contoh rancangan mengajar

Upload: iman-jaya

Post on 06-Jan-2016

63 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Contoh Rancangan Mengajar Harian

TRANSCRIPT

1

TEMPLAT RANCANGAN MENGAJAR

SUBJEK: PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN: 3

1. Ciri-Ciri Kelas

(Class Characteristics)

a) Tingkatan

( Form )

b) Pengetahuan Sedia Ada

( Prior Knowledge )

Baik

3

1. Pelajar telah mempelajari topik zakat fitrah di tingkatan dua

2. Pelajar tahu menggunakan internet untuk mencari bahan pelajaran dan tahu menggunakan e-mel

3. Pelajar boleh menggunakan perisian MS Word

2. Peruntukan Masa

( Time Allocation )

80 minit.

3. Tema Pelajaran / Topik

( Lesson Theme / Topic )

Tema : Ibadat

Topik 16 : Zakat Harta

Sub topik : Pengertian, kewajipan, syarat wajib dan jenis-

jenis zakat harta

4. a) Hasil Pembelajaran

( Learning Outcomes )

b) Nilai Murni

( Noble Values )

c) KBKK

( Thinking Skills )

Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat:

Aras 1

1. Menerangkan pengertian zakat

2. Menyatakan dalil wajib zakat

3. Menyenaraikan syarat-syarat wajib zakat harta

Aras 2

1. Menerangkan harta-harta yang diwajibkan zakat dan cara mengeluarkannya

1) Menimbulkan rasa kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Allah

2) Melatih diri sanggup berkorban untuk kepentingan agama dan umat Islam

1. Menyenarai dan menyatakan

2. Menerangkan

5. Objektif Pembelajaran

( Learning Objectives )

Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat:

1. menerangkan pengertian zakat secara lisan

2. menyatakan dalil zakat serta hukumnya

3. menyenaraikan syarat-syarat wajib zakat harta

4. menerangkan jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat dan cara mengeluarkannya

5. menyelesaikan tugasan menggunakan internet

6. memuat turun data-data ke dalam fail MS Word

6. Persediaan TMK

( ICT Preparation )

1. Menempah bilik komputer dan projektor LCD.

2. Memastikan sistem rangkaian dan internet berfungsi.

3. Menyediakan slaid MS Power Point sebagai bahan bantu mengajar

4. Menyediakan Uniform Resource Locater (URL) berkaitan zakat harta untuk pautan pembelajaran

7. Penerapan TMK ( ICT Integration )

1. Mengakses maklumat mengenai zakat harta menggunakan Internet dan memuat turun ke dalam fail MS Word

2. Menghantar jawapan soalan latihan melalui e-mel

8. Persediaan Guru Bukan TMK

( Non ICT Preparation)

1. Buku teks

2. Buku rujukan

3. Tafsir A-Quran tentang kewajipan zakat

4. Kitab Fiqh As-Syafie Jilid 1 bab zakat

9. Aktiviti Pelajaran

( Learning Activities )

1. Set Induksi :

Memaparkan slaid yang mengandungi gambar jenis-jenis harta yang wajib di keluarkan zakat menggunakan perisian MS Power Point (3 minit)

2. Pencetusan idea :

Soal jawab berkaitan dengan tajuk

Persembahan MS Power Point tentang zakat harta

(12 minit)

3. Penstrukturan semula idea :

Mengakses internet dan menghasilkan tugasan dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran (20 minit)

4. Aplikasi idea :

Mengadakan sesi perbincangan dalam kumpulan dan

Membuat pembentangan jenis-jenis harta yang

diwajibkan zakat serta cara mengeluarkannya (25 minit)

5. Penilaian :

Penilaian rakan sebaya dan guru secara lisan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (15 minit)

6. Penutup :

Refleksi pelajaran (5 minit)

10. Aktiviti Guru

( Teachers Activity )

1. Memaparkan slaid yang mengandungi gambar jenis-jenis harta menggunakan perisian MS Power Point2. Mengemukakan soalan berkaitan dengan slaid yang dipaparkan

3. Menyatakan tajuk yang akan dipelajari dan objektif yang perlu dicapai

4. Meminta pelajar menyatakan definisi zakat harta berdasarkan pengetahuan sedia ada

5. Meminta pelajar melihat persembahan MS Power Point yang diakses dari pelayan sekolah

6. Meminta pelajar melayari Internet untuk mencari maklumat tentang jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat dan cara-caranya

7. Memantau dan membimbing pelajar

8. Meminta wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan perbincangan

9. memaparkan slaid menggunakan perisian MS Power Point mengenai jenis-jenis zakat harta dan cara mengeluarkannya

10. Mengutarakan soalan-soalan secara lisan selepas paparan slaid

11. Meminta pelajar menjawab soalan dalam perisian MS Word dan menghantar jawapan menerusi e-mel kepada guru

12. Meminta pelajar membuat refleksi tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

11. Aktiviti Pelajar

( Students Activity )

1. Memerhati slaid yang mengandungi gambar jenis-jenis harta menggunakan perisian MS Power Point

2. Menjawab soalan berkaitan dengan slaid yang dipaparkan

3. Mengetahui tajuk yang akan dipelajari dan objektif yang perlu dicapai

4. Menyatakan definisi zakat harta berdasarkan pengetahuan sedia ada

5. Melihat persembahan MS Power Point yang diakses dari pelayan sekolah

6. Melayari Internet untuk mencari maklumat tentang jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat dan cara-caranya

7. Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan perbincangan

8. Melihat slaid menggunakan perisian MS Power Point mengenai jenis-jenis zakat harta dan cara mengeluarkannya

9. Menjawab soalan-soalan secara lisan selepas paparan slaid

10. Menjawab soalan dalam perisian MS Word dan menghantar jawapan menerusi e-mel kepada guru

11. Membuat refleksi tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

12. Liputan Kurikulum

(Curriculum Coverage)

1. Meliputi kandungan mata pelajaran, mengetahui syarat-syarat

wajib zakat harta, jenis-jenis zakat harta dan cara-cara

mengeluarkannya sepertimana yang telah ditentukan dalam

Islam

13. Keperluan Khusus

(Special Need)Tiada

14. Literasi

( Literacy )Perkataan Arab sepert nisab, haul, kadar zakat, harta rikaz

15. Numerasi

( Numeracy )

1. Permulaan nisab bagi binatang ternakan

(a) Kambing, biri-biri,kibas = 40

(b) Lembu, kerbau = 30

(c) Unta = 5

2. Permulaan nisab bagi hasil pertanian

(a) Bijirin dan buah-buahan = 1000 kg

(b) Padi = 1300 kg

3. Haul bagi zakat harta = setahun (12 bulan bulan Qamariah)

4 Kadar zakat yang dikenakan bagi setiap jenis harta

16. a) Penilaian

( Evaluation )

b) Refleksi

( Reflection )

1. Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secra lisan

2. Pelajar menjawab soalan dalam perisian MS Word dan

menghantar menerusi e-mel kepada guru

3. Adakah hasil pembelajaran tercapai di akhir sesi pengajaran

dan pembelajaran?

4. Adakah P&P dapat berjalan dengan lancar dengan bantuan

TMK ?

5. Apakah strategi lain yang akan saya gunakan untuk

membaiki kelemahan

17. Bahan Rujukan TMK dan

bukan TMK

( ICT and Non-ICT Referrals )

1. http://www.e-zakat.com.my

2. http://zakat.al-islam.com/mal/

3. Rijaluddin bin Yahya,Muhammad Nazmi bin Desa, Muhammad Suki bin Osman.(2004).Pendidikan Islam Tingkatan Empat.Kuala Lumpur:Dewan Basa dan Pustaka:Harian (Zulfadhli) Sdn. Bed.

4. Hj Idris Ahmad S.H.(2002).Fiqh Syafii Jilid 1.Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd.

18. Laman Web

( Web Sites )

http://www.e-zakat.com.myhttp://zakat.al-islam.com/mal/http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Zakat/index.htmlhttp://www.zakatpahang.com.my/http://www.zakat.com.my/index.cfm