cth berita n lporan

3
Karangan Berita Soalan Andaikan anda pemberita sukan sebuah akhbar tempatan. Anda telah diberikan tugasan menulis berita tentang suatu kejohanan bola tampar antara sekolah-sekolah menengah kawasan Masjid Tanah, Melaka. Tulis berita tersebut selengkapnya. MASJID TANAH, Selasa – Kejohanan Bola Tampar antara sekolah- sekolah menengah kawasan Masjid Tanah berlangsung di Dewan Serbaguna SMK Ghafar Baba pada Isnin lalu. Kejohanan ini berlangsung selama sehari iaitu pada 9 April 2012. Kejohanan ini disertai oleh 10 buah pasukan yang mewakili sekolah masing- masing. Pasukan bola tampar SMK Ade Putra telah muncul sebagai johan dalam kejohanan tersebut. Pasukan SMK Ade Putra telah mengalahkan pasukan SMK Ghafar Baba dalam perlawanan akhir semalam. Pasukan ini telah muncul sebagai johan untuk kali ketiga berturut-turut. Pada tahun lalu, pasukan ini muncul sebagai johan setelah menewaskan pasukan SMK Sultan Alauddin. Sebelum muncul sebagai johan, pasukan SMK Ade Putra telah berjaya mengalahkan pasukan SMK Hang Kasturi pada peringkat suku akhir. Pada peringkat separuh akhir, pasukan ini telah mengalahkan pasukan SMK Rahmat. Pasukan SMK Ade Putra menjadi pasukan pilihan kerana disertai empat orang pemain negeri. “Saya berbangga dengan prestasi dan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan ini,” kata Encik Razali Kasah, jurulatih dan pengurus pasukan SMK Ade Putra. Beliau bersyukur kerana latihan dan usaha selama tiga bulan membuahkan hasil. Beliau juga gembira kerana pasukannya berjaya mempertahankan kejuaraan untuk tahun yang ketiga berturut-turut.

Upload: umaimah-othman

Post on 15-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

berita dan laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Cth Berita n Lporan

Karangan Berita

Soalan

Andaikan anda pemberita sukan sebuah akhbar tempatan. Anda telah diberikan tugasan menulis berita tentang suatu kejohanan bola tampar antara sekolah-sekolah menengah kawasan Masjid Tanah, Melaka.

Tulis berita tersebut selengkapnya.

MASJID TANAH, Selasa – Kejohanan Bola Tampar antara sekolah-sekolah menengah kawasan Masjid Tanah berlangsung di Dewan Serbaguna SMK Ghafar Baba pada Isnin lalu. Kejohanan ini berlangsung selama sehari iaitu pada 9 April 2012. Kejohanan ini disertai oleh 10 buah pasukan yang mewakili sekolah masing-masing.

Pasukan bola tampar SMK Ade Putra telah muncul sebagai johan dalam kejohanan tersebut. Pasukan SMK Ade Putra telah mengalahkan pasukan SMK Ghafar Baba dalam perlawanan akhir semalam.

Pasukan ini telah muncul sebagai johan untuk kali ketiga berturut-turut. Pada tahun lalu, pasukan ini muncul sebagai johan setelah menewaskan pasukan SMK Sultan Alauddin.

Sebelum muncul sebagai johan, pasukan SMK Ade Putra telah berjaya mengalahkan pasukan SMK Hang Kasturi pada peringkat suku akhir. Pada peringkat separuh akhir, pasukan ini telah mengalahkan pasukan SMK Rahmat. Pasukan SMK Ade Putra menjadi pasukan pilihan kerana disertai empat orang pemain negeri.

“Saya berbangga dengan prestasi dan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan ini,” kata Encik Razali Kasah, jurulatih dan pengurus pasukan SMK Ade Putra. Beliau bersyukur kerana latihan dan usaha selama tiga bulan membuahkan hasil. Beliau juga gembira kerana pasukannya berjaya mempertahankan kejuaraan untuk tahun yang ketiga berturut-turut.

Jurulatih pasukan SMK Ghafar Baba, Encik Md. Isa Muhammad berpendapat bahawa persefahaman, kerjasama dan latihan yang berterusan telah menyebabkan pasukan SMK Ade Putra sukar untuk disaingi. Beliau berjanji bahawa pasukannya akan berlatih dengan lebih gigih untuk menjuarai kejohanan itu pada tahun hadapan.

Page 2: Cth Berita n Lporan

Karangan Laporan

Soalan

Baru-baru ini, sekolah anda telah mengadakan larian merentas desa. Selaku Ketua Rumah Sukan, tulis laporan tentang larian merentas desa tersebut.

Laporan Larian Merentas Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra 2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra telah mengadakan Larian Merentas Desa pada 28 April 2012, bersamaan dengan hari Sabtu. Larian tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Sungai Udang. Larian yang bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari itu telah disertai oleh sebahagian besar pelajar sekolah ini.

Oleh sebab Hutan Lipur Sungai Udang terletak kira-kira 8 kilometer dari sekolah, maka sebahagian besar pelajar dibawa ke sana dengan bas sekolah yang disewa khas. Ada juga pelajar yang dibawa ke sana oleh ibu bapa mereka.

Sebaik-baik sahaja sampai di sana, para pelajar yang mengambil bahagian telah mendaftar diri di padang Hutan Lipur Sungai Udang. Guru-guru yang bertugas telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut umur. Jarak laluan berbeza mengikut kumpulan umur. Mereka kemudiannya berkumpul di hadapan pejabat Hutan Lipur Sungai Udang, tempat permulaan untuk larian itu. Mereka diberikan taklimat keselamatan sebelum dilepaskan untuk berlari di laluan yang telah ditetapkan. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tn Hj Zaid b. Md Saman diberikan penghormatan untuk menjadi pelepas larian tersebut.

Pelajar-pelajar yang menjadi anggota Pandu Putri, Pergerakan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Kadet Remaja Sekolah telah ditempatkan di tempat-tempat tertentu di sepanjang laluan bagi melicinkan perjalanan acara larian ini.

Semua pelajar berjaya menamatkan larian mengikut jarak yang telah ditetapkan. Hadiah telah diberikan kepada 10 orang pemenang bagi setiap kumpulan umur. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua, En Md. Noor b. Awang.

Page 3: Cth Berita n Lporan

Larian Merentas Desa itu telah berjaya memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara pasukan beruniform. Pelajar-pelajar juga berasa seronok menyertai larian itu. Pelajar-pelajar yang diminta pendapat mereka telah meluahkan rasa gembira kerana dapat menyertai larian itu dan berharap Larian Merentas Desa itu akan dijadikan sebagai acara tahunan.

Laporan disediakan oleh, 30 APRIL 2012

…………………………

(RAZALI BIN KASAH)

Ketua Rumah Sukan,

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra.