percubaan perlu dilakukandengan cara berunding, berbincang dan telus untuk mempastikan bahawa disiplinteras diperkuatkan dan bukan sebaliknya dalam keghairahan mewujudkan danmengekalkan program-program empirikal yang lebih bersifat gunaan berbandingdengan sifat asas-asasnya. Tidak mungkin adanya pendekatan multidisiplin ataugunaan tanpa perlanjutan disiplin teras itu.

Penstrukturan semula yang berlaku pada tahun 2001 mungkin secara sedaratau tidak telah meletakkan Program Sains Politik di dalam keadaan tanpa suaradan tanpa perwakilan dalam struktur/sistem pembuat keputusan Fakulti. Walaubagaimanapun, masih tidak terlambat untuk mengelakkan penurunan tarafProgram secara berterusan. Walaupun penstrukturan di masa hadapan mungkintidak dapat dipastikan dan akan selalu wujud kemungkinan bahawa disiplinsains politik akan dikembalikan kepada keadaan asal pegangan pentadbirannya,namun adalah menjadi desakan agar program tersebut diperkuatkan. Berbandingdengan disiplin lain di dalam Fakulti, sains politik adalah asas kepadakemunculan/terbitan sub-disiplin dalam pengajian strategi, UKM-IDHL dan UKM-MPAT. Tanpa kewujudan sains politik, maka tidak akan wujud perkara sepertihubungan antarabangsa, ekonomi politik antarabangsa, pengajian strategi dankeselamatan malah pengajian yang berkaitan dengan pertahanan. Secara nyata,mereka yang terlibat dalam pengajaran program-program gunaan ini pernahmendapat latihan akademik dalam bidang sains politik. Pihak universitiseharusnya menyedari kepentingan ini dan mengambil langkah yang bersesuaianuntuk terus memperkuatkan disiplin ini di masa-masa akan datang.

PERUBAHAN MASA DEPAN

Kerelevanan Program Sains Politik mungkin tidak sekadar terletak pada carapentadbiran program tersebut. Perubahan makro global dan cara ia memberikesan kepada perkembangan nasional mungkin menjadi penting dalammenentukan laluan masa depan disiplin ini. Dalam keadaan global sekarang,anjakan serantau dan nasional yang berkaitan dengan kesan globalisasi seolah-olah memberi kesan yang ketara ke atas pihak akademia. Keinginan kebanyakannegara untuk menyertai dan mendapat manfaat daripada kitaran modal,pelaburan dan komoditi global telah mempengaruhi negara supaya mengambil

Page 13: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

103Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia

sesetengah pendekatan untuk memastikan bahawa faedah yang optima dapatdikecapi. Malaysia, seperti juga negara-negara lain terperangkap dalam imperatifini. Usaha untuk menyelaraskan (synchronize) pembangunan politik, ekonomidan sosial dengan keperluan pasaran menunjukkan bahawa kesan yang berkuasake atas sistem pendidikan tinggi telah berlaku. Keutamaan yang diberikan kepadapembangunan program-program akademik sains, perniagaan dan teknologi telahmengurangkan minat terhadap sains sosial dan kemanusiaan. Baru-baru ini,terdapat banyak perbincangan tentang ketakberkaitan disiplin sains sosial danmereka mungkin relevan dengan dunia global. Malah, tindakan mengaruhkanperuntukan dan geran penyelidikan kepada sains semulajadi telah mewujudkankebimbangan terhadap peminggiran sains sosial.

Kemungkinan globalisasi menyumbang kepada fundamentalisme pasaranadalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan atas alasan politik dan ekonomi,tetapi pemahaman asas tentang konsep dan sifat semulajadi kesannya ke atasbangsa memerlukan sumbangan analisis daripada para ahli sains sosial. Sainssosial mempunyai peranan utama dari segi membuat penilaian dan penelitianbagi mengurangkan kesan-kesan negatif globalisasi yang dihasilkan oleh falsafahneo-liberal. Pelajar sains sosial harus diberi peluang mendedahkan diri kepadatokoh-tokoh terkemuka seperti Karl Marx (1959) dan Karl Polanyi (1944) yangmenghujah secara sistematik dan menyakinkan bahawa perluasan pasaranbukanlah satu jawapan kepada kestabilan masyarakat. Marx telah membincangsecara panjang lebar tentang bagaimana sejarah pembangunan kapitalisme daneksploitasi ke atas kelas pekerja bukan sahaja melemahkan institusi tradisionalburuh, malah menyumbang kepada penentangan dalam bentuk yang baru.Menurut Polanyi pula, percubaan untuk mengagungkan pasaran denganmenjejaskan masyarakat pasti akan membangkitkan penentangan daripadaanggota masyarakat (Ramasamy 2005).

Malahan, perbezaan pendapatan antara Utara-Selatan, ketidakseimbanganantara dan di dalam negara bangsa yang ekstrim, ketidakseimbangan etnik,konflik kemiskinan dan identiti bermaksud bahawa sains sosial tidak akan kurangkepentingannya, sebaliknya menjadi semakin relevan. Adalah perlu untukmengingatkan bahawa pendidikan yang bagus dalam sains sosial bukanlahdihasilkan daripada peningkatan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan,tetapi adalah hasil dimensi praktikal untuk memahami dan mengubah sesuatukeadaan kepada yang lebih baik adalah komponen yang penting. Dengan batasanyang ada, disiplin-disiplin ini menyediakan peluang yang penting kepadagolongan lelaki dan wanita untuk memiliki peralatan akademik dan intelektualmereka bagi memastikan dunia menjadi penempatan yang semakin baik, selamatdan demokratik untuk setiap orang. Maka, perbincangan tentang ketidak-relevanan sains sosial pada asasnya merupakan percubaan pihak entusiastikpasaran untuk membentuk satu arah yang membenarkan penembusan globaloleh kuasa pasaran yang tidak terlindung yang menjadi satu-satunya alternatifyang disediakan kepada manusia. Penghapusan alternatif lain, slogan TINA (there

Page 14: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

104 Akademika 66

is no alternative to globalization), perbincangan satu arah tentang apa yangrelevan dan apa yang tidak relevan serta percubaan mendalam untukmengaruhkan perubahan dalam kurikular akademia menggambarkan satukeperluan ideologi kapitalisme moden masa kini.

PENUTUP

Untuk hampir dua dekad, program sains politik di UKM telah memperolehimanfaat hasil struktur jabatan dalam usaha perluasan dan pembentukankepopularitian di peringkat nasional. Ketika itu Jabatan Sains Politik ditubuhkanbertujuan menyediakan program-program ijazah di peringkat ijazah sarjanamuda, ijazah sarjana dan Doktor Falsafah. Kursus-kursus yang ditawarkan olehJabatan berbentuk kursus-kursus teras dan elektif untuk mempastikan paragraduan telah didedahkan dengan pendidikan yang menyeluruh dalam disiplinsains politik. Dengan kemasukan kakitangan tambahan khususnya mereka yangmemiliki kelayakan Doktor Falsafah, Jabatan ini telah berupaya memper-kenalkan lebih banyak kursus khususnya yang berkaitan denan sub-bidangpolitik perbandingan. Di awal tahun-tahun 1990an, sebuah program ijazahsarjana dalam politik baru telah diperkenalkan. Dengan penyempurnaanpenstrukturan semula pada tahun 2001, struktur Jabatan telah digantikan denganstruktur program di dalam PPSPS. Perkembangan disiplin sains politik telahdirosakkan akibat sesetengah masalah epistemologi. Penekanan yang berat keatas kursus-kursus empirikal dengan mengabaikan teori dan falsafah banyakdipengaruhi akademik Amerika yang meletakkan kekangan/halangan kepadapembangunan pelajar. Penekanan positivis terhadap empirisis tidak membukaalternatif lain kepada pelajar untuk diterokai. Malahan, penstrukturan semulayang dilakukan pada tahun 2001 telah meletakkan disiplin tanpa strukturpentadbiran yang mungkin menyediakan suara yang penting atau perwakilandalam bulatan pembuatan keputusan. Kerelevanan disiplin ini dapat dilihatmenerusi perluasan program-program yang berkaitan dengan sub-bidangpengajian hubungan antarabangsa, ekonomi politik antarabangsa, dan strategidan keselamatan. Penekanan kepada pendekatan multidisiplin dalam fakultimungkin menimbulkan masalah sekiranya disiplin tradisional dan teras tidakdiperkukuhkan di masa hadapan. Keperluan terhadap peralatan akademik danintelektual untuk memahami sifat semulajadi globalisasi yang berbahaya telahmemerlukan satu stamina yang baru untuk menyegarkan semula disiplin sainssosial secara am dan sains politik secara khusus.

RUJUKAN

Alatas, Syed Farid. 2000. Academic Dependency in the Social Sciences: Reflections onIndia and Malaysia. American Studies International, 6/1, http://www.highbeam.com/library/doc3.asp?ctrlInfo=Round9c%Aprod….67268247&print=ye

Page 15: Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan ...journalarticle.ukm.my/4274/1/akademika65[02].pdf · yang diberikan di universiti, pencapaian kualitatif pelajar dan pensyarah

105Disiplin Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia

Alatas, Syed Husin. 1974. The Captive Mind and Creative Development. InternationalSocial Science Journal 36(4):691-700.

Gordon, S. 1991. The History and Philosophy of Social Science. London and New York:Routledge.

Marx, K. 1959. Capital, Vol. I. New York: International Publishers.Polanyi, K. 1944. The Great Transformation. Boston: Beacon Publishers.Ramasamy, P. 2005. Kaum Buruh dan Globalisasi: Ke Arah Internationalisme Baru.

Bangi: Penerbit UKM.Ramasamy, P. 1983. The State of Social Sciences in Malaysia: A Brief Historical Review.

Ilmu Masyarakat, Okt-Dis: 67-69.Riggs, F.W. 2000. Fundamental Concepts of Political Science: An Impressionistic

Narrative of the American Experience. http://www2.hawaii.edu/~fredr/pscon.htmSaid, E. 1978. Orientalism. London: Routledge & Kegan Paul.Shaharir Mohamad Zain (pnyt.). 1994. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia:

Tafsiran dan Penghayatan. Bangi: Penerbit UKM.Turner, B.S. 1994. Orientalism, Postmodernism and Globalism. London and New York:

Routledge.Universiti Kebangsaan Malaysia. 2003. Panduan Siswazah: Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan. Sesi Akademik 2003-2004. Bangi: Penerbit UKM.. 1980. Kalendar Universiti 1980-1981. Bangi: Penerbit UKM.. 1985. Kalendar Universiti 1985-86. Bangi: Penerbit UKM.. 1985. Panduan: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.

Sesi 1985-86. Bangi: Penerbit UKM.. 1991. Panduan: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.

Sesi 1991-92, Bangi: Penerbit UKM.. 1997. Panduan: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.

Sesi 1997-98, Bangi: Penerbit UKM.. 2002. Panduan Prasiswazah: Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan. Sesi Akademik 2002-2003. Bangi: Penerbit UKM.. 2004. Panduan Siswazah: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Sesi Akademik 2004-2005. Bangi: Penerbit UKM.

P. Ramasamy Ph.DPusat Sejarah, Sains Politik dan StrategiFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM BangiSelangor, D.E.Malaysia