contoh proposal hlps

9
Siti Sarah Binti Jeman 820612-13-5664 Pengurusan Kurikulum 1.0 PENGENALAN Tajuk kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ialah “Implikasi Penglibatan Ibu Bapa Murid Pemulihan LINUS Dalam Pembelajaran Di Rumah Menggunakan Kad Bacaan Di Sekolah Kebangsaan Siong” . Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana ibu bapa memberi kesan kepada perubahan pembelajaran murid pemulihan terutamanya dari segi peningkatan pembacaan murid apabila ibu bapa melibatkan diri dengan membantu murid membaca di rumah. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pendidikan meliputi semua aspek dalam kehidupan dan asuhan bermula dari peringkat awal persekolahan kanak-kanak lagi. Walaupun demikian, masih terdapat murid yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Keadaan ini menyebabkan murid mengalami keciciran di dalam kelas kerana tidak dapat menguasai kemahiran asas yang menjadi kesinambungan pemahaman dalam menguasai semua jenis matapelajaran. Heacox (1991), yang berpengalaman dalam berurusan dengan murid yang menghadapi masalah pencapaian akademik mengatakan bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang murid bergantung kepada tiga pihak iaitu ibu bapa, guru-guru dan murid itu sendiri. Ibu bapa bukan sahaja harus memastikan murid untuk hadir sekolah secara konsisten, tetapi juga seharusnya memainkan peranan utama untuk meneruskan pembelajaran anak-anak di rumah. 1

Upload: serajeman

Post on 07-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kertas kerja ringkas pmohonan hlps kpm

TRANSCRIPT

Page 1: contoh Proposal hlps

Siti Sarah Binti Jeman820612-13-5664

Pengurusan Kurikulum

1.0 PENGENALANTajuk kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ialah “Implikasi Penglibatan Ibu Bapa

Murid Pemulihan LINUS Dalam Pembelajaran Di Rumah Menggunakan Kad Bacaan Di

Sekolah Kebangsaan Siong”. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana ibu bapa

memberi kesan kepada perubahan pembelajaran murid pemulihan terutamanya dari segi

peningkatan pembacaan murid apabila ibu bapa melibatkan diri dengan membantu murid

membaca di rumah.

2.0 PERNYATAAN MASALAHPendidikan meliputi semua aspek dalam kehidupan dan asuhan bermula dari peringkat awal

persekolahan kanak-kanak lagi. Walaupun demikian, masih terdapat murid yang masih lemah

dalam penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Keadaan ini

menyebabkan murid mengalami keciciran di dalam kelas kerana tidak dapat menguasai

kemahiran asas yang menjadi kesinambungan pemahaman dalam menguasai semua jenis

matapelajaran. Heacox (1991), yang berpengalaman dalam berurusan dengan murid yang

menghadapi masalah pencapaian akademik mengatakan bahawa kejayaan atau kegagalan

seseorang murid bergantung kepada tiga pihak iaitu ibu bapa, guru-guru dan murid itu

sendiri. Ibu bapa bukan sahaja harus memastikan murid untuk hadir sekolah secara konsisten,

tetapi juga seharusnya memainkan peranan utama untuk meneruskan pembelajaran anak-

anak di rumah.

Isu kelemahan akademik para pelajar pada tahap sekolah rendah memerlukan perhatian yang

serius kerana ia dikhuatiri akan berterusan sehingga peringkat sekolah menengah dan

pendidikan tertinggi. Ini terbukti dalam kajian Amir Hassan Dawi (2002) yang mendapati

kegagalan murid di kawasan luar bandar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

adalah berpunca daripada kelemahan mereka menguasai kemahiran asas, khususnya

kemahiran 3M yang lazimnya diajarkan di peringkat paling awal persekolahan. Kajian ini

menunjukkan kurangnya keprihatinan ibu bapa dan guru terhadap anak-anak di peringkat

awal pendidikan memungkinkan mereka menghadapi masalah kelemahan akademik yang

berterusan. Justeru itu, kajian ini akan melihat sejauh mana murid pemulihan dapat

1

Page 2: contoh Proposal hlps

Siti Sarah Binti Jeman820612-13-5664

Pengurusan Kurikulum

menguasai kemahiran membaca dengan bimbingan ibu bapa mereka di rumah dan guru di

sekolah.

3.0 LATAR BELAKANGKajian ini akan dijalankan terhadap murid Program Pemulihan Khas LINUS di Sekolah

Kebangsaan Siong, Baling, Kedah. Responden adalah terdiri daripada murid Tahun 3 kelas

Pemulihan Khas LINUS iaitu seramai 6 orang yang tinggal bersama ibu bapa mereka.

4.0 TUJUAN/OBJEKTIFObjektif kajian ini ialah :

4.1 Untuk melihat perbezaan pencapaian penguasaan membaca murid yang dibimbing

oleh ibu bapa secara langsung di rumah dengan murid yang tidak dibimbing oleh ibu

bapa secara langsung,

4.2 Untuk melihat perubahan sikap atau tingkahlaku terhadap murid yang dibimbing oleh

ibu bapa,

4.3 Untuk melihat peningkatan pencapaian Ujian Saringan LINUS selepas kajian.

5.0 PERSOALAN KAJIANDalam kajian ini, persoalan yang ingin dikaji adalah seperti berikut:

5.1 Adakah akan berlaku perbezaan pencapaian penguasaan bacaan responden sekiranya

ibu bapa terlibat dalam pembelajaran anak di rumah?

5.2 Adakah akan berlaku perubahan sikap atau tingkahlaku terhadap responden yang ibu

bapanya terlibat dalam pembelajaran anak di rumah?

5.3 Adakah akan berlaku peningkatan pada pencapaian Ujian Saringan LINUS

responden?

6.0 METODOLOGIDalam kajian ini, pengkaji memilih kaedah kajian campuran (mixed method research) yang

mana merupakan satu kaedah kombinasi kaedah analisis dapatan data secara kualitatif dan

kuantitatif. Kaedah pengumpulan data kajian ini akan melalui kaedah eksperimental,

2

Page 3: contoh Proposal hlps

PROSEDUR KAJIAN

Siti Sarah Binti Jeman820612-13-5664

Pengurusan Kurikulum

pemerhatian, analisis dokumen dan penilaian pencapaian murid sebelum dan selepas kajian

dilaksanakan.

Rajah 1: Rajah Prosedur dan Kerangka Kajian.

Rajah berikut menunjukkan prosedur dan kerangka kajian yang akan digunakan oleh

pengkaji untuk mendapatkan maklumat. Terdapat dua jenis responden yang akan digunakan

3

Eksperimental Sampel dibahagikan kepada 2 kategori

Analisis Dokumen Merekod pencapaian bacaan setiap minggu (Borang Konstuk Bacaan)

Pemerhatian Memerhati dan merekod perubahan sikap dan perilaku (Borang Senarai Semak)

Penilaian Pencapaian Ujian Pencapaian sebelum dan selepas kajian (Ujian Saringan LINUS)

KERANGKA KAJIANINPUT PROSES OUTPUT

Penglibatan Ibu Bapa+

Responden 1+

Penglibatan Guru

Responden 2+

Penglibatan Guru

Pencapaian Ujian Saringan LINUS Bimbingan guru

menggunakan:1. Kad Bacaan 2. Menandatangani Borang

Konstruk yang telah dikuasai oleh murid.

Bimbingan ibu bapa & guru menggunakan :

1. Kad Bacaan2. Menandatangani Borang

Konstruk yang telah dikuasai oleh murid.

Perubahan sikap / tingkahlaku

Page 4: contoh Proposal hlps

Siti Sarah Binti Jeman820612-13-5664

Pengurusan Kurikulum

yang mana responden akan dibahagikan kepada yang akan ada penglibatan ibu bapa bersama

dengan penglibatan guru manakala jenis responden kedua hanya melibatkan penglibatan guru

sahaja dalam penguasaan membaca murid. Dengan ini pengkaji akan dapat melihat

sejauhmana perubahan penguasaan murid yang ada dibimbing oleh ibu bapa mereka dengan

yang tidak dibimbing oleh ibu bapa.

Kaedah pelaksanaan proses ialah pengkaji akan menyediakan kad bacaan untuk responden

kumpulan pertama untuk di bawa balik ke rumah dan bacaan akan dibimbing oleh ibu bapa

responden. Seterusnya, ibu bapa responden akan menandatangani borang yang dilampirkan

sekali oleh guru sebagai bukti bimbingan dan responden telah berjaya menguasai bacaan

mengikut konstruk LINUS. Proses ini akan dijalankan dua kali seminggu dan guru akan

menguji murid pada penghujung minggu persekolahan dan akan menguji murid untuk

membaca konstruk yang telah ditandatangani oleh waris. Bagi responden kumpulan kedua,

pembacaan kad bacaan hanya akan dijalankan di sekolah sahaja dengan bimbingan guru.

Seterusnya, pengkaji juga akan memerhati dan merekod sekiranya ada berlaku perubahan

sikap dan tingkahlaku sepanjang proses kajian. Pada akhir kajian, pencapaian sebenar murid

akan dilihat melalui Ujian Saringan LINUS 2.0 yang dijalankan serentak oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Pengkaji akan menggunakan pencapaian Ujian Saringan LINUS 2

(2015) sebagai maklumat pra ujian sebelum kajian, manakala pencapaian Ujian Saringan

LINUS 1 (2016) sebagai maklumat pasca ujian selepas kajian.

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini boleh diringkaskan seperti berikut:

7.1 Kajian ini diharap dapat membantu pihak pentadbiran sekolah bagi menyediakan

pelbagai peluang dan alternatif yang dapat membina hubungan dan motivasi yang baik

bersama ibu bapa dan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian

akademik murid. Di samping itu, pihak sekolah boleh menekankan kepentingan

keterlibatan ibu bapa dalam masalah pembelajaran anak-anak mereka.

7.2 Selain itu, pengkaji berharap dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa serta

menggalakkan lagi ibu bapa untuk membantu anak-anak dalam pembelajaran di rumah.

4

Page 5: contoh Proposal hlps

Siti Sarah Binti Jeman820612-13-5664

Pengurusan Kurikulum

7.3 Malahan dapatan kajian ini diharap dapat membantu guru-guru LINUS di kelas

PERDANA untuk turut menggunakan kaedah Kad Bacaan dalam membantu

meningkatkan keupayaan membaca di kalangan murid LINUS bukan sahaja bagi

matapelajaran Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Inggeris terutama bagi murid di

sekolah luar bandar.

7.4 Seterusnya pihak PIBG sekolah juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk

menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada ibu bapa

tentang pentingnya peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran di rumah.

7.5 Pihak berkuasa terutamanya JPN dan KPM juga boleh memanfaatkan hasil kajian ini

dengan menilai kembali fokus tindakan selama ini. Adakah patut dan sesuai fokus

usaha meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dialihkan kepada ibu bapa pula?

Mungkin dari sudut belanjawan, lebih banyak peruntukkan disediakan untuk

memberikan kesedaran dan latihan kepada ibu bapa.

8.0 BIBLIOGRAFI

Ganesen Kamoo & Norani Mohd Salleh (2014). Pengaruh struktur keluarga dan stail

keibubapaan terhadap pencapaian akademik murid India di sekolah menengah rendah. Jurnal

Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 44–53.

Heacox, D. (1991). Up from underachievement. United States: Free Spirit.

Noraini Idris (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Edisi Kedua. Malaysia, McGraw-Hill

Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Silverman, D. (2006). Intepreting qualitative data. 3rd Ed.. London: SAGE Publications Ltd.

Siti Noor Ismail (2006). Penglibatan ibu bapa: nilai pencapaian dan pemantauan kerja rumah

dengan pencapaian akademik pelajar. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Utara Malaysia,

Sintok.

5

Page 6: contoh Proposal hlps

Siti Sarah Binti Jeman820612-13-5664

Pengurusan Kurikulum

9.0 JADUAL PERANCANGAN PENGAJIAN

SEMESTER

KOD KURSUS SUBJEK JUMLAH JAM KREDIT YANG DITAWARKAN

1

SGDU 5063 Human Resource Management in Education

7 jam kreditSGDU 6093 Quality Management in

Education

2SGDU 5024 Leadership in Education

7 jam kreditSGDU 5074 Strategic Management in Education

3SZRZ 6014 Research Methodology

7 jam kreditSGDP 5053 Statistic in Education

4Disertasi 21 jam kredit5

6

10.0 MAKLUMAT TEMPAT PENGAJIAN

Bil. Institusi Pengajian Tinggi Nama Kursus / Program Jumlah keseluruhan jam kredit yang ditawarkan

1. Universiti Utara Malaysia Sarjana Pengurusan Pendidikan

42 jam kredit(21 jam kredit kuliah & 21 jam kredit disertasi)

6