contoh proposal pt

35
TAJUK KAJIAN KAEDAH LBTB MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN KVKV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN NAMA PENGKAJI NAMA INSTITUSI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

Upload: shila-daly

Post on 16-Jul-2015

449 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh proposal pt

TAJUK KAJIAN

KAEDAH LBTB MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS

PERKATAAN KVKV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

NAMA PENGKAJI

NAMA INSTITUSI

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

KUALA LUMPUR

Page 2: Contoh proposal pt

Isi Kandungan

1.0 PENDAHULUAN .................................................................................................... 5

1.1 Pengenalan ................................................................................................................ 5

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (pdp) ........................................................... 6

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan ......................................................................................... 7

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN ........................................................... 8

2.1 Pengenalan ................................................................................................................ 8

2.2 Fokus Kajian ............................................................................................................. 8

2.3 Tinjauan Masalah ...................................................................................................... 9

2.3.1 Ujian Diagnostik .............................................................................................. 10

2.3.2 Ujian Awal ....................................................................................................... 10

2.3.3 Pemerhatian...................................................................................................... 10

2.2.4 Temu bual ........................................................................................................ 10

2.2.5 Penelitian dokumen.......................................................................................... 10

2.4 Analisis Masalah ..................................................................................................... 10

2.4.1 Ujian Diagnostik .............................................................................................. 11

2.4.2 Ujian Awal ....................................................................................................... 11

2.4.3 Pemerhatian...................................................................................................... 12

2.4.4 Temu bual ........................................................................................................ 12

2.4.5 Penelitian dokumen.......................................................................................... 13

3.0 Literatur Kajian ........................................................................................................... 14

4.0 Objektif Kajian........................................................................................................ 18

4.1 Pengenalan .............................................................................................................. 18

4.2 Objektif Umum ................................................................................................... 18

Page 3: Contoh proposal pt

4.3 Objektif Khusus................................................................................................... 18

4.4 Persoalan Kajian.................................................................................................. 18

5.0 Kumpulan Sasaran .................................................................................................. 18

6.0 Pelaksanaan Kajian ................................................................................................. 19

6.1 Perancangan langkah- langkah tindakan.................................................................. 19

6.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan ........................................................................ 21

6.1.2 Merancang........................................................................................................ 21

6.1.3 Tindakan/ Implementasi................................................................................... 21

6.1.4 Melihat Kesan Tindakan .................................................................................. 22

6.2 Tindakan yang Dirancang ....................................................................................... 22

6.2 Perancangan dan Cara Mengumpul Data................................................................ 24

6.2.1 Ujian diagnostik ............................................................................................... 24

6.2.2 Ujian awal ........................................................................................................ 24

6.3.2 Pemerhatian...................................................................................................... 25

6.3.4 Temu bual ........................................................................................................ 25

6.3.5 Penelitian dokumen.......................................................................................... 25

6.4 Perancangan Cara Menganalisis Data..................................................................... 25

6.4.1 Ujian Diagnostik .............................................................................................. 26

6.4.2 Ujian Awal ....................................................................................................... 27

6.4.3 Pemerhatian...................................................................................................... 27

6.4.4 Temu bual ........................................................................................................ 28

6.4.5 Penelitian dokumen.......................................................................................... 29

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ................... 30

7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan ...................................................................... 30

7.2 Rancangan Tindakan............................................................................................... 30

Page 4: Contoh proposal pt

8.0 Kos Kajian................................................................................................................... 31

9.0 Senarai rujukan ........................................................................................................... 34

Page 5: Contoh proposal pt

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Keupayaan seseorang murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi adalah agenda

besar kerajaan dalam Hala Tuju Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik

huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila pada

tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun 1, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap berkenaan

belum menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) murid Tahun 4 yang belum menguasai

kemahiran numerasi yang ditetapkan. Perangkaan ini menyumbang kepada salah satu punca

keciciran sebanyak 32,000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat persekolahan

(Khairuddin Mohamad, 2011). Tegasnya di sini ialah murid-murid perlu menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira (3M) untuk memastikan negara kita berupaya bersaing pada

peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan.

Frank Smith (1971) dalam Khairuddin Mohamad (2011) mentakrifkan membaca sebagai

satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-

perkembangan yang diterima. Bagi Frank Smith, membaca ialah satu psikolinguistik. Setiap

individu perlu menguasai kemahiran membaca supaya dapat menjadi insan yang berilmu dan

seterusnya akan dihormati oleh masyarakat. Sekiranya individu itu tidak tahu membaca, dia tidak

akan dapat memahami bahan ilmiah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan kepadanya.

Menurut Deller (1993), membaca ialah kemahiran yang sangat bernilai kepada semua

murid sama ada seseorang yang normal atau istimewa. Hanya dengan adanya asas yang kukuh,

seseorang itu dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memuaskan. Di Malaysia,

Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan

mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara

(bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

Manakala menulis pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai

kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai

kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Menulis ditakrifkan sebagai

proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan yang

seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna (Khairuddin Mohamad, 2011). Menulis juga

Page 6: Contoh proposal pt

merupakan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk

menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca (Tuan Jah

Tuan Yusof, 2011).

Kesimpulannya, kemahiran membaca dan menulis perlu dikuasai oleh setiap individu.

Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat

diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca juga mampu

memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam

pelbagai bidang. Manakala kemahiran menulis pula penting untuk dikuasai supaya individu itu

dapat menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada orang

lain atau pembaca.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (pdp)

Saya menjalankan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur

bermula pada 27 Januari 2014. Saya merupakan seorang guru pelatih yang mengambil opsyen

Pendidikan Pemulihan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pada minggu

pertama praktikum, saya membuat perancangan awal dalam mengenal pasti masalah kajian saya.

Perancangan dalam proses mengenal pasti masalah dirancang supaya tidak berlaku sebarang

masalah semasa mengenal pasti masalah murid.

Sebelum mengesan masalah murid, saya telah menjalankan ujian diagnostik dalam

mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid. Ujian diagnostik tersebut dapat membantu saya

untuk merancang dan mengetahui masalah murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang beberapa minggu mengajar, saya telah dapat mengenal

pasti beberapa masalah yang timbul. Antaranya ialah murid-murid pemulihan masih belum dapat

membaca dan menulis perkataan dengan betul dan kemas. Sebagai contoh, mereka tidak dapat

membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar. Mereka perlu mengeja suku kata

tersebut terlebih dahulu sebelum dapat membaca perkataan tersebut. Keadaan ini seterusnya

mengakibatkan mereka tidak dapat menulis perkataan dua suku kata KVKV tersebut dengan

betul.

Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya mendapati bahawa murid-murid ini kurang

memberikan perhatian terhadap pelajaran yang sedang disampaikan kepada mereka. Saya

Page 7: Contoh proposal pt

sentiasa perlu menegur mereka supaya memberikan perhatian terhadap apa yang sedang diajar

oleh saya. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca perkataan yang diajar kepada

mereka dengan lancar dan betul. Pada pendapat saya, masalah ini timbul kerana murid merasa

bosan dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Oleh hal yang demikian, saya akan

menjalankan satu kajian untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya, di

samping membantu murid-murid ini untuk membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan

lancar serta dapat menulis perkataan tersebut dengan betul.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Murid-murid dalam pendidikan pemulihan dapat dipulihkan kecuali mereka mempunyai

masalah kecacatan. Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-

kanak yang tidak kelihatan cacat pada luarannya tetapi mengalami masalah pembelajaran dan

lebih tepat lagi tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kebanyakan

murid-murid ini jauh ketinggalan dari segi akademik disebabkan oleh kegagalan mereka untuk

mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas harian biasa.

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, kaedah untuk mendapatkan maklumat awal

tentang subjek kajian adalah melalui pemerhatian penuh. Melalui proses pemerhatian yang

dijalankan dalam aspek yang perlu dikaji, kemahiran membaca dan menulis merupakan aspek

yang dipilih. Sepanjang pemerhatian pengkaji, murid-murid pemulihan masih belum menguasai

kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV.

Perkara utama untuk menangani masalah ini ialah kaedah pengajaran yang hendak digunakan

oleh guru. Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang

berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Sehubungan dengan itu,

pengajaran meliputi perkara-perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan

dan penilaian yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-

murid dengan cara yang efektif. Proses ini jelas sekali menggambarkan bahawa untuk

melaksanakan satu sesi pengajaran adalah perlu melalui satu proses yang kompleks dan perkara

Page 8: Contoh proposal pt

ini sering diambil mudah oleh sesetengah pelajar. Secara tidak langsung, kesan daripada perkara

ini boleh menjejaskan pencapaian murid dalam pembelajaran mereka.

Membaca merupakan satu proses pengamatan kerana boleh menimbulkan makna kepada

tugas-tugas pancaindera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat

dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal lambang-

lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan

adalah seperti mendriskiminasi atau mengecam dan juga membezakan, “figure ground” iaitu

mengenal objek-objek, bentuk atau corak-corak, ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang

dilihat atau didengar dan turutan (Fatah Hassan, 2006).

Guru pemulihan perlu mengetahui pelbagai teknik, strategi dan kaedah yang bersesuaian

dengan tahap dan kemahiran murid-murid pemulihan. Hal ini bertujuan untuk membantu murid

pemulihan menguasai sesuatu kemahiran yang diajar dengan lebih mudah. Oleh itu, dalam kajian

ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB)

untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam

kalangan murid pemulihan.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

2.1 Pengenalan

Bahagian ini membincangkan tentang fokus kajian tindakan yang dilaksanakan iaitu isu dan

masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran serta tinjauan

masalah melalui alat-alat kajian yang terdiri daripada ujian, temu bual dan pemerhatian.

2.2 Fokus Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis

perkataan dua suku kata KVKV. Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) digunakan untuk

meningkatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan KVKV. Setelah mengenal pasti tahap

penguasaan bagi setiap kemahiran, tindakan diambil untuk meningkatkan kemahiran membaca

dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan.

Page 9: Contoh proposal pt

Kajian ini sangat penting untuk dijalankan bagi mengelakkan murid-murid daripada

menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dapat membantu murid-

murid untuk membaca dengan lancar dan menulis dengan kemas.

Antara kelemahan yang dihadapi oleh murid ialah:

(i) Tidak dapat membezakan antara suku kata yang pertama dengan suku kata yang

kedua dalam perkataan KVKV

(ii) Tidak dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar

(iii) Tidak dapat menulis perkataan dua suku kata KVKV dengan betul dan kemas

Kamarudin Hj. Hussin (1988) menyatakan bahawa pengendalian sesuatu organisasi yang

benar-benar berlaku adalah apabila berada dalam satu bilik darjah yang mana ia digunakan untuk

mencapai sesuatu objektif. Oleh hal yang demikian, guru perlu memainkan peranan yang penting

dalam mencari intervensi dan kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid menguasai

kemahiran membaca. Menurut Ee Ah Meng (2005) dalam buku beliau menyatakan bahawa gaya

pembelajaran amat abstrak dan berbeza antara setiap individu. Hal ini bermaksud setiap individu

itu termasuklah guru mempunyai cara yang tersendiri semasa menyampaikan pelajaran kepada

muird-muridnya.

Guru biasanya akan menggunakan kaedah, strategi dan teknik yang sedia ada ataupun

mencipta satu kaedah yang lain untuk membantu mengatasi masalah membaca yang dihadapi

oleh murid. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB)

untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV.

Pengkaji berharap agar kaedah LBTB ini akan dapat meningkatkan kemahiran membaca

perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan.

2.3 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah adalah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengenal pasti

masalah yang dihadapi oleh murid. Dalam menjalankan tinjauan masalah ini, pengkaji

menggunakan beberapa kaedah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid

pemulihan terutamanya dalam aspek bacaan dan tulisan. Pengkaji telah memilih beberapa kaedah

pengumpulan data seperti ujian diagnostik, ujian awal, pemerhatian, temu bual dan penelitian

dokumen.

Page 10: Contoh proposal pt

2.3.1 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan. Ujian ini

digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan

yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru

merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu

kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.

2.3.2 Ujian Awal

Ujian awal juga merupakan alat kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini.

Ujian ini akan dijalankan kepada responden untuk mengenal pasti sama ada responden memang

mempunyai masalah untuk membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV ataupun tidak.

2.3.3 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas pemulihan, pengkaji mendapati kebanyakan

murid pemulihan mempunyai masalah dalam bacaan dan tulisan. Kebanyakan antara mereka

tidak dapat membaca dengan lancar dan mempunyai tulisan yang tidak kemas dan tidak teratur.

Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami perkara yang telah ditulis sendiri oleh

mereka.

2.2.4 Temu bual

Alat kajian lain yang akan digunakan dalam tinjauan masalah ialah temu bual dengan guru

pemulihan. Tujuan temu bual ini dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada wujud atau tidak

masalah yang dikaji terhadap responden yang dikenal pasti dan menjadi sokongan kepada data

yang sedia ada (Dr. Rosinah, 2012).

2.2.5 Penelitian dokumen

Pengkaji akan menggunakan alat kajian seperti penelitian dokumen yang mana pengkaji akan

melihat hasil kerja murid dan ujian diagnostik yang telah dijalankan.

2.4 Analisis Masalah

Bahagian ini menerangkan cara menganalisis data untuk setiap alat kajian yang digunakan bagi

mendapatkan data.

Page 11: Contoh proposal pt

2.4.1 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik telah ditadbir kepada responden A dan responden B yang merupakan

murid pemulihan Bahasa Melayu. Analisis ujian adalah seperti di bawah:

Jadual 2: Analisis Ujian Diagnostik

Konstruk

Markah Responden Tahap Pencapaian

A B Menguasai Tidak

Menguasai

Kemahiran 1

(huruf kecil)

Kemhiran 2

(huruf besar)

Kemahiran 3

(huruf vokal)

Kemahiran 4

(suku kata KV)

Kemahiran 5

(perkataan KV+KV)

Pengkaji akan menggunakan graf untuk mewakilkan data-data yang diperoleh daripada ujian

diagnostik yang telah dijalankan terhadap responden-responden pengkaji.

2.4.2 Ujian Awal

Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden

dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV.

Jadual 3: Analisis Ujian Awal

Responden Ujian awal Tahap

penguasaan

Set 1 Set 2 Set 3

Page 12: Contoh proposal pt

A

B

Bagi ujian awal pula, pengkaji akan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengira peratus

pencapaian murid dalam setiap ujian yang dijalankan.

Peratus = Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji X 100

Bilangan keseluruhan item yang diuji

2.4.3 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru semasa

proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlangsung. Aspek penguasaan murid

diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan

dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan. Hasil daripada

pemerhatian direkodkan dalam borang pemerhatian seperti dalam jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran

Bil Item Ya Tidak

1 Adakah murid dapat membaca

perkataan dua suku kata KVKV dengan

lancar?

2 Adakah murid dapat menulis perkataan

dua suku kata KVKV dengan betul dan

kemas?

2.4.4 Temu bual

Pengkaji akan menjalankan temu bual kepada guru pemulihan khas bagi mendapatkan maklumat

mengenai masalah murid. Di samping itu, pengkaji akan berbincang dengan guru pemulihan cara

penyelesaian yang lebih berkesan untuk menangani masalah membaca dan menulis murid ini.

Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan soalan yang dirancang

untuk temu bual ini.

Page 13: Contoh proposal pt

Berikut adalah soalan yang akan ditanya kepada guru pemulihan:

Peserta Temu bual Refleksi pengkaji

Guru Pemulihan Apakah masalah yang dihadapi oleh

murid pemulihan bagi subjek bahasa

Melayu?

Apakah tahap penguasaan

kemahiran membaca murid-murid

pemulihan semasa mereka mula-

mula masuk ke dalam kelas

pemulihan?

Berapakah bilangan murid yang

tidak tahu membaca perkataan dua

suku kata KVKV pada awal tahun

ini?

Adakah murid mempunyai

kesukaran dalam menulis di dalam

kelas?

Adakah murid melakukan kesalahan

secara kerap dalam menulis huruf

dan perkataan?

Adakah tulisan murid senang

dibaca dan difahami oleh guru?

Apakah kaedah pengajaran yang

digunakan oleh cikgu?

2.4.5 Penelitian dokumen

Pengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data menggunakan penelitian dokumen.

Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam kelas.

Page 14: Contoh proposal pt

Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan hasil kerja

yang dilakukan dari aspek kekemasan tulisan dan kesalahan sama ada menulis huruf di atas

garisan atau tidak serta ketepatan menulis sesuatu huruf. Sehubungan dengan itu, pengkaji

menggunakan senarai semak di dalam jadual 4 yang ditunjukkan di bawah sebagai catatan hasil

analisis dokumen yang dijalankan dalam mengkaji tulisan murid dalam lembaran kerja.

Jadual 4

Bil Item Ya Tidak

1. Menulis perkataan dengan dengan betul

2. Menulis bentuk huruf dengan tepat

3. Tulisan boleh difahami dan dibaca

4. Jarak antara huruf dengan huruf dalam

perkataan tidak terlalu rapat

Pengumpulan data seperti ini dapat memudahkan guru dalam menganalisis data dan

mengetahui tahap pencapaian murid. Masalah dianalisis melalui penggunaan “Ya” atau “Tidak”.

Kriteria yang diperlukan untuk mendapat “Ya” ialah responden tidak melakukan kesalahan yang

kerap dan masih boleh dibaca dan mengikut kehendak soalan. Manakala kriteria tidak pula ialah

secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan murid kerap melakukan

kesalahan dan mempunyai masalah tulisan yang tidak dapat dibaca dan difahami.

Pengkaji turut menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengetahui peratus bagi

markah yang diperoleh daripada ujian diagnostik dan ujian awal.

Peratus = Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji X 100

Bilangan keseluruhan item yang diuji

3.0 Literatur Kajian

Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca, menyebabkan mereka tidak

mengusai kemahiran asas iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan

adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakan-akan sama bentuknya, membunyikan huruf

Page 15: Contoh proposal pt

tertentu dan keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti menjadikan

murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat dan intonasi dengan gaya yang betul

(Abdul Rasid Jamian, 2008).

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa membaca membawa maksud

memerhatikan sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna

kandungannya. Makna lain ialah mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan

tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat, memahamkan makna sesuatu seperti tanda, huruf

dan sebagainya tidak dengan mata tetapi dengan jari yang dikenali sebagai braille.

Kemahiran membaca merupakan komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid-

murid khususnya setelah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca

amat penting kerana tanpa kemahiran ini, murid-murid tidak akan dapat meneroka buku ilmiah

ataupun buku bacaan lain (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011). Dalam subjek bahasa Malaysia,

kebanyakan murid-murid pemulihan mempunyai masalah untuk mengenal, mengingat dan

menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan.

Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan

menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya

mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bergantung kepada gabungan dari segi pengetahuan

bahasa, gaya kognitif dan pengalaman membaca (Yahya, 2008). Marohaini Yusoff (1999),

mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual

(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan visual bentuk

itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu,

memahami dan mentafsirkan maksudnya. Hal ini menjelaskan bahawa kemahiran membaca

merupakan satu proses yang kompleks.

Kaedah abjad dilihat sangat sesuai dan berkesan dalam mengajar asas membaca kepada

kanak-kanak kerana kemahiran mengenal huruf dan membunyikan huruf diberi penekanan yang

khusus. Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling awal digunakan dalam

tamadun manusia seperti pada zaman Greek dan Rom. Kemahiran membaca diajar kepada anak-

anak mereka berasaskan kaedah abjad. Ini disokong oleh Zulkifley Hamid (1994) yang

mengatakan bahawa kaedah ini sebagai kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang

Page 16: Contoh proposal pt

mengajar membaca pada peringkat awal. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan dimulai dengan

pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada

cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau suku kata

yang digabungkan menjadi perkataan.

Menerusi kajian yang telah dijalankan, kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf

a,b,c...x,y,z mengikut susunan dalam abjad, akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh

membaca. Justeru, kaedah abjad menekankan murid untuk menghafal a,b,c...x,y,z sebelum

mereka boleh diajar kemahiran membaca. Mengikut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad

berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk

membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan

dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal

kesemua huruf-huruf tersebut sebelum didedahkan kepada peringkat membaca atau

membunyikan cantuman huruf-huruf atau suku kata- suku kata. Setelah itu, murid-murid

didedahkan pula kepada peringkat membaca perkataan-perkataan yang mudah, sebagai titik

permulaan asas membaca.

Menurut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad berperinsip bahawa setiap perkataan

terdiri daripada beberapa huruf. Murid-murid perlu mahir dan kenal akan huruf-huruf tersebut

yang merupakan unsur-unsur perkataan bagi membolehkan murid-murid membaca perkataan

yang berkenaan. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal nama-nama kesemua huruf yang

ada sebelum meneruskan kepada peringkat membaca perkataan yang senang dahulu.

Kemahiran menulis pula ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa.

Menurut Don Bryne (1979) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2011), menulis ialah simbol-simbol

grafik yang menggunakan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan

lambang-lambang bunyi semasa bercakap. Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai

disebabkan penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan

seharian.

Kemahiran menulis juga merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-

murid secara berperingkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Murid-murid perlu

bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari

Page 17: Contoh proposal pt

bebas meneroka, jika diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperoleh kemahiran

manipulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melakukan

pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain (Saharifah, Siti Hazlifah 2012

dalam Chia Mei Yin et.al, 2013). Oleh itu, peringkat awal murid-murid perlu ditekankan

kemahiran pratulis dan awal tulisan.

Kemahiran menulis amat penting dalam kehidupan seharian. Hasnah dan Habibah (2010)

dalam Chia Mei Yin et.al (2013) menyatakan bahawa kemahiran menulis merupakan keupayaan

murid menulis perkataan, ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis tulisan yang

berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang

gramatis, tanda baca, ejaan yang betul, tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Kajian berkaitan dengan penggunaan warna dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar

(BBM) juga telah dijalankan oleh Barry (1976) dalam Norma Haji Hassan (2004). Kajian Barry

ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik.

Dalam kajian tersebut, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna

dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi sesuatu

gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan menyenangkan lagi

penyimpanan maklumat. Manakala fungsi warna pula adalah sebagai kod yang menyenangkan

ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan

tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat

merangsangkan minta murid dan bermotivasi untuk belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah

digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan

meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid. Menurut Muhammad Hasan (2000),

penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan

dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas.

Page 18: Contoh proposal pt

4.0 Objektif Kajian

4.1 Pengenalan

Objektif kajian ialah sesuatu yang hendak dicapai melalui kajian yang dijalankan oleh pengkaji

dan haruslah menjawab persoalan kajian yang dibina. Bahagian ini akan menerangkan objektif

kajian yang terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus. Kemudian akan diikuti oleh

persoalah kajian.

4.2 Objektif Umum

Meningkatkan kebolehan membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan

murid pemulihan dengan menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB).

4.3 Objektif Khusus

(i) Meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV menggunakan

Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dalam kalangan murid pemulihan.

(ii) Meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata KVKV menggunakan

Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dalam kalangan murid pemulihan.

4.4 Persoalan Kajian

(i) Adakah penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat

meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan

murid-murid pemulihan?

(ii) Adakah penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat

meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan

murid-murid pemulihan?

5.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan murid pemulihan bahasa Melayu Tahun 2. Pengkaji lebih menekankan

subjek bahasa Melayu kerana pengkaji membuat kajian berkaitan dengan masalah membaca dan

menulis di dalam kelas pemulihan tersebut. Responden yang dipilih ialah sebanyak dua orang

iaitu terdiri daripada dua orang murid lelaki. Kedua-dua orang responden tersebut berbangsa

Melayu.

Page 19: Contoh proposal pt

Menurut hasil perbincangan dengan guru pemulihan, kedua-dua orang responden ini

mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat

mengikuti pelajaran di dalam kelas perdana. Sebagai contoh, mereka tidak dapat membaca

sesuatu perkataan dengan lancar. Mereka perlu mengeja sesuatu suku kata itu terlebih dahulu

sebelum boleh membaca perkataan. Di samping itu, mereka juga dilihat tidak dapat menulis

perkataan dengan betul dan kemas.

Jadual 1: Maklumat Responden A dan Responden B

Aspek Responden A Responden B

Jantina Lelaki Lelaki

Umur 8 tahun 8 tahun

Bangsa Melayu Melayu

Kecenderungan Pendidikan jasmani Pendidikan Jasmani

Masalah Tidak dapat memberikan tumpuan

kepada pelajaran yang disampaikan

dalam jangka masa yang lama.

Tidak dapat menulis perkataan

dengan kemas dan betul.

6.0 Pelaksanaan Kajian

6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan

Pelaksanaan kajian ini adalah berasaskan Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang

melibatkan beberapa peringkat. Terdapat empat kitaran yang mewakili empat peringkat dalam

melaksanakan kajian. Kesemua peringkat ini akan dilaksanakan sepanjang tempoh kajian.

Peringkat-peringkat dalam model ini merangkumi refleksi iaitu mengenal pasti aspek amalan

bagi penambahbaikan dan kemudian diikuti dengan merancang tindakan iaitu merancang

perkara-perkara yang perlu dibuat. Seterusnya yang ketiga ialah melaksanakan tindakan iaitu

membuat perancangan yang komprehensif supaya tindakan bertepatan dengan masalah yang

Page 20: Contoh proposal pt

ingin diatasi. Kemudian yang keempat ialah menilai daripada hasil pelaksanaan kajian sehingga

masalah yang dihadapi selesai.

Kitaran seterusnya

MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN

1. Merancang ujian diagnostik

2. Merancang ujian awal

MERANCANG

1. Mencipta dan mengubahsuai Kaedah LBTB

2. Menyediakan bahan untuk intervensi

3. Merancang ujian awal

TINDAKAN / IMPLEMENTASI

1. Memperkenalkan Kaedah

LBTB mengikut urutan terlebih dahulu.

2. Jangka masa 4 minggu.

MELIHAT KESAN TINDAKAN

1. Temubual 2. Ujian selepas intervensi

3. Soal selidik

REFLEKSI

1. Melihat kekuatan dan

kelemahan Kaedah LBTB

2. Tindakan susulan jika perlu

Page 21: Contoh proposal pt

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

6.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan

Pada peringkat ini, pengkaji menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian diagnostik dan ujian awal.

Kedua-dua ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan

menulis murid. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti murid yang perlu menjalankan

ujian awal. Manakala ujian awal membaca dan menulis adalah untuk menguji kemahiran

membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV murid-murid sebelum intervensi

dijalankan. Hasil analisis ujian diagnostik mendapati bahawa 7 daripada 8 orang murid masih

belum menguasai kemahiran perkataan dua suku kata KVKV. Namun begitu, pengkaji hanya

memilih dua orang murid sahaja sebagai sampel kajian. Antara kesalahan yang dilakukan oleh

murid ialah mereka tidak dapat menulis kedua-dua suku kata KV dalam perkataan KVKV

dengan betul. Hanya satu suku kata sahaja yang dibaca atau ditulis dengan betul.

6.1.2 Merancang

Untuk mengatasi masalah membaca dan menulis murid, pengkaji perlu merancang dan

menyediakan bahan untuk membuat intervensi menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil

Berwarna (LBTB). Sebagai contoh, pengkaji membina kad perkataan KVKV yang mana setiap

satu suku kata adalah berlainan warna.

Teknik taktil turut diaplikasikan dalam kaedah Lihat Baca Tactile Berwarna (LBTB). Hal

ini kerana teknik taktil dapat meningkatkan memori murid dalam pembelajaran. Di samping itu,

penggunaan warna pula bertujuan memberi penekanan kepada perbezaan antara suku kata

pertama dengan suku kata kedua dalam pekataan KVKV. Warna yang digunakan dalam kaedah

akan membantu menguatkan ingatan selain dapat memberikan impak yang positif.

6.1.3 Tindakan/ Implementasi

Tindakan yang pertama ialah pengkaji mengajar kepada responden untuk mengenal huruf

terlebih dahulu. Pengkaji membahagikan huruf kepada dua iaitu vokal dan konsonan. Apabila

Page 22: Contoh proposal pt

kedua-duanya telah diajar, pengkaji akan menggabungkan huruf konsonan dan vokal tersebut

untuk membentuk suku kata KV. Responden akan diajar untuk membaca suku kata KV tersebut.

Kemudian, pengkaji akan mengajar responden membaca perkataan dua suku kata KVKV.

Setelah responden membaca perkataan dua suku kata KVKV tersebut, dia akan menulis

perkataan tersebut di atas pasir berwarna. Pasir tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

satu bahagian berwarna hitam (suku kata KV yang pertama) dan satu bahagaian lagi bewarna

merah (suku kata KV yang kedua). Setelah itu, responden akan menulis semula perkataan

tersebut dalam kertas bergaris empat yang telah disediakan. Hal ini betujuan untuk membantu

murid mengatasi masalah kemahiran menulis yang mana tulisan mereka tidak kemas.

6.1.4 Melihat Kesan Tindakan

Setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji akan menemu bual murid, menjalankan ujian akhir dan

menganalisis hasil dapatan yang diperoleh untuk melihat sejauh mana penggunaan Kaedah Lihat

Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat meingkatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan

dua suku kata KVKV responden.

6.1.5 Refleksi

Pengkaji akan membuat refleksi daripada hasil dapatan yang diperoleh melalui penggunaan

Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB). Refleksi ini dibuat bertujuan untuk membantu

pengkaji membuat penambahbaikan dalam pelaksanaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna

(LBTB) kepada murid-murid pemulihan.

6.2 Tindakan yang Dirancang

Bermula dengan semakan kertas soalan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Bertulis pada 29

Januari 2014, pengkaji telah memulakan langkah untuk membantu meningkatkan kemahiran

membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil

Berwarna (KBTB). Langkah pelaksanaan kaedah tersebut adalah seperti yang berikut:

(i) Responden menyebut huruf abjad

a b c d e f

g h i j k l

Page 23: Contoh proposal pt

m n o p q r

s t u v w x

y z

(ii) Responden membunyikan huruf vokal

(iii) Responden membaca gabungan huruf konsonan dan vokal (suku kata KV)

a e i o u

ba be bi bo bu

ca ce ci co cu

da de di do du

fa fe fi fo fu

ga ge gi go gu

(iv) Responden membaca perkataan dua suku kata KVKV.

(v) Responden menulis perkataan KVKV tersebut di atas pasir yang mempunyai dua

bahagian yang berlainan warna. Perbezaan warna tersebut bertujuan untuk

membezakan antara suku kata pertama dengan suku kata yang kedua bagi sesuatu

perkataan KVKV. Contohnya adalah seperti yang berikut:

a e i o u

baju cucu dadu

batu cili duku

bulu ceri duri

Page 24: Contoh proposal pt

(vi) Responden menulis semula perkataan tersebut dalam kertas garis tiga.

6.2 Perancangan dan Cara Mengumpul Data

Bahagian ini membincangkan tentang cara pengumpulan data melalui beberapa alat kajian iaitu

ujian diagnostik, ujian awal, temu bual, soal selidik dan penelitian dokumen. Di samping itu, bab

ini juga membincangkan tentang cara menganalisis ketiga-tiga alat ujian dan turut

membincangkan bagaimana alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.

6.2.1 Ujian diagnostik

Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan. Ujian ini

digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan

yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru

merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu

kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.

6.2.2 Ujian awal

Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden

dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV. Hasil ujian akan direkodkan dalam jadual

seperti di bawah.

Jadual 3: Analisis Ujian Awal

Responden Ujian awal Tahap

penguasaan

Set 1 Set 2 Set 3

Page 25: Contoh proposal pt

A

B

6.3.2 Pemerhatian

Dalam melakukan kajian, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur untuk

mengenal pasti masalah murid. Pemerhatian dijalankan semasa dan selepas proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Pemerhatian semasa pembelajaran bertujuan untuk

melihat cara murid-murid membaca dan menulis serta melihat kesalahan yang boleh diperhatikan

semasa mereka melakukan aktiviti. Segala pemerhatian yang dijalankan semasa proses

pembelajaran dicatatkan dalam borang pemerhatian.

6.3.4 Temu bual

Pengkaji menggunakan temu bual berstruktur bagi mendapatkan maklumat tentang murid yang

bermasalah dalam membaca dan menulis. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan gambaran

mengenai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta faktor masalah yang

dihadapi oleh mereka selain mendapatkan kepastian masalah murid.

6.3.5 Penelitian dokumen

Penelitian dokumen turut digunakan oleh pengkaji sebagai alat instrumen pengumpulan data.

Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam kelas.

Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan kesalahan

murid melalui hasil kerja mereka.

6.4 Perancangan Cara Menganalisis Data

Bahagian ini menerangkan cara menganalisis data untuk setiap alat kajian yang

digunakan bagi mendapatkan data. Jadual 1 berikut adalah perancangan cara menganalisis data

yang telah dikumpul oleh pengkaji.

Jadual 1: Cara menganalisi data

Kaedah Cara menganalisis data

Page 26: Contoh proposal pt

Ujian diagnostik Melihat daerah kelemahan bagi kemahiran

yang tidak dapat dijawab oleh murid

Ujian awal Mengesahkan kelemahan murid secara spesifik

dalam kemahiran menulis perkataan KVKV

Pemerhatian Refleksi berdasarkan nota lapangan

Temu bual Transkripsi temu bual

Penelitian dokumen Markah yang diperoleh berdasarkan ujian

diagnostik dan ujian awal

6.4.1 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik telah ditadbir kepada responden A dan responden B yang merupakan

murid pemulihan Bahasa Melayu. Analisis ujian adalah seperti di bawah:

Jadual 2: Analisis Ujian Diagnostik

Konstruk

Markah Responden Tahap Pencapaian

A B Menguasai Tidak

Menguasai

Kemahiran 1

(huruf kecil)

Kemhiran 2

(huruf besar)

Kemahiran 3

(huruf vokal)

Kemahiran 4

(suku kata KV)

Kemahiran 5

(perkataan KV+KV)

Pengkaji akan menggunakan graf untuk mewakilkan data-data yang diperoleh daripada ujian

diagnostik yang telah dijalankan terhadap responden-responden pengkaji.

Page 27: Contoh proposal pt

6.4.2 Ujian Awal

Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden

dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV.

Jadual 3: Analisis Ujian Awal

Responden Ujian awal Tahap

penguasaan

Set 1 Set 2 Set 3

A

B

Bagi ujian awal pula, pengkaji akan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengira peratus

pencapaian murid dalam setiap ujian yang dijalankan.

Peratus = Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji X 100

Bilangan keseluruhan item yang diuji

6.4.3 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru semasa

proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlangsung. Aspek penguasaan murid

diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan

dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan. Hasil daripada

pemerhatian direkodkan dalam borang pemerhatian seperti dalam jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran

Bil Item Ya Tidak

1 Adakah murid dapat membaca

perkataan dua suku kata KVKV dengan

lancar?

2 Adakah murid dapat menulis perkataan

Page 28: Contoh proposal pt

dua suku kata KVKV dengan betul dan

kemas?

6.4.4 Temu bual

Pengkaji akan menjalankan temu bual kepada guru pemulihan khas bagi mendapatkan maklumat

mengenai masalah murid. Di samping itu, pengkaji akan berbincang dengan guru pemulihan cara

penyelesaian yang lebih berkesan untuk menangani masalah membaca dan menulis murid ini.

Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan soalan yang dirancang

untuk temu bual ini.

Berikut adalah soalan yang akan ditanya kepada guru pemulihan:

Peserta Temu bual Refleksi pengkaji

Guru Pemulihan Apakah masalah yang dihadapi oleh

murid pemulihan bagi subjek bahasa

Melayu?

Apakah tahap penguasaan

kemahiran membaca murid-murid

pemulihan semasa mereka mula-

mula masuk ke dalam kelas

pemulihan?

Berapakah bilangan murid yang

tidak tahu membaca perkataan dua

suku kata KVKV pada awal tahun

ini?

Adakah murid mempunyai

kesukaran dalam menulis di dalam

kelas?

Adakah murid melakukan kesalahan

secara kerap dalam menulis huruf

Page 29: Contoh proposal pt

dan perkataan?

Adakah tulisan murid senang

dibaca dan difahami oleh guru?

Apakah kaedah pengajaran yang

digunakan oleh cikgu?

6.4.5 Penelitian dokumen

Pengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data menggunakan penelitian dokumen.

Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam kelas.

Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan hasil kerja

yang dilakukan dari aspek kekemasan tulisan dan kesalahan sama ada menulis huruf di atas

garisan atau tidak serta ketepatan menulis sesuatu huruf. Sehubungan dengan itu, pengkaji

menggunakan senarai semak di dalam jadual 4 yang ditunjukkan di bawah sebagai catatan hasil

analisis dokumen yang dijalankan dalam mengkaji tulisan murid dalam lembaran kerja.

Jadual 4

Bil Item Ya Tidak

5. Menulis perkataan dengan dengan betul

6. Menulis bentuk huruf dengan tepat

7. Tulisan boleh difahami dan dibaca

8. Jarak antara huruf dengan huruf dalam

perkataan tidak terlalu rapat

Pengumpulan data seperti ini dapat memudahkan guru dalam menganalisis data dan

mengetahui tahap pencapaian murid. Masalah dianalisis melalui penggunaan “Ya” atau “Tidak”.

Kriteria yang diperlukan untuk mendapat “Ya” ialah responden tidak melakukan kesalahan yang

kerap dan masih boleh dibaca dan mengikut kehendak soalan. Manakala kriteria tidak pula ialah

secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan murid kerap melakukan

kesalahan dan mempunyai masalah tulisan yang tidak dapat dibaca dan difahami.

Page 30: Contoh proposal pt

Pengkaji turut menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengetahui peratus bagi

markah yang diperoleh daripada ujian diagnostik dan ujian awal.

Peratus = Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji X 100

Bilangan keseluruhan item yang diuji

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil Aktiviti / Tindakan Tarikh pelaksanaan Catatan

1 Mentadbir ujian diagnostik

Minggu pertama - minggu kedua

2 Mengenal pasti isu dan

pengumpulan data awal

Minggu ketiga - minggu kelima

3 Menulis cadangan

pemyelidikan tindakan

Minggu keenam - minggu ketujuh

4 Merancang tindakan Minggu ketujuh kelapan

5 Melaksana tindakan Minggu kelapan - minggu kedua

belas

6 Membuat refleksi mengenai

penyelidikan tindakan

Minggu kedua belas

7 Membentangkan dapatan

penyelidikan tindakan

Selepas tamat intership

7.2 Rancangan Tindakan

Carta Gantt untuk perancangan pelaksanaan tindakan

Page 31: Contoh proposal pt

Bil Tindakan/

Minggu

M

1

M

2

M

3

M

4

M

5

M

6

M

7

M

8

M

9

M

10

M

11

M

12

1 Mentadbir ujian

diagnostik

2 Mengenal pasti isu

dan pengumpulan

data awal

3 Menulis cadangan

penyelidikan

tindakan

4 Merancang

tindakan

5 Melaksana

tindakan

6 Membuat refleksi

mengenai

penyelidikan

tindakan

7 Membentangkan

dapatan

penyelidikan

tindakan

Selepas tamat intership

8.0 Kos Kajian

Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Kuantiti x Harga

Seunit

Jumlah Kos

1 Kertas a4 (80 gram) 1 rim 1 x RM 10.00 RM 10.00

Page 32: Contoh proposal pt

2 Dakwat printer 1 unit dakwat hitam

dan warna

1 x RM 50.00

RM 50.00

3 Buku catatan 1 unit 1x RM 5.00 RM 4.00

4 Alat tulis 1 kotak 1x RM 6.00 RM 6.00

5 Lain-lain RM 20.00

Jumlah RM 90.00

Page 33: Contoh proposal pt
Page 34: Contoh proposal pt

9.0 Senarai rujukan

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan

Menulis Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di

Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun

2008.

Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chia Mei Yin, Ismail Saliyan, Tan Si Ting, Mohamad Khairul Amin Mohammad dan Nor

Aishah Abdul Aziz. (2013). Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid-murid Pemulihan

Khas dalam Penulisan Rumi Menggunakan Kit Doratin. 2nd International Seminar on

Quality dan Affordable Education Tahun 2013, 220-228.

Deller, B. Sc . (1993). The Teaching Fostering Interest and Achievemet, in Llyodo. Ollila (Ed),

The Kingdergarden Children and Reading. Neward, Delaware: International Reading

Assosiation.

Ee Ah Meng. (2005). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti.

Ab. Fatah Hassan. (2006). Tenaga dan Keremajaan Minda: Untuk Meningkatkan Produktiviti

dan Potensi Diri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke Arah Kemantapan

Pembelajaran di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

dengan Minat Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Page 35: Contoh proposal pt

Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan Universiti

Putra Malaysia.

Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.