hhhc9301 kemahiran pengurusan maklumat · pdf filebab i pengenalan 1.1 definisi pengurusan...

24
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 4 SEMESTER 1 2014/ 2015 TAJUK: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DISEDIAKAN OLEH: TAN XIU LING A143401 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SITI FARIDAH BT. ABDUL JABBAR

Upload: dinhthuy

Post on 16-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

HHHC9301

KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

SET 4

SEMESTER 1 2014/ 2015

TAJUK:

LAPORAN AKHIR

KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

DISEDIAKAN OLEH:

TAN XIU LING

A143401

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. SITI FARIDAH BT. ABDUL JABBAR

Page 2: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

BAB I

PENGENALAN

1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT

Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

pemeliharaan, dan pemansuhan maklumat.Definisi bagi maklumat adalah data,bahan

dan pengetahuan di mana maklumat tersebut mestilah relevan ,boleh dipercayai,boleh

difahami dan membantu mengurangkan ketidakpastian.Dari segi istilah,literasi

maklumat adalah keupayaan mencari atau mengguanakan maklumat yang menjadi

kunci pembelajaran sepangjang hayat.Individu yang celik maklumat ini adalah yang

tahu bagaimana pengetahuan dicari,disusun dan digunakan agar masalah dapat

diselesaikan dan orang ramai dapat memahaminya.

Konsep Literasi Maklumat adalah seperti berikut:

perkembangan kemahiran maklumat

kelancaran maklumat

latihan pengguna

kecekapan maklumat

orientasi perpustakaan

pendidikan berguna

pengajaran bibliografi

Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses membangun,memanfaat dan

menggunakan pengetahuan yang terdiri daripada 3 komponen.Proses ini dapat

meningkatkan daya saing organisasi yang mana pengetahuan yang dikongsi dapat

menjana idea yang kreatif serta sesungguhnya pengetahuan hanya akan bertambah

nilai apabila dikongsi bersama individu lain.Dalam konteks organisasi,pegurusan ini

Page 3: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

dapat membantu ahli mencari,meilih dan menyebarkan pengetahuan untuk

menyelesaikan masalah selain dapat mengawal penciptaan,penyebaran dan

penyuntingan pengetahuan.Terdapat 4 proses utama dalam hal ini iaitu

penciptaan,penyimpanan dan pemerolehan semula,pemindahan dan aplikasi.

Setiap maklumat yang diperoleh itu perlulah disahkan akan kesahihannya sebagai

usaha menangkis sebarang fakta salah dan palsu dan dapat diterima melalui teknik

berikut :

membentuk sikap positif untuk mengurus maklumat

melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan

mencari mentor atau pembimbing

berkongsi pengetahuan

menerap pengetahuan dalam menyelesaikan masalah.

1.2 DEFINISI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Definisi tajuk di atas adalah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau

profesional yang dilakukan sepanjang masa sejak dari kecil hingga menjangkau usia

puluhan secara sukarela dan atas motivasi sendiri.Pembelajaran ini terdiri daripada

latihan ,pembangunan diri,dan pembelajaran di mana dapat melengkapakan diri

dengan ilmu yang kental bagi menghadapi cabaran-cabaran semasa akan datang.PSH

dilaksanakan dalam beberapa konsep :

home schooling/tidak formal

pendidikan formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil

pendidikan lanjutan formal di institusi pengajian tinggi

latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme

pembelajaran maya menggunakan alat multimedia

Pendidikan Jarak Jauh merupakan salah satu kaedah pendidikan sepanjang hayat yang

direalisasikan melalui konsep e-pembelajaran atau juga dikenali sebagai mobile

learning yang mana berlaku secara formal secara maya dikendalikan oleh pihak

institusi dan universiti.E-learning merupakan dasar baru dari perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi. Dengan e-learning,pelajar tidak perlu berada di dalam

kuliah untuk mendengar kuliah secara langsung. E-learning juga dapat menjimatkan

Page 4: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

waktu pengajian.Kemudahan ini membolehkan seseorang memperoleh pelbagai

pengalaman pembelajaran menerusi internet.

Pembelajaran Sepanjang Hayat merangkumi 4 asas utama iaitu :

kesedaran diri-mengenali diri sendiri dan mampu mengenal pasti identiti diri

perancangan untuk belajar-menetapkan ibjektif/perancangan bagi mencapai

matlamat itu

memahami cara belajar-mengetahui kaedah belajar

penilaian berterusan-pemantauan tentang hasil pembelajaran sendiri

1.3 PENGENALAN PROGRAM

Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memupuk kemahiran pengurusan

maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan mahasiswa/i supaya

generasi tersebut dapat mencari dan mengurus maklumat yang diperolehi secara

kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah. Kursus ini melengkapkan pelajar

UKM menjadi individu yang mampu mengurus maklumat secara sistematik di

samping memupuk pembelajaran kendiri ke arah pembudayaan pembelajaran

sepanjang hayat.

Demi menyempurnakan projek ini, saya telah memilih dan menyertai program

Pesta Tanglung UKM Ke-35. Program Pesta Tanglung mempunyai misi untuk

memperkenalkan budaya-budaya Tiong Hua di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Program tersebut bermatlamat menyatukan mahasiswa-mahasiswi berlainaan kaum

melalui persefahaman budaya serta memperkenalkan dan meningkatkan imej UKM

dalam kalangan masyarakat luar. Selain itu, melalui anjuran pelbagai aktiviti-aktiviti

di bawah program ini, mahasiswa-mahasiswi didedahkan kepada aktiviti kebudayaan

yang pelbagai supaya dapat mempertingkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap

kepentingan secara aktif dalam aktiviti bersifat kebudayaan.

Sehubungan itu, saya telah ditugaskan sebagai AJK Penerbitan dalam program

tersebut. Sebagai ahli program, saya melibatkan diri dan memberikan bantuan dalam

pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Contoh aktiviti ialah penyediaan

majalah program, menjadi penolong dalam Karnival anjuran S.J.K (C) Sin Bin,

penyediaan Malam Persembahan Pentas dan sebagainya. Melalui penyertaan dalam

aktiviti-aktiviti tersebut, saya berpeluang untuk menerapkan kemahiran untuk nilai-

Page 5: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

nilai dan sikap-sikap positif dan berkomunikasi dengan pelbagai pihak sama ada

secara dalaman ataupun luaran. Saya berupaya menyampaikan idea, memberi

motivasi, mengadakan perbincangan, berkongsi maklumat dan menyelesaikan

masalah dengan berkesan.

Dengan penyertaan program tersebut, kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat saya dapat dipertingkatkan..

Page 6: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

BAB II

PEMILIHAN PROJEK

Nama projek : Program Pesta Tanglung UKM Ke-35 (PTUKM)

No. kelulusan : DN00334/2014

Anjuran : Sekretaria Pesta Tanglung UKM Ke-35

Dengan kerjasama : Pusat Kebudayaan UKM

Anjuran bersama : Urusetia Artisukma UKM

Tarikh pelaksanaan : 23/09/14- 21/11/14

Tema tahunan : ‘PERSEFAHAMAN BUDAYA, ASAS KEBUDAYAAN’

Jawatan disandang : AJK Penerbitan

Page 7: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

BAB III

PERANCANGAN PROJEK

Mesyuarat bahagian mingguan diadakan sebanyak 8 kali pada setiap hari Jumaat di

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi:

Memperkenalkan program kepada ahli

Ahli-ahli baru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut fungsi

kumpulan seperti bahagian penerbitan, bahagian protokol, bahagian pameran,

bahagian kewangan dan sebagainya. Ahli-ahli akan diperkenalkan maklumat

berkenaan dengan program Pesta Tanglung seperti misi, matlamat, logo, lagu program

dan lain-lain.

Menerangkan peranan dan tugasan ahli

Ahli-ahli baru didedahkan kepada penerangan berkaitan dengan tugasan,

tanggungjawab dan peranan yang perlu mereka laksanakan berdasarkan kumpulan

mereka. Dengan ini, ahli-ahli sedar dan faham apakah komitmen yang mereka wajar

berikan untuk menjayakan program tersebut.

Mengeratkan hubungan ahli-ahli

Melalui perjumpaan mingguan, ahli jawatankuasa, ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama

saling berkenalan antara satu sama lain. Ini membantu menwujudkan dan

mengeratkan hubungan tali silaturahim antara mereka. Dengan ini, kerjasama yang

berkesan dapat diwujudkan dan tahap komunikasi antara ahli-ahli juga dapat

dipertingkatkan. Ini membantu dalam menjamin program supaya berjalan lancer dan

sempurna atas kerjasama yang diberikan oleh ahli.

Page 8: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

BAB IV

PELAKSANAAN PROJEK

Dalam pelaksanaan tugasan, saya telah melakukan:

Aktiviti Persediaan Malam Persembahan Pentas

Saya melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan bagi Malam Persembahan Pentas di

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) selama 3 hari, iaitu dari 20 hingga 22

November 2014.

Aktiviti promosi

Saya memperkenalkan aktiviti-aktiviti PTUKM kepada masyarakat sama ada dalam

ataupun luar kampus dengan pelbagai poster melalui penggunaan media elektronik,

Facebook.

Tugas Taksifan dan Terjemanah

Sebagai ahli kumpulan penerbitan, saya ditugaskan untuk mentaksifkan beberapa

artikel Bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia bagi tujuan penerbitan majalah program.

(Rujuk Lampiran)

Tugas Jualan Tiket

Saya membantu mempromosikan dan menjualkan tiket Malam Persembahan Pentas

PTUKM ke-35 yang bakal diadakan pada 22 November 2014 kepada pihak luar

kampus.

Page 9: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

BAB V

PERANAN SAYA

Semasa mesyuarat bahagian dijalankan, saya membantu menjana idea-idea supaya

aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sempurna. Saya telah

dipertanggungjawabkan untuk membantu mentaksifkan beberapa karangan Bahasa

Cina kepada Bahasa Malaysia. Karangan-karangan tersebut menerankan tema

program tersebut iaitu Wei Xiao yang membawa maksud ketaatan kepada golangan

tua dan menceritakan pelbagai karangan yang berkaitan dengan kaedah untuk

menghormati ibu bapa dan memahami beberapa tindakan yang dibuat oleh ibu bapa

dengan mendalami. Karangan yang ditaksif akan digunakan dalam menghasilkan

majalah cenderamata dan diberikan kepada penonton-penonton semasa Malam

Persembahan Pentas. Majalah yang dihasilkan bertujuan untuk memperkenalkan

persatuan Pesta Tanglung UKM kepada masyarakat luar kampus. Di samping itu,

dengan pelbagai karangan yang disertai dalam majalah, kami berharap ia dapat

meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan untuk ketaatan kepada ibu

bapa.

Disebabkan bahagian penerbitan dan pameran diletakkan dalam Jabatan

Penyelidikan, oleh itu, kedua-dua bahagian ini saling membantu antara satu sama lain.

Saya sebagai salah satu ahli dalam bahagian penerbitan turut membantu dalam

menyediakan bahan yang hendak dipamerkan pada Malam Persembahan Pentas.

Antaranya termasuklah menyediakan buku bacaan khas yang menerangkan ketaatan

dan kehormatan kedapa ibu bapa supaya mengingati para pembaca bahawa

pengormatan kepada ibu bapa perlu dilakukan seawal mungking kerana masa ibu

bapa bersama kita adalah terhad. Untuk menghasilkan bahan bacaan tersebut, kami

telah mempersembahan dalam bentuk gambar-gambar yang boleh difahami dengan

Page 10: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

mudah kepada para pembaca. Bahan pameran yang lain juga boleh dilihatkan dalam

lampiran.

Pada pagi hari perlaksanaan Majlis Persembagan Pentas, saya dan rakan-rakan

telah dipertanggungjawapkan untuk menyusun tempat duduk bagi para penonton yang

akan datang. Antaranya termasukkan penonton dari penaja-penaja dan persatuan-

persatuan daripada universit-universiti lain seperti persatuan dari Universiti Malaya

(UM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

dan sebagainya. Untuk memastikan tempat duduk yang disediakan adalah sesuai

dengan bilangan penonton yang datang untuk memastikan tempat duduk

dimaksimumkan, saya dan rakan saya telah membuat pengesahan dengan pihak-pihak

tertentu sebelum melakukan perangcangan peraturan tempat duduk.

Tambahan pula, saya juga terlibat dalam memberikan idea papan untuk

menghasilkan tunjuk jalan yang digunakan ketika Malam Persembahan Pentas. Papan

tunjuk jalan ini digantung di sekitar kawasan UKM sama ada dalaman atau di luaran

kampus untuk memudahkan para hadirin yang datang ke Malam Persembahan Pentas

sampai ke destinasi persembahan, iaitu Dewan Canselor Tun Abdul Razak

(DECTAR). Saya memberikan beberapa cadangan dan sokongan terhadap reka

bentuk, isi kandungan dan bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan papan

tersebut. Akhirnya, keputusan dibuat dengan penggabungan idea-idea bernas yang

disumbangkan oleh semua ahli-ahli projek.

Selain itu, saya juga terlibat dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah

yang dihadapi ketika program dijalankan. Saya bekerjasama dengan AJK lain dalam

melaksanakan tugas mentafsirkan karangan Bahasa Mandarin kepada Bahasa Melayu.

Semasa kami melakukan tugas, saya mendapati bahawa rakan saya tidak berapa mahir

dalam penguasaan bahasa Melayu. Sebahagian ayat yang ditafsir mempunyai

kesilapan tatabahasa dan sesetengah perkataan Bahasa Melayu yang digunakan tidak

sesuai dalam menyampaikan mesej yang ingin disampai. Oleh itu, saya berperanan

untuk menyemak semula karangan yang ditafsir oleh rakan AJK lain demi

memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan penggunaan perkataaan yang tidak sesuai

dalam karangan yang ditafsirkan. Perkara tersebut amat penting kerana mesej tidak

dapat disampaikan dengan betul dan berkesan jikalau ayat dan perkataan yang

digunakan tidak tepat dalam mesej yang hendak disampaikan.

Page 11: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Saya diberikan tanggungjawab untuk bertugas sebagai petunjuk jalan bagi

pemandu kereta yang datang mengunjungi pada Malam Persembahan Pentas. Saya

dan rakan kumpulan saya telah menyediakan pelan yang berkaitan dengan tempat

meletakkan kenderaan dan membuat perancangan tentang bilangan “VIP” yang akan

datang untuk memastikan tempat letak kenderaan bagi meraka disediakan. Saya

ditempatkan di tempat perletakkan kenderaan bagi perasmi dan “VIP” yang terletak di

hadapan DECTAR pada Malam Persembahan Pentas. selain itu, tugas saya juga

memastikan pengunjung yang datang menonton persembahan pentas memandu ke

jalan yang ditentukan bagi meletakkan kenderaan mereka dalam tempat letak kereta

yang sudah ditetapkan. Perkara sebegini adalah bagi memastikan kelancaran trafik

semasa program dilaksanakan. Saya berusaha menjawab soalan yang ditujukan oleh

pemandu kereta dan menunjukkan jalan yang perlu mereka ikuti.

Page 12: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

BAB VI

HASIL PEMBELAJARAN

Daripada program yang dilaksanakan, beberapa kemahiran telah dipertingkatkan:

Saya telah belajar untuk menterjemahkan artikel dalam bahasa yang berbeza

dan pengurusan maklumat dalam menyusun maklumat yang ada untuk

menghasilkan sebuah majalah.

Saya belajar teknik-teknik memberikan pandangan dengan sikap dan cara

yang lebih sesuai di hadapan orang ramai tanpa mengabaikan kepentingan dan

perasaan orang lain.

Saya dilatih melihat sesuatu masalah dari sudut dan dimensi yang pelbagai.

Contohnya, kami meramal segala keadaan yang mungkin berlaku dan menaja

cara untuk mengatasinya dalam proses penyediaan tempat perletakan

kenderaan bagi memudahkan para penonton.

Saya telah membuat analisis awal tentang tempat perletakan kenderaan dan

petunjuk kepada orang awam. Dengan maklumat yang didapati, kami mula

membuat perancangan dengan menguruskan maklumat tersebut tentang

tempat perletakkan kenderaan yang kepada perasmi dan “VIP” yang akan

hadri.

Saya telah menguruskan maklumat yang didapati tentang bilangan penonton

yang akan hadir oleh para penanja dan persatuan daripada universiti yang lain

untuk memudahkan pembahagian tempat duduk kepada para penonton.

Dengan itulah, saya juga telah mempelajari cara untuk menyusun tempat

duduk secaara sistematik dengan membuat perancangan awal sebelum

bertindak.

Page 13: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

LAMPIRAN

Artikel dalam Majalah

Artikel Bahasa Cina (1):

尊重

父亲退休后,不甘在家里闲着,于是我在家附近帮他找了份花匠的工作。父

亲是个极度负责人的人,自上班那天起就没有休息过,每天精心的照顾那些

花草。

有一天,刮着很大的风,父亲仍早早的就起来了。我下楼准备上班时,父亲

已经在花坛里修剪枯枝了。“爸,休息一会吧。”我轻喊。父亲转头过来,

我忽然发现他皮衣的背上有一天约半尺长的裂口,当时我即皱了皱眉,说:

“爸,你的衣服都破了,怎么还穿呢?”父亲脸上惊过一丝微笑,说:“这

衣服是麋皮的,挡风,还是前些年你给我买的呢!”

“我不是给您买新的了吗?”我有些不悦,这年头谁还穿破衣服啊,别人会

以为我这个做女儿的不孝顺。父亲说:“穿着新衣服,干活不方便。”

当天晚上,我出差去了外地,一走就是好几天。回来的第二天早上,我在公

寓区的院子里没有发现父亲的身影,于是往家里打了电话询问。

电话是母亲接的。母亲说,你父亲病了,因为着凉引起的感冒。我说:“天

这么冷,他怎么就不多穿天衣服呢?”母亲沉默了好一会儿才说:“那天,

你把从你那儿回来,脱下那件旧皮衣就冲我发脾气,说我不该让他穿那件破

衣服去上班,还他丢了女儿的脸。第二天,他硬是不肯穿那件衣裳,我让他

穿新的皮衣他又舍不得,最后只穿了一件薄薄的上衣就出去了,回来就病倒

了。”

挂掉电话,我仿佛看见了父亲穿着薄薄的衣衫在寒风里发抖的样子。而他这

样做,只是为了配合我,维护我那可怜而又莫名其妙的自尊心!

Page 14: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

你不知道的事:

回想过去的年年月月,父母似乎已经习惯了站在我们的角度去处理事情,无

论是在学习还是工作上,他们都极力的配合我们。而我们,也在父母慷慨的

支持和宠爱下,渐渐地忽略了他们的想法,最后将物质的给予与孝顺画上等

号,却忘了为人子女对长辈应有,最起码的孝顺—尊重。

Ditaksifkan kepada bahasa Malaysia:

Kehormatan

Selepas bapa bersara, dia tidak mahu duduk sahaja di rumah. Justeru,saya

mendapatkan kerja sebagai tukang kebun di kawasan perumahan saya

untuknya.bapa saya merupakan seorang yang bertanggungjawab, oleh itu, dia

tidak pernah bercuti sejak bekerja sebagai tukang kebun.

Pada suatu hari, angin bertiup dengan jencang, dia tetap bangun awal. Apabila

saya bangun awal untuk membuat persediaan untuk bekerja, dia sudah berada

dalam kebun bunga untuk memangkaskan dahan layu. “Ayah, berehatlah sebentar.”

Saya berkata. Tiba-tibanya saya ternampak bahawa jaket kulit yang dipakainya

telah berlubang. Saya mengkerutkan dahi dan berkata “Ayah, baju kau sudahlah

berlubang tetapi kenapa masih memakainya?” Ayah membalas dengan senyuman

dengan berkata “Jaket ini biduat daripada kulit kambing gunung dan ia boleh

melindungi saya daripada agin. Tambahan pula, kamu yang membelikan jaket ini

kepada saya pada beberapa tahun lepas.”

“Bukanlah saya sudah beli sehelai yang baru kepada kamu?” Saya tidak berpuas

hati kerana menakutkan orang lain yang ternampak akan menganggap saya

sebagai anak yang tidak menjagakan ibu bapa.

Pada malam tersebut, saya telah meninggalkan rumah untuk menguruskan

perniagaan di luar negara. Apabila saya pulang ke rumah, saya mendapati bahawa

bapa telah bercuti. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menelefon balik

rumah untuk bertanya khabar tentang kehadiran bapa daripada tempat bekerja.

Page 15: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Telefon telah dijawab oleh ibu dan ibu mengatakan bahawa bapa telah sakit

deman. “kenapa bapa tidak memakai baju yang berlebihan apabila cuaca yang

begitu sejuk?” saya tanya. Ibu berdiam sebentar dan berkata “Hari itu selepas dia

pulang daripada rumah kamu, dia menanggalkan jaket tersebut dan memarahi saya

bahawa saya tidak patut membenarkan dia memakai jaket yang berlubang itu dan

menyebabkan awak kehilangan maruah. Pada hari kedua, dia tidak mahu memakai

jaket yang lama itu lagi. Akhirnya dia hanya memakai sehelai baju kemeja yang

nipis dan pergi bekerja. Sebaik sahaja dia balik dari kerja, dia sudah jatuh sakit.”

Selepas itu saya menamatkan penggilan tersebut, saya bagaikan nampak wajahnya

memakai baju kemeja itu dan gementar dalam cuaca yang sejuk. Dia berbuat

demikian hanyalah untuk menjaga maruah saya sahaja.

Apa yang anda tidak tahu:

Kita tidak harus memikirkan diri sendiri tetapi mengabaikan pemikiran ibu bapa.

Sebagai anak, kami harus memahami mereka dan mengambil berat ibu bapa

daripada sudut pemikiran mereka. Kita tidak harus menandakan kesamaan dalam

kebendaan yang diberi dan kenangan kepada ibu bapa, tetapi melupakan

pengiktirafan yang penting sekali iaitu kehormatan.

Page 16: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Pelan

TEMPAT TUGASAN

38

P (12)- vvip

KUAN WEI

XIU LING

DECTAR

P(115)

-45 motor

AMY LING

LINDA LING

P(18)

-PT 35

P (84)

- 30 motor

SHAO MIN

XU DA

JIN XIN

P(66)

-12 bus -Vvip

-Media

SIN WEI

YUE MEINN

SWEE HWA

Tree

P(35)

-20 motor

PEI SHAN

JUN YANG

P(56)

-extra

parking lot

ZI HAO

KTHO

Page 17: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Gambar

Gambar diambil semasa hari Majlis Pelacaran Pesta Tunglung UKM ke-35.

Sesi fotografi untuk penyediaan majalah program.

Page 18: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Sesi fotografi untuk penyediaan majalah program. Gambar diambil selepas

mesyuarat diadakan.

Bahan Promosi bagi Karnival Lantera Hias.

Page 19: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Bahan promosi sesi perkongsian dengan senior.

Page 20: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Bahan promosi bagi Malam Persembahan Pentas.

Majalah yang diterbitkan

Page 21: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Pengaturan tempat duduk untuk penonton.

Haisan tempat masuk dewan.

Page 22: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Bahan untuk kegunaan pameran semasa Malam Persembahan Pentas.

Cenderamata kepada penonton

Page 23: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Surat Kelulusan

Usrat kelulusan JPPEL.

Page 24: HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT · PDF fileBAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi,

Sijil Penghargaan.

Sijil Penghargaan sebagai AJK Penerbitan.