contoh rancangan pengajaran harian bahasa malaysia 1.docx

35
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 TARIKH : MASA : 7.20 - 8.20 (60 minit) TAHUN : 4 BILANGAN PELAJAR : 28 Orang MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA TEMA : YANG BAIK JADIKAN TELADAN TAJUK : MONYET YANG PINTAR PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid mempunyai pengalaman sedia ada mengenai cara membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penghayatan yang sesuai. OBJEKTIF PENGAJARAN : Di akhir pembelajaran murid dapat : 1. Membaca lancar petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Mempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai. KEMAHIRAN PEMBELAJARAN : 5.1 Aras 2 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2.1 Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai. NILAI-NILAI MURNI : Berdikari, Berani,Kerajinan BAHAN BANTU Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD,

Upload: justin-travis

Post on 22-Nov-2015

817 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA 1RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1TARIKH :

MASA :7.20 - 8.20 (60 minit)

TAHUN :4

BILANGAN PELAJAR :28 Orang

MATA PELAJARAN :BAHASA MALAYSIA

TEMA :YANG BAIK JADIKAN TELADAN

TAJUK :MONYET YANG PINTAR

PENGETAHUAN SEDIA ADA :Murid mempunyai pengalaman sedia ada mengenai cara membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penghayatan yang sesuai.

OBJEKTIF PENGAJARAN :Di akhir pembelajaran murid dapat :1. Membaca lancar petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul.2. Mempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN:5.1 Aras 2 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.2.1 Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

NILAI-NILAI MURNI :Berdikari, Berani,Kerajinan

BAHAN BANTU MENGAJAR :Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar, Gambar haiwan liar

BAHAN RUJUKAN :Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu

Langkah Penyampaian:LangkahIsi pelajaranKaedah Penyampaian

Set Induksi5 MinitContoh soalan:1.Namakan haiwan liar yang terdapat di dalam gambar?

2.Apakah perbezaan haiwan-haiwan di dalam gambar ini?Aktiviti:1. Guru menunjukkan gambar haiwan liar yang terdapat di dalam hutan.2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan.3. Guru mengaitkan hasil perbincangan dengan isi pelajaran hari itu.

Bahan:Gambar haiwan liar

Langkah 115 MinitMembaca lancar petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Aktiviti:1. Guru menayangkan petikan cerita Monyet yang pintar kepada murid.2. Guru membaca petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul.3. Murid membaca senyap petikan yang diberikan.4. Murid membaca kuat petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yaang betul berpandukan tunjuk ajar guru.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Langkah 215 MinitMempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

Aktiviti:1. Guru memberikan contoh persembahan cerita dengan mengunakan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.2. Guru dan murid berbincang tentang cara mempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Langkah 320 MinitMempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

Aktiviti:1. Setiap kumpulan mempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.2. Guru memberi tunjuk ajar kepada setiap kumpulan yang berkenaan.Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Penutup5 MinitRumusanAktiviti:1. Guru berbincang dengan murid berkaitan dengan isi pelajaran hari ini.2. Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari ini.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA 4RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4TARIKH :

MASA :11.20 12.50 (90 minit)

TAHUN :4

BILANGAN PELAJAR :28 Orang

MATA PELAJARAN :BAHASA MALAYSIA

TEMA :YANG BAIK JADIKAN TELADAN

TAJUK :MONYET YANG PINTAR

PENGETAHUAN SEDIA ADA :Murid mempunyai pengalaman sedia ada mengenai isi pelajaran untuk hari ini.

OBJEKTIF PENGAJARAN :Di akhir pembelajaran murid dapat :1. Menghuraikan 4 daripada 5 perwatakan watak yang terdapat di dalam cerita.2. membina ayat sekurang-kurangnya 50 patah perkataan berkaitan dengan watak yang dipilih dengan bahasa yang betul.

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN: 11.3 Aras 1 (i) mengecam watak yang terdapat dalam teks.11.3 Aras 1 (ii) mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.2.1 Aras 3 (ii) Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan bahasa yang betul.

NILAI-NILAI MURNI :Berdikari, Berani,Kerajinan

BAHAN BANTU MENGAJAR :Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar, Dialog Monyet yang pintar, Latihan 5, Latihan 6

BAHAN RUJUKAN :Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu

Langkah Penyampaian:LangkahIsi pelajaranKaedah Penyampaian

Set Induksi5 MinitContoh dialog:- Tapi bagaimana, kijang?.- kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama.- Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!.

Aktiviti:1. Guru meminta murid melakonkan setiap dialog yang mereka telah pelajari dalam cerita Monyet yang pintar.2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan watak yang menyampaikan dialog yang mereka lakonkan.3. Guru mengaitkan hasil perbincangan dengan isi pelajaran hari itu.

Bahan:Dialog Monyet yang pintar

Langkah 120 MinitMengecam watak yang terdapat dalam teks.

Mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.-perwatakan- nilai yang terdapat dalam diri sesuatu watak itu.1. kambing sanggup berkorban nyawa demi keselamatan kawan-kawannya.2. kijang seekor binatang yang pemarah.3. arnab lebih banyak berdiam diri.4. monyet seekor binatang yang pintar dan mampu menipu singa.5. singa seekor binatang yang garang, anggkuh, mementingkan diri sendiri .

Aktiviti:1. Guru meminta murid menyenaraikan setiap watak yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar.2. Guru menerangkan mengenai maksud perwatakan dan memberikan contoh perwatakan berdasarkan watak yang terdapat di dalam cerita Monyet yang pintar.3. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti perwatakan setiap watak yang terdapat di dalam cerita.4. Wakil murid membentangkan dapatan perbincangan kumpulan mereka di hadapan kelas.5. Guru membuat penambahbaikan serta mencatat hasil pembentangan murid di papan tulis.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Langkah 225 MinitMenghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan bahasa yang betul.

Contoh ayat:- kambing adalah seekor binatang yang baik budi pekertinya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya.Aktiviti:1. Guru memberikan contoh ayat yang ditulis dengan menggunakan bahasa yang betul.2. Guru dan murid berbincang tentang cara menulis dan menghuraikan sesuatu perkara dengan bahasa yang betul.3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang dijalankan.4. Guru memberi penambahbaikan serta mencatat hasil perbincangan murid di papan tulis.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Langkah 335 MinitMembuat latihan mengenai topik yang telah diajar pada hari ini.

1. Menghuraikan 4 daripada 5 perwatakan watak yang terdapat di dalam cerita. (Latihan 5)2. membina ayat sekurang-kurangnya 50 patah perkataan berkaitan dengan watak yang dipilih dengan bahasa yang betul. (Latihan 6)

Aktiviti:1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk mengukur sejauh mana kefahaman dan ingatan murid tentang isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

Bahan:Latihan 5, Latihan 6.

Penutup5 MinitRumusan / Lakonan.Aktiviti:1. Guru dan murid melakonkan setiap watak yang telah dipelajari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini.2. Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari ini.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA 2RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2TARIKH:

MASA:8.50 - 9.50 (60 minit)

TAHUN:4

BILANGAN PELAJAR:28 Orang

MATA PELAJARAN:BAHASA MALAYSIA

TEMA:YANG BAIK JADIKAN TELADAN

TAJUK:MONYET YANG PINTAR

PENGETAHUAN SEDIA ADA:Murid mempunyai pengalaman sedia ada mengenai isi pelajaran untuk hari ini.

OBJEKTIF PENGAJARAN:Di akhir pembelajaran murid dapat :1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 watak yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar.2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 rancangan setiap watak dalam cerita ini dengan wacana yang sesuai.

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN:2.1 Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi danpenghayatan yang sesuai. 11.3 Aras 1 (i) mengecam watak yang terdapat dalam teks. 3.3 Aras 2 (i) mengemukakan idea tentang sesuatu tema denganwacana yang sesuai.

NILAI-NILAI MURNI:Berdikari, Berani,Kerajinan

BAHAN BANTU MENGAJAR:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar, Kotak bertutup, Patung haiwan,Latihan 1, latihan2.

BAHAN RUJUKAN:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu

Langkah Penyampaian:LangkahIsi pelajaranKaedah Penyampaian

Set Induksi5MinitContoh soalan:1.Apakah nama objek yang anda dapat dari dalam kotak itu?2.Siapakah dia Sang Singa ini?

Aktiviti:1. Guru menjalankan aktiviti kotak hitam.2. Wakil setiap kumpulan mengambil objek (patung haiwan)yang terdapat di dalam kotak dan menyatakannya kepada rakan lain.3. Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran untuk hari ini.

Bahan:Kotak bertutup, patung haiwan

Langkah 115 MinitMempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

mengemukakan idea yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar denganwacana yang sesuai.- buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali.

Aktiviti:1. Secara rawak, guru meminta murid yang terpilih untuk mempersembahkan semula cerita Monyet yang pintar.2. Guru dan murid berbincang tentang isi kandungan cerita ini.3. wakil setiap kumpulan menyatakan idea yang terdapat di dalam cerita ini dengan wacana yang tepat.4. Guru mencatat setiap maklumat dalam pembentangan murid di papan tulis.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Langkah 215 MinitWatak dan rancangan watak dalam dalam cerita:1. kambing berjumpa dengan singa untuk merayu agar singa tidak menangkap haiwan lain di hutan.2. kijang mahu membunuh singa sebelum singa menjadikan mereka mangsa.3. arnab ikut rancangan kijang sahaja.4. monyet menipu singa sehingga singa terbunuh.5. singa menjadikan binatang lain di dalam hutan sebagai mangsanya.Aktiviti:1. Murid berbincang dalam kumpulan menyenaraikan watak dan rancangan watak yang terdapat dalam cerita.2. wakil setiap kumpulan membentangkan dapatan dari perbincangan mereka.3. Guru memberi penambahbaikan terhadap hasil perbincangan dan pembentangan murid.4. Guru mencatat hasil pembentangan murid di papan tulis.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Langkah 320 MinitMembuat latihan mengenai topik yang telah diajar pada hari ini.

1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 watak yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar. (Latihan 1)2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 rancangan setiap watak dalam cerita ini dengan wacana yang sesuai. (Latihan 2)

Aktiviti:1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk mengukur sejauh mana kefahaman dan ingatan murid tentang isi pelajaranyang telah dipelajari pada hari ini.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar, Latihan 1, Latihan 2

Penutup5 MinitRumusanAktiviti:1. Guru berbincang dengan murid tentang isi pelajaran pada hari ini.2. Guru meminta wakil murid untuk membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari ini.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA 1RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1TARIKH :

MASA :7.20 - 8.20 (60 minit)

TAHUN :4

BILANGAN PELAJAR :28 Orang

MATA PELAJARAN :BAHASA MALAYSIA

TEMA :YANG BAIK JADIKAN TELADAN

TAJUK :MONYET YANG PINTAR

PENGETAHUAN SEDIA ADA :Murid mempunyai pengalaman sedia ada mengenai cara membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penghayatan yang sesuai.

OBJEKTIF PENGAJARAN :Di akhir pembelajaran murid dapat :1. Membaca lancar petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul.2. Mempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN:5.1 Aras 2 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.2.1 Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

NILAI-NILAI MURNI :Berdikari, Berani,Kerajinan

BAHAN BANTU MENGAJAR :Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar, Gambar haiwan liar

BAHAN RUJUKAN :Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu

Langkah Penyampaian:LangkahIsi pelajaranKaedah Penyampaian

Set Induksi5 MinitContoh soalan:1.Namakan haiwan liar yang terdapat di dalam gambar?

2.Apakah perbezaan haiwan-haiwan di dalam gambar ini?Aktiviti:1. Guru menunjukkan gambar haiwan liar yang terdapat di dalam hutan.2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan.3. Guru mengaitkan hasil perbincangan dengan isi pelajaran hari itu.

Bahan:Gambar haiwan liar

Langkah 115 MinitMembaca lancar petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Aktiviti:1. Guru menayangkan petikan cerita Monyet yang pintar kepada murid.2. Guru membaca petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul.3. Murid membaca senyap petikan yang diberikan.4. Murid membaca kuat petikan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan dan intonasi yaang betul berpandukan tunjuk ajar guru.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Langkah 215 MinitMempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

Aktiviti:1. Guru memberikan contoh persembahan cerita dengan mengunakan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.2. Guru dan murid berbincang tentang cara mempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Langkah 320 MinitMempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

Aktiviti:1. Setiap kumpulan mempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.2. Guru memberi tunjuk ajar kepada setiap kumpulan yang berkenaan.Bahan:Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan Monyet yang pintar

Penutup5 MinitRumusanAktiviti:1. Guru berbincang dengan murid berkaitan dengan isi pelajaran hari ini.2. Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari ini.

PetikanMonyet yang pintar

Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengakui dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu. Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi, kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh. Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah. Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa yang seterusnya. Tapi bagaimana, kijang? sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi. Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama, kata monyet dengan berapi-api. Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar? herdik singa. Ma ... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja, sembah monyet pura-pura ketakutan. Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya! kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku, Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.

Monyet yang pintar

Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengakui dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu. Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi, kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh. Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah. Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa yang seterusnya. Tapi bagaimana, kijang? sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi. Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama, kata monyet dengan berapi-api. Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar? herdik singa. Ma ... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja, sembah monyet pura-pura ketakutan. Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya! kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku, Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia

LATIHAN 1

Latihan 1

Senaraikan watak-watak yang terdapat di dalam cerita Monyet yang pintar ini.

1.___________________________________

2.___________________________________

3.___________________________________

4.___________________________________

5.___________________________________

LATIHAN 2

Latihan 2

Lengkapkan jadual di bawah dengan rancangan setiap watak yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar ini.

Bil.WatakRancangan

1

2

3

4

5

LATIHAN 3

Latihan 3

Lengkapkan belon kata dengan dialog yang betul.

Kambing

Kijang

Arnab

Monyet

Singa

RPHBM THN 2 (Kisah dan teladan)

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

Nama Guru : Ahmad Latip Bin AlwiMata pelajaran : Bahasa MelayuTema : Kisah dan TeladanTajuk : Kisah Sang SerigalaSekolah : Sk. St.Patrick.Kelas : 2 DynamicBilangan murid : 26 orangPurata umur : 8 tahunTarikh : 11 Oktober 2011Masa : 8.00 9.00 pagi.Hari : Selasa

KEMAHIRANFokus Utama : 5.1 Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarikFokus sampingan : 5.2 Aras 1(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibacaFokus sampingan: 6.1 Aras 3(i) Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan.

OBJEKTIF1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.2. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca3. Merujuk teks petikan untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan.

ISI PELAJARANSebuah Taman,buah epal,sangat lapar,buah tembikai.

PENGETAHUAN SEDIA ADAMurid sudah biasa mengenali rupa binatang serigala daripada cerita yang ditonton di televisyen dan daripada bahan-bahan bacaan.

PENYERAPAN ILMUPendidikan Moral , Agama Islam dan Sains

NILAI-NILAI MURNIKesedaran murid tentang keburukan sikap tamak dan seharusnya bersyukur dengan apa yang ada

ABMKad gambar, kad perkataan , lembaran kerja dan teks petikan.

SET INDUKSI(5 minit ).1. Beberapa orang murid di minta untuk mencantum gambar2. Guru mengambarkan ciri-ciri haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut.2. Murid cuba menjawab nama haiwan mengikut gambaran diberi.

LANGKAH 1(10 minit )1. Guru menyuruh beberapa orang murid membaca secara individu dan kemudian secara beramai-ramai berdasarkan teks petikan yang diedar.2. Guru bersoaljawab dan berbincang bersama-sama murid berkaitan isi teks petikan yang diberi.3. Guru berbincang berkaitan peribahasa yang terdapat dalam teks kemudian menyuruh murid mencari dan mengaris beberapa simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan.

LANGKAH 2(10 minit )1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.2.Murid yang belum menguasai diberi bimbingan oleh guru secara individu.3.Latihan pengayaan diberikan kepada murid yang telah menguasai dan menyiapkan latihan dengan betul.4.Hasil kerja disemak secara perbincangan dan dibuat dalam bentuk pertandingan Pat-pat Siku Lipat (menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja secara kumpulan)

PENUTUP( 5 Minit )Penutup kognitif.1.Guru menilai hasil kerja murid secara keseluruhan dan memberi peneguhan.2.Hasil kerja mereka akan ditampal di sudut bahasa3.Rumusan pelajaran berdasarkan nilai-nilai murni terdapat dalam petikan.Penutup sosial1. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankan.

REFLEKSI PENGAJARAN

KEKUATAN

Kelebihan dan Kekuatan pengajaran yang saya lakukan ialahstrategi atau teknik pengajaran yang pelbagai telah digunakan memberi keyakinan penuh untuk diri saya bagi mencapai objektif P&P pada hari tersebut. Saya mengetahuinya melalui proses pengajaran secara soaljawab disusuli dengan didik hibur dan simulasi.Melalui pemerhatian saya murid-murid begitu seronok dan lebih fokus dengan pengajaran yang telah dijalankan.

Melalui pemerhatian saya. Murid-murid dapatmenjalankan aktivitiseperti yangdiarahkan dan memberi tindakbalas yang positif dan memberangsangkansecara aktif.Penglibatan murid-murid dalamaktiviti kumpulanterutamanya dalampertandinganPat-Pat siku lipat menunjukkan mereka terlibat secara aktif atau produktif ini adalahbertujuan:i). Memudahkan saya mengawal kelas.ii). Merapatkan hubungan antara murid-muridiii). Mudah untuk mencungkil idea di kalangan mereka sendiri.iv). Mewujudkan sifat kepimpinanv).Menghilangkan sifat malu dan rendah diri.vi). Mengelak murid dari suka menyendiri,bosan dan pasif (kera sumbang). vii). Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan kondusif.viii). Mewujudkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.Selain itupenglibatanmurid-murid dalam kelassecara individujuga aktif dan amatmemberangsangkan terutama aktiviti sesi soaljawab.

KELEMAHANKelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikropengajaranialah ketepatanmengikut masa yang ditetapkan.Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkahpengajaran tidak seiring. Halini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialahmasalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.

LANGKAH MENGATASI

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikanbagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukanialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas.Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P. Hal ini juga akanmemudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika P&P berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid

LEMBARAN KERJA

Nama:_____________ BM TAHUN 2 TARIKH:_______________

Tajuk: Simpulan Bahasa

Arahan: Isi tempat kosong berpandukan jawapan yang diberi.

Kaki botol panjang tangan cakar ayam mulut muraikaki ayam

1. Orang yang memakai kasut:___________________________________

2. Suka atau banyak bercakap:___________________________________

3. Surat Ali tidak boleh dibaca kerana tulisannya macam:______________

____________________________________

4. Abu di tangkap polis kerana dia:_________________________________

5. Orang yang banyak minum minuman yang memabukkan:_____________

____________________________________

GAMBAR SERIGALA SEDANG MENYALAK

GAMBAR SEEKOR SERIGALA

LATIHAN 4

Latihan 4

Huraikan tujuan setiap dialog yang diucapkan oleh setiap watak.

WatakTujuan dialog diucapkan

Kambing

Kijang

Arnab

Monyet

Singa

LATIHAN 5Latihan 5

Huraikan perwatakan setiap watak yang terdapat dalam petikan dengan menggunakan ayat anda sendiri.

WatakPerwatakan

Kambing

Kijang

Arnab

Monyet

Singa

LATIHAN 6Latihan 6

Bina ayat sekurang-kurangnya 50 patah perkataan berkaitan dengan watak yang anda pilih dengan bahasa yang betul.

Watak:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

WATAK DAN PERWATAKANwatak dan perwatakan

WatakPerwatakan

KambingSanggup berkorban nyawa demi keselamatan kawan-kawannya.

KijangSeekor binatang yang pemarah.

ArnabLebih banyak berdiam diri.

MonyetSeekor binatang yang pintar dan mampu menipu singa.

SingaSeekor binatang yang garang, angkuh, mementingkan diri sendiri .