edited ms iso9000

23
PPP 6044 PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN SELVARAJA RAHMAN M20141000261 1.0 PENDAHULUAN Secara konvensional, kualiti didefinisikan sebagai sesuatu yang paling baik dan sesuai digunakan, tahan lama, serta bentuk terbaik. Ada juga yang merujuk kualiti sebagai imej yang cemerlang, reka bentuk kelas pertama dan paling baik. Namun secara strategik, teori pengurusan memberi takrifan kualiti sebagai “memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan”. 1.0 Definisi Amalan Pengurursan kualiti (ISO) Amalan Pengurusan Kualiti (ISO) menjadi satu topik utama sejak 1960- an lagi. Kebanyakan Negara-negara maju seluruh dunia termasuk Malaysia memperakukan dan melaksanakan system kualiti sebagai standard jaminan kepada output yang dibekalkan dan juga menjadi kepentingan pelaksanaan system kualiti kepada Negara lain untuk menembusi pasaran dunia. ISO adalah kualiti yang diterima diperingkat global.ISO menyarankan penggunaan aplikasi kitaran Shewart dan Deming, iaitu rancang, laksana, semak dan bertindak untuk mencapai penambahbaikan secara berterusan. Peningkatan system pengurusan kualiti adalah jaminan kepada organisasi untuk merancang, mengurus , meguluarkan produk, menyediakan modal insan yang berkualiti disamping dapat memberikan perkhidmatan dan barangan yang memenuhi keperluan pelanggan . Sistem kualiti juga merangkumi pengurursan kualiti, system dan jaminan kualiti berhubung dengan struktur , prodedur , keperluan dan unsur pengurusan yang akan berkait rapat dengan input-proses-output. 1.2 Pengertian ISO dan ISO 9000 ISO ialah nama singkatan kepada Internationan Organizational for Standardazition. ISO adalah sebuah badan bersekutuan yang mengabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab 1

Upload: selva-raj

Post on 17-Feb-2016

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

Page 1: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M201410002611.0 PENDAHULUAN

Secara konvensional, kualiti didefinisikan sebagai sesuatu yang paling baik dan

sesuai digunakan, tahan lama, serta bentuk terbaik. Ada juga yang merujuk kualiti sebagai

imej yang cemerlang, reka bentuk kelas pertama dan paling baik. Namun secara strategik,

teori pengurusan memberi takrifan kualiti sebagai “memenuhi kehendak dan permintaan

pelanggan”.

1.0 Definisi Amalan Pengurursan kualiti (ISO)

Amalan Pengurusan Kualiti (ISO) menjadi satu topik utama sejak 1960-an lagi. Kebanyakan

Negara-negara maju seluruh dunia termasuk Malaysia memperakukan dan melaksanakan

system kualiti sebagai standard jaminan kepada output yang dibekalkan dan juga menjadi

kepentingan pelaksanaan system kualiti kepada Negara lain untuk menembusi pasaran

dunia. ISO adalah kualiti yang diterima diperingkat global.ISO menyarankan penggunaan

aplikasi kitaran Shewart dan Deming, iaitu rancang, laksana, semak dan bertindak untuk

mencapai penambahbaikan secara berterusan. Peningkatan system pengurusan kualiti

adalah jaminan kepada organisasi untuk merancang, mengurus , meguluarkan produk,

menyediakan modal insan yang berkualiti disamping dapat memberikan perkhidmatan dan

barangan yang memenuhi keperluan pelanggan . Sistem kualiti juga merangkumi

pengurursan kualiti, system dan jaminan kualiti berhubung dengan struktur , prodedur ,

keperluan dan unsur pengurusan yang akan berkait rapat dengan input-proses-output.

1.2 Pengertian ISO dan ISO 9000

ISO ialah nama singkatan kepada Internationan Organizational for Standardazition. ISO

adalah sebuah badan bersekutuan yang mengabungkan organisasi dari seluruh dunia yang

bertanggungjawab mewujudkan standard (PIAWAIAN) di Negara masing-masing. Tujuan

penubuhan badan ini adalah untuk menggalakkan kewujudan piawaian antarabangsa.

Kewujudan ISO 9000 adalah untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan

oleh Negara-negara ajli diiktiraf di peringkat dunia.

ISO 9000 adalah satu piawaian bertulis yang menetap dan menetap dan menerangkan

elemen – elemen asas yang perlu ada dalam system kualiti bagi memastikan perkhidmatan

yang diberikan sesebuah organisasi dapat memenuhi keendak pelanggan. Pelanggan

adalah dianggap sebagai masa depan organisasi. Oleh itu kesungguhan untuk memuaskan

kehendak dan kemahuan pelanggan secara bererusan perlu diletakkan sebagai objektif

utama organisasi. Didalam persaingan menghadapi pasaran global yang semakin sengit

Persijilan system kualiti telah menjadi satu konponen yang sangat penting kepada sesebuah

1

Page 2: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261organisasi. Alasan organisasi berusaha untuk mendapatan pengesahan persijilan system

kualiti ISO 9000 adalah untuk mengekalkan posisi mereka dalam pasaran berbanding

dengan organisasi –organisasi pesaing mereka yang telah sedia disahkan atau belum

supaya mendapat satu langkah ke hadapan daripada pesaing-pesaing mereka (Bayus

et.al.,1997)

Sistem ISO 9000 menekankan penetapan dan pelaksanaan piawaian untuk menghasilkan

produk yang konsisten pada tahap kualiti yang telah ditentukan oleh organisasi . Sistem ISO

9000 terdiri dari lima piawaian dan penerangan secara ringkas mengenai piawaian-piawaian

tersebut adalah seperti di jadual bawah.

JENIS NAMA

PIAWAIAN

KETERANGAN

Garis Panduan

ISO 9000 Garis Panduan bagi memilih dan

menggunaan model kepastian kualiti

yang sesuai

ISO 9004 Garis Panduan bagi melaksnaan

pengurusan kualiti dan elemen-elemen

sistem kualiti.

Model Kepastian Kualiti

ISO 9001 Kepastian kualiti dalam ; pengeluaran

produk atau perkhidmatan

ISO 9002 Kepastian kualiti dalam ; Pengeluaran

produk atau perkhidmatan.

ISO 9003 Kepastian kualiti dalam; Pemeriksaan

akhir dan ujian.

2

Page 3: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M201410002612.0 Elemen Elemen Sistem Pengurusan Kualiti

Mengikut amalas biasa, ISO 9000 disemak semula setiap empat tahun , maka piawaian-

piawaian diatas yang ditertbitkan dalam tahun 1987 telah dikemaskini sekali lagi dalam

tahun 1994. Didalam didtem piawaian ISO 9000 (ISO 9001) elemen –elemen yang perlu ada

dalam sistem pengurursan kualiti adalah seperti diterangkan di jadual

Elemen-Elemen

1. Tanggungjawab Pengurusan

2. Sistem Kualiti

3. Semakan Kontrak

4. Kawalan Reka bentuk

5. Kawalan Dokumen dan Data

6. Perolehan

7. Kawalan barangan yang dibekalkan oleh pelangan

8. Identifikasi dan kemudahankesanan barangan

9. Kawalan proses.

10. Pemeriksaan dan pengujian

11. Kawalan Peralatan pemeriksaan, pengukuran dan pengujian

12. Status pemeriksaan dan pengujian

13. Kawalan barangan yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan

14. Tindakan pembetulan dan pencegahan

15. Pengendalian, penyimpanan, pembungkusan, pemuliharaan dan penghantaran.

16. Kawalan rekod-rekod kualiti

17. Audit kualiti dalaman

18. Latihan

19. Khidmat susulan

20. Teknik- teknik statistic

Sumber PKPA(2010)

3

Page 4: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M201410002613.0 Ciri-ciri MS ISO 9000:2008a.       Penambahbaikan berterusan.

b.       Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan.

c.       Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan.

d.       Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan.

e.       Memastikan keberkesanan latihan.

f.       Analisa data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti.

g.       Maklumat kepuasan/ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian

objektif kualiti.

MS ISO 9001:2008 dalam Pendidikan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan

dan kefahaman agensi-agensi Sektor Awam mengenai keperluan-keperluan standard dalam

melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan standard MS ISO 9001:2008.

Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan standard MS ISO 9001:2008 yang

dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

MS ISO 9000 merupakan satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan

keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam SPK sesebuah agensi. Standard SPK MS

ISO 9000 mengkehendaki agensi mengenal pasti kehendak pelanggan, merancang dan

mengawal proses yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak pelanggan,

menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya bagi anggota yang terlibat dalam SPK

dan menjalankan pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses dalam SPK

mencapai matlamatnya. Dalam hubungan ini, standard MS ISO 9000 juga merupakan

blueprint bagi melaksanakan inovasi dalam tindakan penambahbaikan dan peningkatan

sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi

berkenaan.

4

Page 5: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261

4.0 Prinsip –Prinsip Pengurusan Kualiti Mengikut ISO 9000 2008

5

Page 6: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261

5.0 Model SPK MS ISO 9001:2008 Berasaskan Pendekatan Proses

6

Page 7: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M201410002616.0 Struktur Standard MS ISO 9001:2008

KEPERLUAN PROSES PENGURUSAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN

Secara umum, keperluan kepada pengurusan kualiti dalam bidang pendidikan

adalah sejajar dengan Misi Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga

Matlamat Pendidikan Malaysia. Ketiga-tiga pernyataan yang disebutkan mengandungi

maksud untuk meningkatkan kualiti khususnya dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Pernyataan mengenai Misi Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut;

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan

potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia (Misi Pendidikan

Malaysia).

7

Page 8: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M201410002617.0 Kaedah-Kaedah Pelaksanaan Standard MS ISO 9001:2008

a) Latihan Pendedahan Kepada Standard

Kedua-dua pihak, iaitu agensi yang ingin beralih ke standard baru dan agensi yang pertama

kali ingin melaksanakan standard perlu memberi latihan pendedahan mengenai keperluan-

keperluan standard MS ISO 9001:2008 kepada anggota agensi, termasuk pengurusan

atasan.

b) Menjalankan Analisis Jurang

Agensi yang ingin beralih ke standard baru perlu membuat analisis jurang bagi membuat

perbandingan di antara dokumentasi sedia ada dengan keperluan standard MS ISO

9001:2008. Daripada analisis jurang ini agensi akan dapat mengenal pasti dokumentasi

yang perlu disediakan. Agensi yang pertama kali ingin melaksanakan standard perlu

mengenal pasti dokumentasi yang perlu disediakan berasaskan standard MS ISO

9001:2008.

c) Dokumentasi MS ISO 9001:2008

Agensi yang ingin beralih ke standard baru perlu mengemas kini Manual Kualiti selaras

dengan perubahan-perubahan dalam standard MS ISO 9001:2008 berbanding dengan

standard MS ISO 9001:2000. Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja yang telah disediakan

hanya perlu dikemas kini dan ditambah baik, di mana perlu. Agensi yang pertama kali ingin

melaksanakan standard perlu menyediakan dokumentasi yang terdiri daripada 4 peringkat

dokumen iaitu:

i. Manual Kualiti Dokumen yang mengandungi dasar dan objektif agensi, penerangan ringkas

mengenai SPK termasuk bagaimana seksyenseksyen dalam Standard MS ISO

9001:2008 dipatuhi

. ii. Prosedur Kualiti

Prosedur Kualiti adalah dokumen yang menggariskan tujuan dan turutan langkah

bagi melaksanakan sesuatu proses dengan terperinci dari aspek bagaimana dan mengapa

ianya dilaksanakan serta bila, di mana dan siapa yang melaksanakannya. Prosedur Kualiti

terbahagi kepada dua iaitu Prosedur Kualiti Proses Utama dan Prosedur Kualiti Pengurusan

dan Sokongan. Arahan Kerja merupakan dokumen yang memperincikan lagi

tindakantindakan dalam Prosedur Kualiti.

8

Page 9: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261ii. Dokumen Rujukan

Merupakan dokumen dalaman dan luaran yang dirujuk dalam SPK. iv. Rekod Kualiti

Dokumen yang menunjukkan bukti pelaksanaan SPK yang diwujudkan. Penyediaan

dokumen-dokumen tersebut hendaklah berasaskan kepada keperluan-keperluan

dalam seksyen 4 hingga 8 dalam standard MS ISO 9001:2008.

d) Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

Agensi yang ingin beralih ke standard baru dan agensi yang pertama kali ingin

melaksanakan standard perlu melaksanakan SPK setelah dokumentasi MS ISO 9001:2008

disedia dan diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam sesebuah agensi. Sebagai

persediaan untuk pelaksanaan, semua anggota yang terlibat perlu diberi pendedahan

kepada dokumentasi yang disediakan bagi membolehkan mereka memahami dan

melaksanakannya dengan teratur. Sebaik sahaja SPK dilaksanakan, agensi boleh membuat

permohonan kepada Badan Pensijilan yang dipilih untuk proses pensijilan.

e) Latihan Audit Dalam

Agensi yang ingin beralih ke standard baru dan agensi yang pertama kali ingin

melaksanakan standard perlu memberi latihan audit dalam kepada anggota agensi yang

dipilih.

f) Menjalankan Audit Dalam

Agensi yang ingin beralih ke standard baru dan agensi yang pertama kali ingin

melaksanakan standard perlu melantik pasukan audit dalam daripada kalangan anggota

yang telah dilatih untuk menjalankan audit dalam. Audit dalam boleh dijalankan setelah SPK

dilaksanakan bagi tempoh sekurang-kurangnya dua bulan. Penemuan-penemuan audit

dalam hendaklah diambil tindakan susulan sebelum Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

dijalankan.

g) Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Agensi yang ingin beralih ke standard baru dan agensi yang pertama kali ingin

melaksanakan standard perlu menjalankan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan setelah

audit dalam dilaksanakan. Mesyuarat ini hendaklah membincangkan sekurang-kurangnya

agenda seperti yang telah ditetapkan dalam standard (rujuk Seksyen 5.6.2). Wakil

Pengurusan bertanggungjawab untuk memastikan tindakan diambil ke atas semua

keputusan mesyuarat.

9

Page 10: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M201410002618.0 HUBUNGAN ISO 9000 DAN KUALITI PENGURUSAN PENDIDIKAN .

ISO 9000 mentafsirkan kualiti sebagai keseluruhan cirri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk

atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak yang nyata dan tersirat (Nor Asikin.2001).

Ciri- ciri dan sifat ini ditentukan mengikut kehendak pelanggan. Jesteru itu kualiti bermakna

memenuhi kehendak pelanggan. Dari aspek perkhidmatan pula kualiti yang dapat

memenuhi kehendak pelanggan termasuklah menepati masa, etepatan fakta , layanan

mesra , keselesaan, kecekapan, kebolehpercayaan, informtif dan mudah diperolehi.

8.1 PENDEKATAN PENCAPAIAN KUALITI

1.kawalan Kualiti

Kawalan Kualiti boleh didefinisikan sebagai telnik yang digunakan untuk mengenalpasti

produk yang tidak memenuhi atau mematuhi spesifikasi. Konsep kawalan kualiti

menekankan aspek pemeriksaan keatas produk setelah ianya dibuat atau dihasilkan.

Kawalan kualiti ni banyak melibatkan kerja-kerja pemeriksaan dan verifikasi terhadap produk

akhir yang telah dihasilkan. Akibatnya banyak pembaziran kerana sumber organisasi

digunakan sahulu untuk menghasilkan peoduk yang sebahagianya tidak akan memenuhi

spesifikasi. Kaedah kawalan kualiti lebih berbentuk reaktif atau mengatasi masalah selepas

uanya berlaku.

Rajah 9 :Proses Kawalan Kualiti

2. Kepastian Kualiti

Dalam kaedah kepastian kualiti , kawalan kualiti tidak ditumpukan kepada produk akhir

tetapi kepada semua proses yang menghasilkan produk atau perkhidmatan tersebut.

Pengawala semua proses dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang tidak

memenuhi spesifikasi dapat dielakkan sebelum ianya berlaku dan sumber organisasi dapat

10

INPUT PROSES OUTPUT

AKTIVITI KAWALAN

VERIFIKASI

Page 11: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261dijimatkan. Kaedah kepastian kualiti ini merupaka langkah proaktif untuk mencegah dripada

berlakunya masalah dan dapat mengurangkan pembaziran sumber organsasi.

Kepastian kualiti adalah metlamat utama yang hendak dicapai oleh ISO 9000. Matlamat

kepastian kualiti akan dapat dicapai apabila kehendak pelanggan difahami dan proses bagi

memenuhi kehendak ini dirancang dikawal secara proaktif bukan secara reaktif. Semua

kawalan proses hendaklah dilakukan diperingkat input dan proses. Output yang dihasilkan

akan melalui proses verifikasi bagi menentukan spesifikasi dipatuhi. Pelaksanaan proses

akan dibuat berasaksan dasar dan prosedur –prosedur kualiti yang didokumennkan.

Manakala Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula menyatakan;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah

Pendidikan Kebangsaan).

Seterusnya, Matlamat Pendidikan Malaysia menyatakan;

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan

sejahtera.

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan

• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Sekiranya kita meneliti secara halus mengenai pernyataan-pernyataan yang

terkandung di dalam Misi Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Matlamat Pendidikan Kebangsaan seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita akan mendapati

bahawa matlamat utama yang hendak di capai adalah berkait rapat dengan kualiti dalam

semua bidang khususnya dalam bidang pendidikan.

Pengurusan Kualiti Pendidikan di Peringkat Sekolah Dalam Perspektif MS ISO 9000

Sesebuah sekolah atau institusi pendidikan diibaratkan seperti sebuah kilang yang mencipta

dan mengeluarkan tenaga manusia yang memenuhi permintaan masa depan. Keupayaan

mendidik, melatih dan melahirkan insan sepadu yang berkemahiran dan berbudaya luhur

11

Page 12: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261merupakan manifestasi keunggulan pendidik yang futuristic, kreatif dan inovatif. Pendidik

sebegini sentiasa responsive kepada perubahan yang pesat berlaku. Adalah terlalu malang

bagi negara seperti Malaysia seandainya sekolah gagal melahirkan generasi holistic-dua

dalam satu.

Pengurusan kualiti menyeluruh adalah satu konsep, prosedur dan proses bertujuan supaya

sesebuah organisasi atau institusi pendidikan seperti sekolah diuruskan dengan efisyen dan

efektif berasaskan keberkesanan kos. Dengan itu, kualiti bukan sahajar merupakan sesuatu

yang dapat dilihat pada keluaran atau perkhidmatan tetapi juga lebih menyeluruh meliputi

sebarang operasi dan urusan yang dikendalikan oleh sesebuah organisasi. Pada tahap ini,

kualiti akan dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran, kebolehan kakitangan, kelicinan

sistem-sistem operasi dan sebagainya..

Pengurusan Kualiti mempunyai beberapa ciri penting yang dapat dilihat melalui empat aspek

iaitu matlamat TQM, fokus TQM, strategi TQM bagi meningkatkan kualiti. Matlamat TQM

ialah memberi kepuasan hati pelanggan. Dalam konteks pendidikan pula matlamat TQM

adalah memberi setiap perkhidmatan kepada pelajar dan prosesnya hendaklah berkualiti.

Matlamat yang ingin dibina ini seharusnya dengan berdasarkan penilaian keperluan mega,

makro dan mikro dan matlamat berkenaan adalah saling berhubung kait. Contohnya, jika

matlamatnya ialah untuk melahirkan pelajar yang tinggi sahsiahnya, ianya perlu selari

dengan matlamat sekolah, masyarakat dan juga matlamat pendidikan Negara.

Fokus kepada pelanggan

Pelanggan sesebuah organisasi dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelanggan dalam

organisasi atau pelanggan dalaman dan pelanggan luar organisasi atau pelanggan luaran.

Analogi pelanggan, bila dikaitkan dengan pengurusan pendidikan, maka kumpulan

pelanggan yang pertama merujuk kepada guru di sekolah, manakala kumpulan yang kedua

adalah pelajar-pelajar sekolah berkaitan.

Sebagai pelanggan, kedua-dua pelanggan ini menggunakan segala kemudahan dan

perkhidmatan yang disediakan di sekolah walaupun keperluan, kehendak dan kepentingan

mereka berbeza. Namun kepentingan mereka perlu dipenuhi. Oleh yang demikian fokus

kepada pelanggan sebagai suatu proses dan prosedur memerlukan kajian dan analisis

terperinci bersabit dengan keperluan dan hasrat mereka serta bagaimana keperluan dan

hasrat tersebut dipenuhi. Kegagalan memenuhinya akan membawa kesan jangka panjang

terhadap Negara.

12

Page 13: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261Sebagai contoh, pelajar yang dikatakan adalah pelanggan yang memerlukan program

pendidikan di sekolah yang bukan sahaja menitikberatkan persoalan akademik sesuatu

objek semata-mata tetapi memerlukan aplikasi dan artikulasi ilmu untuk memahirkan mereka

dalam bidang-bidang yang diikuti. Para guru pula memerlukan suasana kondusif untuk

melaksanakan proses pembelajaran dengan lebih sempurna dan sistem perkhidmatan yang

lebih menarik untuk meningkatkan motivasi untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif.

Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab sekolah untuk membayangkan dan

seterusnya merancang supaya keperluan kedua-dua pihak terpenuh dengan kos yang sedia

ada.

Proses penambahbaikan

Konsep penambahbaikan diasaskan kepada andaian bahawa sesuatu kerja itu adalah

kesan daripada rangkaian tindakan dan aktiviti – aktiviti yang berkaitan yang dijalankan

untuk menghasilkan sesuatu output yang dikehendaki. Pemerhatian dan penelitian yang

berterusan terhadap proses dan rangkaian tindakan serta aktiviti –aktiviti yang dijalankan

akan mengurangkan ketidaksamaan atau perbezaan output dan dalam masa yang sama

pula meningkatkan reliabiliti proses dan sistem yang dijalankan.

Konsep di atas boleh dianalogikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sebagai contoh, sesuatu subjek yang akan diajar sudah tentu memerlukan perancangan

aktiviti-aktiviti tertentu supaya subjek tersebut lebih senang difahami dan mudah

melakukannya, khususnya subjek yang memerlukan belajar sambil melakukannya. Proses

ini memerlukan kreativiti dan inovasi pendidik melalui pendedahan idea-idea baru.

Pembelajaran di luar bilik darjah, dan lawatan sambil belajar adalah contoh –contoh program

yang dapat meningkatkan motivasi terhadap pembelajaran yang diikuti.

Untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, para pendidik perlu didedahkan

kepada idea-idea sebegini melalui latihan tertentu atau wacana kerana mereka adalah

bertanggungjawab melaksanakannya. Setiap guru yang berupaya memperkenalkan sesuatu

konsep berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran yang efisyen dan efektif wajar dihargai

melalui anugerah sebagai penghargaan kerana sumbangan yang diberikan.

Matlamat utama penambahbaikan ialah untuk menentukan reliability atau keboleh

percayaan untuk menghasilkan output tanpa perbezaan atau ketidaksamaan. Sekiranya

ketidaksamaan tidak boleh diminimumkan dan hasilnya masih tidak memuaskan, maka

proses penambahbaikan ialah mereka suatu proses kerja yang baru yang boleh

menghasilkan kualiti yang memuaskan para pelanggan.

13

Page 14: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261

Pengelibatan menyeluruh

Pendekatan bagi penglibatan menyeluruh bergantung kepada kepimpinan pengurusan yang

aktif. Kepimpinan yang aktif ialah usaha dan keupayaan sekolah dalam utilisasi bakat serta

kemampuan guru dalam menjalankan tugas supaya sekolah yang terbabit dapat menandingi

prestasi sekolah di sekitarnya. Para guru diberi galakan untuk meningkatkan usaha mereka

melalui kerjasama dan sistem kerja yang sistematik bagi memperbaiki proses kerja yang

sedia ada, yang akhirnya meningkatkan prestasi sekolah.

8.2 JAMINAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN

. Kewujudan jaminan kualiti dalam dunia pendidikan telah lama wujud dan ianya semakin

dipertingkatkan dari masa ke masa. Perubahan masa dan keadaan dunia, telah

menyebabkan dunia pendidikan semakin maju dan berubah. Berdasarkan kajian lampau,

pusat-pusat pendidikan terkemuka di United Kingdom, telah mengujudkan Jabatan atau Unit

Jaminan Kualiti yang bertujuan untuk menggalakkan budaya “Total Quality Management

(TQM)” berdasarkan Quality System bagi memenuhi syarat piawaian The British Standard

5750/ISO9001. Sistem Kualiti ditadbirkan oleh Unit Jaminan Kualiti yang bertanggungjawab

terhadap tiga jenis aktiviti Jaminan Kualiti iaitu :

Pengalaman pembelajaran akademik Khidmat sokongan yang berbagai jenis Audit kualiti

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 Pelan ini dibangunkan dengan mengambil kira

analisis, temu bual, tinjauan dan kajian yang melibatkan panel pakar pendidikan negara dan

antarabangsa, selain turut melibatkan pegawai di kementerian, guru, pemimpin sekolah dan

ibu bapa. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025 bakal mengupayakan pelaksanaan

berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan kebangsaan

secara menyeluruh. Perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 disusun ke

arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti,

kelestarian serta kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh terdekat. Sistem pendidikan di

Malaysia menjelang tahun 2025, seharusnya berupaya mencapai penyertaan menyeluruh

segenap lapisan pendidikan pelbagai peringkat untuk menempatkan diri pada kedudukan

kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan semua

murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti dan seterusnya

menyemai identiti Nasional dalam kalangan murid. Strategi pelaksanaan dan sistem

sokongan yang mantap, merangkum sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan

14

Page 15: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261yang cekap dan berkesan adalah jaminan kualiti bagi merealisasikan usaha peningkatan

kemenjadian murid. Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha

menyediakan sistem pendidikan berkualiti.

Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi mapan bergantung

pada keupayaan menambah baik keberhasilan jaminan kualiti sistem pendidikan negara

dengan cepat dan berkesan, serta signifikan kepada keperluan negara. Oleh yang demikian,

adalah penting untuk mewujudkan kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan

murid, guru, pemimpin sekolah, pegawai kementerian serta pihak awam untuk menghadapi

cabaran ini dengan pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif. Kualiti

sistem pendidikan merangkum pelbagai dimensi.

Pentaksiran terhadap kualiti pendidikan dalam bab ini memberi tumpuan sebahagian

besarnya kepada dimensi intelektual keberhasilan akademik murid dengan menggunakan

data yang ada dan boleh diukur. Terdapat aspek lain yang kritikal terhadap jaminan kualiti

pendidikan seperti perkembangan rohani, emosi, dan jasmani seseorang murid.

9.0 Penerapan Kaedah Jaminan Pengurusan Kualiti di Peringkat IPTA

Antara kaedah lain yang dapat digunakan untuk proses pengurusan kualiti di

peringkat sekolah ialah menerapkan jaminan kualiti yang digunapakai diperingkat IPTA

dengan menstruktur semula mengikut kesesuaian di peringkat sekolah. Hal ini tidak mustahi

dilakukan kerana Malaysia telah menetapkan satu standard jaminan kualiti bagi keseluruhan

instiutsi samada IPTA awam atau swasta untuk mengawal kualiti pendidikan peringkat tinggi

di Malaysia.

9.1 Bahagian atau Aspek Standard

Standard tidak mendefinisikan secara spesifik kualiti produk (contohnya, kurikulum yang

ditentukan), tetapi menyatakan keperluan luas dalam komponen struktur, proses dan hasil

pendidikan tinggi dan sistem pengurusan kualiti institusi. Garis panduan kriteria dan

standard IPTA di Malaysia telah pun ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh wakil

komuniti akademik, profesional dan kerajaan pada bulan Mac 2002. Ia menyediakan garis

panduan amalan baik dan keperluan umum dalam sembilan bahagian atau aspek struktur

dan proses pendidikan tinggi yang dijana dari pertimbangan proses taksiran akademik yang

diterangkan dalam bahagian (4). Pengkategorian kepada sembilan bahagian ini

memudahkan pengumpulan data, analisis kendiri dan penilaian luaran.

15

Page 16: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261

Visi, misi , matlamat dan hasil pembelajaran;

Rekabentuk program pendidikan dan kaedah pengajaran pembelajaran;

Penilaian pelajar;

Pemilihan pelajar dan sistem sokongan;

Staf akademik;

Sumber pendidikan;

Penilaian program;

Kepimpinan dan governans;

Penambahbaikan kualiti berterusan.

10.0 KESIMPULAN

Piawaian ISO 9000 adalah merupakan sistem Pengurusan kualiti untuk sesebuah

Organisasi. Penglibatan semua pekerja daripada hirarki yang paling tinggi kepada paling

bawah dalamsesebuah organisasi diperluka secara menyeluruh untuk menjamin kejayaan

pelaksanaan sistem ini.

Mendapatkan pengiktirafan ISO 9000 merupakan satu perkara yang penting untuk kita

meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan didalam organisasi. Disamping itu mematuhi

keperluan ISO 9000 secara berterusan menjamin penambahbaikan proses, operasi, produk

dan perkhidmatan organisasi dari masa ke semasa serta keperluan terhadap proses

pengurusan kualiti di peringkat sekolah perlu dinilai dan ditambahbaik dari masa ke semasa

untuk memberikan perkhidmatan pendidikan terbaik kepada seluruh rakyat. Hal ini sangat

perlu demi untuk menjamin kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan dan diterima

sebagai pendidikan yang bertaraf dunia. Misi dan visi pendidikan di Malaysia juga

mengharapkan agar pendidikan yang diberikan kepada seluruh warga Malaysia berkualiti

tinggi

16

Page 17: Edited Ms ISO9000

PPP 6044PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI PENDIDIKAN

SELVARAJA RAHMAN M20141000261

BIBLIOGRAFI

Crosby, P. B. (1 992). Completeness: Quality,for the 21 Century, New York: Dutton.

Deming, W. E. (1982). Quality, Productivity and Competitive Position, Cambridge, MA:

Massachusetts Institute of Technology, Center for Advanced Engineering Study.

Feigenbaum, A. V. (1991). Total Quality Control (3"" Ed.). New York: McGraw-Hill.

Golhar D. Y. & Aliire S. L. (1994). TQM for business students: An experiential learning

approach, Itzternutional Journal of’ Quulity & Reliability Management, 12(7): 54-64.

Ishikawa, K. (1985), What Is Total Quality Control? The Japanese Way, New Jersey:

Prenticc Hall.

Oakland, J. S. (1993), Total Quality Management: The Route to Improving Performance

( 2nd Ed. ), Oxford: Butterworth-Heinemann.

PKPA (1992), Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam,

Kuala Lumpur: MDC Sdn. Bhd.

17