definisi dan konsep tatabahasa wacana

8
1.0 DEFINISI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), wacana pula ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya, yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Harimurti Kridalaksana (1984), menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hirarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. Wacana yang terdiri dalam bentuk tulisan atau lisan, diujarkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan sesuatu topik. Wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dan pembaca. Wacana lisan dihasilkan melalui media lisan yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar. Pengajaran tat abahasa wacana dalam penulisan secara umum meliputi pengaplikasian aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantik.Dalam pengajaran penulisan di sekolah- sekolah, di peringkat sekolah rendah mahupun menengah, pelajar dilatih untuk mengungkapkan gagasan dan buah fikiran(idea) dengan tepat dan jelas tentang segala perkara, sama ada yang berbentuk akademik ataupun kegiatan- kegiatan harian serta pengalaman dalam berbagai-bagai jenis penulisan. Konsep tatabahasa wacana bagi penulisan ialah membolehkan pelajar : mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan. Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan. Menulis surat kiriman, berita dan rencana

Upload: wanihawani

Post on 19-Jan-2016

70 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Dan Konsep Tatabahasa Wacana

1.0 DEFINISI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA

Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), pengajaran tatabahasa membolehkan murid-

murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan

kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan

berkomunikasi dengan berkesan. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), wacana

pula ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat,

sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya, yang

memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap.

Harimurti Kridalaksana (1984), menyatakan bahawa wacana adalah satuan

bahasa terlengkap; dalam hirarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi

atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti

novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa

amanat yang lengkap.

Wacana yang terdiri dalam bentuk tulisan atau lisan, diujarkan untuk

menyampaikan maklumat berkaitan sesuatu topik. Wacana tulisan ialah wacana

yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dan

pembaca. Wacana lisan dihasilkan melalui media lisan yang melibatkan hubungan

pembicara dan pendengar.

Pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan  secara umum meliputi

pengaplikasian aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, fonetik, fonologi

dan semantik.Dalam pengajaran penulisan di sekolah-sekolah, di peringkat sekolah

rendah mahupun menengah, pelajar dilatih untuk mengungkapkan gagasan

dan buah fikiran(idea) dengan tepat dan jelas tentang segala perkara,

sama ada yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan harian serta

pengalaman dalam berbagai-bagai jenis penulisan.

Konsep tatabahasa wacana bagi penulisan ialah membolehkan pelajar :

mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu

perenggan bagi sesebuah karangan.

Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

Menulis surat kiriman, berita dan rencana

Page 2: Definisi Dan Konsep Tatabahasa Wacana

Menulis beberapa ayat tentang diri, benda sekeliling dan orang yang ada kaitan

dengan pelajar ( Kamarudin Haji Husin, 1998)

Wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama iaitu kohesi (tautan) dan

koheran (runtutan). Kohesi ialah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan

antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana

untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian dilihat melalui hubungan

suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam

wacana yang sama. Koheren pula ialah kesinambungan idea yang terdapat dalam

sesbuah wacana sehinga menjadikan teks itu bermakna. (Nik Safiah Karim et.al,

2008).

1.1 Penanda wacana

Penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan

frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana iaitu :

i)Penanda penghubung

Perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat

lain. Penanda ini dapat dikategorikan kepada empat jenis iaitu :

a) Penghubung tambahan ialah penghubung yang memberi maklumat tambahan

kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelum ini. Antara penanda wacana

jenis ini ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu,

dan selanjutnya.

b) Penghubung tentangan merupakan penghubung yang menunjukkan

pertentangan maklumat antara suatu perkara yang baharu dengan yang

sebelumnya. Antaranya ialah tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu dan walau

bagaimanapun.

c) Penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya

sesuatu. Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal

demikian, dengan itu dan maka itu.

Page 3: Definisi Dan Konsep Tatabahasa Wacana

d) Penghubung tempoh pula merupakan penanda penghubung yang menunjukkan

urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah

pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya.

ii) Penanda rujukan

Penanda rujukan ialah kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan

frasa lain. Kata ganti nama rujukan terdiri daripada kata ganti nama orang (pertama,

kedua dan ketiga) dan kata ganti nama tunjuk (ini, itu, sini, sana dan situ ).

Contoh dalam ayat : Encik Dani mengajar di Sekolah Kebangsaan Sena. Beliau

bekerja di situ sejak tahun lalu.

iii) Penanda penggantian

Penanda ini merupakan perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau

frasa lain dalam wacana yang sama. Penanda jenis ini terdiri daripada frasa nama,

frasa kerja atau klausa.

Contoh dalam ayat: Penagihan dadah merupakan salah satu masalah besar di

negara kita. Kerajaan sedang menyusun langkah untuk

membanteras gejala ini.

iv) Penanda leksikal

Penanda jenis ini melibatkan pertautan perkataan atau frasa melalui pengulangan

kata. Pengulangan terdiri daripada:

pengulangan perkataan yang sama:

Guru mengucapkan tahniah kepada Alia atas kejayaannya. Kami juga

mengucapkan tahniah.

Perkataan yang sama makna (sinonim) :

Sungguh cantik pemandangan di kawasan itu. Semua orang menyatakan tempat

itu sungguh indah.

Pengulangan yang melibatkan perkataan yang umum makna dengan yang

khusus maknanya (hiponim)

Page 4: Definisi Dan Konsep Tatabahasa Wacana

Pasar itu menjual pelbagai jenis sayur; ada lobak, sawi, kangkung dan kacang

panjang.

Pengulangan perkataan yang kehadiran saling berkait (kolokasi).

Abang suka menonton permainan bola sepak. Babak yang paling digemarinya

ialah apabila berlaku tendangan percuma dan tendangan sudut.

v) Penanda pengguguran

Penanda ini melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan

dalam ayat sebelumnya.

Contoh ayat: Minggu lalu Kak Maya dan keluarganya berkelah di Port Dickson .

Demikian juga keluarga kami.

Page 5: Definisi Dan Konsep Tatabahasa Wacana

4.0 Aplikasi Penulisan Wacana Yang Berbentuk Fakta di Peringkat Sekolah

Rendah

Penulisan jenis fakta bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan dalam sesuatu

perkara. Penulisan jenis ini menggunakan format biasa dan bahasa yang digunakan

mestilah ringkas, padat dan mudah difahami. Peribahasa boleh diselitkan di tempat-

tempat yang sesuai. Tajuk perlu dikaji terlebih dahulu, kemudian mencari isi-isi

penting yang sesuai dengan tajuk. Penulisan fakta ini mempunyai bahagian

pendahuluan, isi-isi penting dan bahagian penutup. Perenggan isi perlu mempunyai

isi, huraian serta contoh.

Contoh penulisan fakta

Gejala ketagihan dadah semakin meruncing dalam kalangan remaja. Nyatakan

faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku.

Pendahuluan

- Gejala penyalahgunaan dadah sering disiarkan

- Melibatkan golongan remaja

- Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ini

Isi

1) Sifat ingin mencuba

- Dunia remaja yang penuh fantasi

- Tidak memikirkan akibat yang

terjadi

2) Pegangan agama yang rapuh

- kurang didikan agama terutama

daripada ibu bapa

- tidak tahu dosa dan pahala

3) Tekanan hidup

- mengambil jalan mudah menagih dadah

- untuk penyelesaian masalah tekanan

hidup

4) Rakan sebaya

- tempat mengadu masalah

- rakan mempengaruhi untuk terjebak

dengan penagihan dadah

Penutup

Semua pihak berganding bahu menangani masalah ini supaya generasi masa

hadapan dapat diselamatkan.

Page 6: Definisi Dan Konsep Tatabahasa Wacana

Era globalisasi hari ini, gejala penyalahgunaan dadah semakin menular dalam

kalangan rakyat Malaysia. Penularan gejala penyalahgunaan dadah sering disiarkan

dalam media massa hampir setiap hari dan golongan remaja merupakan golongan

yang sering terjebak dengan gejala yang tidak bermanfaat ini. Prof. Madya Dr. Lekra

Ramal daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia

(UPM) berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara 15- 19 tahun

sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Terdapat pelbagai faktor yang

menyebabkan senario ini terus menular dalam kalangan remaja dan perlu

diperincikan demi kebaikan bersama dalam membasmi masalah ini sehingga ke akar

umbi.

Salah satu daripada faktor penyalahgunaan dadah ialah sifat naluri yang ingin

mencuba sesuatu yang baharu. Dunia remaja adalah dunia yang indah. Hidup

mereka lebih banyak berdasarkan alam fantasi daripada alam realiti. Mereka ingin

mencuba apa- apa yang baharu bagi mereka tanpa memikirkan akibat yang akan

terjadi. Faktor ingin mencuba inilah menyebabkan para remaja terjebak dalam

penagihan dadah. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang untuk

mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,

membunuh serta melakukan perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan

dadah.

Pegangan agama juga memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah

ini. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah berlatar

belakangkan pegangan agama yang rapuh. Mereka tidak tahu maksud dosa atau

pahala. Bagi mereka dadah ialah sebahagian daripada hidup. Pegangan agama

yang rapuh adalah kerana kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. Ibu bapa

yang terlalu sibuk mengejar harta duniawi sehingga mengabaikan tanggungjawab

mereka dalam menerapkan didikan agama dan nilai moral kepada anak-anak

menyebabkan anak-anak mereka melakukan apa –apa sahaja perkara yang

dikehendaki.

Pada arus pemodenan hari ini, kerap berlaku tekanan hidup kepada

seseorang khususnya remaja. Bagi mengatasi masalah tekanan hidup ini, remaja

akan mengambil jalan mudah, iaitu dengan menagih dadah. Bagi mereka, dadahlah

Page 7: Definisi Dan Konsep Tatabahasa Wacana

jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu

membantu dan membimbing anak mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang menyebabkan

gejala penyalahgunaan dadah ini semakin menular dalam golongan remaja. Remaja

beranggapan kawan-kawan ialah tempat mengadu masalah. Jika kawan mereka

ialah seorang yang bertanggungjawab, mungkin masalah mereka dapat

diselesaikan, namun sebaliknya jika kawan mereka suka mengambil kesempatan.

Justeru, rakyat seharusnya bersatu padu antara satu sama lain bagi

membentuk negara Malaysia yang bebas dadah. Rakyat tidak seharusnya berpeluk

tubuh dan menyerahkan semua perkara kepada pihak kerajaan. Elakkanlah setelah

nasi menjadi bubur barulah kita berganding bahu dengan kerajaan bagai aur dengan

tebing untuk menjayakan dasar negara tanpa dadah. Janganlah kita menyesal

setelah anak kita menjadi seperti bangkai bernyawa kerana sesal dahulu

pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Page 8: Definisi Dan Konsep Tatabahasa Wacana

Rujukan

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.

Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors

Harimurti Kridalaksana (1984). Kamus Linguistik. Indonesia :Gramedia

Kamarudin Haji Husin (1998). Pedagogi Bahasa Perkaedahan. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood

(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.