demam kepialu

2
Demam Kepialu Tanda-tanda Demam kepialu yang tidak diubati akan sembuh dalam masa 4 minggu. Pesakit akan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan beberapa hari (3 hingga 56 hari) setelah dijangkiti oleh bakteria yang telah disebutkan. Tanda pertama yang muncul adalah demam dengan suhu yang tinggi. Suhu badan turun naik sekitar 39 atau 40 darjah Celcius. Selain itu, pesakit juga akan mengalami sakit kepala, sakit otot dan seluruh badan, penat, cirit birit, dan ruam akan timbul di kulit. Cair dan seperti sup kacang hijau adalah sifat khas bagi najis pesakit demam kepialu. Setelah berapa hari, cirit birit akan hilang dan pesakit berhenti terus dari membuang air besar. Pesakit akan menjadi semakin lemah dari hari ke hari. Pada minggu ketiga, tahap kesedaran akan berkurang dan pesakit berada di dalam keadaan delirium. Ketika ini, pesakit seperti berada di dalam kekeliruan. Demam akan beransur-ansur surut padan minggu keempat. Penyebab Penyebab utama demam kepialu ialah bakteria Salmonella typhi. Demam kepialu dapat ditularkan melalui makanan atau air minuman yang telah dicemari oleh najis atau air kencing daripada orang yang telah dijangkiti penyakit

Upload: dennis-ha

Post on 22-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

---

TRANSCRIPT

Page 1: Demam Kepialu

Demam Kepialu

Tanda-tanda

Demam kepialu yang tidak diubati akan sembuh dalam masa 4

minggu. Pesakit akan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan beberapa hari

(3 hingga 56 hari) setelah dijangkiti oleh bakteria yang telah disebutkan.

Tanda pertama yang muncul adalah demam dengan suhu yang tinggi.

Suhu badan turun naik sekitar 39 atau 40 darjah Celcius. Selain itu, pesakit

juga akan mengalami sakit kepala, sakit otot dan seluruh badan, penat, cirit

birit, dan ruam akan timbul di kulit. Cair dan seperti sup kacang hijau adalah

sifat khas bagi najis pesakit demam kepialu. Setelah berapa hari, cirit birit

akan hilang dan pesakit berhenti terus dari membuang air besar.

Pesakit akan menjadi semakin lemah dari hari ke hari. Pada minggu

ketiga, tahap kesedaran akan berkurang dan pesakit berada di dalam

keadaan delirium. Ketika ini, pesakit seperti berada di dalam kekeliruan.

Demam akan beransur-ansur surut padan minggu keempat.

Penyebab

Penyebab utama demam kepialu ialah bakteria Salmonella typhi. Demam

kepialu dapat ditularkan melalui makanan atau air minuman yang telah

dicemari oleh najis atau air kencing daripada orang yang telah dijangkiti

penyakit ini. Lalat juga merupakan salah satu penular penyakit ini.

Rawatan

Antibiotik merupakan ubat utama dalam merawat demam kepialu. Pada suatu

ketika dulu, ubat chloramphenicol digunakan sebagai ubat pilihan untuk

merawat demam kepialu. Tetapi ubat tersebut tidak digunakan lagi kerana

bakteria penyebab demam kepialu telah berevolusi dan tidak dapat dibunuh

dengan chloramphenicol. Sekarang, ubat ciprofloxacin digunakan untuk

merawat demam kepialu.

Page 2: Demam Kepialu

Selain itu pesakit juga harus minum air dengan banyak dan memakan

makanan yang tinggi kalori untuk memberikan tenaga supaya badan cepat

sihat.

Pencegahan

Demam kepialu dapat dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Basuhlah tangan sebelum makan, elakkan makan di tempat yang kotor,

jangan gunakan air dari sumber yang tidak dirawat, elakkan memakan

makanan yang tidak dimasak, dan makanlah makanan yang masih panas.

Selain itu, suntikan vaksin juga dapat mencegah penyakit ini.