contoh rph mengikut model assure
DESCRIPTION
dTRANSCRIPT
http://cikgurbtbelektronik.blogspot.com/2012/10/rph-mengikut-model-assure.html
RPH mengikut Model ASSURE..
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup
Tahun: 5 Bestari
Tarikh: 19 Oktober 2012
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi
Bil Murid: 20 orang
Bidang: 1. Reka Bentuk dan Teknologi
Unit Pembelajaran: 1.4 Elektrik dan Elektronik
Tajuk Pembelajara: (b) Penghasilan Projek Elektronik
Pengetahuan Sedia Ada:1)Murid telah didedahkan dengan nama, fungsi dan komponen elektrik pada tahun 4.
2)Murid telah membuat projek mentol elektrik pada tahun 4.
Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat;
1)menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.
2)menggunakan 2 alatan kerja elektronik dengan betul mengikutfungsi
Penerapan Nilai:Keberanian, Berdikari, Kerajinan
Kemahiran Berfikir: Menghubung kait, membanding beza, mencirikan
Bahan Bantu Mengajar:1) Alatan elektonik (Laptop, Kamera, Telefon bimbit)
2) Komponen elektronik (sel kering. LED, perintang, Perintang boleh laras, buzer, dan bongkah penyampung)
3) Alatan tangan (playar muncung tirus, pemutar skru)
4) Persembahanpowepoint.
5) Model litar elektronik
6) Papan Putih
RPH MENGIKUT MODEL ASSURE
A -Analyse Learner
Analisis pelajarBilangan pelajar - 20 orang
Jantina - lelaki 12 perempuan 8
Kedudukan kelas - Pertama dalam darjah 5
Waktu : 9 - 10 pagi (waktu 4 dan 5)
Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup
Pengetahuan sedia ada: Pemebelajaran elektronik di tahun 4
S -State Obejctives
Nyatakan objektifPada akhir waktu, pelajar boleh:
1)menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.
2) menggunakan 2 alatan kerja elektronik dengan betul mengikutfungsi
S - Select Method
Pilih kaedah, media, bahanMenggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid dengan guru sebagai pembimbing.
Menggabungkan media elektronik dan tradisional
Menggunakan model atau benda maujud, bahan bercetak serta elektronik
U - Utilise media and materials
Gunakan media & bahan1) Alatan elektonik dan komponen elektronik
3) Alatan tangan
4) Persembahanpowepoint.
5) Model litar elektronik
6) Papan Putih
R -Require learner response/ participation
Dorong penglibatan pelajarSoal-jawab secara lisan.
Murid menggunakan alatan tangan
Membimbing murid membuat kerja amali
E -Evaluate and revise materials
Nilai & semakSoalan secara lisan.
Kuiz secara berkumpulan
Edaran lembaran kerja.
Murid dibimbing sehingga boleh menggunakan alatan tangan dengan betul
Fasa MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan
Set Induksi (10 minit)
Pengenalan kepada peralatan elektronik pada zaman semasa.
1)Guru menerangkan perbezaan antara barang elektrik dan elektronik.
2)Murid menyatakan pelbagai jenis alatan elektronik yang pernah digunakan.Nilai: rasional
KB: Menghubung kait, membanding beza
BBM: Kamera, Telefon bimbit, Laptop
Langkah 1 (15 minit)
Pengenalan kepada komponen elektronik dan alatan kerja.
1) LED
2) Perintang
3) Testpan
4) Playar mucung tirus1)Murid diminta untuk duduk secara berpasangan.
2)Murid akan diberi satu LED dan perintang setiap dua orang untuk ditatapi oleh murid serta satu helaian lembaran kerja.
3)Guru menerangkan mengenai nama, fungsi dan simbol komponen elektronik menggunakan powerpoint dan murid menyalin nota.
4)Murid diminta untuk menulis nama, fungsi dan simbol peralatan elektronik di pada lembaran kerja yang diberi.
5)Guru menerangkan mengenai nama dan fungsi alatan kerja elektronik yang digunakan.Nilai: Berdikari
KB: mencirikan
BBM:
1) Persembahan powerpoint,
2) Lembaran kerja
3) Komponen elektronik sebenar (LED, perintang, perintang boleh laras)
4) Alatan kerja (playar muncung tirus, pemutar skru)
Langkah 2 (20 minit)
Tunjuk ajar penggunaan alatan tangan dan pemasangan komponen
1) LED
2) Playar muncung tirus
3) Testpan
4) Bongkah penyambung1)Murid dibahgikan kepada dua kumpulan/
2)Guru menunjukkan cara menggunakan alatan tangan dengan betul. Contoh : Membengkokkkan kaki LED, memutar skru untukmenyambung
3)Guru menunjukkan cara memasang LED pada bongkah penyambung
4)Dua orang murid dipilih untuk cuba memasangkan komponen elektonik pada bongkah penyambung dengan betul.Nilai: Kerjasama, Berdikar, Berani
KB: membanding beza
BBM:
1) alatan kerja,
2) komponen elektronik 3) model litar elektronik lengkap
Penutup (15 minit)
Refleksi murid dan
rumusan pembelajaran
1) Penjelasan di papan putih1)Guru meminta murid untuk mengenalpasti semula simbol dan kegunaan komponen elektronik pada litar skematik di papan putih
2)Guru memilih 2 orang murid untuk bertanya tentang apa yang dipelajarinya hari ini.
3)Murid diterangkan kaitan litar elektronik dengan kehidupan seharian, sejauh mana pentingnya kegunaan alatan elektonik berbanding pada zaman dahulu.Nilai: Rasional, kasih sayang
KB: Menghubung kait, membuat kesimpulan
BBM: Papan putih
Refleksi isi utama pengajaran : ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________