dasar ekonomi baru

2
DASAR EKONOMI BARU Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supayasatu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yangdikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkanperpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dansebagainya. Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysiamenerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada dikawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut: Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:

Upload: iswaran-krishnan

Post on 16-Feb-2016

43 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Ekonomi Baru

DASAR EKONOMI BARU

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan

supayasatu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program

20 tahun yangdikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan

ialah bagi mewujudkanperpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial,

kebudayaan, penempatan dansebagainya.

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung

Malaysiamenerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin

86% berada dikawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut

kaum pula adalah saperti berikut:

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah

seperti berikut:

Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya

peristiwa 13 mei1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah

memaksa satu dasar yangbersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi

Baru ini adalah satu dasar yangdilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untukmembetulkan ketidakseimbangan sosial

Page 2: Dasar Ekonomi Baru

ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, diantara wilayah-wilayah dan di

antara kawasan di wilayah yang sama.

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan

dijalankan menerusi dua strategi. Strategi pelaksanaan yang pertama, Mengurang dan

seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan

kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Kedua, Penyusunan semula masyarakat untuk

mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi

ekonomi.

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui proses pembasmian

kemiskinandan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang

kukuh. Segala programpembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan

adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini

memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya

memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.