contoh laporan reflektif pjm 3114 pendidikan jasmani suaian

5
Contoh Laporan Reflektif PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian LAPORAN REFLEKTIF Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah tugasan ini disudahkan tepat pada masanya. Ucapan penghargaan didedikasikan khusus kepada pensyarah pembimbing En. Chula Bina yang banyak memberi panduan kepada saya sepanjang menyediakan tugasan ini. Sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) Suaian ini dijalankan saya menghadapai masalah dalam mencari dan memilih tajuk yang sesuai untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi murid-murid berkeperluan khas di mana saya telah diberikan satu format yang telah ditetapkan iaitu penyediaan RPH KSSR Bersepadu Tahun 1. RPH Bersepadu bermaksud saya perlu menyediakan rancangan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan yang perlu saya sediakan dan rancangkan dalam pengajaran saya kelak. Justeru, bagi mengatasi masalah ini saya telah berusaha dengan usaha saya sendiri mencari dan mengakses maklumat yang berkaitan melalui laman sesawang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah disediakan khusus untuk murid-murid berkeperluan khas. Hasilnya, saya berjaya mendapatkan bahan- bahan atau dokumen-dokumen yang diperlukan bagi penyediaan RPH Bersepadu ini. Melalui dokumen standard dan modul pengajaran yang telah saya perolehi saya memilih dan menentukan tajuk yang bersesuaian dan menyediakan Rancangan Semester berdasarkan dokumen tersebut. Kesimpulannya, dokumen-dokumen dan modul ini telah membantu saya dalam merancang sekaligus berjaya menyediakan RPH yang lengkap berpandukan dokumen dan modul yang diperolehi itu. Setelah menyediakan RPH yang lengkap saya berbincang bersama guru yang mengajar murid berkeperluan khas berhubung strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid ini. Hasilnya, melalui temu bual dan soal jawab bersama guru tersebut saya mendapat satu gambaran awal bagaimana hendak melaksanakan dan mengorganisasikan pengajaran saya kelak. Malah, melalui pemerhatian yang telah saya lakukan mendapati kaedah arahan dhand anhan amat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran ini. Ini bertepatan dengan

Upload: azlan-amy

Post on 16-Jan-2016

98 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Laporan Reflektif PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Contoh Laporan Reflektif PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian

LAPORAN REFLEKTIF

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah tugasan ini disudahkan tepat

pada masanya. Ucapan penghargaan didedikasikan khusus kepada pensyarah pembimbing En. Chula

Bina yang banyak memberi panduan kepada saya sepanjang menyediakan tugasan ini.

            Sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) Suaian ini

dijalankan saya menghadapai masalah dalam mencari dan memilih tajuk yang sesuai untuk menyediakan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi murid-murid berkeperluan khas di mana saya telah diberikan

satu format yang telah ditetapkan iaitu penyediaan RPH KSSR Bersepadu Tahun 1. RPH Bersepadu

bermaksud saya perlu menyediakan rancangan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan yang perlu

saya sediakan dan rancangkan dalam pengajaran saya kelak.

            Justeru, bagi mengatasi masalah ini saya telah berusaha dengan usaha saya sendiri mencari dan

mengakses maklumat yang berkaitan melalui laman sesawang Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) yang telah disediakan khusus untuk murid-murid berkeperluan khas. Hasilnya, saya berjaya

mendapatkan bahan-bahan atau dokumen-dokumen yang diperlukan bagi penyediaan RPH Bersepadu

ini. Melalui dokumen standard dan modul pengajaran yang telah saya perolehi saya memilih dan

menentukan tajuk yang bersesuaian dan menyediakan Rancangan Semester berdasarkan dokumen

tersebut. Kesimpulannya, dokumen-dokumen dan modul ini telah membantu saya dalam merancang

sekaligus berjaya menyediakan RPH yang lengkap berpandukan dokumen dan modul yang diperolehi itu.

            Setelah menyediakan RPH yang lengkap saya berbincang bersama guru yang mengajar murid

berkeperluan khas berhubung strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid ini.

Hasilnya, melalui temu bual dan soal jawab bersama guru tersebut saya mendapat satu gambaran awal

bagaimana hendak melaksanakan dan mengorganisasikan pengajaran saya kelak. Malah, melalui

pemerhatian yang telah saya lakukan mendapati kaedah arahan dhand anhan amat sesuai diaplikasikan

dalam pengajaran ini. Ini bertepatan dengan gaya pengajaran menurut Mosston & Ashworth (1994)

dalam buku Wee (2009) yang mengemukakan 11 gaya pengajaran yang berbeza. Menurut tokoh-tokoh

ini juga terdapat beberapa keputusan yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas sesuatu

pengajaran dijalankan. Antaranya adalah sebelum pengajaran beberapa keputusan yang perlu dibuat

sebelum pengajaran adalah dari segi persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan

penyampaian. Kemudian, semasa pengajaran keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan perlu

ditetapkan oleh seorang guru dan akhir sekali selepas pengajaran di mana penilaian dan maklumbalas

daripada pelajar perlulah diambil kira oleh seorang guru iaitu pelaksana pengajaran dan pembelajaran itu.

Justeru, melalui panduan yang diberikan oleh Mosston dan Ashworth ini saya jadikan sebagai panduan

dalam menyediakan sebuah RPH yang berkesan terutama murid-murid berkeperluan khas ini.

            Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti hasil daripada pemerhatian yang dijalankan oleh

pasangan praktikum saya mendapati semasa pengajaran dan pembelajaran PJ Suaian dijalankan

mendapati aktiviti yang dijalankan sesuai untuk murid-murid di mana murid-murid aktif melakukan aktiviti

Page 2: Contoh Laporan Reflektif PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian

yang disediakan. Kawalan kelas juga baik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menyeronokkan mereka. Ini

dapat dicapai oleh saya semasa pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh guru mengamalkan

konsep perencah (scaffolding) di mana menurut Haliza dan Joy (2009) konsep scaffolding bermaksud

mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku,

individu yang lebih berkemahiran yakni guru akan mengubahsuai tahap bantuan atau bimbingan yang

diberikan mengikut keupayaan murid itu sendiri. Ini dapat dilihat semasa latih tubi dijalankan di mana

saya membimbing murid-murid yang tidak menguasai kemahiran yang diajar secara individu di mana

saya memberikan pembetulan satu per satu berhubung cara yang betul untuk melambung dan

menyambut bola secara bersemuka dengan mereka. Selain daripada itu, saya menggunakan rakan

sebaya mereka sendiri iaitu murid-murid yang mahir untuk membimbing murid-murid yang tidak

menguasai. Kaedah dan teknik ini adalah bertepatan dengan konsep perencah yang telah saya nyatakan

di atas.

            Selain daripada itu, saya mampu mengawal kelas dengan baik adalah disebabkan arahan dan

organisasi semasa melakukan latih tubi. Arahan yang saya berikan adalah jelas, ringkas dan padat serta

tidak berjela-jela atau memberikan penerangan yang panjang. Ini bertepatan dengan gaya pengajaran

yang dikemukan oleh Mosston dan Ashworth (1994) di mana dalam gaya ini, guru yang mengawal “Apa”

yang akan dipelajari, “Bagaimana” ia dilakukan, serta “Mula” dan “Akhir” sesuatu aktiviti. Proses-proses

menggunakan gaya ini adalah seperti saya memberikan penerangan ringkas dan membuat demonstrasi

tentang kemahiran yang akan dipelajari murid dan murid-murid akan berlatih. Kemudian, saya

memberikan komen am tentang prestasi atau pelakuan mereka. Saya juga memberikan penerangan

lanjut dan membuat demonstrasi lanjut berkaitan kemahiran yang hendak dipelajari sebelum murid-murid

melakukan latihan semula. Selain itu, saya memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid yang

memerlukan bantuan secara individu. Oleh sebab itulah hasilnya saya dapat mengawal kelas dengan

baik.

            Di sebalik kekuatan yang telah saya nyatakan pada penerangan di atas, tidak dapat dinafikan

juga masih terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti semasa pengajaran dan pembelajaran PJ

Suaian Bersepadu ini. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pasangan praktikum saya

mendapati bahawa masa aktiviti yang dijalankan terlalu singkat. Selain itu, berlaku gangguan daripada

murid-murid yang hyperactive yang sentiasa berlari dan melakukan aktiviti lain apabila guru tidak

mengawasi mereka. Di samping itu, setiap daripada murid-murid mempunyai masalah-masalah yang

tersendiri. Antaranya adalah terdapat murid-murid yang tidak mengendahkan arahan yang diberikan guru

terutama murid-murid autisme, tidak memahami apa yang dilakukan oleh guru yakni bagi murid-murid

lembam, terdapat juga murid-murid yang menangis disebabkan gangguan daripada murid hyperactive.

Justeru, setiap masalah yang dihadapi ini menjadi cabaran kepada saya dalam mengajar PJ kepada

mereka terutama dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang mahu dicapai oleh guru

dan murid.

Page 3: Contoh Laporan Reflektif PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian

            Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini antara cadangan penambahbaikan yang akan

dilakukan saya pada masa hadapan atau pada pengajaran seterusnya saya akan melakukan aktiviti yang

mudah dan mengikut rentak atau kemampuan mereka. Saya juga akan menggunakan gaya pengajaran

yang berbentuk latihan sepertimana yang dikemukakan oleh Mosston dan Ashworth di mana gaya

pengajaran ini sesuai dijalankan bila masa pengajaran terhad dan sesuai pada peringkat permulaan

pembelajaran. Selain itu, murid-murid mempunyai lebih masa untuk berlatih berbanding dengan gaya

arahan. Mengikut gaya ini, semasa latihan diberikan saya akan memerhatikan murid-murid dan memberi

maklum balas dan memberi tunjuk ajar kepada murid yang memerlukan. Dalam proses pembelajaran

secara umum, maklum balas daripada guru adalah penting. Maklum balas  boleh dikategorikan kepada

empat jenis iaitu maklum balas prestasi (performance feedback), maklum balas motivasi (motivation

feedback), maklum balas attribut (attributional feedback) dan maklum balas strategi (strategy feedback)

(Pintrich & Schunk, 1996). Justeru, dalam pengajaran dan pembelajaran PJ Suaian Bersepadu yang saya

jalankan ini, saya akan memberikan maklum balas berbentuk prestasi dan attribut kepada murid-murid

kelas bersepadu ini. Ini kerana maklum balas prestasi merujuk kepada maklum balas guru terhadap

tahap ketepatan tugasan yang dilakukan oleh pelajar. Saya akan memberikan maklum balas jenis ini

apabila murid-murid dapat melakukan kemahiran yang diperkenalkan kepada mereka dengan baik.

Melalui maklum balas ini murid-murid akan mendapat rangsangan dan akan berusaha untuk memperbaiki

dan meningkatkan lagi prestasi mereka. Bagi maklum balas attribut pula adalah sesuai dengan murid-

murid bekerpeluan khas kerana maklum balas ini diberikan disebabkan kekurangan yang mereka hadapi.

Guru akan memberikan motivasi kepada murid-murid dengan menyatakan bahawa kekurangan yang

dihadapi tidak menjadi halangan untuk mereka mencapai kejayaan. Justeru, diharapkan agar mereka

berusaha untuk memperbaiki dan melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.

            Selain daripada itu, untuk mengatasi masalah gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran

berlaku antara cadangan penambahbaikan yang akan saya laksanakan adalah dengan memberikan

masa rehat (Time-out). Murid-murid yang menganggu akan diberikan masa rehat agar menjadi hukuman

kepada mereka untuk tidak mengulangi kesalahan pada masa hadapan. Menurut Wee (2009), peraturan

masa rehat digunakan untuk menghentikan murid bertingkah laku buruk semasa melakukan aktiviti

pendidikan jasmani dan tempoh masa yang lazim dipraktikkan ialah 5 sehingga 10 minit. Walau

bagaimanapun, semasa murid diberikan masa rehat, murid tidak dibenarkan berada jauh daripada guru

dan mesti berada berhampiran dengan guru.

            Di samping itu juga, saya akan memberikan pengukuhan kepada murid-murid yang dapat

melakukan aktiviti dengan baik. Menurut Wee (2009), terdapat empat kategori pengukuhan iaitu

pengukuhan sosial, pengukuhan masa, pengukuhan hak istimewa dan pengukuhan visual. Dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran PJ saya akan memberikan pengukuhan sosial seperti anggukan

kepala, pujian, dan senyuman terhadap tingkah laku murid dan diharapkan melalui pengukuhan ini akan

menjadi rangsangan kepada mereka untuk mengulangi perbuatan atau tingkah laku yang diingini iaitu

melakukannya dengan betul. Rangsangan yang akan diberikan oleh saya adalah berlandaskan Prinsip

Page 4: Contoh Laporan Reflektif PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov. Menurut Ragbir (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga

prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah pertama setiap rangsangan akan

menimbulkan gerak balas, kedua pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas

dan ketiga iaitu pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan

pelaziman. Justeru, melalui rangsangan yang diberikan ini diharapkan murid-murid menunjukkan gerak

balas yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran pada masa akan hadapan. Sebagai contoh

saya akan memberikan pujiaan dan hadiah kepada murid-murid yang mendengar dan mengikuti arahan

yang diberikan serta tidak menimbulkan gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Hasil yang diharapkan adalah berlaku perubahan tingkah laku terhadap diri mereka untuk melakukan

aktiviti dengan baik dan menguasai kemahiran yang diperkenalkan kepada mereka.

            Kesimpulannya, adalah menjadi harapan saya agar setiap kekuatan, kelemahan dan cadangan

penambahbaikan yang dinyatakan mampu membantu meningkatkan kompetensi saya sebagai seorang

bakal guru Pendidikan Jasmani dengan lebih baik dan mampu mengajar dan mendidik murid-murid

berkeperluan khas ini agar tidak ketinggalan atau tersisih daripada menguasai kemahiran-kemahiran

yang patut mereka kuasai untuk menjadikan mereka sebagai insan yang mampu berdikari.