definisi maklumat edited
TRANSCRIPT
DEFINISI MAKLUMAT
Maklumat ialah suatu bentuk penerangan yang dibuat berdasarkan sumber yang
diperolehi dalam bentuk data hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan
data yang kemudiannya dapat memberi manfaat dan menambah tahap pengetahuan kepada
penerima maklumat tersebut. Menurut Brown (seperti yang dipetik dalam Paisley dan Chen,
1982), maklumat boleh didefinisikan sebagai sistem yang menterjemahkan mesej supaya
dapat disimpan, mendapatkan kembali dan kemudiannya dimanipulasikan dan akhirnya
menjadi sumber akhir yang sedia untuk digunakan (Definisi ICT, t.t.).
Selain itu, maklumat menurut McLead JR (1983), telah mentaksirkan ianya sebagai
data yang telah diproses atau data yang memberi makna yang difahami kepada seseorang
individu yang kemudiannya akan dibuat kesimpulan mengenai sesuatu isu atau permasalahan
dan membuat tindakan susulan bagi penambahbaikan (hlm. 592).
McLeod JR, R. (1983). Management Information System (2nd ed.) North Carolina: Science Research Associates.
Definisi ICT. (t.t.). Diakses pada 26 Julai, 2010, daripada http://www.mts.kelantan.edu.my/definisiict.html
FUNGSI DAN KEPENTINGAN MAKLUMAT
Fungsi maklumat ialah untuk mengubah organisasi kognitif seseorang individu dan
seterusnya memberi kesan kepada cara seseorang individu itu berfikir dan membantu dalam
proses pembuatan keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Maklumat amat
diperlukan dalam mengatur sesebuah organisasi bagi melakukan pembaharuan atau lebih
tepat lagi sebagai agen penting bagi membantu proses pembuatan keputusan oleh pihak
pengurusan. Menurut H. Schiller (seperti yang dipetik dalam Ding Choo Ming, 1998),
maklumat memainkan peranan yang semakin penting dalam proses kehidupan dan
pengurusan. Dari segi sosial, maklumat yang sudah diproses menjadi data yang berguna dan
terkini akan menjadikan kita lebih pandai, kreatif, produktif, dan berinovatif seperti yang
dituntut oleh dunia kini dengan memanfaatkan sumber yang ada dengan sebaik mungkin dan
memberi pendidikan yang berguna kepada masyarakat.
Ding Choo Ming. (1998). Zaman Maklumat. Diakses pada 26 Julai, 2010, daripada http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_teknologi/zaman_maklumat.htm
SEJARAH PERKEMBANGAN MAKLUMAT
Maklumat dahulunya disebarkan melalui simbol-simbol dan lukisan yang dilakarkan
di dinding-dinding gua untuk berkomunikasi sesama mereka sebelum adanya penemuan
kertas. Setelah berlakunya evolusi perkembangan, penggunaan kertas mula timbul dan
seterusnya digarap secara bercetak dalam bentuk buku bagi memudahkan masyarakat
menimba ilmu. Namun kini, rentetan era kemajuan teknologi maklumat beserta kemajuan
inovasi teknologi komunikasi, masyarakat hari ini berada dalam zaman peralihan dalam cara
penerimaan dan penyebaran maklumat.
Perkembangan teknologi komputer telah menyebabkan permulaan era maklumat di
seluruh dunia. Ini berubah lagi ketika maklumat boleh dimanipulasi secara sepenuhnya,
berikutan munculnya komputer. Maklumat telah diterjemahkan secara terus menerus, dari
analog menjadi digital. Oleh itu mengakses maklumat adalah lebih menyeronokkan dan
sememangnya lebih mudah dengan penggunaan komputer berikutan kepelbagaian bentuk dan
jenis maklumat yang dapat diperolehi. Perkembangan tersebut sememangnya telah
mengurangkan kebergantungan masyarakat terhadap sumber-sumber maklumat lain
tertamanya yang bercetak seperti buku, suratkhabar dan sebagainya.
Title of document (Date of publication). Retrieved day, month, year, from http://Web address
A Brief History On Information (
Budaya membaca buku kian terpinggir kerana masyarakat mempunyai cara lain yang lebih
mudah untuk mendapatkan segala maklumat yang dikehendaki dan ingin diketahui dengan
hanya diselongkar dalam jaringan internet sahaja. Masyarakat hari ini lebih berminat untuk
berkomunikasi dengan menggunakan komputer melalui e-mel, CD-rom, dan internet
berbanding dengan mencari buku-buku sebagaimana lazimnya. Dengan kata lain, internet
ialah satu cara baru masyarakat berkomunikasi dengan berjuta-juta orang di seluruh dunia
untuk mendapatkan segala informasi dan maklumat terkini yang terlalu banyak di dalamnya
(Ummi Munaliza, 2009).
Ummi Munaliza. (2009). Aplikasi teknologi maklumat (IT). Diakses pada 26 Julai, 2010, daripada http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=5435.0
PERKEMBANGAN SEMASA MAKLUMAT
Rentetan dari pelbagai kemajuan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa
terutamanya dalam dunia ICT semakin banyak penemuan-penemuan yang menjadikan
maklumat itu sesuatu perkara yang penting yang mesti ada pada setiap masa dan boleh
diakses tanpa mengira masa dan tempat. Menurut Floridi (2010), di dalam bukunya
Information: A Very Short Introduction telah menyuarakan pendapatnya bahawa kini kita
hampir tidak mustahil untuk mendapatkan semua maklumat dan mampu diperoleh dengan
mudah di laman-laman web memandangkan hampir semua data adalah realistik untuk
dijadikan sumber rujukan dan menjadi maklumat. Sebagai contoh perkembangan teknologi
komputer dalam perubatan telah membolehkan berlakunya penemuan deoxyribonucleic acid
atau ringkasnya DNA. DNA pada beliau adalah data bagi setiap manusia dari pelbagai segi
terutamanya genetik dan ia telah menjadi sesuatu yang amat penting bagi menyalurkan
maklumat untuk tujuan perubatan, forensik dan penyelidikan. Natijah dari perkara-perkara
tersebut dan seumpamanya adalah dari maklumat yang disampaikan yang akhirnya
mewujudkan satu evolusi dalam bidang perubatan (hlm. 7-10).
Floridi, L. (2010). Information: A Very Short Introduction, 11, 7-10.
JANGKAAN PERKEMBANGAN MASA DEPAN
KESAN MAKLUMAT KEPADA PERSEKITARAN DAN MASYARAKAT
RUMUSAN
Maklumat kini merupakan satu komoditi yang amat penting bagi setiap individu yang
mahu menambahkan ilmu pengetahuan dan keyakinan diri bagi bergaul dengan masyarakat
untuk berjaya dalam bidang yang diceburi ditambah pula dengan persaingan sengit dunia
sekarang. Dengan adanya teknologi terkini, segala maklumat dapat diperoleh dengan mudah
hanya di hujung jari tanpa memerlukan masa yang lama.
Pendek kata, jika masyarakat menggunakan teknologi yang disediakan secara
bijaksana iaitu menggunakan internet sebagai penyalur maklumat utama dengan sebaik
mungkin, ianya sememangnya amat berguna dan bermanfaat untuk memperkaya dan
menjelajah perkembangan minda ke arah masyarakat yang lebih maju, berdaya saing dan
progresif.