copy of peraturan an skuasy 2009

Upload: syazmeerul

Post on 10-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Copy of Peraturan an Skuasy 2009

    1/6

    PERATURAN PERTANDINGAN SKUASYMAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

    1. NAMA PERTANDINGAN

    Kejohanan Skuasy Terbuka Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah JohorBahru

    2. PENGANJUR

    Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

    3. PENGELOLA

    Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Skuasy, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru

    4. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    4.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut PERATURANPERSATUAN SKUASY KEBANGSAAN (SRAM), PERSEKUTUANSKUASY SEDUNIA (WSF) dan Peraturan-peraturan AM MSSDJOHOR BAHRU.

    4.2. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya,maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

    4.3. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepadaPeraturan-peraturan AM MSSD dan MSS Johor.

    4.4. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal danJawatankuasa Pertandingan Skuasy MSSD adalah muktamad.

    2. JENIS PERTANDINGAN

    2.1 Kejohanan Individu.

    2.2 Pertandingan ini dibahagikan kepada acara-acara sepertiberikut :-

    2.2.1 Perseorangan Lelaki (12, 15 dan 18 Tahun ke bawah)

    1

  • 8/8/2019 Copy of Peraturan an Skuasy 2009

    2/6

    2.2.2 Perseorangan Perempuan (12,15 dan 18 Tahun dan kebawah)

    2.3 Tiada had penyertaan tetapi mesti mengikut kategori yang telah

    ditetapkan

    3. PENDAFTARAN PEMAIN

    3.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar pemain tanpa hadpenyertaan walaubagaimanapun ranking setiap pemain yangdidaftarkan hendaklah diambil kira.

    3.2 Semua pemain hendaklah mendaftar dalam borang pendaftaranyang telah ditetapkan dan mewakili sekolah dimana pelajar itu

    sedang belajar dan tidak boleh mewakili sekolah lain.

    3.3 Peserta-peserta gantian boleh dikemukakan selepas tarikh tutuppendaftaran iaitu semasa Taklimat Pengurus Pasukan. Tambahankepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidakdibenarkan.

    3.5 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat PengurusPasukan adalah muktamad. Selepas Taklimat Pengurus Pasukan,sebarang permohonan pertukaran/gantian peserta tidakdibenarkan.

    4. SISTEM PERTANDINGAN

    4.1 Acara Perseorangan Lelaki dan Wanita

    4.1.1 Semua acara perseorangan akan dijalankan secara kalahmati untuk pusingan awal. Pada peringkat suku akhir danseterusnya akan dijalankan mengikut format sirkit.

    4.1.2 Namun begitu, jika bilangan penyertaan tidak mencukupi

    maka permainan liga kumpulan ( round robin ) akandijalankan bagi menggantikan perkara 4.1.1.

    4.1.3 Keutamaan pemain (seeding) hendaklah diadakan.

    4.1.4 Tiap-tiap perlawanan akan diputuskan oleh 3 permainanyang terbaik kecuali

    2

  • 8/8/2019 Copy of Peraturan an Skuasy 2009

    3/6

    perlawanan akhir akan diputuskan melalui 5 permainanterbaik.

    4.1.5 Setiap peserta hendaklah sanggup bertanding lebihdaripada satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan

    bermain lebih daripada satu perlawanan dalam sehari,masa selama satu ( 1 ) jam akan diberi antara perlawanantersebut.

    5. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

    5.1 Pemain menang 2 daripada 3 permainan terbaik padapusigan awal manakala 3 daripada 5 permainan terbaik padaperingkat akhir.

    5.2 Cara memberi mata dalam permainan liga kumpulan(round robin):Menang - 2 mataKalah - 0 mata

    6. PAKAIAN

    6.1 Pada keseluruhannya 80% putih.

    6.2 Tapak kasut tidak meninggalkan kesan pada lantai gelanggang

    (Non marking).

    6.3 Lelaki t-sirt berkolar dan perempuan t-shirt leher bulat.

    7. GELANGGANG / ALATAN

    7.1 Sila rujuk Undang-undang Skuasy Antarabangsa ( W.S.F )

    7.2 Bola yang digunakan untuk pertandingan ialah bola dua titikberwarna kuning.

    7.3 Pelindung mata ( eye-mask ) wajib dipakai apabila masuk kegelanggang pertandingan.

    8. MASA PERMAINAN

    8.1 Tiada had masa yang ditetapkan.

    3

  • 8/8/2019 Copy of Peraturan an Skuasy 2009

    4/6

    8.2 Permainan akan ditamatkan apabila salah seorang pemainmenang 2 daripada 3 permainan terbaik melainkan pertandinganakhir 3 daripada 5.

    9. KELEWATAN

    9.1 Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemainyang lewatdan selepas itu, lawannya akan diberi kemenangan percuma

    dengan kiraan 2-0

    10. MENARIK DIRI

    10.1 Peserta yang terlewat lima belas (15) minit selepas masa yangdijadualkan dengan tidak memberi alasan yang munasabah,dianggap menarik diri dan memberi kemenangan tanpabertanding kepada pihak lawannya itu.

    10.2 Menarik diri (walk-over) adalah tidak dibenarkan. Jika ianyaberlaku maka pasukan atau peserta berkenaan akan dikirasebagai menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidakdibenarkan menyertai pertandingan-pertandingan seterusnya.

    11. BANTAHAN

    11.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya PengurusPasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahanhendaklah secara bertulis dan disertakan dengan wangpertaruhan sebanyak RM200.00 tunai (RINGGIT MALAYSIA DUARATUS SAHAJA).

    11.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakanitu didapati tidak wajar.

    11.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah/PegawaiPertandingan dalam masa satu (1) jam selepas pertandingan itutamat.

    12. LEMBAGA RAYUAN

    4

  • 8/8/2019 Copy of Peraturan an Skuasy 2009

    5/6

    13.1 Perlantikan Jawatankuasa juri rayuan/Tatatertib dan ProsedurAturcara Mesyuarat adalah sebagai yang diamalkan oleh MSSJseperti berikut :-

    13.1.1 Pengerusi J/K Teknik Permainan MSSD/wakilnya.

    13.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.13.1.3 Tiga (3) orang Pengurus Pasukan (Wakil sekolah)yang tidak terlibat dalam kes bantahan/tatatertib itu.

    13.2 Jawatankuasa Juri Rayuan akan bersidang dalam masa dua (2)jam setelah menerima laporan daripada Pengadil atau PegawaiPertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakanTatatertib perlu diambil.

    13.3 Jawatankuasa Bantahan berhak mendapatkan sebarangmaklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara

    yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

    14. JAWATANKUASA PEMILIHAN

    14.1. Jawatankuasa pengelola berhak menubuhkan jawatankuasapemilihan. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada:

    Penasihat : Penolong Pegawai Pelajaran HEM atau wakilnyaPengerusi : Pengerusi Teknik Skuasy MSSD Johor BahruSetiausaha : Setiausaha Jawatankuasa Pengelola

    Ahli : Semua Pengurus Pasukan atau wakilnya atauOrang perseorangan yang dilantik oleh Pengelolayang akan dimanakan dan akan dimaklumkan dalammesyuarat pengurus pasukan.

    14.2. Pemilihan wakil MSSD ke pertandingan MSSJ akan mengikutkateria yang telah ditetap oleh Jawatankuasa Teknik danPembangunan Skuasy MSSD Johor Bahru dan keputusanpemilihan ini adalah muktamad.

    15. PENGADIL ( HAKIM, PEGAWAI ) PERTANDINGAN

    15.1 Pengadil akan dilantik oleh Pengelola dengan nasihat J/KuasaTeknik dan Pembangunan Skuasy MSSD Johor Bahru

    15.2 Pengarah Pertandingan dan Delegasi Teknikal akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola pertandingan dengan persetujuan JKTeknik dan Pembangunan Skuasy MSSD Johor Bahru.

    5

  • 8/8/2019 Copy of Peraturan an Skuasy 2009

    6/6

    15.3 Jawatankuasa Kecil Teknikal akan melantik Pengadil/Hakim Tambahan yang bertauliah untuk bertugas di sepanjang, jikaperlu.

    15.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil dalam setiappertandingan adalah muktamad.

    16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

    Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akandiputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusannyaadalah muktamad

    6