dasar pecah dan perintah edu

Upload: lingqq92

Post on 03-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    1/12

    Ahli Kumpulan

    Kiu Sze Ling

    Lim Shushian

    Loo Syen Fung

    Tan Xin Yi

    DasarPecah dan Perintah pada zaman pemerintahan British

    Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigransecara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem `Pecah dan Perintah (Divide

    and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah

    jajahan untuk `melemahkan Bumiputera dan pada masa yang sama memberikan

    keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada

    penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya

    masing masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum

    Bumiputera. Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam

    perkembangan perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk

    Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang

    diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti

    yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di

    Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka-menjadi

    petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini pihak Inggeris berharap dapat

    membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara ini. Dasar `Pecah dan

    Perintah membayangkan usaha yang terancang bagi mewujudkan suatu keadaan

    yang menjadikan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera akan tertekan

    daripada segi kehidupan ekonomi, politik dan sosial.

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    2/12

    Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah Inggeris pada zaman sebelum

    merdeka.

    1) Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan

    melombong bijih.

    2) Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang

    melibatkan penduduk Bumiputera.

    3) Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.

    4) Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah

    wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.

    5) Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah

    menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam

    masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran

    dan penagihan candu banyak berlaku.

    6) Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang

    menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha

    ladang asing.

    7) Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam

    bidang pelajaran.

    Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap

    perusahaan melombong bijih .

    Pembesar Melayu merupakan pemilik dan penguasa lombong-lombong bijih di

    Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, lama sebelum kedatangan Inggeris dan

    penglibatan bersungguh-sungguh oleh pemodal di Negeri-negeri Selat. Dengan

    bertapaknya penjajah di negeri-negeri Selat yang kaya dengan bijih, peranan ini

    segera diambil alih oleh pemodal Cina dari Negeri-negeri Selat dan syarikat-

    syarikat Inggeris sendiri. Disebabkan kaedah melombong orang Melayu

    dianggap tidak memadai untuk menghasilkan pengeluaran yang mampu

    menampung keperluan eksport secara besar-besaran di samping keperluan

    membuka lebih banyak lombong, maka tenaga buruh dan teknologi terpaksa

    dibawa dari luar. Dalam tempoh yang singkat syarikat Inggeris telah menguasai

    aktiviti perlombongan.

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    3/12

    Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang

    melibatkan penduduk Bumiputera.

    Kegiatan ekonomi eksport lebih menguntungkan golongan imigran, sebaliknya

    keadaan Bumiputera tidak dihiraukan sangat kerana penjajah memang berhasrat

    menyisihkan penduduk Bumiputera dari arus kemajuan yang berlaku pesat di

    sekeliling mereka.

    Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi

    eksport.

    Ini disebabkan kaum imigran menjadi penggerak (sebagai buruh dan usahawan)

    kawasan bandar yang menjadi tumpuan imigran.

    Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang

    getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.

    Disebabkan 90 peratus imigran Cina dan India terdiri daripada rakyat jelata kelas

    bawahan di negeri asal mereka, corak hidup dan budaya tersendiri dikekalkan.

    Pada zaman ini, kedudukan ekonomi penduduk Bumiputera di Semenanjung

    Tanah Melayu tidak mencapai sebarang kemajuan malahan semakin mundur

    disebabkan oleh dasar yang nampaknya tidak memberi manfaat kepada

    Bumiputera, sebaliknya telah mendatangkan kesempatan kepada golongan

    imigran untuk menguasai punca- punca ekonomi.

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    4/12

    Dari segi sosial, kedatangan imigran cina dan India yang melimpah-

    limpah menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena

    asing dalam masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti

    kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku.

    Pada peringkat permulaan penghijrahan, semangat kesukuan Cina telah

    dijelmakan dalam aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering terjadi antara mereka

    pada tahun 1860-an dan 1870-an, terutamanya di Perak. Keadaan ini tidak dapat

    dikawal oleh pembesar-pembesar Melayu berkenaan. Ketidak-seimbangan

    imigran laki-laki dan wanita telah menyebabkan kegiatan pelacuran terjadi di

    bandar-bandar kawasan perlombongan. Selain itu penagihan candu menjadi

    masalah kepada sesetengah buruh imigran. Budaya imigran ini agak terasing

    dari cara hidup tempatan.

    Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman

    getah, yang menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah

    berleluasa kepada pengusaha ladang asing.

    Tarikan terhadap tanaman getah bukan sahaja menghalang tumpuan orang

    Melayu kepada tanaman padi tetapi juga wujudnya persaingan untuk

    mendapatkan tanah bagi tanaman getah. Akibatnya beribu-ribu tanah pertanian

    dan kampung Melayu dijual kepada pengusaha ladang asing. Sistem Torens

    yang diperkenalkan di semua negeri menjadikan tanah sebagai input komersil.

    Penjualan dan pindah milik tanah orang Melayu yang berleluasa menyebabkan

    banyak yang kehilangan tanah.Pihak pentadbiran penjajah Inggeris kononnya

    merasa bimbang terhadap perkembangan ini yang jika dibiarkan mungkin akan

    menimbulkan kelas buruh upahan Melayu yang tidak bertanah. Keadaan ini

    bukan sahaja tidak diingini oleh sultan dan pembesar Melayu tetapi bercanggah

    dengan dasar Inggeris yang mahu mengekalkan orang Melayu sebagai petani.

    Untuk mengawal keadaan ini dan mengurangkan spekulasi tanah, kerajaan

    Inggeris telah meluluskan Enakmen Tanah Rezab Melayu pada tahun 1913.

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    5/12

    Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris

    dalam bidang pelajaran

    Dasar Inggeris untuk mengekalkan kedudukan Bumiputera sebagai petani dan

    nelayan jelas diungkapkan dalam dasar pelajaran yang menjelaskan bahawa

    matlamatnya bukanlah untuk melahirkan anak-anak petani atau nelayan Melayu

    yang berpendidikan tinggi tetapi `sekadar untuk menjadikan anak-anak petani

    atau nelayan Melayu pandai sedikit daripada bapa mereka. Sehingga tahun

    1920-an, sekolah- sekolah Melayu tidak diberi perhatian sangat dan sering

    menghadapi masalah buku teks dan guru-guru yang berkelayakkan. Pelajaran

    Inggeris diutamakan dan menjelang abad ke-20 boleh dikatakan kesemua

    bandar utama di Negeri- negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

    mempunyai sekolah-sekolah Inggeris yang ternama seperti Penang Free School,

    Raffles Institution di Singapura, Victoria Institution, Malacca High School dan

    sekolah-sekolah missionary yang lain. Disebabkan sekolah terbaik memang

    terletak di bandar, peluang memasuki sekolah berkenaan hanya terbuka kepada

    golongan imigran yang menjadi penghuni bandar. Pelajaran Inggeris untuk orang

    Melayu hanya dihadkan kepada keluarga aristokrat dan bangsawan Melayu.

    Untuk tujuan ini, Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada tahun 1905sebagai sekolah golongan elit Melayu.

    Kesan jangkamasa panjang pengamalan dasar `Pecah dan Perintah Inggeris

    Telah mewujudkan masalah perpaduan di antara kaum melalui :

    1. Pengasingan penempatan

    2. Pengasingan agama

    3. Pengasingan sistem pendidikan

    4. Kewujudan akhbar perlbagai bahasa

    5. Kewujudan Persatuan pelbagai kaum

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    6/12

    Pengasingan penempatan

    Penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk secara

    beramai-ramai tenaga kerja dari China dan India. Salah satu faktor yang mendorong

    orang Cina dan India datang ke Malaya pada masa itu ialah faktor ekonomi. Faktor

    ini jugalah yang telah mendorong sesuatu golongan etnik menetap di sesuatu

    kawasan dan fakta ini juga berkait rapat dengan pekerjaan tertentu sesuatu kaum.

    Dalam tahun-tahun 1920-an, corak pendudukan rakyat di negara ini (seperti yang

    terdapat dewasa ini) telah jelas terbentuk. Terdapat perkampungan Melayu, pekan

    dan bandar dengan kedaikedai Cina, buruh-buruh India di ladang getah, rumah

    panjang kaum Iban dan kampung kaum kadazan. Hal ini merupak satu senario biasa

    yang boleh dilihat dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat perlbagai kaum ini

    terpisah dan berbeza antara satu dengan yang lain. Corak pemisahan ini melahirkan

    asas-asas dalam masalah perpaduan dan integrasi kaum. Pengasingan daripada

    segi fizikal ini juga tidak membolehkan setiap kaum bercampur gaul, bermesra atau

    memahami budaya dan adat resam kaum yang lain. Pemisahan fizikal ini

    menjadikan ikatan hubungan antara kaum bertambah jauh ditambah lagi dengan

    adanya perbezaan-perbezaan lain seperti perbezaan agama, pendidikan, akhbar,

    persatuan dan pengaruh politik di tanah asal mereka.

    Pengasingan agama

    Pada amnya setiap kaum dapat digolongkan kepada agama yang dianutinya. Orang

    Melayu beragama Islam, orang India beragam Hindu dan orang Cina menganut

    agama Buddha, Kung Fu-tze dan Lao tze. Bagaimanapun pembahagian agama

    kaum ini dibuat secara kasar dan tidak mutlak kerana terdapat juga orang India yang

    menganut agama Islam, Kristian dan kaum India dari keturunan Punjabi pula

    menganut agama Sikh. Banyak juga kaum Cina yang menganut agama Kristian.

    Sementara kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak banyak yang beragama

    Kristian.

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    7/12

    Pengasingan sistem pendidikan

    Pada asasnya, sistem pendidikan di negara ini berasaskan sistem yang telah

    ditinggalkan oleh pihak British. Sistem tersebut mula diperkenalkan pada awal abad

    ke-19 iaitu pada peringkat awal wujudnya Negeri-negeri Selat. Bagi orang Melayu,

    kerajaan British telah menitikberatkan tentang dua bentuk pelajaran bagi mereka,

    iaitu pelajaran Melayu untuk orang Melayu biasa dan pelajaran Inggeris untuk anak-

    anak Melayu daripada golongan bangsawan. Kecenderungan pihak British terhadap

    pendidikan orang Melayu pada masa itu ialah kerana mengenangkan orang Melayu

    adalah penduduk tetap negeri ini, sedangkan orang Cina dan India adalah kaum-

    kaum pendatang yang akhirnya akan pulang ke negara asal mereka. Orang Melayu

    kebanyakkannya tinggal di kampung. Sementara itu, sekolah-sekolah Inggeris untuk

    semua kaum pula didirikan di bandar-bandar. Tidak banyak orang Melayu yang

    mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris. Pada tahun 1905, Kolej

    Melayu Kuala Kangsar dibuka bagi menyediakan pegawai-pegawai pentadbir

    Melayu. Pada masa itu, hanya segelintir orang Melayu sahaja (kerabat diraja dan

    bangsawan Melayu) yang mampu menghantar anak mereka bersekolah di maktab

    ini.

    Di samping sekolah Melayu dan Inggeris, pihak British juga mendirikan sekolah

    Tamil di ladang-ladang getah. Walaubagaimanapun, tuan-tuan punya ladang getah

    (yang terdiri daripada orang Inggeris dan Eropah) tidak begitu bersungguh-sungguh

    memajukan pendidikan sekolah Tamil. Oleh itu perkembangan pendidikan Tamil

    agak lembap. Walaupun guru- guru yang mengajar di sekolah Tamil ini diambil dari

    India, tetapi mutu pengajaran mereka tetap rendah. Tidak ada pelajaran peringkat

    menengah di sekolah Tamil. Justeru itu, lepasan sekolah Tamil seperti juga dengan

    lepasan sekolah Melayu, tidak menjamin mereka untuk mencapai pekerjaan lain

    selain menjadi buruh di ladang getah seperti ibu bapa mereka.

    Berbeza dengan orang Melayu dan India, orang Cina mempunyai tradisi untuk

    menghormati dan mementingkan pendidikan bagi anak-anak mereka. Di mana ada

    masyarakat Cina, sekolah-sekolah turut dibina dan dibiayai oleh orang Cina yang

    kaya dalam kelompok itu. Di samping itu, para guru dan buku teks yang diajar di

    sekolah- sekolah Cina didatangkan dari negeri China dan murid-muridnya

    mempelajari perkara-perkara yang sama seperti pelajar-pelajar di sana. Berbanding

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    8/12

    dengan sekolah-sekolah Melayu dan Tamil, pelajar Cina mendapat pelajaran yang

    lebih tinggi di sekolah Cina. Sekolah Cina menyediakan pendidikan enam tahun di

    peringkat sekolah rendah. Pelajaran menengah diadakan di sekolah-sekolah yang

    lebih besar, dan banyak juga penuntut dari keluarga yang mampu telah menghantar

    anak mereka melanjutkan pelajaran ke negeri China.

    Fakta- fakta yang telah dijelaskan di atas menunjukkan bahawa aliran pendidikan

    masyarakat pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu merupakan kuasa yang

    membantu memisahkan lagi masyarakat pelbagai kaum di Malaya. Didapati bahawa

    aliran pendidikan yang membolehkan tiga kaum (Melayu, Cina dan India) ini

    berhubung dan berinterkasi antara satu sama lain ialah melalui pendidikan sekolah

    Inggeris. Satu perkara yang ketara ialah pendidikan aliran Inggeris ini membekalkan

    pengalaman yang sama bagi mereka yang menuntut. Pengalaman yang sama ini

    kelihatan dapat mengurangkan jurang pemisah antara kaum. Kumpulan perlbagai

    kaum yang mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris seterusnya dapat

    bekerjasama menjadi satu kumpulan yang agak penting dalam usaha menuntut

    kemerdekaan negara ini kemudiannya. Walaupun pendidikan aliran Inggeris ini

    kelihatan mempunyai kesan positif terhadap interaksi dan perpaduan perlbagai

    kaum di Tanah Melayu ketika itu, tetapi kesan negatifnya juga dapat dirasai. Haltersebut berlaku kerana mereka yang berpendidikan Inggeris ini agak terpisah

    dengan budaya dan cara hidup kelompok asal masing-masing.

    Kewujudan akhbar perlbagai bahasa

    Akhbar merupakan salah satu media yang berkesan untuk memupuk perpaduan

    masyarakat. Selain itu, akhbar juga nerupakan alat yang dapat meniupkan dan

    menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat perlbagai kaum.

    Keadaan ini memang berlaku dalam masyarakat kita semasa penjahan British.

    Terdapat perlbagai akhbar yang diterbitkan bagi memenuhi selera setiap kaum. Ada

    akhbar yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Tamil, Cina, Inggeris dan Punjabi.

    Setiap akhbar hanya memberikan perhatian secara menyeluruh kepada kegiatan

    golongan kaum tertentu sahaja. Misalnya akhbar berbahasa Cina lebih

    mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di China. Akhbar Tamil

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    9/12

    pula membesar dan menonjolkan berita di India. Oleh itu kaum Cina dan India yang

    tinggal di Malaya merasakan adanya jalinan hubungan yang rapat di antara mereka

    dan saudara mara mereka di Tanah Besar China dan India. Dalam isu pendidikan

    sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, kita dapati hanya pendidikan Inggeris

    merupakan aliran yang membolehkan ketiga-tiga kaum bercampur dan menimba

    ilmu di bawah bumbung yang sama. Kita dapati juga hanya akhbar berbahasa

    Inggeris yang dibaca oleh semua kaum di Malaya ketika itu. Walau bagaimanapun,

    akhbar-akhbar Inggeris ini pula tidak dapat memainkan peranan yang sebenarnya

    dalam menyatu padukan masyarakat, kerana berita- berita yang dimuatkan tidak

    memberatkan ke arah perpaduan kaum. Akhbar-akhbar Inggeris banyak

    memberikan tumpuan ke arah perkembangan dan pemerintahan Inggeris sahaja.

    Akhbar -akhbar perlbagai bahasa juga telah menjarakkan lagi jurang pemisahan

    antara kaum di Malaya. Setiap kaum menonjolkan berita, budaya dan

    perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara

    asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum

    mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang sempit ini tidak dapat

    membantu mereka memahami bahasa, budaya, sensitiviti kaum-kaum lain.

    Kewujudan Persatuan pelbagai kaum

    Di samping pelbagai aliran pendidikan, agama dan akhbar bagi memenuhi kehendak

    dan selera setipa kaum, terdapat juga pelbagai persatuan kebajikan, sukan dan

    pertubuhan-pertubuhan sosial lain yang ditubuhkan oleh setiap kaum bagi

    mengendalikan aktiviti kaum masing-masing. Walaupun antara persatuan dan

    pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dan perhubungan dengan

    persatuan kaum kaum yang lain, tetapi pertemuan ini berlaku dalam bentuk yang

    hanya menonjolkan identiti, persaingan dan semangat kekitaan kaum masing

    masing. Sebilangan besar persatuan ini diadakan khusus untuk kepentingan satu

    satu kaum sahaja. Misalnya terdapat Malay Club, Chinese dan Indian atau Ceylones

    Association di bandar-bandar. Pada tahun 1937, misalnya orang India telah

    menubuhkan Persatuan India. Persatuan ini telah membuat desakan terhadap

    kerajaan British supaya mengambil tindakan dalam membaiki keadaan bekerja yang

    lebih baik bagi pekerja-pekerja India.

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    10/12

    Selain persatuan untuk kebajikan sesuatu kaum, terdapat juga persatuan- persatuan

    sukan. Pertandingan sukan persahabatan kerap dilakukan antara kaum, tetapi

    hubungan bersukan seperti ini banyak berasaskan persaingan antara kaum.

    Keadaan ini boleh menggalakkan dan menebalkan lagi semangat perkauman,

    kerana tiap-tiap kaum cuba untuk menaikkan dan memenangkan persatuan sukan

    kaum mereka sahaja.

    Kemuncak kepada kesan Dasar Pecah dan Perintah Inggeris di Tanah Melayu

    Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.

    Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak

    nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya

    Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di

    Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan

    dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan

    hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan

    gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti

    Gerakan Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah

    mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini

    memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah

    mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP

    dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa

    13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah

    mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan

    negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei inimerupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat

    majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British

    yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan

    sedemikian rupa.

    Pada zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok

    etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan

    mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    11/12

    mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru

    mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti

    orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di

    bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah

    berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas

    hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan

    prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.

    Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen

    13 Mei 1969.

    Gambaran detik-detik 13 Mei 1969 secara ringkas ialah pada 13 Mei 1969 anggota

    Parti Gerakan dan DAP yang telah berjaya memenangi sebanyak 35 kerusi dan

    berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerajaan Parti Perikatan telah mengadakan

    perarakan untuk meraikan kemenangan mereka dalam pilihanraya tahun 1969.

    Ketika perarakan berlangsung mereka gagal mengawal emosi hingga

    membangkitkan soal-soal sensitif seperti mempertikaikan ketuanan Melayu yang

    dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama pihak komunis

    dan kongsi gelap turut memainkan peranan mengeruhkan keadaan hingga berlaku

    cacian, provokasi dan hinaan terhadap bangsa Melayu. Hal ini telah menimbulkan

    kemarahan yang amat sangat kaum Melayu lalu mereka bertindak balas selepas

    sekumpulan Melayu diserang oleh sekumpulan Cina dari Setapak. Orang Melayu

    yang bertindak balas ini ialah mereka yang mengikuti perarakan anjuran UMNO

    Selangor yang diketuai oleh Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Perarakan yang

    dianjurkan oleh UMNO Selangor ini telah mendapat kelulusan daripada pihak polis

    kerana beberapa sebab iaitu:

    1. DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan sama ada secara haram atautidak sejak 11 Mei 1969 lagi

    2. Perasaan Orang Melayu di ibu negara pada ketika itu selepas pilihanraya

    memuncak akibat cacian yang berbaur perkauman dan jika ia dibatalkan ia akan

    mencetuskan rusuhan kaum.

    3. Adalah difikirkan bahawa jaminan yang sebaik-baiknya untuk mencegah

    kekacauan ialah dengan membenarkan perarakan yang dijalankan secara rapi.

  • 7/29/2019 Dasar Pecah Dan Perintah Edu

    12/12

    4. Janji Datuk Harun Idris dan pengikutnya untuk berarak secara aman. Serangan

    balas oleh Orang Melayu tersebut telah menimbulkan kekecohan yang akhirnya

    telah mengorbankan banyak nyawa serta telah menyebabkan kerugian harta benda

    yang banyak. Maka tercetuslah episod berdarah 13 Mei 1969 yang sehingga kini

    masih diperkatakan.