contoh tugasan 1
TRANSCRIPT
Tugasan 1Bincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik-topik berikut. Juga berikan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu murid mengatasi kesukaran dan miskonsepsi yang telah dinyatakan itu.
i. Pengumpulan dan Pegurusan Dataii. Perwakilan Data
iii. Sukatan Kecenderungan Memusat iv. Sukatan Serakan
Jawapan:
UNTUK SETIAP TOPIK
Nyatakan sekurang-kurangnya DUA (2) kesukaran atau miskonsepsi yang biasa dihadapi.
Untuk setiap kesukaran atau miskonsepsi berikan cadangan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu murid mengatasinya.
Gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan satu tugasan yang menarik bukan sahaja untuk dibaca malah yang paling penting adalah untuk faedah kita semua sebagai PENDIDIK.
CONTOH
Jadual taburan kekerapan ialah satu kaedah dan tatacara untuk
memperihalkan semua data yang terkumpul dan tidak terkumpul.
Manakala, miskonsepsi adalah salah satu daripada masalah yang sering
dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi
penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep
matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.
Murid-murid sering melakukan kesilapan dalam matematik
disebabkan miskonsepsi. Selagi kita tidak peka terhadap kesilapan yang
mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat
kesilapan tersebut, kita tidak dapat membantu murid-murid
memperbetulkan kesalahan-kesalahan mereka. Sebagai seorang guru,
apa saja cara kita memperbetulkan miskonsepsi murid-murid harus
dipandu oleh pengetahuan kita mengenai bagaimana murid-murid belajar
matematik.
Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep di samping
penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Berikut adalah
beberapa masalah miskonsepsi yang biasa berlaku dalam kalangan
murid-murid hasil daripada kesukaran memahami masalah berkaitan
dengan konsep pembinaan jadual kekerapan relatif :
Masalah keliru dengan maksud perkataan kekerapan dan
kekerapan relatif yang sering dilakukan oleh murid. Contohnya,
peratus sesuatu kelas yang dinyatakan dalam bentuk perpuluhan
adalah dikenali sebagai kekerapan relatif. Di sini, kebanyakan
murid selalu menghadapi masalah mengenalpasti cara kiraan
kekerapan dan kekerapan relatif.
Kurang kefahaman atau mengetahui langkah-langkah
pembinaan taburan kekerapan. Terdapat segelintir murid
masih tidak mengetahui cara untuk menentukan lebar yang
sesuai bagi satu kumpulan kelas dan memilih bilangan
kumpulan kelas bagi jadual.
Satu lagi miskonsepsi yang kita dapat kenalpasti melibatkan
selang kelas.Terdapat murid-murid yang membentuk selang
kelas mengikut saiz kelas yang tidak sama. Pada peringkat sekolah,
murid-murid adalah ditekankan untuk menggunakan saiz kelas yang
sama.
Tajuk ini sering menimbulkan kesukaran di kalangan murid-
murid. Antara kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid adalah
berpunca daripada kefahaman yang salah tentang sesuatu konsep
matematik atau miskonsepsi. Kesukaran ini sukar dikesan oleh murid-
murid sendiri. Sekiranya kesalahan ini tidak diperbetulkan dengan serta
merta, ia akan terus kekal di dalam peringatan atau memori murid
dan sukar diperbetulkan melain dengan tunjuk ajar yang berterusan.
Oleh itu, peranan guru amat penting untuk mengesan kesukaran yang
murid hadapi dan seterusnya mencuba mencari jalan mengatasinya.
Selain itu,ibu bapa juga perlu memandang berat memastikan anak
mereka menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam satu unit
pembelajaran atau tajuk yang sudah ditentukan.
Pengajaran konsep perlu diberi penekanan kepada semua murid.
Oleh yang demikian, elakkan daripada murid mempelajari sesuatu
konsep secara menghafal formula semata-mata, tanpa mencuba
memahaminya. Oleh itu, pembelajaran secara bermakna dengan
mengambil kira pengalaman murid sendiri amat digalakkan.
Selain itu, untuk mengatasi masalah miskonsepsi guru boleh
menjadikan konsep dan kaedah penyelesaian yang sedia ada jelas
dalam bilik darjah. Pada permulaan pengajaran, guru boleh cuba
menawarkan satu latihan yang terdapat adanya kemungkinan murid
melakukan kesilapan. Ini bermaksud supaya murid menyedari tentang
interpretasi intuitif dan kaedah penyelesaian mereka dan
mendedahkan kesilapan yang sering dilakukan dan miskonsepsi
mereka jika ada. Murid-murid dikehendaki melakukan latihan tersebut
secara individu tanpa bantuan daripada guru. Tidak ada pengajaran baru
dilakukan dan guru juga tidak menunjukkan kesilapan dan miskonsepsi
murid.
Sebagai kesimpulannya, miskonsepsi lahir dari apa yang telah
diajar. Walaupun pelajaran yang diturunkan oleh mereka tersebut tidak
logik dan salah, tetapi dari segi perspektif kanak-kanak, ia sangat sesuai
dan benar.
ANDA BOLEH HASILKAN YANG LEBIH BAIK DENGAN MEMASUKKAN JADUAL, IMEJ-IMEJ ATAU APA SAHAJA YANG DIFIKIRKAN TERBAIK UNTUK KEFAHAMAN ORANG YANG MEMBACANYA.